Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 6 March 2015

Bukan Usaha Terancang, tapi penyoalan dan pendedahan berterusan keatas Integriti 1MDB dan Penaung2 mereka- Bah. 1.



Nasi sudah menjadi bubur. Walaupun Dato Najib diberitakan telah mengarah ketua odit negara menyiasat urus niaga 1MDB- ianya datang sesudah syarikat pelaburan stratejik itu parah.Bahkan diberitakan akan digulung tikar. Astaghfirullah. 
Hai selama 6 tahun kata baik belaka, selamat dan terjamin, tiba2 mahu gulung tikar? 

Semua rakyat termasuk Dr Mahathir mahu tahu apa sebetulnya terjadi dengan 1MDB? Makcik dan pakcik FELDA terutama mereka yang mendapati income bulanan menurun ketahap RM500 sahaja dan pernah diharamjadahkan oleh Najib pun mahu tahu.

Mereka tentu nak tahu bagaimana hero bangsawan ini menyelamatkan dirinya kali ini. Rakyat bertanya, bolehkah kita meletakkan kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Najib mengurus wang rakyat?

Belum pun sempat kita mengatakan pecah amanah dan penipuan oleh 1MDB, PM Najib mengistiharkan bahawa dia sudah menyuruh ketua odit negara membedah siasat urusan 1MDB. Mengapa tidak alert ketua odit negara sebelum hutang mencecah hampir RM50 billion?

Itu pun saya kira kita kena nanti beberapa bulan lagi sebab bukan mudah menelaah ribuan dokumen. Apatakah lagi bila data dalam komputer musnah. Saya tidak percaya ada kakitangan yang lebih geliga otaknya dari Arul Kanda yang tak perlu membaca sejarah 1MDB tapi telah pandai mempertahankan 1MDB, pegawai2 nya dan PM Najib.

Saya sudah nyatakan- belum pun sempat saya habiskan artikel ini seorang pemimpin UMNO menyatakan bahawa kritikan terhadap 1MDB adalah suatu serangan terancang yang mempunyai agenda politik.

Kalau ada agenda politik ianya memang patut- kerana objektif nya mengeluarkan kerajaan yang membenarkan kebarangkalian abuse dan korapsi dilakukan bahkan memberi lesen melakukan.

Selama 6 tahun ini, bukan duit rakyat yang dilindung, tapi penyamun dan perompak.

Jika demikian perancang terbesar dan prominent ialah Tun Dr Mahathir. Adakah mana2 pertubuhan bukan kerajaan mahu buat lapuran polis terhadap bekas PM Malaysia itu?

Ini bukan serangan terancang- ini pendedahan dan penyoalan berterusan keatas integrity sebuah syarikat milik kerajaan. Jaminan kerajaan keatas syarikat ini mendedahkan negara ini kepada musibah kewangan yang besar.

Takkanlah mahu senyap dan tutup sebelah mata? Menyembunyikan penipuan dan pencurian wang lagi berat kesalahan nya. Kita semua sudah dengar bahawa yang diperlukan oleh kemungkaran untuk berjaya ialah apabila orang yang ada pengetahuan dan maklumat mengenainya berdiam diri.

Zahid Hamidi nampak nya mengajak rakyat membisu dan berdiam diri apabila melihat kemungkaran berlaku. Ajakan itu kenalah kita tolak dengan sopan. Mintak maaf Wak Jahid.
Kula nuwun wak Jahid.

Kembali kepada keterujaan Najib mengarah ketua odit negara. rakyat bertanya- adakah tindakan Najib pada jam kesebelas ini aksi pantas untuk menutup skendel kewangan yang bau busuk nya sudah melantong ke seluruh pelusuk dunia?

Mula sekali kita tanya berapa sebenarnya hutang 1MDB? Yang kita tahu dan baca ialah ianya RM42 billion. Sebetulnya pada tahun berakhir 31 March 2014, pinjaman dan hutang 1MDB tidak termasuk bayaran yang perlu dibuat atas dagangan, ialah RM46 billion.

Ini adalah kerana disamping pinjaman bank dan penerbitan bond mencecah RM42 billion terdapat hutang tambahan dalam bentuk derivatives yang bernilai RM4 billion.

Itupun kalau angka2 ini boleh dipercayai. Saya khuatir hutang sebetulnya lebih parah dari itu.  Terlalu parah sehingga ia menakutkan 35 orang ahli kabinet yang enggan menyuntik RM3 billion lagi untuk menyelamatkan 1MDB.

Tidak mahu menyelamatkan 1MDB bererti tidak mahu menyelamatkan Najib lah.Demam malaria Najib kali ini.



Derivatives popular dalam tahun2 80an dan 90an yang mejadi istilah kotor kerana ianya berkait dengan manipulasi yang dijalankan oleh financers seperti Ivan Boesky dan Michael Milken.

Derivatives disebut sebagai junk bonds. Derivatives atau junk bond serupa seperti bond biasa yakni semua nya tergolong dalam species surat IOU yang ada bayaran pokok, tempoh bayaran dan faedah atau cupon rate. Yang membezakan junk bonds ini ialah ianya lebih berisiko tinggi dan menawarkan coupon rate yang lebih tinggi.

Ciri penting lagi ialah junk bond mencerminkan kredit rating siberhutang yang kurang baik. Untuk menarik pembelian, siberhutang terpaksa menawarkan coupon rate yang lebih tinggi.

Dalam kes, 1MDB- oleh kerana mereka menawarkan junk bond ia juga bererti pemiutang sudah tidak ada keyakinan keatas creditworthiness 1MDB. Maka dari sini, bolehlah kita simpulkan bahawa ketika 1MDB sudah sampai kepada tahap nazak dan menawarkan junk bond, credit rating keatas nya sudah pun menurun. Dalam perkataan yang lebih mudah, orang tak percaya kepada 1MDB dan apa Najib kata- orang tak nak  layan.

Jadi, antara perkara yang ketua odit negara mesti beritahu rakyat Malaysia ialah kepada siapa junk bonds bernilai RM4 billion ini dijual dan apakah coupon rate nya dan premium yang perlu dibayar? 


1MDB ini adalah 100% buah fikiran dan projek Dato Najib. Dia menjadi penasihatnya dari hari pertama. Maka cubaan PMO mengeluarkan kenyataan  bahawa Najib bukanlah pengurus seharian, patut mendapat layanan serupa dengan kenyataan2 lain yang dikeluarkan oleh PMO sejak akhir2 ini- yakni dibuang sahaja kedalam tandas dipam dengan segera sebelum kita dilemaskan dengan asapnya yang toksik. .

Seperti yang dikata oleh Tun Daim, tidak ada keputusan besar yang tidak dirujuk kepada Najib dan seperti kata frasa Inggeris, the buck stops with PM Najib. Dan jika ada pecah amanah dan penipuan didedahkan, PM Najib mesti bertanggung jawab.

Soalan yang penting mengenai urusniaga 1MDB dengan Pak Arab Petrosaudi ialah bukan sama ada modal dan untung yang dikatakan sebanyak RM488 juta dipulangkan kepada 1MDB. Yang lebih penting, rakyat hendak tahu kemungkinan komisyen agent 1MDB Encik Jho Low melakukan pecah amanah bersendirian atau berkomplot dengan 2 CEO yang meletak jawatan, auditors yang mengodit akaun 1MDB,  bahkan ada atau tidak lampu hujau dari PM Najib sendiri? Atau isteri PM.

Ini bukan perkara main2. Ketua odit kena membersihkan nama baik PM Malaysia dan isterinya. Siasat semua- 2 CEO yang berhenti, lembaga pengarah, pengerusi nya.

Rakyat Malaysia hendak tahu ada atau tidak UMNO menerima sumbangan besar dari Jho Low pada PRU13? Kalau tidak ada selamatlah UMNO daripada dituduh bersekongkol dengan cukong Cina sedangkan setiap hari mereka menghasut rakyat biasa Melayu bergaduh dengan rakyat biasa Cina.

Rakyat juga mahu tahu, ada atau tidak sumbangan dari penjual IPP yang sudah hampir tamat kontrak kepada UMNO atau kepada yayasan 1MDB. Jika ada, bagaimana sumbangan itu ditakrif? Sogokan untuk melembutkan hati 1MDB bersetuju membeli IPP dari Tanjung Energy dan Genting SSangyen?
Soalan seperti ini yang mahu diajukan oleh rakyat.  

2 comments:

Anonymous,  6 March 2015 at 09:19  

Sahabat saya pernah berkata (pengalaman beliau berkempen PRU13), menyakinkan cina lebih mudah berbanding dengan orang melayu walaupun dengan bukti dan hujah yang konkrit.

Adakah kerana orang melayu dunggu, buti dan tuli?

Firestone 7 March 2015 at 03:29  

Dato - CEO mana dalam dunia ini bisa buat bayaran wang sejumlah USD1.5 billion kepada JV PetroSaudi tanpa dapat kelulusan dari Board of Directors yang di pengerusikan oleh Chairman?

I do not think the CEO in 1MDB could do the JV or inject the fund for the capital without green light from BOD.. definitely not to the tune of USD1,500,000,000! I smell a rotten fish here... and the rot normally starts at the head....

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP