Coretan Rengkas dari Pahang.
Saya berada
di Pahang beberapa hari raya ini.
disamping beraya, perbualan tetap berkisar pada politik. Kegilaan apa yang
melanda Pahang?
Berapa kerusi
Pembangkang boleh menang? mereka bertanya saya. Saya kata- nanti dahulu. Saya akan
tulis artikel khusus untuk Pahang. Kali ini Pahang akan hilang lebih banyak
kerusi DUN dan kerusi parlimen. Hampir semua pemimpin MCA akan kecundang. Taruhlah
siapa pun.
Pemimpin UMNO
masih lagi menyandarkan optimism kepada kaji selidik mereka. Tapi bolehkah
hasil kajiselidik ini dipercayai? Semua orang tahu, kaji selidik UMNO ditambah
30%. Ertinya, kajiselidik UMNO hanya 70% tepat. Dalam bahasa mudah, jika kajiselidik UMNO kata dia akan menang 100 kerusi parlimen, mereka akan menang 70
kerusi. Itu pun jumlah kerusi yang UMNO akan menang kali ini.
Kenapa Najib
lambat buat pilihanraya? Ramai orang lupa saya lama menjadi AJK UMNO bahagian Pekan
dan jadi ketua penerangan UMNO bahagian. Najib lambat kerana dia tidak yakin
dengan hasil kajian ejensi2 yang diupah kerajaan. Kecuali dia sudah yakin,
baharulah dia akan buat pilihanraya. Takkan kita lupa, Najib ini bukan nya
orang berani.
Sayang sekali,
Najib tidak akan bertemu dengan kaji selidik yang dikemukakan oleh ejensi2
kerajaan yang tepat. Lapuran wanita UMNO sudah lama tidak dipercayai oleh
presiden UMNO. Dia tahu ketua wanita duduk di rumah dan pangkah atas nama nama
pengundi sebagai penyokong UMNO. Itulah yang terjadi pada Najib dalam tahun
1999. Semua lapuran kata boss ok. Akhirnya boss hampir KO.
Lapuran Pemuda
dan Pemudi adalah catatan boyscouts dan pandu puteri. Main masak masak. lapuran
mereka macam main main. Jadi bagaimana kepala presiden UMNO tak pening.
UMNO hendak
dapat undi dari mana? Dari kaum Cina- undi mereka sudah 80% kepihak
pembangkang. Dari golongan muda- demikian juga 90% mirip pembangkang. Dan UMNO
lupa, bahawa sokongan mereka yang memihak kepada pembangkang dalam tahun 2008
diransang oleh keyakinan. Dan sokongan yang berdiri diatas keyakinan sukar
digoncang. Sebaliknya, sokongan yang di perolehi dengan cara merasuah dan
membayar sogokan amat mudah terbalik. Pemimpin UMNO sedar hakikat ini. yang
masih bebal dan degil ialah pemimpin bawahan seperti ketua2 bahagian.
MCA tidak
lagi jadi pilihan utama kaum Cina. Jika orang Cina sudah menolak calon Cina,
mengapa orang Melayu yang beragama Islam mahu menyokong mereka? Mereka kan
orang kafir? MCA pun kafir harbi. Bukankah Chua Soi Lek terang2 menentang agama
Islam dan UMNO bacul bila Soi Lek berkata- hanya MCA yang berani menentang hudud?
Orang UMNO
takkan nak sokong hudud. Kita faham mengapa mereka bersikap demikian. Jika disokong nanti ramai pula anggota cabinet yang
tidak ada tangan datang bermesyuarat termasuklah yang terlibat dalam skendel
pembelian kapal selam Scorpene dan lain2 kelengkapan tentera. Ramai ahli cabinet
hilang tangan sebab mereka terlibat dalam mengkhianati negara ini dengan
menjual IC Malaysia. Ramai pemimpin UMNO akan hilang tangan kerana menjual bumi
Melayu ini.
Saya sedang
memerhati pergolakan Pahang sekarang. MB yang ada mahu disingkirkan. Panglima kanan
Najib sedang buat counter balance kepada DSDR Adnan Yaakob. Jika calon2 half-past
six di kekalkan, maka riwayat UMNO akan singkat. Berilah rakyat pemimpin Melayu
yang berkaliber. Jika tidak boleh, maka ketepi. PR akan ambil alih.
Apa yang
UMNO ada? Teriakan kosong pembela bansga Melayu, agama dan negara ada lah. Orang
lain boleh buat lagi baik dari UMNO. PR ada track record untuk menyokong
pengistiharan mereka. UMNO tak ada.
Rakan2
bertanya kepada saya, kenapa masuk DAP? Ini soalan yang berulang kali ditujukan
kepada saya. Apalah yang hendak ditaksubkan sangat pada UMNO? 3 presiden UMNO
yang awal sahaja yang memelihara asas perjuangan orang Melayu. Mulai presiden
ke 4 perjuangan UMNO sudah berbeza. Kepentingan Melayu yang di perjuangkan
ialah kepentingan golongan elit dan Melayu terpilih. Mereka sedikit jumlah nya-
mengapa kita yang majority mahu tunduk kepada mereka. Jika presiden UMNO tidak
dengar keluhan orang melayu, kita gantikan mereka.
Ramai pemimpin
UMNO peringkat cawangan beritahu saya. Rumah pemuzik Alleycats terbakar- Najib
beri RM100 ribu. Kalau begitu, ayuh kita bakar rumah supaya Najib beri RM200
ribu. Bukankah itu kekuatan Najib? Bayar sana dan bayar sini.Kera dihutan Najib susukan, anak dirumah, Najib biarkan.
17 comments:
Dato Sak', Selamat Hari Raya Aidil Fitri. You know why MCA will KO in Bentong and Raub,Rakyat tidak didahulukan,Janji tidak ditepati.All the Environmental Disaster waiting to happen due to human avarice and sheer Greed,The Gold Diggers.What can MCA do? Can MCA tegur elder Bro for his Greed?That's why the Chinese electorates abandon MCA in droves.They know Eunuch MCA cannot do anything although they know all the plundering must stop.ABU for a better future,anybody can do a better job than BN.All the top echelon in BN practice their mantra ,"Lu Tolong Gua,Gua Tolong Lu",Jadi Rakyat diabaikan.Just look at Stamford,Did Chua Soi Lek protect the interest of the Rakyat.Enakmen ditukar untuk melanun.They should all be brougth to justice for Breach of Fiduciary Duties and Trust.Dato',you are spot on "Mana Ada Tangan Lagi"
That donation to Alleycats was not sincere. It was an image building exercise. To show the people that we have a very kind PM.
An intelligent Malays is one who sees the DAP as a Malaysian party that is NOT against the Malays.
Only the closed Malay mind fears the DAP.
The Prime Minsiter of Malaysia, Najib : I help you , you help me !!
inikah jenis PM yg berkaliber ??
Bro Sak,
"Rakan2 bertanya kepada saya, kenapa masuk DAP?"
Kenapa Melayu dibawah UMNO tak maju2 sampai sekarang? Kerana mereka hidup dalam penafian. Melayu dibawah UMNO hanya menganut 'ugama' tapi bukan mengamal 'nilai' Islam - yg berpaksikan kesaksamaan, keadilan, ketelusan & kemajuan.
Sila kemukakan satu tokoh UMNO yg. ber'ugama' Islam yg boleh dicontohi yg mengamalkan nilai2 Islam tersebut, kalau ada!
Hakikatnya lebih ramai tokoh2 & parti2 bukan Islam yg lebih mengamalkan nilai2 sejagat yg. mulia ini. Dalam konteks ini, negara2 maju termasuk Singapura lebih 'Islam' drp Malaysia yg. ditadbir UMNO - itu pasal negara2 ini teramatlah sangat, lebih maju daripada Malaysia yg. menganut ugama Islam, tapi tidak mengamalkan nilai2 Islam, malah juga masih menyembah manusia, gelaran & UMNO.
~ If you don't review your tradition, you are at best, its prisoner; and at worst, a bigot. ~
@Loud Despair
Askum Dato Ariff,
Saya org melaka, boleh x bg komen tentang umno melaka,CM ali rustam baru2 ni berucap d masjid negeri b4 solat raya aidilfitri, pjg lebar mengenai pntdbiran nya, n jwpn balas tntg peminjaman wang zakat utk membina kompleks agama islam melka, tp dia kata kemudiam kerajaan bayar beransur ansur. Dia juga kata kadar kemiskinan melaka skrang ialah 0.5% n kadar pengabgguran 0.8%. Dia ada juga kata melaka yg terbaik seluruh malaysia. Saudara mara sya org kuat umno lama, latest news saya dgr even TYT pn dh xsuke CM Ali, n org umno sndri xsuka dia, mereka sume nk tukar CM baru, sy yakin bhwa Ali rustam akn jatuh kali ni, tp sejauh mana kekuatan PR(esp Dap) di melaka, sbb Dap yg ada kerusi Parlimen di melaka. Berdasaarkn laporan The Mole barU2 ni, mereka kata PR susah nk masuk melaka sbb PR baru ada 1 kerusi parlimen di dlm melaka. Apa komen dato? Tq:)
Askum dato,
Saya org melaka, baru2 ni CM Ali Rustam ada beri ucapan pjg lebar b4 solat aidilfitri di masjid negeri al-azim, dia cerita ttg pentadbiran melaka dibwh nya, antra katanya 'kadar kemiskinan di melaka ialah 0.5% n kadar pengangguran ialah 0.8% n melaka negeri terbaik di malaysia.' Dia juga mnjwb tuduhan wang zakat yg dipinjam oleh kerajaan melaka utk bina kompleks agma islam melaka n skrang kerjaan melaka sdg bayar balik secara ansuran.' Semua ini di katakan dlm ucpan di masjid negeri, kami semua dgr sbb kami ke masjid utk solat raya.
Keluarga saya boleh dikatakan org kuat Umno lama, n ada ahli keluarga saya bekas org besar di melaka. Apabil hari raya, biasalah semua cerita termasuk politik, kata mereka CM Ali tahun ni akan abis, org umno xsuka dia, n even org Atas melaka pn xsuka nya, katanya sbb dia dh lama sgt jd CM, sy xtau klo ada sbb2 lain. Antara masalah yg saya boleh teka ialah masalah tender2 yg adun amik lh kan,betul ke tidak sy xtau.
Berdasarkan The Mole baru2 ni PR susah nk masuk Melaka sbb Dap je pn yg ada kerusi parlimen itu pn satu je, tp klo umno melaka duk gaduh, susah lh dieotg nk hold. Tp sy kurang tahu kekuatan PR di melka, Dap kuat di bandar, n pas ada kuat di beberapa kwsn kampung. Harap Dato boleh bg komen mengenai melka. Mungkin akan entry ke pasal melaka :) sekian slamat hari raya maaf zahir batin :)
Salam Dato Sak dan Selamat Hari Raya to you,your family and your readers.
I can't but laughing reading your article, pecah perut br..
You said very well indeed.
May Allah guide us all.Ameen.
Dato'
Glad that you're back. It is obvious that the spinning done by our local media just simply fails, and the domino effect is imminent.
Salam.
Observer
UMNO sokong MCA menentang HUDUD...MCA kamikaze, UMNO nak ikut sama....sailang?
Harap di pilihanraya akan datang, kerusi kuat MCA di Pahang dan di negeri lain akan dikuburkan.
Karier sesuai tuk menteri mca masa depan:
Leow Toong Sai boleh jadi pekebun durian di Bentong, pasal tanah sesuai tuk durian baka kualiti mao sang.
Yean Yean balik Raub tanam sayur, pasal dah lama berpengalaman.
Kok Hai boleh jadi towkeh restaurant cina
Soil Leg buka gerai jual vcd produksi sendiri
Dato,it is always good when the festive seasons are here.They allow us all an opportunity to meet families,relatives,neighbours and old friends of the kampong or hometown.Hope you have a lot of enjoyment and rest,with time to recharged the batteries.
Umno/BN sure will lose some seats in Pahang.It is just a matter of how many more seats they are going to lose this time around.
But what the people of Pahang and Malaysians alike will be watching, is how the traitor Liow Tiong Lai will fare in his re-election.This is a man of the lowest standard,with his boss the porno actor CSL who are so willing to sell their dignity to protect the attackers of a women's hospital,by lying their asses off.Just because they wanted to lick the asses and carry the bolas of their political masters.
Many people including BN supporters will be cheering,the second it is announced that he has lost.No body wants to have a traitor who tries to protect war crimes criminals,especially one happening in their own country.One has to wonder if his spouse would even trust him with the family pet.
Najib has strayed away from whatever principles he has left.This man is so desperate that he thinks that by giving RM100k to a deceased bandboy's family,because the house burned down will buy him the Indian community's sympathy votes.And it will be no surprise,just before the elections that the thambi Moothy,will be screaming his lungs out for Najib and Umno.The perception among Umnoputras is that the Indians can be taken for granted if they are offered the right carrots.It is high time the Indians decide for themselves,stand up tall among all Malaysians and be counted.
salammm !! wat zupp bro ???
me feeling no good lah when carlpal sing says sometin like that !!!
coment a bit about your buddy bro ,,dont tell me you agree on what he says !!!?? leceh lah kalau macam tuu!!
Eid-Fitri for U from
ALL the atas pagar peeps !!!
kepada( sak ), kenapa masuk DAP?"
1.Sila kemukakan satu tokoh UMNO yg. ber'ugama' Islam yg boleh dicontohi yg mengamalkan nilai2 Islam tersebut, kalau ada!
2.Hakikatnya lebih ramai tokoh2 & parti2 bukan Islam yg lebih mengamalkan nilai2 sejagat yg. mulia ini. Dalam konteks ini, negara2 maju termasuk Singapura lebih 'Islam' drp Malaysia yg. ditadbir UMNO - itu pasal negara2 ini teramatlah sangat, lebih maju daripada Malaysia yg. menganut ugama Islam, tapi tidak mengamalkan nilai2 Islam, malah juga masih menyembah manusia, gelaran & UMNO.
YA ALLAH !!! JGN TERSASAR BRO !!
Dato,typo error.Last paragraph.
It should read 'The perception among Umnoputras is that the Indians can be taken for granted if their leaders(moothy for one)are offered the right carrots.
Saya ada kawan saya dari Pahang.Dia ini saorang engineer ,anak Felda.Dia bukan ali mana mana party tapi berfikiran objective.
Saya bertanya bagaimana dengan Pilehan Raya ini,Dia kata dia tidak tahu sangat kawaan kawasan lain di Pahang tapi bagi kawasan kawasan Felda BN akan kalah semua kerusi.Saya bertanya kenapa.Bukan kah orang Fedla mendapat bonus 15 ribu hasil listing Fedla Global.
Bila sebut listing Felda Global dia terus marah.Katanya Najib telah mengadai masa depan peneroka Felda.Sabelun lising orang Felda memileki 100 peratus ladang nya sekarang hanya tinggal 40 peratus.Orang Felda hanya diberi sabanyak 800 saham.Pengerusi Felda TS Isa dapat 180 ribu saham,malah pelabor bumiputra yang bukanpeneroka yang berdaftar dengan MITi pun mendapat 30 ribu saham saorang.
Tanah Peneroka telah di sewakan kapada Felda global dengan kadar hanya 700 ringgit saekar satahun.Pada hal satu ekar tanah kelapa sawit Felda memberi hasil berseh sabanyak 2000 rgt satahun.Ini kerja bodoh.
Sekarang ini tanah Felda yang dekat bandar yang bernilai hampirvsatu juta satu ekar,sudak idak ada nilai kerana tanah ini sudah di pajak 90!tahun,jadi Peneroka sudah tiak oleh develop tanah nya.
Wow.Dia kata Tun Razak mengujudkan Felda tapi anak nya Najib telah menjahanam kan Felda kerana tamak orang UMNO.
Bro 22 August 2012 03:05
Takkan mengucap aje.. Berilah contoh!
~ Kepercayaan memberi kita ketenangan; pengetahuan memberi kita penyelesaian. ~
@ Yang Naik Saksi
"Kera dihutan Najib susukan, anak dirumah, Najib biarkan."
This 1 statement & sentence sums it all up. Najib is only worried about HIS personal image AND financial benefit. Notice that even Rosmah has to fight to have HER own image propped up by herself/own PR team.
Post a Comment