Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 19 April 2012

Parti yang busuk sampai ke usus dan pemimpin yang korap dari yang tertinggi sampai ke bawah

Kadang2 saya rasa jurublog yang menyokong UMNO ini terdiri dari orang tongong. Mungkin itu sebab nya, Dr Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO orang bingung dan half past six. Adakah munasabah jika saya hendak menentang UMNO dan BN, saya tidak di beri  bercakap mengenai Dato Najib dan Dr Mahathir atau mana mana pimpinan UMNO? Bukankah mereka ini semua manusia- kalau kentot pun, busuk juga?
Ini macam mengajak saya bergocoh tapi nak ikat tangan saya di belakang. Bolehlah kamu belasah orang yang tangan diikat di belakang. Geng dan gerombolan UMNO ini apa yang tidak mereka kata kepada Nik Aziz, Haji Hadi, Guan Eng, Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Saya rasa istilah dalam kamus perkataan jijik dan kotor pun sudah tidak ada. Kita kena buat kamus special untuk pendukong UMNO.
Kalau nak ikut membontot orang- Dato Najib lah yang berada di depan sekali- bukankah dia jadi naib ketua UMNO Malaysia dahulu dengan membontot di belakang Anwar?
Kita ini semua nak berlawan berhujjah. Menyampaikan buah fikiran dan pandangan kepada pembaca dan pengundi. Biarlah mereka yang melakukan pengadilan. Pendukong UMNO dan penyokong UMNO tulislah sepuas hati dalam blog mereka sendiri. Tentu mereka ada pembaca setia dan audiens. Tidak perlu bersusah payah membaca Sakmongkol. Mereka mengunjung juga ke blog Sakmongkol sebab mereka tahu, kalau pandangan mereka saya siarkan, mereka mendapat respectability. Dalam blog geng2 mereka, siapa nak membaca nya? Penuh dengan caci nista, maki wa hamun dan pandangan2 yang dangkal. Kalau apa yang kita kemukakan kepada pembaca dan pengundi tidak betul, mereka akan menolak kita.
Kalau kita faham rukun berbeza pendapat, semua orang akan puas hati. Bila UMNO kalah dalam PRU nanti mereka akan puas hati dan di kalangan Pakatan Rakyat yang menang, kita akan puas hati jugak.
Yang orang UMNO takut sangat desakan kita mahukan daftar pengundi disemak dan di bersihkan kenapa? Bukan kah kita mengkhianati negara jika kita beri mykad segera kepada Mat Myanmar, Mat Nepal, Mat Bangla, Indon dan lain2 PATI?
Sebab itu saya kata, apa perlunya kita membesarkan anggota RELA? nak jaga keselamatan siapa? Semua PATI kita terima dengan tangan terbuka. Kita sambut dengan nyanyian dan tabur bunga rampai. Kita kata lagi- selamat datang, ahlan wa sahlan. Sebab bila Sabah dan Sarawak tidak lagi jadi simpanan tetap, gerombolan UMNO menjadikan FELDA dan PATI sebagai simpanan tetap. UMNO hanya menang dengan cara menipu.
PM kata nak jadikan Malaysia demokrasi terbaik. Maka jangan sekat semua parti politik di beri masa udara untuk menyampaikan pandangan. BN ada semua alat sibaran am- TV dan radio dan entah apa lagi- mana mungkin tidak terdaya berlawan hujjah dengan pihak pembangkang?
Kita guna dakwat kekal untuk mengelak penipuan. Kalau tak, ada orang boleh undi 4-5 kali. Dan kita mantapkan kaedah undi pos. ini tuntutan yang valid dan sahih. Yang UMNO berlagak macam parti yang reaksioner tidak mahu mengujudkan rukun demokrasi yang baik, kenapa?
Jadi Dato Najib jangan ek lah nak bercakap mengenai demokrasi terbaik dalam dunia dan bongkak pula menyatakan pemansuhan ISA sebagai pengorbanan kepada rakyat. Bukankah kita ada institusi perundangan dan penghakiman dan kepolisian? Atau mungkinkah PM dari UMNO ni pun turut sangsi tentang integrity institusi yang di ujudkan oleh kerajaan nya?
Saya hendak semua orang faham- bahawa semua jawatan dan kedudukan politik bersifat TOL. PM duduk di Putrajaya atas aturan TOL. Lesen Pendudukan Sementara bukan hak milik kekal.  Semua nya bergantung keatas sokongan rakyat dan rakyat berhak menilai semual setiap 5 tahun.
Pihak keselamatan mesti menjaga keselamatan rakyat bukan keselamatan UMNO. Jika identity penyerang penuntut di kenali tangkap mereka dan dedahkan siapa mereka. Baru kita tahu siapa yang mendalangi serangan tersebut. Dimana kah pihak polis ketika samseng2 mengasari pelajar yang bermukim di dataran merdeka? Pelajar bermukim untuk menuntut pemansuhan PTPTN bukan nak buat bonfire. Ini kerja matlaon UMNO dan agent provocateurs lain.
Apalah sangat pemansuhan PTPN di bandingkan dengan kemaafan yang di berikan kepada Tajudin Ramli? Apalah sangat jumlah pembiayaan PTPTN di bandingkan dengan sabsidi yang di beri kepada syarikat pengendalian TOL, IPP dan sebagai nya? Jika kita menyuruh pelajar2 memulangkan balik pinjaman PTPTN- maka kita mesti juga menyuruh Mirzan Mahathir memulangkan kembali 1.8 billion duit Petronas yang di pakai nya untuk menyelamatkan syarikat perkapalan nya suatu ketika dahulu. Petronas bukan nya lender of last resort dan harta peribadi keluarga Dr Mahathir.
Saya hendak ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai pelajar2 yang di kasari dan di pukul, ingat baik baik kezaliman ini. terjemahkan kemarahan anda semua dengan mengundi UMNO dan BN KELUAR dari tampuk kuasa. Mengundi mereka bererti memberi lesen kepada mereka untuk membuli anak anak kita. Budak2 yang kena pukul ini tidak ada ibu bapa kah untuk di perlakukan sedemikian rupa?
Artikel saya sebelum ini menulis mengenai tebiat Dr Mahathir. dialah orang yang paling takut jika UMNO dan BN kalah. Bila UMNO jalah kita akan bongkar segala onar dan mungkar yang di lakukan oleh UMNO dan BN sejak 1981.  TOL jalan raya, pelabuhan, IPP- semua wajib di bongkar supaya rakyat tahu.
Dan insitincts saya mengidentifikasikan Dr Mahathir ternyata tepat. Sekarang ini dia sibuk berkempen on line menggesa pengundi memilih UMNO dan BN. untuk apa Dr? untuk memberi lesen kepada UMNO terus merompak dan melanun rakyat Malaysia dan memperkudakan orang Melayu? Kita heran kenapa Dr Mahathir mahu mempertahankan parti yang rotten to the core dan parti yang mengetuai kerajaan yang korap dari yang paling tinggi hingga ke pemimpin peringkat cawangan? Kenapa kita mahu beri mandate kepada UMNO dan BN?
Jika tidak kerana manipulasi persempadanan kawasan parlimen, UMNO dan BN telah lama berkubur. Sekarang dalam saat hendak lemas dan nazak, UMNO menggunakan segala kumpulan reaksioner untuk membuli rakyat. Maka benarlah seperti yang di nyatakan oleh Pendita Zaaba-
Rakyat Malaysia dan bangsa Melayu…mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri…

24 comments:

idrisfaizal 19 April 2012 at 21:17  

Salam Dato,dari mempersoalkan kemenangan 5 buah negeri semasa PRU 2008,apalah salahnya jika kerajaan laksanakan semua tuntutan yang sah dan ada asas perkara2 yang dituntut.Transformlah seluruhnya bukan setengah-setengah perkara sahaja.Apakah yang mereka takut sedangkan kerajaan bertegas bahawa mereka adalah jujur dan sentiasa jujur dalam apa-apa keadaan pun.Tunjukkan kepada rakyat bahawa sokongan terhadap kerajaan makin meningkat dan Najib makin popular.Logiknya,kalau kali ini selepas semua langkah-langkah pembersihan pilihanraya dan BN menang maka pembangkang akan tiada modal lagi.Betul tak Dato?

George Choo 19 April 2012 at 21:28  

Dear Sak,

Pihak keselamatan Mesti Menjaga Keselamatan Rakyat dari keselamatan UMNO.

Pagi tadi, saya telah berjumpa dengan seorang kawan yang telah bersara dengan pangkat LT.Col.dalam angkatan tentera.

Perkara yang pertama saya tanya dia ialah Di Pihak Mana Angkatan Tentera Malaysia Berdiri Jika Berlaku Kekecohan Selepas Pilihanraya ?

Jawapannya ialah Pihak Atasan ATM akan menyokong Umno dan BN tetapi Pegawai Bawahan ATM ADALAH BERSAMA RAKYAT MALAYSIA.

Saya berharap jika berlakunya kekecohan selepas pilihanraya, pegawai bawahan ATM akan menentang
arahan untuk menyerang rakyat biasa yang seperti berlaku sekarang di Syria dan seterusnya melindungi RAKYAT MALAYSIA.

Anonymous,  19 April 2012 at 21:34  

Jika benar apa Pak Sak kata..

Bangsat betul ke madey ne..
mencekek harta rakyat..

tak guna cita pasal dosa/pahala..
jenis tamak ne akan mendapat pembalasan setimpal apabila tiba masa Allah kehendaki,,AMIN.

Melayu Baru,  19 April 2012 at 22:26  

Assalamualaikum Dato' Sak,

Kalau saya amati dalam sekian lama saya melawat dan sekali sekala mengomen, juak juak penyokong UMNO yang masuk nak 'berdebat' ada beberapa pe'el.

First, kaki maki hamun. Melayu lupa diri. Melayu ejen Cina. Melayu kecewa tak dapat jadi calon. Pulangkan balik gelaran Dato - dan yang sewaktu dengannya. Macam melukut ditepi gantang.

Kedua, kaki anti Anwar. Anu-war, Al Juburi, LBGT - dan kata kata nista yang seangkatan dengannya. Kaki kaki ni ingat semua yang membangkang penyokong tegar Anwar? Abang oi - soal yang Dato Sak bangkitkan dalam sepuluh, nak cari satu yang puja puji Anwar saya belum jumpa lagi. Masa bila pulak dia jadi tajuk? Sah, malas membaca, tulis ikut skrip yang tok selampit dia bagi.

Ketiga, pseudo intellectual. Bercakap macam pandai berhujjah - tapi bila dikupas kupas balik, rupanya macam kelapa komeng. Komen syok sendiri, masuk bakul angkat diri, perasan macam superstar - ha, sebijik macam ketua pemuda kat sini...

Soal yang Dato' ketengahkan jarang jarang berjawab. Agaknya jenis puak puak UMNO redha dengan korupsi yang bukan sedikit. Sebab dapat serdak serdak pun boleh bergaya dengan kereta mewah.

Atau agaknya memang kalau dah makan hasil haram, dah tak kenal hukum. Asal periuk nasi dia tak kena kacau, tok tok ketua nak sesah duit negara berbillion, sesahlah... Dapat BR1M, KR1M, MR1M dan berbagai bagai 'rahmat' mesti tunduk, sujud, tawaddhu dan patuh pada UMNO.

Abang oi - yang dapat kat situ, berapa jer. Yang IPP dok sesah kiri kanan atas bawah dekat 20 B (milik toke, kroni dan seangkatan dengannya) tak pandai kira ker? Itu baru satu. Yang Tajuddin Ramli dok sesah RM 590 M sorang, yang 250 M NFC...eish dah penat cakap - geng geng ni memang tak boleh paham...

Atau jenis penyokong UMNO totok tak kisah pasal rasuah. Eh - orang melayu apa. Yang kaya esok orang melayu jugak...

Atau jenis puak puak ni semuanya bacul tak ada keturunan. Hasil mahsul negara Malaysia yang kaya raya sampai pada beberapa kerat. Beban hutang tercampak ke batu jemala anak cucu - Apa Aku Kisah?

Saya dok perati, tanya dalam hati - apasal diorang ni tak kisah UMNO nak melungkupkan negara, ek? Bebal? Buta hati?

Entahlah.

Yang saya tahu, kalau dibiarkan lagi puak puak macam ni (usahlah nak harap berdebat, Dato', memang tak pandai) Kalau naik motor greng! greng! Buat bising majlis orang, hantar samseng suku masak - takat tu je mentaliti diorang.

Yelah - dah dari dulu asal pandai sikit kena cantas... Macamla ladang - kalau pokok yang bagus sikit kena culas, esok tuailah buah yang kecik gred D yang orang jual pun tak laku.

Itu hasil tarbiah budaya UMNO.

Bukan kata saya, kata Dr. M.

Apa lagi nak dikata? Bekas tok presiden pun dah mengaku...

Melayu Baru

Anonymous,  19 April 2012 at 22:28  

Dato,

Izinkan saya panjangkan sedikit ulasan mengenai usaha memberi mykad kepada pendatang asing untuk mengundi dalam PRU 13 agar kita orang melayu terutama penyokong tegar UMNO ni boleh berfikir dgn akal, bukan dengan kepala lutut seperti sekarang.

2. Dalam keadaan terdesak ini,pendatang asing dari Indon, Bangladesh,kemboja dan yang berugama Islam dah tentu akan jadi melayu dan bumiputra.

Alang bertuahnya pendatang asing ini menjadi melayu dan tuah yang tidak ternilai yang mereka dapat ialah "HAK PERKARA 53 PERLEMBAGAAN MALAYSIA MENGENAI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU"

Mau tak bertuah, kita orang melayu kena berkongsi dan bersaing dengan pendatang-pendatang ini hak-hak kita yang semakin hari semakin ciput. Anak cucu kita nanti berebut-rebut denhan anak cucu mereka tempat di UITM, biasiswa, tempat di universiti awam,peluang perniagaan dan apa saja hak-hak kita.

Yang paling besh, depa bukan sahaja boleh beli rumah dengan potongan 10% untuk bumiputra. Mereka juga boleh beli TANAH-TANAH RIZAB MELAYU! Puak-puak UMNO totok boleh la jual tanah-tanah hangpa kat mereka..

Tak mustahil jika mereka ini akan mendapat layanan istimewa oleh UBN lebih dari kita orang melayu asli negara ini kerana undi mereka begitu penting menjelang PRU 14 nanti. Dato Sak dain orang Pekan tentunya tahu bagaimana istimewanya mereka ini dilayan disana.

3. Aku memang tak rela dan tak mahu berkongsi hak-hak aku sebagai orang melayu dengan pendatang asing yang diberi kerakyatan segera ini. Buta ke puak-puak UMNO totok ni bagaimana geng mamak penang hijack hak orang melayu asli macam aku ni di penang. Bukan sedikit orang melayu asli kat penang tu, tapi semua kena diperbodohkan oleh mamak-mamak.

Dah 30 tahun persatuan indian muslim (KIMA) dok minta diiktiraf sebagai melayu. Siang malam dok mengampu UMNO Baru mintak diktiraf melayu. Separuh perjuangan mereka dah berjaya dimana KIMA diterima sebagai "Associate" UMNO BARU dan Presiden mereka dilantik menjadi Senator atas lantikan kerajaan.

Sampai matipun aku tak terima geng KIMA ni diktiraf MELAYU walaupun geng-geng tonggong UMNO Baru ni anggap mereka adik beradik!

mat pendang

Anonymous,  19 April 2012 at 23:05  

Dato,

Izinkan saya menambah sedikit lagi pasal KIMA nak minta jadi melayu khusus untuk difikirkan oleh puak-puak totok UMNO Baru ni.

2. hangpa tau ke mengapa KIMA ni nak sangat diiktiraf sebagai melayu macam kita?

Pertama, depa nak hak-hak keistimewaan orang melayu yang terkandung dalam perkara 153 Perlembagaan malaysia. Semua yang orang melayu berhak depa nak juga. Beli rumah, depa nak diskaun 10%. peluang pelajaran dan biasiswa kouta melayu, depa nak tumpang sama. Apa saja yang menjadi kuota melayu, mereka nak sama. Kalau bersaing dengan depa la, agak-agak depa ke kita yang dapat dulu? Tobat lahom...hangpa dok belakang depa!

Kedua, yang paling penting...PALING PENTING!!!!!!...DEPA BOLEH BELI TANAH-TANAH RIZAB MELAYU! Sekarang ini, kita masih banyak lagi tanah-tanah ini. Tak mustahil satu masa nanti,kemudian hari, tanah-tanah ini menjadi milek mereka setelah anak cucu kita menjualnya. Hanya tanah-tanah rizab melayu di Kelantan mungkin selamat sikit kerana ianya boleh dibeli oleh orang melayu Kelantan.

2. hangpa pikir lah sendiri dengan akal hangpa, bukan dengan kepala lutut. Jika KIMA ni diiktiraf melayu, hangpa kena berkongsi dengan dua puak baru, kesemua hak-hak hangpa sebagai orang melayu iaitu dengan PENDATANG ASING YANG DIBERI KERAKYATAN SEGERA OLEH PEMIMPIN HANGPA KERANA NAK MENANG PRU 13 DAN PUAK-PUAK KIMA NIH!

satu lagi, hangpa tahu ke sapa yang terima KIMA jadi " AHLI BERSEKUTU UMNO BARU"? Bukan paklah tetapi NAJIB!

Time sapa yang pendatang asing diberi kerakyatan segera? TDM dan NAJIB!!!

soklan terakhir, agak-agak siapa yang kena jual/kencing kerana ada orang nak menang PRU 13 dan tak boleh kalah PRU 13?....sorry ini bukan soklan objektif, kena jawab sendiri!

mat pendang

bat8 19 April 2012 at 23:26  

Mat pendang,

saya setuju dengan saudara. Contoh mengenai diskaun beli rumah cukuplah. Melayu KIMA beli bungalow atau semi-D yang harga berjuta dengan diskaun bumiputra 10%, kita beli rumah teres setingkat atau rumah flat juga dengan diskaun yang sama. Mengapa? tak ramai orang melayu yang mampu beli bungalow atau semi-D yang berharga berjuta-juta.
Inilah antara sebab mengapa KIMA mahu sangat diiktiraf sebagai melayu.

bat8

Anonymous,  19 April 2012 at 23:31  

Salam Dato serta pembaca,

Saya percaya mana2 warga negara Malaysia yang rasional fikirannya dan celik mata hatinya, mereka tidak mungkin akan terima lagi pemimpin UMNO BN ini sekiranya mereka prihatin terhadap perkembangan politik Malaysia baik dulu dan sekarang.

Terang lagi bersuluh, manusia asal usul India mengaku Melayu yang mengjahnamkan UMNO asal, tanpa paksaan telah mengaku betapa parti UMNO BN sekarang ni kian teruk, busuk, bernanah dan berbisul disetiap sudut. Jadi benarlah kata india mengaku Melayu tu..parti yang membusuk dan berulat kini menjadi sarang dan tumpuan lalat dan dan segala jenis haiwan busuk. Manusia yang cerdik, berakal rasional, profesional dan beretika tak mungkin akan mendiami tempat2 sebegitu melainkan manusia2 hina selekeh, berfikiran lucah, perasuah, perogol, pembunuh dan segala macam samseng saja yang sukakan tempat begitu. Inilah satu sebabnya kenapa parti UMNO BN ni kian tenat dan dibenci majoriti warga Malaysia.

Satu perkara lagi..samada Dato terima atau tidak, pada saya Mamak Kutty ini sudah boleh dikarogerikan sebagai "biul" atau paling tidak "separa nyanyuk". Hukum Allah barangkali sudah mula mengambil tempat. Satu sisi Mamak Kutty secara terbuka mengakui UMNO BN ni parti yang sudah rosak punah, tapi di satu sisi lain dia masih terus mendokong parti yang beliau katakan rosak malah kini menyeru rakyat menyokong dan mengundi UMNO BN.

Sebagai warga yang berakal dn berfikiran waras,kita sedia maklum kenapa Mamak Kutty ini masih mempertahankan parti busuk dan bernanah ini. Tidak ada sebab lain melainkan india yang tak mengaku keturunan ini semakin dihimpit mimpi ngeri kerana dosa2 silamnya kepada majoriti rakyat Malaysia serta manusia2 yang secara terang telah dianiayainya seperti Tun Salleh Abas, Anwar Ibrahim dan ramai lagi.

Jati sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara...perlu ingat bahawa dalam situasi terdesak, pemimpin2 UMNO BN akan lakukan apa saja "by hook or by crook" untuk mempertahankan kuasa mereka agar honar dan penyeleweangan sepanjang temph kekuasaan mereka tidak dibongkar dibawah kerajaan baru nanti. Dan sekarang..kita semakin kerap dapat melihat tindakan2 tidak bermoral ala samseng golongan ini demi mempertahankan kuasa mereka. Dan jangan terkejut kerana dijangkakan perbuatan ala samseng dan gangster ini akan lebih kronik menjelang hari undi nanti. Bersedialah kita semua.

Bagi anda khususnya warga Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan, jika kita mahu melihat keadilan ditegakkan, jika kita mahu melihat sejauh mana perasuah, pembelit dan penipunya pimpinan UMNO BN selama ini, izinkan PR memegang tampuk kuasa setidak2nya untuk tempoh selama 5 tahun agar perundangan, sistem kehakiman dan segala jabatan penting seperti polis dan SPRM dapat berfungsi dengan adil sepenuhnya bagi membungkar segala kemungkaran yang terpendam selama ini.

Dengan rasa rendah hati saya merayu rakan2 warga Malaysia semua bangsa yang cintakan Malaysia..berikan laluan ini untuk PR buktikan. Tumbangkan UMNO BN setidaknya untuk membuka jalan agar pimpinan mereka bermuhasabah diri.

Anonymous,  19 April 2012 at 23:47  

Wahai Sak,

Kenapa serangan samseng selalu dibabitkan dengan UMNO BN termasuk serangan terbaru terhadap mahasiswa di dataran merdeka ?

Jangan hanya pandai firnah. Tengok betul2 bukti ini..siapa punya kerja !
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13725

Anonymous,  20 April 2012 at 00:00  

Salam ukhwah,

Lihat dengan mata hati dan fikir dengan akal waras...kerja2 siapakah "serangan samseng" di Dataran Merdeka.

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13724

Para menteri UMNO BN termasuk yang memegang teraju KDN awal2 menafikan penglibatan UMNO BN. Nampak tak betapa munafik dan pendustanya para pemimpin UMNO BN ini !. Para penyokong dan pengampu UMNO BN tak payahlah meracau marah tak menentu kerana dikatakan pemimpin2 korang munafik dan pembohong besar. Sampai bila nak hidup dan menongkat langit sebagai pengampu dan pencacai parti karat busuk dan hina ini ?.

Aku Peduli Apa @ APA 20 April 2012 at 00:51  

Assalam Dato.
Walaupun saya ni blogger pro Umno byk artikel Dato yang saya paste kat blog saya hingga kini.

Terbaru saya lakukan minggu sudah utk kasi cuci sikit kepala otak diaorang.Saya setuju konsep Dato klu nak saya bertempur mana boleh ikat tangan saya.

umar,  20 April 2012 at 02:59  

----------------------------------
mamak KIMMA MELAYU
------------------------------------
makan -nasi kandar nasi lemak
makan -nasi beriani ketupat
makan -kari kambing lembu
minum -teh tarik syirup
cakap - tamil melayu


So mamak is not equal to Melayu.
tapi mamak gang wants to become Bumiputra. Malaysia Boleh.
They have become Malays and have enjoyed Bumi status all along. So the damage is done. It is irreversible.

Anonymous,  20 April 2012 at 08:18  

Dato',
Semalam meupakan hari yg malang bagi warga Felda...majoriti perwakilan dlm EGM KPF telah memberi persetujuan agar asset FHB dipindah kpd FGVHB dan FGVHB boleh diapungkan dlm bursa saham. Malang macamana?
(1) KPF menjadi pihak minoriti pegangan share dalam FGVHB (cuma 37% vs 51% dalam FHB)
(2) Ahli KPF tidak ada lagi jaminan mendapat pulangan pelaburan (dividen & bonus) yg selama ini > 15% setahun
(3) Felda tidak ada lagi berkeupayaan meneruskan tanggungjawab membangun tanah rancangan disebabkan tiada lagi sumber tetap drp ladang sawitnya seluas 360,000 hektar (sumber pendapatan RM2 billion setahun)... ladang ini telah dipajak kpd FGVHB.
(4) Semasa diapungkan, nilai saham diramal akan mencapai 3 kali ganda namun berdasarkan pengalaman yg lepas (seperti apa yg berlaku kpd MSM) nilai saham cuma meningkat pada pkt permulaan kemudian turun semula ke paras asal...
(5) KPF tidak dapat lagi mempertahan 100% prinsip syariah dalam potfolio pelaburannya (FGVHB terdedah kpd aktiviti spekulatif)

Yg untungnya siapa? Isa Samad, Dato' Sobri and the geng. Isa akan menjadi pengerusi FGVHB, Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF dgn pendapatan tidak kurang dari RM150,000 sebulan....manakala Dato' Sobri kira2 RM100,000 sebulan...

bat8 20 April 2012 at 09:29  

Anon 20 April 2012 08:18,

1. Keputusan EGM telah dibuat dan majoriti peneroka bersetuju dengan penyenarain FGV. Tidak ada apa lagi yang dato sak dan penentang penyenarain ini boleh buat lagi. Tugas mereka telah selesai.

Peneroka-peneroka yang tidak bersetuju juga perlu menerima keputusan ini kerana itulah kehendak majoriti. Soal berjaya atau tidak penyenaraian ini, samada Isa Samad betul atau ANAK yang betul, kita sama-sama lihat.

2. Hakikatnya majoriti peneroka bersetuju meletakkan untung nasib mereka bersama-sama isa samad. Muktamad. Mereka mempunyai pilihan dan telahpun membuat pilihan tentang nasib mereka. Siapa kita nak menentang keputusan mereka. kita hanya berharap panas sampai kepetang, jangan hujan ditengahari.

keputusan majoriti peneroka ini menyokong penyenaraian FGV agaknya memberi konfiden kepada najib untuk membubarkan parlimen bila-bila masa sekarang. Najib tentunya yakin peneroka-peneroka felda akan mengundi UMNO Baru/BN.

3. yang perlu pihak pembangkang ingat, jika penyenaraian ini menimbulkan kerugian sebagaimana yang dijangkakan ( harapnya tidaklah), tak payahlah nak bersusah payah cuba menyelesaikannya pulak.

Kita nak cegah sebelum terjadi. Bila dah terjadi, silap haribulan tak mampu nak tolong selesaikan. banyak contoh-contoh taik yang UBN tinggalkan di negeri-negeri pakatan yang mustahil diselesaikan atau memerlukan dikorbankan hak-hak orang lain kerana ini. Apatah lagi, dah la depa tinggal taik, depa halang/persulitkan pula usaha kita nak selesaikan taik-taik mereka ini demi rakyat yang mereka tipu.

banyak lagi masalah-masaalah lain yang belum parah yang dihadapi oleh golongan rakyat yang lain yang perlu diberi perhatian.

bat8

Anonymous,  20 April 2012 at 09:50  

Sdr. Anon, 20 April 2012 08:18 dan Sdr. Sak,

Apa yang diperkatakan oleh Sdr. Anon (20 April 2012 08:18) adalah tepat kecuali (mungkin) kedudukan Isa sebagai Pengerusi KPF...

Saya belum dapat laporan sepenuhnya lagi. Bila dah dapat, bolehlah disahkan samada Isa Pendek adalah Pengerusi KPF atau tak.

Ingin saya sambung sikit. KPF dah hilang FHB. FELDA dah hilang 360,000ha tanah dibawah jagaannya. Tanah ini bukan tanah peneroka. Tanah peneroka masih kekal kat peneroka buat masa ni.

Sebagai ahli KPF, saya akan mengeluarkan simpanan yang sedikit tu daripada KPF. Seperti yang saya perkatakan dulu, perwakilan yang bersetuju telah termakan budi.

Berapa dapat? RM1k? RM10k? RM100k?

Takat tu je lah... Ini serupa dengan kes Sendayan/LBJ dulu. Jual tanah jadi millionaire...

Sekarang ada apa? Tanah dah takde, duit pun dah abis, tinggal rumah je!

Sekarang rumah yang dulunya tersergam indah, dah nampak usang. Dah tak mampu nak catkan balik...

Kepada perwakilan yang menyokong usul, saya berasa amat kesal kerana dengan duit yang sikit pun kamu sanggup jual masa depan...!!!!!!!!!

Najib/UMNO/BN tak perlu undi kita. Maka undilah sesiapa pun asalkan BUKAN BN/UMNO/Najib...

Maaf Sdr. Sak, saya tidak setuju dengan Sdr. sebab saya berhajat sangat nak tengok Najib kalah dalam PRU13 nanti.

Masalah saya satu je... Anwar Ibrahim...! Dia dulu orang UMNO sekarang orang buangan UMNO... Dulu dah merasa kuasa dan dah pun menyalahgunakan kuasa. There is no guarantee that he would not revert to his UMNO-days craze..! I rather try an unknown..! THAT IS MY DELIMMA...!

Sekain.
ZorroRemasked

orang perak,  20 April 2012 at 09:52  

Perlembagaan 153 boleh merosakkan dan membankrapkan negara sekiranya dimanupulasikan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan pusaka malaysia akan diambil oleh mereka.

Negara bankcrap akan berlaku sekiranya pendapatan kurang daripada pengeluaran.(bloated civil servant, corrupt, leakage Vs revenue dari FDI)

Cuba bayangkan dalam masa 20 tahun dan seseorang itu boleh menjadi Jutawan/billionair. Dimanakah wang diperolehi? Dengan persahabatan Dato Sak dan Tun, berharap Dato Sak boleh temuramah Tun Diam untuk mendapatkan jawapan untuk pengetahuan semua.

Banyak cronies menhantar wang ke luar negara dan mengambil warga asing sebagai Pengurus (proxy - seperti pengurus felda) untuk mengelakkan wang yang dimiliki tidak pergi ke orang lain.

Artical 153 dalam perlembagaann perlu diubah dan hanya boleh dimafaatkan kepada orang miskin sahaja yang berpendapatan tidak melebilihi RM 2000 sebulan.

2nd class Bumiputera need to berdikari or your next generation will suffer. (after 2020)

Anonymous,  20 April 2012 at 10:01  

Dear Dato
I am a 70 year old man. Each time I read your article mentioning Mahathir, the UMNO Baru "dajjal" my blood boils. All these years I have never subscribed to any believe that UMNO Baru could ever be trashed at the polls- because UMNO Baru, just like the deceitful Mahathir, does not fail to cheat. The only way UMNO Baru regime could ever be overthrown is the way Marcos or Suharto regime was. But Malaysians has been either siege, beholden or intimidated by UMNO Baru, that they will never have the guts to get rid of this devilish regime.

Anonymous,  20 April 2012 at 10:19  

Dato
Kepada warga FELDA yang telah diperdayakan oleh Isa Samad, biarkan lah.Biarkan semua si Lunchai ini terjun dengan labu2nya. Lebeh ramai lagi orang2 desa yang diperangkap oleh UMNO Baru perlu dibebaskan.

bruno,  20 April 2012 at 10:22  

Dato,one has to wonder what is happening under the ruling regime.First we have the apple polished bald headed son of Nazri bashing a security guard,then a reject from Johore belting a hip hop artist,now Umno thugs bashing students.

Is Malaysia going backwards towards the ways of Medan and Hadyaai in the sixties,where cowboys roam the streets in broad daylight brandishing weapons.

Here we have Hisham,the IGP with his police force out chasing the six PSRM activists,teargasing and baton charging the peaceful Bersih 2.0 protestors.And they even went as far as attacking a maternity hospital.

And such tough brave men Hisham has under his command,that he cannot even control the thugs under the control of his own party Umno.

Ans as usual Hisham is as quite as a tikus.He has not open his mouth about the recent assaults.Maybe he is hiding under the sarong of his aunt,who used to help him get out of his troubles messing around with women.

With Bersih 3.0 coming up in less than 10 days,and the inevitable GE on its way,the worse is yet to come.The regime will most likely sent out the dogs to stirr up troubles so that they will have an excuse to react.

Kamal Sanusi 20 April 2012 at 11:57  

Salam Dato'

Saya berpendapat sekiranya org meLAYU dan Melayu hidup susah, maka sokongan terhadap UMporNO akan semakin kuat kerana bangsa meLAYU dan Melayu ni adalah bangsa yg tak pandai memancing ikan tapi mengharapkan org beri ikan.

Menyedari hakikat ini, maka pemimpin UMporNO akan sentiasa memastikan org meLAYU dan Melayu sentiasa susah dan semakin susah kerana sebagai pemerintah, mereka hanya memerlukan sedikit saja belanja utk menyuap mereka yg mudah lupa. Apa la sgt sehelai kain pelikat/batik atau RM200/=.

Memandangkan perubahan senario semasa menyaksikan ramai bangsa Melayu semakin pandai memancing, maka mereka dan meLAYU yg pemikiran masih spt di atas mula goyah dan terpaksa melakukan apa saja yg perlu bagi memastikan Putrajaya dipertahankan dgn sokongan dari pihak pengkhianat negara bangsa dan agama.

Klu ketiadaan hujah/pandangan bernas, maka cacian, mencarut dan yg sekasta dengannya pasti tercatat di ruang komen. Ini tidak termasuk cerita seks, seks, dan seks dlm blog mereka dipasarkan pulak oleh TV3suku and the geng.

Agaknya klu diadakan demonstrasi mahukan seks percuma mesti cukup ramai geng meLAYU pi join.

Wakakakakaka.........

Anonymous,  22 April 2012 at 02:28  

saya setuju kimma tidak dikategorikan sebagai melayu. setiap insan mestilah redha dengan ketentuan Allah swt menjadikan mereka makhluk di muka bumi ini dengan cara dan pilihanNYA. samada melayu, cina atau india. Assabiyah adalah benda yang tidak digalakkan dalam ISLAM. Saya setuju jikalau diskaun 10% diberikan pada mana2 hamba Allah yang miskin atau kurang berkemampuan untuk membeli rumah bukan pada yang kaya atau dalam kumpulan tertentu (ASSABIYAH). rumah adalah benda asas sebagai seorang manusia dan tolong jgn jadikan bumi ALLAH swt seolah2 kepunyaan puak tertentu sahaja. SEKADAR PANDANGAN. Minta maaf kalau menyakiti hati sapa2. wassalam.

Anonymous,  22 April 2012 at 10:52  

Tepat sekali. Orang yag paling takut BN kalah ialah Dr Mahathir, penipu besar. Kita hanya perlu mintak Hasan Marican beritau semua rahsia penyalahgunaan dana dan kontrak PETRONAS. Mahathir dan keluarga serta kroni2nya akan bertempiaran lari keluar dari Malaysia sebaik BN kalah di PRU ke13 nanti. Ramai akan bermustautin di London, macam adik beradih Najib yang sudah mula berpindah ka sana. Mat Badawi akan lari ka Australi.

Anonymous,  22 April 2012 at 12:19  

Setuju. Kita perlu senaraikan semua projek mahadir sejak tahun 1981 dan perincikan siapa yang mendapat manafaatnya. Tongkah, Pantai Medical,pemegang AP daging India,,, mulakan pencarian dengan org yg rapat dgn mahathir,,, anaknya, isterinya, kroninya, mamak mamak nya. Semua dapatan ini perlu ditulis dengan batu dan tanamkan bersebelahan kubor mahdir nanti, supaya dapat dibaca oleh generasi yang akan datang,, saperti firaun, kita dapat melihat wajah/rupa sebenarnya nya sehingga hari ini.

Anonymous,  23 April 2012 at 08:58  

Dato sudah2 lah dengan menipu rakyat, kenapa baru sekarang tidak dari dahulu. Dato mmg dasar tidak mengenang budi hanya melihat kepada keburukan orang lain tetapi memandang sepi jasa2 mereka. kalau saya jadi org tua dato mmg dah lama saya tanam dalam kubor.adakah kerana dato dah x de tempat di kerusi umno semua ini didedahkan, bawak2 la beristifar krn dosa org memecah belahkan manusia ini dato sendiri tau di mana tempatnya bila mati kelak.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP