Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 26 September 2012

Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya!(bah 1)



Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi UMNO? Ye- kenapa mesti ? why at all? adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong UMNO? 

UMNO guna 3 isiu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO jalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan. 
Jika UMNO bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.
Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan UMNO.
Zaman ini, rakyat ada pilihan. Dan essence atau pati amalan demokrasi ialah kebebasan membuat pilihan.  Demokrasi sebenarnya adalah kaedah yang rakyat boleh pilih untuk menyekat konsentrasi kuasa. Kerana bila konsentrasi kuasa berlaku, rakyat di sombongi, di picit, ramas dan kena tindas.
Itu sebab ada suara alternative yang berani dan lantang. Kerana keberanian dan kelantangan menghasilkan lapuran dan pencabaran merupakan senjata terbaik yang rakyat ada untuk melawan konsentrasi kuasa.
Apa pasal orang tak baca akhbar arus perdana? Kerana akhbar2 arus perdana mengamalkan mediakrasi – yakni propaganda yang bertopengkan objektiviti kewartawanan. Ya- mereka mahu tawan minda orang Melayu melalui propaganda murahan.  Dan pendukong propaganda murahan ini adalah pelacurwartawan murahan yang puji memuji antara satu sama lain tentang kehebatan mereka!
Kini rakyat sedar bahawa mediakrasi mewakili jiwa pengecut dan kekomanan. Mediakrasi menyokong kejahatan dan salahlaku.
Apa yang berlaku dalam zaman rakyat bijak hari ini? Anak2 mereka pergi ke kolej dan university dan balik rumah beritahu ibu bapa apa yang terjadi. Rakyat setuju bahawa UMNO guna segala tipu helah ini kerana kedudukan mereka dan bukan orang Melayu yang terancam.
Mari kita musnahkan tahyul yang dijaja oleh UMNO.
Masa depan Melayu. Rakyat Kelantan sudah membuktikan mereka terus hidup tanpa UMNO jadi kerajaan. Tidak ada orang Melayu mati bila  DAP memerintah Penang. Kenapa baru sekarang UMNO sedar KM Pulau Pinang itu seorang Cina, sedangkan sejak dari Perikatan sehingga BN tewas tahun 2008, semua KM Pulau Pinang adalah orang Cina. Ada kita tengok orang Melayu mati apabila PAS memerintah Kedah? Ada kita tengok orang Melayu bergelimpangan mati bila PR memerintah Selangor? ada kita tengok Raja2 Melayu dihina dan diaibkan dalam negeri2 yang di perintah PR? 
Apa pengajaran yang rakyat lihat bila PR memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? semua rakyat boleh lihat bahawa mereka boleh ada masa depan yang lebih baik dari apa yang UMNO janjikan. Dan janji Pekatan Rakyat didasari oleh rekod baik mereka, manakala janji Najib dan UMNO dicemari oleh pencabulan dan kejahatan keatas rakyat. Jadi Najib akhirnya hanya boleh buat janji yang rakyat tidak percaya dan hanya mampu menunjukkan jari telunjuk ke udara? Dato Seri- satu jari sahaja cukup ke?
Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Sayang nya penyebab Melayu jadi cair dan lunyai ialah angkara Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu. Sebab itu dia lakukan persempadanan dan dilute konsentrasi pengundi Melayu. Siapa yang dia bawa untuk mencairkan konsentrasi orang Melayu? Orang Cina dan India. Konsentrasi Melayu dipecah pecahkan. Jadi kepaduan Melayu jadi cair. Arkitek kepada pencairan ini ialah Dr Mahathir dan hari ini, penyebab luntur nya orang Melayu mahu bercakap mengenai perpaduan orang Melayu?
Kebenaran nya ialah orang Melayu mahu bersatu dibawah PR terutama PAS. Mereka tidak mahukan UMNO, parti syaitan yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Zaman dimana pemimpin Melayu berkerja dengan penuh dedikasi untuk mencapai seruan hari ini diganti dengan gerombolan pemimpin yang mengejar kepentingan peribadi dan keluarga. Setiap pemimpin UMNO yang berkuasa adalah korap dan rasuah. Mengapa orang Melayu mesti menyokong mereka? 
Jadi apa yang dirisaukan oleh orang Melayu kalau UMNO dibuang? Masa depan orang Melayu lebih terbela dibawah PAS dan PR daripada duduk dibawah UMNO. UMNO memperjuangkan orang Melayu yang istimewa dan terpilih.

44 comments:

Anonymous,  26 September 2012 at 06:40  

Waktu mewah bangsa, agama, raja Melayu semua dilupakan. Tertekan sahaja UMNO jadi perwira bangsa lengkap dengan semutar, keris, dan baru-baru ini kain sash merah (macam sarjen-march band tentera perarakan - baju Melayu dan songkok dirasakan tak cukup hebat, malulah, itu untuk beribadat pada Hari Jumaat). Siapa tak tahu UMNO yang dua kali mencabar raja-raja Melayu, pada 1983 dan 1999. Apa yang tak manis semua didedah oleh siapa? Siapa memaksa siapa agar seorang Ketua Hakim diheret ke mahkamah dan kemudiannya terus dibuang? Oleh sebab apa, setahun kemudian atas perbuatan siapa kekebalan raja-raja Melayu dibuang? Bukankah ini semua anjuran kerajaan pimpinan UMNO.

Waktu mewah, siapa yang membuat lawatan ke luar negera atas sebab ini itu semuanya dibiayi rakyat? Anak peneroka Felda kah yang bersiar-siar dalam kereta mewah, membuat kacau di kelab, bar karaoke, dsb?

Waktu mewah, isteri siapa yang berlagak bagai putri dari kayangan?

Waktu mewah, siapa yang bermain golf, Uz Hadi dan Tok Guru?

Waktu mewah, siapa yang masih sanggup menetap di rumah terrace atap 'spandex', Mat Sabu dan Tok Guru atau Muhkriz dan Rais Yatim?

Waktu mewah anak siapa yang belajar di SMK tempatan dan anak siapa di sekolah antarabangsa?

Apakah internet ini ialah 'balasan' yang ditunggu-tunggukan rakyat terhadap dosa-dosa dan kejahatan UMNO dan sekutu-sekutunya? Saya percaya, ya.

Setiap ada batas-batasnya. UMNO jangan terus memperanak dan memperbodohkan rakyat. Rakyat ada mata dan nampak bagaimana orang UMNO hidup seharian - berjalan pun bergaya, minyak wangi puan-puan UMNO dapat dihidu dari sejauh satu kilometer. Wah, inilah pejuang bangsa.

nick 26 September 2012 at 08:51  

What will we lose if we reject UMNO in the next GE? Off the top of my head my thought is:

1. We will lose the chance to be the most impoverished nation in the world.
2. We, the Malay will lose the chance of electing useless and inane leaders who cares nothing for us except when its time for election (even then they only care for our votes only).
3. We will lose the chance of giving our hard earned money to UMNO's cronies whenever we use basic utilities, drive through a toll and buy essential goods to feed our family.
4. We will lose the chance of sending our kids to crony owned crappy university and colleges while paying exorbitantly high fees.
5. We will lose the chance of enriching the UMNO cronies who gobble up 70% of the govt subsidies while we are chastise for complaining about rising cost of living.
6. We will lose the chance to have multi billionaire ministers in our midst while we on the other hand make do with less than RM3,000 monthly, barely enough to survive that we have to use our credit cards as a life line.
7. We, the Malay and muslim will lose the chance of seeing a muslim ministers use tithe money to pay for his legal cost and many UMNO bigwig becomes shareholders and directors of gambling company and brewery.
8. We as malaysian will lose all chance of ever becoming a 2nd class citizen with the privilege of serving the UMNO elite class and their families and friend.
9. Malaysian everywhere will lose the opportunity of witnessing their tax money being spent on useless thing (the space suit used by our space tourist), malfunctioning vehicle (tens of skyhawk fighters in the nevada desert and most popular the ever unable to submerge, most expensive than everyone else submarine), substandard building (MITI HQ or should I say unMITIgated disaster) and infrastructure (PKFZ and such) and of course unique but useless white elephant structures the likes of the crooked bridge to nowhere.
and last but not least,
10. We Malaysian will forever lose the chance to be a mediocre, soulless, enslaved and Mahathir worshiping nation!

And that is the top ten reason voting for UMNO is Najib..err.. sorry..Wajib (not to do that is)!

Nick.

nick 26 September 2012 at 08:59  

Anon 06:40,

UMNO pakai bergelen2 minyak wangi semata2 untk menutup bau busuk pekung pengkhianatan mereka dan bau hanyir peluh yang terhasil dari melahap habuan haram dan najib rasuah..err..najis rasuah pada setiap ketika dan masa.

Nick.

Anonymous,  26 September 2012 at 09:23  

'Setiap pemimpin UMNO yang berkuasa adalah korap dan rasuah'.

Dato', dulu, 40 tahun dulu tak begitu. Kalau saya berjabat tangan dengan bapa kawan saya, orang UMNO atau PAS, saya rasa senang hati, cukup tenang. Sekarang nampak wajah orang UMNO saja khasnya YB terus ada tension. Kena alih mata ke arah langit untuk mencari ketenangan. Atau pun ikut ceramah oleh Mat Sabu baru boleh tenang.

Setiap parlimen mesti ada pembangkang yang kuat agar segala penyelewengan dapat disekat awal-awal, agar negara maju bukan satu kelompok kecil sahaja yang maju. Kalau PR dapat ke Putrajaya tugas utama BN adalah mematai PR secermat-cermatnya untuk menghalang penyakit barah yang dibawa oleh UMNO sekian lama ini, yakni menerima habuan tanpa berpeluh, menjangkiti tubuh badan orang PR. Bukan kah semua manusia?

Masa dah sampai PR menggantikan BN, dan tak kan PR akan diberi 50 tahun seperti yang dinikmati BN.

Perform or we throw you out in the next G E.

Pak Oncu 26 September 2012 at 10:38  

salam n gud mornin dato,,, mana ada melayu dalam malaysia ini yg undi umno ,, rasa nya sejak dulu kala lagi tidak ada melayu yg undi umno ni , melain kan mereka undi kapal layar n dacing jer ,,,,, sori dato ,,,,

bruno,  26 September 2012 at 12:03  

One thing for sure when Umno/BN has gone over the cliffs,most Malaysians and myself will sleep easy and not lose a second's sleep.

Anonymous,  26 September 2012 at 12:29  

Pak Oncu, kalau nak detail betul lah kapal layar atau dacing; secara am tapi masih tepat UMNO lah. Tak dapat lari dari kenyataan. Kalau kata MCA dan MIC jahat betul juga, usah kacau kapal layar atau mengoyang-goyangkan dacing. Yang korup tetap korup.

Anonymous,  26 September 2012 at 12:33  

Saya sokong benar tulisan Dato ...


.... senjata kemajuan yang menjadi petanda kejatuhan UMNO, waima kehadiran Internet membuka dunia tanpa sempadan buat orang Melayu yang sudah begitu lama dijadikan BUDAK-BUDAK UMNO

.... kalau dulu UMNO kontrol environment kehidupan HAMBA-HAMBA PACAL YANG HINA, orang Melayu yang cukup tunduk lagi hormat kepada setiap pemimpin Melayu, kerana terdidik dengan budi dan pekerti indah hormat kepada ketua ...

... UMNO control setiap ruang lingkup dan dimensi kehidupan orang Melayu dari waktu dilahirkan sampai masa dikuburkan (cradle to the grave) .... ini yang MAHATHIR belajar dari Dasar Pandang Ke Timur, dari masyarakat Jepun yang dijaga pemerintah Jepun utuk taat setia dan dengan taat setia tu PEMERINATH SUDAH PASTI akan terus menjaga orang Jepun, walaupun pemimpin-pemimpin UMNO korup, kaki perempuan, kaki perempuan dan pengkhianat yang menjadi talibarut asing

... sekarang dengan kehadiran generasi ketiga selepas MERDEKA kemampuan mengkontrol pemikiran orang Melayu yang tidak lagi taksub dengan taat setia pada pemimpin UMNO sudah kian lama terhakis

... dengan peratusan mengundi yang lebih ramai dari generasi ketiga selepas Merdeka, dan kehilangan kuasa kuku besi UMNO "mengawal" kelahiran pemimpin baru dari kalangan siswazah, pengaruh dan kredibiliti UMNO semakin terhakis, ramai jiwa muda bersemangat juang terus berkembang di Universiti tempatan dan luar negara ... mereka ini dapat melihat dengan hati bahawa orang Melayu adalah masyarakat tertindas di bawah pemerintahan UMNO kecuali mereka yang dekat dengan pemerintah

... Sudah sampai masa ORANG MELAYU bangkit dari penindasan UMNO
- kalau di FELDA, peneroka hanya "ladang UNDI Melayu" yang dituai UMNO setiap 5 tahun,
- kalau di kilang-kilang MAT dan MINAH KILANG hanya pengundi TEGAR UMNO kerana rasa terhutang budi dapat berhijarah ke kota-kota besar
- pengundi sezaman lahir Kemerdekaan Tanah Melayu, sudah hampir pupus, mereka tidak mampu menterjemah kemerdekaan dengan kemana harus dibawa nasib bangsa orang Melayu
- dari kalangan pegawai Kerajaan mereka hanya "askar tanpa otak" UMNO yang tidak berupaya melepaskan diri kawalan remote kontrol, tanggung jawab " Saya Yang Menurut Perintah " tinggalan penjajah

.... kita yang hidup hari ini diambang perubahan senasib dengan rakyat di kesemua negara ASEAN yang berjiran dengan Malaysia, masyarakat di Indonesia sudah mula celik, yang di Thailand sudah bergolak melakukan perubahan beberapa kali, dan di CITY STATE Singapura angin perubahan juga sedang bertiup dengan kemenangan parti pembangkan Parti Buruh melawan PAP, waima diktaktor di Burma juga sudah terbuka hati untuk berdemokrasi

Jadi sudah sampai MASA orang Melayu TIDAK MEMANGKAH lagi BN kerana BN - UMNO hanya berjaya menghadirkan barisan pemimpin yang terdiri dari
... PENIPU ( Lihat Menteri WANITA yang tidak punya peribadi keibuan sanggup berbohong di pentas dunia ),
... PENCURI (Lihat Sarawak dan Sabah, Selangor, dan bini PM - kaya raya beyond belief),
.... PEROGOL ( lihat Melaka bekas Ketua Menteri yang merogol anak Melayu bawah umor dan ada juga yang masih diabayangi kesah Pembantu Rumah )dan
... PEMBUNUH ( lihat Memali siapa yang bunuh Melayu secara beramai-ramai, bukan sami buddha atau tentera Serbia tapi Presiden UMNO)
... PENGECUT ( ajak berbahas pun takut, belum suruh jadi Iman )

Pangkah jangan tak pangkah - TAPI sekali-kali jangan pangkah BN - UMNO



Anonymous,  26 September 2012 at 15:02  

Sedia maklum, soal Kedudukkan Agama Islam, Raja2 Melayu dan Hak Istimewa Orang Melayu telah termaktub didalam perlembagan Persekutuan. Perkara ini sukar diganggu gugat kecuali berlaku revolusi rakyat yg didokong oleh angkatan bersenjata. Atau parti/pakatan yg didominasi oleh Melayu Islam sendiri yg memenangi pilihanraya dan menguasai 2/3 kerusi parlimen mahu mengubahnya...saya tak fikir perkara ini boleh berlaku.

Atau mungkin berlaku senario dimana orang bukan Melayu akan berusaha memindanya. Adakah perkara ini boleh berlaku?? Adakah pakatan orang bukan Melayu/nonmuslim boleh membentuk kerajaan serta dapat menguasai 2/3 parlimen??? Lihat Fakta ini; dalam PRU12 lalu, Melayu/Islam bertanding di 129 kerusi Parlimen manakala 93 kerusi lagi ditandingi oleh bukan Melayu/nonmuslim. Dalam pertandingan tersebut semua kerusi Melayu/Islam dimenangi oleh orang Melayu/Islam (UMNO 77, PBB 9, PAS 23 dan PKR 20) disebabkan mereka bertanding sesama sendiri.Ini bermakna mereka menguasai 58.6% suara di Parlimen. Hal yg sama berlaku kpd kerusi2 bukan Melayu/nonmuslim dimana mereka tetap memenangi kerusi2 berkenaan disebabkan mereka bertanding sesama sendiri. Oleh itu dalam apa jua keadaan, sama ada BN atau PR yg menerajui negara, orang Melayu tetap menjadi dominan dalam mana2 pakatan.

Persoalan timbul lagi, adakah DAP boleh membentuk kerajaan? Kita lihat pula kedudukkan DAP (yg dilebelkan sebagai musuh utama Melayu oleh UMNO) dan MCA (rakan tidur sebantal UMNO), mereka bertanding sesama sendiri dikawasan majoriti cina dgn jumlah kerusi yg dipertandingkan hanya 43 kerusi..diandaikan MCA menang semua atau DAP menang semua jumalah kerusi orang Cina yg dimenangi tetap 43 kerusi. Ini bermakna sama ada DAP atau MCA, mereka mesti bergantung kepada sokongan Malayu untuk membentuk kerajaan, namun dalam pakatann ini org Melayu/Islam tetap menjadi dominan dalam kerajaan yg dibentuk.

Isu perpaduan PAS/UMNO cuma strategi licik UMNO agar mereka tidak hilang kuasa. Perkara ini cuma berlaku ketika mana UMNO merasakan diri mereka sudah kehakisan sokongan orang Melayu terutama selepas PRU8, PRU10 dan PRU12 dulu. Ini terbukti, selepas PRU11 dimana BN/UMNO mendapat kemenangan selesa tidak pun ditimbulkan isu perpaduan Melayu.. PAS mesti kahwin dgn UMNO. Malahan PAS dikecam dgn secukupnya..

Fooart 26 September 2012 at 15:34  

You got it right to the point! Saya telah mengharamkan akhbar Utusan dan yg sewaktu dengannya masuk ke dalam rumah saya menjangkau tahun yang ke empat. Bila ibu dan bapa mertua saya ( pro UMNO tahap karat besi sebelum ini ) datang ke rumah, bila mohon pada anak saya untuk onkan TV nak dengar berita TV3 pukul 8 malam, telah diberitahu oleh anak saya sendiri. " Datuk, ayah dah pesan STRICTLY NO TV from 8pm-9pm". Off course kedua2 org tua itu akan bertanya kenapa....dan alhamdulillah anak saya memberi alasan dan penerangan yang amat baik dan berkesan sehingga kini keduanya telah bersetuju untuk tidak lagi mengundi BN@UMNO dipilihanraya yang akan datang! Semoga Allah memberkati doa kita semua agar BN jatuh dari tampuk pemerintahan......Insyaallah.

Anonymous,  26 September 2012 at 15:41  

Dimana ada RASA KEADILAN dibawah pemerintahan UMNO

.... kalau orang BIASA tertangkap kerana mencuri sekadar menampung keperluan kehidupan, HUKUMAN yang paling BERAT dijatuhkan kepada pesalah tu TAPI kalau pemimpin UMNO yang mencuri, ada "keberatan" untuk pehak POLIS untuk menrima REPORT, ada "keberatan" untuk pehak POLIS menajanak siasatan, ada "keberatan" pehak POLIS menelengkapkan kertas siasatan terhadap pemimpin UMNO, terdapat halangan dari Peguam Negara untuk mengendalikan kes terhadap pemimpin UMNO, proses dan perjalanan kes terlalu lama samapi masyarakat dah lupa dengan kes kejahatan pemimpin UMNO .... DAN kalau kena hukum pun tak setimpal dengan WANG dan HART RAKYAT yang di curi

.... kalau ada pemimpin UMNO MENYALAH GUNA KUASA, mereka tidak pernah terasa yang mereka akan pernah di TANGKAP malah merasa di GARI atau akan masuk LOKAP, TAPI sebaliknya jika seseorang ditakrif berbahaya kepada TUBUH UMNO, maka segala jenis pertuduhan yang tidak LOGIK pun akan terhadir terhadap "orang yang di anggap MUSOH UMNO"


Di MANA ada RASA KEADILAN dalam MALAYSIA ini jika UMNO masih bermaharaja lela .

Siapa yang BOLEH KATA ada UNDANG-UNDANG di MALAYSIA ini ....

Siapa yang BOLEH KATA ada POLIS dan ada PEGUAM NEGARA yang ADIL di negara .....

MALAYSIA ini hanya untuk UMNO .... yang lain hanya PENJAHAT BURUAN POLIS ......

Anonymous,  26 September 2012 at 16:13  

Salam. Saya nak cerita sikit tentang saorang Pemimpin UNMO ketua Cawangan di tempat saya, Ampang, Selangor. Dulu masa BN jadi kerajaan Selangor, Pemimpin ini bagitu hebat sekali, show-off betul. Jadi Pengerusi Surau dan AJK Masjid (lantikan oleh Kerajaan), datang solat Jumaat dengan Baju Melayu hebat dengan samping songket RM8K, parking kereta Merc E250 depan pintu Masjid, tak hiraukan kesesakan orang keluar masok, saya bangga juga orang Melayu senang, tapi jangan susahkan orang lain. Kontrek parking kereta Majlis Bandaran semua dia dapat, dengar cerita kontrek lain banyak juga dia dapat, tak kisah lah itu rezeki dia. Tapi yang saya heran, bila PR perentah Selangor, dia kalah pemilihan Pengerusi Surau dan AJK Masjid, dia tadak lagi solah di masjid, walau pun rumah nya depan masjid, baik solat Jumaat atau solat lima waktu. Tapi tak apa lah, hak dia solat di mana-mana. Tapi yg pelik nya sejak PR perintah Selangor dan kontrek Parking tamat, dia salahkan orang lain kerana business merundum. Kita pun tahu banyak business dia di sub-kan pada tauke MCA. Dalam hati saya ini lah gelagat orang UMNO tak ubah2. Saya pun dulu ahli UMNO jugak sejak keluar University Malaya tahun 1973 hingga UMNO di haramkan 1988, tahu benar2 orang UMNO.

Rahmat,  26 September 2012 at 16:51  

Bang,
Najib tunjuk satu jari itu ialah untuk beritahu kepada semua rakyat yang dia cuma tinggal sebiji kotek saja. Tetapi yang peliknya pembodek2 pergi ikut pula. Adoi...bodoh betul.

Anonymous,  26 September 2012 at 17:17  

Dato'

Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau menentang British untuk Siapa.
Semasa mereka ini menentang British Istana Pahang bersama kumpulan mana? Adakah bersama British atau pembesar-pembesar istana ni?
Semasa Mat Kilu mudik ke Hulu Tembeling, British berjaya menjejak Mat Kilau di Hulu Tembeling. Siapa yang jadi talibarut Brstish di Hulu Tembeling. Adakah rakyat biasa Tembeling atau golongan bangsawan Tembeling.

Anonymous,  26 September 2012 at 17:45  

Anon-anon:
26 September 2012 12:33
26 September 2012 15:02
26 September 2012 15:34
(Fooart)
26 September 2012 15:41

Syabas! Tabek hormat, 3 kali sorak,"No more BN dari PRU 13"

Anonymous,  26 September 2012 at 18:08  

Dato Ariff
Apa la dato ni ingat orang melayu ni bodoh sangat ke.Your writings presumes that Malays are. Move on laa.....meluat dah aku baca,I'm moving on to to 1direction cds

Anonymous,  26 September 2012 at 19:24  

Budak2 Dan Sesetengah org tua takut Akan hantu. Bila ditanya pernah lihat hantu? Jawabnya tentu lah tidak.. Apa bezanya dengan orang yang takut Akan PR memerintah. Pernahkah mereka lihat PR memerintah negara spt mana nenek moyang kita lihat British Dan jepun memerintah negara kita?..

Pakya Tasik puteri

Anonymous,  26 September 2012 at 19:52  

IT'S NOT UMNO LA SAK.IT' THE MEMBERS THAT HAS RUIN THE PARTY.UMNO STILL HAVE A CHANCE IF THEY ARE BRAVE ENOUGH TO SOMETHING ABOUT THIS. IT' NEVER TOO LATE TO REPENT.......

Anonymous,  26 September 2012 at 22:48  

anon 18 08
i dont think dato sak is presuming malays are stupid I think his point is the umno leaders presume malays are stupid thats why they putting out all the propaganda that malays will loose everything if PR comes to power to scare them
I m from klang when it was under BN it was so disgusting to see the behaivour of some UMNO politicians swaggering around and showing off- khir toyol always looking shiny and smug and that guy zakaria who built a huge mansion in pandamaran among poor peoples houses Everybody talked about it all the time even umno people thats one reason why BN lost selangor.

Anonymous,  27 September 2012 at 00:38  

Dear Dato Sak, a perfect description of the Mamak Kutty yang telah menghancurkqn otak dan jiwa orang Melayu dan Islam. Berapa ramai ulamak dan pejuang Islam menjadi korban di zaman beliau. Kadang saya terfikir juga yang Mamak Kutty ni adalah ejen Yahudi yang akan menghancurkan bangsa2 dunia Islam yang ada potensi untuk menegakkan syiar Islam seperti Malaysia.Lebih tepat lagi Yahudi akan menggunakan dan mengahantar bangsa seperti Mamak2 ini untuk datang ke Malaysia untuk menghancurakan bangsa Mealayu dan Islam khususnya. Salam

Anonymous,  27 September 2012 at 03:16  

Respon kepada Anonymous, 26 September 2012 17:17

Kebanyakkan bangsawan yang ada sekarang ni, boleh dikatakan kebanyakkan tok nenek mereka adalah tali barut penjajah.

Puak-puak nilah yang menguasai istana selepas British berjaya mengusir pembesar-pembesar yang menentang mereka. Mereka inilah yang sanggup menerima sistem pentadbiran penjajah malah menghantar anak cucu mereka mengikuti pentadbiran penjajah.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga ada konspirasi gelapkah di antara sesetengah pembesar-pembesar dari Bugis (minta maaf keturunan Bugis... bukan semua)? Kerana selepas mereka berjaya memasuki istana-istana raja-raja Tanah Melayu... beberapa negeri terbentuk dan tak lama kemudian Inggeris pun mula campur tangan di Tanah Melayu. Semasa pembesar-pembesar Melayu asal Tanah Melayu berkuasa... penjajah sukar memasuki Tanah Melayu... malah Belanda ditumpaskan di Pangkor, Portugis hanya terhad di Melaka semata-mata.

Konspirasi Free Mason atau kebetulan?

Kutu Hak,  27 September 2012 at 08:46  

.
"Wajib" dan 'Hukum" adalah pada amnya bagi orang Melayu membawa konotasi atau fahaman asas dari segi agama.

Mengundi dalam pilihanraya "wajib", satu hak dan tugas bagi ahli masyarakat. Menyokong dan mengundi UMNO adalah satu "pilihan" dan pilihan timbul kerana beberapa perkara. Yang asas sekali adalah "pilihan" itu sebahagian dari sifat wajib. Memilih antara baik dan buruk wajib. Manusia wajib berfikir dan membuat pilihan. Antara Setan dan Malaikat pilihannya jelas. Bukankah UMNO dah mengaku mereka Setan? Betul kata segolongan rakyat yang berpendirian "Asalkan Bukan UMNO" atau ahli BN.

Malaysia dan Melayu patut bersama dan bersatu dengan rakyat lain bangsa untuk menentukan masa depan yang adil bagi anak cucu kita selain memperbaiki kehidupan sekarang. Menyererlah fungsi kemudiannya.

Setelah dihinakan oleh keparat Mahathir, "Melayu tak kenang budi", apa lagi tunggu? Jelaskan dan pujukkan semua kawan tak peduli bangsa untuk pilih PR. Kita bukan hamba si Kutty tu. Keluarganya hidup dari hak rakyat dengan cara tak adil dan haram.

Manusia ada kemuliaan, kita bukan binatang yg si Kutty boleh sembelih. UMNO tak ada nilai kebudayaan - hanya kebuasan binatang - negara yg UMNO telah bina tak beza dengan "mafia" atau "triad".

Hormatilah semua manusia agar boleh kita hormati sendiri dan "Pencipta" manusia.

# Perisytiharan Hak Asai Manusia Sejagat [pdf]

Anonymous,  27 September 2012 at 09:46  

Anon:27Sep2012 00:38

Dalam usaha memerangi konspirasi Barat-Yahudi perlu juga kita selidik tentang bezanya di antara mereka dan negara-negara yang membangun, yang mundur, yang dah 'failed State' dan yang seakan-akan inginkan status 'failed State' secepat mungkin.

Dua perkara yang berlaku jauh dari tanah air kita sekali-sekala menghantui fikiran saya semasa memimun teh berseorangan, dan kedua-dua ini bersangkut-paut dengan kaum Zionis dan kebebasan kehakiman: pertama, seorang bekas Presiden Israel, Moshe Katsav @ Musa Qasab dihukum masuk penjara, pada Disember 2011, kerana merogol seorang penolongnya; kedua, seorang bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, baru saja pada 24 Sep didenda $20,000 dan dipenjara se tahun. Olmert semasa didakwah dua tahun lalu diberitakan mengucap dengan bangganya,"I am proud to be the Prime Minister of a country that investigates its Prime Minister."

Tak perlu saya senaraikan apa dan siapa patut diheret ke mahkamah kita. Tun Mahathir masih nak salahkan Najib.90% beban Najib buatan Tun sendiri. Najib terperangkap diri sendiri kerana cepat nak memerangkap musuh yang dihadiahkan kepadanya oleh orang lain - undur selangkah dua, berikan PR sedikit ruang untuk bernafas dan semua akan selesai - ini budaya orang Melayu,(melainkan yang tak mau akur diri Melayu)- inilah tarian dan hikmah silat Melayu, lembut balas lembut, jahat tuntut jahat.

Apakah jiwa, semangat dan roh Melayu hanya kekal di Kelantan?

stk,  27 September 2012 at 10:06  

Anon,26 September 2012 18:08,

Kalau dah meluat pergi lah ke blog2 lain,tak ada orang paksa mu dengan pistol kan?

Anonymous,  27 September 2012 at 11:07  

received few sms from penganalisa bebas 'vote parti yang mesra rakyat BN or PR'

another sms " parti yang boleh memajukan negara PR or BN"

at first i ignore the sms

now, i want to let them syiok, i reply BN

Anonymous,  27 September 2012 at 11:25  

Saya sokong barisan nasional (umno).
Cth: 1- Lahir di hospital kerajaan (percuma).
2- Sekolah dari sekolah rendah hingga masuk ipt (suma percuma).
Jadi tak perlu saya nak susahkan anak2 saya dimasa yg saya tak tahu kepastiannya lagi (dibawah PR).

Anonymous,  27 September 2012 at 13:14  

Dato',

Mengundi UMNO bukan Wajib. Tapi MENGUNDI UNTUK JATUHKAN UMNO ITU MEMANG WAJIB. Adalah wajib setiap umat Islam memerangi "syaitan" mahu pun parti parti tempat para "syaitan" dan pengikut "syaitan" berpesta.

Aku tertarik membaca tulisan pengasas parti "syaitan" baru itu. Dalam tulisan beliau pada Soros, dia sebut macam mana kisah sadis sorang Jepun telah bunuh askar British di zaman anak anak kecil dia. Kononnya kejadian tu telah menyebabkan pengasas parti "syaitan" dikenali ini insaf dan dia merasa perlu dan bertanggung jawab untuk tegakkan keadilan sejagat dengan "menjenayahkan peperangan".

Benarkah bapa "syaitan" dikenali di Malaysia ini insaf?. Jom pakat kita imbas balik apa yang dah berlaku pada si Anwar Ibrahim. Bukankah Anwar Ibrahim pernah dilebamkan mata dan dikerjakan separa mati oleh balaci "syaitan" dalam jabatan polis di zaman kekuasaan pengasas parti "syaitan" itu?. Ingat tak lagi respon beliau yang suka suka menuduh si Anwar lebamkan mata sendiri dan kenyataan dia ini disebarkan seluruh Malaysia hatta dunia melalui media pencacai parti "syaitan" itu?. Dalam keadaan Anwar diperlakukan demikian si bapak pengasas parti "syaitan" ini masih boleh menghina dan berdolak dalik lagi. Keadilan jelas dihenyak dan dipijak oleh tapak kaki manusia "syaitan" dikenali bergelar Mamak Kutty ini sudah sekian lama. Kalau kisah si Jepun membunuh si British itu dianggap zalim..bagaimana pula kisah si Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh "syaitan" yang tidak malu mengaku melayu itu. Kalau askar Jepun membunuh askar British itu, ramai boleh faham kerana mereka bangsa berbeza. Tapi kalau "syaitan" mengaku melayu tu berlaku kejam kepada melayu sendiri..apa makna nya tu melainkan melayu yang satu itu adalah benar benar "syaitan". Dan sekarang terbukti..ianya "syaitan" mengaku melayu.

Aku sedih dan kecewa. Berdegar degar suara manusia bernama Mamak Kutty ni perjuangkan keadilan sejagat tapi di tempat sendiri, di bumi Malaysia ini, dia tak lebih dan tak kurang umpama Hitler yang sedang membunuh dan menyiksa orang Melayu yang majoriti berugama Islam. Habis semua pemimpin2 Melayu asli yang mempunyai potensi besar di bunuh karektor mereka di zaman kekuasaan si Mamak Kutty, pengasas parti "syaitan" dikenali.

Ingat lah hangpa semua wahai kaum Melayu. Kalau bertembung hangpa dengar ular dan bapak pengasas parti "syaitan" dikenali ditengah jalan..hangpa patut tahu mana dulu patut hangpa hentam dan ketuk! Telah lama tersebut dalam sejarah melayu itu sendiri. Madeliar dan Si Kitul adalah pembelot. Jangan sesekali hanpa biarkan pembelot berketurunan dan berdarah Madeliar ini kembali ke puncak kuasa. Pastikan suku sakat Madeliar dan bapak pengasas parti 'syaitan" ini lingkup dan jahanam se jahanam mungkin dalam GE 13 nanti. Mereka dan pengikut merekalah merupakan parasit sebenar yang menyebabkan kekalutan dalam negara tercinta Malaysia hari ini.

Allah telah menyebut bahawa "syaitan dan iblis " itu adalah musuh Adam dan keturunannya bernama manusia. Ini jelas. Maka wajib untuk kita perangi "syaitan". WAJIB BAGI UMAT ISLAM MENJATUHKAN PARTI SYAITAN IAITU UMNO BN YANG ADA SEKARANG INI !

Anonymous,  27 September 2012 at 14:13  

Anon 26 September 2012 19:52

UMNO = MMEMBERS = UMNO
However you say it, its UMNO, nothing less, alot more.

Anonymous,  27 September 2012 at 14:27  

Anon 27 September 2012 11:25

Kamu mimpi di siang hari.
Mana ada lagi perkhidmatan percuma di Hospital Kerajaan. 1 hari di wad macam kandang = RM 3.00.
Mana ada sekolah percuma lagi sekarang, masuk darjah 1 nama aje percuma Yuran macam-macam RM 93.00.
Semuanya dizaman UMNO/BN merintah. KALAU PR PERINTAH, PENDIDIKAN & PERKHIDMATAN KESIHATAN SEMUA PERCUMA.
Benar-benar pemikiran UMNO, sorokan yang jelas lagi terang. Rakyat sekarang dah celik.

Anonymous,  27 September 2012 at 14:47  

anon 27 September 2012 11:25!

apa yang percuma masuk sekolah! semua berbayar. Masuk hospital pun berbayar. Itupun yang paling murah RM1! kalau ada rawatan lain, kena caj lain pulak! mana ada percuma! kao duduk zaman parameswara ke?

MAHApenipu,  27 September 2012 at 15:04  

Yg wajib sekarang nei ialah menyingkir UMNO/BN yg pemimpin2nya telah menjadi penipu dan Pencuri Bersiri yg menyebabkan hutang negara ketahap RM456Billion, lagi 2% tahap K.O.Duit Petronas hanya boleh tampung 40% bajet negara..Bila minyak habis semua akan tergolek dog termasuk pecacai2 UMNO/BN yg memang tongong dulu, kini dan selama-lamanya!!

Anonymous,  27 September 2012 at 15:10  


Anon 11.07

Same as myself.
vote parti yang mesra rakyat BN or PR'

I voted BN

another sms " parti yang boleh memajukan negara PR or BN"

Voted BN again.

Give BN syiok sendiri and make PR work harder. All members of family and colleagues are pro-PR to bring down the corrupt BN.

Anonymous,  27 September 2012 at 17:20  

Anon, 27 September 2012 09:46:

Lagi nama Musa! Jangankan khiamat. Pening saya.

Cerita you tak habis - saya terpaksa google baru tahu Ehud Olmert kena jail dan denda (hukumannya digantung sementara) sebab telan duit.

Ada pasir, telan duit, tak ada pasir pun telan duit.

Anonymous,  27 September 2012 at 18:27  

Betui semua orang kutuk barang yang lepas sebab dia dah terlepas, tapi jangan lupa kepala mungkin lepas, ekor belum tentu lagi. Melayu macam mana kaya pun kalau ekor tak pandai jaga bergelumang juga dengan taik. Tanya Dato what has he contributed to his constituency when he was a wakil rakyat.

Anonymous,  27 September 2012 at 20:17  

Time for Change

Kalau di zaman-zaman kita masih pergi menonton wayang dipawagam, paling seronok adalah iklan wayang yang bakal muncul sedikit saja waktu lagi yang diberikan label NEXT CHANGE ...

Pakatan Rakyat jika ditakdirkan menang memberikan nafas baru demi evolusi DEMOKRASI tanah air yang sudah sekian lama bukanlah sebuah "demokrasi" tapi sebaliknya pemerintahan kuku besi diktaktor sezaman dengan pemerintahan MARCOS di Filipina, SUHARTO di Indonesia, LEE KUAN YEW di Singapura yang terlebih dahulu menyaksikan perubahan besar dinegara-negara tersebut. Apa bukti pemerintahan BN sekarang adalah pemerintahan kuku besi, ini kita boleh nilai sendiri dari kawalan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya terhadap DAFTAR PENGUNDI dan teknik-teknik persempadanan semula kawasan pilihanraya, ini juga boleh kita nilai sendiri dari bentuk keadilan sistem perundangan yang telah lama dirosakan oleh MAHATHIR untuk memastikan POLIS, PEGUAM NEGARA dan se JUMLAH HAKIM akan sentiasa memenangkan sebarang yang melibatkan UMNO dan kroni-kroni UMNO, termasuk kawalan MAHATHIR terhadap undang-undang tubuh pertubuhan yang menyaksikan UMNO itu sendiri terkubur, dan kemudian dihidupkan semula sebagai UMNO BARU.

Segala institusi yang seharus nya bebas dicengkam oleh MAHATHIR termasuk kesemua kesatuan sekerja, pertubuhan sosial, gerakan pelajar, dan segala aturan media cetak dan media elektronik.

dan sekiranya semua itu gagal UMNO masih mempunyai UNDANG - UNDANG ISA, yang membolehkan Menteri Dalam Negeri menangkap siapa saja yang ditakrif berbahaya kepada keselamatan negara tanpa perlu dibawa ke proses pengadilan.

Pakatan Rakyat perlu merungkai sebegitu banyak kejahatan regim kuku besi yang sudah tinggal tidak berapa hari lagi akan dipastikan oleh para pengundi MUDA akan terkubur sebagai "a footnote in history of Malaysia Democratisation process",

Pakatan Rakyat harus melahirkan satu HARAPAN BARU, yang Malaysia boleh MAJU dan BEBAS dari Rasuah dan Penyalah Gunaan kuasa yang menjadi gaya hidup orang UMNO ketika ini

Pakatan Rakyat harus selalu BERSUARA menerangkan segala perubahan yang ianya akan buat supaya RAKYAT mendapat kefahaman mengapa sesuatu perubahan itu perlu dibuat dengan mengujudkan KETELUSAN supaya RAKYAT tidak lagi dibohongi oleh media-media kawalan UMNO ....

100 hari pertama akan selalunya diikuti dengan begitu dekat oleh pemerhati dalam dan luar negara, untuk meyakinkan perubahan yang direncana dan sedang dijalankan adalah sesuai dengan agenda perubahan merungkai kejahatan 55 tahun regim kuku besi BArisan Nasional..

Media seperti RTM TV3 dan kesemua media yang lain akan menjadi "halangan" dan ranjau yang akan memberikan gamabran salah kerana masih mempunyai budaya yang sudah tertanam sebegitu lama dan serasi dengan gaya penipuan UMNO dan Barisan NAsional ....

Kekecohan pasti berlaku apa bila agensi dan badan penguatkuasa masih belum siap untuk menyesuaikan dengan KEBEBASAN BARU yang bakal tercipta dalam cara berurusan dengan RAKYAT dan masih selesa dengan gaya MAFIA dan bukan gaya badan penguatkuasa

dan dalam waktu peraliahan banyak lah yang akan kekal sebagai TALIBARUT UMNO, semata-mata kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak kerajaan yang memerintah ....

Ini semua sudah dialami oleh RAKAYT Indonesia yang sekian lama diperintah oleh GOLKAR sinonim UMNO,

Jika ditoleh kebelakang memang ada HIKMAH Pakatan tidak memenangi secara MUTLAK PRU 12, HIKMAH yang nyata adalah ia memberi waktu bagi Pakatan merencana perubahan, ada juga HIKMAH Pakatan menang di Selangor kerana ianya memberikan Pakatan ruang linkup mengatur ekonomi negara yang tertumpu 40% di Selangor, ada juga HIKMAH disebalik kejahatan yang UMNO lakukan di PERAK, ianya telah memberikan BUKTI yang kuat untuk kesemua pengundi CINA untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan dan tidak kepada UMNO dan MCA lagi ... jelas SABAH dan SARAWAK adalah HIKMAH terbesar, yang memberikan waktu dan ruang untuk pengundi disana berfikir dan menilai sudah sekian lama mereka tertipu oleh Barisan NAsional ....

bruno,  27 September 2012 at 21:25  

Soon after the budget is announced,most probably Najib will set a date for the elections.After the goodies of goodies of a budget,Najib has no more cards up his sleeves.He has already played up his last card,that is the budget.After the budget,there will be no more shock and awe,as Najib and Umno/BN will be shooting blanks after that.

Anonymous,  27 September 2012 at 23:13  

.... [off topic sedikit Dato ']

Apakah Anwar akan dikorbankan sekali lagi oleh UMNO

[1] Mungkin kah perbuatan MENGANAS LIAR oleh PERKASA dan PEKIDA telah dibayang-bayangkan oleh NAJIB, yang UMNO akan mengadakan "ROAD BLOCK" menghalang Pakatan Rakyat terus maju ke Putrajaya
[2] Kita harus mempersoal kenapa PERKASA ini begitu berani sekali bertindak GANAS dan seolah-olah memang mencari gaduh, sudah tentu PERKASA begitu berani, kerana ada yang memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan,
[3] Kita juga harus mempersoal kenapa pehak POLIS dan lebih-lebih lagi Special Branch, tidak mengambil sebarang tindakan menghalang atau sehingga kini belum menangkap mereka-mereka yang sudah bertindak di luar batasan undang-undang, kalau dibuat perbandingan, kalau AH LONG melempar CAT kepada rumah yang dituntut hutang pun POLIS siasat, ini kes baling batu pun POLIS membatukan diri,
[4] Kita juga harus jangan lupa pada komen Hishmanmuddin, Menteri Dalam Negeri, ketika mengulas mengenai jaminan keselamatan terhadap Ketua Pembangkang dalam kempen Pakatan di Johor, yang berkata beliau menyerahkan nasib pembangkang ke tangan rakyat Johor, ini memang jelas memberi signal, OK untuk PERKASA bertindak GANAS kepada Pakatan
[5] Dalam KES di LEMBAH PANTAI PERKASA dan UMNO bertindak memadamkan API dan membaling batu, POLIS seperti "faham" dan tidak mengambil sebarang tindakan

.... ini pendapat saya sendiri, melihat perkembangan semasa saya tidak hairan, pada masa ini kelihatan Anwar Ibrahim lah individu yang berjaya membuat kerangaka kerjasama antara PKR, PAS dan DAP dan tanpa Anwar mungkin agak sukar mencari consensus antara PR, jadi tidak mungkin UMNO tidak pernah memikir satu-satu nya corner stone kerjasama PR adalah Anwar, musuh ketat UMNO yang dibebaskan Pak Lah untuk menentang MAHATHIR, jadi ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim menjadi korbanROAD BLOCK yang menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya,

..... tapi Anwar mungkin bukan orang pertama yang menjadi korban buat satu perjuangan, contoh terlalu banyak di India, di Pakistan,

.... tetapi juga jika PERKASA tidak mengawal KEGANASAN mereka sudah pasti ada orang seperti Sirul dan Azilah pembunuh Altantuya yang akan bertindak mengikut arahan BIG BOSS atau Taiko-taiko mereka untuk membeli sebutir peluru yang sebegitu murah,

... saya juga tidak hairan ketika membuat kesimpulan diatas kerana bekas IGP semasa pemerintahan MAHATHIR MAHA ZALIM, sudah pernah memukul Anwar, dan membuat tangkapan dirumah ala menangkap PENGANAS, mungkin nasib baik Anwar tidak mati ketika itu kerana tiada BODY GUARD Anwar yang bawak pistol... kalau tidak, sudah pasti saya Anwar sudah syahid seperti Ibrahim Libya di Memali ..

Mp goviind,  27 September 2012 at 23:41  

Sorry Dato.. Saja mahu inform
kes Saman Petronas di Sabah....http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/25/petronas-sabah-oil-agreement-challenged/

Goviindmp,  27 September 2012 at 23:44  

Sorry again Tok...ni info Lebih dalam saman Petronas : http://suarasabah.wordpress.com/sabah-development-corridor/federal-government-has-no-right-over-petroleum-in-sabah/

tebing tinggi,  28 September 2012 at 00:00  

Ulama mana pula yang kata mengundi UMNO tu wajib ?, Ramai juga yang tepengaroh dengan cara PAS bepolitik.

Anonymous,  28 September 2012 at 07:45  

Anon-27Sep2012 20:17

Perenggan terakhir paling tepat sekali; dengan izin, saya ulangi di bawah:

"Jika ditoleh kebelakang memang ada HIKMAH Pakatan tidak memenangi secara MUTLAK PRU 12, HIKMAH yang nyata adalah ia memberi waktu bagi Pakatan merencana perubahan, ada juga HIKMAH Pakatan menang di Selangor kerana ianya memberikan Pakatan ruang linkup mengatur ekonomi negara yang tertumpu 40% di Selangor, ada juga HIKMAH disebalik kejahatan yang UMNO lakukan di PERAK, ianya telah memberikan BUKTI yang kuat untuk kesemua pengundi CINA untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan dan tidak kepada UMNO dan MCA lagi ... jelas SABAH dan SARAWAK adalah HIKMAH terbesar, yang memberikan waktu dan ruang untuk pengundi disana berfikir dan menilai sudah sekian lama mereka tertipu oleh Barisan NAsional ...."

Terima kasih.

Anonymous,  28 September 2012 at 09:01  

Time for Change tidak mampu digarap dalam 4000 patah aksara yang menjadi HAD berkomentar di ruang comment ....

Time for Change, hanyalah penyatuan beberapa patah perkataan untuk melajukan momentum perubahan yang sangat dituntut oleh setiap JIWA yang BERSIH yang mahu Malaysia membangun dengan lebih cepat dan lebih maju ....

Terdapat pelbagai HIKMAH lagi dari siri kekalahan Pakatan pada PRU 2004 dan kemenangan Pakatan pada PRU 2008,

dalam menoleh kebelakang kita harus mengucap syukur kerana MAHATHIR melantik Pak Lah dan kemudian Najib sebagai penganti pimpinan UMNO,

.... terima kasih pada Pak Lah kerana membebaskan Anwar, atas nasihat Khairy sebagai strategi menjadi tunjang utama melawan nemsis Pak Lah, yaini MAHATHIR MOHAMAD KUTTY dan terima kasih juga kepada Pak Lah kerana merungkai undang-undang zalim ISA, AUKU dan AKTA Mesin Cetak

.... syukur juga kita yang menggantikan Pak Lah, adalah Najib, seorang pewaris yang begitu banyak KELEMAHAN dan penuh DOSA dan yang tidak akan pernah mampu mengawal WARIS-WARIS Kuat UMNO, dan tidak akan pernah mampu menandingi KEWIBAWAAN dan KREDIBILITI Anwar dimata DUNIA dan RAKYAT Malaysia amnya

.... syukur kita juga kerana Najib dibebani seorang isteri yang tidak boleh dia kawal yang menyebabkan dia kelihatan LEMAH dan menjadi bahan KETAWA satu DUNIA,

.... kalau lah hari tu yang mengantikan nya Muhyiddin atau Nazri, mugkin Anwar sudah dipenjarakan kembali

.... VISION in HINDSIGHT is always 2020, apabila menoleh kebelakang jika dilihat dengan HATI akan sentiasa TERANG dan BENAR,

.... salah satu yang akan memastikan UMNO akan terkubur adalah BUDAYA dan SIFAT orang UMNO yang sudah dibentuk oleh MAHATHIR, yang hanya hidup untuk KUASA dan WANG, dan menghalalkan perebutan kuasa sesama mereka, orang UMNO sudah tidak ada ASAS untuk mengatakan mereka berjuang untuk AGAMA, BANGSA maupun TANAHAIR .... dari jauh kedatangan mereka sudah terhidu RAKYAT sebagai kedatangan GEROMBOLAN PEROMPAK, PENIPU dan PENGKHIANAT ... dari barisan pimpinan UMNO yang ada pada masa ini TIDAK ada yang mampu mengaku mereka BERSIH dan mempunyai pribadi MULIA, dan sudah pasti jika Najib menamakan semua yang penuh DOSA dari yang ada sekarang, ia seolah-olah menanda tangan cek tendang yang akan mengalahkan UMNO keseluruhan nya,

.... dan salah satu lagi FAKTOR penting yang akan mengalahkan BN, adalah TOTAL REJECTION of the CHINESE terhadap MCA dan GERAKAN, yang juga merasakan ada HARAPAN baru dengan MEMANGKAH DAP

.... segala TEMBELANG dan BANGKAI GAJAH tinggalan MAHATHIR sudah kelihatan, terlebih lagi pengakuan dia sendir,i yang dia telah MEMBERIKAN KERAKYATAN untuk meramaikan pengundi di SABAH, yang kini diguna pakai oleh Hishamuddin di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan terutama sekali di PEKAN PAHANG untuk memenangkan UMNO, tetapi Hishamuddin terlupa untuk memperkuat JOHOR dahulu sebelum keluar menyerang di negeri Pembangkang,

APA PUN Time for Change, bagi kita orang yang berkeyakinan dan mempercayai tuhan, ini hanya akan berlaku dengan bantuan Allah swt, dan segala sesuatu yang lain hanyalah penyebab, dan kita memulangkan segala-galanya kepada Allah swt, supaya apa yang akan berlaku adalah yang terbaik buat agama Allah, yang menjadi agama sekelian alam

Anonymous,  28 September 2012 at 16:48  

bruno,
Aiyah gua sudah cakap sama lu itu election next year mah!!! Lu predict semua salah lah tak tak betyui..ha..ha..

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP