Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 16 August 2014

Akibat Terlalu banyak Baca Komik



Agak nya perkara ini terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya bila terlalu banyak membaca komik gila gila. Atau baca 2-3 muka surat setahun. Atau ingat memadai menulis kebijaksanaan yang didapati dari perbualan dikedai mamak.
Isiu Khalid Ibrahim pada saya mudah.
·        Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak? Jawatan MB ini bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan itu pula disetujui oleh rakan2 lain. Maka kamu jadilah MB.
·        Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur.
·        Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung, mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut.
·        Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.
Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat simpati dari pihak lain. Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang melalak sana sini.
Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB. Adakah nyawa nya bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan masuk jel?
Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan hutang RM66 juta nya? Khaid tak boleh kata ini perkara peribadi. Bila berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai pembelian saham Guthrie. Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan MB. Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang?
siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinajm dari bank lain untuk bayar hutang dengan bank Islam. Saya tidak pernah dengar ada bank lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid boleh beri kepada bank baru tersebut?
Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah? Jika terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Kalid ini.
Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs. Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini?
Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana secara bayaran installment. Selama 20 tahun. Si Danny Tan membayar pendahuluan hanya RM50juta. Setahu saya jika bayaran belum disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan.
Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?Tropicana sebetulnya menjual asset kerajaan. Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin MB? Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.
Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak.
Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia kamu berundur. Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita.

21 comments:

tebing tinggi,  16 August 2014 at 07:14  


re, jika parti yang nominee kamu,

Sudah barang tentu tugas dan tindakan yang dijalankan berdasar kapada kehendak parti, ( issue penjualan tanah misalnya).

Setelah parti menarik balik sokongan ,tidak wajar beban itu diletakan dibahu sesaorang sahaja.

Tindak tanduk kerajaan pusat selalu diangap tindak tanduk UMNO.

bruno 16 August 2014 at 08:28  

Dato,now it seems that the tone from PAS vice president sounds like they are likely to soften their stand.I think that PAS loves to grab and squeeze the balls of Anwar and his blind barking dogs.

The PR pact needs these three strange bedfellows to make babies.Anyone who thought that PKR and DAP both can march into Putrajaya is way off the mark.In this pact it takes three to tango,and not to forget PKR is the weakest link in the PR pact.

Well,lets hope that these three strange bedfellows made up,hug and kiss.If they do,it will be the most unconfortable time of their miserable lives.After all these public bonking of each others butts,how to look at each others faces.Malu,eh.

Alias Dasuki 16 August 2014 at 08:42  

Datuk,
Setelah menjadi penyokong kuat PAS selama ini, saya merasa amat malu PAS terpaksa Datuk ajar seperti budak sekolah untuk memahami durjana yang ditimbulkan oleh Khalid. Sesungguhnya, tindak tanduk PAS kebelakangan ini memperlihatkan dengan jelas ia tiada wibawa untuk turut meneraju KERAJAAN.

awang batuburok,  16 August 2014 at 08:46  


Salam Dato YB,

Manusia yang sama telah menggunakan kaedah yg sama ketika membuat keputusan menyertai UMNO dalam tahun 1982...
Keputusan dan kehendak peribadinya mesti dituruti dan dipatuhi semua ahli organisasi yg diketuainya, tidak boleh tidak, semua orang mesti akur dengan kehendak nafsu dan cita cita peribadinya. Mesyuarat hanya dijadikan sabagai "Rubber Stamp" untuk memenuhi kehendak ketua.
Ahli ahli PAS dan ahli ahli ABIM dlm tahun 1980an tentu mengenali manusia ini.

Dalam tahun 1998, slogan menentang kezaliman, kronisma dan nepotisma bergema dijalanraya seluruh negara. Sekarang dimana slogan tersebut???

Jangan jadi Melayu mudah lupa.....

Anonymous,  16 August 2014 at 08:50  

Hahahahha! Ada yang tak faham lagi ker?

Anonymous,  16 August 2014 at 13:23  

Masaalahnya sibebal ini pula disokong oleh PAS. Party yang tidak berbeza dengan Yahudi/Zionist Israel yang sering mengkhianati persetujuan/perjanjian. PAS berulang kali menegaskan bahawa ia nya tidak bersama UMNO. Tetapi tidak pula bersama PKR. Sibebal ni juga mendapat sokongan peminat capati.

Anonymous,  16 August 2014 at 14:33  

He got a very good teacher. His boss. Annuar ibrahim.
Semua dia belajar dari annuar ibrahim . Apa nak heran.
Semua tindakkannya adalah apa yang annuar pernah lakukan.

Anonymous,  16 August 2014 at 14:34  

Relaks la! Jangan la marah sangat dengan bekas ahli PKR ni. Kan DAP bapak ketua Pakatan. Suroh la Ah Kit jumper Hj Hadi dan kasi warning dekat bakal nelayan tu. Tunjokkan lah kekuatan Ah Kit!!!

telur2,  16 August 2014 at 16:08  

The land sale to Tropicana is an open and shut case for MACC, if they care to investigate.

bruno 16 August 2014 at 20:03  

What I really cannot understand is that Khalid has already issued a statement saying the Sultan has asked him to shut up till he returns on August 27.

This is a good excuse for leaders from PR to save face and cool down and have a truce,abeit temporary and wait until after August 27.Let cooler heads prevail.Instead they have upped the tempo by continuosly harping and screaming louder,with NGO's even taking to the streets.What do they still want to do?To take on the palace as well?

Quiet Despair,  16 August 2014 at 21:32  

Dear Sakmongkol.
Just a short, sweet biting one. Long one will be a waste of time as it will be deleted.
Pointless sticking up for Anwar and know nothing wife as Keadilan will be deregistered.
Anwar knows how to plot but never see things through.
He has been check-mated by Khalid many times. He is one-up in this Anwar created crisis.
Never follow regulations Khalid have listed all the irregularities. If Umno can be deregistered, why can't Keadilan. Didnt even register Pakatan.
No more Keadilan after deregistration. End of party.
Hahaha..




Greenbug 16 August 2014 at 23:31  

Dalam situasi dimana UMNO lwn PAS ataupun calon MCA lwn PAS, saya akan rosakkan undi saya. Begitu juga ahli-ahli keluarga saya dan teman2 saya... kami tidak akan memberi sokongan dan undi kami kepada parti yang bias khianat terhadap rakan pakatannya....

Anonymous,  17 August 2014 at 07:49  

Dato, is something wrong with your website. Comments for this article show as "0", and the one immediately preceding show as "11". Same as for yesterday, no change. I am sure by now there would have been many comments received. CAn you look into this. thanks.

Anonymous,  17 August 2014 at 09:48  

Saya rasa isiu mudah dan soalan pertama ialah samada PKR ini bebal atas tidak?

Bukannya Khalid bebal atas tidak.

PKR kata nak keluar bukti ketidakupayaan Khalid, keluarkan jer, kenapa buat drama parti bebal

Ahmad Fahariman 17 August 2014 at 10:52  

Macam menyindir DS Anwar Ibrahim je... bukan ke sama, apa yg berlaku pd TSKI ni dgn DS Anwar yg ditolak oleh umno masa Mahathir...

ulitmayang 17 August 2014 at 11:37  

PAS pulak bermati2an mempertahankan TSKI ,,, apa hal nya ?

- PAS dh buang tabiat dh

Anonymous,  17 August 2014 at 19:11  

Dear Dato,
pls explain why we cannot view comments for the last 2 days. I am sure you are receiving many as your articles are always provocative and interesting.
thanks. Your urgent attention is needed.

bruno 17 August 2014 at 20:46  

Dato,now the PAS meeting is over and done.And they have proposed two names,Azizah and Azmin.

First things first.Did I not say that have anyone ever thought of Khalid collaborating with PAS to come up with another candidate.

Did I also said that Khalid will not go over to Umno,take PAS and some froggies from PKR and form an Indy/BN/PAS coalition.If Khalid ever did that,it will be the most shameful day of his life.Where is he going to hide his face if he ever did that.He is going to be cursed forever from Malaysians for being a traitor and an Umno trojan.Sometimes stupid fools take working problems back home and take it out on their spouses.This is what some PKR,DAP and PAS leaders did.These political animals can be referred to as political morons.

Anybody who has been following this Kajang circus knows PAS do nor agree with the Kajang clowns and want to teach them a lesson.The way to do it is to make them sweat and squeezed till their balls became pea size red beans and let them called out for their mamas.Serves them right.

Anwar should do the right thing,do the PR supporters a very big favor and take his Kajang chief clown Rafizi and relocate to Golok.

bruno 17 August 2014 at 21:06  

Has anyone ever ponder why to Malaysians,Putrajaya is just miles away and can be reach by foot from KL,but to PR leaders and politicians it is like Putrajaya is in no man's land on the planet of Mars.

Anonymous,  17 August 2014 at 23:49  

Finally, party time over. Pls stop venting your ire at this or that person or party, whichever side you are. Call a halt to finger pointing, name calling, apportioning blame, etc.. During this very trying time, do remember Wan Azizah is the nominated candidate by PAS, PKR and DAP to the position of MB. She is not a lone ranger on her own and will have the excos from Pakatan and professionals to consult. She has held her own, and all of us must accord this strong lady due respect and recognition.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP