Biarlah Lembu dengan kelembuan nya, jangan kita manusia di lembukan!
Semenjak tahun 1981( kurang lebih ketika seorang yang bernama Mahathir Mohamed) mengambil alih jawatan presiden UMNO dan PM, UMNO menyimpang dari perjuangan asal. Ianya bukan lagi parti yang mendahulukan rakyat, tapi mendahulukan diri sendiri, kaum keluarga, sahabat, kroni, yang boleh menangis bila bertemu, dan Melayu UMNO. UMNO dah jadi parti yang rasuah, melanun dan merompak kekayaan negara ini.
setiap tahun RM20-30 billion hilang melalui rasuah. Dalam masa 10 tahun, RM1300 billion atau RM130 billion setahun telah hilang. Jumlah ini separuh daripada bajet negara. Bayangkan jika jumlah ini di kembalikan ke dalam bajet negara dan di agihkan kepada belanja pembangunan, negara kita akan lebih sejahtera. Akan tetapi sebab kita ada kerajaan yang penuh dengan lanun dan perompak, negara kita musnah dan ranah.
Setiap harga tender adalah harga yang di UMNOkan. PLUS sepatutnya menelan belanja hanya RM 3 billion, tapi di koskan kepada kerajaan sebanyak RM 6 billion. Operator PLUS sudah mengutip RM 18-19 billion, maka apa perlu lagi operator ini meneruskan perniagaan mengutip tol?
Biarlah lembu terus menjadi lembu, jangan kita, terutama orang Melayu pula menjadi lembu. Projek MRT di berikan kepada Gamuda-MMC kerana MMC milik penghulu kroni dan serial plunderer of our nation’s wealth. Gamuda ada kaitan dengan keluarga di Raja Perak. Harga RM 50 billion sangat tidak munasabah dan mengapa kita perlu menggunakan kaedah swiss challenge method, kita tidak faham. Mengapa tender terbuka tidak di buat. Jawapan nya, harga muktamad projek MRT belum kita ketahui. Yang kita tahu ialah kos nya akan di UMNOkan.
Bila harga dan nilai sesuatu projek di UMNOkan bermakna, kos nya di tambah 30-40%. Ini sesuai dengan DEB kan? Kecuali bumiputera yang untung melalui dasar tersebut ialah kelompok PUTERA dari istilah BUMI-PUTERA. Putera bangsawan, putera pemimpin politik, putera2 elit- mereka yang untung. Rakyat bumi tertingal dan di tinggalkan di belakang dan bila mendapat RM 500 atau RM 100, di iringi dengan leteran panjang lebar bagaimana berjimat cermat.
Wakil peneroka yang menyetujui penyenaraian FGV menandatangani warrant mati peneroka Felda. 360,000 hektar tanah Felda holdings dan segala asset yang lain akan di pindahkan kepada FGV. Setelah tempoh bulan madu habis dan durian runtuh habis, peneroka akan merana dan akan menjadi hamba abdi kepada FGV. Apabila bajet tahunan FELDA hanya tinggal RM 400 juta, peneroka akan sedar bahawa Felda tidak ada wang untuk mebayar gaji dan menyenlenggara rancangan felda seluruh negara. Pegangan KPF yang hanya sekitar 35% dalam FGV akan untung hanya jika pengurusan FGV pandai berniaga dan melabur. Ia tidak ada rekod untung kecuali 2 tahun kebelakangan ini. itu pun dengan melakukan silap mata- kos di tanggung oleh Felda, bahagian untung di ambil oleh FGV.
Wakil KPF yang menyetujui plan penyenaraian FGV akan menanggung tanggung jawab mengkhianati 112,000 peneroka Felda di seluruh negara.
Apa yang UMNO ada untuk jadi releven kepada orang Melayu?
Bahkan, UMNO tidak mampu untuk mengakui mereka suara kepada majority orang Melayu. Dalam tahun 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2 juta yang menyokong calun UMNO. Mengapa orang Melayu menolak UMNO? Sebab nya ialah orang Melayu memerdekakan diri mereka dari jiwa hamba dan melihat UMNO kekal sebagai struktur yang menyokong system feudal. Kecuali kali ini, UMNO menggantikan raja yang feudal dan menghamba abdikan orang Melayu.
UMNO hari ini hidup dan beroperasi atas beberapa metos; (1) memperjuangkan kepentingan semua orang Melayu (2) memperjuangkan agama Islam dan (3) mempertahankan institusi Raja Melayu. Keutamaan yang di beri kepada metos yang mana, mengikut keadaan semasa.
Bila dirasakan orang Melayu terancam, maka kegelisahan dan ketakutan orang Melayu di utamakan. Negara Malaysia jadi repablik jerit mereka. PM orang Cina laung mereka. Habislah Melayu jika UMNO kecundang. Insitusi Raja Melayu akan di hapuskan. Agama Islam di ancam.
Siapa yang ancam agama Islam? Jika agama Islam lemah, punca utama nya ialah orang yang beragama Islam itu, iaitu Muslim itu lemah. Miskin pada perangai2 mulia yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan- itulah sifat yang terutama ada orang Melayu. Walaupun Zaaba menulis mengenai kemiskinan pada sifat dan perangai2 mulia dalam tahun 1927, apabila saya lihat Ibrahim Ali dan geng2 dia bercakap mengenai perkara perkara ekstrimis, apa yang di nyatakan oleh Zaaba 85 tahun dahulu, masih ada pada orang Melayu.
Berapa jumlah orang kristian di negara kita ini? berapa orang kristian yang ada dalam DAP? Bukankah lebih munasabah jika kristian dalam DAP mengkristian orang2 Cina yang bukan kristian dan tidak ada agama terlebih dahulu , daripada mengkristiankan orang Melayu. Apa masaalah kita jika ada mubaligh kristian yang mengkristiankan orang Asli dan Dayak memeluk agama itu? mereka bukan Muslim sebermulanya.
Masaalah murtad- itu persoalan lain. Ia jadi isiu besar, jika murtad di kaitkan dengan aktiviti mubaligh kristian. Itu pun kita kena tanya, apa sebab orang yang sudah memeluk Islam, menukar agama mereka?
Mungkinkah tarbiyah orang Islam sendiri tidak cukup? Mungkinkah keadaan kemiskinan yang melarat dan keadaan tidak terbela dan peminggiran golongan ini menyebabkan mereka masuk agama lain?
Hanya kerajaan yang tidak bertanggung jawab dan sebuah kerajaan yang menangguk di air keruh dan ingin menjadikan isiu ini modal politik sahaja membesarkan isiu ini dan menjadikan ianya isiu politik. Orang gila akan membiarkan isiu agama di jadikan bahan pergaduhan politik.
Jika kita sayangkan agama Islam, tentu kita boleh menerima bahawa penganut agama kristian sayang akan agama mereka. Lebih baik kita focus kepada menguatkan dan membetulkan aqidah orang Muslim daripada menyalahkan orang lain akan kekurangan dan kesilapan kita sendiri.
Ini sahaja yang di ketahui oleh UMNO dan golongan yang menyokong mereka. Mempolemikkan isiu agama, walhal keadaan orang Muslim mundur dan melarat adalah hasil dari dasar2 dan peranganan pemerinthan UMNO yang lemah.
Dan sekarang bekas presiden UMNO, bekas PM yang mengatakan UMNO is rotten to the core, the government is corrupt from top to bottom, UMNO penuh dengan pimpinan half past six, menggesakan kita terus menyokong UMNO?
Biralah lembu kekal dengan kelembuan nya, janganlah kita, manusia mahu di lembukan!
25 comments:
Dato Sak & pembaca,
Guna saja hipotesis atau sifir mudah. Anda diberi kuasa selama lebih 50 tahun. Dengan kekuasaan yang ada, anda mampu melakukan segalanya yang terbaik untuk negara, rakyat dan kaum melayu khususnya. Tetapi setelah melepasi 50 tahun dipuncak kuasa, anda tiba2 menyalahkan pihak lain yang tidak pun memegang tampuk kuasa
sebagai punca kegagalan anda. Munasabah kah ini ? Tanya diri apa yang anda buat sewaktu ditampuk kekuasaan selama ini ?.
Dalam situasi ini sebenarnya ia membuktikan bahawa anda sebenarnya tidak layak atau tidak berkemampuan mengambil tanggungjawab tersebut atau dengan kata lain anda sememamngnya jenis manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhak untuk memimpin sebuah negara bernama Malaysia ini. Hudoh benar menyalahkan pihak lain sedangkan anda ditampuk kuasa sekian lama.
Dato,
Apabila Che Det kata " Melayu mudah lupa .... ". Wah! Ini sudah semacam menghina orang Melayu, lebih lagi Che Det bukan keturunan Melayu?
Apakah kenyataan itu betul-betul menghina orang Melayu?
Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik kenyataan itu, kalau di terjemahkan ke dalam kehidupan orang Melayu hari ini sebenarnya?
Tapi ... apakah kenyataan itu membawa maksud positif atau negatif terpulang kepada masyarakat Melayu itu sendiri. Hanya Che Det sendiri tahu apa maksudnya.
Cuma kita lihat sekarang, apakah UMNO (sebab ini parti Melayu) sudah mudah lupa diri? Apa UMNO sudah hilang arah dari perjuangan asal? Apa kah UMNO sudah berjaya melahirkan ....... he he... (samseng-samseng, kaki pukol, kaki lempar batu ...dll@#$$?) atau kroni-kroni jutawan dan laksawan???
Apakah UMNO sudah berjaya dalam mengkayakan kroni-kroni sendiri dan sudah berjaya mengLEMBUkan RAKYAT MALAYSIA?
Siapa yang mudah LUPA? Orang UMNO atau RAKYAT MELAYU yang bukan Pro-UMNO? Siapa yang bijak dan siapa yang diperbodohkan?
Kalau orang Melayu sanggup pukul orang Melayu sendiri kerana nak menjilat bontot UMNO, maka agaknya kita check DNA samseng UMNO ini .... jangan jangan keturunan lanun dari pulau entah dari mana.
Hakikatnya ... samseng samseng UMNO inilah sebenarnya lembu dan diperbodohkan oleh Raja-raja UMNO ini.
Betul tidak??? Betul tidak ??? Satuuuuuu Malaysia !!!!
Isshhh!! Banyak lembu sokong ...
Alhamdulillah Dato',
Saya sangat bersyukur kerana tidak lagi bersama UMNO BN sejak 1985 lagi. Malah sejak saat itu undi saya tidak pernah diberi kepada parti perosak negara dan umat Islam ini.
Saya adalah kalangan 3 juta ahli UMNO yang dimegahkan oleh pemmpin UMNO BN tapi hakikatnya ratusan ribu ahli2 UMNO BN telah mengambil pendirian yang sama dengan saya, undi tidak lagi untuk UMNO BN. Kami juga adalah kalangan penyumbang kepada kejatuhan UMNO BN dibeberapa negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat.
Insyallah Dato...bilangan ahli UMNO yang mengambil pendekatan yang sama dengan kami kian meningkat kebelakangan ini. Biar pun pada dasarnya bilangan besar ini masih ahli UMNO, tapi semua satu hati dan bertekad untuk tumbangkan parti pendusta ini secara diam dari dalam.
Hari demi hari kian terserlah bahawa parti UMNO ini benar2 tidak cukup diajar atau "kurang ajar" dan ini dapat dilihat dari tindak tanduk pemimpin mahu pun pengikut2 mereka. Sampai sudah waktunya parti ini diajar secukup2nya dalam pemilihan ke 13 nanti. Sesungguhnya UMNO BN tidak layak dan tidak relevan lagi untuk diberi tanggung jawab meneraju negara kita ini. Semangat dan jiwa penubuhan UMNO asal 100% telah lenyap dari pertubuhan berteraskan Melayu ini sejak " Melayu Celup " keturunan Karala membunuhnya dan menggantikan dengan UMNO baru yang ada sekarang.
Seikhlasnya saya teringin sangat melihat " Melayu Celup Kerala " ini menerima habuan ekuran tindakan beliau membunuh perjuangan asal kaum Melayu dan menggantikannya dengan pertubuhan yang bermotifkan mengkayakan diri, kroni dan keluarga. Mudah2an Allah permudahkan usaha murni kita demi agama, negara dan rakyat tercinta.
Buat kawan2 khususnya ahli2 UMNO BN, jangan relakan lagi diri anda terus dipermainkan dengan isu Melayu dan Islam semata2 untuk keuntungan politik pemimpin yang berlidah cabang yang kini menguasai parti anda. Beringatlah bahawa keturunan "Melayu Celup Karala" serta kaum kerabatnya telah sekian lama memperkuda Melayu asal secara diam demi kekayaan dan kesenangan kelompok mereka. Puak ini jugalah yang kerap menjadi punca telagah " Melayu & India " seperti yang berlaku di Kg Rawa suatu ketika dulu, melayu diperkudakan demi keuntungan peribadi mereka.
Perhatikan disekeliling pertubuhan parti anda. Golongan ini sudah menguasai sebahagian besar potfolio penting dalam kerajaan walau pun bilangan mereka jauh sedikit berbanding Melayu asal. Jangan sampai terlambat sehingga UMNO menjadi United Mamak Organisation Malaysia. Buatlah sesuatu mulai sekarang sebelum terlambat.
Dato,when countries industralised, developed and progressed they moved forward.That is education,living standards,peoples mentality etc.
Just look at former hotspots Indonesia,Thailand,Vietnam and even Burma etc.These countries are all progressing and moving forward.And communist China has steamrolled it's way towards a developing nation on its way to be a developed nation,and Malaysia is still stuck being a developing nation and has move nowhere in the last two decades.
When Malaysia was initially one of the tigers,Taiwan,South Korea,Singapore and even China have became Mama and Papa tigers,wheareas Malaysia has made a u-turn and become a pussycat.Rampant and massive corruption has set the country backwards by twenty years.
In the early sixties we have Taiwainese engineers and technicians working in Malaysia for around six to eight hundred ringgit a month.Then in the late seventies Malaysians were working as factory workers and labourers in Taiwan for one thousand two hundred upwards.
Although Dr Mahathir has done a lot for the country,in the end he destroyed what he has built and achieved,because of his greed for the ringgit and set the breeding ground for scavengers.
Yup Dato ,you got it right, it was Mamak Kutty who started the rot of Malaysia !
He perfected the art of corrupted practices, abuse of power, cronyism and nepotism in the guise of ' Demi agama, bangs a Dan negara' .
Sdr. Sak,
Because I feel so betrayed by the FGV episode, I would rather vote for a real LEMBU than vote for UMNO/BN...!!!
Never have I felt so angry with the whole bunch of crooks before...!
When Asas Serba proposal was rejected, I felt real angry because I know it's workable as I have vetted & commented on it before it was proposed to the UMNO government. And as a daily user, I look forward to the freeze in toll rate increment. But this FGV episode was the climax...
Do we need UMNO/BN government? NO..!!!!
Does UMNO?BN need our votes? YES..!!!!
Wake up people..!!!! Why do we need to tolerate these nonsense when we are the power..!
The power is with us... so use it wisely...
DO NOT BE INTIMIDATED BY umno/bn...!!!
WE MUST RISE AND RESTORE THE RIGHT...!!!!
If Pakatan (PAS/DAP/PKR) screws up... we remove them too...
We are not beholden to any political party...!!! They are beholden to us. So let us act the right way...!!!!!!!!!!!
THE FACT REMAINS - THE PEOPLE HAS THE POWER...!!! Not any political party!!!!
Sekian.
ZorroRemasked
THE BN GOVERNMENT'S NEW SYMBOL IS THAT OF A CONDOM,
because it more accurately reflects the government's political stance....
A condom allows for super inflation, halts production, and of course destroys the next generation,
protects a bunch of dicks, and gives you a sense of security while you're actually being screwed...!!!!
Damn, it just doesn't get more accurate than that!
Macamana kita nak sampaikan maklumat semua ni kepada masyarakat Melayu? Majoriti orang melayu masih tidur lagi dan tak sedar mereka ditipu terang-terang oleh Umno.Kebanyakkannya masih percaya yang Umno nilah satu-satunya pelindung orang melayu. Cuba Dato Sak cadangkan kepada Dap agar menerbitkan suratkhabar Dap yg berbahasa melayu agar maklumat dapat disebarkan dengan lebih efektif.
Dato,
Umno sudah hancur la. Umno sekarang boleh dipanggil umno mamak. Mamak2 celaka ini yang buat busuk nama umno.
Bagi UMNO, semua yang UMNO adalah betul dan apa-apa yang salah adalah akibat dari mereka yang bukan UMNO termasuk negara asing, parti lawan dan orang lain.
Budaya suka menyalahkan orang lain ini diturunkan oleh UMNO kepada orang Melayu. Jika peniaga Melayu gagal; dipersalahkan peniaga Cina atau peniaga Melayu lain guna bomoh untuk jatuhkan businesnya. Jika Melayu Islam murtad; dipersalahkan TV, mubalig Kristian dan injil eletronik. Jika Melayu mati tergolek akibat merempit; ibu-bapa 'salahkan' takdir.
Adakah ini dikatakan tabiat lembu? Bilalah Melayu mahu bertanggung-jawab atas diri sendiri dan 'take charge of their own lives' ?
TNB pada satu masa dahulu mengalami keadaan yang hampir sama dengan Felda hari ini. Ketika itu TNB dipaksa bersetuju menandatanggani PPA dengan IPP kroni Mahathir dengan harga tenaga yang terlalu mahal.
Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju dengan harga yg terlalu mahal kerana menurut Tan Sri Ani rakyat akan menanggung beban tariff yg tinggi pada jangka masa yg sangat panjang berdasarkan konsesi 30 tahun.
Tan Sri Ani Arope tidak mahu menandatangani PPA itu lalu diberhentikan.
Kebenaran kata-kata Tan Sri terbukti hari ini apabila rakyat terpaksa menanggung beban tariff elektrik yg melambung.
Cubaan untuk membuat " revision " keatas PPA ini menanggung kegagalan demi kegagalan kerana PPA yg sudah dimeterai sukar untuk dipinda kerana ianya melibatkan dana pelabur2 asing bersama2 dengan bank2 internasional yg yang turut sama melabur menerusi pinjaman mereka.
Pokoknya, bila sudah sain, ertinya sudah tidak ada kuasa lagi.
Perkara yg sama akan berulang lagi tetapi kali ini Felda akan lebih parah kerana ia melibatan beratus ribu ekar asset negara. Kita dipatuk ular 2 kali dalam lubang yg sama.
Double Whammy
Sdra Sak,
Merujuk kenyataan Puan Ambiga, Bersih, 20 April amendment kepada Election Offences Act !
Sila baca di http://bersih.org/?p=4744
Ini bermakna bekalan letrik awam tak payah ditutup untuk menipu dan semua rakyat Bangladesh, India Filifina dan Indonesia haram boleh mengundi !!!
Ini SERIOUS kawan !!! Real serious !!!
Dia orang boleh ganti penyamun pun di SPR untuk buat kerja hina ini.
Kena ada plan B lah !!!
Dato'
Najib mewarisi UMNO Tun Mahthir dan bukan UMNO ayahndanya...
Lihat fakta ini: Pada tahun 1986 Tun Mahathir bertindak melawan arus dengan menafikan hak peneroka baru utk menduduki tanah2 rancangan...Tanah seluas kira2 360,000 hektar yg dianugerah kpd Felda oleh kerajaan negeri telah bertukar menjadi ladang komersial...ramai dikalangan rakyat termasuk generasi ke 2 peneroka yg memohon menjadi peneroka berputih mata...
Selepas itu, Pak Lah telah menyambung usaha Tun Mahathir ini melalui missi mengapungkan FHB ke bursa saham...usaha beliau digagalakan oleh beberapa org MB termasuk Che'gu Nan (Pahanag)selain menyedari FHB bukanlah pihak yg memiliki ladang sawit ini secara mutlak...
Hari ini Najib meneruskan kerja jahat Tun Mahathir dgn memajakkan ladang milik Felda seluas 360,000 hektar tsb kpd FHVHB bagi tujuan pengapungan syarikat ini ke bursa saham...misi ini hampir berjaya.
Sepatutnay Najib mewarisi jejak ayahndanya Tun Razak dgn memberi tanah kpd rakyat yg tidak bertanah sebaliknya dia lebih berminat bertalaki dgn kitab munafik Mahathir..
Yg untung siapa? Termasuk dalam sinarai ini ialah seorang mat saleh yg dibawa masuk ke Felda oleh Dato' Sobri (Group Presiden FGVHB) dgn diberi ganjaran tidak kurang RM50,000 sebulan...Yg termasuk dalam senarai malang pula termasuklah anak peneroka yg telah berkhidmat dgn FHB sebagai engineer (melebihi 4 tahun) cuma dibayar gaji RM2,800 sebuan. Dgn potongan EPF, Socso, Cukai, PTPN, Loan Kereta, sewa rumah, tanggung isteri dan anak...anak peneroka ini cuma gah saebai eksekutuf muda yg bersedia berkhidmat dgn Felda demi agama, bangsa dan negara...porah!!!!
Kalau tanya yang bawah bawahan ramai ramai depa dah concede kalah pilihan raya ni......even nazri tu dah nak chicken out
AWAS!!!
Berita berkenaan projek BN menipu RAKYAT :
1. http://kijang59.blogspot.com/2011/12/siri-6-melaka-panas-wajah-yang-terlibat.html
2. http://www.youtube.com/watch?v=WrJvqfDisKc
Inilah tujuan Bersih 3.0 di adakan.
Dato',
Dengan melihat dan membandingkan isu isu yang dibangkitkan oleh UMNO BN terhadap PR berbanding isu isu yang di kemukakan PR, bezanya bagai langit dan bumi. Hampir keseluruhan isu yang UMNO BN bangkitkan langsung tidak berkaitan dengan kepentingan rakyat berbanding apa yang PR bahaskan.
Apa yang nyata UMNO BN gagal membuktikan kerajaan pimpinan PR menyeleweng wang rakyat atau menganiayai warga Malaysia malah kerajaan PR telah mendapat pujian Audit Negara. Audit Negara yang merupakan badan bebas yang dilantik BN sendiri juga menyebut tentang fakta KEBOCORAN / KETIRISAN wang negara berjuta billion RM setahun. Ini bukan angka kecil.
Kalaulah puak UMNO BN yang sama ini diberi kepercayaan mentadbir kerajaan Singapore, USA atau mana2 negara maju lain..negara akan kekal miskin malah Singapura barangkali telah tergadai hasil kerja puak2 yang berperangai begini. Sekaya mana pun sumber alam negara tersebut, kalau golongan macam UMNO BN ini yang diberi tanggungjawab..hancur punah negara tersebut. Sebab itu Malaysia yang jauh lebih besar dan kaya khazanah alam berbanding Singapore, tetapi sejak dulu sampai sekarang tak pernah dapat menyaingi Singapore malah sebalihnya jurang perbezaan makin ketara...negara berpimpinan Melayu UMNO BN ni berterusan lepas kebelakang.
Satu demi satu pulau dan tanah terlepas ke Singapore dan sebahagian Johor menunggu masa saja kalau kerajaan sekarang tidak diubah. Bukan kita tak tahu..kes menjual pasir Johor ke Singapore melalui syarikat perantara milik warga Indonesia tu kerja2 siapa. Bukan kita tak tahu siapa yang sering ke Indonesia tu dan menikmati "ayam mentah" percuma yang dibekalkan pemilik syarikat berkenaan.
Selagi ada manusia khususnya melayu yang menganggap TV3, RTM, Berita Harian, Utusan Melayu, NST dan pelbagai lagi media massa UMNO BN umpama "alquran" yang menyatakan kebenaran 100%, selagi itulah UMNO BN ni akan terus bernafas walau pun sebenarnya kebanyakan penyokongnya sendiri hampir lemas susah bernafas kerana kemiskinan. Dah laa miskin tapi masih tak sedar diri ditipu dan dipermainkan. Malangnya !
Sir,
Setiap seorang rakyat Malaysia kini berhutang lebih kurang RM Enam Belas Ribu.
Setiap seorang rakyat Malaysia kini kehilangan RM Empat Puluh Enam Ribu akibat wang yang telah dipindahkan ke luar negara secara haram.
Kalau campur kedua-duanya, bermakna setiap seorang menanguung beban RM Enam Puluh Dua Ribu.
Cuba bayangkan berapa UMNOPUTRA dan kuncu-kuncu mereka telah curi? Ini semua akibat mamak Bendahara dari Kerela dan Melayu masih mahu sokong UNMO?
Betul ke kiraan saya di atas?
Setuju dengan pandangan Dato 100%.
Negara ini semakin maju ke belakang dengan lanun lanun sebagai pemerintah.
Sekiranya setiap ringgit perbelanjaran negara, antara 20% ke 30% untuk komisi/korupsi orang atasan, 10% pembaziran, 20% sebagai keuntungan peniaga, maka kurang daripada 40% sebenarnya untuk pembangunan dan faedah rakyat.
Sudah 50 tahun negara merdeka, korupsi masih berluasan saperti satu penyakit kanser.
Negara jiran yang lebih mundur saperti Indonesia, Filipina sudah insaf and sedang mengambil tindakan untuk memberantas korupsi kecuali kerajaan kita, sehingga bekas president pun masuk penjara saperti di Taiwan, Filipina.
Harap orang Melayu di kampung akan insaf dan memberi sokongan kepada PR untuk membentuk satu negara 2 parti yang kuat untuk 'check and balance".
Memberantas korupsi dan salahguna kuasa.
Dato,
Satelah berkuasa sebagai PM Mamak, yang berpenyakit "inferiority complex" ini telah melepaskan dendam nya terhadap British, dengan melancarkan "Buy British Last" dan " Look East Policy".Dengan itu bermulalah amalan "rent seekers" dan pojek monumen mega untuk membesarkan "ego"nya dan memperkayakan kaum kerabat dan kroninya. Mangsa Amalan "AliNippon"nya yang pertama ialah Dayabumi yang menggunakan dana PETRONAS.Dayabumi diserahkan kapada contractor Nippon walaupun kos nya berlebehan RM 60 juta dibandaingkan dengan kontrator tempatan waktu itu, atas alasan pemindahan teknologi bangunan rangka besi.Rakan kongsi tempatan dilantik untuk berserta dan meneri pemindahan teknologi itu iala Hashbuddin- anak buah isterinya.Ternayata Hasbuddin yang tiada mempunyai sebarang pengalaman hanyalah mampu menjadi dozing partner and rent "seeker sahaja"
Dipejabatnya diBangunan Dayabumi inilah saya pernah diajak bersembang oleh Arwh. Tun Hussin Onn dipejabatnya . Waktu itu beliu telah melepaskan jawatan PM nya satelah diganggu gugat oleh Mahthir melalui proxynya Sulaiman Plastein.
Mamak ini telah berikrar untuk melantik T.Razali sebagai Timblan.Beliu melantik Musa Hitam yang lebeh "junior" Jelas itu satu penipuannya.Malahan untuk menggekal kedudukannay Mamk. ini telh memperlagakan Tg. Razali dan Musa Hitam.
Tun Hussin adalah saorang yang teliti,lembut tetapi tegas,lurus dan cukup berhemah dan bermaruah tinggi.Amat jauh akhlaknya jika dibandingkan dengan mamak ini.Arh. Tun melahirkan kekesalannya melepaskan jawatanya kapad mamak ini. Satelah berjay membenteraskan amalan rasuah.Beliu tidak gentar memnjarakan Awh. Dato Harun walau yang amat berpengaruh.Awh. Tun Hussin sudah nampak dibawah kuasa mamak ini akan bermulalah zaman porak poranda,kroni dan kembali hidup rasuah dan nepotism yang cuba dihapuskanya. Nyata sekali Awh Tunku Abd Rahman telah tepat membaca akhlak buruk Mamak ini dan menyingkirkannya daripada UMNO jelmaan mendeliar yang pernah memusnahkan empire Melayu Melaka. Kekhuatiran Arwah Tun dan Tunku terbukti apabila Mamak jelmaan mendaliar ini telah memusnahkan UMNO yang tulin dan menubuhkan parti UMNO Baru.Dan kemusnahan terhadap Bangsa, Negara dan Agama yang dilakun oleh UMNO Baru satelah 24 tahun berlarutan sahingga kini, dan memerlukan dua generesai untuk membetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan.
Happen to be at Kinokuniya the other day and saw mamak's books on sale "Doctor on the House" and "The Malay Dilemma" > I did not even bother to browse them or had any intention to buy them...instead i went for books on Lee Kuan Yew and Barack Obama! Better role models than the evil mamak who destroyed Malaysia!!!
Father of Corruption, Cronyism, Nepotism, & Decadence……..
Mahathir’s UMNO-BN 22 years of dictatorial, tyrannical & oppressive reign of evil regime was widely known and well-documented as the era of excessive opulence and extravagant decadence.
This era of rampant and endemic corruption resulted in the pervasive-evil system whereby government servants comprising of ministers in the cabinet, top and high-ranking Govt. officials and the evasive UMNO warlords and cronies, in the 2mil. civil service Govt. employees, are simultaneously and covertly holding outright positions in the corporate world as directors, in public-listed companies and other related businesses, when they have NO BLOODY business to be involved in, as per their contract in the government service.
The shocking revelation is that all their family members and relatives are appointed as nominees and directors in the aforementioned businesses.
To complicate matters and permeate the problem more complicitly, is the involvement of the royalty and monarchs and sultans in businesses in the corporate world.
The evil business of largesse and patronage unforgivably breeds nothing but contempt and disgust from the Rakyat.
So the logical and rational thing to do when Pakatan Rakyat takes over the helm of governing the country, the first priority is to nationalize all the criminal acts and illegal wrong-doings by the UMNO-BN elites.
http://mybaru1.blogspot.com/2011/11/mahathir-uniting-factor.html?showComment=1322416707829#c8788164594986882100
Dato
Saya adalah penyokong UMNO Tulin sejak dibangku sekolah 1964 dan mendafter menjadi ahhli pada 1974. Satelah UMNO dimusnahkan oleh saorang mamak,saya saperti Tunku Abd Rahman dan Tun Hussin Onn tidak pernah berserta dengan parti yang ditubuhnya secara menipu dan menggunakan nama UMNO secara haram.Segala harta yang telah dikumpulkan oleh UMNO tulin telah dilesapkan-saya tidak menghalalkan.Saya bersyukur kerana tidak turut serta,walaupun pernah di pelawa oleh saorang menteri keturunan Aceh yang turut bersekongkol dengan nya untuk memusnahkan UMNO Tulin itu.Ternayata segala kemusnahan yang dimamalkan oleh UMNO Baru menjadi sumpahan rakyat, yang perlu dijawab jika tidak didunia ini diakhirat kelak.
You cannot only blame the former PM mamak for rampant corruption and wastage destroying the country....many Malays see him as a great hero.
Dato Sak serta pengunjung blog,
Kisah UMNO BN serta pemimpinnya cuba menglembukan rakyat Malaysia bukan cerita baru. Ini dilakukan sudah sekian lama bermula kes Mamak Kutty menyingkir Tun Salleh Abas.
Namun tak semua rakyat Malaysia yang mampu dilembukan. Keberanian Dato Ramli yang cuba dimangsakan oleh UMNO BN melalui sistem kehakiman dan jabatan polis untuk membongkar kerja2 kotor KPN dan EG selama ini patut sangat kita sokong.
Benar Dato'...selaku warga yang sayangkan tanahair dan negara tercinta Malaysia, perbuatan puak UMNO dengan kerjasama agensi2 dibawah kekuasaan mereka untuk menglembukan kita warga Malaysia tidak wajar untuk dibiarkan begitu saja.Dalam segala situasi tekanan dan ugutan pihak pemerintah UMNO BN, Dato Ramli serta pegawai2 polis yang dimagsakan selama ini telah sedia bangun untuk melawan kemungkaran yang kian bermaharaja lela di Malaysia angkara pimpinan UMNO BN durjana.
Ayuh semua yang menyayangi negara tercinta tanpa mengira fahaman parti anda...sama sama kita menyokong usaha Dato Ramli demi mencari kebenaran.
Sila baca maklumat terbaru tentang perkara ini di http://www.malaysiakini.com/news/195661
Betapa malangnya Malaysia, satu jabatan yang sangat penting ternyata telah dinodai sebegitu rupa semata2 untuk kepentingan pihak yang tamak haloba, perusak negara dan masyarakat khususnya bangsa melayu sendiri.
Siapa bayar DBKL? Duit RAKYAT!
Siapa bayar gaji Polis? Duit RAKYAT!
Siapa bayar gaji RTM? Duit RAKYAT!
Siapa bayar gaji Penjawat Awam Tertinggi Malaysia? (ehem..ehem)
Jadi .... yang ikut BERSIH 3.0 ialah RAKYAT.
Yang ikut Bersih 3.0, itulah yang bayar gaji pengampu di atas itu!!!
Bukannya Awang Hitam, Mat Bangla , Bujang Mynmar ...
Ini penyokong totok UMNO kena tau!
Kalau otak sudah diLEMBUkan, maka mereka fikir duit parti Barisan Nasional yang tanggung hidup RAKYAT.
Sana sini Projek Barisan Nasional. Walhal bukan projek BN, tapi Projek DUIT RAKYAT.
Jadi yang DIKTATOR BN anggap RAKYAT yang menyuarakan pendapat adalah pengganas dan mengancam keselematan negara.
Yang Mat Rempit, Si Boncit pukul anak melayu sendiri dianggap Wira Melayu Sejati.
Bagi pakcik pakcik mak cik di kampung, yang selalu ke masjid dan surau tiap-tiap malam, kalau masih sokong BN, walaupun banyak cerita teruk BN secara terang-terang, bersedialah untuk menjawap solan Mungkar Nakir di dlaam kubur.
Bagi pak ustaz yang totok BN, berhati-hatilah, kerana anda semua diberi ilmu tentang RASUAH dan KEZALIMAN, masih juga tutup telinga, maka anda pak ustaz dikategorikan orang berilmu, tapi TANGGUNGJAWAP dan AMANAH Tuhan amat BESAR.
Ingat-ingat tu.
Post a Comment