Layu nya Melayu UMNO
Orang
Melayu mesti sedar bahawa kepentingan bangsa Melayu bukanlah hanya boleh
diperjuangkan oleh UMNO. Selagi kita ada undang2 dan selagi bangsa Melayu boleh
bersuara kepentingan bangsa Melayu boleh dijaga. Bukan nya UMNO yang memberi
kita rezeki. Bangsa Melayu mesti ada
jatidiri.
Ada
undang2, ada perlembagaan, ada pemimpin yang komited kepada kepentingan orang
Melayu, perjuangan orang Melayu tetap jitu. Masa depan orang Melayu tidak bersyaratkan
mesti di perjuangkan oleh UMNO.
Jasa UMNO
mendapatkan kemerdekaan tidak dapat dinafikan. Kita terima ini sebagai fakta
sejarah. UMNO menjadi juribicara suara hati bangsa Melayu yang menunut
kemerdekaan. Tapi UMNO jangan lupa bahawa tanpa sokongan orang Melayu, UMNO
adalah pertubuhan yang biasa. UMNO yang bergantung kepada orang Melayu, bukan
sebaliknya. UMNO hanya jurucakap suara hati orang Melayu. Kita yang menentukan
UMNO bukan UMNO yang mendefinisi orang Melayu. Jika rakyat yang berdaulat lebih
dari UMNO, wadah mana pun yang kita pilih akan diperkasakan jika kita menyokong
nya. Jangan kita lupakan fakta ini. tanpa kita, UMNO, PAS atau mana mana parti
pun, tidak signifiken. Mana2 Melayu pun,
hebat Melayunya bergantung kepada komitment nya, dedikasinya, pembelajaran nya,
keberanian nya, disiplin nya. Nilai2 yang dia pegang itu lebih penting dari
solekan atau make-up yang dia pakai. UMNO Melayu tidak lebih dari Melayu yang
berada dalam parti lain.
Selalu kita
dengar para pemimpin UMNO dan BN berkata jika kerajaan bertukar keadaan huru
hara. Mengapa perlu jadi demikian? Kalau UMNO jatuh bukan bererti jentera
kerajaan akan dihapuskan. Penjawat awam akan terus berkerja dan menjalankan
tugas seperti biasa. Kita tak buang mereka. Polis tetap terus menjaga keamanan.
Tentera terus menjaga keselematan negara dari ancaman luar. System perundangan
kita juga akan berterusan. Semua ini bukan nya milik UMNO. Jadi apa kena
mengenai nya kejatuhan UMNO dengan kelansungan system kerajaan.
Janganlah orang Melayu terpedaya dengan
dakwaan kononya, hanya kerajaan UMNO/BN sahaja yang tahu mentadbir dan mengurus
negara. Kerajaan2 Pakatan telah membuktikan hanya dalam masa 4 tahun, Pulau
Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan di tadbir dengan lebih baik. Kerajaan Kelantan
tidak ada hutang dengan kerajaan federal. Pahang berhutang lebih dari RM 1
billion. Melaka RM800 juta.
Tidak ada
sebab lansung jika UMNO tiada, negara ini tidak dapat terus dimajukan. Dan tidak
ada sebab juga jika UMNO tiada, maka orang Melayu akan musnah.
Apa sebab
nya orang Melayu mesti bergantung kepada UMNO? UMNO telah menunjukkan banyak
pembelotan kepada kepentingan bangsa Melayu. Pemimpin mengayakan diri mereka
dengan mengorbankan kepentingan yang lebih umum. Di Sabah pemimpin hidup dalam
mahligai. Rakyat menderita. Dan itu negeri yang ada sumber minyak dan balak. Kemana
pergi nya kekayaan tersebut?
Kita ambil
contoh penyenaraian Felda GV. Kaunter itu memang lah bagus. Tapi ia hanya
bangus kepada pemilik jumlah saham yang banyak. Kepada peneroka Felda, yang
atas nama mereka FGV di senaraikan, ianya tidak bagus. 112,655 keluarga Felda
mendapat 800 unit per keluarga. Walaupun kalau dapat premium RM1, untung mereka
hanya RM600 setelah ditolak kos pinjaman bank.
Orang yang
memiliki 1juta saham, 2 juta, 3 juta mendaat satu hingga 3 juta Ringgit. Mereka
tidak ada kena mengena dengan Felda. Kos yang dibayar bagaimana? Segala harta
dan tanah di pajak kepada FGV selama 99 tahun. 360,000 hektar tanah yang boleh
menempatkan 80,000 peneroka terlepas dari Felda. Kemana perginya kepentingan
peneroka yang di pegang melalui KPF? Tidak ada. Bagaimana hasilan dari pengapungan
FGV digunakan? Ada kerajaan atau Felda memberi penerangan kepada peneroka? Dan majority
peneroka ini apa bangsa nya? Melayu bukan. Peneroka dapat RM 15,000( yang belum
diselesaikan sepenuhnya) dan RM300 bonus hari raya. Mungkin ia datang dari
hasil penjualan saham Felda dalam FGV. Makna nya peneroka menerima wang mereka
sendiri. Siapa yang menipu peneroka? Pemimpin UMNO.
Tanah dalam
negeri2 di jual kepada pemaju bangsa Cina dan asing. Pemimpin kerajaan
menganjur kita mencurigai kaum cina kebanyakan, tapi para pemimpin UMNO tidur
sekatil dengan tauke2 Cina. Pemimpin UMNO berniaga dengan tauke Cina. Mengapa
ustaz UMNO tidak menfatwakan haram bersekongkol dengan tauke Cina kafir harbi
yang merompak harta benda rakyat?
UMNO sudah
rosak matlamat perjuangan. Dan Najib tidak ada clue apa yang mahu di perjuangkan
atas platform UMNO. Apa yang UMNO boleh buat yang tidak boleh dilakukan dengan
lebih baik oleh parti politik lain? Mengurus negeri?
Pemimpin
UMNO dan BN butakah mata mereka? Setiap kali mereka melaungkan mana dasar
konkrit yang boleh ditunjukkan oleh PR? Janganlah hendak kelentong dan
membohongi rakyat. Kesemua negeri dibawah Pakatan Rakyat diurus dengan lebih
baik. Pulau Pinang- hutang yang dibuat oleh Koh Tsu Koon sekarang tinggal baki
RM30 juta dari 800 juta ketika Guan Eng mengambil alih. Pelaburan asing?
Terbaik dari semua negeri di Malaysia.
Selangor-
lebih baik dari kerajaan UMNO yang korap
dahulu. Kedah- pelaburan asing yang ke5 tinggi. Hasil balak nya berganda ganda
setelah lubang2 rasuah yang dahulunya di gali oleh pemimpin UMNO dan ketirisan
di baiki. UMNO tidak mahu membendung rasuah dan salah guna kuasa. Pemimpin UMNO
incompetent dalam mengurus negeri.
Bukankah
Dato sudah tua tanya rakan2 saya? Dato Najib dan Muhyiddin lagi tua pada saya.
Dan saya tidak nampak mereka ada kebolehan yang luar biasa. Jangan beri saya
mula membicarakan kelebihan Najib ya. Hanya yang tidak kenal dia dan terpukau
dengan kelentong Najib sahaja yang akan taksub dengan dia.
Saya tanya
kembali- selama awak mengenali saya, ada saya kompromi mengenai kebangsaan saya
dan agama saya? Saya tukar wadah, bukan tukar aqidah.
Saya
beritahu mereka. Tahukah siapa yang jual orang Melayu? Orang UMNO dan bangsawan
Melayu. Lihat sahaja kawasan balak di Pahang. Siapa yang menguasai nya kalau
tidak tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO dan raja2 Melayu. Raja2
Melayu mesti insaf dan sedar, mereka dimuliakan dan didaulatkan jika mereka
menjadi contoh teladan kepada bangsa Melayu. Apa pasal pemipin UMNO tdiak mahu
mentarbiyah mengenai wasatiyah kepada Raja2 Melayu terlebih dahulu? Semua orang
tahu, ikan jadi busuk dari kepala nya terlebih dahulu.
Saya sebut
raja Melayu sebab saya katakan, orang Melayu kalau hendak benci pada raja2
Melayu tidak memerlukan hasutan orang. Orang Melayu tahu benci kepada laku
perangai raja2 yang buruk, mengaut segala kekayaan dan memonopoli perluang
perniagaan. Apa perlu pada hasutan orang? Kalau raja Melayu berperangai buruk,
kaki minum arak, berpoya poya, setiap hari adalah hari party2- tidak ada orang
yang akan hormat pada raja2 Melayu. Raja Melayu mesti faham, mereka di muliakan
kalau mereka muliakan perasaan rakyat. Tanpa rakyat, raja tidak ada. Tanpa
raja, orang Melayu tetap ada.
Di Pulau
PIanag, raja Melayu tdiak ada, ada orang melayu bergelimpangan mati? Siapa yang
membela mereka? Undang undang melindungi mereka. Di Melaka? Raja Melayu tidak
ada. Tapi ia tidak menyekat kemajuan orang Melayu walaupun UMNO menyekat
kemajuan orang melayu yang sebenar.
Kalau tidak
percaya, perhatikan apa UMNO akan buat dalam masa beberapa bulan yang akan
datang. Mereka akan membeloti kepentingan bangsa sendiri. Apa mereka peduli
asalkan dapat mengekalkan kuasa. Tanah2 dan hakmilik akan segera diproses untuk
di beri kepada orang Cina. Permohonan lesen, tanah dan premis perniagaan akan
diberi. Kalau ada Cina mohon lesen 4 nombor ekor, kerajaan negeri akan beri.
UMNO yang
sogok cina cina ini. dan mereka melakukan itu semua sementara mengaku mereka
lah pembela orang Melayu, raja2 melayu dan pembela agama Islam.
Kalau orang
Melayu Pahang di Cameron highlands mengenepikan bangsa sendiri dan pilih
Palanivel, malu lah Melayu UMNO. Korbankan bangsa sendiri kerana Palanivel.
Kalau Melayu di Sabai memilih calun India sedangkan majority penduduk adalah
Melayu, Malu besarlah Melayu UMNO. Kalau orang Melayu di Bentong pilih calun
cina dan membelakangkan Melayu yang beragama Islam- malu lah UMNO. Kalau orang
Melayu Raub pilih orang Cina, malu juga UMNO pembela bangsa Melayu dan penegak
agama Islam.
Saya
mengajak orang melayu insaf- kalau benar2 mahu membela bansga Melayu- maka
Melayu lah yang mesti diutamakan. Walau diatas wadah apa pun mereka berada,
mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Dan
kalau Melayu UMNO bertanding dengan Melayu lain, pilih yang lebih baik.
16 comments:
askm tok
teruskan teruskan tulis dan cerita pd org ramai yg org melayu x matinya tanpa umno....
UMNO parti sebenar orang Melayu.Walau pun di zaman serba mencabar ini, ia berdepan dengan berbagai masaalah, namun UMNO sahaja parti yang rohnya Melayu.
Saya suka komen Tok Ariff. Itu lah kita harus kritikal dalam UMNO dan mereka yang terbaik dipilih memimpin UMNO bukan yang semata-mata niat mengkayakan diri dan meng'induce' wang demi kuasa.
Beri masa lima tahun lagi kita re'culture' UMNO menjadi parti teras yang mengutamakan kesederhanaan dan adil sebagai demi seluruh warga Malaysia.
Dato Sak
Memang benar, tiada yang tak benar. Orang melayu tak terhantuk tak lah dia sedar diri. Tapi berapa kali mahu diketuk dan terhantuk?
Sempena akhir Ramadhan dan awal syawal ini bersamalah memperoleh kebebasan dan meraih kemenangan hakiki umat yang bermaruah lagi beriman
Orang melayu yang mati tanpa UMNO adalah malayu pencacai UMNO saperti QD,kampongman dan banyak lagi,apabila UMNO dah mati mereka2 pencacai UMNO ini aka menjadi muflis olihkerana tidak mendapat kontrak dari UMNO dan juga duit2 melalui rasuah dari puak2 yang bersangkutan denagannya, percayalah melayu inilah yang sanggup menjual melayu kepada bangsa asing tetapi mereka ini menggunakan nama melayu untuk hidup senang lenang dengan duit haram,darah yang mengalir dalam badan mereka adalah darah haram dgn tidak secara lansung keturunan mereka adalah anak haram.Memang betul melayu tidak akan mati kebuluran tanpa UMNO, sudah terbukti diempat buah negeri. ABU
To quote u Dato " Di Sabah pemimpin hidup dalam mahligai. Rakyat menderita. Dan itu negeri yang ada sumber minyak dan balak. Kemana pergi nya kekayaan tersebut?"...
Perhaps this new development is the Game Changer in Sabah : " The Petroleum Agreement signed between
PETRONAS and the State Government of
Sabah.
1. This is NOT a PETROLEUM SHARING AGREEMENT, this is clearly just a CONTRACT between the State Government of Sabah and PETRONAS. There is NO Obligation from either side to keep reinforcing this agreement. Any one party can TERMINATE this agreement at any TIME. Since there are NO ARBITRATION or COMPENSATION required, there is NO worry about having to pay PETRONAS for what they have put in the Sabah Waters.".... In http://suarasabah.files.wordpress.com/2012/08/petroleum-agreement.pdf
...plz clarify, umno yang mana ???
Dato’, sebenarnya kekayaan Sabah dan Sarawak tidak hilang begitu saja, kekayaan tersebut jelas di lihat di Malaya. Mahligai yang Dato’ katakana di Sabah bagaikan rumah nipah berbanding dengan mahligai di Malaya. Jadi jangan salahkan pemimpin dan rakyat Sabah atas kerakusan pemimpin Malaya.
Sabah tidak mempunyai jalanraya bertingakt sampai 3 tingkat hanya di Malaya. Sabah tiada highway sehingga empat lorong berbanding dengan Malaya. Sabah tidak mempunyai kereta api bertingkat berbanding dengan Malaya. Dari mana agaknya semua kekayaan tersebut diperolehi? Dengan menjual bijih timah dan getah kepingan? Jangan di katakana industry pembuatan dan elektronik kerana orang Sabah juga boleh membuat kira kira. Industry pembuatan milik pelabur luar dan Negara kehilangan RM14 billion setiap tahun daripada “invisibles” hanya untuk menyediakan pekerjaan kepada ribuan orang Malaya. Sementara Sabah dan Sarawak di peras melalui dasar kabotaj Negara. Berkali kali kita membawa isu ini di parlimen namun tidak di perdulikan kenapa? Sebab jika Sabah dan Sarawak bergabung di parlimen pun kuasa kita hanya 25% kurang daripada 33% untuk mendapatkan MINORITY VETO.
Hati siapa yang tidak terluka apabila kita tahu Malaya mempunyai 21,300 km jalan berturap. Gabungan Sabah dan Sarawak hanya memperolehi 6,100 km. Setelah 49 tahun merdeka ini salah satu daripada kezaliman terhadap orang orang Sabah dan Sarawak. Keseluruhannya semua dasar pembangunan selama ini lebih berat kepada kepentingan Malaya bukannya kepada keperluan Sabah dan Sarawak.
Jangan salahkan rakyat Sabah dan Sarawak memilih UMNO/BN – Buku Jingga Sabah juga tidak memberi rangsangan untuk memilih PR sebagai pengganti. Buku Jingga Sabah tidak memberi gambaran yang nasib rakyat Sabah dan Sarawak akan terbela. Nampaknya Buku Jingga Sabah di tulis dan di terbitkan oleh orang orang UMNO bertopengkan PKR. Kalau di Malaya semua orang sibuk membela bangsa Melayu, siapa yang sanggup membela orang orang Islam di Sabah? 65% daripada penduduk Sabah terdiri daripada orang orang yang beragama Islam.
Quite a valid article and its arguments are solid. We still cant believe that the ordinary malays and FELDA settlers still dont believe that they have been conned by Najib and cronies. Perhaps that is why TDM, Najib, Sharizat, DPM and gang can get away with so many bumbling con jobs, that it has become a norm for the ordinary malays to be screwed without even a thank you note after that.
So, Dato, what does it take or will it take, to make the malays aware or wake up?
1. Anon 22 August 2012 11:21,
Hanya satu cara sahaja mengubati penyakit UMNO - iaitu ia jadi pembangkang sekurang2nya sepenggal.
Apabila semua kaki2 busuk dlm UMNO sudah kena hukum, yg. tinggal nanti, kalau ada, adalah mereka yg. bersih dari najis & badi mereka2 itu.
2. Sabah Sifu 22 August 2012 15:02,
Kalau nak berhujah pasal Islam, ini dia jawapannya -
"... Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." [Surah 13:11]
Takkan 65% daripada penduduk Sabah yg. terdiri drp org2 Islam tidak menghayati pesanan ini?
~ Jangan salahkan musang sekiranya ayam2 juga yang menyokong musang menjaga rebannya. ~
@ Loud Despair
Sabah Sifu,
masih ada masa lagi,sudah sampai masa nya anda menyampaikan maklumat ini kapada rakyat sabah,tunjukkan kuasa rakyat sabah yang sabenarnya pada PRU13 yang akan datang,apakah anda dan rakyat sabah masih lagi mahu UMNO gok memerintah sabah?.....semuanya ditangan anda....buktikan Bro.....damn the UMNO regim for the sake of rakyat sabah Ubah jangan tak ubah, belum cuba belum tahu. ABU
To Anon 22 August 2012, 11:21
Nak reculture UMNO?? Xde maknenyer… cukuplah 55 tahun peluang diberi
Nak Ubah ke PR? No problem bro! janji PR bagi rakyat Sabah " to reinstate the Malaysia Agreement 1963 "..Anwar buli bagi kah?
Sekira PR ditakdirkan berjaya apa tentu Sabah terbela.Ini Sabah sifu juga kena fikir.Sarawak sahaja lebih besar dari Malaya. Saya tidak tahu.
Artikel yang sangat menarik. Mmg sgt saya akan share kat FB. Bagi ayat2 canggih2 "mereka" tak faham. Kalau bg ayat2 yang mudah tak faham... mmg Goblo* ler...
Jika u aktivis umno, u takkan tak sedar dari ketua cawangan n jkkk brgelombang isu - rasuah n kronisme. Sesungguhnya umno telah rosak dari akar hingga ke pucuk. Ada jurang yg terlalu dalam antara ideologi,aspirasi dengan realiti yg dihayati oleh pemimpin umno.
Pada saya Najib,Mahyudin,Hishamuddin,Nazri,Zahid Hamidi bergelumang dgn kronisme dan jauhsekali punyai wawasan dan jati diri.
Kalau UMNO itu saja yg Roh Melayu, adakah maksud Roh Melayu itu mengamalkan rasuah, kroninisme, pembaziran, mengadai tanah org melayu dan apa saya yg buruk dibawah Matahari???? Itu bukan Roh Melayu, itu Roh UMNO BARU semenjak Tun M.
Post a Comment