Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 16 May 2014

Mat Said power keropok lekor, Tok Him lebai Malang.



Orang yang paling malang di Malaysia ialah Ibrahim Ali. Mat Said keluar UMNO tidak sampai 24 jam, diterima semula masuk UMNO. Setahu saya kalau hendak masuk UMNO kembali,  kena bawa borang kemasukan kepada MKT . Setelah MKT bersidang, keputusan di buat. Boleh jadi, surat perletakan jawatan mat said tidak dikira surat rasmi. UMNO boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.
Tun Dr Mahathir Muhamad pun, tatkala masuk UMNO semula menyerahkan borang keahlian kepada Dato Najib. Agak nya, permohonan tersebut telah dibawa kepada MKT dan diperakui. Atau main kira terima sahajalah.
Ibrahim Ali pula sudah lakukan semua untuk membuktkan keUMNOan nya. Hentam pas sudah. Hentam Anwar pun sudah. Bahkan dia mendoakan supaya Anwar masuk jel secepat mungkin dan dia akan buat kenduri meraikan pengejelan Anwar.
Sudah bergelimpangan Tok Him lakukan segala nya- tarik baju, tarik rambut, berguling diatas lantai, namun UMNO tidak mahu terima. Tapi Tok Him masih mesra UMNO. Hanya UMNO tidak mesra Ibrahim Ali.
Mungkin kalau Tok Him nak masuk UMNO, borang nya terpaksa diperkakui oleh Persidangan Agung UMNO.
Sehingga Ibrahim menubuhkan PERKASA. Mengikut Ibahim, kalau tidak kerana PERKASA, UMNO akan kalah lagi teruk dalam PRU13. Perkara itu pun tidak diendahkan oleh UMNO.
Jadi lebih elok PERKASA tukar jadi parti politik dan lawan dengan UMNO untuk tahu siapa menjaguhi perjuangan orang Melayu.
Kepada ADUN2 UMNO di Terengganu, pengajaran dari episod Mat Said ialah inilah masa hendak buat duit. Cuba keluar UMNO berdua dua setiap 2 bulan. Mengigau pemimpin UMNO pusat. Adenan bin Manzur akan duduk bekelana di Terengganu menjaga karenah UMNO Terengganu. Kepada 2 orang yang mengikut Mat Said ketika keluar UMNO tempoh hari, ini ialah penggal mereka yang akhir. Setelah mereka menampakkan tangan mereka, UMNO tidak akan mengambil risiko memilih mereka lagi.
Masaalah UMNO di Terengganu belum selesai. Kedudukan masih 17-15. Kalau mengundi UMNO ada potensi satu undi dari speaker.
PAS hanya perlu memujuk ADUN2 UMNO supaya undi tidak percaya. Manalah tahu pada hari tersebut, ada ADUN UMNO yang sakit perut, moyang meninggal, atau ada yang jatuh demam.
Mat Said akan terus merupakan ancaman kepada UMNO. Dalam dua tiga bulan ini, setelah dibebaskan dari jawatan, dia ada masa yang banyak untuk menjadi playmaker. Kalau buat nya Mat Said hantar 3-4 ADUN yang penggal pertama pergi bercuti di Antartika atau duduk 2 bulan di London atau Amerika, ketika itu DUN bersidang, maka didapati bahawa UMNO tidak cukup ahli. Ketika itu PAS boleh mengadap Tuanku Sultan.
Bukan untuk ambil kerusi MB secara otomatik tapi mohon Dewan dibubarkan. Jangan buat kerja macam UMNO. Tunjukkan  PAS gentleman. Jangan lakukan seperti apa UMNO lakukan di Perak. Ketika itu PAS akan mengadap Tuanku Sultan dan mengesyorkan suaya DUN Terengganu dibubar. Ketika itulah masing2 parti tunjuk jantan menyerahkan diri kepada rakyat untuk buat pengadilan.
Nama Terengganu pun akan harum. ADUN2 nya tidak seperti ADUN2 Perak yang takut menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk buat pengadilan. Saya pun akan tumpang bangga sebab atok saya sebelah bapa asalnya Terengganu( Losong).
Jika keadaan serupa ini berlaku di Perak, saya harap PAS dan DAP tidak akan buat kerja macam Zamri Kadir buat. Hendaklah mereka mengadap Tuanku untuk mengesyorkan Dewan Undangan dibubar dan suatu pilihanraya negeri diadakan. Prinsip demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat menentukan melalui pemilihan.
Terlanjur saya menulis mengenai UMNO dan PERKASA ini, ingin saya menyentuh system nilai yang dipegang oleh sesetengah jaguh Melayu dalam 2 pertubuhan itu. Ketika Karpal Singh meninggal dunia, ada tokoh Melayu UMNO dan mesra UMNO meraikan kematian tersebut. Adakah meraikan kematian bangsa lain budaya dan nilai Melayu? Apa sudah jadi pada nilai kehalusan budi orang Melayu?
Tok Him, presiden PERKASA mendakwa diri nya Melayu lebih dari orang lain. Saya hanya nak tanya Tok Him ( yang saya kenal secara peribadi dan tetap hormat kepada nya sebab dia mempunyai beberapa kelebihan) adakah mendoakan seorang Melayu lain supaya masuk jel dan kemudian diiringi pula dengan kenduri- adakah ini nilai2 Melayu? Bagaimana mahu menjuarai bangsa Melayu jika nilai bangsa Melayu tidak difahami?

4 comments:

bruno 16 May 2014 at 23:46  

All the antics and tantrums thrown by ego self centered Umno warlords,which almost bought down the Trengannu Umno state gomen and the Umno disciplinary council is so much more quiet than a church mouse.It is time that Najib started wielding the big stick and show the overgrown babies who is the boss,that is if he wants to be around for GE14.

maestro's worse nightmare.,  17 May 2014 at 01:46  

Who is going to rein in Isma.

These Isma goons are now talking about May 13th.These bigots have a free rein and can say or do whatever they like.The authorities have lost control or have no control what so ever over these trouble making goons.

Are the police and AG so afraid of these bigots.Or are their hands tied because of orders from the top to let these bigots have a free ride.Whatever is happening behind the scenes is bad for the image of the country and the government.

Sumpitan Emas,  17 May 2014 at 15:39  

Alkisah “sesetengah jaguh Melayu”, yang satu masuk-keluar-masuk, yang lain masuk-keluar-tak boleh masuk, pening betui kepala tua saya. Apakah ini suatu petanda baik bagi kita semua yang berharap, atau pun sudah tiba masanya pertanda diheret balik untuk memberi satu pengajaran yang muktamad kepada jaguh-jaguh yang sudah mual berkelah di Parlimen atau DUN? Apakah teriakan macam siamang oleh sesetengah jaguh yang sesat di dalam dewan tidak lagi melucukan dan ditafsirkan sebagai ‘intelektual sifar’? Wahai Lebai Lekor, Lebai Malang, dan Lebai “Bigfoot of Kinabatangan aka Kiyai Bung M Radin Mas – pooh kiri, pooh kanan – ikutilah ceritera “‘hamil kerbau’ dan YB Bebal” daripada intelektual yang tiada setandingnya sepanjang hayatnya, Prof Syed Hussein Alatas:

"Oleh sebab tidak menghargai logis dan empiris atau pemikiran rasional, bebalisme mudah percaya kepada hal-hal di luar batas. Dalam pemikiran seorang yang bebal, semua jenis unsur pemikiran yang bertentangan dan struktur pemikiran yang antitesis tetap ada dan bertahan. Pada suatu ketika, akhbar Singapura melaporkan tentang seorang yang “hamil kerbau” (long overdue), dan bayi yang berada dalam kandungannya boleh berkomunikasi, menyampaikan pesan dari …Sebelum beliau dianggap dikesan sebagai seorang penipu, ribuan orang mempercayai percakapannya dengan bayi yang belum dilahirkan itu…seorang pegawai pemerintah memberikan kepada penipu tersebut sejumlah wang yang diletakkan di dalam kotak yang tertutup, oleh sebab beliau mempercayai bahawa wangnya akan bertambah berlipat ganda. Akhirnya, apabila kotak tersebut dibuka pegawai itu hanya menemui seketul batu. Dapat dikatakan bahawa contoh-contoh seperti kes di atas banyak ditemui di Asia Tenggara.”

“Rasa mudah percaya ini boleh terjadi dalam bentuk, tingkat dan kesempatan yang berbeza serta tidak mesti dihubungkan dengan kekuatan ghaib dan tahayul. Dalam peringkat politik nasional, rasa mudah percaya ini memudahkan setiap kelompok menyebabkan berita semacam itu, sehingga mudah diterima dan menyebar luas sebagai suatu desas-desus.”

“Seterusnya, satu lagi ciri bebalisme yang menonjol ialah TIDAK adanya KEHALUSAN PEKERTI. Pelaku bebalisme TIDAK MERASA MALU dengan kesalahan yang dilakukan disebabkan KEBODOHANnya, dan TIDAK TAKUT dengan KEKURANGAN INTELEKTUALnya. Apabila sesuatu PARLIMEN diKUASAI oleh ORANG BEBAL, maka tingkat perbahasannya akan MENURUN tanpa seorang pun merasa SEDIH kerana mutu perbincangan atau taraf estetiknya.”

Dari teropong saya, sebuah novel “Laugh, My Benighted Country” oleh Atan Petui akan siap tak lama lagi.

(Semua penekanan di atas, saya punya)

Anonymous,  17 May 2014 at 18:31  

Agreed with u Abg Arif....

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP