Perjuangan orang Melayu yang sebenarnya!
Salah seorang
yang terlibat dalam penubuhan UMNO ialah pendita Zaaba atau Zainal Abidin bin
Ahmad. Kalau ikut Zaaba nama asal nya ialah United Malays Oragnization. (UMO) Dia
seorang cendekiawan, pemikir dan pendidik yang terkenal. Yang beri dia gelaran
pendita- sage atau bijaksana ialah Tun Razak kerana memperakui ketajaman dan
kehalusan fikiran.
Pada umur
yang awal, Zaaba telah memikirkan dan menulis mengenai topik2 sosial dan
ekonomi dan politik. Dalam tahun 1921, beliau menulis banyak rencana atau artikel yang tinggi
mutu nya dalam Bahasa Inggeris menerusi akhbar Malay Mail. Rencana2 asal dalam
bahasa Inggeris kemudian nya banyak di terjemahkan kedalam bahasa kita, bahasa
Melayu.
Antara toipik
atau isiu yang sangat diperhatikan oleh Zaaba ialah sebab2 orang Melayu ini
miskin, mundur dan jauh ketinggalam dalam perlumbaanhidup. Kepada Zaaba, kemiskinan orang Melayulah itu
yang menjadi suatu sifat yang terlebih sebati dengan orang Melayu dsebabkan 2
perkara. Pertama mengikut Zaaba ialah:-
1. Keadaan agama
Islamnya dan iktkad2 kepercayaannya yang telah jatuh beberapa rendahnya daripada
ketunggalan dan kebersihannya yang asli, pada hal iktikad2 ugama itulah yang
memerintahkan segala jalannya dan gerak gerinya di dalam dunia ini.
2. Kedua megikut
Zaaba ialah kezaliman oleh pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri. Kezaliman
yang dimaksudkan ialah beratus ratus tahun lamanya mereka telah kena perabdikan
dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya yang pada zaman
dahulu itu. yang demikian itu menjadikan bangsa Melayu mewarisi kepada beberapa
tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah dan menjadi kelaziman
keatas mereka. Perwarisan laku perangai dan tabiat yang rendah2 ini lah yang
menjadi acuan menempa akan orang Melayu ini kepada rupa bentuk hari in.
Keadaan2
yang menjadi kelaziman kepada orang Melayu ini, mengikut Zaaba menjadi
keperangaian kedua pangkat nya dari keperangaian kesemulajadian orang Melayu
itu. dari suatu sudut kedatangan British ke Tanah Melayu ini ada faedah nya.
Apakah
kesan positif kedatangan Inggeris tanya Zaaba?- kesan positif nya ialah
melepaskan orang Melayu daripada kejahatan dan kebuasan tuan2 penghulunya
seperti yang telah lalu itu. iaitu kebuasan dan kebinatangan puak feudal.
Namun
demikian kedatangan Brtish itu tidaklah dapat ia melepaskan yang telah tertempa
bentuknya dalam tuangan perkelilingan tatkala zaman azab sengsa dahulu itu.
Apa matlamat
orang Melayu sebenarnya?
Mengikut Zaaba-
dan masa sekarang hanyalah tinggal lagi kerja2 kita mesti menghapuskan segala
kehasilan keji keji dan malang yang telah jadi daripada kesalahan zaman dahulu
itu dan berpalinglah serta buat akan pemulih dan pengganti segala taksir yang
telah sudah itu.
Makna nya,
perjuangan orang Melayu yang sebetulnya ialah membuang segala laku perangai dan
tabiat yang rendah yang sudah tertempa berkurun lama nya oleh pemerinatahan
bangsa mereka sendii yang buas, dan zalim yang picit, ramas dan perah bangsa
mereka sendiri.
UMNO
mewakili pemerintahan jenis yang demikian itulah.
16 comments:
dlm sistem demokrasi, kuasa sebenarnya ditangan rakyat (raja ikut perlembagaan). kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui wakil rakyat (calon yg menang dlm pilihanraya samada negeri atau federal). malang sekali wakil rakyat yg berkuasa baik federal atau negeri berkelakuan lebih dari kebuasan dan kebinatangan puak feudal. pm, menteri, menteri besar, ketua menteri semuanya wakil rakyat. jangan jadi maharaja.
Untok kesaksamaan dan kesamarataan adalah adil teraju pentabiran negara dikongsi bersama . Setelah 55 tahun negara ini diterajuai olih orang Melayu dan kita telah mengalami pelbagai titik-benik yang membosankan yang tidak menyentoh citarasa kita yang sebenarnya.
Satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi satu perubahan mungkin akan memberi satu kepuasan citarasa.
Apa kata pilih bukan Melayu untok menerajui Negara.
askm tok
teruskan usaha MENGHASUT org2 melayu utk tahu mana satu kebenaran
perlu banyak penulisan tokoh2 yg diharamjadahkan umno sebenarnya lah yg mengerakan kesedaran org2 melayu spt kes mat indra...
zaba mati x jadi ahli umno pun...
TERUS MENGHASUT BAK KATA TUKAR TIUB(HISAM)hahaha
Perjuangan orang orang Melayu telah tergendala kerana NEP. NEP itu tidak bolih membangunkan satu economy yang kukuh tetapi satu econmy yang kukuh bolih membagunkan NEP yang kukuh.
Melayu mundur kerana taklid buta dalam agama dan terlalu lama diperas penguasa feudal. Dua sumber utama kelemahan melayu. Manusia umpama banduan dlm yg terpenjara dlm sangkar nilai, norna dan resam kaumnya - mao tze tong. Penjajahan yg paling buruk adalah penjajahan nenek moyang - jaafar sadiq. Kajian sarjana mendapati hingga penghujung kurun ke-20 masih ramai melayu desa yg tidak menyedari rupa bangsanya sbg melayu. Mereka melihat diri mereka sbg hamba raja. Golongan berjiwa hambawan ini membentuk kumpulan tegar terbesar pendokong umno di pedalaman meskipun sebilangan daripadanya menerima pendidikan tinggi dan menjawat jawatan atasan. Ini kerana minda bawah sadar mereka sudah dijajah penguasa feudal selama ratusan tahun.
Abdullah munsyi pada awal tahun 1800 menyebut hanya ada 3 org di kampungnya yg tahu membaca - celik huruf. Hari ini kita ada jutaan melayu yg tahu membac tetapi belum celik fikiran utk merdeka dari belenggu feudalism.
Di bawah penjara minda feudalism, agama tidak boleh menjadi agen pencerahan yg subur. Melayu menjadi begitu taksub dan kaku dgn pegangannya. Zamaksari mufasir besar islam menyebut perihal ketaksuban ini du zamannya: Jika aku berkata aku maliki aku dituduh menghalalkan anjing. Jika aku mengaku hanafi aku dituduh menghalalkan arak. Jika aku adalah shafie aku menghalalkan pernikahan di antara ayah dgn anaknya (luar nikah). Jika aku hambali aku dituduh menjisimkan Allah'. Hari ini jika ada melayu yg berani menjenguk fikrah mazhab dlm tradisi islam di luar ahlussunnah spt muktazilah, salafi, sufi dan syiah mereka akan dituduh sesat.
Selama lebih 50 tahun umno merelakan minda melayu terperok dlm tempurung kejumudan ini utk membolehkan mereka kekal berkuasa. Benarlah, penjajahan yg paling buruk dan kejam adalah oleh penguasa anak sebangsanya. RO Winstedt sarjana simpatisan melayu tahu benar musibah melayu ini. Beliau menulis lewar 1940-an, ... dlm kemiskinan dan kedaifan hidup melayu yg begitu meluas... serta genggaman minda feudal dan buta fikrah agama... saya tidak boleh membayangkan bagaimana melayu akan dapat bersaing dgn kaum cina dan india yg lebih sedar, celik, independen dan punya rangkaian budaya dan ekonomi di dlm dan luar negara yg lebih kukuh.
Bangsa melayu amat memerlukan tokoh2 dan pemimpin yg dpt meminpin pencerahan minda dan jiwa.
As salam Dato.
Sangat baik pendedahan yg Dato' tulis.InsyaAllah org Melayu dlm UMNO yg masih tidur boleh faham Bahasa Dato'.Termasuklah juga yg dlm golongan feudal tu.Bilangan hari mereka pun akan sampai!
Nas
Siapa yang cakap hanafi menghalalkan arak dan syafie menghalalkan ernikahan ayah dan anak? Boleh bagi sumber?
Mcm tersimpang jauh komen ni..
Salam Dato',
Perjuangan menyebarkan risalah kebenaran tidak akan ada penghujungnya. Yang penting adalah pengakhiran kita; bukan permulaan. Setiap manusia melakukan kesalahan. Dan manusia yang terbaik adalah mengakui kesilapan lampau dan cuba memperbaiki diri.
Dalam hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat diriwayatkan bahawa Hang Jebat adalah seorang yang jahat. Sebab apa? Sebab Hang Jebat menderhaka pada pemerintah. Itulah nilai yang ditanam dalam diri anak-anak Melayu sekian lama.
Saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam ingin menegaskan tidak ada langsungkah kebaikan Hang Jebat itu? Kita diberikan akal untul berfikir. Dalam Al-Quran sendiri banyak menegaskan betapa pentingnya akal.
Hang Jebat menderhaka kerana semangat setia kawannya pada Hang Tuah. Dia menderhaka terhadap pemimpin yang zalim. Yang mendengar hasutan dan mengikut perasaan. Begitu sekali jiwa murni Hang Jebat.
Bagaimana pula tentang Hang Tuah? Dia sanggup menikam sahabat sendiri yang memperjuangkan nasib dirinya. Ada diriwayatkan juga bahawa Tun Teja telah menikahi Hang Tuah sebelum dibawa ke Melaka dari Pahang. Jadi soalnya sehingga isteri pun Hang Tuah sanggup korbankan untuk pemimpin. Saya juga difahamkan bahawa Hang Tuah menghilangkan diri ke Sumatra dan berguru dengan salah seorang dari 9 Wali Songo. Walaupun Hang Tuah diberitakan mengetahui bahawa Melaka akan diserang, tapi dia mengambil keputusan untuk tidak kembali mempertahankan Melaka dari ancaman Portugis. Beliau sedar akan kesilapannya.
Inilah nilai-nilai sejarah tentang Hang Tuah dan Hang Jebat yang tak pernah diketengahkan dimana-mana. Wajar kita didik anak-anak untuk lebih memahami dengan menggunakan akal fikiran. Bukan membuta-tuli mempercayai propaganda media Barat. Atau media-media tempatan yang banyak dirasuk agenda dan budaya "Yes Sir" dari Barat.
FS
Dah 42 tahun DEB diamalkan. Kenapa bangsa kita masih mundur lagi?
Siapa sebenarnya pengkhianat?
UMNO!
Manipulasi yang berlaku di sekeliling kita setiap hari ini siapa yang ajar dan siapa yang terus mengajar? tangan-tangan tersembunyi mana yang terus mengarah?.jangan lah kata ini kerja british dan bekas parti anda.Dato pun ada buat bizniz kan?so you should uphold the truth lah dato.
Khalifah dalam sebuah daulah berfungsi sebagai khadam kepada syariat...selama mana syariat diangkat dan dijunjung maka selama itulah khalifah bertambah daulat dan bertambah darjat. Menjadi kewajiban bagi rakyat berbai'ah kpd khalifah yg meletakkan Syariat dipunaknya.
Rakyat berhak menolak hal2 yg khalifah lakukan jika ianya bertentangan dgn syariat namun penolakan mesti dibuat secara bijaksana....nasihat ini mesti datang daripada seorang ulama'.
Rakyat juga berkewajiban berbai'ah kepada wakil2 khalifah kerana mereka ini merupakan kaki dan tangan khalifah dalam menegakkan jalur2 syariat.
Rakyat diberi hak untuk memilih wakil bagi menduduki majlis sura khalifah bagi menyuarakan pandangan serta keluh kesah mereka dan wakil khalifah atau khalifah sendiri berkewajiban menuniakan sebarang tuntutan rakyat secara adil... Tiada istilah rakyat mesti taat kepada wakil rakyat ini disebabkan mereka menjalankan kerja bagi pihak rakyat untuk rakyat...Yg sebenarnya hamba adalah wakil2 rakyat.
Demikianlah struktur dan jalan bagi sebuah daulah Islamyiah (Khilafah) yg menjadi amal oleh khalifah2 Bani Umiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah. Doktrin khalifah dan rakyat yg berpaksi kepada ideologi Islam (idea dan method bersumberkan yahyu) menjadikan umat kuat jiwa dan raganya sehingga mendomenasi separuh alam...
Benar, pemikiran & perangai bangsa melayu terbentuk atas kefahaman & amalan keagamaannya serta struktur & sistem kasta adat kemelayuannya. Untuk menempa atau membentuk semula alam fikiran bangsa melayu yg telah menerbitkan sosok perangai termasuk tabiat semulajadi mereka bukanlah satu perkara yg mudah, kecuali kefahaman mereka mengenai amalan & persepsi terhadap agama islam mereka di letak di tempatnya yg sepatutnya, iaitu di atas kebenaran semata-mata. Struktur kasta dalam adat melayu juga perlu diberi pendedahan supaya mana-mana yg tidak lagi relevan untuk memajukan bangsa melayu perlu dibuang & diganti dengan yg lebih saksama dalam menjunjung hak & keadilan. Namun, untuk mencapai dua perkara ini bermakna bangsa melayu perlu mengenal pasti terlebih dahulu cabaran yg harus ditempuh contohnya, pemuka-pemuka agama termasuk pendidik & pengamalnya yg tidak jujur atau hipokrit, siapa yg berani menggugat mereka ini? siapa yg berani menyanggah dan meninggalkan mereka jika Nabi difitnah dan nama tuhan dijual? siapa berani mensyaitankan mereka jika dengan terang mereka berdusta? Kesimpulannya pemikiran bangsa melayu masih lagi berada pada tahap jumud & kelam. Mungkin perlu seratus tahun lagi untuk merubahnya.
Bagi permit dijual, bagi lesen dijual, bagi projek dijual, bagi saham dijual, bagi apa saja akan dijual. Bukan salah UMNO tapi memang bangsa melayu bangang.
Bukan orang melayu UMNO saja tapi semua bangsa melayu yg ada dalam PAS, PKR & termasuk Raja-Raja & keseluruhan Bangsa Melayu' masih jumud & kelam fikirannya.
Jiwa muda rebelious kita lebih bersetuju bahawa Jebatlah wira yang berani bertindak kerana benar dan menyanggahi raja yang zalim,tetapi melalui kacamata Allahyarham P.Ramlee,persoalannya manakah lebih penting?Jebat,sahabatnya atau Melaka itu sendiri,sebuah negara kesultanan Melayu dengan ribuan rakyat bernaung.Letakkanlah diri kita didalam kedudukan Tuah yang lebih idealis saya rasa kerana bukanlah sekadar Sultan dan anugerah istana yang jadi pertimbangan pada waktu itu tetapi halatuju sebuah negara dan bangsa.
Jebat atau Tuah...adalah lambang ideologi rumit yang berwawasan tetapi diperlekehkan oleh kedaifan pengolah sejarah kita mungkin disebabkan keterbatasan intelektual minda mereka.
Sejarah Hang Tuan dan Hang Jebat adalah satu pertembungan ideologi yang memerlukan mereka mengorbankan kepentingan diri sendiri demi untuk satu tujuan yang lebih besar dan mulia.
Sesungguhnya,itulah yang diperlukan oleh Rakyat Malaysia diwaktu kegawatan kepimpinan ini.Seorang pemimpin yang ikhlas dan sanggup berkorban demi kepentingan yang lebih besar.
Bukan sahaja untuk menyedarlan orang melayu sahaja malah dapat memperbetulkan perundangan negara kita yang dah jadi tidak betul dam banyak mengikut kate orang2 tertentu pendek kate undang2 d negara kite boleh dibeli dengan kuasa dan wang ringgit.Sepatutnya mereka yang menjalankan undang2 harus bebas dari segala pengaroh dan tekanan..Hakim,polis,angkatan tentera dan yg eruniform harus adil dalam melaksanakan undang...Harap Dato perbetulkan isu ini juga dan beritahu rakyat akan kepincangan undang2 negara kita...
Post a Comment