Cara UMNO memuliakan Peneroka.
Dr Mahathir
sekarang sibuk beri taklimat kepada ADUN2 dan MP2 BN di Yayasan Perdana. Tidak mustahil
PRU diadakan ketika orang menunaikan haji. Mahathir pernah lakukan begitu. Dan jika
dia jadi pengarah PRU kali ini untuk UMNO, kita boleh expect PRU bulan Oktober
2012. Orang UMNO sambut baik penglibatan Dr Mahathir dalam menentukan masa
depan UMNO.
Walaupun bukan
dia yang bertanding, dia yang lebih gusar. Tapi kita tidak hairan. Walaupun dia
bekas PM, hendak jadi perwakilan bahagian nya sendiri dia tak mampu. UMNO-
kalau dia tak berkelahi dengan parti2 lawan, mereka berbunuhan sesama sendiri. Sebab
itulah, Najib tak dapat selesaikan pemilihan calun lagi. Semua orang merasakan
dia winnable sama seperti Najib dan Muhyidin.
Nampak nya,
dia yang lebih takut UMNO/BN kalah dari Najib. Selama 22 tahun UMNO itu
Mahathir dan Mahathir itu UMNO. Maka jika UMNO tewas, legasi Mahathir akan
berkubur sama. Perniagaan Muhkriz, Mokhzani dan Mirzan akan terancam. Segala kepentingan
bisness Mahathir yang menggunakan proxy2 pun akan terbongkar. Segala pembohongan
dan silap mata yang dia dan UMNO lakukan akan terburai.
Mengundi dan
menyokong UMNO ertinya kita menyokong rasuah, penzaliman, pemerintahan ikut
nafsu sendiri, penderitaan dan seumpamanya. Rakyat mesti bangkit dan kata cukup
lah. Apa yang Najib lakukan sekarang semua bertujuan menyelamatkan diri. Sebab itu
dia bayar sini dan bayar sana.
Bila pemimpin
UMNO menuduh negara kan huru hara kalau PR mengambil alih, mereka hentam
keromo. Memberi blanket statements sesiapa pun boleh. Cuba beri penghujjahan. Mengapa
negara huru hara dan hancur? PR ambil alih, jentera kerajaan milik rakyat tetap
ada. Penjawat awam tetap kita kekalkan. Insitusi kepolisian dan penjaga
keamanan dalam negeri tetap ada. Tentera melindungi dari ancaman luar tetap
kekal. Institusi pengadilan dan kehakiman tetap ada. Bermakna semua struktur
berkerajaan tetap ujud. Ia nya semua bukan milik UMNO. Yang tidak ada ialah
UMNO sahaja.
Janganlah UMNO
menyangkakan bahawa hanya mereka sahaja yang pandai mentadir dan mengurus
negara. PR telah menunjukkan prestasi lebih baik daripada negeri2 dibawah
perintah UMNO/BN. Dengan bakat yang ada dalam UMNO hari ini, budak tingkatan 5
pun boleh buat lagi baik. Jadi, kalau UMNO kita Sadaqallahkan, tidak jadi
mudharat kepada kita. Jangan ragu dan bimbang. Tamatkan riwayat perasuah,
perompak dan pembuli rakyat.
Yang bimbang
dan ragu ialah Najib dan Mahathir. kita akan bongkarkan segala kemungkaran yang
mereka lakukan. Setiap sembahyang 5 waktu, kita menyebut `Auu-zubilla-himinassyaitan-nirrajim.
Kita mohon lindung dari syaitan yang kena rejam. Erti nya, kita mohon lindung
dari UMNO dan BN, parti Iblis dan syaitan.
Tanggung jawab
setiap rakyat, Melayu, Cina, India dan semua bangsa Malaysia ialah satu sahaja.
Menukarkan kerajaan yang jahat dengan kerajaan yang baik dan yang kita boleh
kawal mulai hari pertama. Antara puak syaitan dan puak baik, akhirnya puak baik
akan menang. Oleh kerana Mahathir sudah mengaku bahawa golongan UMNO/BN adalah
syaitan- mereka adalah golongan kuasa hitam. Between good and evil, the good
will triumph. UMNO menyebelahi golongan perasuah, penyalahguna kuasa, perogol,
dan penzalim. UMNO berada disebelah penindas.
Pengundi bertanyalah
kepada diri sendiri. Kita menyokong penindas atau mahu berada dipihak yang
memerlukan pembelaan.
Anak2 felda
mesti beritahu ibu bapa mereka betapa peneroka felda dihina. Najib kata dia
memuliakan peneroka. Kerana mulia lah maka, peneroka yang berjumlah 112,635
orang mendapat 810 unit saham setiap keluarga. Jumlah saham FGV yang
diperuntukkan peneroka ialah 91.2 juta unit saham.
Agihan nya
ialah seperti berikut:
kategori
|
Unit
saham(juta)
|
MITI
|
419.5
|
Pebadanan,
institusi
|
1495.8
|
Orang
ramai( Melayu dan bukan Melayu
|
73.0
|
peneroka
|
91.2
|
Perkerja
felda
|
109.4
|
JUmlah
ditawarkan
|
2,188.9
|
Peneroka dan
perkerja Felda dapat 5.5% dari saham yang diapung. Mengapa tidak 30%? Mengapa tidak
majority jika peneroka dimuliakan? Mengapa saham diberi kepada kroni UMNO? Mengapa
kepada mereka yang tidak kena mengena dengan Felda? Kenapa tidak sebahagian
besar dari saham tersebut? Itu tidak menjadi masaalah jika Felda membiayai 100% bukan?
Jawab nya
ialah peneroka hanya dijadikan alasan untuk merompak negara oleh puak UMNO. Nama
peneroka diguna oleh UMNO menopengkan samun dan rompakan yang dilakukan oleh Najib
dan geng2 nya.
Peneroka dapat
91.2 juta saham. Kroni UMNO dan penyokong MUkriz dapat 419.5 juta saham. Berani
atau tidak Kementerian Perdagangan mengeluarkan senarai penerima MITI approved recipients?
Dari apungan
ini berapa peneroka dapat?
Kalau dia
jual ketika harga saham mencecah RM 5.55 keatas, maka dia dapat RM810. Jika pembelian
itu dibiayai dengan pinjaman setelah bayar yuran pinjaman RM200, maka untung
bersih peneroka yang jual pada RM5.55 keatas dapat RM610.
Kalau dia
jual pada harga RM5.02 seperti sekarang bagaimana? Dia hanya dapat premium 47
sen. Maka untuk 810 unit, untung kasar ialah RM380. Tolak RM200, untung bersih
ialah RM180.
Setelah membanting
tulang dan menjadi kuli batak UMNO selama 56 tahun, nilai peneroka yang
dimuliakan sangat oleh Najib ialah RM610 hingga RM180. Ambillah angka purata
dua nilai ini, dan kita dapati nilai peneroka Felda setelah 56 tahun sebanyak
RM390 seorang atau RM7 setahun.
Tu dia,
kemuliaan yang Najib beri kepada peneroka. Setiap tanah yang peneroka miliki
dalam tanah rancangan dibayar melalui titik peluh mereka. Tanah ladang dan
rumah di bayar setiap sen barulah dapat hak milik. Kerajaan mendahulukan
pembelian dan perbelanjaan. Tapi semua nya dibayar semula. Jadi tidak ada
percuma datang dari kerajaan. Oleh kerana itu peneroka tidak perlu taksub
kepada UMNO. Bukan dia beri percuma.
Perkerja felda seramai 3835 orang akan
mendapat 28,368 unit seorang. Jika Isa Samad perkerja Felda, mustahil lah dia
pun dapat 28 ribu unit. Dia pengerusi. Bekas MB pula. Tentulah dia dapat lebih.
Dan mustahil Mukhriz Mahathir tidak mengagihkan saham kepada Chairman Isa.
Najib hanya
memuliakan peneroka selagi mereka menyokong UMNO. Dia tidak muliakan kerana
peneroka jual FFB kepada kilang Felda dan Felda perah minyak serta perah rakyat
untuk dapat untung. Itu secondary importance. Yang penting, Felda kena sokong Najib dan UMNO. Itu lah sahaja yang menyebabkan peneroka dimuliakan sangat
oleh Najib. Sebagai simpanan tetap UMNO.
Read more...