Memahami Isiu Hudud- Bahagian 2
Bahagian 2.
Dalam bahagian
1, saya bertanya- adakah perlaksanaan hukum hudud waktu ini, menganjakkan misi
politik Islam kehadapan? Will it further the cause of Islamic political agenda?
Apa misi Islam? Masyarakat
bertaqwa, negara Islam, perlembagaan Islam, keadilan Islam. Lihat misalnya; Quran
22:41. Kita kena tanya apa yang mesti didahulukan- masyarakat taqwa, negara
islam, undang2 Islam atau syariah dan akhir sekali hudud?
Jangan kita ingat,
hukum hudud memadai dengan pengistiharan. Dari segi infrasruktur nya pun belum
ada- mahkamah, hakim, kualiti hakim, polis syariah atau pelaksana, pendakwa raya,
pembela dan sebagainya. Jika kita tidak menyediakan perkara ini, masyarakat, bukan
sahaja Islam, akan melihat keadilan Islam ini tidak ada perkara lain dari rejam
dengan batu, kerat tangan dan kaki, pancung kepala, sula, sebat dengan rotan.
Kelemahan kita memikirkan keperluan dan kegagalan kita mengujudkan supporting
environment akan hanya meningkatkan fitnah terhadap agama Islam, keadilan islam
dan orang Islam itu sendiri.
Semua orang
Islam menginginkan negara Islam yang diasaskan diatas prinsip mengajak orang
melakukan yang makruf dan menolak dan menentang segala bentuk kemungkaran. Saya percaya
pemimpin dan penyokong PAS jujur dalam pengejaran cita2 ini. Sebab itu, saya
ingin ulangkan sekali lagi, walapun saya berbeza pandangan dengan pas dalam
meletakkan keutamaan, saya tidak akan kata- hudud yang mahu dimajukan mereka
itu hudud PAS. Saya terima, semua terima, hudud yang ada ialah hudud Allah
itulah jua.
Ini bukan soal ,
kita orang Islam hendak laksanakan undang Islam pun kena dapat kelulusan dari
bangsa bukan Islam. Bukan- jalan keluar ialah mendapatkan kuasa, setelah dapat
kuasa, bangunkan perlembagaan Islam dan dari situ, laksanakan hudud. Jika kita
bertindak sebagai orang yang putus asa dan beranggapan bahawa cara untuk
mencapai cita2 hudud ialah melakukan perperangan- gerakan Islam akan gagal
sebelum ianya bermula pun.
Sebab itu saya katakan-
kelihatan usaha menghududkan masyarakat ialah melalui kerajaan yang diktator,
yang memerintah ikut muncung senapang. Itu bukan imej politik Islam yang kita
hendak hidupkan. Agama Islam agama selamat lagi menyelamatkan dan agama yang
kasihkan umat, bukan membunuh umat.
Hari ini
keadilan Islam dilambangkan oleh Islam yang dibawa oleh ISIS, oleh boko haram,
oleh kumpulan ganas yang lain. Inilah saya maksudkan dengan fitnah keatas politik
Islam.
Cabaran parti politik
Islam dan gerakan Islam yang lain ialah meyakinkan semua orang, Islam dan bukan
Islam sama ada keadilan Islam( yang hudud merupakan 0.0001% dari nya- mengikut
Haji Hadi sendiri), boleh dilaksnakan melalui cara aman. Bukankan Islam itu
agama nasihat? Islam itu agama selamat dan agama aman. Jika ia tidak dapat
dilakukan- seperti yang berlaku sekarang, ertinya keadaan belum lagi kondusif.
Kita lihat
sahajalah- perbezaan pandangan mengenai hudud pun mengundang ugutan bunuh, ugutan
berperang dan sebagainya. Bayangkan jika hudud dilaksanakan- lasykar2 Islam
berkeliaran mencari pesalah untuk duhududkan. Kekhuatiran hudud digunakan untuk
tindakan balas dendam dan menindas adalah real.
Kalau begitu, Sheikh
Ali JUmaah bekas mufti alzahar dan al Qaradawi pun bukan orang Islam kerana
menagguhkan hudud?
Fitnah kepada
konsep Keadilan Islam.
PAS kata mereka
mahu melaksanakan perintah Allah dan kita tak ada sebab untuk sangsi dengan
komitment mereka. Saya berterima kasih kepada PAS menyedarkan masyarakat mengenai
isiu hudud. Saya berterima kasih lagi kerana PAS melakukan nya secara
demokratik yakni mengikut prosidiur dan amalan demokrasi.
Malangnya, apa yang sebenarnya berlaku hari ini, ialah gologan
yang mahu mempromosikan hudud dan hukum syariah dan Islamic justice adalah
golongan2 yang mengembangkan Islam by the sword.
Golongan pengganas
dan kejam yang beria ria sangat mengaplikasi hudud. Pelbagai bentuk kekejaman
dilakukan atas nama keadilan Islam- bunuh sesama Islam, mengkafirkan orang
Islam, mengganasi wanita, memiskin dan memundurkan negara, mengamalkan gaya
hidup yang kotor, muram dan sebagainya.
Dalam bahagian
ini, saya tidak akan kata hukum hudud yang pas mahu laksanakan itu tidak betul;
saya sudah pun menyatakan pas terdiri orang2 yang taqwa. Orang yang taqwa
bukanlah golongan yang mengadakan hukuman sendiri sendiri. Saya boleh berbeza
pandangan politik dengan PAS tapi mengenai kejujuran dan sincerity mahukan Islam,
saya tidak ragu. Apatah lagi bila bercampur dengan pemimpin2 yang alim dan
warak dalam parti tersebut, saya perakui kejujuran mereka.
Dalam bahagian
ini, saya mahu membentangkan tafsiran alternative terhadap hudud.
Satu hari ketika
dalam kereta, saya mendengar sedikit syarahan agama oleh seorang ustaz mengenai
puasa. Selama ini, saya tahulah puasa dari segi teknikal nya, kebaikan puasa
dsb. Tapi point yang ustaz itu sebut- saya tidak akan lupa- puasa itu mendidik
kita meninggalkan kebiasaan. Yang biasa kita buat ialah makan dan minum, bersama
dengan isteri dan lain2. Untuk suatu tempoh masa, kita tingalkan apa yang biasa
kita lakukan. Hasil nya pelbagai.
Saya pakai
prinsip yang sama bila berceramah- orang Melayu mesti tinggalkan yang biasa
mereka lakukan yakni menyokong UMNO. Berhenti sokong UMNO dan nikmati hasil
nya.
Dalam kes hudud
ini, pun saya dengar penceritaan mengenai seorang wanita yang berzina yang
mengaku melakukan didepan Nabi Muhammad saw.
Wanita itu hamil dan buat perakuan depan Rasulullah bahawa anak tersebut hasil
zina. Rasulullah enggan menerima pengakuan tersebut sehingalah 3 kali. Akhirnya
setelah selesai melahir dan anak habis disusui, barulah hukum hduud dilaksanakan.
Apa pengjaran
nya kepada kita? Pengajajaran nya mengikut ustaz saya ialah hukum hudud
bukanlah sesuatu yang disegera segerakan, dianjur anjurkan, diusaha usahakan
dan di heboh hebohkan. Kalau boleh dielakkan kerana konsep keadlan Islam ialah
compassion, kasih sayang dan ugama yang selamat lagi menyelamatkan.
Demkian juga
dengan cerita dari sejarah Islam. Pada zaman pemerintahan Harun Aminurrashid-
seorang pesalah zina mahu dijatuhkan hukum rejam batu. Khalifah menetapkan
orang yang hendak rejam batu mesti terdiri dari mereka yang tak pernah tinggal
solat subuh sejak mereka baligh. Adakah orang ini dalam kumpulan perejam? Oleh
kerana tidak ada, maka hukuman zina itu tidak dilaksnakan.
Maka jika kita
menyegerakan hukum hudud sehinga kelihatan tidak menyabar, itu akan membawa fitnah
kepada konsep keadilan Islam.
Kita semua ada
tanggung jawab menyekat perkara ini dari berlaku yakni menyekat fitnah keatas
konsep keadilan Islam. Keadilan islam itu tidak diwakili oleh pancung, rejam
batu, kerat tangan dan kaki, sebatan dan sula. Keadilan Islam ialah mengenai
keampunan, memaafkan, memberi peluang kepada pesalah membaiki diri.
Zaman ini
sedikit sangat yang soleh dan solehah, yang boleh menjamin hudud dilaksanakan
dengan alim dan menepati konsep keadilan Islam. Cara PAS untuk bergegas serta
bersegera melaksanakan hukum hudud- menghantar isyarat golongan ekstemis sudah
mahu melancarkan reing of terror. Oleh kerana ini, kita kena sekat kemunculan
golongan yang menggunakan hudud dan keadilan Islam melakukan keganasan.
Dalam membentuk
suatu Qanun kesiksaan- kita tahu antara ramuan nya ialah menjatuhkan hukum dan
membuat si pesalah rasa sesakit yang dirasai mangsa nya. Ini penting tapi yang
sama penting ialah untuk memperlihatkan kepedulian dan belas ehsan dan memberi
peluang kepada pesalah bertaubat dan menyesali perbuatan nya dalam membentuk
dasar qanun kesiksaan.
Sebab apa? Sebabnya
Islam memperakui bahawa jinayah dan salah laku tidak terpisah dari masyarakat. Yakni
masyarakat secara tidak lansung tersangkut dengn perbuatan salah laku tersebut.
Saya mencari
apakah dalam Islam itu sendiri, ada alasan2 untuk menangguh aplikasi hukum
hudud? Jawapan nya ialah ada. Didalam keadaan yang meragukan untuk
mengelak fitnah keatas politik Islam, mengelak fitnah ketas konsep keadilan
Islam, keadaan masyarakat yang belum sedia, keadaan umat Islam yang lemah dan
mundur, hudud boleh ditangguhkan. Kita akan berjumpa dengan prinsip aulawiyyat
yakni mengatur priority.
Atas alasan2
yang membenarkan kita menangguh hudud dan percaya keadaan yang menghalang
perlaksanaan hudud itu ada di Malaysia, maka saya tidak dapat menyokong bill
hudud yang akan dibentangkan oleh TG Haji Hadi.
Sementara saya
akan undi tidak, ingin saya nyatakan hormat saya dan mulia saya kepada golongan
warisatul anbia tidak sikit pun
berkurang.
17 comments:
Assalamualaykum Pak Sak
Saya hendak tambah sedikit komen saya di bahagian 1.
Sebenarnya pemimpin DAP dan PAS sedang berlumba-lumba menonjolkan diri dari isu Hudud ini. Tidak keterlaluan dikatakan mereka hanya mengambil kesempatan dari kehangatan perbalahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.
Seperti yang saya nyatakan baik Geng Ustaz PAS mahupon CEC DAP sedar Enakmen tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan kerana akan gagal meraih sokongan sekalipon simple majority di dalam Dewan Rakyat bila Haji Hadi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian nanti.
Jadi mengapa berterusan dengan semua kekecohan ini? Ringkas cerita, masing-masing ingin memperkukuhkan pengaruh untuk kekal berkuasa.
Geng Ustaz hanya mahu menunjukkan kehebatan serta mempertahankan penguasaan mereka ke atas golongan progresif/professional yang semakin mendapat sokongan baik dari akar umbi mahupon dari luar parti.
Selain dari itu mereka ingin menarik kembali sokongan bangsa Melayu dengan memperlihatkan mereka lebih dan sentiasa Islamik dari UMNO dan PKR. Sedang sebenarnya merekalah kerap bertindak 'unIslamic' dalam lanskap politik negara lewat ini.
Muktamar PAS semakin hampir. Dikhabarkan pemilihan kali ini paling sengit dalam sejarah parti. Keadaan ini halnya ego dan degil Haji Hadi dan Geng Ustaz yang sudah tidak terbendung.
Geng Ustaz sedar mereka tiada kekuatan dan kemampuan ilmu dan pengalaman ekonomi, kewangan dan pembangunan maka jenama agama sahaja yang tinggal sebagai tali hayat mereka. Isu apa lagi yang paling cepat menyerap hati penyokong dan pengundi Melayu serta menjadi perisai kejatuhan golongan 'pewaris ulama' selain hudud?
Beberapa pemimpin senior DAP juga berdepan masalah kemerosotan sokongan. Pemilihan CEC DAP lalu jelas memperlihatkan pemimpin muda makin mendapat tempat, jika tidak masakan Pengerusi DAP Johor mendapat undian tertinggi mengalahkan anak beranak Lim.
Jadi bahan apa lagi yang paling cepat menyerap dan menyentap hati penyokong parti selain isu agama dan Hudud?
Jikalah anak beranak Lim bertindak 'cool' dalam hal Enakmen Syariah Kelantan ini dan memberi lebih fokus dan tenaga membantu PKR memperjuangkan isu utama seperti 1MDB, SRC, GST, harga petrol, kenaikan harga barang, kualiti pendidikan dan lain lain, rakyat akan pasti lebih menghargai DAP dan penghargaan itu akan diterjemahkan dalam bentuk undi lebih besar pada PRU14 nanti.
Samada PAS berjaya atau tidak melaksanakan Enakmen tersebut PAS tetap menang dalam pencaturan hudud kali ini akan tetapi kemenangan mereka hanyalah sementera. Datang PRU14 rakyat akan mengajar mereka caranya untuk terus mencari keredhaan Tuhan dan menunjukkan kepada mereka pintu keluar dari politik!
Perdulikan permainan PAS dan UMNO dalam hal hudud. Biarkan Geng Ustaz terusbberangan-angan. Kita tunggu dan lihat. Sekiranya Enakmen tersebut gagal sekali lagi untuk dilaksanakan, maka waktu itu DAP dan PKR berdaya mengajar Tuan Besar yang Berserban itu akan makna dan tatacara politik!
Dato',
A good piece to ponder.
Betul semua yang Datuk Sak cakap tu.
Kalau dilihat kes Nik Raina sbg contoh (banyak lagi kes lain), badan ugama spt JAKIM, JAWI walau terbukti dua tiga kali di mahkamah kesilapan mereka, masih menyondol membabi buta dlm pendakwaan terhadap Nik Raina. Ini belum lagi diperkasa dengan hudud dsbnya. Tiada belas kasihan terhadap orang yang tidak bersalah bertahun-tahun masih didakwa.
Kes-kes syariah - nikah cerai, tuntutan sara hidup, harta benda - juga memakan masa bertahun-tahun nak selesai, sementara itu semua orang terlibat jadi tawar hati, jatuh miskin, jatuh sakit ataupun jatuh mati dlm menunggu keputusan.
Datang hudud pulak, potong tangan kerana curi jambu, curi kasut, curi ayam, curi telefon bimbit, habis kudung belia Melayu Kelantan sedangkan rakyat di negeri lain masuk lokap 2 tahun bila keluar masih sempurna tubuh badan. Di mana keadilannya?
Mangsa rogol pulak kena cari 4 saksi yang boleh dipercayai, kalau dah ada menyaksi tu kenapa tak sekat saja jenayah tu semasa berlaku?
Bila nak kerat tangan satu team doktor dan juruwawat kena tunggu rawat, kalau mati, satu kerajaan boleh didakwa kerana undang-undang kata ambil tangan saja bukan ambil nyawa. Kalau darah hilang banyak dan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain, boleh dakwa juga. Akibatnya sebahagian besar aktiviti kehidupan akan berkisar mengenai menghukum dan mendakwa dan mendakwa dan menghukum.
Kesejahteraan hidup, keindahan, kesenian, kebudayaan bukan lagi menjadi aspirasi masyarakat tapi aspirasinya sekarang ialah menghukum orang mengikut kefahaman segelintir manusia mengenai apa yang mereka katakan sebagai hukum Tuhan yang mereka nak kenakan kepada semua orang di sekeliling mereka.
Memang mereka boleh atur sembahyang besar-besaran di padang sekolah mahupun di sebuah stadium sukan tapi adakah itu saja aktiviti yang penting dalam hidup manusia?
Terbukti mereka tidak dapat menangani masalah banjir yang melanda negeri sendiri, tidak dapat membina semula daerah-daerah yang telah musnah, tidak dapat membantu rata-rata rakyat miskin yang hilang rumah dan tangga, tidak mampu menerajui usaha pembangunan semula mangsa banjir dan amat berharapkan pertolongan orang lain (kerajaan pusat, NGO dan persendirian) samada dari segi pengurusan, keringat, wang ringgit serta rangkaian pelbagai bantuan.
Adakah satu Malaysia nak dibawa duduk di bawah telunjuk orang-orang spt ini walaupun Datuk kata setengah dari mereka ikhlas? Ikhlas saja tak cukup untuk mentadbir negara.
Fikir sendirilah tuan-tuan semua. Buat rujukan mengenai negara-negara yg sudah lalui pelbagai pertembungan idea dan baca sejarah.
http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2015/03/hudud-kedudukan-hudud-disisi-parti_24.html
Salam Datuk
Apakah hukum ke atas seorang Muslim sekiranya dia menentang perlaksanaan mana-mana hukum Allah swt?
1. kafir dia kerana dia tidak bersetuju dengan ada pada hukum
2. zalim dia jika mengguna kuasa ada padanya untuk membatalkan hukum diperlaksanakan
3. fasik dia jika dia mempersendakan tujuan dan perlaksanaan hukum
Tidak masuk syurga Muslim ini malah Allah swt telah menjanjikannya neraka kekal abadi baginya.
Maka berdoa dan berwaspada janganlah kita termasuk dalam tiga golongan yang tersebut.
Apabila kita terbingung ambillah jalan dengan kepastian diri tidak kita termasuk kedalam tiga golongan ini dan trust in Allah swt bahawa itulah yang menepati kehendakNya keatas kita.
Saudara Red Alfa,
Hukum Hudud boleh dilaksanakan sekiranya PAS berkempen dalam pilihanraya dan menang lebih 2/3 iaitu 146 kerusi di dalam dewan rakyat.
Sekarang ini hanya 21 kerusi.
Macamana PAS hendak buat hukum Hudud?
Mengikut Jamil Khair, bil yang Hadi Awang hantar itu perlu dihantar ke setiap negeri untuk mendapat pandangan. Ini mamakan masa mungkin berbulan-bulan.
Mengikut Dato Nazri, bil persendirian pembangkang yang dihantar Hadi akan dibincang setelah urusan kerajaan habis. Mengikutnya dalam sejarah Parlimen, urusan kerajaan tidak akan habis . Oleh itu bil hukum hudud yang dihantar Haji Hadi mungkin tidak akan dimasukkan untuk dibahaskan dalam Parlimen.
Orang UMNO nampaknya tidak menunjukkan minat untuk memberikan sokongan hukum hudud setelah Hadi hantarkan bil persendirian di Parlimen.
Nampaknya PAS sudah kena tipu.
Sekarang ini, tak perlu lagi cerita Hudud Halal Haram, cerita dulu bila PAS nak menang Pilihanraya. Lepas itu bolehlah berbahas tentang hudud kerana tidak ada rintangan lagi.
Apa sebenarnya hukum menjadi bodoh dalam Islam?
Dato
I think your LKS is being rather unwise in proclaiming his intentions solo for "Save Malaysia".
If he thinks it can happen, I think it should be done collectively and not a pure DAP effort.
He is killing the baby before it's born.
Please let him know.
bagi saya yg penting apakah perbuatan kita menjadi penyebab atau penghalang pada hidayah...kalau orang jepun gi bandaraya islam kota baru...mungkin sukar mereka nak dapat hidayah..di bandaraya islam kyoto...bersih...orang beratur dengan penoh disiplin...jika donpet duit kita hilang..insyalllah kita akan dapat balik...kalau di bandaraya islam kota baru...busok...sampah tak kutip...kaki main ice bersepah...apa yag saya oelajari dari guru guru saya.. yg utama dlm islam ialah 1. taharah (versih , suci 2. ibadat 3. muamalat 4 munaqahat 5 hudud
pernah kami tanya guru kami kenapa islam sukar berkembang di malaysia...jawabnya...check muamalat kamu
"Memahami Isiu Hudud- Bahagian 2"
Dato.
We have all read the pros & cons from the religious & legal viewpoints...
Searching back in Malayan History this is what I discovered on the topic...
In March 18th 1949 - QUOTE:
'What is needed more than anything else is a spiritual revival in man, an arousing of conscience, a submission not only to the rule of law but also the rule of God. We need a new spiritual awareness and awakening.' - Mr Malcolm MacDonald.
Religious harmony is an integral part of Singapore, and has to be cultivated constantly.
This year, the Inter-Religious Organisation, which promotes inter-religious understanding, peace and goodwill among people in Singapore, celebrates its 50th anniversary...
More than 2,000 people of many different races and creeds packed the hall filling every available standing space inside and outside.
Long before 5.30 … every seat in the hall had been occupied. Representatives of the Muslim, Sikh, Buddhist, Hindu, Jewish and Christian religions were on the platform and spoke...
Other speakers who outlined the principles of a united religious front against evil were Sri Kartar Singh (Sikh), Swami Namadevananda (Hindu), the Rev Sek Hong Choong (Buddhist) and Inche Sardon bin Haji Jubir (Muslim), who spoke in Malay..."
An accomplished Sufi - http://members.tripod.com/~wim_canada/aleem2.html
First non Singaporean Malay elected to the 1948 Singapore Legiative Council - http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/44e7b06b-05b0-4255-869f-1528a5ac35e7
Then this happened in Singapore, Malaya on 20 Disember 1950...
"...Semasa perbicaraan kedua berlangsung pada 20 Disember 1950, orang ramai melebihi 1,000 orang mengerumuni kawasan Mahkamah Tinggi Singapura.
Peguam Shearn dan Kenneth Seth menjadi peguam bela Hertogh bapa Natrah, sementara Ahmad Ibrahim (Allahyarham Tan Sri Prof.) Sardon Jubir (Allahyarham Tun) dan John Eber mewakili Natrah, Mansor dan Aminah...
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_13.htm#ixzz3Uwhma6Ao
"...State Advocate General Ahmad Ibrahim, a Queen’s scholar with a law degree from Cambridge, first proposed to set up a centralised Muslim law court in 1951...
Also to note this...
"The Syariah Court was formed in 1958 and the Muslim Ordinance Act was passed. However, there was still a need for a central administrative body.
In 1966, the Administration of Muslim Law Act (AMLA) was passed. With this Act, the Islamic Religious Council of Singapore (MUIS) was born in 1968. It was run as statutory board that advised key government official on religious matters..."
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) - http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1105_2011-09-27.html
Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim - http://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_529_2005-01-07.html
AIKOL: 11th Ahmad Ibrahim Memorial Lecture - https://www.youtube.com/watch?v=AnxTwOP82pY
Cont'd Part 2...
"Memahami Isiu Hudud- Bahagian 2"
Part 2...
It is now 2015 and History will continue to repeat itself in Malaysia & Globally in the Middle East especially, with atrocious consequences - destructions & killings...!
The Islamic "Software malware" was introduced at Al Azhar, Cairo, Egypt...
The Salafi
“In 1899, Lord Cromer made Abduh the Grand Mufti of Egypt.
He was now the chief legal authority in Islam, as well as the Masonic Grand Master of the United Lodge of Egypt.
Lord Cromer was an important member of England’s Baring banking family which had grown rich of the opium trade in India and China.
His motive in making Abduh the most powerful figure in all of Islam was to change the law forbidding interest banking.
Abduh then offered a “contrived” interpretation of the Qur’an to create the requisite loophole, giving British banks free reign in Egypt.
Of Abduh, Lord Cromer related, “I suspect my friend Abduh was in reality an agnostic,” and he said of Abduh’s Salafi reform movement that,
“They are the natural allies of the European reformer.”
http://www.terrorism-illuminati.com/salafi#.VRade-FAFpg
The rest is history...
You be the judge.
1. Apa salahnya pas bergabung dengan parti sedang berkuasa iaitu umno supaya senang melaksanakan hukum hudud.kalau sudah bergabung, alhamdulilah...perlaksanaanya boleh ditetapkan tarikh perlaksanaannya.kalau gst dilaksanakan tepat pada 01.04.2015 dan dengan pengabungan parti pas dan parti memerintah bolehlah dilaksanakan hukum hudud pada 01.04.2016 akan datang.
Sallam Dato'
Ada juga lagi orang yang percaya PAS dan UMNO bergabung.
UMNO sudah bersama MCA dan MIC sudah lebih setengah abad.
Kepercayaan UMNO kepada MCA dan MIC pasti lebih daripada PAS. Kalaulah UMNO buang MCA dan MIC dari BN untuk PAS dan tidak beberapa lama PAS buat U turn, bukankah memudaratkan UMNO.
Pada pandangan saya, kritikan pembesar UMNO kepada MCA dan Gerakan main-main sahaja bukan betul.
Pada pandangan saya UMNO akan terus bersama MCA, Gerakan dan MIC.
Gerakan, kawan rapat UMNO yang begitu lama sudah pun membuat saman mahkamah kepada PAS berkenaan hudud.
Sekali lagi orang PAS sudah kena tipu.
Tuan YB.
PAS tak ada pemimpin matang. Para ustaz ni semuanya berfikiran literal, harfiah. Setuju jika dikata mereka permainkan hukum untuk mendapat undi saja. Tak jujur tapi suka salahkan orang lain. Yang tak bersetuju dengan pendapat mereka semuanya kafir. Saya mau tanya: Bolehkah orang Islam jadi kafir kerena menipu dalam hukum? Atau berlagak pandai padahal tak pandai dan tak bijak. Akhirnya jadi huru-hara di kalangan orang Islam. UMNO yang menjadikan pembohongan tentu suka, dapat untung politik atas kebodohan pemimpin PAS.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/03/29/lks-names-anifah-nancy-and-rohaini-as-possible-new-pm/
LKS seems very determined to make a complete fool of DAP in public.
Why publicly announce these no-hopers as something they are not? Utter foolishness.
(Can he remember Shukri's comments on Ibrahim Ali's bible case? And who the hell is "Anifah Musa"? There are two brothers, Anifah Aman and Musa Aman. Gambar tu mmg Musa Aman - so which do you mean? There is no such creature as "Anifah Musa". The Kimanis MP is Anifah Aman. Musa Aman is CM of Sabah.)
As if they will ever say yes, as if we want them to! Come on lah.....
LKS is killing DAP's credibility very badly in the eyes of the public.
Dato' Sak, if these Lims ever listen to you, please tell LKS not to go around publicly announcing things that will turn voters off PR and DAP forever.
The way he is going around making his "unity govt" is already dooming it to failure.
If you can forward this comment to him by e-mail, even better.
Why are you, Datuk, wasting so much time on this issue? For God's sake, nobody has broken the law.
Kelantan ADUNs have legally voted, the Sultan of Kelantan has legally OKed and the matter will legally be brought before Parliament.
The law will be applied in Kelantan only and for Muslims only - what is your problem? Just go to Parliament and vote "NO"
Malaysia has so many problems, go attend to them. For the amount of words that you have written on this (hudud), you could have taught us plenty of things !
Saudara Nasir,
Your comment,
The law will be applied in Kelantan only and for Muslims only - what is your problem? Just go to Parliament and vote "NO".
My comment,
There is not a single hadith and anything written in the Quran that Hudud "only" should be applied to a state named Kelantan.
What had transpired in Kelantan recently is no big deal. The Hudud law had been passed 2 decades ago. It is just an amendment.
It is like a white car painted with red color. Nothing to shout about.
It is necessary to educate people so that nobody is going to be fooled by this charade.
I think PAS should leave Pakatan and join UMNO but I dont think even UMNO wants them. PAS is currently is in deficient of credibility and it will be a liability either to PR or BN.
A new party such as PASMA should materialized and take PAS place in Pakatan.
PAS can then focus solely on Hudud and wait further for the moon to fall on its laps.
To Joe_88
Of course, the Qur'an doesnt mention "Kelantan"; the syariah laws are to be applied world-wide, for, the earth belongs to Allah, and obviously His rules should apply. (The syariah laws are practised in Saudi Arabia - you want to also say Saudi Arabia is not mentioned in any hadith or in the Qur'an?)
You probably missed the point I'm making. The whole issue is about Kelantan wanting to have the syariah laws, in place of the civil laws for their Muslims; Kelantan needing the Parliament to approve the amendments to the federal laws related thereto, which in turn needs the Parliamentarians to vote. So all I am saying is that Datuk, instead of giving his piece(s) of mind on the issue, stops doing it, just go to the Parliament to vote. He might as well write about the ills of the nation rather on Hudud, which now is only Kelantan's issue.
You dont get me wrong; I read with interest Datuk's writings. The issue of hudud, affecting only Kelantan and because needing his vote only, it should remain as such - he just go and vote.
As said earlier, Allah's laws are to be applied, worldwide. Where circumstances permit, in which case Kelantan's is. And bear in mind, I said that nobody has broken the law. Just let the law take its course.
And to just to add a bit more. Do you think Datuk is doing justice to the people of Kelantan who voted in their ADUNs, to their ADUNs who voted for the syariah laws and to the Sultan who approved the said laws? Is it our right to meddle in their affairs, especially when done within the law?
Just let Kelantan be. Just let Datuk vote. We just turn to more pressing things that concern us non-Kelananese - GST, 1MDB, etc, etc.
Post a Comment