Yang Tidak di Lapurkan oleh Najib.
Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi. Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik. Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang.
Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana.
Kerana kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis- Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage Najib. Pay your way through.
Saya membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak tidak berjumpa dengan peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit haram.
Atau jual harta benda rakyat atau menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari kunco2 dengan harga yang tinggi di mana se bahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli. Kenapa 1MDB membeli perniagaan Ananda Krishnan pada harga RM 8 billion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM 1 billion dan di campur goodwill, mungkin harga Tanjung power itu hanya RM 4 billion. Jawapan nya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk PRU. Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway di jual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadang nya hanya mengeluarkan sekitar RM 60 juta. Adakah keuntungan RM 1 billion itu di kongsi dengan penaung2 dari UMNO?
Tapi oleh kerana kita sekurang kurang nya memperakui bahawa Najib dan Muhyidn adalah honorable gentlemen- mestilah duit itu mereka pinjam.
Tapi pinjam dari mana ye? Duit ini dari syarikat Najib dan Muhyidin? Kita tahu kedua nya kaya raya. Dari manakah datang nya RM600 million juta yang di taburkan oleh Najib dan Muhyidin dalam masa 11 minggu? Kalau ianya bukan dari peruntukan yang di ketepikan dari jumlah wang yang disatukan, dari mana para lanun ini mencuri?
Hutang negara kita telah hampir kepada 50% dari KDNK. Saya percaya kalau di campur dengan wang yang datang dari sumber ghaib- ambil dari epf, dari GLC, dari sime darby, dari 1001 sumber, maka hutang sector awam pasti melebihi 50% dari KDNK. Dan dengan rekod ini, PM dari UMNO mengistihar diri nya, tukang belanja yang berhemah? Atau wassatiyyah?
Negara kita akan bengkrap sebab kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO belanja ikut sesuka hati. Ini seorang pemandu yang langgar had laju dan membawa maut kepada penumpang. Kita usah naik kenderaan yang di pandu oleh pemandu yang sewel seperti ini.Ini pemandu yang hanya ada lesen L atau, mungkin lesen beli.
TV3 ingat penonton orang2 tolol. Semasa Najib berucap secara sehala, kita di pertontonkan kepada gambar orang bermesyuarat dan impresi artis atau pelukis mengenai lapuran keatas ETP. Di manakah bukti projek sebenar nya di bawah ETP itu dan mengapa kita mahu di tipu dengan artists impression? Hanya satu sahaja kita nampak kegiatan pecah tanah yang di lakukan untuk projek MRT. Dan projek ini belum pun muktamad harga nya sudah pun di tanda tangani. Kenapa kita bersegera mahu membenarkan Gamuda-MMC menjalankan projek ini? projek2 lain di bawah ETP mana?
Najib janganlah hendak kelentong rakyat Malaysia. ETP, NKRA, NKEA, dan entah apa lagi gelaran yang eksotik hanya istilah istilah yang du gunakan oleh Najib untuk menunjuk nunjuk dia seorang pemikir besar. Berfikir bukan kualiti tersohor Najib.
Apa yang dia lakukan tidak ada beza nya dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu dan inisiatif2 kerajaan sebelum Najib. Semasa najib, nama sahaja yang gah- isi nya belum kita nampak. Kita nak tanya punahsihat dan punai-sihat Najib, di manakah kelebihan ETP dan istilah2 rojak ini dengan Rancangan Malaysia yang lain?
Soalan2 seperti ini sudah cukup menukar perspektif kita menilai apa yang Najib berceloteh malam tadi. Tapi ye lah, apa kita hendak buat jika ada pendengar yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib kan?
Kerajaan BN memang ramai kaki auta. Ini kerajaan yang di pimpin oleh PM yang TPM- tak pernah muktamad. Berikan saya satu contoh dasar yang Najib kemukakan yang muktamad dan tidak gostan dengan memberi pelbagai alasan. Seorang bekas menteri kewangan Malaysia pernah memberitahu saya, Najib lagi flip flop dari Pak Lah dan jumlah punah-sihat dan punai-sihat Najib lebih ramai dari budak budak tingkat 4 semasa pentadbiran A Badawi.
Hishammudin Hussein terbukti tidak se standard Tun Hussein dan berdolak dalik mengenai skendel dalam institusi kepolisian. Rakyat menunggu sama ada dia mahu menubuhkan suruhanjaya siasatan keatas allegations bahawa bekas KPN mempunyai hubungan dengan penjenayah. Morale anggota kepolisian menurun akibat tuduhan2 dan allegations ini. Nazri terus menerus mengeluarkan pandangan yang mendahului kepantasan otak nya. Muhyiddin menggunakan kaji selidik yang lemah untuk membuktikan konon bahawa kita mempunyai system pembelajaran yang setanding dengan US, UK dan Germany; sila beritahu perkara ini kepada ribuan graduan Melayu yang tidak mendapat kerja dan terpaksa berkerja sebagai pelayan di Old Town white Coffee.
Atau biarlah kita nantikan, senarai pemenang hadiah nobel kerana system pendidikan kita sama dengan negara dunia pertama yang di ambil sebagai contoh oleh si malikul sembab ini. dan kita ada pemandu bas mini nombor satu negara kita yang memberitahu parlimen bahawa pembelian kapal selam scorpene adalah bersih sedangkan mahkamah Perancis menjumpai bukti rasuah yang rasmi. Jadi wang yang di perolehi oleh Razak Baginda itu apa?
32 comments:
Mana budok hingusan QD tu. Nah siap dia. Sakmongkol dah tulih mengenakan dia. Wet dreams QD? Betulkah? Kakakah, Aok jawab, jangan tak jawob.
Tulih provoke lepaih tu lari.Kan ke aok keturunan pahlawen Pahang. Mesti jadi jantan berani. Ada oghang tulih kat blog Aspan aok bapok yang teringinkan jubor Anwar. Sebab itu aok benci ngat dia.
Selama kita berkata2 tentang kedurjanaan Najib namun dia terus menjadi PM, walhal waktu dulu2 sebelum dia jadi PM pun, kita pernah berkira2 yang Najib tidak layak untuk jawatan itu, namun dia akhirnya berjaya juga menjadi PM. Sekarang kita masih berkata2 tentang Najib dan kita diselubungi kehampaan kerana nampaknya tiada apa yang dapat menghentikan si Najib durjana ini untuk terus menjadi PM. Padahal memang sah, nyata dan bersuluh bahawa kelibat Najib itu kelibat seorang manusia durjana, namun tuhan masih mengizinkannya.
Sekarang kita juga mungkin tertanya2 apakah Muhyiddin juga akan jadi PM selepas Najib? Padahal si Muhyiddin itu adalah seorang malikul sembab?
Salam Sdr SAK.
Dari tindaktanduk pm sekarang, nampaknya macam dia membawa penumpang yang menumpang saja(tak bayar tambang)
Yang nampak tak cerdiknya pm ni kerana dia maseh ingat kita rakyat nak naik bas dia.
Kalau kita naik, bodohlah kita, tambang pasti naik,alasan, tol naik, minyak naik gaji naik kerana nak capai negara berpendaapatan tinggi pada 2020, nak bagi gaji naik dsb.
Isu pendidikan duduk flip flop sejak 70 lagi tak boleh selesai.
Orang Melayu dan hak2nya digadai oleh puak2 umno?
Kita sekarang ni bukan nak tukar driver, yang kita nak tukar adalah basnya sekali.
Bas baru driver baru, pasti risiko rosak, penyelenggaraan adalah minimal. Lebih selesa lagi.
Bab kontrol tv jangan takut, satu hari nanti tv akan jadi macaaam suratkabar, takada orang naktengok.
Saya rasa sdr patut fikir kerusi dun juga agar cita2 nak jadi MB termakbul.... Myi
Syabas krn membongkar cerita pasal pembelian syarikat ananda, sebenarnya ramai yg tak tau pasal ceria nie sebab duduk tgk umi hafilda duk cerita pasal seks je..yg peliknya kenapa pihak pembangkang yg lain tidak menyedari perkara ini..ke ade jugak yg dapat syer ahli lembaga pengarah..teruskan usaha anda utk membingkar apa yg rakyat tak tau...
ini ramai rakyat yg masih tak tau...
Dato'
Malaysia sekarang semakin ketara diterajui pimpinan kaki putar alias penyamun. Cuma kaedah songlap khazanah negara tu saja dibuat secara licik agar orang2 kampung dan kalangan yang berpendidikan rendah tak memahaminya. Kisah duit rakyat dipergunakan untuk bail-out syarikat2 kroni dan anak2 pemimpin bukannya sedikit. Itu belum ambil kira kes2 komisyen "super dahsyat" oleh pemimpin2 UMNO BN yang menerajui negara.
Kalau dah perangai penyamun, mana nak peduli dia duit rakyat ke duit siapa. Asal rasa nak guna, ambil saja dan taburkan..apa peduli dengan Parlimen..apa heran dengan SPRM..apa kisah dengan EG...Semua Orang Depa. Penyamun melantik penyangak untuk kemudi jabatan dan kementerian penting. Buatlah dahwa dakwi apa pun..diselekehkan begitu saja kalau membabitkan puak2 jahanam ini.
Baru2 ini bila Timbalan Pengarah SPRM bangkitkan tentang kes2 siasatan rasuah dan penyelewengan yang melambak tapi dibakul sampahkan EG...Si Nazri, bapak kepada budak yang pakai Porche ( yang tumbuk pengawal tu laa ) dah tak senang hati dan mula bersuara gertak. Abih..cam ner ???.
Samada orang ramai setuju atau tidak, memang dah terang dan jelas..negara Malaysia ini dipimpin para penyangak alias samseng dan sarang mereka adalah UMNO BN.
Selagi kekuasaan ditangan puak2 ini, tak usah mimpi negara akan menjadi lebih baik, tak usah berangan untuk melihat majoriti rakyat jelata terbela sepenuhnya.
Tidak ada jalan lain melainkan jatuhkan UMNO BN dalam GE 13 nanti. Mohon pemimpin2 PR dan NGO gerakkan segera BERSIH 3.0 kerana masa teralu suntuk untuk kita terus menanti. PSC seperti yang diduga sebelumnya hanyalah "opera" untuk melenakan rakyat kebanyakan.
UMNO BN sesungguhnya tidak lagi relevan untuk memimpin Malaysia.
Dalam masa 11 minggu Najib dah belanja duit rakyat > RM600,000,000. Mei nanti (3 minggu sebelum pilihanraya) Najib belanja lagi RM1,770,000,000 nak kasi 'durian runtuh' kpd 118,000 peneroka (@RM15,000 setiap peneroka)....PM kita ni memang 'berjiwa rakyat'??....tapi awas selepas PRU13 nanti dan setelah Petronas mengecilkan pengagihan dividen kpd kerajaan dari RM31,000,000,000 kpd hanya RM28,000,000,000 maka pendapatan kerajaan pasti berkurangan... Jalan termudah ialah dgn menaikkan harga Ron95......jangan terperanjat harga petrol menjangkau RM3.50/liter nanti. Anda tak percaya??...undilah Untuk Mu NO atau BeeEnd..
Saya harap pihak PR berusaha secara sistematik untuk menjelaskan kepada rakyat hingga ke akar umbi berkenaan apa visi dan objektif PR dan apa yang Umno BN telah gagal.
Bagi saya mungkin ada penyokong Umno masih sudi untuk berfikir sejenak, tapi masih dalam keadaan ragu-ragu.
Mereka inilah pihak PR strategist patut dekati untuk memberi penyokong Umno ini ruang untuk menilai dari A sampai Z. Kalau setakat mendengar ceramah bercerita tentang Najib sahaja, mungkin belum mampu untuk mengetuk hati mereka ini. Bukan sahaja Umno, tapi kepada penyokong parti komponen BN yang lain.
Kita dekati mereka secara hikmah dan bijaksana walaupun sebahagian penyokong totok Umno ni bersifat hooligan.
Lebih baik pihak PR solat beramai-ramai dan berdoa agar membuka hati mereka-mereka ini.
Yang transfer dari PKR ke BN atau bebas (bebas tapi sokong Umno) itu, Tuhan sudah uruskan. Lebih baik...semacam kita tapis air agar kotoran itu keluar. Tak payah susah-susah, mereka sendiri rela hati nak keluar, kerja kita lebih senang lagi.
Namun pihak PR mesti senantiasa berwaspada atas segala perancang halus pihak Umno utk memerangkap PR.
Aku berdoa setiap hari agar UMNO di kuburkan secepat mungkin. Barulah rakyat bahagia.
Bangsat2 UMNO tu..biar mereka mampus secepat mungkin...
Dato'
What the pretender PM Najib does not realize that by this pre election spending binge is that the rakyat will figure out that there is no free lunches in life.
Soon after the election if BN wins then all their "investments" will have to be paid back and hence everything will cost more, you name it baby, electricity, cooking oil, toll road, petrol...
Ingat kita tak tau ka....
Despite the pros and cons, dalam hati kita sendiri tahu apa sebenarnya yang kita kata, sejauh mana! Masa akan menentukan. Yang Maha Berkuasa akan menentukan, apa yang terbaik untuk Malaysia, let alone bangsa ini dan anak cucunya dimasa mendatang.
Top of the morning dear Bro
Wonder why my two comments round about midnight were deleted? Sob,sob when I am your biggest fan since aeons ago.
Please play fair bro.
Am just replying to your comments about me having wet dreams. Also to rebut Walla's previous comments.And Anon above who called me bapok which I don't know the meaning of.
I am never combative nor quarrelsome. Just another person (the only one here) who is a true believer in the government.
Sure bro you don't want to be another Din Merican who delete comments but published the replies to the deleted comments.Incongrous.
Or is that the fashion of Pakatan which prides on being called democratic.
You should have no problem to gun lil me down with your AK47.
You have a whole batallion here who will always come to your rescue!
qd,
dont flatter yrself. the case of having wet dreams were not directed at you but another whose childish comments and rebuttal i didnt publish. i have no problems facing wel reasoned crticisms. i detest the plain joe arguments of just saying the opposite to what i say.
ASPAN IS MORE OPEN.
WHY AFRAID OF CRITICISMS.
YOUR ARTICLES TOO ARE CHILDISH,AND MACAM KATAK BAWAH TEMPURUNG.
BALING BATU SEMBUNYI TANGAN KE !
YOU MUST BE BRAVE ENOUGH TO ACCEPT CRITICSMS.
DONT BE A COWARD.
THIS IS AN OPEN FORUM, AND LET IT BE A TWO WAY TRAFFIC.
You only publish comments in your favor.
GUA tak CAYA Lu lah.
You BOLIH jadi pemfitnah KALAU IKUT lagu ni.
Issssssh...............
haji najibabun tu bukannya pemandu lesen L, tapi pemandu lesen kopi bertaraf P. still under probation.
malang bagi penumpang bas dia, bukan saja pemandu takpandai tapi kaki auta yg bangga nak tunjuk bijak (yang sebenarnya makin menyerlahkan kebangangan dia) - rujuk sini:
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)
malah conductor bas tu pun sama spesis 1acuan, maklumlah sedarahsepupu, maka samalah jugak takpandai dan terserlah kebangangan - rujuk petikan jawapan bertulis di parlimen, bila kementerian kera lidahkontot bagitau sorang penumpang:
kita dah lalu 3 stesen. dari depot ke stesen 1, kamu belum naik bas, jadi takperlu bayar apa2, 0. dari stesen 1 ke stesen 2, kamu dah naik dan tambangnya rm17. dari stesen 2 ke stesen 3, kamu masih dalam bas dan tambangnya rm18. jadi kamu kena bayar saya tambang bas jumlahnya... aaa... mmm... aaa, tambang dah naik sebab harga minyak naik okey? kalau dulu kamu cuma kena bayar rm14 je ni... aaa... jadi sekarang ni, jumlah kamu kena bayar... haa! rm21!
kahkahkah!
tolong laaa percepat tukar pemandu tukar conductor tukar tayar tukar bas tukar syarikat!!!
abu!
-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)
OOps, sorry Bro. Ipun dah mula syiok sendiri. Thanks Bro for the clarification.
But why didn't you publish my two comments? I am just stating my POV. Vulgarity or being personal is not my forte. Never taught that way. You know me by now
Nothing against you or the rest.
Looking forward to be your commentator, albeit the deleted bad boy.
Tok Aghif
Aok tengok headline The Star hari ini 'Hooray for Voters'. Sebijik macam QD cakap. Budak hinguh tu suka cakak Yay dan Hooray. Dia ingat ni sekolah ke?
MSMpun macam budak hinguh meleleh tu. Tok matang langsung. Pandei dan bengap
Tapi koma suka juga komen budok tu. Biorlah dia kat sini. Jadi penglipur lara kita. Lagipun dia cakak itu ada benor juga.
Anok Pahang tulin. Tak celop macam QD.
Salam Dato,
Teruskan perjuangan demi kebenaran.
Bukan saya sokong kerana Dato' dulu UMNO, tapi kerana prinsip Dato.
Prinsip mejelaskan kebenaran. Kalau ada orang PR tidak berprinsip pun kita akan tolak.
Walau pemain bolasepak itu bertaraf dunia, telah menjaring 1000 gol, tapi ... kalau terlibat rasuah, maka kita akan tolak selamanya. Sungguh jijik RASUAH ini!!
RASUAH ini sangat merbahaya dan boleh merosak bahkan mampu menghancurkan struktur masyarakat.
Orang yang kita harap jaga kita, menghancurkan kita pula.
Kalau penyokong totok UMNO@BN tak habis-habis kata AI, itu dan ini.
Baik kita boleh tanya penyokong UMNO : (ya atau tidak)
1. Betulkah kepimpinan UMNO@BN banyak rasuah?
2. Betulkah kepimpinan UMNO@BN ini ada memanipulasikan kawasan balak?
Kalau ya ... adakah penyokong in berani menyatakan kebenaran?
Kalau tidak, adakah penyokong berani mengemukakan fakta bahawa pimpinan UMNO@BN langsung tidak ada rasuah? (atau sokong membabi-buta sahaja?)
Kalau jawapannya emm ... emm..entah!!??@@. -maka sudilah kiranya penyokong UMNO@BN, sudi duduk fikir sekejap betulkah desas-desus rasuah dan perbelanjaan besar pimpinan UMNO ada terjadi?
SAYA TAK RASIS, CUMA BIMBANGKAN NASIB UGAMA DAN BANGSA DIMASA ADAPAN. DAN JUGA NASIB ANAK DAN CUCU.
MEMBACA ARTICLES TULISAN PROF KHOO KAY KHIM DAN ASSOC PROF DR RIDHUAN TEE BANYAK MEMBERI KEFAHAMAN SIFAT DAN SIKAP ORANG ORANG CINA. MEREKA ORANG CINA DAN SUDAH TENTU MEREKA TAU BANGSA MEREKA.
MEREKA BERDUA SELALU INGAT KAN ORANG MELAYU AGAR BERHATI HATI APABILA BERURUSAN POLITIK DENGAN CINA.
TETAPI SAYA PELIK MENGAPA TUAN ARIFF DAN TUAN ASPAN MEMILIH PLATFORM DAP UNTUK BERPOLITIK.
DAN SAYA TENGOK TUAN BERDUA TELAH BERI MARKAH YANG PALING TINGGI KEPADA DAP. UMNO SEMUANYA TAK BETUL.
SAYA PERCAYA PROF KHOO DAN DR RIDHUAN GELENG KEPALA TENGOK SIKAP TUAN BERDUA BERPLITIK DGN ULTRA KIASU DAP.
WHY, WHY, WHY, WHY
That corrupt Aziz Rahman bukan main lagi membodek Haji Najib yang memberi markahnya sendiri di Sabah hari ini.Amat melucukan maseh adaladi orang tua macam Aziz Rahman ini hidup diatas bodek
Salam
Terbaca dalam Mingguan Malaysia baru2 ini di mana MB Negeri Sembilan membuat kenyataan kononnya hanya nama dia saja dicalunkan di DUN Rantau.
Kononnya juga pengundi diNegeri Sembilan dah kembali sokong BN.
Sapa kata? Mat Hassan?
Kalau PM hendak Negeri jatuh ke tangan Pakatan, letaklah Mat Hassan untuk terus jadi MB.
Perangai Mat Hassan tak berubah. Pendendam. Busuk hati. Bongkak.
2008 BN kalah banyak kerusi. Kenapa? Kerana Umno berpecah. Apa tidaknya. Semua Ketua Bahagian, Mat Hassan letak orang lawan untuk jatuhkan Ketua Bahagian.
Mat Hassan ini tinggalan Pak Lah. Legasi Pak Lah.. sombong macam menantu Pak Lah, KJ.
Boleh menangkah BN kalau Mat Hassan terus jadi MB?
Hampeh, kalau menang. Macam mana nak menang, kalau tiga suku ketua bahagian tak sokong mat hassan.
Najib patut check kehadiran mesyuarat perhubungan Negeri Sembilan. Semak kehadiran 10 mesyuarat perhubungan terakhir negeri sembilan. Siapa yang hadir.
Tak lebih dari 3 orang saja hadir. Yang hadir hanya Hashim Rasidi Ketua bahagian Rasah dan Ismail Lasim Ketua Bahagian Kuala Pilah. Berapa kali Isa samad, Rais Yatim, Shaziman, Lilah hadir mesyuarat perhubungan?
Kalau dalam perhubungan pun Mat Hassan tak dapat sokongan majoriti, macam mana BN nak dapat sokongan majoriti di negeri sembilan?
Sokongan pada mat hassan dah lama hilang. Umno Negeri Sembilan dalam keadaan paling teruk dalam sejarah kali ini.
Semasa Isa Samad jadi MB, Isa dikutuk macam2. Macam isu berbangkit masa era Isa. Isa digelar Isa Pendek. Isu babi Bukit Pelanduk. Isu Kubur Cina di Nilai.
Tapi sokongan pada Isa dari ketua2 bahagian kuat. Tak pernah semasa Isa menjadi Ketua Perhubungan, hanya 3 orang ketua bhg hadiri mesyuarat perhubungan.
Tak ada sorang pun ketua bhg zaman Isa yang tak hadir mesyuarat perhubungan.
Hari ketua pemuda helmi pun tak hadir mesyuarat perhubungan. Ketua Puteri Negeri Sembilan merata mengadu cara Mat Hassan melayan Puteri. Ketua Wanita tak kering gusi mencurah isi hati kekecewaan dgn mat Hassan.
Busuk betul hati Mat Hassan. Taukeh Restoran Nelayan dihalau Mat Hassan semata2 kerana tak se-geng dengannya. Sampai merana Towkay restoran nelayah.
Lilah, Ketua Bahagian Jasin, nak dicincangnya Mat Hassan. Mat Hassan sanggup pengaruh semua AJK bhg Jasin sehingga tinggal Lilah terkonteng2 keseorangan.
Begitulah perangai buruk Mat Hassan.
PRU-13 nanti, pasti isu RM10 juta duit yang mat hassan hantar ke London akan hidup kembali.
Mahukan PM buang masa pertahan isu ini dalam kempen akan dating.
Baru2 ini, apabila TS Muhyiddin dibawa melawat War Room di Seremban, tidak seorang pun ketua bhg dijemput.
Kenapa? Sebab Mat Hassan nak nama. Nak claim kredit.
Yang buat kajian, konsultan yang di bayar Mat Hassan. Konsultan mana nak bagi gambaran negative. Tak kan nak gigit tangan yang membayar mereka ribuan ringgit.
Dengar kata, Mat Hassan nak buat lawatan sekali lagi ke War Room. Kali ni nak jemput semua ketua bhg. Kita tengok siapa yang akan hadir.
Kalau BN nak menang di Negeri, Najib kena singkir Mat Hassan. Jika tidak, kita boleh ucap selamat memerintah kepada Pakatan Rakyat. Baru padan muka Najib.
.
Dato',
Duit yang Razak Baginda dapat tu adalah duit zakat pemberian Najib serta seluruh rakyat Malaysia kepada beliau kerana jasa2 besarnya membawa Scorpeon ke Malaysia.
Altantuya tu taraf Islamnya masih diragukan tapi beliau barangkali menuntut juga wang zakat tersebut. Tetapi Najib lebih maklum bahawa Altantuya bukan asnaf yang lapan melainkan Razak Baginda saja yang layak.
Tak kanlah itu pun Dato' tak tahu ?. Najib tahu sangat Razak baginda tu miskin dan layak dapat zakat. Lagi pun jutaan pengikut Najib merestui pemberian tu. Cuma Dato' sorang jer tak setuju...satu dunia setuju pemberian tu.
Haa...Najib oii..eloklah tu. Buatlah pahala banyak2. Ibadat namanya tu. Senang2 boleh masyuk syurga.
Wahai Anon 5 Apr 00:28,
Engkau ceritakan kebusukan dalam UMNO tu buat apa. Kalau engkau tak cerita pun kita semua memang pun dah tau..ini biasalah dalam UMNO, cantas mencantas, berpecah sana berpecah sini...En Anon, tolong kasi tau dan sebutkan mana satu Bhg Umno yg tak ada team A, Team B. Dlm majlis tertinggi UMNO pun ada kem Najib dan Kem Mahyuddin...Bila dah pecah sampai terkeluar isi perut baru nak berunding dgn PAS, nak berpadu konon....hampeh!! Berpadu atas nama 'bagaimana nak agih harta karun'....berpadu atas nama Islam tu hanya manis dibibir...UMNO, UMNO....cepatlah berkubur senang aku nak talqinkan...
MELAYU TAK WARAS SAHAJA MASUK PARTI CHAVINIS CINA DAP.
TOLONG CINA LUMPUHKAN MELAYU.
Gua mmg suka la lu punya ayat2 tu bro...tepat dan menyentap...tp umno ni mmg lembap dan sembab..btw, hanya hidayah Allah je la yg mampu menyelamatkan orang2 umno ni...doa2 kan laa..
kalau benar rakyat di AUTA kan oleh pemimpin maka kita usaha tukar pemimpin. Dan kita jangan lupa doa pada ALLAH supaya pemimpin agar berkata benar, kalau tak mahu bersoal jawab diakhirat.
Dato,
Agak-agaknya Najib baca blog Dato kot, ada pula puak Umno yang mengadu pasal mat hasan kat sini dan puji melambung isa samad. Dua2 pun pergi jahanamlah...dah sampai masa expired.
Dua-dua makhluk mat hasan dan isa samad tu adalah bersaudara sedarah sedaging (dua pupu) dan mat hasan ada jasa lobi najib isa jadi pengerusi felda.cuma luaran orang nampak gaduh, manfaat masing-masing tuai guna nama proksi.dah banyak sangat harta dan kekayaan negeri sembilan jatuh ke tangan kedua-dua makhluk perosak ini dan warlord2 n9 yang disebutnya.
UMNO sudah ditakdirkan di penghujung nyawa. Hanya penggunaan kekerasan, penipuan pilihanraya dan pengaruh media yang selama ini memanjangkan hayatnya.Orang Melayu akan kekal utuh, maju dan bertambah makmur tanpa penyangak yang menguasai UMNO.Suatu hari nanti jika UMNO menjanjikan ketelusan, keadilan dan kemakmuran kepada semua umat melayu tanpa mengira proksi, adik beradik dan bangsawan...dan penyakit UMNO menghidap kepada DAP, saya yakin Dato akan tinggalkan DAP pula.Pada masa ini wadah terbaik bagi umat melayu adalah yang menjanjikan peluang yang benar ikhlas dan sama rata kepada semua lapisan melayu khususnya (tanpa perlu kabel) dan masyarakat malaysia amnya.
Kejayaan pentadbiran PR sudah teruji di 4 negeri. Ayuh Melayu, Ayuh Malaysia, kali ini kita uji PR dengan berikan pentadbiran Malaysia sepenggal!
Datok
Its really time to change all the existing half past six ministers/deputy ministers and member of parliament in the BN coalition.
Ese sokong. Mat asan should goo. Lotak KJ di adun. Sobot namo eh jadi bakal MB. Kalau monang jgn bagilak jadi MB. Jadi adun biaso jo..
Lepas PR perintah nak kalah diclare Darurat jadi macam zaman marcus di philipina. Ha ha ha
Post a Comment