Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 13 August 2012

UMNO ada Khalid alWalid ke?


Setahu saya tak ada. Yang UMNO ada ialah Khaled Nordin. Dia nak kawal Saifudin Abdullah pun tak terdaya. Kemudian dahulu ada Khalid pipit uban Yunus. Khalid Yunus tentulah bukan role model untuk UMNO. Orang nak panjat gunung, dia pun nak panjat. Sampai kaki gunung tercungap cungap. Bab mencontohi tercungap cungap , yang ini ada kat UMNO. Parti ini sedang tercungap cungap. 

Saya sudah buat ulasan politik dan prospek pilihanraya untuk kebanyakan negeri2 di Malaysia. Lepas ini kita akan pergi ke Malaysia Timur. Last sekali saya akan buat analisa untuk negeri kelahiran saya- Pahang. I am saving the best for last. 
Tapi sebagai mukaddimah, saya hendak bercerita sedikit mengenai pengajaran bila PM Najib melawat Raub baru2 ini. habis semua orang dari seluruh negeri Pahang datang. Yelah- Khalifah datang. Tentu disambut meriah.
Saya hendak komen mengenai cerita Najib mengenai Khalid alWalid. Contoh yang baik, tapi sama ada puak UMNO yang keras kepala boleh hayati nya, merupakan hal yang lain.
Saya bukan hendak hentam Dato Najib setiap masa. Saya sudah menulis budi baik dia secara peribadi kepada saya, saya akan ingat sampai bila2. Dan bila kita berinteraksi dengan nya seorang sama seorang, PM Najib merupakan seorang watak yang baik dan berbudi. Tapi setakat itu sahaja lah. Dalam hal2 lain, politik nya, pengurusan nya ada banyak kelemahan. Kebaikan sorang sama sorang hanya mengangkat martabad peribadi najib tapi kelemahan2 nya melibatkan kepentingan dan masa depan jutaan orang. Untuk itu, saya tidak boleh menyokong nya.
Bila khalifah pertama Islam, Abu Bakar  meninggal dunia Umar menggantikan nya. Antara langkah pertama yang di lakukan oleh sayyidina Umar  ialah menggantikan Khalid al Walid sebagai Imam Perang tentera Islam. Khalid diganti  oleh Abu Ubaidah. Khalid al Walid adalah sepupu kepada Umar.
Saya ingin bercerita mengenai Khalid Ibn Walid sebab baru2 ini, bila PM Najib pergi ke Raub, dia bercerita mengenai Khalid alWalid. Apa pasal? Tentulah Najib hendak hantar message kepada semua pemimpin UMNO bahawa mereka mesti mencontohi Khalid, walaupun dilucut jawatan, terus berjuang untuk memenangkan Islam.
Ertinya, pemimpin UMNO mesti bersedia untuk dilucutkan jawatan. Sahabat saya, Dato Shahrudin Moin ketua Bahagian Raub harap sedar implikasi kenyataan Najib ini.
Untuk membuktikan bahawa saya bukanlah hendak hentam sokmo bekas bos saya ini, saya rasa ini adalah suatu strateji yang baik. Untuk menyedarkan bala tentera UMNO , hanya contoh dari tokoh Islam sahaja yang mampu mencapai nya. Kalau pakai contoh lain, ahli UMNO yang degil dan matloan tidak akan ikut. Kalau ahli UMNO tidak sedar diri, mereka akan tersungkur. Najib telah menggunakan suatu contoh yang baik.
Masaalah nya, bolehkah ahli UMNO menerima gesaaan tersebut?
Ada beberapa isiu yang kita hendak bahas dalam perkara ini. Pertama Najib sudah tentu bukan khalifah Umar. Kedua, UMNO tidak memperjuangkan Islam. Parti ini parti secular yang memperjuangkan beberapa kepentingan. Kalau kita tanya pemimpin UMNO, mereka akan kata UMNO tidak ada ideoloji. UMNO mengamalkan pragmatism. Dalam bahasa mudah, hentam sahaja lah.
Jadi, mengambil contoh Khalid alWalid tidak berapa ngam. Lagi pun, untuk menyamakan pimpinan UMNO sama seperti Khalid alwalid, adalah suatu yang sangat tidak kredibel. Mana ada pemimpin UMNO yang sama seperti Khalid al walid? Semua tahu main duit- bayar sana dan bayar sini. Lagi boleh sapu, sapu bersih.
Masa PM Najib bertanding jawatan ketua Pemuda, amalan merasuah para perwakilan sudah menular. Mereka yang dibudayakan dengan amalan rasuah inilah yang sekarang menjadi pimpinan UMNO. Dari kumpulan inilah Najib sekarang mengharapkan akan ada Khlaid al Walid.Najib akan kecewa.
Siapa boleh lupa perwakilan di beri kad kredit BSN untuk belanja sakan dan mengundi Najib sebagai ketua pemuda UMNO? Dan siapa boleh lupa berapa banyak bayaran yang diberi kepada perwakilan ketika Najib bertanding naib presiden, dan untuk kekal timbalan presiden and sekarang presiden? Yang menyokong kerana keyakinan agak nya adalah 10-15%. Yang lain semua dimotivasi dengan imbuhan yang bakal diterima.
Atas material ini, Najib nak harap akan muncul pimpinan UMNO seperwatakan Khalid al walid?Alamat kucing bertanduk lah.
Tapi kita ucap tahniah kat Najib kerana mutakhir ini selalu bercakap mengenai Islam dan konsep dalam Islam. Mula2 dahulu bercakap mengenai wasatiyah. Bagaimana menjadikan UMNO sebagai contoh. Umat yang sederahana. Sederhana dalam perkara apa?
Bagaimana pemimpin UMNO hendak jadi contoh sebagai umat yang menengah dalam konteks belanja berhemah. Perhatikan. Kita beri rakyat RM500 setalah 50 tahun lebih memerintah tapi ada isteri menteri beli cincin RM 74 juta sebentuk? Kita hendak berkhutbah mengenai belanja berhemah sedangkan beg isteri kita harga nya RM400 ribu sebuah? Bukan 1, tapi 30.
Bagaimana kita hendak bercakap mengenai tauladan belanja berhemah sedangkan kita belanja RM 1 juta lebih untuk duduk beberapa hari di Amerika, kemudian belanja RM 400 ribu pulak melancung dan beli belah di Milan Itali? Bagaimana UMNO hendak jadi contoh kumpulan yang sederhana, apabila kita hendak gantung orang yang berbeza pendapat dan penyokong kita berdemonstrasi dengan menonggeng punggung dan bontot?
Tak boleh. UMNO kalau cakap mengenai kesederhanaan, orang tahu mereka hipokrit besar.
Najib has come a log way from the days of describing Allah saw and Muhamad swt.
Tapi kita ucap tahniah lah kepada dia. Kalau Allah nak beri hidayah kepada seseorang, tidak ada orang boleh menahan nya. 

Tapi janganlah menyangka bahawa Allah pun ahli UMNO.

tambahan.

ada seorang rakan saya, seorang ustaz dan bekas Qadhi beritau saya. enta mesti tambah- Dato Najib sendiri pun kena ikut falsafah Khalid alWalid nanti. mana lah tahu, dalam PRU 13 ini , UMNO tewas dan Najib kenalah turun dari jawatan Imam Perang kepada komander biasa. barulah rakyat akan tabik hormat dan kata Najib ikut apa yang dia cakap.  Bila ada khalifah baru, Najib kenalah akur dan ikut perlembagaan negara. jangan cetuskan huru hara dan sabotaj khalifah baru. sebab Khalid alWalid kata- Abu Bakar sudah wafat, sekarang Umar ialah Khalifah. KIta ikut perintah Umar.

17 comments:

Anonymous,  13 August 2012 at 15:17  

"Tapi janganlah menyangka bahawa Allah pun ahli UMNO." ~ This is vintage Sak! LOL!

Anonymous,  13 August 2012 at 21:55  

To PKR

My area MP is under Kota Damansara, Selangor, won by PKR but rarely heard of the MP

The MP is the guy with white hair, dont know the name.

Hardly appeared on newspaper, parliement debate, never seen him in person.

Hope PKR should change him for a better candidate.

I trust we have more vocal, quality and reacheable MPs

Anonymous,  14 August 2012 at 00:18  

Utusan lapor muka depan ustaz pondok dari Kelantan kata haram undi DAP. Tak haram kah orang mengundi UMNO yang menyalah guna kuasa, rasuah, merompak serta melanun wang negara? Sebagai ahli DAP, komen sikit Dato.

Anonymous,  14 August 2012 at 05:52  

In the absence of Khalid ibni Walid and the best of the best i keep the present government.Please get thr water issue sorted out in Selangor.I cannot be wsitimg with my pails when the rationing time come.I. Keeping my option opem whom to vote now.

Anonymous,  14 August 2012 at 07:40  

kencing pun tak basuh,macam mana nak ikut style khalid al walid?

Anonymous,  14 August 2012 at 08:34  

Dato, what a cynical title on the subject and it boils down how ignorant and naive the advisers around Najib.
Cuma disini kita mesti lah mengambil iktibar dari pengalaman yang lepas2 ia itu jangan sesekali memperlekeh isu2 agama Islam untuk kepentingan politik yang sempit.

Lihat saja pada Pak Lah dengan Islam Hadari nya yang akhirnya tumbang dalam keadaan yang memalukan.

Bagitu juga dengan DSAI dengan image Islamic
nya yang keterlalaun dan tidak ikhlas. Akhir nya kecundangan dengan seaib2 nya. Salam

Anonymous,  14 August 2012 at 12:15  

Tajuk: Ajen-Ajen Umno.

Tiba-tiba muncul semula Hassan Ali. Nak jadi hero pulak sendiri nak temberang pasal agama lain.

Sampai sekarang si Hassan masih enggan menampil ke hadapan mahkamah dan tunjukkan bukti? Tunjuklah. Jangan sampai nak borak saja.

Hassan Ali ni harus ambil kesempatan pergi ke Malaysia Timur dan buat deklarasi yang sama. Kita tengok apa reaksi di situ. Nak tunjuk dia ni masih relevan tapi takde orang nak layan. Manusia macam iniilah yang tak ngerti malu. Lagi teruk, PM tak endorse so takde kredibiliti.


Kita tunggu dengan hati yang debar bila YB Pasir Mas dan badut dari Kulim pula diberi isyarat untuk keluar statemen yang tidak masuk akal i.e. Bodoh.


DAH TERBONGKAR, ini semuanya dibuat untuk MEMERANGKAP dan MEMBENDUNG populariti PAS. (in the meantime, DAP dijadikan scapegoat)

Raison D'etre 14 August 2012 at 14:02  

Salam,
To Anon 21.55

Dr Nasir Hashim is your Assemblyman.
So he'll never appear in Parliament.
MSM are off limits for PSM and Dr Nasir is just NOT that controversial to be featured by the MSMs. Unless he's caught with a Castro T Shirt or something.

More: he from PSM and not PKR.

Anonymous,  14 August 2012 at 14:55  

Anon 21.55

For your info, Kota Damansara is a state seat (DUN). The assemblyman is Dr Nasir from PSM not PKR. So, you will not see him in Parliament. Kota Damansara I think falls under Kelana Jaya Parliament.

The PKR MP for Kelana Jaya is Loh Gwo Burne, the cameraman in the Lingam'c case. He is the giant killer beating an MCA Dato Lee Hwa Beng. Nobody wanted to contest there in 2008 as PKR thought they would never win. Alas, the impossible happened.

Anonymous,  14 August 2012 at 16:35  

Anon 21:25

Where have you been?

Btw the man with the white hair is your ADUN. Your MP is the hairless one.

-MAKORANG-

Anonymous,  14 August 2012 at 16:35  

Nice one from Hadi :

The DAP may be opposed to hudud but Umno has rejected the Islamic penal code, PAS president Datuk
Seri Hadi Awang has said, as he defended his Pakatan Rakyat (PR) ally that had come under relentless attacks from ruling Barisan Nasional (BN) leaders and religious hawks in the run-up to crucial national polls.

“The PAS constitution compels us to sack any member who consumes alcohol or pork. The Umno constitution does not compel the sacking of its members for drinking with the MCA, MIC and Gerakan,” Hadi said.

He said that even though the DAP and PAS held opposing views on setting up an Islamic state and enforcing hudud, the two parties could still work together on common issues to improve the governance of the country.

He pointed that soon after the Kelantan government passed hudud, it received a warning letter from the Umno-controlled federal government.

Hadi said thaat both the PAS-led state and its neighbour Terengganu had been taken to court by Umno leaders to block the enforcement of hudud.

“Hudud was rejected by Umno.

“This is the difference in the two approaches.

“DAP rejects hudud by presenting arguments while MCA rejects hudud by yelling accusations Umno has lost its mind,” the Marang MP said.

CYC,  14 August 2012 at 16:48  

Kota Damansara is under Subang for parliamentary seat and its MP is Sivarasa.

The Adun is Dr Nasir Hashim and he is a humble man. He may has little publicity but he do attend our RA's annual gathering yearly. He is a real fighter for the working class and the marginalised. PSM has another MP in Sg Siput, Dr Jeyakumar also a real advocate for the poor and working class.

Quiet Despair,  14 August 2012 at 16:51  

Apa makna Matloan. Cakap Pahang ke tu?

Tak salah Uncle Najib nak cakap pasal Islam. It shows his versatility.
Islampun bukan hak ekslusif Orang-orang berserban PAS saja.
Inikah pula sejarah Islam. DAPpun boleh cakap.
Datuk Shahruddin tu kan ke Adun Dong? Orang kampung kaeh.
He should not contest anymore this GE. Dahpun missed the boat nak jadi MB ganti Tok Nan.
Pak Sak still thinking of contesting Raub parliamentary seat?
Tell your boss to pitch you in Cameron Highlands. Palanivel is contesting there.
You can trounce him easily. I want you to win CH.
Ipun ada sdara kat sana yang tak happy asyik tokoh MIC saja yang bertanding situ. Macam kasi can saja MIC menang since it's considered a BN stronghold.

Anonymous,  14 August 2012 at 17:18  

"For your info, Kota Damansara is a state seat (DUN). The assemblyman is Dr Nasir from PSM not PKR. So, you will not see him in Parliament. Kota Damansara I think falls under Kelana Jaya Parliament."

That is the issue, ADUN or MP, that are not visible till the voters cant identify his/her name and the party he/she represent.

azmie,  18 August 2012 at 00:22  

"Najib has come a log way from the days of describing Allah saw and Muhamad swt.".... salah acronym tu dato'. it should be "Allah swt and Muhammad saw"

Ariff Sabri 18 August 2012 at 02:22  

azmie,
tahniah kpd sdra yang identify kesilapan itu. tapi saya juga sedih, kerana antara ribuan yang membaca artikel ini, sdra sahaja yang tidak faham ayat tersebut yang saya tulis dalam bahasa Iggeris.

memang lah salah> yang buat kesalahan tersebut ialah Najib. ayat tersebut klu diterjemah dalam BM- Najib sudah banyak melakukan perubahan positif daripada mula2 menyebut Allah saw dan Muhammad swt.

sila baca semula ayat tersebut. malu kita kalau tak faham tapi berani membuat penyudahan yang silap.
jangan marah ye.

Anonymous,  20 August 2012 at 01:27  

Sivarasa tak buat kerja...penyelaras parlimen BN dato muru asyik dindong2. Takut ramai melayu di subang sekarang ramai sebagai profesional-Lawyer doktor businessman berjaya...

Dua2 orang ni biasalah kelepet je....tak boleh pakai. Harap ada calon melayu bebas bertanding di P.Subang.

Sure aku pangkah

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP