Tengku Razaleigh Hamzah aka The Hermit of Langgak Golf Speaks in Parliament- Finally!
HUTANG NEGARA, DEWAN RAKYAT DAN
TANGGUNGJAWAB KITA
Ucapan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen
Gua Musang Di Sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa, 17.3.15
Pada 30hb
Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa
pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan
negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.
2. Saya
mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi
berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang
bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu,
sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara
serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat
bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.
3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan
ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat
bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna
Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik
yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan
menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan
rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan
mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang
apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara.
Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara
sekarang ini.
4. Tidak dapat
dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan
ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.
5. Yang saya
maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat
dan hutang isi rumah.
6. Kerisauan
saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh
menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak
mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi
apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan
kenegaraan Malaysia.
7. Sekaligus ini
mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan
Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan
ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.
8. Berpandukan
ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui
sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap
rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar
keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam
menentukan sebanyak manakah hutang
tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta
memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang
negara.
9. Oleh kerana kita mengambil berat akan
hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita
berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan
rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon.
Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita
berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli
Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala
maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga
bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang
Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat
jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan
kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus
dibebankan.
10. Di atas
perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober,
2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan
ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung
beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST
dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.
Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan
ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang
dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.
11.
Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan
munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita
semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST
perlu pada ketika ini.
12. Sekiranya
sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati
munasabah tentu sekali kita dapat
bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu
berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.
13. Sayugia
diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4
peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani
hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya
kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana
ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang
negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan
diperkatakan.
14. Juga
merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusiinstitusi kewangan yang
terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadananperbadanan tertentu. Dalam
hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan
KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang
dibebankan dengan pemberian pinjaman.
15. Dengan
sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan
izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara
kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekalikali tidak harus berada dalam
keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa
pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara
ini mungkin telah diterima oleh Dewan
Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.
16. Satu perkara
yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak
boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti.
Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu
dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat
mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini
hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan
melalui Akta Parlimen.
17. Kini kita
sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan
ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan
menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan
penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama
lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan
kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.
18. Keadaan ini
memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam
perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun
bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali AhliAhli Yang
Berhormat sekelian.
19. Kita sedang
mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar
untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat
telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di
luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan
dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi
berperlembagaan.
20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat
sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada
hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan
yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat
kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan
keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak
berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama
kepimpinan parti.
21. Tan Sri Yang
Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita
membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara
hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima
atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun
mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga
bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri
untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.
17 comments:
Fine words and sentiments but why did he take so long to finally speak up? A day late and a dollar short, in my opinion.
Dear Sak,I was in Crystal Crown Hotel on Sunday n I ask Rafizi how much we the rakyat will lose over I MDB.
His and Tony Pua opinion is that we The Rakyat will lose between RM15 to 20 Billion.
Now we have Pembinaan PFI who loan RM 20 Billion and tak pernah
bayar balik satu sen sehingga sekarang.
All this money telah DICURI OLEH UMNO.
As i always said THE GOVT OF MALAYSIA UNDER NAJIB WHO TAKUT BINI,ORANG dan HANTU is BANKRUPT.
I taught Pak Lah was TERUK But Najib LAGI TERUK and he spolit the name of TUN RAZAK.
Why do you think he finally find the courage to speak out. A real opportunist !!!. Surprisedly it is only after Anwar's incarceration only do we see ,hear, and now the loud and blur speeches of condemnation by this particular NATO ( no action and talk only ) man on his own party. It is very obvious he holds the notion on his self and make belief that it is the right time to let others know about his self existence and a future PM material. When the row erupted between the "Pakatan Parties" on who to lead as PM if the Pakatan were to take over the Federal, some country bumpkin who is a simpleton put forth his name and this has led him to think he is the "chosen one" and also prodded him to act now or never. With the 1MDB and Umno internal concerns provided him the spring board to launch the "massacre" of his weak opponents. What can you make out on this kind of character. When he is need to be at the forefront where everyone else is in concerted effort and his voices are much a needed weight to put the country back into proper perspective against the corrupted Government ....well he chose to be a self impose hermit as you describe. An opportunist is self centred person void of understanding humility let alone practising humanity. Do not place too much in his fleeting courage as when the going gets too tough the wannabe tough gets going ( to oblivion ).
Salam
PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja
ketua bhg 154 org ada sokong you.
you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja.
tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.
selamat bertugas DS Najib
Why did we not vote them out?
And we get shorter by a lot more dollars.
Lawaklah Anon 23:19
Tp betul jugak, DS Najib perlu jaga ketua bhg UMNO jer, 30 juta rakyat Malaysia yang lain boleh bersedia utk bayar GST.
Ku Li ni Cintakan UMNO BAru lebih dari negara Malaysia..... tak relevan lagi...cakap manis macam Sultan Perak....
Bila rakyat Lapar dan Marah...harap tahu bangkit dan Focus rumah dan Tempat Tinggal Ketu2 UMNO-BN dan sesiapa dari Golongan ELITE UMNO yang telah JAHANAMKAN negara selama 60 tahun...
You are best of the best... Syabas
"Tengku Razaleigh Hamzah aka The Hermit of Langgak Golf Speaks in Parliament- Finally!"
Dato'
Soon we can expect to see this...
"...Dubbed ‘the Imelda Marcos of the Arab world’ because of her lavish lifestyle and love of designer clothes, Leila Trabelsi is said to have demanded the gold last week as President Zine Al Abidine Ben Ali’s regime collapsed.
The chief of Tunisia’s central bank initially refused but Ben Ali, 74, personally intervened, and she flew out with the bullion as she joined him in exile in Saudi Arabia.
"Wife of Tunisian president fled riot-torn country with 1.5 TONNES of gold..." - http://www.dailymail.co.uk/news/article-1347938/Tunisian-presidents-wife-Leila-Trabelsi-fled-riots-35m-gold-bars.html#ixzz3UexrrBPq
You be the judge.
Cheers.
I don't know, bro, but I certainly did my part in PRU11 and PRU13.
"Tengku Razaleigh Hamzah aka The Hermit of Langgak Golf Speaks in Parliament- Finally!"
Dato',
I rather like the word..."Finally!"
Remember the old case...B.F?
Cheers.
Assalamuallaikum semua....
Saya cukup bersetuju dengan cadangan YB Tengku.
GST masih dalam kesamaran tentang tujuan sebenar. Oleh itu mesti ditangguhkan atau dimansuhkan.
Buat masa ini kita sentiasa dimomok-momokkan dengan GST itu membantu rakyat yg kononnya akan mengurangkan pembelanjaan dan memfocuskan kepada needs. Tapi setakat dlm bulan ini, surat2 pemberitahuan dari syarikat berbentuk service sudah diterima mengatakan pembayaran BERTAMBAH sebanyak 6%. Antaranya IWK, health insurance, motor vehical insurance dan sebagainya.
PERSOALANNYA:
1) Adakah selama ini syarikat tersebut TIDAK membayar tax kepada kerajaan?
2) Adakah ini merupakan 'loop hole' untuk Syarikat mengaut keuntungan atau 'instant profit'?
3) Dimana yg dikatakan 'membantu rakyat'?
4) Sebab GST pon masih samar... takkan disebabkan negara lain gunakan GST, kita pon nak ikut tanpa usul periksa?
5) Adakah ini cara yg halus untuk MEROMPAK rakyat?
Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan doa orang yang disakiti itu makbul.
This gomen is good for Cheating, cheating and cheating some more. 30K rakyat belakang sold out tak bolih tampal
Fairuz Lee, 17 March 2015 at 22:13
The only person "loud and blur" is you bro.
Sya lebih suka dan Harap Ku Li boleh Masuk DAP...Jadi Ketua Pembangkang....Lepas tu Bawa Masuk Lagi 30 MP dari BN masuk DAP.....
SERTA MERTA MAMPUS UMNO-BN....
Tapi ini mimpi aje.....Ku Li ni Macam Harap Pegar Jaga Padi....
Kita mesti Teruskan cari jalan baru..Jalan REMAJA...Jalan UBAH yang Iklas!!..>Harap Ekonomi Malaysia Tumbang dan Matawang Ringgit Runtuh........hutang negara $1 Trillion....Orang Asing Lebih Banyak dari Orang India....apahal ini terjadi...kena tengok Agenda UMNO-BN suka sangat Orang Asing bukan Warga Negara Malaysia...sebab senang buat mereka Lakukan keganasan kerana mereka Perlukan Duit...sedikit $$$ saja boleh Kau Tim Mereka buat Huru Hara....Islam, Koran bakar, babi kat masjid...dan lain2
He is in high with daun ketum
Why is there so many question on his 'Finally'. However this is just just my take, Ku Li is already 77 year old, rich & comfortable not as young as in 1987.After some hard thinking & coaxing & he decided to make a last comeback,this is probably his last term as MP, he knows he is Old. This is Najib lowest Ebb .As a Dedicated son of Malaysia, he has to Answered Positively, the Final call by the Nation to set the Nation straight again.This he knows is his Final Chapter in his Sejarah.! Syabas Tengku Razaleigh..
Post a Comment