Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 8 April 2012

Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua( second nature) UMNO


Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan UMNO mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapan nya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan UMNO ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak2 yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa apa.
Tiadakan kuasa yang ada , apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat , akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihat nya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.
Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing2 dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak.
Antara 5 negeri yang mendapat FDI yang paling tinggi, 3 dari nya ialah negeri yang di tadbir oleh PR. Yang dua lagi negeri BN termasuk Sarawak yang di pimpin oleh pemimpin yang bukan dari UMNO. Sarawak membangun tanpa campur tangan UMNO dan jika ada campur tangan UMNO, sudah tentu jahanam. Yang membantu Johore ialah kehampiran nya dengan Singapura.
Apa sudah jadi pada janji UMNO untuk membantu orang Melayu? Lihat sahajalah apa sudah jadi pada DEB? Kemajuan terpesat dan pertumbuhan yang nyata kepada ekonomi orang Melayu hanya berlaku semasa Tengku Razaleigh mengurus ekonomi negara kita. Semenjak ianya di ambil alih oleh putera dari keturunan Hindi Kerala, ekonomi orang Melayu, daripada yang bersifat rakyat, bertukar menjadi kemajuan ekonomi untuk orang yang terpilih.
Dari 1970 hingga ke 1981, perkongsian Melayu dalam kekayaan negara bertambah dari 2.7% kepada 18.4%. bila Mahathir mengambil alih, ekonomi orang Melayu bersifat rakyat, bertambah kepada kurang sedikit dari 20%. Ekonomi Melayu di bawah pengurusan Mahathir hanya bertambah 1 lebih peratus.
Dari segi rekod, Najib jangan cakap besar lah. Hari ini dia hanya boleh showcase Mokhtar alBokhari sahaja. Jika ekonomi orang Melayu hanya boleh di perlihatkan melalui S Mokhtar Bokhari, ini membuktikan bahawa dasar ekonomi di bawah UMNO dan BN tidak berjaya dan gagal.
Dan jika orang seperti Syed Mokhtar berulang kali hanya mampu maju dengan pertolongan kerajaan, ini membuktikan bahawa S Mokhtar tidak ada skills untuk maju dengan usaha kudrat sendiri. Tambahan pula, dalam Malaysia ini, orang Melayu yang wajib di bantu ialah Syed Mokhtar sahaja kah?
Dibawah Syed MOkhtar, monopoli gula yang di pindahkan dari Robert Kuok menjadi lebih mahal. Sebagai reaksi harga mahal, ada matlaon pemimpin UMNO yang mencadangkan supaya orang Melayu terutamanya, makan kurang gula. Bingung punya cadangan.
Bila syed Mokhtar ambil alih BErnas, beras jadi lebih mahal. Ini lah janji Najib kepada rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Saya ulangi lagi, janji Najib hanya lah untuk Putera dalam Bumi-Putera. Rakyat bumi biasa hanya menadah tangan mengharapkan ehsan Sultan Najib dan al malikul sembab.
Pencapaian orang Melayu lain nya adalah hasil natural progression. Pendidikan? Semua kerajaan dalam dunia ini mesti mengadakan pendidikan . mengadakan pendidikan sebagai suatu wadah menambahbaikkan kedudukan orang Melayu bukan lah sesuatu yang unik kepada UMNO. Pentadbiran di bawah kerajaan2 Pakatan pun menyokong pendidikan sebagai wadah mengeluarkan mereka mereka dari kemiskinan. No big deal untuk di gahkan oleh Najib.
Najib gagal dalam janji nya untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.
Sekarang kita pergi ke bab terima kasih. Orang UMNO yang bongkak dan sombong, beranggapan bahawa mengucapkan terima kasih dan puak yang berhak mendapatkan ucapan terima kasih ialah UMNO. Inilah dusta yang paling besar. Jika rakyat di sarankan mengucapakan terima kasih kepada kerajaan yang telah meningkatkan kebajikan meraka, maka pengucapan itu mesti tidak bersyarat. Jika rakyat dalam negeri BN di suruh berterima kasih kepada kerajaan BN, maka rakyat di bawah kerajaan PR pun wajib beterima kasih kepada kerajaan PR. Nilai terima kasih rakyat kepada kerajaan BN tidak lebih mulia dari nilai terima kasih rakyat dibawah kerajaan PR.
Jadi sesuai dengan saranan PM kita yang kurang cerdik, saya mencadangkan rakyat yang telah menerima manfaat dari keelokan pentadbiran kerajaan PR menyatakan terima kasih mereka dengan mengekalkan kerajaan PR . di negeri lain yang sengsara dengan pembohongan kerajaan UMNO dan BN, mereka boleh menyatakan terima kasih mereka dengan menendang gerombolan penyamun dan perompak harta benda rakyat.
Mengenai sombong Najib jangan cakap besar lah. Bukan kah dia baru sahaja memohon maaf kerana kesombongan UMNO di Negeri Kedah beberapa mingu yang lalu?
Dan beberapa mingu yang lalu, Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mengulangi kesilapan mereka. Saya amat bersetuju dengan peringatan ini. ya, rakyat jangan mengulangi kesilapan memilih UMNO dan BN kerana kesilapan tersebut akan memberi lesen besar kepada UMNO dan BN melanun dan merompak negara kita. Sudah tentu yang membuat kesilapan ialah golongan minority. UMNO dan BN hanya mendapat 49% dari undi popular sedangkan majoroti iaitu 51% sudah pasti golongan yang membuat plihan tepat. 51% telah mengundi parti PR dan ini mesti di teruskan.
Nyawa UMNO dan BN bergantung kepada pembohongan dan manipulasi persempadanan kawasan parlimen. Lebih dasyat, terutama kepada orang Melayu, kita jangan lagi bergantung kepada parti politik yang kosong dari segi idea dan hanya bergantung untuk masa depan nya kepada bontot Saiful Buhari dan diatas cerita seks.
Punah bangsa Melayu macam ini.

28 comments:

DNEO 8 April 2012 at 13:04  

Pandangan saya sebagai rakyat biasa: Kerajaan begitu boros berbelanja, dimana ada agensi yang sudah sedia untuk bertanggung jawab segala tugasan tidak digunakan sepenuhnya, ada FAMA tapi sekarang ujudkan Pasar 1M, ada Coop, Jimat dan PNF sekarang ujudkan Kedai 1M, ada Hospital Ploklinik Klinik dan Klinik Desa sekarang ujudkan klinik 1M, ada Jabatan Haiwan sekarang ujudkan NFC yang udah lingkup. Terbaru ada RTM gunakan Media Prima untuk karnival penerangan 1M kepada rakyat. Lihat bertapa banyak bajet yang ditanggung oleh kerajaan dengan menidakkan kewibawaan semua agensi yang telah sedia ada makannya PM tidak percaya pada kebolehan agensi dibawah pentadbirannya. Nasib SBPA tidak dilaksanakan, jika tidak akan masuk pentadbir dari luar untuk mengetuai semua agensi kerajaan maka tertinggallah pentadbir sedia ada. Sebab itu kerajaan sentiasa memohon bajet tambahan dalam setiap bajet yang telah diluluiskan. Tak faham!

Dalam hal sambutan hari jadi PM begitu bijak pula mengunakan agensi dibawah pentadbirannya, kalau kita bekerja disyarikat swasta setiap kali majlis yang akan diadakan untuk setiapa kakitangan datangnya dari wang perkongsian dari semua kakitanagan bukanya datang dari wang syarikat tapi PM lain amat berbeza sekali. Inikah yang dikatakan AMANAH, Jngan Bongkak, Jangan Riak dan Takabur yang amat dibenci oleh rakyat sebagaimana yang dikatakan ole belia, maka saya boleh kata CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Anonymous,  8 April 2012 at 13:55  

dah bosan dengan omongan kosong PM kita ni..kalau tgk tv3 semalam,rasa nak muntah....

Anonymous,  8 April 2012 at 14:36  

Dato'

The government should be grateful to the rakyat and not vice versa. We don't need monopolists like Syed Mokhtar who depends on the government to dish out contracts freely to him. What we need is open competition to make our country great again.
Only feudalism calls for the people to be grateful to the government. It's high time to dump UMNO/BN.

Anonymous,  8 April 2012 at 15:51  

Datuk,

Silap besar jika Datuk menyatakan yg DS Najib tidak memiliki apa2...lihat kelebihan yg beliau ada ini:
1) Beliau memiki isteri yg hebat...jauh lebih hebat drp Tun Rahah, Tun Siti Hasmah, Tun Jane atau mana2 isteri PM sebelum ini.
2) Beliau anak bekas PM....
3) Beliau orang besar Pahang..
4) Beliau cucu kepada Tan Seri Mohd Noh...orang yg mula2 membangunkan Genting Highland
5) Beliau ada sepupu bernama Datuk Hishamuddin cucu On Jaafar
6) Beliau ada adik yg menguasi CIMB antara bank terbesar di M'sia
7) Beliau ada Isa Samad....orang yg sangat setia kpd beliau dan diatas kesetiaan ini walaupun telah disahkan rasuah oleh UMNO beliau dilantik menerajui Felda...
8) Beliau ada Abd Razak Baginda...pemikir no 1 negara.
9) Beliau anak Bugis....seluruh masyarakat kepulauan Sulawesi menjadikan beliau sebagai idola...
9) Yang paling hebat beliau ada UMNO Tun Mahathir dan beliau selalu bertalaqi dengan bapak kapitalis M'sia ini...


Datuk, walaupun DS Najib kelihatan memiliki banyak kelebihan namun beliau didapati tidak memiliki jiwa kepahlawanan...beliau selalu 'menang perang' kerana memiliki banyak 'wang' dan dapat mempergunaan kelebihan ini. Kalau saya disuruh memilih diantara dua samada beliau atau isterinya patut menjadi PM pastinya saya telah memilih Datin Seri Rosmah Mangsor sebagai PM ke 6...

Anonymous,  8 April 2012 at 16:02  

UMNO BN adalah parti pertama di dunia yang memeperjuang dan mempromosi cerita "sex" dan "porno" secara meluas. Pemimpin UMNO BN adalah kalangan pimpinan rantau Asia pertama yang "menghalalkan" kempen "sex" dan "lucah" secara terbuka dengan sokongan media massa tali barut.

UMNO BN juga antara parti yang pernah melahirkan pemimpin alias pembunuh. Sejarah membuktikan ini.

Parti UMNO BN tidak kurang menelurkan pemimpin2 tidak bermoral yang suka meraba perempuan. UMNO BN selain itu juga mampu melahirkan bodyguard2 "pembunuh" yang suka2 membunuh tanpa motif.

Pemimpin tertinggi UMNO BN juga adalah kalanagn pimpinan Islam pertama di dunia yang mampu mengejakan ibadah haji secara paling pantas dan cepat ( merupakan satu rekod dunia ).

Soal khazanah negara lesap berbillion samada melalui projek2 tertentu, komisyen atau sebagainya..itu jangan persoalkan kerana UMNO BN telah terkenal mampu melakukan "magic", menggelapkan berbillion duit sejak sekian lama.

Jangan tak tahu membohong, menipu, rasuah, putar belit, membazir dan membelit adalah RUKUN bagi parti karat tersebut. Tanpa salah satu darinya...Tidak Sah Menjadi pimpinan UMNO BN.

Nak tahu Pembohong atau tidak UMNO BN ni...tengok saja perangai pemimpin nombor satu mereka. Awalnya bila cerita si Saiful Al Pungkor jumpa Najib...dia menafikan perjumpaan itu. Bila bukti perjumpaan itu didedahkan, Najib cakap Si Saiful jumpa dia nak minta biasiswa. Lepas tu bila cerita dan bukti SiSaiful ni FAILED kat Universiti dan tak layak untuk diberi biasiswa..sekali lagi Najib ubah cerita..katanya Si Saiful jumpa sebab nak mengadu Anwar liwat dia. Berapa kali flip flop daaa ??? Dasar MUNAFIK !.

Ingat tak lagi..Najib juga nafikan dia pernah berjumpa atau mengenali Altantuya. Siap bersumpah dia ! Haaa...korang tunggu cerita kes perbicaraan Komisyen Scorpeon tu di Peranchis. Korang akan tahu pemimpin korang ini jenis apa sebenarnya. Kalau dah tak kenal Altantuya dan tak ada kena mengena dengan perempuan tu...apa ke jadahnya dua orang pengiring dia ( Sirul & Hazilah ) suka2 bunuh Altantuya ????

Kalau akal korang tak boleh fikir rasional perkara ini...elok tunggu berita2 seterusnya dari Peranchis !!!. Di Malaysia kes ini boleh di "magic kan"...tapi di Perancis..sebuah negara yang diperintah bukan Islam..kes2 sebesar ini dilayan samarata. Anda nampak bezanya Islam UMNO BN ni banding sistem bukan islam di Peranchis ???. Adakah penedekatan Malaysia hasil tangan UMNO BN boleh menunjukkan contoh baik kepada bukan Islam.

Fikirkan ini sewaras2nya !!!!!

Anonymous,  8 April 2012 at 16:02  

Bukan Melayu sahaja, Malayaysian kesemuanya kena tipu. Sekarang masih ditipu oleh PERUSAHAAN OTOMIBIL NASIONAL. Apa nasionalnya lagi. Sudah menjadi milek peribadi Mamak Kerala/Arab Bokhari. Apa perlunya ditatang, dilindunggi sabagai milek negara lagi.Berbillion telah ditanggung rakyat. Biarkanlah PROTON bersaing dalam suasana yang boleh membebaskan rakyat Malaysia menikmati harga kereta yang lebeh murah.
Dulu beras Negara,BERNAS, sahingga kini di jaja ditatang dan dilindungi sebagai milek negara.Rakyat dibebankan dengan bernagai sekatan untuk kepenting BERNAS- yang bukan lagi milek negara.

Kesemuasa perusahaan yang menggunakan nama NASIONAL, NEGARA dsb patut di tukarkan NAMA kapada AK BUKHARI agar rakyat tidak ditipu dan menanggung beban segala perniagaan yang belebelkan NASIONAL atau NEGARA.

FMZam 8 April 2012 at 16:10  

Kalau bohong dan tipu itu second nature UMNO, lalu apa pula first nature UMNO? Tak mungkin rasuah kerana rasuah berkembang biak di zaman Mahathir, jadi rasuah adalah nature UMNO yang ke satu setengah dan kronisma yang berlaku selepas rasuah adalah nature UMNO yang ke satu tiga suku. Jadi apa dia nature UMNO yang pertama ni? UMNO itu bohong, menipu, rasuah, kronisme, nepotisme, ego, sombong, bongkak, durjana, dajal, rasis tapi itu semua bukan nature UMNO nombor wahid. Jadi apa dia nature pertama UMNO dalam satu perkataan? Tidak ada satu pun perkatan lain didunia ini yang paling sesuai untuk menggambarkan sifat UMNO yang paling unik, selain dari perkataan UMNO!

Anonymous,  8 April 2012 at 16:51  

Membaca article SAK hari ini seperti melihat graph terus melonjak naik. Tidak ada nada menurun..terus naik..naik..dan naik..300km/h. laju tu..

Old-Man-Sea

Clifford,  8 April 2012 at 17:40  

PM should look after the welfare of all Malaysian . Just because one race is the majority does not mean the others in society is neglected or ignored. The taxation collected MUST benefit all in society as this is what desired. We have worked hard without any support from the govt but from our ability and determination to succeed. How long more do we need to carry on at the expense of growth of this country.

Anonymous,  8 April 2012 at 18:59  

Memang benar kata Dato'

BN sepatutnya berterima kasih kepada pengundi yang member mandat untuk melaksanakan kehendak rakyat dari segi pendidikan, kesihatan, pekerjaan, economy dsbgnya.

Memang tiada uniknya govt of the day menyediakan program2 pembangungan dan memantau utk rakyat. Dah dapat peluang utk jadi Kerajaan buatlah semua tu. Bukan nak isi temolok sendiri. Yang ini unik, BN je buat. PKR tak buat.

Anonymous,  8 April 2012 at 20:36  

The repetition of saiful and the
sexual innuendos, in the known media and sending out their cyber-troopers :
- to infuriate others
- could also mean to propagate a certain kind of lifestyle
- shame our race at one time known by fellow Malaysians as a race with such fine mannerism, but now ?

Or is it saiful type has also outrageously been paid to corrupt, redirect the mind of our youths and all to gain more ground into the mainstream media, cybermedia? And then to also stir up their rights, for political parties to fight for and over, again divide the rakyat and the political parties for UMNO to rule ?

ABU to salvage sanctity, to practice integrity, honor, fairness as a way of life.

Anonymous,  8 April 2012 at 23:00  

Minta izin, Dato.

I absolutely agree that Johor's economic numbers accrue to its proximity to Singapore.

Just look at Iskandar. For all the bluster of mempertahankan kedaulatan bangsa, the government is ceding land to Singapore. Iskandar is like a suburb of the city state where foreigners can have a practically passport-free travel to and fro.

So, foreigners are snapping up properties like there is no tomorrow. And these are the Koreans, Chinese, Singaporeans, Taiwanese, Caucasians, etc.

Singapore always wanted more land. Now Iskandar offers them this avenue. Singapore don't need to go to war with Malaysia to capture territory. All they need to do is to let its citizens and PRs buy property in Iskandar.

So, who sold out this country?

Anonymous,  8 April 2012 at 23:08  

Salam Tuan, saya rasa sebenarnya rakyat dari semua golongan dan jabatan termasuk yang beruniform amat berharap sangat berlakunya pertukaran kerajaan di dalam PRU Ke 13, tetapi harapan ini rasanya tidak akan kesampaian dengan adanya manipulasi terhadap undi pos dan pengundi hantu...

Malay Gentile,  9 April 2012 at 09:29  

UMNO doesn't has any more a good, smart and charismatic leaders with a brilliant idea and vision for the Malaysian in the near future. Wondering who among them has the above criteria ..? Except the leader who are busy making tonne of money for their pocket and funeral's saving.

Many have predicted that UMNO will be varnished from this land beginning the year 2012 onward. Wallahualam, Allah is the best knower

Anonymous,  9 April 2012 at 10:14  

Tuan, saya amat menghormati hasil penulisan tuan... sebagai bekas UMNO tuan telah berjaya mendedahkan kepincangan dan kelemahan Najib begitu tepat sekali.. khususnya apabila tuan bayangkan "tanpa skrip jawapan beliau akan jadi kejong....a dump bell and stupid". Honestly bagi saya beliau hanya boleh bercakap berbuih2 mulut di depan mat2 rempit dan samseng2 UMNo...Inilah manusia yang tak perlu kita dihormati.

Anonymous,  9 April 2012 at 12:04  

Mamak bercakap dan membukti bahawa dia telah menhasilkan Billionair melayu dan bukan melayu ( cronies dia) seperti Mothar…, Tum Diam, Vin..t Tan, dan mentari yang kaya selama 22 tahun.

Di sebaliknya, dia juga memiskinkan rakyat melayu dan bukan melayu dengan memberi lesen untuk merompak rakyat dengan gula/beras/toll/TNb/minyak/Astro/kereta/internet dengan harga yang tinggi.

Kita perlu tukar kerajaan dan hapuskan perompak/pengbunuh yang berlesen dan hantar mereke ke penjara dengan kes submarian/NFC/Atantuya/Sabrini/Kugan/Beng Hock itu untuk meringankan beban rakyat dan mengetahui pembunuh yang sebenar.

We want justice for all the murder case.

Anonymous,  9 April 2012 at 14:06  

Pengomen-pengomen semua jangan bimbang sekiranya Anwar benar, mungkin dia akan berjaya dan menjadi perdana menteri malaysia. Tak payahlah marah BN konon politik sex dan porno. Di pengadilan dunia kita masih boleh selamat, sebab teka- teki tentang evidence dna dan sebagainya. Jadi tunggu dan lihat sajalah, Allah Maha Mengetahui, result PRU Ke 13 nanti.

Anonymous,  9 April 2012 at 16:55  

Dato',

Najib ini, bila dia cakap macam RAKYAT di perbodohkan :

1. "Betul tidak!!!...betul tidak!!!" apa lagi sebahagian rakyat kata "...betul!!!" Dia tak sedar yang kebanyakan orang ramai datang tu suka suka aje. "Kita berada di landasan yang sebenar..."

2. Masa TPM ceramah, dia umumkan sekolah Malaysia lebih baik dari USA, UK dan Jerman. Pelajar-pelajar tepuk tangan. Bila dia kata "...inilah hasil usaha kerajaan BN..." tak ada tepuk tangan. Kemudian macam sipu-sipu tunduk Muhyiddin cakap "..aiikk tak ada orang tepuk tangan ..." ha..ha...ha, inilah pemimpin BN suka puji dan syok sendiri. Betul ...ini saya lihat dalam TV.


3. Najib ambil alih portfolio kementerian wanita dan masyarakat. Ha..ha..hati-hati.. Ros' Man' akan cengkam nanti. Ini lagi jahannam. Nak kuasa gila-gila. Isteri PM dulu-dulu mana ada buat kerja macam mak bapak dia punya.

Kita harap ada penyokong UMNO, bawa satu kertas kosong dan satu pensil. Duduk...fikir... Buat tajuk "Apa yang UMNO telah lakukan untuk menyedapkan hati rakyat?"

Anonymous,  9 April 2012 at 17:46  

Altantuya's father said this :

“The last time I wanted to meet him but he ran away.

“The people of Malaysia support me and I want to go further to ensure this case is sped up,”

Today, the bereaved father said he would not mind an opportunity to meet with Najib (picture), but not in the latter’s capacity as prime minister.

“As a father, he can understand my grief of losing a child better,”

“I want to say to him — I am not meeting you as the PM. I am meeting you as a father, as a man. Father to father, you can understand what I feel,”

He claimed that the Mongolian government had written many diplomatic notes to Malaysia, requesting for investigations to be reopened to determine the true mastermind behind Altantuya’s murder.

“I am very surprised that the Malaysian government, in this past six years, has not responded to the notes.

“It cannot be that they have not received it,” Setev said.

Altantuya’s one-time lover Abdul Razak Baginda, who was said to be a close associate of Najib, was acquitted of a charge of abetting two Special Action Squad members — Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar — to commit the murder in 2006.

What say Najib?

walla 9 April 2012 at 18:43  

Mahathir, Daim and others have already established that Umno has no winnable candidates.

That is as good as saying the Umno leadership at all levels in the present cabinet, party and states are riff-raff.

Umno today is only made of one man. Najib is now Umno's one-man party; he's running around as PM, MoF and acting women's minister.

That only he is running around is because the others are running scared that they will be cut down to midget size by the rakyat who all have sharp axes to grind with them each time their Umno misdeeds come out one by one. The skin on their lips will also have to be extra-thick to say even one word to cover up their double standards and lack of conscience.

The absence of the others in the limelight also reinforces the above first point.

Now with such a situation unfolding before us, our voting rakyat are asking:

Who will be running the country if Umno wins in GE13?

It cannot be Najib all by himself again as the lone sheriff of nottingham. After all, our Umno logo cannot be changed from (http://is.gd/m13ImF) to (http://is.gd/F7JXmC).

And the post-GE13 Umno honchos also cannot be any of his people.

And it cannot be any others because if they are around, they would have been introduced by now with GE13 coming up soon. Right?

The rakyat have concluded that Muhyiddin is finished as MoE; Hishammudin is finished as MoHA; Nazri is finished as MoL; Zahid is finished as Mindef; Anifah is finished as MoFA; Mustapha is finished as Miti; even Shahrizat is finished as Umno wanita chief.

Musa Aman, Taib Mahmud, Apdal, Noh, Nong Chik, Mohamad Hasan, Ali Rustam, Abdul Ghani, Khairy, Mahathir, Mukhriz, Mokhzani? Abdullah Ahmad? Pak Chicago? Shaik Hussein Mydin? Gani Patail?

What can any of them do that will be different from what they have been doing to the rakyat, our institutional integrity and this country's future?

They cannot do anything different not just because they haven't changed or repented but also because they are, as one amongst them had himself admitted, rotten to the core.

So, after GE13, who from Umno will do what?

With that question mark sharply in focus in your firmament, let's look at just two of the pro-Umno stances.

One from johor said he was not a racist but he then in the same sentence added that in supporting Umno, he was merely defending agama dan bangsa because he was worried for the future of his cucu.

It is natural to worry for the future of one's young but it is unnatural to ascribe a particular faith to a specific race under the spell of a corrupt political party until one is forced to accept that taking from cucu's of others for one's own is sufficient cause to continue voting for the party.

It is also telling to contradict oneself in the same sentence which says as much the entrenched Umno mindset that a bit more sakmongkolization will cure.

Another waxed about the development that Umno has brought which others want to emulate. Let's just pull two from the air.

The 1M clinics are but an extension of the treatments accorded to rakyat at the general hospitals. Instead of going to the hospital, citizens can go to the nearest 1M clinic but for a more limited batch of generics.

In what way is that a big deal? It is something that should have been done to make healthcare more accessible to the poor long ago.

walla 9 April 2012 at 18:43  

2/2

And the Iskandar corridor project is just another glorified free-trade zone made up mostly of SMEs and five or so large companies. The focus remains housing, not industrial or high-income economic activities. That's why its focus is now shifted to brochure ware of the Dagang Bay housing.

Together with the ETP, what's happening is that the Umno government has been dishing out a humongous amount of rakyat money to crony construction companies. When was the last time you saw an open tender advertised, and results properly declared? Today announced, tomorrow artist impressions courtesy of the same bunch of big boys.

You know something stinks when the ESL toll rate has to be referred to Umno's cabinet AFTER the roads are up. If it has been an arms-length project, the revenue rate would have been settled BEFORE construction had commenced, as mandated by any loaning bank in any country in the world. What for this, too for others.

Now let's ask where did the Umno government get the rakyat money from for all these construction projects, handouts and bailouts, including two for MAS within six months, as the rakyat will soon realize.

Could it be from the RM400 billion life savings in the EPF of the 12 million voting rakyat, you ask, timidly?

Note carefully that 60% of the EPF has been loaned to the Umno government and its agencies.

This fact must be seen against two other facts in sequence, first that the Umno government is already red by over half a trillion ringgit in debt and second that in Najib's last annual budget, development expenditure was under-provided. It was mostly opex.

So here comes the question: has the Umno government already spent that sixty percent of your EPF life-savings on opex? Despite Petronas revenues and your income tax paid?

You will ask how is the Umno government going to pay back the EPF? From future oil revenues and taxpayers' money again? Isn't this taking from the declining future for the cucu's to spend heedlessly today by ponzification?

Someone will mutter that the Umno government can always pawn off some of the state lands. From where, you ask? Pahang's Felda scheme? And that is exactly what will be happening.

So you ask again. Who will buy the shares? Since it is state land, the preferred pink form buyers will be GLCs. And whose monies from those GLCs will be used? The rakyats' again!

The way to look at our economic and financial situation is simple. You have a water container with a second hole at the bottom. The rakyat work hard, pay their taxes and see things from this earth mined and sold. All the monies go into the top of the container. But it leaks out at the bottom. What is being done is that what leaks out is collected, some siphoned off right before your eyes, and the remaining poured back in at the top.

But soon this recycling will lose its value and momentum because the rate of corruption exceeds the rate of recycling and because funds for development are just used for new opex for the extra new organizations set up for projects like the 1M and ETP. Furthermore, the devex is pushed to crony companies who will set their own prices and rates for everything.

So how to save the cucu's?

Anonymous,  9 April 2012 at 18:55  

Salam,

Kita malu dengan perangai samseng-samseng UMNO ni. Kata pejuang Melayu,bersopan santun, agam Islam, tapi ....

Liaht youtube : http://www.youtube.com/watch?v=G3iMKS4GQFY&feature=related

Donplaypuks® 9 April 2012 at 19:24  

"SakmongkolAK47 at muaythai@russian.challengeeveryassumption.com
It’s a 180-degree political u-turn of course. But the truth must prevail. Better DAP than the party and PM to which serially lying has become second nature (keperangaian kedua), i.e. Rosemajib and BUMNO. I am not related to Steadtaku47 or AK - Ananada Krishnan."

Bro, you might want to check out my latest on MsEducation Degrees at :

http://donplaypuks.blogspot.com/2012/04/free-3rd-degree-for-all-at-bloggers-r.html

Lol!

Dpp
we are all of 1 Race, the Human Race

Anonymous,  9 April 2012 at 21:44  

I refer to comment by anon1014. There was a news item on FMT about how after the Asean meeting in Cambodia the foreign media wanted to talk to him but he would only talk to BN friendly media. He would not have been able to answer off the cuff, the hard hitting questions thrown by proper journalists. His speeches are written by someone else he just reads them.That's why he cannot debate. I still remember the time I lost my respect for him-when he ridiculed anwar in front of umno delegates after Bersih 2.He was frothing at the mouth and thought he was being funny but he sounded pathetic. The PM of our country belittling someone who was injured and accusing him of faking.Come on man ada class lah sikit be a gentleman. If you had shown some sympathy maybe people would not have started hating you so much

Anonymous,  9 April 2012 at 22:03  

dato, just to let you know the 'sri mersing' song is nice! and reflects the 'malay soul'

cheers...non-malay

Shirzad Lifeboat,  10 April 2012 at 21:22  

Everything you have said in this piece (like the rest of your materials in your blog) is true, nothing but the truth. I could not help but to laugh throughout. The best is of course "the sultan and his malilkul sembab". Tak ada rangkaikata lebih sesuai.

Anonymous,  11 April 2012 at 01:05  

Cuma satu fakta saja yang saya nak betulkan. Mahathir itu malayali Kerala, bukan Hindi Kerala.Dia keturunan Southern Indian, bukan Northern Indian

Jason Chan,  11 April 2012 at 20:37  

untuk menaikkan taraf satu usahawan Melayu, beberapa ramai orang Melayu menderita? bagaimana orang Melayu di Kelantan, bukankah mereka orang Melayu? Seperti saya beritahu kawan saya Melayu Singapura: Betul Umno membela orang Melayu ... untuk disembelih!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP