UMNO: Hormat dan Kemuliaan diusahakan, Bukan diperolehi Percuma
Respect is earned, not gotten free. It is earned, not demanded as of right.
Tidak syak lagi, tindak tanduk UMNO akhir2 ini, menunjukkan bahawa parti itu dalam keadaan yang amat terdesak. Orang yang terdesak akan menggunakan pelbagai tipu helah dan taktik kotor. Orang terdesak hilang pertimbangan dan harga diri.
Tidak syak lagi, tindak tanduk UMNO akhir2 ini, menunjukkan bahawa parti itu dalam keadaan yang amat terdesak. Orang yang terdesak akan menggunakan pelbagai tipu helah dan taktik kotor. Orang terdesak hilang pertimbangan dan harga diri.
Mula2 UMNO
guna bangsa. UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO. Sayang sekali, slogan demikian
tinggal jadi omongan kosong. Bila UMNO lemah, mereka akan kembali kepada
jatidiri Melayu konon; bila kuat Melayu dilupakan.
Berdepanlah
dengan kenyataan. UMNO menjaga kepentingan Melayu istimewa dan Melayu terpilih.
UMNO menjaga Putera dalam BumiPutera. UMNO jaga putera2 pemimpin UMNO, putera
ketua bahagian, putera bangsawan, putera Raja. UMNO tidak jaga Melayu marhaen.
UMNO tipu mereka lagi ada.
Hanya UMNO sahajalah parti yang boleh jaga
orang Melayu, jerit para juak UMNO. Rakyat akan jawab- sudah2 lah!
Yang
mengherankan kita, penegasan tersebut datang dari orang2 yang keMelayuan mereka
sendiri pun disangsikan. Si Mamak2 dalam UMNO lebih dari Melayu yang tulen,
menjerit sana sini, kata UMNO lah Melayu. Kemana pergi nya Melayu tulen dalam
UMNO?
Kedua,
perakuan Melayu nya UMNO tidak disokong oleh fakta; dalam tahun 2008, calun2
UMNO hanya dapat 2 juta undi dari 5.7 juta undi Melayu. 1juta lebih ahli UMNO
menolak UMNO. Banyak mana pun rasuah yang disogok oleh Najib kepada pemimpin
UMNO yang akan digugurkan, parti itu akan disabotaj. Ahli UMNO biasa jangan
lagi diperbodohkan, Najib deal dengan
ketua2 bahagian kamu, kamu dapat apa? Ketua bahagian boleh pencen, kaya raya
dengan duit rasuah, ahli UMNO membanting tulang panjat tiang dan pokok gantung
bendera dan poster. Kita biarkan lembu
dengan kelembuan mereka, jangan manusia dilembukan oleh pemimpin UMNO.
Jadi
bagaimana UMNO boleh mengaku bahawa dialah penjaga orang Melayu? Orang Melayu
sendiri pun tolak UMNO. Jadi, hendak jerit, jeritlah sekuat hati; hendak
laungkan awak Melayu lebih dari Melayu lain, silakan. Reality nya, UMNO semakin
hari, hilang sokongan dan kredibiliti.
UMNO boleh
claim apa sahaja yang mereka mahu. Yang menentukan ialah rakyat. Kini UMNO
takut kepada pengadilan rakyat. Salah satu tanda nya ialah melewat lewatkan
pilihanraya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO seorang PM melewatkan
untuk mendapat mandate baru. Itu lagi
satu petanda bahawa UMNO tahu , rakyat sudah benci epada UMNO.
Kerana UMNO
itu melambangkan rasuah, salahguna kuasa, penganiayaan, kezaliman dan segala
yang buruk. Walaupun ia Melayu, orang Melayu yang waras menolak Melayu yang
zalim, yang rasuah, yang salah guna kuasa. Orang Melayu bukan Hang Tuah zaman
dulu, yang akan menyokong membabi buta. Kalau orang Melayu hendak maju, mereka
mesti menjebatkan diri mereka.
UMNO
lagakan bangsa Melayu dengan bangsa Cina. UMNO menakut nakutkan orang Melayu
bahawa Cina akan ambil alih negara ini. bolehkah suatu kumpulan yang berjumlah
25% dari penduduk negara menundukkan 65%? Yang jatuh ialah UMNO bukan Melayu.
Kalau UMNO jatuh, orang Melayu masih boleh meneruskan hidup. Nabi Muhammad saw wafat, Islam tidak terkubur. Islam
terus berkembang.
UMNO guna
kedudukan raja2 Melayu. UMNO kata kalau UMNO tewas maka tidak ada siapa yang
akan menjaga Raja2 Melayu. Kalau Raja2 Melayu bersikap ikut undang2 negara,
tidak perlu penjagaan. Rakyat akan sayang kepada raja yang baik dan adil.
Sebaliknya, orang Melayu terutama nya, tidak perlu hasutan dari orang lian
kalau hendak membenci Raja2 mereka. Kalau raja2 bersikap matlaon, semua rakyat
akan benci. Kalau Raja Melayu kaki judi, kaki arak, pemabuk dan penzina
sedangkan mereka ketua agama Islam, orang Melayu tidak perlukan hasutan sesiapa
untuk bencikan mereka. Orang Melayu yang waras berfikir mahukan raja2 mereka
bersetia kepada Constitution Malaysia.
Raja2
Melayu jangan terpedaya dengan dakyah UMNO. 1993, Dr Mahathir dan UMNO lah yang
mahu membenam Raja2 Melayu. Bukan PAS. Bukan DAP. UMNO yang anti raja2 Melayu.
Bagaimana
DAP boleh perintah negara jika mereka hanya bertanding 50 kerusi parlimen?
Kalau calun UMNO kalah, yang menggantikan nya ialah orang Melayu juga. Orang
Melayu tidak rugi apa apa jika calun UMNO kalah.
Adakah
orang Melayu terancam jika UMNO tewas? Jawapan nya tidak. UMNO tewas di
Kelantan. Ada kita tengok orang Melayu mati bergelimpangan, agama Islam terabai
dan Raja Melayu di hapuskan? Tidak ada.
UMNO tewas
di PUlau Pinang. Ada kita tengok masjid atau surau kena roboh, orang Islam
tidak boleh sembahyang atau peruntukan agama Islam di tarik balik? DAP PUlau
Pinang beri RM62 juta setahun untuk agama Islam manakala Kerajaan UMNO Negeri
Sembilan beri RM 10 juta.
UMNO tewas
di Selangor. ada kita lihat orang Melayu susah, agama Islam terabai, Sultan
Selangor diancam? Tapi kalau Sultan Selangor bertabiat tidak baik, kebencian
rakyat timbul dengan sendiri nya.
UMNO melaga
lagakan kaum dalam negara ini. pemimpin UMNO bersekongkol dengan kapitalis Cina
tapi menganjurkan orang Melayu bermusuh dengan kaum cina. Najib sendiri campur
tangan memberikan projek ekstensi LRT Ampang kepada rakan Cina nya. Inilah
bukti hipokrasi pemimpin UMNO hari ini.
Dan ini lah
strateji pecah dan perintah yang UMNO amalkan. UMNO sebetulnya tidak ada nilai
yang hendak diberikan kepada orang Melayu melainkan perasaan membenci orang
lain. Bertahun lama nya UMNO memerintah, golongan kaya bertambah kaya, yang
miskin makin bertambah. Jurang kekayaan dikalangan orang melayu sendiri paling
besar jika dibandingkan dengan jurang kekayaan antara kaum lain di negara ini.
Kesetiaan
kepada UMNO bukan diberi PERCUMA dan babi buta. Kepercayaan mesti DIUSAHAKAN
bukan dituntut.
2 comments:
Dato' dan bloggers
Jom kita tumbangkan kerajaan UMNO/BN ni menerusi peti undi, 'loud and clear'!
Salam Datuk Ariff,
Datuk Aziz Tapa, bekas senator dan orang kuat serta veteran yang merupakan 'suara' umno lama dan (BARU) dari Rim, Melaka sudah kedengaran bersuara.......
Namun Mahadey dan Mohideen pula meminta yang sebaliknya.....
Nyata mereka sudah memulakan perbalahan dalaman secara terbuka.....
Najib adalah 'Tunku baru' yang mesti dinyahkan!
Usahlah sebut tentang kehormatan dan kemuliaan.....mereka sedang meniti perpecahan dan kehancuran.
sekian
gheng lama
Post a Comment