Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 5 May 2014

Sahibussamahah Mufti Pahang dan GST



Beberapa hari yang lalu, mufti negeri Pahang mengeluarkan fatwa bahawa semua orang mesti sokong GST. Mufti ini bebas untuk bercakap mengenai GST sebab bercakap ialah hak manusia; tapi kita tahu pengetahuan nya mengenai perkara ini amat cetek. Mufti ini telah membuat kajian yang meluas mengenai GST kah atau percakapan nya hanya bertujuan menerpa menyokong kerajaan yang membayar gaji nya?
Janganlah begitu sahibuss samahah- jika dia menerjah dan menerpa dimana malaikat pun takut untuk pergi, maka dia hanya menunjukkan kebodohan nya. Saya kenal mufti ini secara peribadi dan dia seorang  yang baikbudi dan baikhati- tapi kita mesti bersedia membezakan antara kepribadian dan isu.
Golongan agamawan mengekalkan monopoli bercakap dan memberi pandangan mereka dalam hal agama dengan meletakkan sempadan bikinan mereka sendiri; bahkan mereka berselindung disebalik tirai kekebalan artfisial ini. Orang awam tidak boleh berkhutbah atas mimbar kalau tidak ada tauliah. Walhal setiap jumaat kita dengar khutbah dari mimbar yang membebalkan dan membekukan minda kita. Diucapkan pula oleh mereka yang walaupun ada tauliah, tapi cetek ilmu nya.
Apa jadi jika kita meletakkan syarat yang sama- tok mufti dan kadi dan ustaz kalau tak ada tauliah bercakap mengenai ekonomi, undang2 civil, fiziks dan kimia, tidak dibenar bercakap mengenai perkara2 ini? Bagaimana? Tentulah golongan yang merasakan mereka ada hak dari langit akan memberontak. Kerana mereka merasakan mereka golongan terpilih dan special.
Mereka boleh berterus bercakap , terpulang pada kita menerima nya atau tidak. Demikian juga mengenai isu agama- orang awam boleh terus bercakap dan memberi pandangan , terpulang pada masyarakat menerima atau tidak.
Kalau tok mufti Pahang berbicara mengenai hukum hakam agama, ilmu agama Islam, kita bersedia untuk meletakkan pandangan2 nya ditempat yang tinggi. Kita bersedia untuk undur dan berhenti sebentar sebab kita tahu dia ada kelayakan dalam bidang khususnya. Tapi jika pandangan nya menceroboh dalam bidang yang kita rasa kita ada pengetahuan lebih dan dalam isiu yang kita feel strongly about, kita bersedia mengupas dan mendedahkan kecetekan pandangan nya. Sebaik sahaja dia turun kebumi, kita berpencak atas lantai yang sama rata.
Kita mempersoalkan kelayakan dia bercakap mengenai GST serupa seperti mana orang agamawan menyoal kelayakan golongan secular bercakap mengenai hal2 agama. Kita dengarlah pandangan mereka, tapi kita berhak menerima atau sebaliknya pandangan mereka.  Pandangan orang sekular mengenai hal2 agama adalah pandangan layman; maka pandangan golongan agamawan keatas perkara2 seperti specialist seperti ekonomi, adalah juga pandangan layman.
Bila golongan agamawan- para ustaz, para pendakwah bebas, lulusan pengajian Islam bercakap mengenai pengurusan dunia seolah olah mereka mendapat ilham terus dari langit dan menyokong golongan pemerintah minority,  kita sedar bahawa keadaan masyarakat kita semakin tenat.
Dalam sebuah negara kleptocracy- yakni sebuah kerajaan yang sarat dengan rasuah dan pencurian wang perbendaharaan/embezzlement of state funds,; apa yang terjadi ialah kelompok agamawan berkomplot dengan kelompok pemodal dan eksekutif kerajaan untuk menindas rakyat.
Inlah contoh pemerintahan oleh golongan kaya(plutocracy) dengan kelompok yang mendapat ilham dari Tuhan( theocracy) dan golongan elit politik. Mmang benar kata Tuhan dalam Quran 9:67 bahawa golongan munafik saling teguh memperteguhkan kedudukan masing2. Mereka mempromosi kejahatan dan menyekat keadilan dan menggunakan kuasa untuk mempromosi idea mereka. Golongan agamawan menggunakan jawatan mereka untuk membantu golongan kaya dan elit yang berkuasa menundukkan kesedaran rakyat. Inilah contoh nyata kelompok ulamak memperakui kezaliman pemerintah.
Sejak zaman berzaman, rakyat bangkit menentang golongan agama yang mengesahkan dan mensahihkan dasar2 penindasan kerajaan. Dalam sejarah negara Eropah, rakyat bangkit menentang golongan padri yang menggunakan agama untuk menindas rakyat jelata. Raja2 menyelebelahi rakyat untuk memecah monopoli gereja. Bila raja mengambil alih kuasa dan menindas rakyat, sekali lagi rakyat bangkit mengguling raja. Dimana revolusi penuh tidak berlaku, golongan raja menyaksikan kuasa mereka dikurangkan pada peringkat minima.
Mufti Pahang kalau tak tahu pasal GST atau hanya tahu mengenai T dibelakang nya, janganlah memandai mandai untuk membodohkan orang Melayu yang beragama Islam. Berapa kali orang Melayu mahu dibodohkan? Bila kita mahu hapuskan denda AES, Melayu lah yang bangkit menentang penghampusan AES. Mereka berkeras dan berdemonstrasi mahu bayar. Bila kita mahu hapuskan PTPTN dan beri pendidikan percuma sampai peringkat sarjana muda, orang Melayu juga yang gatal bangkit menentang. Mereka berkeras untuk bayar.
Sekarang GST- yang akan menambah tekanan kepada kenaikan kos hidup, Mufti suruh sokong? Fatwa mengenai GST bukan dapat diberi dalam sehelai dua muka kertas A4 yang ditaip.

12 comments:

Anonymous,  5 May 2014 at 08:50  

Setuju Dato. Sampai bila orang-orang Melayu nak sedar diri?

the gaffe guy who know's,  5 May 2014 at 10:33  

Dato,some people think that the GST is a game of bodek bolas.Maybe their masters have promised them monthly allowances to compensate them for forced inflation.Or else why bodex bolas when the GST is going to hurt their pocket books.

GST is a very unpopular tax been practiced by very undisciplined governments.It is usually a last resort by governments who have busted their budgets year in and year out.

Supporters of this tax are usually cripples riding on the coat tails of the people in power and bean counters.These sick people are registered and bound for the mental institutions.Afterall,only sick and crazy people like paying more taxes instead of using their hard earned money on tongkat ali's.

Anonymous,  5 May 2014 at 11:49  

Mufti mangkok

bumi-non-malay 5 May 2014 at 12:13  

Mufti Pahnag kalau tak tahu pasal GST atau hanya tahu mengenai T dibelakang nya......... ha ha ha..

Mungkin mufti ni kena buat research, siasat...apa makna itu T.....mungkin buat laporan Polis dan polis UMNO bersama-sama Siasat.....Polis Malaysia pandai siasat sesiapa yang Bongkar Rashia mereka....tapi jenayah kat Bibir tak nampak!!

Kalau GST begitu baik.... apahal terlambat buat 60 tahun dahulu? Patut ada GST 6 bulan selepas Merdeka....tahun 1958... Dah bankrupkah Malaysia ni??? atau UMNO-BN yang memerintah dengan Izin Sultan-Agong masih ada metaliti macam cari MH370??? Tak ada idea langsung dan nak berlagak macam pak pandir...semua tahu...tapi dunia ketawa perangai UMNO-Bankrupt Negara ni!!

Kita boleh hapuskan GST dengan pengunaan wang asing Australia, Singapura, Amerika, British, Euro......dll.. Macam mana nak Kontrol?? ada banyak cara hapuskan GST bersama UMNO-Bankrup Negara(BN).....

Anonymous,  5 May 2014 at 13:00  

Askm tok
Agamawan jenis haman punaisihat firaun

Anonymous,  5 May 2014 at 14:56  

Dato...why you never mention Mufti Pahang kata haram untuk mengguling kerajan UMNO. Kerja Mufti nie asyik nak bodek n bodoh kan bangsa Melayu saja. Hancur lah Malaysia nie if Mufti mcm nie masih keluarkan fatwa2 songsang!

Anonymous,  5 May 2014 at 15:52  

YB Dato' begitulah negara kita. Saya tengok jabatan Mufti tidak boleh berfungsi dengan sebaik-baiknya mengikut tugasnya kerana jadi alat sahaja. Sepatutnya jabatan ini terdiri daripada pegawai penyelidik yang berwibawa dan 'current' dalam mengutarakan pandangan. Bagi saya inilah bahagian R & D. Dengan itu pandangan dan fatwa akan lebih berwibawa dan profesional. Oleh kerana bahagian ini dikembirikan dari segi pembangunannya maka itulah sahaja yang boleh diucapkan kàerana tugasnya banyak dipenuhi dengan serimoni sahaja. Ini termasuk jabatan negeri yang lain. Macam Datok kata mereka ini suka menerpa walaupun mereka tida berapa faham maka jdilah apa yang terjadi.

Jins M'tara 5 May 2014 at 16:26  

setahu saya, agamawan Melayu yang makan makan gaji kerajaan hampir semuanya membodohkan diri sendiri untuk terus hidup mewah.

Anonymous,  6 May 2014 at 01:36  

Muti Pahang inilah spesis yang ditonjolkan P Ramlee dalam filem Musang Berjanggut, jenis yang tidak boleh harap.Cuba Dato Sak check mufti ni dapat gred apa matematik SPM dia. Kalau matematik dia tak mampu dapat kredit, elok dia cakap hal lain daripada menyibuk pasal cukai dan GST ini.

Tanya mufti Pahang apakah dia sensitif tentang isu kerugian PERWAJA, skandal Kelang Gate., isu lembu Shahrizat, isu Scorpeen, isu duit BNM dispekulasikan di ossaran forex dan bermacam. Hal nak tambsh kantung kerajaan bukan main cepat menyokong tapi soal nillion RM duit lesap diseleweng pemerintah...senyap sepi tanpa komen.

Mufti menatang apa macam ni? Mufti jenis 20 persen sepuloh persen agaknya ni !. Pandai nyer pemerintah lantik orang jenis macam ni sebagai defender. Mufti gadai maruah dan ilmu yang ada utk kepentingan diri bersama pemerintah.

Bunuh Altantuya dan aibkan Dato Sri Anwar Ibrahim oleh pemerintah itu sunat ke tok mufti?. Korupsi dan rasuah tu cuma makroh jer ker tok mufti?.Tolong habaq mai sat kat kami kami ni!

Anonymous,  6 May 2014 at 03:17  

Agak2 nya kalau kita tidak mahu hidup lagi di zaman purba jawatan Mufti harus dilantik dengan pilihanraya

Anonymous,  6 May 2014 at 15:18  

I think gaji mufti tak boleh dibayo oleh kerajaan

Anonymous,  7 May 2014 at 09:23  

Beginilah halnya bila agama dijual beli utk tujuan politik. Ulama2 UMNO skrg nie pikir tembolok sendiri daripada maslahat rakyat. Apa saja boleh dihalalkan jika mereka nie mendapat imbuhan. Golongan2 sebeginilah yg merosakkan agama.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP