Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 22 May 2014

UMNO Pendukung Hura Hara?



Negara kita negara koboi atau ada keluhuran dan kedaulatan undang?
Apa kena dengan pemimpin negara ini? Sejak bila dewan undangan negeri boleh diserang oleh orang awam, masuk kedalam dewan dan bikin kacau? Hanya kerana apa? Kerana perkataan celaka dugunakan? Maruah Melayu jatuh?
Jika penyokong PAS, PKR dan DAP masuk kedalam dewan undangan negeri dan bikin apa yang gerombolan penyokong UMNO lakukan di DUN Pulau Pinang bagaimana? Pasti tindakan tersebut akan mendapat tindakan reaksi yang ganas dan polis akan bertindak segera.
Saya terkejut mendengar menteri Khairy Jamaludin menyatakan dia faham mengapa tindakan itu dilakukan. Dia salah dan membohong, kerana kalau dia faham, dia harus menggesa pihak polis dan pendakwa raya mengambil tindakan dibawah undang2. Tidak ada pilihan lain dan alasan lain.
Dimana pihak keselamatan? Pihak polis kena kenal pasti mereka ini dan tangkap mereka masuk lokap. Kalau mereka ini dari kalangan pemuda UMNO, tindakan undang2 yang sama juga kena diambil. Pemuda atau tidak, mereka bukan mengatasi undang2. Demokrasi akan runtuh jika anarki dibiarkan berluasa.
Maruah apa yang sangat terluka?
Apa maruah Melayu yang mahu dipertahankan? Maruah orang Melayu telah lama jatuh dan tidak terbela sejak BN memerintah Pulau Pinang. Apa GERAKAN lakukan kepada orang Melayu pulau Pinang dan apa pemimpin UMNO lakukan untuk membela orang Melayu selama itu?
Ekspresi dan langkah orang yang sangat tertekan fikiran.
Ternyata ini ekspresi dan langkah  orang yang fikiran mereka sangat tertekan mengenangkan UMNO sudah ditolak oleh masyarakat. Ini langkah orang yang tertekan fikiran  yang sedar bahawa 52% rakyat menolak mereka. Masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang tidak berundang undang jika perkara begini dibiarkan. Thugs cannot be allowed to intimidate rakyat.
Yang matang dan yang kebudakan.
Kita boleh lihat betapa besar beza nya reaksi dari orang matang politik dengan reaksi budak2 hingusan yang bernafsu besar tapi akal pendek. Bila DAP mencalunkan Dyana Daud untuk parlimen Teluk Intan- budak2 UMNO yang baru dapat jawatan bukan main lagi; ada yang mencabar Dyana sama ada dia berani mendesak agar MCA  menutup UTAR. Ada yang kata budak Melayu ini pembelot and pengkhianat dan ada yang kata dia tidak bersyukur.
Di Teluk Intan, orang Gerakan akan ketawakan gelagat orang UMNO- Melayu UMNO yang lebih menghentam calun Melayu DAP berbanding gerakan dan MCA. Yang bertanding ialah Gerakan, tapi yang lebih menghentam calun Melayu ialah UMNO yang mendakwa mereka menjuarai keduniaan Melayu. Gerakan dan MCA  duduk diam dan ikut cara undang2 manakala Melayu UMNO berkempen secara samseng. Macam inikah Melayu yang orang Melayu hendak letak masa depan mereka dan menaruh harapan menjaga agama bangsa dan tanah air? Dan saya lihat Tunku Aziz yang berdendam dengan DAP dan yang saya tidak pernah dengar bercakap dalam Bahasa Melayu pun tutut menghentam calun Melayu DAP. Ibrahim Ali, sahabat kepada Yami Samat ibu calun membenarkan gambarnya dengan Dyana digunakan sebagai bahan kempen? Inilah kepala ketua PERKASA yang mengakui sahabat kepada Yami Samat tapi khianat kepada kawan lama.
UMNO parti tua, pemimpin nya tidak matang.
Bila anak Melayu masuk parti selain dari UMNO, reaksi orang UMNO macam orang hilang akal. UMNO parti yang sudah matang tapi bila pemimpin seperti Shahrizat, Tajudin Ramli atau MP Lenggong mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan seperti orang kurang siuman, nama baik UMNO yang sudah pun discredited itu lagi lah jadi jahanam.
UMNO menunjukkan bahawa parti Melayu itu sudah diambil alih oleh golongan desperado yang datang  keTeluk INtan untuk mengecap calun DAP Dyana Daud sebagai pengkhianat, belot pada bangsa atau tidak bersyukur. Ini pilihanraya , bukan pemilihan ketua kampung atau mesyuarat JKKK.

Syukur kepada UMNO?
Mengenai syukur ini- ustaz mana yang kata kita mesti besyukur kepada manusia? Mana kita tahu dia tidak besyukur? Seperti ribuan budak Melayu, calun DAP dapat masuk UITM yang dahulunya diketahui memberi peluang kedua untuk anak Melayu belajar. UITM dibuat dengan wang pembayar cukai dan bukan duit UMNO. Orang UMNO tidak ada hak menuntut sesiapa bersyukur dengan memberitahu UMNO terlebih dahulu. Mestikah kesyukuran kita diperakui UMNO terlebih dahulu?
DEB bukan dasar untuk melahirkan clone UMNO.
DEB adalah dasar untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat. DEB bukan bertujuan melahirkan pengikut buta kepada UMNO. Kejayaan jutaan anak Melayu hasil DEB mesti diraikan. Tidak pula dimaktubkan bahawa meraikan itu bererti bersujud pada UMNO. Terima kasih lah kepada kerajaan kerana menjalankan dasar yang menjadi tanggung jawab mereka. Jangan dimarahi anak Melayu yang dijayakan oleh DEB tapi enggan tunduk kepada UMNO. Kerana itu bukan sebahagia dari matlamat DEB pun.
Bertanding di gelanggan dan tawarkan isu2.
Mari kita masuk dalam gelanggang plihanraya dan menyampaikan platform parti kita. DAP sebagai komponen Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat platform nya, UMNO dan BN lakukanlah perkara yang serupa. Terpulang kepada rakyat menilai kesungguhan dan keikhlasan kita.
Kita dedah kebobrokan UMNO.
Kita tahu dasar UMNO. Kita tahu kesan dasar nya kepada orang Melayu. Biarkan rakyat yang mengadili kebaikan dan keburukan. Jika UMNO mahu bercakap lebih mengenai peribadi, maka kita berhak melihat UMNO sebagai parti tukang carut sahaja.
UMNO bukanlah segala galanya. Bukan nya kiamat kalau UMNO tak jadi kerajaan lagi. Masa depan orang Melayu yang ada 16 juta itu bergantung kepada adanya sebuah kerajaan yang memuliakan undang2 dan melaksanakan dasar yang adil dan saksama. Mana2 kerajaan pun akan ada dasar pendidikan, dasar kewangan, dasar kemajuan ekonomi, dasar pertanian, industry dsb. Perkara2 ini semua boleh dilakukan oleh mana2 kerajaan. Bukan UMNO sahaja yang pandai melakukan nya. 
UMNO tidak fahamkah orang tidak suka kepada nya?
Maka, sekali lagi saya bertanya- kenapa susah sangat UMNO menerima bahawa hakikat nya rakyat sudah pun menolak UMNO? Dalam PRU 2013, 52% pengundi tolak UMNO dan BN. UMNO jadi kerajaan pusat hanya atas2 sebab teknikal. Kerana itu UMNO takut berdepan dengan rakyat untuk menerangkan dasar2 mereka dan menggunakan kuasa parlimen dan kuasa undang2 untuk menekan rakyat.
UMNO bodohkan dan takutkan Melayu Teluk Intan.
Seperti di tempat lain, orang Melayu Teluk Intan disajikan dengan cerita2 seram. Mustahil orang kampung belum graduate dari percaya cerita seram, puaka dan jembalang? Inilah akibatnya suka membaca majalah mestika yang penuh cerita misteri dan seram- maka terbawa bawa mempercayai cerita seram UMNO. Cerita seram UMNO- perkauman, agama, raja Melayu.
Orang kampung jangan lupa, semasa krisis perlembagaan dahulu yang hentam raja Melayu ialah UMNO, bukan PAS, DAP dan parti pembangkang. Maka yang mengancam kedudukan raja berpelembagaan ialah UMNO itu sendiri. Baru hari ini, UMNO bermuka muka menyokong mutlak raja2 Melayu kerana mereka mahu mengudakan institusi raja melayu melawan dengan pakatan rakyat.  kita harap raja2 Melayu sedar bahawa mereka itu raja kepada seluruh rakyat, bukai raja kepada warga UMNO sahaja.
Semenjak merdeka, pendirian kita ialah kita ada institusi raja berpelembagaan. Ertinya, raja pun kena ikut undang2 dalam negara ini dan tidak boleh buat sesuka hati. 
Orang Melayu mempunyai hak untuk masuk mana2 parti politik pun yang mereka pilih. Pilihan mereka jangan dicemuh dan mereka jangan dibenci. Berbuih sumpah seranah dan maki hamun yang UMNO lemparkan, orang Melayu yang masuk DAP, PKR dan PAS tetap juga Melayu dan agama mereka Islam. Demikian juga, orang UMNO yang memilih untuk kekal dalam UMNO-silakan kerana itu hak mereka. Kita tidak ada masaalah mengenai nya.

30 comments:

bruno 22 May 2014 at 05:40  

The Umno/BN gomen has lost control of the country.They are unable to control people from Perkasa,Isma and the likes of Ridhzuan Tee and Zulkifli Noordin.But how can we blame them when they cannot even control their own members from Umno youth.

The youth minister KJ who belittled Dyana as un electable candidate because of her youth just a few days ago had the ghost of his own members come haunting him.They have proven him true to his word.He is to young to be an MP and the youth minister and also head of Umno youth.Now we know how he got elected to MP.His FIL helped him.Yes KJ.Hehe.

Now let's go back to Teluk Intan for the action.Mat rempits are set loose to disturb the candidate and her supporters from walkarounds.Umno top leaders,the federal big guns,including Mahathir cannot take on a twenty seven years old lady,and need help from mat rempits.Shame,very shame.If the big Umno boys cannot stand the heat get the hell out of the kitchen.

The fight for Putrajaya in GE 14 starts in this Teluk Intan by election.This by election is no ordinary by election.It is going to shape the political landscape of the next few years leading up till the next GE.That is the reason Umno big guns are attacking Dyana.Gerakan do not care much as they got nothing to lose and going to close shop soon.Umno is the one very scared.Somebody better check if these big Umno boys are wearing diapers.

Hundreds of Malaysians of all walks of lives have endured the acid laced water from water cannons and charging apes armed with batons when participating in Bersih's 1,2 and 3.If Malaysians dare risk injuries or worse when participaing in these marches,what is so difficult of this group giving some help in Teluk Intan.

During Bersih,Malaysians from all over the country embarked to KL.Now what is so difficult to help PR win Teluk Intan and help to kick out Umno/BN in GE14.Supporters need now rush down to Teluk Intan.All they need is the internet,text messages and phone calls.

Call your relatives and friends who have friends and relatives who are voters in Teluk Intan.Or ask them to call their friends or relatives who knows some voters over there.Ask them all to come out and vote for Dyana and PR.Tell them that this by election is very important for them,their children and for future generations to come.

Umno is taking this by election very seriously,because they know that many Malays are going to vote DAP for the first time this time around.They know that if Dyana can get Malay support and increase the majority,Umno's days in Putrajaya are numbered.

maestro's worse nightmare.,  22 May 2014 at 06:36  

Khairy Jamaluddin the Umno youth president says to his members who crashed the August House in Penang.It is wrong but I understand your feelings.Who carse about their feelings.A wrong is a wrong.By the way something as serious as crashing the August House,they did not tell you ahead of time? No? Then in their eyse you are a nobody.

Anonymous,  22 May 2014 at 07:18  

Najib lemah lembik tak bole kawal Mentri2 dibwahnya. Apa tah lagi pengikut2nya

The three amigos,  22 May 2014 at 08:05  

Even BN campaign workers came and take pictures with Dyana.Umno,go figure.

bumi-non-malay 22 May 2014 at 08:07  

Lepas PR Teluk Intan - 53% tolak UMNO-BN

Lepas Bukit Gelugor - 54% tolak UMNO-BN...

Lepas Balingian-sarawak...Harap 55% tolak UMNO-BN...

Mungkin Lanun UMNO-BN dah bagi Tips Macam Mana nak Rakyat harus Berontak(Storm the Bastille) dan Kalau Pakatan dah Dapat Mandat Rakyat.......macam hari ini....52%...

Dulu Kat Perak...Rakyat tak Sedar boleh bertindak begini .... Lain kali kita dah Tahu.....Harap Polis ...tentera beri laluan Bila Rakyat TURUN PADANG. Jangan jadi orang suruhan terrrorist Sulu - Boko Haram UMNO. Rakyat Berhak bertindak menentang INJUSTICE dan Kezaliman.

B B B B.....

Bangun Bangkit Bantah Berontak.... Macam Tok Gajah, Mat Kilau, panglima Gantang.....Chin Peng....Hang Tuah...

Bagus juga ..setiap hari UMNO Bagi TIPS macam mana Langkah ke Putrajaya....secara B B B B....

Rupanya buat satu lingkungan..lepas Kajang, Teluk Intan...kemudian Bukit Gelugor..kemudian Baligian.....kalah menang...tak apa...Masih ada 54% sokong Pakatan-Pembangkang tolak UMNO-Barang Naik....

Setiap hari UMNO-Barang makin Risau...siapa lagi katak2 yang akan tiba2 mula Sokong 54% Pasukan-Pakatan-Pembangkang...


Anonymous,  22 May 2014 at 08:31  

@06:36
...something as serious as crashing the August House,they did not tell you ahead of time? No? Then in their eyse you are a nobody.

is no different from someone saying to you, "something as serious as your wife having a fling with someone else and she did not tell you ahead of time. No? Then you are a nobody."

Cheers mate. Here's to Dyana's victory.

Maestro with a broken bow.

Anonymous,  22 May 2014 at 08:56  

bumi-non-malay - BBBB - Bangun Bangkit Bantah Berontak.

Semua diterima kecuali 'Berontak' - sensitif sangat bagi OOOOOMNO!!!!

Guling salah, tumpas salah, hancur salah, berarak salah. Tampilkan siManis pun salah.

Apa yang OK?

Gantikan siManis dengan seorang nenek UMNO, OK. Serbu pun OK brader!

Kembar Mat Sabu

the new kampung man,  22 May 2014 at 09:06  

Umno satu party banyak samseng dan mat rempit.Mampus malu semua tin kosong dan telor besar.Buat macham kacau kacau sahaja.Ini kali mesti kalah di Telor Intan.

the gaffe guy who know's,  22 May 2014 at 09:43  

There are herds of crazy physos running wild all over the country.These includes racial and religious bigots,criminals,rapists,Umno youths samseng and mat rempit.How come they are not thrown into lockups.
















Umno youth is Umno B anak anak.So how come they broke into Penang Assembly.Do the Umno youth budak budak no respect for the law of the land.How come such gangsterism is tolerated when it is committed by Umno affiliates.There has not been any arrest of these gangsters yet.Do the Umno gomen uphold the law of the land?








maae 22 May 2014 at 09:44  

Biadab nya Rayer kerana secara kasar kepada Melayu, secara halus nya CELAKAKAN moyang, datuk nenek, ibu bapa berbangsa Melayu. Saya yang tidak berdaya apa-apa, sungguh SAKIT HATI ! Hanya Keimanan dan prinsip fitrah kehidupan meredakan perasaan bergelora tersebut !

1. Betul kita di larang sujud kepada UMNO, MARA dan manusia. Tetapi kita di galakkan mengingati , berterimakasih ( syukur juga ) kepada yang di beri hak kelebihan ( khalifah / umarak ) sebagai pemimpin yang di beri amanah mengurus, mentadbir dan melaksanakan kebaikan untuk rakyat, apalagi kepada yang memerlukan supaya mereka berdaya, mampu-saing dan boleh berjaya dalam kehidupan dunia akhirat. Ustaz dari Umno / Pas juga manusia biasa dan perlu kepada keperluan yang sama. Apa yang membezakan ? Bukan kah hati dan Keimanan pada dasar nya Akidah yang sama? Berdosa besar jiks kita berkata dan mengada -adakan yang tiada ! Ini amanah Allah SWT , seperti keluarkan zakat untuk golongan asnaf. Mencapai KDNK dan KNK, demi membina pembanguna Negara selaras menjaga apa yang ada di dalam nya. Ini seolah nya pembangunan Ilmu untuk keluar dari kejahilan. BACA LAH ( IQRA' ...) !

2. Dyana.... kita tidak pertikai pilihan nya ! Apa yang di pertikai ialah mencapur-aduk ISLAM dengan KEBATHILAN untuk laba yang sedikit... ! Lantas Terang-terangan memusnahkan bangsa nya, sasilah keluarga nya, sulalatin ( Ayat Sejadah ) di mana secara terang lagi bersuluh DAP itu apa atau milik tuntas siapa... terlalu banyak peringatan dalam Al Quran. Kita lupa atau kita jenis 'yahud dan nasara' mensyirikkan Allah SWT ? Jadi nya
JELASKAN KEDUDUKAN semoga tiada fitnah atau mempengaruhi yang lain nya semakin tergolong musyrik dan munafik ! Ini sikap jahilliyah !

Saya rasa YB lebih faham dari segala sudut. Beberapa bahagian di tulis mungkin ads benar nya. Jika menyamakan Islam dengan fahaman manusia dan agama lain saya sanggah sepenuh nya ! Jika menulis menjahanamkan bangsa, saya tidak bersetuju kerana Allah SWT untuk menutup 'aib' dan tidak di bincang secara terbuka ! Jika parti Umno, MARA ( tahukan sebab kewujudan nya ) telah bergolok bergadai membina Nusa dan Bangsa, sehingga kaum cinki(kuli)dan rayer(india *paria) naik menjulang status kehidupan-zaman berzaman mereka sehingga kepala Melayu di pijak-pijak tanpa terimakasih, ini BENCANA yang menolak terus melayu jatuh ke dalam jurang dalam. Maka berjaya lah musuh Allah !

Anonymous,  22 May 2014 at 09:58  

Good morning Dato',

Very well said. Saya setuju. Pelik betul tengok perangai UMNO-BN yang meroyan tahap gaban. Kalau la saya ni Ultraman, dah lama saya lanyak dia orang ni...ha ha :D

Have a nice day Dato & God bless :D

Anonymous,  22 May 2014 at 10:39  

UMNO memang memalukan negara kita. Pooi!

the mean machine,  22 May 2014 at 11:02  

A quote from A Kadir Yasin speaking about Dyana Sofya.

'But it has to be something deeper than her looks.The fact that she is a young lady representing a Chinese dominated party is,to me real fascination'.

'Just days ago,a former female deputy minister noted with alarm that the DAP's internship programmes were attracting many young Malay participants,most of whom were well educated'.

'There must be something particularly strong by way of push and pull factors to encourage a young Malay like Dyana Sofya,who hailed from an Umno family,to join the DAP and be an active member'.

'While the BN campaigners and cyber troopers are having a field day,they should perhaps spare some time to understand why this type of things are happening.Why young educated Malays are joining the DAP?

'Instead of blaming others for their woes,leaders of the GOC(grand old coalition) parties should like at themselves and not treat the rakyat with disdain'

'As for by elections,they are an indicator of things to come four years down the road'.

My own quote,'the DAP must be doing something right and yes it is indicating that Umno is in real danger of getting the broomstick with the kitchen sink included'.

Anonymous,  22 May 2014 at 11:20  

What about UMNO Syahrir and his PAS brother? How come UMNO leaders don't ask him to resign from UMNO?. Why nobody ask Mahathir to control his daughter? He talks. But he does not walk the talk!

Anonymous,  22 May 2014 at 11:22  

Pemuda Umno "berani dan jantan" yang keluar jaga "maruah Melayu" ni betul-betul Melayu ke? atau keturunan lain? Yang jelas di gambar media, ramai yang rupa macam orang India, bukan Melayu tulen.

Mereka bukan jaga maruah Melayu, sebaliknya, sedang jatuhkan maruah Melayu in kalayak orang ramai, di depan media dunia.

Di mana orang Melayu tulen? Kenapa diam saja?

the mean machine,  22 May 2014 at 11:32  

Malaysia once had one of the best demrocratic systems in our region.Only Singapore can match ours.Thailand,Phillipines,Indonesia and the rest foget about them.

And Malaysia and Singapore were the most stable countries in our region.Unlike Thailand,Phillipines and Indonesia where students and the army can have gomens tumbling like humty dumpties.

Nowadays our democratic system have gone to the dogs.Racial and religious hard feelings are being fanned by NGO's and fanatics aligned to the Umno gomen.And the authorities have their hands tied behind their backs or rather sitting on them.

It is time to tell these useless leaders that they have outlived their welcome.On May 31,the venue is in Teluk Intan for the voters to vent their anger.By way of the ballots and not to follow the uncouth ways of Umno youths and mat rempits.

Anonymous,  22 May 2014 at 14:52  

Dato

Seems like you now have to change the name of your ethnic group from "Melayu" to "Umno".

What I read is Rayer says, "UMNO celaka" but your Malay brothers said Rayer insulted Malays.

So, mathematically, this means :
"UMNO celaka" = "Melayu celaka"
Therefore, "UMNO" = "Melayu"

Dato, please remember to change all official documents including your birth cert, remove the word "Melayu" and change it to "UMNO".

From now on, we can tell the world that Malaysia has is a multi-racial country made up of Umno, Chinese, Indian, Kadazan, Iban ...

Anonymous,  22 May 2014 at 16:22  

I enrolled as a life member of UMNO in 1974. But when it was destroyed by that Kerala Kutty, I did not bother to join his party UMNO Baru.Tunku was right. Keralan Kutty and Shahrizad and the likes will see in their lifetime the destruction of their Satanic party in their very own hands.

Anonymous,  22 May 2014 at 16:24  

UMNO Baru founded by Mamak Kutty is trully a United Mamak National Organisation.

Anonymous,  22 May 2014 at 16:29  

Those who value peace must work hard to give a good lesson to UMNO Baru and its accomplice -MIC, MCA and Gerakan in Teluk Intan.

Anonymous,  22 May 2014 at 16:39  

Inilah padahnya apabila pemimpin2 ari Party Setan yang dikenali terlalu banyak menelan dan memakan minum hasil yang di curi dari rakyat.

Anonymous,  22 May 2014 at 16:43  

Yang membuat huru hara ini sama keturunan dengan Mahathir, Sharizat, KJ,Azeez Kadir dan Ali Hamsa.

Anonymous,  22 May 2014 at 17:10  

Pemimpin dan peyokong2 UMNO Baru ini agaknya terlau banyak minum dan mabuk susu lembu2 gila Sharizat.

Unknown 22 May 2014 at 19:36  

Ungapan "SYAITAN YANG DI KENALI" oleh ketua lanun Negara yang memperkal dan mereka-cipta pengswataan kini telah pun digambarkan dengan jelas "KESYAITAAN" mereka. Benar apa yang di ungkap kan oleh Mao Tze Tong dahulu yang berbunyi "NEVER PAINT A GHOST ON THE WALL. ONE DAY IT WILL APPEARS TO YOU IN PERSON".

Ditiga tiga insidents yang berlaku, dua di Pulau Pinang dan satu di Telok Anson sungguh memalukan. Sebelum itu pernah berlaku di satu PRK di Port Dickson di mana seorang YEE konon nya di balun dengan teruk oleh para petugas PAS, sehingga tersiar gambar tubuh nya di "BALUT" dengan kain putih. Sedih nya hanya sebahagian, kalau keseluruhan kan bagus tidak lah si YEE ni di lantik sebagai "KETUA" Tabung Aji yang bakal menjadi AJI-NO-MOTO. Yang menang di PRK tersebut merupa kan seorang hamba ALLAH yang melingkup kan FELDA.

Kini mereka menganas Di DUN Pulau Pinang pula. Sebahagian yang menganas itu merupa kan YEE juga. Jangan lupa bahawa di tahun 80an dulu kumpulan "BORIA SUNGAI PINANG" kerap membuat pertunjukan. Kebanyakan tema nya ada lah berkaitan dengan pembangunan. Malang nya apabila pembangunan "MAI" mereka lari lintang pukang dan mencari tempat perlindungan yang agak murah di tanah besar, terutama di Kedah.

Kononnya setakat ini 11 orang telah di tahan, pelik nya mengapa "POLIS" tidak menangkap semasa para perempuh sedang melakukan rempuhan di kala itu sudah pasti ada bukti sahih Buhari dan Muslim. Tangkapan di laku kan selepas kejadian keputusan nya boleh kita ramal.

Itu bab rempuh DUN, bagaimana dengan incident "DI LANGGAR KERETA KM?" Dia yang beria ia suruh di langgar, dia yang melakukan adengan "STUNT" dan dia juga yang membuat laporan polis.Mengapa ketika kejadian "POLIS" dan "PENGAWAL KESELAMATAN" tidak menahan "HERO TAMIL" ini? Pelik juga.

Episode ini merupakan kebanyakan adengan buat mereka yang rajin menontot filem Hindustan. Kalau di amati wajah "HERO" ini juga macam YEE. Dia juga di kata kan seorang calon di PRK tersebut kalau boleh menang memang ajaib. Tak tau lah kalau "BOMOH VVIP" boleh melakukan keajaiban.

Di Telok Anson pula(saja tak menyebut Telok Intan)yang menganas merupa kan sesuatu yang tidak mempunyai nilai, kalau Intan sudah pasti di simpan rapi, saperti cincin kak Mah.

Kalau di amati gambar gambar dan dari siaran U-Tube kebanyakan perlaku merupa golong "MAK DAN BAPAK" mereka tergolong dari penerima BRIM atau BROOM. Ber erti mereka dari golongan pendapatan rendah. Kalau lah mereka tidak bertindak demikian sudah pasti nilai dan harga diri merek tidak serendah dan seburuk itu.

Mereka yang berperanggai demikian kalau pun Islam tetapi jenis keislaman mereka kosong bak hampas kerana tidak punyai "IMAN". Terima kasih wahai Lanun Negara yang sudah lama menghidu peranggai dan kelakuan puak puak ini juga termasuk kamu dan kebanyakan para pemimpin umNOngok yang sedang berlinggang bangga di anjung kuasa.

Kalau puak puak unMOngok yang "TERANCAT AKAL" ini(pinjam kata kata sakmongkol)berterusan, saya percaya parti UMnongok akan menjadi sejarah

Sentinel 22 May 2014 at 20:12  

We are all doing it wrong, Dato... a wrong is a wrong, no two ways about it.

By not taking action against Dr Ridhuan Tee Abdullah for his alleged plagiarism of his thesis and awarding him a PhD for alleged copied works and then promoting him to be a professor with a short span of time, we are telling the youth of Malaysia its OK to be dishonest and to cheat! Its even OK to steal other people's work and make it our own! This is grossly wrong, Dato!

the gugu guy,  22 May 2014 at 21:30  

Umno Youth members stormed the Penang August House.Now it has threatened to burnt the DAP headquarters in KL.

What is a weak leader like KJ going to do about this recent incidents.Is this Oxfan going to roll his sleeves up and go confront his members or hide under the sarong.It is time KJ made his stand.He cannot have it both ways.

Is extremists affiliates of Umno getting a free pass to intimidiate and cause harm to the public.Where are the police when you need them.

One thing with today's lighting fast media the news will spread like wild fires.Malaysia will eventually made Somalia and Zimbabwe look like midgets.It is definitely on a faster track to overtake them for top third world country award.

Anonymous,  22 May 2014 at 22:08  

maae, maae, minta pahamilah:

1)'Maruah apa yang sangat terluka'?

2)'Dalam PRU 2013, 52% pengundi tolak UMNO dan BN.'

3) 'Thugs cannot be allowed to intimidate rakyat.'

4) 'UMNO yang lebih menghentam calun Melayu DAP berbanding gerakan dan MCA... Gerakan dan MCA duduk diam dan ikut cara undang2 manakala Melayu UMNO berkempen secara samseng. Macam inikah Melayu yang orang Melayu hendak letak masa depan mereka dan menaruh harapan menjaga agama bangsa dan tanah air?'

5) 'Ibrahim Ali, sahabat kepada Yami Samat ibu calun membenarkan gambarnya dengan Dyana digunakan sebagai bahan kempen? Inilah kepala ketua PERKASA yang mengakui sahabat kepada Yami Samat tapi khianat kepada kawan lama.'?

6) 'Bila anak Melayu masuk parti selain dari UMNO, reaksi orang UMNO macam orang hilang akal.'

7) 'Ini pilihanraya, bukan pemilihan ketua kampung atau mesyuarat JKKK.'

8) 'ustaz mana yang kata kita mesti besyukur kepada manusia'?

9) 'Jangan dimarahi anak Melayu yang dijayakan oleh DEB tapi enggan tunduk kepada UMNO.'

10) 'Biarkan rakyat yang mengadili kebaikan dan keburukan.'

11) 'Bukan nya kiamat kalau UMNO tak jadi kerajaan lagi. Masa depan orang Melayu yang ada 16 juta itu bergantung kepada adanya sebuah kerajaan yang memuliakan undang2 dan melaksanakan dasar yang adil dan saksama'.

maestro's worse nightmare.,  23 May 2014 at 00:18  

What is the PM,DPM and all cabinet ministers doing over their Umno Youth members breaking police barriers to attack the Penang State Assembly.And now they want to burn down the DAP hq in KL.

Are they not going to come out and condemn these cowardly acts.Or do our leaders condoned these babaric actions of their members.

Anonymous,  23 May 2014 at 07:27  

I wish everyone stop limiting it to just UMNO when mentioning UMNO Baru.UMNO Baru or as Hishamuddin Rais will always without fail write as United Malays Nasional Organisation ( you see the hypocrisy of it all.The defender of Malay language)
UMNO Baru is not UMNO. It is a Satanic Party. That is what its founder the Kerala Kutty, who should be accountable or the murder of Memali Malays says.

Anonymous,  23 May 2014 at 07:31  

Anon 11:22:
Yang jelas di gambar media, ramai yang rupa macam ..., bukan Melayu tulen.

Melayu tulen tu macam Silverstone, yang lain itu macam Blackstone, Yellowstone dan yang takde stone.

Setakat mana Melayu tulen akan bersabar, biar Dyana Sofya buktikan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP