Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 12 August 2014

Suatu Surat dari Tamrin Tun Ghafar.



Saya telah menerima suatu warkah rengkas dari Tamrin Tun Ghafar. Saya mengenali saudara Tamrin sejak 3 tahun yang lalu. Sebelum itu saya hanya kenal Tamrin sebagai kenal dada nya- mengetahui akan nya atau dalam bahasa Inggeris- know of him. Reputasi Tamrin mendahului nya.
Tamrin pernah menjadi ahli parlimen selama 2 penggal dan pernah juga menjadi ADUN selama sepenggal. Dia ahli UMNO. Seperti yag diketahui ramai, Tamrin adalah anak kepada almarhum Pak Ghafar atau Tun Ghafar Baba, bekas timbalan perdana menteri Malaysia.
Tamrin telah menjadi ahli UMNO sejak lama dan mempunyai ramai kenalan dalam UMNO.  Sahabat nya lebih ramai ketika zaman gemilang nya dari zaman susahnya. Ketika zaman gemilangnya, Tamrin seringkali menimbulkan kontroversi. Tamrin seorang yang berani menimbulkan isiu2 dalam parlimen walaupun terhadap partinya sendiri, UMNO.
Tamrin pernah melibatkan diri  dalam gerakan Arqam suatu masa dahulu. Mungkin ianya berlaku dalam fasa hidup Tamrin mencari keselamatan spiritual. Ketika itu ramai rakan2 mencemuhnya dengan mengatakan- ah- kita tahu siapa Tamrin sebenarnya. Perubahan dan tarnsformasi peribadi yang Tamrin cari diremehkan oleh rakan2.
Sejak 3 tahun yang lalu, saya berpeluang bergaul dengan Tamrin secara dekat. Saya pergi berceramah bersama nya, tinggal di hotel atau homestay bersama. Bolehlah saya nyatakan dengan jujur dan ikhlas bahawa transformasi yang Tamrin cari dan diremehkan oleh rakan2 dalam UMNO dahulu , adalah transformasi yang jujur dan benar. Tamrin telah menjadi Tamrin yang baru. seorang yang taat menjalankan ibadah dan seorang yang selalu melakukan renungan keatas isiu2. Sekarang sudah tidak mengejutkan melihat Tamrin berjemaah Subuh dan bangun Tahajjud.
Sejak 2 tahun yang lalu, Tamrin menjadi ahli Parti Islam seMalaysia- PAS. Dia seorang penceramah yang popular dikalangan orang PAS. Pengalaman dan pandangan nya keatas isiu politik Malaysia sangat dihargai.
Berikut adalah suatu pandangan nya mengenai apa yang berlaku ketas PAS dalam isiu Kahlid Ibrahim. Saya perturunkan nya disini secara verbatim.
*******************************************************************
Akum Saudara2ku Tak kan lah sebab Khalid seorang tambah pula sekarang tak berparti ,dan  kini d sokong kuat pula oleh musoh utama kita, maka kita sanggup membenarkan parti kita retak. Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . Apakah dia ini musang berbulu ayam. Berhati2lah apabila musoh mulai memuji kita. Pada saya Khalid bukan jastifikasi untok sehingga kita boleh berpecah dan berpisah .Kita semua ada kelemahan dan kesilipan. Kita buanglah yg keroh dan ambil lah yg jernih. Semoga rambut yg d tarik tak putus dan dlm masa yg sama tepung tak berselerak. Ini adalah ujian besar kepada kita semua. Sebahagian besar masyarakat telah mula mendampingi kita ; maka jangan sia2kan harapan mereka.  Semoga ALLAH SWT Memberi kita kekuatan dan kewarasan menghadapi cabaran ini. Mohon maaf jika pandangan saya ini tidak bertepatan kepada sesetengah pehak. Tamrin Tun Ghafar

15 comments:

bumi-non-malay 12 August 2014 at 09:32  

Sekarang kita mulai sedar...dulu Krisis Perak ...mengapa Khalid berdiam aje.....tak ada sokong langsung Nizar..... hari ini Jurang perbezaan dari segi moral, Maruah dan Humility dah ditabur untuk semua lihat..... Macam Kat Dinasti Perak.....Khalid dah jadi Mangsa HERO to ZERO......Kat Selangor......dia ni Zero to tandas...

Begitu mudah riwayat hidup seorang manusia....boleh diHina Rakyat dalam masa 1 minggu........Segala Kebaikan yang dibuat dah jadi ABU........Ini Generasi tak toleransi watak begini...seumur hidup...Macam Tun Bapa Kemerosotan Malaysia...

Begitulah ALLAH permainkan manusia yang ANGKUH, sombong dan Tamak Kuasa.....

Hidup Nizar-PAS...Awak Wira rakyat dan example kepada generasi yang kurang moral, Maruah dan Humility....Ini Corak MB dan mungkin PM kepada Malaysia Kelak!!...semua Rakyat boleh terima Nizar.......Teruskan ABU-Bersih sampai golongan ELITE tahu APA dia DEMOCRACY..... bukan DEMON-CRAZY yang Sultan UMNO-Barang naik suka!!

keadilan hebat 12 August 2014 at 09:46  

Pandangan yang jujur dari seorang pemimpin yang memahami rentak silat dan seni politik

Anonymous,  12 August 2014 at 10:03  

Mr Gagap is badly underestimated by Anwar and Pakatan. His demeanour gives you the impression he is silly-silly and easy to manipulate-thus he's the best Trojan Horse Umno has planted in Pakatan Rakyat, in one swipe destroyed Pakatan, saved 3 billion( kononnya to hand back to Umno as prized loots) and hand back Selangor to Umno on a platter.
Now Mr Gagap is a rougue MB propped up by UMNO from the back and PAS indirectly. I thought Khir Toyo was bad but this stutterer is a million times worse. Now, he's a bull in the china shop prodded on by Faekah dll in revenge mode.
Next time, don't underestimate a simpleton and think you can instal him as a puppet-like what Anwar did in the biggest misjudgement of his career. If Azmin has been MB -with all his vices would not bring Selangor into a mess like what Mr Gagap did.
TSKI would be remembered as the greatest stutterer UMNO mole of all times who did to Pakatan what Najib and his henchmen could not achieve with their dirty money and tricks.
I salute you, Mr Gagap- the greatest independent MB in the history of modern malaysian politics who literally sodomised Pakatan Rakyat royally and literally has Anwar screwed from behind with a TKO!

Anonymous,  12 August 2014 at 10:08  

Yang menimbulkan masalah dan cabaran politik di Selangor ialah PKR bukannya PAS. Keputusan PAS untuk tidak menyokong seorang surirumah untuk menjadi MB berlandaskan hukum syariah haruslah dihormati oleh PKR oleh DAP. Tetapi kalau PAS membuat keputusan untuk keluar PR di atas isu MB ini adalah tidak wajar. Pendapat saya biarlah sahaja berlaku 'hung assembly' hingga GE14, dan terserahlah kepada Tuanku Sultan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya mengikut undang-undang yang tersedia ada. PKR harus menongkah beban yang telah dicetuskannya, bukan PAS mahu pun DAP. Kalau difikirkan secara 'hindsight' peristiwa Kajang Move telah diputuskan oleh PKR terlebih dahulu sebelum bermusyuarah untuk mendapat restu PAS atau DAP. Ternyata Kajang Move itu adalah satu keputusan yang salah dan ianya adalah satu pembaziran? Shift the responsibility to PKR. As at today PAS has done the right thing.

Nash Abraham 12 August 2014 at 10:23  

Dalam satu pelayaran mesti ada ombak gelombang
Dalam satu perjalanan mesti ada onak dan duri.

PR sedang dilanda gelombang.
Khalid enggan taat , enggan turun dari kerusi MB.

Segedebe Mat Said pun akhirnya turun dari kerusi MB.
Mat Taib telah membuktikan dia sedia turun dari menjadi MB.
Datuk Abu Hassan Omar tak silap dalam 24 jam turun dari kerusi MB.

Tapi Khalid enggan turun.

Juak-juak PKR, DAP dan PAS masing-masing memberi pendapat dan ulasan
Yang gila mikrofon dengan penuh gaya memberi hujah dan pandangan.
Editor akhbar pula masing-masing bermain karangan menganalisa, mengkritik dan ada yang mengadu domba.

Ada yang menafikan kenyataan ada yang mengapikan keadaan.

Cerita lebuhraya dililit pula dengan cerita terowong.
Kalut.

Khalid akhirnya dipecat oleh PKR tapi
berpegang kejap pada takhta Sultan.

Nak selesai senang sahaja.

Semua exco letak jawatan.
Abaikan jutaan umpan RM dari UMNO untuk lompat parti.
Buat undi tidak percaya terhadap Khalid.

Jika semua bersatu kembali
PR kembali majoriti Vs Khalid dan 12 geng UMNO.
PR menang dan lantik MB baru.

Lantik exco baru.

Back to work.
Kerja lebih kuat
Lebih erat.
Lebih hati2
Lebih kukuh,
Lebih padu

52% pengundi PR seluruh negara akan lega dan terus membantu PR mara ke Putrajaya.

Kita mahu lihat Tuan guru jadi TPM dan Menteri agama
Kita bebas berdakwah sesama kita dan menunjukan contoh yang baik pada kaum lain ( itupun dakwah juga)
Mesjid makmur tanpa sekatan seperti Kelantan, Selangor dan Penang.

PAS akan muncul sebagai parti berjiwa besar dan hebat setiakawannya.
PKR tentu bersedia islah berbanding UMNO.
DAP akan menghormati umat yang berakhlak.

Semoga Kapal PR bergerak tenang.
Selamat tinggal TSKI.
Anda bagus tapi jemaah dan kesatuan lebih utama.

A Amin 12 August 2014 at 10:30  

Syukur Alhamdulillah c tamrin telah berubah dan tamrin pun dah berubah wadah politiknya. Semasa di UMNO dan menjadi wakil rakyat apa yang tamrin buat,? cuma meletakkan wakil di pejabat tanpa melihat kawasan kerana pada masa itu beliau berada di bawah payung ayahndanya Tun Ghafar.

Bila tamrin berubah dan lebih mendekatkan diri kepada Allah kita amat bersyukur. dan sekirannya perjuangan beliau jujur dan ikhlas kenapa perlu menukar wadah? Apakah dengan menukar wadah perjuangan beliau lebih suci? dengan menempelak rakan seperjuangan kita dianggap hero?

Itulah saya melihat kebanyakan orang berpolitik ni tidak secara matang. Bila menjadi Imam terlalu bangga tetapi bila masa menjadi makmum banyak yang tidak puas hati, lalu mencari wadah yang baru agar mendapat perhatian kembali, dan tamrin telah mengikut jejaklangkah itu.

bagi saya mana mana individu yang tak mampu untuk menjadi makmum jangan la sekali kali menjadi Imam.

IbnAbdHalim 12 August 2014 at 11:16  

Sepatutnya kepimpinan Pas muhasabah kenapa Terengganu dan Kedah terlepas. Sikap dn penyakit yang sama masih menjadi masalah kpd Pas.

Anonymous,  12 August 2014 at 12:05  

Mungkin Allah juga ALLAH SWT nak tunjuk siapa sabernya PAS rakan dalam PKR.Munkin banyak musang berbulu ayam didalam PAS.

Rata2 kini ramai yang menganggap PAS ini adalah sabuah Party yang telah berdosa berkhalwat dengan bukan muharram walaupun sudah berkahwin dengan PK dan DAP dan ingin memperisterikan UMNO.

Ada pula yang menaggap PAS ini tidak berbeza dari Yahudi Zionist Isarel yang sering membelot perjanjian, persetujuan yang telah dibuat.

Anonymous,  12 August 2014 at 12:29  

As Salam tok
Puak2 ug ni senang dgn umno pasal bersunat je...
Bulan pasal Islam Marakan pkr n dap pun pasal x bersunat je...

Anonymous,  12 August 2014 at 13:23  

"Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . "

If we wish to go down this path... orang pun boleh counter begini:
Mungkin Allah SWT tinggalkan Selangor di bawah PR supaya rakayt boleh lihat betapa pincang nya pemimpin2 spt anwar.
Tsk gitu, encik tamrin?

Dato', what is so profound about this tamrin msg, that u feel the need to share?

johan,  12 August 2014 at 17:53  

Episode ini jelas membuktikan PAS sebuah parti yang tidak boleh dipercayai khasnya pemimpin dari gulungan yang digelar 'ulama'. Betul kata Mahathir, PAS ini melebekan diri mereka Islamik untuk tujuan berpolitik semata-mata.
DAP sebuah parti yang tiada berpegang kepada prinsip keagamaan, sebuah parti yang demokratik didapati lebih jujur dan setia kepada kawan yang dalam kesulitan. PAS kunun parti Islam bukan saja tidak setia malah tidak jujur sama sekali.Mereka lebih penting bermain politik jahat dalam keadaan pakatan dalam bahaya. Jangan terkejut apabila mereka buat keputusan kelak berdasarkan kepada kepentingan ummah dan blah blah blah. Kalau ikut kenyataan seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, Zuhdi, adalah jelas merfeka akan menubuhkan kerajaan Muhibbah
( unity government ). Kenyataan Zuhdi yang menyeru DSAI untuk menubuhkan kerajaan unity di Selangor sudah menampakkan niat jahat itu. Mana TGNA. Nampak seolah-olah Hadi yang berkuasa penuh dan dibantu oleh Dinn Ayam kot.
Saya dan keluaarga saya serta sahabat2 akan keluar parti PAS sekiranya tiada wujud parti pakatan selepas ini. Saya menyeru kepada semua pemimpin PAS yang professional supaya men inggalkan PAS kerana nampak sangat mereka diatas itu tidak boleh buat keputusan yang memihak kepada rakyat. Semasa PRU 13, heboh Negara Kebajikan. Saya nak tanya Hadi, mana dia negara kebajikan?
PAS memang menyalahgunakan image Islam partinya itu untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu dalam parti ini.
Presdien sendiri telah kehilangan dari tangannya kerajaan Trengganu kepada BN dan Kedah pula hilang kepada UMNO ekoran kurang kecekapan Hj.Hadi menangani masalah dalaman parti di Kedah sehingga UMNOBN rampas kembali Kedah. Kelantan hanya tun ggu PRU 14 untuk kembali ketangan BN.
Saya rasa kalau bukan kerana DSAI dan tiada pakatan PAS hari ini masih tuinggal dalam dewan dengan 3 kerusi parlimen. Si Hassan Tantawi itu jangan lupa menang atas ehsan orang bukan Islam. Sekarang ini berlagak sombong. Harap pemimpin seperti Khalid Samad, Zulkifli, Mujahid Rawa ambil alih parti atau tubuh parti baru. PAS sudah hilang kredibilitinya apabila gagal memppamirkan keberanian dalam isu Khalid V PKR.

Anonymous,  12 August 2014 at 21:35  

If betrayal is acceptable in Islam I have no more word for you.

Anonymous,  13 August 2014 at 07:14  

Saya tidak kenal Tamrin dari dekat. Apabila Sakmongkol tulis artikel ini dengan harapan yang dia dia tahu dan Allah tahu. Saya 'amat' memahaminya walaupun saya hanya mengenalinya melalui tulisan orang lain. Walaupun saya bukan tahu tingkalaku lansung secara direct. Saya merasai auranya sperti yang ditulis. Oleh itu ambillah menafaat daripada hasrat hati luahan Tamrin kerana ia telah melalui ujian lebih luas.

Anonymous,  13 August 2014 at 11:51  

Lupakan dulu siapa benar siapa salah. Juga lupakan siapa yg lebih bersalah atau lebih benar. Persoalan yg mesti dijawab ialah siapa yg mendapat keuntungan besar dengan
kemenangan Khalid di Selangor dan seluruh
Malaysia amnya? Siapa yg menanggung
kerugian besar dgn kemenangan Khalid?
PAS hanyut di Kelantan ketika krisis MB Mohamed Nasir yg disokong Umno. Kesannya berpuluh2 tahun untuk PAS bangun semula. Nak kena patuk lagi ke?

Anonymous,  13 August 2014 at 20:35  

Ini bukan pengkhianatan..tapi satu pengajaran utk pkr...dap dan pas bukan tak der maruah...selangor milik pakatan bukan pky

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP