Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 15 August 2014

Lantik MB Baharu atau Bubarkan Dewan



Wan Azizah dapat sokongan majority ADUN.
Semalam, nona Wan Azizah tampil membuat deklarasi bahawa dia disokong oleh 30 ADUN PR. Ini bererti Wan Azizah mempunyai sokongan majority yang nyata.  diatas kertas, Khalid hanya ada 26 orang penyokong. 
2 hari sebelumnya, Khalid sudah istihar dia ada sokongan majority.  Siapa yang bercakap benar? Wan Azizah tampil dengan bukti, Khalid muncul dengan cakap kosong. Agak nya, Khalid ingat, percakapan nya sudah memadai.  
Azizah nyata lebih jantan dari Khalid. Dia ada bukti. Khalid cakap kosong. Makna-nya, Khalid Ibrahim  bukan sahaja durhaka kepada Sultan Selangor tapi dia membohongi Sultan.
Perkenankan Wan Azizah mengadap atau bubarkan dewan.
Jika precedent yang berlaku di Perak suatu masa dahulu dikira sebagai prinsip untuk diikuti, maka Wan Azizah sepatut nya diistiharkan sebagai MB. Dalam keadaan semua pihak peduli sangat mengenai harga dan kos menjalan PRU negeri, perkenan supaya Azizah dijadikan MB adalah cara yang paling kos efektif. 
Tapi proses political blackmail yang dilakukan oleh kerajaan Najib keatas Perak dahulu dikondem oleh ramai orang sebagai unconscionable dan tidak constitutional.  Dan Sultan Perak yang dahulu telah dicemuh dan dihina kerana tindakan nya. perkara ini semua orang tahu. Rakyat mesti ingat, pihak yang menyebabkan seorang Sultan terdedah kepada cemuhan dan penghinaan ialah politik UMNO.
Kali ini, kita mempunyai peluang untuk membetulkan imej Sultan Melayu sebagai mata-air keadilan- yakni Sultan Selangor memperkenankan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Tidak kira ianya akan berharga RM50 juta untuk dijalankan. Ianya penting untuk mengesahkan bahawa penyelesaian yang kita ambil ialah penyelesaian yang demokratik dan ianya suatu langkah untuk memulihkan imej Sultan Melayu yang dikotorkan oleh politik.
Saya rasa jalan terbaik ialah membubarkan dewan undangan dan biarkan natural selection process dilakukan. Yang baik tetap akan menang. Tentulah UMNO tidak akan takut untuk berdepan dengan PRU Selangor dan Khalid Ibrahim sebagai seorang anak jantan tentu tidak takut juga untuk mensahihkan kejantanan nya. Kita pun hendak tahu jugak, atas parti apa Khalid mahu bertanding nanti? dalam konteks inilah Rafizi mengistiharkan bahawa, jika PRU Selangor berlaku dan jika rakyat yang memilih mahu menghukum PR, biarkanlah.
Siapa durhaka?
Bila wan Azizah mengistihar secara public, bahawa dia mempunya sokongan majority, apa yang sudah dilakukan oleh Khalid? 2 hari yang lalu, Khalid mengadap Sultan Selangor dan mengistihar depan raja negeri Selangor bahawa dia memimpin kumpulan majority. Saya pun hairan bagaimana Khalid menjastifikasikan dakwaan nya dan lebih menghairankan pula, tidak ada penasihat Sultan Selangor yang mencadangkan percakapan Kahlid itu mesti di buktikan.
Kepantasan Sultan Selangor menerima perakuan tanpa bukti dari Khalid, boleh membayangkan bahawa Sulatn Selangor diberi maklumat yang salah. Kahlid pula , kerana sedar bahawa dia sebenarnya tidak ada sokongan majority tapi berani pula membuat pengakuan , sudah menipu raja. Ini suatu kesalahan yang besar- menipu raja.
Khalid yang durhaka.
Dalam hal ini, Khalid lah yang sudah durhaka kepada raja. Zaman dahulu penderhaka disula. Saya harap habib Ali Al Habshee wa Cherasi tampil kemuka memberi amaran supaya Khalid jangan durhaka. Panglima2 Perkasa dan ISMA pun mesti kondem Khalid Ibrahim kerana menipu Sultan- bayangan Allah di muka bumi ini. Ini pembohongan, dusta, dosa besar dan durhaka. Jangan main main.
Raja Melayu mesti adil kepada semua. UMNO, PKR, DAP, PAS, dan lain2 semuanya rakyat kepada Raja Melayu. Kepada Melayu Arab pun. Saya nak beritahu Habib dan juga semua rakan2 UMNO saya diseluruh negara, mana2 Raja Melayu adalah raja kepada semua rakyat- bukan raja pada orang UMNO sahaja.  Dalam ikrar taat kepada Sultan, saya harap orang UMNO jangan lebih camca dari sudu.
Saya nak sebut disni supaya raja2 Melayu mestilah ingat bahawa pada suatu ketika orang UMNO durhaka amat sangat  kepada raja Melayu.  Jika sempurna agenda UMNO dahulu, negara kita sudah negara repablik.
Suka atau tidak suka dengan penampilan Wan Azizah dan 30 penyokong nya, membawa maksud Sultan Selangor mempunyai direct atau imputed notice bahawa Wan Azizah bukan si Khalid mempunyai sokongan majority. Sebab itu kepada saya Sultan Selamgor mempunyai 2 pilihan:
Ikut precedent negeri Perak dan titdak Wan Azizah mengadap dan perikasa betul aatu tidak Wan Azizah mempunyai sokongan majority ahli dewan.
Atau untuk membetulkan imhej Sultan Melayu dan mendaulatkan proses pemilihan yang demokratik, perkenankan supaya DUN Selangor dibubarkan.

25 comments:

Anonymous,  15 August 2014 at 08:56  

Janganlah menulis untuk maksud menyeleweng fzkta, kalau tak faham biarlah diri sendiri sahaja yang keliru:

1. Apabila khalid disingkir dari parti, dia mengadap Sultan untuk memaklumkannya dan atas budibicara Tuanku perkenankan untuk terus menjadi MB sehingga DUN berikutnya bersidang (NOV 2014) DENGAN SYARAT MINIMA Khalid mesti ada 4 exco menyokongnya - Khalid membuktikannya.

2. Tidak ada kenyataan Khalid kepada Sultan bahawa dia mempunyai majoriti DUN yang menyokongnya.

3. Majoriti DUN hanya boleh digunapakai dan sah untuk undian tidak percaya kepada Khalid semasa DUN bersidang.

4. Di luar DUN mana-mana pihak mempunyai walau 1000 DUN yang menyokongnya tidak membawa apa-apa kesan undang-undang dan Khalid masih sah sebagai MB.

Jangan cuba putar belit macam Anwar - orang dah tahu!

Anonymous,  15 August 2014 at 08:57  

Jangan lah merendah-rendahkan kebijaksanaan Tuanku Sultan. Baginda sudah tentu lebih maklum akan apa yang berlaku pada Negeri dan Rakyat Baginda sebelum MB TSKI mengadap. Pada saat ini kita mesti letakkan penuh kepercayaan atas kebijaksaan Tuanku dalam krisis ini.Janganlah terburu-buru dan gelojoh dalam membuat tindakan. Dan jangan pula jadi penghasut.

awang batuburok,  15 August 2014 at 09:11  

Salam YB Dato,

Perarakan menentang pemecatan DSAI dalam tahun 1998 dahulu berlatar belakang agenda menentang kezaliman, nepotisma dan kronisma.
Sekarang ini pemecatan TSKI dan menggantikan dengan isteri DSAI apa agenda dan temanya? Bukankah itu juga kezaliman, nepotisma dan kronisma?
Apakah sekarang definasi kezaliman, nepotisma dan kronisma telah berubah?

Oh politik negaraku MALAYSIAL....

bruno 15 August 2014 at 09:14  

Dato,honestly speaking nobody knows how this MB Khalid saga is going to play out.But the more PKR leaders keep on attacking PAS and it's leaders there is bound to be very bad blood when this circus is finally over.Why cannot these PKR leaders keep their cool for a few more days and let the PAS have their meeting and see what they have decided.

If after the meeting PAS wants to go it's own way then it is still not to late to counter whatever way the PKR or PR pact wants to take.They have painted the PAS leaders into a corner,without actually knowing whatever motives they had.And to save face they might even bite back too.The way things are going it is very difficult for them to make a u-turn.

Anonymous,  15 August 2014 at 09:16  

Jangan juga putar belit kenyataan yang terang lagi bersuluh. Saudara jangan menyeleweng fakta krisis Selangor tiada beza dengan waktu Nizar memohon mengadap Sultan untuk bubar DUN krisis Perak 2009. Tolong bercakap sebagai Melayu & Muslim, jangan cakap serupa keling!

Anonymous,  15 August 2014 at 09:17  

Kebijaksanaan? Zaman Regim perintah ada tak Majlis Penasihat di Raja?

Anonymous,  15 August 2014 at 09:17  

Parti pilih calon adun/parlimen tapi rakyat yang menentukan/undi. Ahli Adun/parlimen pilih calon MB/PM Sultan / Agong yang menentukannya.....PKR yang serabut PAS pulak yang dikucarkacirkan.

bruno 15 August 2014 at 09:46  

Dato,this MB saga is not a political saga anymore.It is like a dogfight,with each going for each others throats.This thing is getting to personal.

It is better for the happy family of Anwar,Rafizi,Sivarasa,Surendam and Tian Chua to take on silat master Khalid in a no holds bar kickboxing match in the ring.If Khalid floors all of then then he is the winner.Then all the rest can shut the f#ck up.

Well,I do not like to say this.But besides Nurul,Azmin is the one to shine like a real cool headed politician.He is not to be counted as one of the clowns belonging to the Kajang circus.After all the nasty things I have said about Azmin,maybe he is the one left fit for the MB's seat.

Anonymous,  15 August 2014 at 09:51  

Si anon@15 August 2014 08:56

Mengikut speculasi anda;

1 Ini cakap khalid sahja

2 Banyak surat khabar umum bercerita mengikut cakapX2 khalid. Mukin kau nak contest surat khabar umum berbohong?

3 Mengiku krisis Perak, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar lawan Zambry, 2010, “Bukti hilang keyakinan tidak terhad kepada usul yang dibawa ke persidangan DUN. Sebaliknya, bukti boleh dikumpul daripada sumber berkaitan,”

so siapa yg masih tidur???

4 Pagaimana pula jika krisis perlembagaan Perak menjadi contoh, Khalid bukan lagi MB, apabila 20 Adun mengisytiharkan kepada dunia mereka kurang yakin terhadap khalid. Kedudukan undang-undang jelas. Tidak kira sama ada khalid letak jawatan atau tidak, undang-undang anggap beliau sudah mengosongkan kerusi menteri besar.

So, bodoh sombong juga??? Yg ta'tau siapa lagi?

Anonymous,  15 August 2014 at 09:56  

Dear Dato,

Looks like PAS got ended up eating its own bitter medicine. When 2 of Pas a dun support Kak Wan, Pas is upset because Party Lines were crossed. How blind they are that they don't see that did is what Khalid was doing, not toeing the party lines.

It was great political engineering to reduce entropy in the ever increasing entalphy of the Selangor Saga.

Anonymous,  15 August 2014 at 09:58  

Jangan la mengheret sultan utk tidak berbuat apa yg sepatutnya dibuat. Sultan adalah bijaksana dgn berbuat apa yg sepatutnya dan jika tangguh pula, mesti berasional jelas utk meraikan kebijaksanaan rakyat pula.

Anonymous,  15 August 2014 at 10:07  

Anon: 15 August 2014 08:56

Kau ni faham ke tidak artikel ini?

Mengikut kes Nizar v Zambry dalam kes Perak, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan prinsip undang2 bahawa sokongan majority bukan shj bolih ditentukan dalam DUN tetapi juga diluar Dun. Kalau tak faham jangan komen.

Khalid sendiri buat press statement pada jam 2.00ptg selepas jumpa sultan. Khalid cakap, Sultan suruh dia terus jadi MB selepas dia maklum Sultan dia ada majority. Kalau tak tengok TV dan baca paper, jangan komen.

Kalau tak tahu, jangan komen dan kritik orang yang tahu. Komen tuan menunjukkan tuan tidak tahu keputusan kes Mahkamah Persekutuan dlm kes MB Perak dan tidak tahu kandungan press statement Khalid selepas jumpa sultan. Ini mesti Lebai Pas niiii!! Membabi buta sokong Khalid, Khalid untung RM60juta, kau dapat apa?

Anonymous,  15 August 2014 at 10:34  

Anon2 diatas sila faham apa maksud yang ditulis, penulis termasuk rakyat semua ingin melihat keadilan dan kebenaran dari kemelut krisis MB ni.

Kita kuathir Sultan dipermainkan atau diperkudakan oleh pihak2 yg berkepentingan jahat.

Persoalan, sekiranya Sultan telah membuat keputusan yg betul dan bijaksana atas nasihat sesiapa pun, kenapa perkara berikut berlaku;

1. apa sebab permohonan DSWA utk menghadap kebawah duli ditolak dan alasan yg dibagitau TSKI telah terlebih dulu menghadap dan menjelaskan keadaan. Bukan ke adil kalau DSWA dibenarkan menghadap agar Sultan dapat mendengar dari kedua2 belah pihak supaya istana dilihat oleh rakyat berlaku adil

2. kenapa pengakuan TSKI yg beliau mendapat sokongan majoriti tidak diminta bukti tetapi hanya pengakuan kosong sudah memadai. Mana penasihat2 raja?

Keadilan itu bukan pada cakap2 tapi perlu dibuktikan dgn fakta2 supaya kebijaksaan itu dapat dilihat dan dikecapi bersama.

Anonymous,  15 August 2014 at 12:02  

ini lah jadinya kalau membuat andaian berdasarkan terlalu taksub kepada anuar.Apa yang dia buat smua betul. Anwar=Gila Kuasa

Anonymous,  15 August 2014 at 12:07  

Wahai Sakmongkol, sedarlah bahawa kamu hanyalah perkakas DAP . Sedar lah dirimu, bahawasanya orang sudah tidak lagi percaya kepada kamu, kerana kamu sekarang milik berhala DAP, Lim Guan Eng, semata-mata. Sedarlah ..

Anonymous,  15 August 2014 at 12:35  

Releks aa bro...

Nanti korang jugak yang marah kalau sultan tak dengar nasihat mb...

Sekarang ni kalau ikut cakap korang...

ikut nasihat mb salah...

tak ikut nasihat mb salah...

jadi semua sereba salah!

Anonymous,  15 August 2014 at 13:30  


Dato,
Im not a lawyer but i have a question for those lawyers reading your blog.

"Can a police report be made against TSKI for having misled HRH sultan selangor that he has the majority in the selangor assembly?
Let the police investigate his declaration.

Anonymous,  15 August 2014 at 13:31  

Bruno is right. By attacking PAS publicly now will not help the situation. The latest to TALK C%^K appears to your comrade Teng.

PKR and DAP people should shut the F#$& UP these few days until PAS makes a decision this Sunday.

That includes you, Dato.

Have respect for your coalition partner to have their meeting and decide. That's the civilised and gentlemen way that the rakyat will remember when they mark "X" on the ballot.

Why can't your DAP and PKR people use your brains to think strategic???

ucin sasuke 15 August 2014 at 14:06  

Di zaman kesultanan melayu dahulu Bendahara merupakan penasihat kanan Sultan....apakah penasihat2 Sultan yg ada kini non-partisan? Cuba selidiki latar belakang mereka. Wallahualam.

bumi-non-malay 15 August 2014 at 14:15  

Ambil Perhatian Semua....TERUTAMA Puak UMNO racis Melayu terrorist ISIS, ISIL, Hamas, Boko Haram......

Bayangkan kalau Khalid tu seoranng Cina, India, Kadazan, Iban....bukan Islam ... Dah Mogok belum, Dah Bakar Gereja, Kuil, tempat sembayang belum atas suruhan UMNO ISIL, Al Qeada??

Boleh Bandingkan Macam mana Kalau UMNO hilang Kuasa begini dengan RTM, UTU-Karut-fitnah media, Polis??

Kalau Sultan tak nak dilabel Sultan Hero to Zero....macam Kat Perak Dulu.....dan tidak Ingin ikut corak Perak atau bazir Wang Rakyat..... Perkara Mudah adalah Panggil Semua ADUN Hadir Dewan Undangan Negeri GEMPAR....dan biar no confidence Motion atau Support Motion be Carried out..... APA Susah Sangat?? Apahal bagi puak UMNO dan Golongan Elite buat Sandiwara??

Sultan yang begitu disanjung, defender of Islam boleh buat SATU Aksi yang mudah.......Jangan dipermainkan dan dihina Media UMNO.....BOLA Dalam Gelanggang Sultan. Pecat semua Advisor and Hire me to give you a WIN-WIN and respected decision. Don't give the people UMNO the media Spin Version of Event....DEMAND a HOUSE Emergency Sitting..... If there was a Massive Disaster in Selangor and 100,000 people Died....would a Sultan delay 3 weeks for an Emergency House sitting or DEMAND an Immediate House sitting to improve people lives...or Cabut to overseas?? There lies the power of some constitutional Monarchy that is Fair and Above Politics.....any delay is like buying time for $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$..Rakyat Bukan BODOH!! Rakyat BOS!! B B B B...... Pecat UMNO!! ABU!!

Adakah Khalid bawa Maruah kepada Melayu atau Hina tamadun melayu..adakah dia islam atau Islam Munafiq...di mana dia punya AMAR MARUF, NAHI MUNGKAR"??

Anonymous,  15 August 2014 at 15:27  

Dear Dato YB;
Few interesting facts arise from this Selangor fiasco:
1) Umno very intelligently helped to settle Mr Hulk(TSKI)'s debt; tied the settling of debts to Langat and Kidex's expedition-then sit back and give a rope to Pakatan to help hang itself. Mr Hulk pass the rope to Mr Hard(aka Hadi)and PAS Ulamas and they are enjoying comitting suicide with the rope Umno passed to them.
2) PAS amongst the 3 Pakatan partners come out worst smelling of chicken shit all over- the closet bigots, racists, religious extremists of the Syura council all surface and PAS will definitely be wiped out in Selangor if the Dewan is dissoved by Mr Hulk for a snap election.
3) Umno is the shrewdest of all unlike the Umno of past who plays dirty directly-now following Sun Tsu's doctrine of warfare,- create disunity amongst the enemies and walk in after the internecine battles are over and triumph without firing an arrow.
4) DAP is shown to be the most disciplined amongst the three though caught in an imbroglio of PKR's making.
5) PKR's style of Umno political maneuverings fail dismally causing PAS to nearly self-implode and Pakatan allance to be buried.
6) Anwar's poor judgement of talents- the reappointment of Mr Hulk's as the MB despite having misgivings of him during the first term and his many previous confidants like turncoats Ruslan, Ezam, Zul Nordin and many others demonstrate that he is unfit to be the future PM. He will have plenty time to ruminate over these after he checks into the Bamboo River Hotel in the coming October- he will be remembered as the politicians with too many near misses- kesiankan dia-actually he's a nice fella with one or two lousy traits not of his own doing with plenty of bad lucks on top of that.
7)After the dust has settled, PAS will be setbacked 30 years if they play traitor on Sunday.- they will, I think with Mr Hard at the helm- a few of the Erdogans will defect after that.
8) PKR should form a formal alliance with DAP after that to PaDatan in the next 14th GE. PAS will be relegated back to the Suraus to 'syiok sendiri'. I anticipate PAS to lost Kelantan in next GE if Mr TGNA is not around then and got wiped out nationally.
8) If UMNO can really play smart politics like the one playing out in Selangor-passing a dagger to your enemies to stab themselves, and appears statesmanlike handling national issues, they will be the ruling party comes many other GEs.

Anonymous,  15 August 2014 at 17:38  

Anon :15 August 2014 13:30

I am like you not a lawyer but a loyar burok. Of course Khalid has committed an offence of cheating under section 415 or 420 Penal code.
a. Khalid deceived the Sultan into believing that he had majority support of the Adun;
b. Based on his fraudulent or false representation, the Sultan was induced to consent to him continuing as MB.

I can tell you any half-past six Police Inspector can investigate this case of cheating. Your only problem will be with the AG since Khalid is supported by Umno now. You know what I mean.

You can lodge a police report against Khalid based on Wan Azizah and Khalid press conference. Khalid had clearly cheated the Sultan.

Anonymous,  16 August 2014 at 01:05  

Wahai anom 08:56, Msia ni negara demokrasi la. Mentang2 di lantik Sultan jgn lah action sgt buang Exco senang2 je

Anonymous,  16 August 2014 at 01:11  

Mana2 parti sama je

Anonymous,  18 August 2014 at 12:16  

anon at 15 August 2014 13:31

why is pas taking so long to decide?
where is the sincerity as a coalition partner?
weighing your options to see if you can capitalize this to your advantage?
trying to install pas mb or trying to work out something with umno?
pas is finished. the next party that will run into a crisis is pas.
their debacle has successfully split the party and eroded the thrust voters gave them.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP