Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 25 March 2015

Memahami Isiu hudud-bahagian 1



PAS kena tipu dengan UMNO- sekali lagi.

Sudah ada tanda2 PM Najib dan UMNO tidak akan sokong bill Hj Hadi bulan Mei ini. Mereka akan kata –kita tak tolak hudud tapi kita tidak mampu lagi. Dan ada kebenaran dalam apa yang mereka katakan.
Seperti kata bekas mufti al azhar, Sheikh Ali Jumaah, zaman ini tidak melayakkan aplikasi hudud. Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Mungkin itulah sebab nya- tapi sebagai makhluk politik, tindakan kerajaan Najib tidak dapat dipisahkan dari konotasi politik. Realitinya, hudud diasosiasikan dengan rejim kuku besi, negara yang mundur, miskin, pemerintah yang menindas dan zalim- Najib tidak akan mahu Malaysia dianggap demikian. Dalam bab ini, saya kena setuju.
Saya tidak fikir kita mahu Malaysia menjadi seperti negara2 yang melaksanakan hudud seperti Pakistan yang setiap hari kita dengar berlaku honour killing, Sudan sebuah negara yang hancur lebur dengan kemunduran, perang saudara dan kemiskinan. Bahkan macam Saudi Arabia yang kaya raya tapi penduduk tertekan dan tertindas dan golongan elit kaut segala kekayaan dan menggunakan hudud untuk menekan dan menindas.
Secara amnya, negara yang mengaplikasikan hukum hudud adalah antara negara yang paling mundur dan miskin.
Ini semua mendatangkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri- yakni Islam dikaitkan dengan segala kemudharatan dan musibah masyarakat. Islam juga dikaitkan dengan keganasan, pancung kepala, sula, honour killings, bom sini dan bom sana. Bentuk2 kezaliman dan keganasan ini mendatangkan fitnah kepada agama kita sedangkan Islam itu agama selamat dan kasihkan umat.
Dalam keadaan dan persekitaran yang demikian, adakah ianya langkah bijak untuk melaksanakan hukum hudud?
Saya sebagai orang awam, yang cuba menghidupkan Islam dalam kehidupan harian setakat termampu, bertanya, priority kita atau keutamaan kita – adakah ianya melaksanakan hukum hudud?
Saya tahu ada hujjah memakai prinsip fiqh aulawiyyat dalam hal ini; saya memilih untuk merumus aspirasi orang awam yang bejantung, berdenyut dan bernadi itu. Apa yang mereka mahu dari hidup ini? Apa yang orang Islam awam mahukan?
Orang awam Melayu Islam mahukan kehidupan yang makmur- ada perumahan,ada pendapatan, anak2 berpelajaran, ada kerja, ada maruah, ada masjid dan surau. Dapat berpuasa, beribadat dengan aman, takde orang kacau agama Islam, dapat dengar tazkirah, dapat puasa, dapat naik haji. Ada system kehakiman dan keadilan- mereka tak serabut fikiran pun memikir system kehakiman apa yang kita pakai. Asal sahaja system itu mendatangkan yang maaruf dan menjauhkan mungkar.
Saya tahu orang PAS tidak suka dengar ini- orang awam tak rasa tidak apply hudud, mengurangkan Islam mereka. Jadi mengapalah PAS meletakkan ini sebagai perkara yang terpenting?
Sekarang ini kita orang Islam pun hidup dengan beberapa hukum syariah yang ditadbir oleh mahkmah syariah dalam setiap negeri. Syariat Islam sudah ada, dan amalan agama Islam dalam negara kita, saya rasa memadai dengan level kesedaran beragama negara kita. Saya tidak fikir kalau kita tangguh hukum hudud, Islam kita, aqidah kita akan goyang.  
Saya rasa tidak guna dan pointless berdebat dengan PAS mengenai konsep hudud itu sendiri. Mereka pun mahir dalam perkara ini – saya tidak akan gunakan hujjah- oh ini hudud PAS maka kita tak sokong. Saya percaya PAS mempromosikan hudud Allah itulah jua dan saya tidak terimalah tuduhan mengatakan PAS pandai2 buat undang2 sendiri. Perkara agama ini, bukan kita boleh main2.
Soalan yang kita tujukan kepada PAS hanyalah adakah melaksanakan hukum hudud ketika ini, dengan keadaan masyarakat Islam begini rupa, akan further the cause of Islam atau menambahkan fitnah keatas Islam?
Saya rasa tugas dan keutamaan kita yang paling hadapan ialah menghilangkan fitnah keatas agama Isam sebagai agama orang miskin, negara miskin, negara mundur, negara ganas, negara buta huruf, negara paling berpenyakit.
Dalam keadaan yang meragukan, kita mohon pada Allah, (bukan daripada PAS), kita mohon tangguh dahulu perlaksanaan hudud. Orang awam sudah puas jika boleh melaksanakan syariat Islam, boleh sembahyang dengan tenteram, boleh buat masjid dan surau, boleh berpuasa, bayar zakat, menjalankan rukun Islam dan rukum iman, boleh belajar agama, berada dalam aman damai. Orang Melayu yang beragama Islam hendak juga menikmati kekayaan, pendapatan yang lebih tinggi, kesihatan yang lebih baik, perumahan yang lebih baik, dan sebagai nya. Selepas perkara2 ini, sebagai orang Islam, kita semua mahu selamatkan Islam dari pelbagai fitnah.
Saya rasa kita mesti mengutamakan perkara2 lain. Sebab itu saya rasa bill yang mahu dibentangkan oleh Haji Hadi bukan masanya. Oleh yang demikian, elok saya nyatakan seawal ini, saya tidak akan menyokong bill Haji Hadi. 
Kita tidak hendak bertelagah dengan orang pas pasal hudud. Kalau nik amar atau lain hendak lebih dari apa yang orang awam hendak- kita tak sekat meraka. Solusinya simple- dapat kuasa melalui proses demokrasi, bentuk negara Islam, bangunkan keadilan Islam dan laksanalah hudud setelah itu.Untuk menjayakan agenda itu, PAS mesti menyertai permufakatan mengnyahkan BN dari Putrajaya.

29 comments:

george choo,  25 March 2015 at 11:20  

Saya seorang rakyat biasa sangat hormat ugama Islam tapi saya tak hormat HADI.
Hadi terhutang budi kepada najib kerana bila Hadi masuk hospital kat Istanbul,NAJIB Mengarah Duta Malaysia ke Turki menolong Hadi yang sakit.Itu perkara baik.
Menolong rakyat Malaysia di Turki adalah tanggung jawab Duta tetapi
dalam kes ini Hadi diberikan bantuan istimewa oleh kerajaan dan ini menyebabkan Hadi terhutang kepada Najib.
Banyak kali Umno telah MENIPU PAS
menyebabkan TOK GURU marah dan tidak suka pada Umno.
Kini,TOK Guru NO MORE,untuk PAS no problem ditipu oleh UMNo sekali lagi.
This is Malaysian politics.
Kesian kepada Khalid Samad,Mat sabu,Husam,Dr Zul,Hatta Ramli,Sepang HANIPA dan banyak lagi ahli pas.
This will not be the last time UMNO tipu PAS.

Anonymous,  25 March 2015 at 12:19  

Nak rejam org berzina ..tapi bila pasangan nak kawin disusahkan.Dari hataran sampai ke kenduri kendara..semuanya cekik darah. Apa pilihan yg ada kumpul duit berpuluh ribu atau berzina.

Sama juga nak potong tgn pencuri.. Jika tuhan dah izinkan kita ambil hasil buminya kenapa disekat org dari meneroka hutan.? Kenapa tak bagi rakyat melombong emas? Patutnya bantu org miskin bagi dia tanah untuk pertanian. Tak bagi pun.. Berdosa ke

Anonymous,  25 March 2015 at 12:31  

Damage already done PAS is sinking fast

dt rahman pekan 25 March 2015 at 12:36  

yb dato,

ilmu saya dlm agama terutama islam masih cetek.(masih berusaha mandalami nya). dari fahaman sya syariah bermakna perintah Allah swt (GOD'S LAW). sama ada hudud termasuk dalam rangkuman syariah masih lagi d perdebatkan - apatah lagi hudud versi PAS.

namun sya yakin sepenuhnya bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan merangkumi setiap aspek kehidupan kita d atas bumi ini. olih demikian tak mungkin ianya bolih ujud tanpa memberi panduan terhadap kesalahan2 jenayah.

Negara kita yg mempunyai umat terpelajar yg ramai bolih sama2 memikirkan cara terbaik utk merangka panduan2 bagi melaksanakan hukum syariah yg 'comprehensive' dan 'total' tanpa pengaruh politik.

jika kita berjaya (insya'allah) maka ia nya bolih d jadikan asas untuk dicontohi olih negara2 islam yg lain.

wallahualam

Anonymous,  25 March 2015 at 15:39  

cakaplah apa pun! yang penting semasa pengundian di parlimen nanti adalah wajib ahli parlimen islam mengundi menyokong!

pilihlah kepentingan parti atau akidah terhadap Allah!menolak hudud bererti menolak hukum Allah!

menolak hukum allah adalah kafir!

fikir2kan lah! mati tak tentu!

ini nasihat ikhlas dari hamba Allah!

Anonymous,  25 March 2015 at 18:10  

I disagree dato, your party should not be in cohort with a party hell bend to implement their hudud which benefit nothing for the people in Malaysia. I think the chinese will be stupid to vote pas again as pad have shown their true color. Even the moderate Muslim should not put these taliban at the doorstep of the parliment. They have no idea how to govern the country but only wanting to cut hand and stone people to death.

Anonymous,  25 March 2015 at 18:15  

Senang betul jatuhkan hukum kafir. Adakah manusia sekarang dah ambil alih tugas Allah. ? Dah pastike terus masuk syurga nanti.

Anonymous,  25 March 2015 at 18:29  

..why do Hadi and this so-called Pas ulamak are so obsessed in passing a law to inflict punishment on other people..when sinners/offenders will be eventually punished by God himself either in this world or in the hereafter if he does not seek repentance or forgiveness???

If they think this Hudud Pas is in fact Hudud-duAllah, then apply and enforce it first on themselves, and their family members or supporters...that is the more righteous way to do things...in the eyes of God.

As far as Allah is concerned, even if you commit the most detestable acts of fornication, murder or taking others as God, he is most compassionate and oft-forgiving...if the sinner or offender repent then Allah will not punish him..even if he has set His limit( Hudud) of 100 lashes for fornication and cutting of the hands for theft...

Hudud Pas doesn't have all this....forgiveness by God once who have repented...they are so obsessed with killing and cutting off people's limbs...

I think in this Hudud business, Umno has been leading Hadi and his so called politically naïve ulamak up to the edge of the clift... for them to jump down...

myDesignWorld 25 March 2015 at 18:34  

Datuk,

I can't agree more. And I just hope there are still some senses among PAS members to put their priority right.

Bukan kita tak sokong hudud. Tapi agenda keadilan dan kebajikan rakyat patut lebih diutamakan. Macam ada ulat dalam PAS yang sengaja mahu menghancurkan harapan rakyat. Sejak kes TSKI, saya dah tawar hati dengan PAS, especially with TGHH.

Kalau ada snap election, saya takkan keluar untuk mengundi calon PAS. Rasa seperti kena tikam dari belakang je...

Anonymous,  25 March 2015 at 18:35  

HUDUD fail to pass the bill at the parliament is because so called muslim like you sakmongkol. Instead of giving solution to the problem you just make matters worse. In case you haven't notice HUDUD is getting more acceptance from the muslim and non muslim public respectively although it was never highlighted in the press. Thank god the younger generation now is more equip with the ISLAMIC knowledge compare to dinosours like you and mahathir who kept on thrashing on HUDUD mindlessly time and time again. InsyaALLAH the time when HUDUD will be implemented will come soon and people like you and mahathir is a dying breed.

Anonymous,  25 March 2015 at 20:18  

Sebelum melaksanakan hudud,selarikan undang2 syariah di semua negeri,mengapa kita ada banyak interpretasi undang2 syariat di setiap negeri?

Emer,  25 March 2015 at 20:31  

Assalamualaykum Pak Sak

Kemelut yang melanda Pakatan Rakyat khususnya di antara DAP dan PAS bukanlah suatu yang luar biasa. Kenyataan dan tindakan kurang bijak pemimpin tertentu kedua-dua parti senior itu sudah lama berlegar dan 'repetition' sudah boleh di duga. Cuma penyokong tegar mereka yang gagal melihat di luar perspektif perbalahan terbuka tersebut.

Apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan 'tumor' yang tumbuh pada Pakatan Rakyat sebelum PRU13 lagi. Tumor inilah penyebab rakyat mula kecewa dengan PR. Masih belom reda kekecewaan gagal membentuk kerajaan Persekutuan walaupon PR meraih majoriti undi popular, percakaran, cemuh mencemuh dan tuding menuding antara pemimpin yang berlarutan dan semakin membarah itu menambah perit hati pengundi. Rakyat makin muak dengan pertelingkahan umum DAP-PAS-PKR.

Tidak dapat lari dari mengaitkan punca utama bermasam muka adalah disebabkan kedegilan dan keegoan pemimpin-pemimpin senior atau dinasor parti gabungan PR.

PKR dengan Anwar Ibrahim, PAS dengan Haji Hadi dan Geng Ustaz manakala DAP dengan anak beranak Lim. Tidak boleh dinafikan mereka telah banyak memberi sumbangan kepada kekuatan PR dan demokrasi negara terutamanya Anwar Ibrahim yang menjadi 'glue' kepada DAP dan PAS namun mereka jualah punca keretakkan dan barangkali kemusnahan PR suatu hari nanti.

Anwar Ibrahim boleh menarik nafas lega dari dikaitkan dengan kerosakkan yang sedang dan terus melanda PR selepas beliau direhatkan di Istana Sungai Buloh buat kali kedua. Kini jari-jari dan cakap-cakap teralih kepada Haji Hadi dan anak beranak Lim.

Degil dan egonya Haji Hadi dan anak beranak Lim bukanlah perkara baharu.

Kerana ego Haji Hadi memandang rendah kewibawaan Anwar Ibrahim. Ia berlaku semenjak Ketua Umum PKR itu bersama Almarhum Haji Fadhil Noor dalam ABIM lagi. Ego Haji Hadi terbawa sehingga ke hari ini.
(bersambung)

Emer,  25 March 2015 at 20:33  

Haji Hadi merestui rombongan Timbalan Murshidul Am PAS merisik Tengku Razaleigh untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU13 sekalipon pada ketika itu beliau sendiri berarak dan berhimpun bersama-sama pimpinan tertinggi PR mempromosi Anwar Ibrahim sebagai calon PM. Egonya mengundang ketidakpuasan hati pemimpin dan penyokong PKR dan DAP.

Haji Hadi merestui secara bersendiri perlantikkan calon pilihanraya PRU13 yang lazimnya dilakukan Setiausaha Agung sekaligus meyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru antara PKR, PAS dan BN di Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Labuan yang akhirnya memberi kemenangan selesa 0-7 kepada UMNO/BN. Egonya menyemarakkan kemarahan bukan sahaja pemimpin dan penyokong PKR malah penyokong PAS sendiri.

Haji Hadi berdegil mempertahankan Almarhum Ustaz Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah ketika kebanyakkan pemimpin negeri tidak dapat bekerjasama dengan aruah. Kedegilannya mengundang undi mogok dari ahli PAS sendiri sekaligus menyebabkan Kedah kembali ke tangan BN manakala Kelantan kalah undi popular ketika PR meraih 53% undi popular di peringkat pusat dan majoriti besar undi popular di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Haji Hadi berdegil mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ketika PKR memintanya berundur secara berhemat. Malah sekalipon PKR mengemuka bukti bertulis salahlaku Khalid Ibrahim namun Haji Hadi masih berkeras kepala. Urusan dalaman PKR telah menjadi urusan peribadinya. Ketika PKR dan DAP sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penganti dan nama Mohamed Azmin hanya disertakan demi memenuhi tuntutan Sultan, Haji Hadi dikhabarkan menghantar tiga nama lain sebagai calon MB baharu. Tidak cukup dengan itu Haji Hadi mempersenda kewibawaan Presiden PKR, penyokong serta pengundi dengan menuduh Dr Wan Azizah tidak mahir berbahas (tidak bijak sebagai Wakil Rakyat). Kedegilan dan keegoan Haji Hadi telah sampai ke tahap pengkhianatan. Itulah kemuncak kemarahan ramai terhadapnya.
(bersambung)

Emer,  25 March 2015 at 20:34  

Haji Hadi sedar Langkah-Langkah Bijak nya telah bertukar menjadi Langkah Serba Salah. Penasihat beliau tidak kurang ‘incompetent’nya berbanding penasihat Najib Razak. Ramai pemimpin dan penyokong PR kecewa dan jauh hati dengan tindak tanduknya, baik sebagai seorang ulama, Presiden parti mahupon Ahli Parlimen. Kekecewaan mereka tidak dapat dibendung lagi apabila ramai tampil mengkritik corak kepimpinannya secara terbuka.

Tahun ini Muktamar PAS bakal menyaksikan pertandingan semua jawatan termasuk Presiden. Selepas begitu banyak kerosakkan berlaku Haji Hadi memerlukan ‘booster’ meraih sokongan padu perwakilan untuk kekal di kerusi kuasa. Jalan mudah dan selamat adalah dengan menghidupkan semula Enakmen Jenayah Syariah Kelantan. Sejarah mencatatkan isu hudud sentiasa memberi kelebihan kepada pemimpin yang menjuarainya.

Haji Hadi dan penyokong tegarnya sedar adalah sukar PAS beroleh sekalipon ‘simple majority’ di Dewan Rakyat yang akan memberi laluan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. UMNO/BN tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian Haji Hadi. Jikalah benar UMNO/BN mahukan hudud, ianya sudah lama dilulus dan dilaksanakan ketika Abdullah Badawi menguasai 92% kerusi Parlimen.

Hudud bukanlah matlamat sebenar Haji Hadi. Hudud hanyalah senjata politik. Hudud PAS diguna untuk memperlihatkan siapa lebih Islamik dan sudah pasti UMNO/BN sekali lagi berada di kedudukan tidak molek di mata bangsa Melayu beragama Islam sekiranya Najib Razak tidak bersama PAS merealisasikan Enakmen tersebut.

Tuduhan DAP bahawa PAS termakan umpan UMNO adalah separuh benar. Hudud PAS-UMNO mewujudkan sengketa dan memecahbelah PR tetapi Langkah Hudud berjaya mengembalikan pengaruh dan maruah Haji Hadi dikalangan ahli dan memperkukuhkan jenama PAS dikalangan pengundi Melayu luar bandar. Samada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan berjaya dilaksanakan atau tidak, Haji Hadi dan Geng Ustaz tetap menang dan yang kalah adalah UMNO. Kemenangan ini hanya untuk jangka masa pendek.
(bersambung)

Emer,  25 March 2015 at 20:35  

Dalam politik tiada dua jalan atau pilihan yang menguntungkan. Haji Hadi mungkin beroleh semula pengaruh dan kekal sebagai Presiden tetapi PAS bakal kehilangan sokongan golongan professional dan bukan Islam. Datang PRU14 PAS berkemungkinan besar kehilangan kerusi bandar dan campuran. Malah PAS perlu bekerja keras selama 20-30 tahun lagi untuk mengecapi kegemilangan seperti sebelum PRU13.

Betapa Langkah Hudud telah memberi kelebihan kepada satu pihak dalam masa sama memecah belah keluarga besar PAS dan PR serta rakyat Malaysia yang berharap kepada janji-janji Negara Berkebajikan.

Ketepikan persoalan parti dan negara, Haji Hadi berjaya membuktikan beliau lebih bijak dalam perhitungan survival politik berbanding Najib Razak dan seterunya.

Strategi anak beranak Lim sama hebat dengan Haji Hadi. Mereka sedar Enakmen tersebut tidak akan mendapat sokongan UMNO/BN di Parlimen.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng makin hilang pengaruh kepada pemimpin muda seperti Pengerusi DAP Johor dan Selangor. Demi mengekalkan status Mentor anak beranak Lim perlu menjuarai isu. Maka hudud digunakan.

Hudud adalah perjuangan PAS sebelum PR wujud samalah seperti Malaysian Malaysia DAP. Ia adalah matlamat parti. Mana-mana parti pasti akan mengutamakan matlamatnya terlebih dahulu dari matlamat parti lain. Jika DAP boleh berkeras dengan semangat liberalnya kenapa PAS tidak boleh memperjuang roh Islamiknya? Di sini anak beranak Lim dilihat keterlaluan bukan sahaja mereka cuba mencampuri urusan dalaman PAS malah urusan bangsa Melayu dan agama Islam mengguna alasan nasionalisme dan demokrasi.

UMNO disokong Melayu liberal, PAS disokong Melayu konservatif. Yang tinggal untuk DAP hanyalah kaum Cina, India dan Bumiputera Sabah Sarawak yang terpaksa dikongsi bersama lebih 20 parti perlbagai kaum yang lain, termasuk PKR. Untuk menjadi parti Alpha atau dominan dalam PR DAP perlu membesarkan bukan sahaja jumlah kerusi Parlimennya malah sokongan rakyat Malaysia. Menghadkan kewibawaan PAS mampu mengurangkan pengaruhnya di kalangan bangsa Melayu.

Selain itu tentangan terhadap hudud dipertaruhkan anak beranak Lim demi survival parti dan meningkatkan kembali sokongan moral penyokong yang majoritinya kaum Cina beragama Kristian dan Buddha. Ia berjaya mengalih perhatian dan tumpuan terhadap isu sebenar yakni kelemahan mereka di Pulau Pinang dan Selangor.

Inilah politik Malaysia. Baik PR mahupon BN, kedua-duanya ada 'rotten apple'. Penyokong parti sebenarnya tiada masalah antara satu sama lain. Yang menimbulkan ketegangan dan perbalahan adalah pemimpin mereka. Benarlah pendapat sesetengah penganalisa politik, dinasor-dinasor baik di pihak BN mahupon PR harus disingkirkan dari persada politik negara demi Malaysia yang lebih baik. Mereka inilah punca kekusutan dan kemarahan yang menekan rakyat Malaysia.
(tamat)

Joe_88,  25 March 2015 at 21:04  

PAS kena tipu. Kali ini paling besar dalam sejarah PAS.

Ada pepatah orang putih kata, Never make deals with the devil.

Sebelum ini sudah pun dibuat forum, perlembagaan yang sedia ada memberikan rintangan besar untuk Hudud.

Ada seksyen 76A dan artikel 8 perlembagaan.

PAS mengatakan kalau nak mengatasi sekseyen 76A, perlu majoriti mudah tapi baru-baru in menteri undang-undang dan speaker mengatakan 2/3 majoriti. Nak dapat majoriti mudah pun sangat tipis apatah lagi 2/3 majoriti.

Kalau PAS betul-betul nak buat hudud, PAS perlu ambil alih Putrajaya. Barulah boleh laksanakan hudud.

Berbahas soal hudud, halal dan haram tidak guna kalau tidak ada jalan untuk buat hudud.

Ini umpamanya, kalau orang nak pergi ke bulan , bergaduh samada haram atau halal pergi ke bulan. Tapi roket tidak ada.

Ini jadi perjuangan sia-sia. Itu pasal Nazri Aziz mengatakan berbahas pasal hudud kerja bodoh.

suffian,  25 March 2015 at 21:13  

Sebagai individu muslim, tanggungjawabnya melaksanakan rukun Islam dan sebagai pemerintah muslim atau Islam, Hudud wajib dilaksanakan. Krjn PAS Kelantan sekadar melaksanakan amanah yg diberi. Sekadar mengasak sejauh mana usaha ini buleh pergi dan jadi tanggungjawab pimpinan seterusnya utk merealisasikannya.

Anonymous,  25 March 2015 at 21:45  

Kalau nak semua "bersedia" sebelum implement hudud,sampai mampus pun tak akan bersedia.Nanti Lim Guan Eng dah dapat cucu cicit pun dia akan cakap tak bersedia.

Joe_88,  25 March 2015 at 22:35  

Saudara Emer,

PAS adalah anggota Pakatan Rakyat.

Kalaulah ada dalam pengetahuan PAS yang mana Hudud adalah satu perkara yang tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam keadaan di mana PAS terpaksa bergantung kepada BN. Pilihan PAS sepatutnya tidak mengejar Hudud kerana ini akan menyebabkan kucar-kacir dalam PR.

Kalaulah PAS tidak dapat menjalankan Hudud melalui bil ke Parlimen dan dengan tindakan PAS itu merosakkan kerjasama Pakatan Rakyat maka saya rasa kredibili PAS sudah rosak teruk.

Ini satu tindakan "self interest" mementingkan diri gologan ulama PAS untuk terus berkuasa walaupun merugikan Parti.

Saya berharap Parti baru Pasma akan dijadikan realiti dan ambil alih terdiri dari golongan yang betul-betul waras dan boleh memberikan munafaat kepada rakyat Malaysia.

PAS yang terdiri daripada Ulama boleh kembali semula seperti dahulu aktif di kampong-kampong dan kawasan pendalam. Dengan ini, ulama-ulama PAS dapat memberikan sumbangan yang lebih baik.

Anonymous,  26 March 2015 at 06:36  

"Soalan yang kita tujukan kepada PAS hanyalah adakah melaksanakan hukum hudud ketika ini, dengan keadaan masyarakat Islam begini rupa, akan further the cause of Islam atau menambahkan fitnah keatas Islam?"

At this point, tak nampak PAS nak further the cause of Islam. Pemimpin tertinggi PAS sendiri kucar kacir dalam tindak tanduk dan kata-katanya. Hudud digunakan sbg senjata politik untuk kepentingan diri.

Prinsip keadilan dalam Islam tidak dapat didokong dgn hudud PAS. Mereka sesama sendiri dalam parti pun saling menekan dan berlaku tidak adil terhadap satu sama lain, apatah lagi dengan orang lain. Lihat sikap pimpinan terhadap Pasma, terhadap serangan yang dibuat pada Hatta Ramli dan Dzulkifli Ahmad, ada belas kasihan dan keperihatinan budi Islam yang diperlihatkan?

Mereka ingat mereka lebih mulia dari orang lain, namun hakikatnya mereka hanya mengabui diri sendiri.

Anonymous,  26 March 2015 at 07:31  

I am amaze how many of your thinking Muslim reader of your blog believe pas hudud is Allah law. They should go back and read the quran. Do not outsource your religious thinking to taliban uztaz. Have faith that the quran is complete and need not be explained by any other document. Don't let taliban uztaz tell you what is your islam just like the catholic who needs a priests explain their religion. Believe Allah is alrighty , all powerful and Allah do not need help from man to dispense punishment whether now or here after.

Anonymous,  26 March 2015 at 07:59  

Dato, if you do not support Pas on this, you will not go to heaven when you die. Aren't you afraid of that? Hadi and his type are very afraid.

Dato, you will also not have 72 virgins waiting to serve you when you die. Aren't you worried? Hadi and his type are very worried.

Anonymous,  26 March 2015 at 09:12  

Sallam Dato'

Macamana PAS nak jalankan hukum hudud, dekat Parlimem 21 kerusi saja?

PAS nak harapkan BN, Nazri Aziz dari BN kata siapa yang bahaskan Hudud Bodoh.

Menteri Undang-undang Nancy Shukri dari BN pun kata orang Sarawak tak sokong. Nur Jazlan dari BN pun tak sokong.

Najib dari BN saman harakah.

Tindakan PAS yang merapu ini, yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat menunjukkan PAS tidak "Fit" untuk perintah.

Firestone 26 March 2015 at 17:33  

I do not hate Islam. I actually know the religion well because I have attended Koran recital classes (mengaji) sitting besides my childhood friends when they mengaji before we run off to catch anak ikan puyu or grasshoppers to feed our burung murai....

I liked people like Khalid Samad, like Salahudin Ayub, Mat Sabu, Haji Hussam, Dr Dzul,and even Yusuf Rawa's son... these people represent the Islam I learnt as a kid...

I think Hadi Awang and the latest group of people in Kelantan including the son of Nik Aziz, son of Hadi and his son-in-law... all these people are self-serving and do things for their own political agenda...

I hope Pakatan Rakyat continue... just remove Hadi Awang and the Kelantan MB / Deputy MB and the problem is solved...

Anonymous,  26 March 2015 at 21:46  

Assalam Dato'

Kita semua baik muslim atau tidak, yang masih berada di atas muka bumi ini hidup atas rahmat Allah. Maka Allah turunkan satu buku undang2 yang menjamin bila digunapakai, Dia akan bantu dan menjadikan negeri / negara kita aman damai.

Sekarang kita pakai perlembagaan dan undang2 yang direka oleh Lord Reid, seorang mat saleh tapi digunapakai majoritinya oleh orang melayu, cina dan india. Dah 58 tahun kita pakai, jenayah makin bertambah, korupsi pun sama etc.

Apa kata kali ini kita serapkan masuk undang2 yang dicipta oleh 'Pembuat Kita'. Saya yakin Dia lebih tahu akan kita kerana Dia lah yang menjadikan kita.

Untuk permulaan, kita benarkan dulu Kelantan melaksanakannnya. Apa yang Kelantan mahu ialah sokongan dari ahli2 parlimen macam Dato etc.

Dato kata Najib hanya bersandiwara. Kita tengok dulu, kerana hati manusia Allah lebih tahu. Sekurang2nya ada pihak yang telah memulakannya.

Anonymous,  28 March 2015 at 07:38  

Anonymous 21:46,
This how hitler came into power, when we become indifferent to a small bunch of lunatic wanting to force their narrow minded view onto the masses. I hope malaysian are smart enough not to get tricked by these mullah who in many so call Islamic countries shut out intelligent discourse, stone people with opposition view, continue corruption and injustice in court system. My experience shown me the least crime infested country is Japan and I don't think hudud is implemented there.

Anonymous,  28 March 2015 at 22:23  

Sepatutnya pas sekarang berjuang untuk bantah perlaksanaan gst dulu sebelum kena tipu umngok.perjuangan agama adalah perjuangan sepanjang zaman dan bukannya boleh dilaksanakan seperti menetap tarikh bila perlaksanaan gst

Anonymous,  30 March 2015 at 20:22  

Hantaran dan kenduri apa pulak kena dgn hudud...haha..bijak...

Anonymous,  10 April 2015 at 10:31  

hakhak.. ni namanya ceredik.. kenduri kawin tu rukun nikah ke? haha

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP