Di Ambang Kehancuran.
ahli MKT yang
bantai dan tibai dan balun Dato Najib- mereka semua bercakap mengenai
kebimbangan mereka. Keadaan UMNO teruk, Najib masih hendak main PR. Kali ini
nak dapat 100 kerusi parlimen pun sesak. Taib Mahmud sudah memerintah Sarawak
tanpa UMNO lebih dari 20 tahun. Dia boleh memilih untuk berganding dengan sesiapa.
diSibu- walaupun Najib dan Taib Mahmud berikrar cinta mencintai, Taib Mahmud
dan PBB have no love lost dengan UMNO. Mereka tidak memerlukan UMNO. UMNO akan
tewas. 16 kerusi parlimen di Sarawak akan terbang.
Dan segera
saya hendak ingatkan, bila UMNO tewas, orang Melayu tidak akan mati. 1 dari 6
orang Melayu dalam negara ini ialah ahli UMNO. Seorang ahli UMNO mati, masih
tinggal 5 orang Melayu yang lain kan? Yang mati ahli UMNO, bukan Melayu.
Seorang pegawai
tinggi kerajaan yang saya kenal semasa belajar di UM dahulu menalipon tanya
saya. Kalau kerajaan baru ambil alih, apa jadi kepada civil service? saya jawab
tanpa ragu2- our civil service dan segala intruments of government tetap
dikekalkan. Kerajaan baru memerlukan semua instruments of government untuk
memerintah. Yang kita nak singkir ialah bad hats. Yang tiada hanya menteri UMNO
dan kehilangan mereka tidak membawa mudharat langsung. PR will still need all
the good civil serrvants, all the good policemen, all the good military men and
semua yang lain lah. Jadi beritahu sahabat2 kita dalam kerajaan, yang
ditiadakan ialah lanun2 dan perompak UMNO.
Pemimpin UMNO
yang masih bersahabat dengan saya menyatakan Najib macam tak tahu bagaimana
menangani keadaan. Isiu demi isiu mendedahkan pembelotan UMNO keatas
kepentingan orang Melayu. Ahli UMNO sendiri meluat dan menyampah dengan penggayaan
isteri PM, Rosmah Mansor yang berlagak macam Imelda Marcos atau Susan Mubarak. Orang
Melayu bukan Melayu bodoh lagi. Mereka melihat dan berfikir. Rata2 orang Melayu
menyatakan cukuplah mereka dilembukan. Biarlah lembu kekal jadi lembu, tak
sanggup orang melayu menjadi lembu dan dilembukan.
Tun Daim
pun kata pada saya- Najib hasn’t got what it takes to run the counry. Style aristocrat
ada, substance leadership tak ada. Semua orang risau mengenai kemampuan
kepimpinan Najib.
Tambah
lagi, UMNO kena serang dari golongan mereka sendiri. Apa2 kenyataan dari Dr
Mahathir menambahkan sakit kepada UMNO. Mengikut Dr Mahathir, kalau UMNO/BN
kalah, maka kemakmuran negara akan tergugat. Bagaimanakah penyingkiran kerajaan yang korap
dan incompetent boleh menerukkan kemakmuran negara? Kalau kerajaan UMNO diganti
dengan kerajaan yang lebih cekap, kemakmuran negara akan jadi lebih baik. Tidakkah
orang Melayu tidak mahukan tiadanya rasuah?
Lihat rekod
negeri2 yang dipimpin oleh PR. Semua nya mendapat lapuran terbaik dari Lapuran
Audit Negara. Kedah yang dipimpin oleh seorang ustaz itupun, dapat
melipatgandakan hasil dari industry pembalakan. Dari RM12 juta setahun semasa
kerajaan UMNO, kepada RM70juta setahun dibawah kerajaan PR. Kenapa semasa UMNO
hasil kecil? Sebab hasil hutan banyak dibalun oleh puak UMNO. Negeri mampus tak
apa. poket peribadi penuh.
Daripada 5
buah negeri yang mendapat pelaburan asing yang tertinggi, 3 darinya adalah
kerajaan PR. Kelantan tidak berhutang dengan kerajaan pusat. Penang membayar
hampir semua hutang kerajaan pusat. Selangor bukan sahaja tidak berhutang tapi
menambahkan reseb tunai hampir RM2 billion.
Maka jawapan
kepada cynicism yang mengatakan kalau PR memerintah dia orang akan sama sahaja
dengan BN, TIDAK betul. Kita ada rekod untuk backup janji kita. UMNO hanya buat
janji tapi rekod nya amat buruk. Kita ada semua alasan untuk beranggapan bahawa
jika UMNO memerintah, keadaan akan bertambah beruk.
Maka yang
amat ditakuti oleh UMNO dan Dr Mahathir bukanlah UMNO kalah- tapi yang mereka
betul2 seram ialah selepas UMNO, rakyat akan sedar bahawa rupa2 nya ada
kehidupan yang lebih baik seleapas UMNO. Maka marilah kita sama2 berazam dan
bertekad, menyingkirkan UMNO secepat mungkin.
Mengenai Najib
kena balun oleh MKT? the chickens have come home to roost.
9 comments:
Dato',
Malaysia menjadi caca marba sejak Mamak Kutty berkuasa. Malah PM PM Malaysia selepasnya adalah calon2 terbaik yang mampu beliau kemukakan.
Mamak Kutty perlekehkan Pak Lah walhal beliau yang melantik Pak Lah. Dan sekarang dia serba salah untuk persalahkan Najib kerana Najib juga pilihannya. Rumor sana sini mengatakan Mamak KUtty bakal singkirkan Najib agi digantikan dengan Mahyuddin. Ingatlah..selagi calon PM itu adalah hasil idea Mamak Kutty atau direstui Mamak Kutty..selamanya Malaysia kan terus bermasalah dan berpotensi jatuh ke gaung muflis.
Memang Najib seorang bermasalah kerana pelantikannya sebagai PM adalah atas sokongan mentor paling bermasalah dan disokong pula pencacai pencacai serba serbi bermasalah. Jadi tidak heranlah Malaysia terus bermasalah. Jika lewat golongan yang sekian lama berpesta dalam parti "syaitan: bernama UMNO BN di humban dari Putrajaya...kiat selaku rakyat Malaysia kan menanggubg sesalan tidak sudah.
Mamak Kutty sedang berusaha kuat untuk membuka ruang buat legasinya Mukhriz. Kali ini Mahyuddin dijadikan kuda tunggangan untuk menendang kepala Najib dari puncak. Seperti kata Dato'....kian ramai yang mula meragui Najib dikalangan UMNO BN itu sendiri. Najib barangkali akan tumbang sebelum sampai waktunya. Hari esok Najib sebenarnya kelam dan gelap..gelap segelapnya jika UMNO BN tumbang di GE 13.
Saya teringat Saiful Jubri yang dimalangkan oleh UMNO BN itu. Najib benar2 mewarisi perangai "jadah" mentornya yang bersekongkol dengan Azizan dalam episod liwat 1 Anwar. Kita lihat saja nanti nasib Saiful Jubri ini. Dia akn menelan azab hasil bersekongkol dengan Najib dan parti syaitan UMNO BN kerana kegagalannya mengenal kawan sebenar disebabkan bermata "RM".
UMNO BN umpama telur dihujung tanduk kini..bila bila masa saja boleh jatuh dan pecah berderai. Dan saat ini berlaku, kepala syaitan dan pengikut2 syaitan akan mula sedar tinggi rendahnya langit. Namun..segalanya telah terlambat sudah...pembalasan Maha Esa akan menjemput mereka.
Sama sama kita percepatkan kehancuran parti syaitan yang usang dan berkarat itu.
Salam Sak,
Sorry but I'm taking the statement that "16 kerusi di Sarawak akan terbang" with a pinch of salt. Sekiranya Taib memilih untuk berganding dengan Pakatan Rakyat, bagaimana nanti kerajaan Pakatan Rakyat akan menangani rasuah dan kronisma Taib yang terlalu banyak itu?
Sesiapa sahaja yang masih ingin terima serpihan dalam apa jua bentuk daripada UMNO yang tiba-tiba merasa,'We are really scared, Pak Sak', teruskan. Orang Melayu di Kelantan, Kedah dan Trengganu tak pernah rasa takut akan DAP - mereka ni siapa? nak menakluki orang Melayu? Over my dead body! UMNO nak orang Melayu percaya DAP begitu hebat, tak sampai 5% nak jadi tuan kepada 60% orang Melayu? Siapa bodoh, orang Melayu bodoh atau Melayu UMNO bodoh? Kalau bodoh jangan fitnah bangsa sendiri. Masuk akalkah Melayu akan serah segala-gala kepada yang 5% ini?
UMNO dah bertahun-tahun memperkaya segelintir dengan seribu macam helah dan kekerasan nah sekarang nak takutkan lagi orang Melayu. Bolehkah Melayu yang dapat beratus-ratus AP, tinggal di rumah mewah, dapat wang dan lesen bela sapi, dapat lesen memiliki 200 buah teksi, dll, dll, rasa takut? Bolehkah orang Melayu yang makan gaji sederhana atau yang menjalankan perniagaan kecil rasa takut? Yang satu tetap akan gigil di ambang kehancuran, di ambang 'mother of all striptease shows' disandiwarakan di pentas wayang bangsawan (bangsatwan?) - tarian bogel- sedikit demi sedikit akan ditanggalkan hingga akhirnya ternampak 'the naked UMNO' - UMNO tanpa baju kot, tanpa keris, tanpa seluar, tanpa seluar dalam,tanpa apa saja yang boleh menutupi malu dan kemaluan. Yang satu lagi, apa boleh menakutkan mereka dan siapa berani nak menakutkannya? Segala yang diterima dan dinikmati semuanya halal belaka.
UMNO jangan peralatkan manusia bumi ini tiap kali di ambang pilihanraya. Jangan anggap rakyat ber I.Q.70-an saja, se titik manisan diberikan dan diharapkan rakyat terhutang budi seumur hidup.
Semua dipersilakan melawat Kelantan Darul Naim untuk mengenal apa itu budi dan siapa itu bangsawan sebenar, dan kita bersama-sama akan halau BN keluar dari Putrajaya.
Saya diingatkan oleh seorang kawan karib Pakistan,"Al-mulk I-Illah": Dominion is God's. Saya harap semua pegawai agensi Kerajan, yang tak buta huruf, akan ingat betapa pentingnya mereka menjalankan tugas-tugas masing-masing berpandukan permata ini - biar segala ucapan dan tindak-tanduk selalu dicahayakan oleh manisan ini. Sekian
statistik2 sosio-ekonomi yang mutlak atau quantifiable, bukan yg subjektif, yang dicapai oleh kerajaan2 negeri pr seperti hutang negeri yg dinyatakan itu mestilah disenaraikan berbentuk perbandingan dan diedar meluas berserta penerangan jelas ke seluruh tanahair termasuk sabah dan sarawak supaya yg masih tersangkut atas pagar tu dapatlah akhirnya menggelonsor turun bersama2 kita jejak bumi nyata, udara yg lebih bersih, rumput yg lebih hijau, langitbiru yg lebih cerah, sang suria yg lebih merah dsbnya
-average joe-
klakka-la.blogspot: LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)
askm tok
tulis sempoi n halus mcm ni jee..
tapi tajam buat fahaman org2 kg utk berubah...bila print n bgi baca
teruskn usaha menulis tok...
Dato,a new GOM will just give the broomsticks to the political cronies and their ball carriers,such as those placed by Umno/BN to act as spies and peeping Toms.Peeping Toms is the name given for people who makan buta gaji and sneak their noses into somebody else's business to report to their political masters.
This people will go as far as to put their heads under ladies blouses and sarongs to see what is going on.These good for nothing useless bitches would even give their asses shamelessly to the dogs if their masters commanded.
All the civil servants and men/women in uniforme will still be retain.No incoming government will fire all the government servants and men in uniform.Just the Umno/BN cronies who are loyal only to Umno and considered to be trouible makers and saboteurs to the incoming administration.
The AG will be the first one to be thrown into Kamunting awaiting his trial for targeted prosecution,case fixing,adultery and of course corruption.Many senior civil servants,officers in MACC,PDRM and Armed Forces will have to answer for their crimes.That is the way to go.To root out all the corrupted,cronies and makan buta gagi orang.
Dato'
Kita anak jati Pahang, akan berkerja keras untuk humbangkan UMNO dalam tasik Chini untuk ditelan oleh naga tasik Chini.
Kami di Jerantut akan berusaha agar semua kerusi dimenangi PR.
Kita humban UMNO Jerantut dalam Sungai Pahang bersekaoi dengan puok-puok Wan yang tak sedar diri ni
21 September 2012 11:44
Anak jati Pahang, minta humbangkan MCA ke dalam tasik Chini juga. Terima kasih.
Salam Dato',
Berdasarkan pada keputusan pilihanraya yang lalu, PR memenangi 82 kerusi Parlimen. PR menambah satu lagi kerusi Parlimen (Kuala Terengganu), but lost one (Hulu Selangor) during by elections.
Sekiranya PR dapat mempertahankan kesemua kerusi Parlimen yang telah dimenangi dan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor, then PR akan mempunyai 83 kerusi Parlimen (assuming that PR regained back all the Parliamentary seats which the MPs have defected).
Berdasarkan kepada pilihanraya negeri Sarawak yang baru lalu, PR akan dapat menambah 4 lagi kerusi Parlimen (tidak termasuk Kuching). So, PR akan ada 87 kerusi Parlimen.
Di Sabah, assuming that Beaufort (Dato' Lajim Ukin) dan Tuaran (Dato' Wilfred Bumburing) retained their seats, PR akan ada 89 kerusi Parlimen.
So, PR perlukan sebanyak 22 kerusi Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan dengan simple majority (111 kerusi Parlimen out of 220 seats).
If PR can make further inroads into Pahang (14 Parliamentary seats in total) and meaningful inroads into Johor (26 Parliamentary seats in total) and Sabah (25 Parliamentary seats in total), then, PR can definitely form the government without any Bumiputera seats from Sarawak.
Besides these few states, berdasarkan keputusan pilihanraya umum yang lalu, PR has potential in several Parliamentary seats in Selangor, Perak and Kedah where the PR lost by a slim majority. If PR can win those seats, insyaallah, the majority may be improved.
Always interesting to look for further analysis on how PR could form government. From where the seats could come from. Which seats are now BN most likely to lose and consequently help PR to form government.
FS
Post a Comment