Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 5 March 2015

Orang Melayu Jangan Menaruh Harapan Berlebihan pada Himpunan Solidariti UMNO 8 Mac.



Saya beri pesanan kepada orang Melayu. Bukan kita kisahkan UMNO itu sangat. 
Kita jangan lekas sangat bergembira membaca Dato Najib arahkan ketua odit negara meneliti urus niaga 1MDB. Dan kita jangan mengharapkan perkara ini disoal oleh ketua2 UMNO dalam perjumpaan solidarity dengan presiden UMNO 8 march ini. Selama ini mereka diberitahu pelaburan kita A-Ok dan selamat, takkanlah mereka tidak percaya cakap Najib? 
Lihatlah nanti, himpunan tersebut tidak lain dan tidak bukan, pengistiharan mempertahankan Najib sampai ke tetesan darah terakhir. Dan mereka akan kata-musibah yang melanda Najib adalah angkara fitnah pembangkang terutama parti Cina DAP.

Gembar gembur akhbar arus perdana yang menyatakan bahawa himpunan tersebut adalah kesempatan ketua2 UMNO menyoal presiden mereka hanyalah menaikkan harapan rakyat semata mata.

Tidak ada perkara yang luar biasa yang akan muncul dari sana. Ia semua cubaan untuk menanam rasa feel good bahawa kerajaan pimpinan Najib telus dan ikhlas.

sebaliknya, kita mendapat tahu, bahawa setelah berjumpa dengan Najib dan kemudiannya hampa, ramai ketua UMNO akan mengadap mursyidul am UMNO- Dr Mahathir. Dan Dr Mahathir akan terus menasihatkan bahawa jika semua orang kata kita tidak bagus, selamatkan negara dari malu dan sengsara dengan berhenti.

Sudah 6 tahun baru nak teliti? Sudah atau akan? Ini dua perkara yang berbeza. Setelah bertahun diasak oleh Tony Pua , baru sekarang cabinet dan Najib sedar bahawa 1MDB mungkin suatu entity menyamun duit rakyat.

RM1 juta pemberian kerajaan hasil dari kutipan cukai, kemudian dijamin kerajaan sehingga berhutang RM42 billion – akan ditanggung oleh wang pembayar cukai.

Ini cara lama GLC2 mencuri duit rakyat- debts and liabilities make public, profits make private. Semua yang jadi ahli lembaga pengarah 1MDB mesti bertanggung jawab and be held accountable.

Segala transaksi yang dilakukan oleh 1MDB mesti di teliti dengan terperinci supaya jika ada salahlaku kewangan , pesalah laku mesti dihukum.

Ini mesti bermula dari penjualan Islamic bond pertama sebanyak RM5 billion- yang di urus oleh AMinvestment. Perbehentian CEO yang rekomen supaya penjualan bond dilakukan oleh Goldman Sachs mesti diteliti. Kita mahu tahu bagaimana Goldman sachs ini dipilih oleh CEO AmInvestment yang kini dalam proses diganti.

Secara khususnya nya, ketua odit negara mesti sahkan bahawa tidak ada rasuah yang berlaku dalam pemilihan Goldman Sachs sebagai pengurus penjualan bond RM5 billion tersebut.

Jadi bagaimana kita menilai arahan Najib kepada ketua odit negara? Bertahun tahun kita dengar najib meyakinkan rakyat bahawa pelaburan 1MDB baik dan terjaga dibawah pasukan pengurusan yang terbaik. Duit kita selamat. Dan pelbagai jaminan lagi. Tiba2 macam tak selamat? Bertahun tahun selamat, dalam sehari jadi tidak selamat? Ini sihir yang paling menakjubkan.

Ini tidak dapat menyangkal persepsi bahawa Najib melakukan demikian untuk taichi pertanggungjawaban. Benarlah dia tidak mengurus operasi 1MDB seharian, tapi tidak ada perkara besar yang berlaku tanpa perakuan dari bossman.

Suatu ketika saya tanya Tun Daim- Najib tahu tak about all these financial shenanigans? Daim jawab- suami isteri tahu apa yang berlaku kalau melibatkan wang yang banyak. Dan 1MDB melibatkan berbilion Ringgit.

Sebaliknya orang Melayu -jangan hiraukan sangat himpunan solidariti 8 Mac nanti- perhatikan petanda2 musibah yang melanda negara kita. Petanda salah gunakuasa, tata-urus yang buruk, kesempitan rakyat, skendel 1MDB, pemberian RM32 juta pinjaman kepada Deepak, skendel PKFZ, harga barang naik, kepantasan kenaikan harga minyak berbanding penurunan harga, hutang FGV dan trend perhambaan 112,635 peneroka felda, penganiayaan keatas 220,000 pemegang saham KPF- pendapatan purata peneroka RM500 sebulan- semua ini petanda2 yang nyata, orang Melayu masih lagi mahu mempertahakan kerajaan yang mengkudakan mereka?

Tak mati orang Melayu kalau tdak berPMkan Najib dan berUMNOkan politik mereka. Hak kita semua- Melayu, Cina, India dan semua bangsa Malaysia ialah mendapatkan sebuah kerajaan yang memerintah ikut undang dan memelihara perlembagaan. Hak orang Melayu dilindung oleh perlembagaan. Demografi orang Melayu sudah mencukupi untuk menjamin masa depan bangsa Melayu. Jangan kita dengar kelentong pemimpin UMNO yang melantik UMNO sebagai penjaga bangsa Melayu.

Ramai lagi orang Melayu yang boleh menjuarai kepentingan bangsa Melayu selain UMNO.

7 comments:

Anonymous,  5 March 2015 at 18:40  

Kalu melayu melayu lah Dato''. Dpt habuan dua tiga ratus senyap dan sokong UMNO berterusan. Itulah bangsa melayu kite.

Anonymous,  5 March 2015 at 20:09  

Biarlah aku sokong UMNO, sebab kalau sokong PKR, DAP punya.

Anonymous,  5 March 2015 at 21:26  

Thema Himpunan Solidariti
UMNO 8 Mac:

"Gua tolong lu (dulu), lu tolong gua (sekarang)"

Thema alternatif: "Siapa Dr Mahathir? Dia tak boleh tolong lu!"


Phua Kai Lit



Anonymous,  5 March 2015 at 22:32  

Malaysia ini bukan harta Melayu, Malaysia belongs to all citizen.

Lihat pada Hitler, dalam kejar cita cita menjadikan Master race, Jerman lingkup. Sikap pemimpim Umno sama, Bumiputera seperti master race, tapi Umnoputera yang jadi master race dan terus lingkupkan Malaysia.

Wahai Melayu, China, India, Kadanzan, Iban, kita boleh hidup bersama, menikmati kekayaan malaysia bersama, tak perlu ada master race, there is strength in diversity.

Biar orang cina jaga bisnes, tak payah nak belengu mereka, Cina yang datang ke malaysia dari dulu adalah jenis yang berniaga, berniaga dah jadi suatu norma kepada mereka. Melayu baru nak belajar berniaga, tapi bukan belajar berniaga , belajar meyamun. Sebab itu semua bisness bilion bilion yang kononnya melayu nak jaga lingkup.

Robert Kuok masih rakyat malaysia yang terkaya. Dia tidak perlu bantuan kerajaan. Dia hanya perlu lesen untuk berniaga, yang lian dia boleh settle.

Umnoputra dapat lesen nak niaga, tanpa harga yang tinggi tak boleh berjaya, lihat kepada penswastaan. Adakah kualiti servis lebih baik. HArga melambung tinggi.

Bila fundamental basics tidak dihiraukan, pasti semua lingkup.

Sistem pembelajaran Malaysia dah lama lingkup. Sebab begitu ghairah nak memelayukan semua guru, kualiti education dah lingkup. Pada tahun tujuh puluhan, jarang jumpa guru matematik melayu, semuanya cina (sebab cina pandai kira), Guru english ramai yang berbangsa India sebab language dia kuat.

Sekarang , guru matematik, guru English, semua Melayu. Kalau pandai tak pa, in algebra nak ajar pun tungang langang, bagaimana nak ajar anak melayu trigonometri, kalkulus. Itulah sebab UM pun lingkup.

Malaysia sekarang seperti batu, bergolek ke sana bergolek ke sini.

Kualiti Ahli Politik, jangan nak kira. Depa tu kalau nak jadi ketua darjah pun tak layak, boleh jadi adun. Pergi kat Parlimen, jadi macam beruk kat zoo. Bukan bahas, tapi buat bising.

Wahai semua Malaysia, lihat kat Singapore, negara berbilang kaum, ada melayu, cina, serani, india, semua dia ambik jadi menteri, kelayakan mesti bagus.

NUS begitu baik kualitnya, kualiti education dia kita tak boleh capai. Murid darjah lima dia boleh buat matematik tingkatan tiga malaysia. Sebab singapore tak nak mencinakan guru, dia ambil guru berdasarkan kelayakan.

Dah hancur dah malaysia. Nak betulkan bukan perkara mudah. Akan mengambil masa yang lama. Guru guru sekolah yang tak berkelayakan mana nak letak. Profesor kangkung mana nak simpan. Dah teruk, perit sangat. Macam kanser.

PKR nak betukan malaysia pun tak boleh..nak kena ada 20 tahun. baru kita boleh betulkan.

Selamatkan malaysia.

Firestone 5 March 2015 at 23:36  

Semalam dia buat kenyataan media cabinet kata 1MDB tu okay.... dan Auditor General akan membuat satu odit untuk membuktikan 1MDB tu okay....

Tiba-tiba 24 jam kemudian hari ini terbaca 1MDB akan gulong tikar - nak jual asset pulak untuk monetisekan dan settle hutang2nya....

Ini semua macam silap mata David Copperfield saja Dato - now you see it, now you don't... Bikut Oreo dari Danones!

Anonymous,  8 March 2015 at 12:30  

hak orang melayu dilindungi perlembagaan? undang2 boleh dipinda sekelip mata. for the time being i will still vote bn. pkr is waiting to plunder the nation. at least under bn if found guilty you go to jail. not under pkr. look at the old homo. guilty but pkr dont want him in jail. how to trust such a party?

vinnan,  8 March 2015 at 22:14  

Anon March 2015 at 12:30

Hak Melayu apa? Hak BN mampuskan negara ke? Inilah kebodohan Melayu yang tiada batasannya.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP