GST- pihak yang tidak bertangungjawab
PM Najib beritahu pihak yang tidak bertanggung jawab jangan memutar
belitkan mengenai GST. Mengikut PM
Najib:-
·
GST akan meningkatkan hasil
kerajaan. Dan hasil ini akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk
perbelanjaan keatas kemajuan dan pembangunan.
·
Rakyat tidak perlu risau kerana
GST tidak dikenakan keatas suatu senarai barangan harian seperrti gula dan
garam, tambang LRT, pendidikan dan sebagainya.
·
Tambahan pula kalau tidak baik
mengapa 160 buah negara sudah melaksanakan nya.
Berapa kali kita mahu menyanggah pandangan ini. Tanya mana2 akauntan
mereka akan kata GST ialah kaedah mengutip cukai yang efisyen sebab cukai
dikenakan pada setiap fasa dalam rantaian bekalan. Dari pengilang, kepada
pemborong kepada peruncit dan akhirnya kepada pengguna. Pijak pembangkang
memperkakui keefisyenan GST, PM wok.
GST bukan elemen kos. Ini pun kita faham. Setiap fasa bertindak
sebagai ejen pengutip GST sahaja kepada kerajaan.
Dan kita tahu tapi PM dan kerajaan tak tahu:
·
Mereka akan lakukan ini dengan
percuma.
·
Mereka akan tengok sahaja duit
lalu depan mata.
·
Mereka tidak kenakan kos apa2
walaupun medahulukan bayaran kepada kerajaan.
·
Kerajaan kata dalam masa 14
hari, gerenti pendahuluan akan dikembalikan kepada ejen2.
INi semua berlaku dalam dunia impian. Kalau lah semua ini, berlaku, maka rakyat tidak perlu risau. Harga barang dan perkhidmatan tidak akan naik.
Tanya mana2 ekonomis, mereka kata harga sesuatu barang atau perkhidmatan
tidak ada kaitan dengan GST. Harga ditentukan oleh permintaan dan perbekalan-
demand and supply. Hanya jika kos naik, maka harga akan naik. Dan jika
permintaan tidak anjal, orang berkehendakkan juga barang yang harga sudah naik,
maka mereka akan menelan kenaikan kos tersebut dan bayar harga yang lebih
tinggi. Maka berkatalah ahli parlimen BN- kalau taknak bayar harga tinggi, buat
sendiri. Jangan beli kuih, buat sendiri. Tak suka pindah dari negara ini.
Tak ada pun pihak yang tidak bertanggung jawab mengatakan bahawa GST
bukan efisyen wok weh. GST efisyen sebab ia ibarat pukat tunda yang mengokot
segala benda dalam laluan nya. kecik dan besar semua kena. Sebab itu jika
sekarang hasil dari cukai jualan dan servis sekitar RM16-17 billion, bila
GST dilaksanakan, hasil dari GST sekitar 23-24 billion. Ini kastam Malaysia
yang cakap. Kastam yang kutip cukai bukan firm akauntan yang kata tambahan
hasil boleh mencecah 16-17 billion.
GST tidak ada kaitan dengan lari membayar cukai pendapatan.
Apa pasal ada perbezaan antara estimate kastam dengan estimate firma
akauntan? Sebab kastam tahu, berkesan dan cekap macam mana pun, yang biasa lari
dari membayar cukai akan tetap lari membayar cukai. Mereka lari dari membayar
cukai pendapatan bukai cukai jualan dan servis. Dengan pengakuan ini, jelas
lah, pelari cukai ialah mereka yang lari dari membayar cukai pendapatan.
Faham tak wok? Dibawah GST- semua kena bayar sebab semua jadi
pengguna. Bila guna sahaja, kena bayar. Sebab itu ianya dinamakan cukai
penggunaan. Tapi yang lari cukai ialah lari dari cukai pendapatan- tidak kena
mengena dengan GST. Mereka tetap melarikan diri. dan jika yang ada lari dari kastam, mereka ini semua ada koneksi dengan ahli politik dan pemimpin UMNO atau dengan pihak kastam sendiri. Tangkaplah mereka, barulah lubang lari cukai ditutup. Angkat fail2 mereka di LHDN.
Rupa2 nya terdedahlah bahawa nilai menipu dan tidak bayar cukai
pendapatan jauh lebih besar dari hasil cukai jualan dan servis. Dan bila SST
diganti oleh GST, nilai cukai pendapatan yang tidak dibayar jauh juga lebih
besar dari hasil GST.
Dengan ini, GST tidak ada kena mengena dengan perlarian cukai
pendapatan. Nah- ini sebenarnya pihak yang tidak bertanggung jawab iaitu pelari
dan pengelak pembayar cukai pendapatan. Syarikat2 besar, ahli perniagaan besar,
syarikat kroni akan terus lari membayar cukai keatas pendapatan mereka. Bahkan,
saya menjangkakan nilai cukai pendapatan yang dilarikan akan bertambah bila
yang sudah biasa lari dari membayar cukai ini akan berusaha untuk mengimbangi
bayaran cukai GST yang mereka kena bayar. Mereka akan kata- takpelah- kita
bayar GST 2 juta, kita akan elak dari bayar cukai pendapatan sebanyak RM2 juta
juga.
Pihak yang tidak bertangung jawab ialah kerajaan sendiri. Sebab:-
Mereka tak mengaku bahawa pelari cukai akan tetap melarikan cukai.
Sebab hasil dari GST akan bertambah hanya setakat RM6-7 bllion dan
kalau lebih cekap mencecah RM16-17 billon. Katalah seara purata, GST akan
menambahkan hasil sebanyak RM8 billion setahun.
Tak beritahu bahawa sebab sebenar nya ialah kerajaan dah pokai sebab
belanja tidak berhemah.defisit kita untuk 2014 dijangka 40 billion.
Tidak beritahu bahawa kerajaan sekarang pening bagaimana nak
meningkatkan hasil.
Berapa kali kita nak ulang kepada mereka yang bebal kepala- 160 buah
negara melaksanakan GST kerana setiap negara mahukan lebih wang dalam tangan
mereka. Tapi mereka mahukan wang untuk tujuan yang berlainan.
Negara dikttator di Afrika dan negara dunia ke4 yang lain mahukan
lebih wang sebab dikatator nak buat bilik air bertatahkan emas dan maknikam-
kepala paip dari emas, paip dari emas, katil dari emas, tempat duduk jamban
dari emas. Negara lain pula mahukan wang yang banyak sebab belanja keatas kebajikan
amat diperlukan. negara ini mempunyai perbelanjaan keatas pendidikan,
perumahan, kebajikan dan faedah penggunran yang tinggi. Mereka benar2 dilihat
membelanjakan keatas perkara kebajikan. Di Malaysia, kita tidak nampak perkara
ini. Benefits pengangguran tidak ada, pendidikan tidak percuma, perumaham untuk
pendapatan rendah amat sukar.
Cuba kita sedar sedikit. Defisit kita setiapa tahun sekitar 40
billion. Bolehkah tambahan hasil RM8
billion kurangkan desit ini? Itu pun bukan semua dari RM8 billon ini akan
digunakan untuk menutup defisit. Dari tambahan RM8 billion- RM4 billion
digunakan untuk mendanai bayaran BR1M. baki RM4 billion tak termampu
mengurangkan defisit kita yang bernilai RM40 billion.
Kalau GST ini akan memudaratkan BN- mengapa kita tentang? Biarkan sahaja
sebab GST akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan BN. betul atau tidak?
Tak betul- sebab kita tidak mahu rakyat menanggung beban kos kehidupan
yang tinggi sekarang bukan nanti 4-5 tahun lagi setelah menderita baru nak tukar
kerajaan. Jika penderitaan boleh kita elakkan sekarang, dan kita tidak
melakukan apa2 , maka itulah sebenarnya sikap yang tidak bertanggung jawab.
4 comments:
Maybe before the day is over,the newly appointed MB of Trengannu will become the shortest ever MB,CM,MP,Governor,Adun or any public official in office.It will definitely go down in history and the Guiness books of records.
Samada ahli politik la ni bodoh atau pun hipokrit. Samasa bersama kerajaan mereka akan kata semua kerajaan buat betul dan pembangkang salah.
Tapi bila bersama pembangkang mereka akan kata sebaliknya.
Sekarang tiada lagi ahli politik yang benar jujur. Mereka la ni hanya mementingkan poket saja.
SI Najib yang tak berguna ini nak cuba memperbodohkan semua rakyat Malaysia ke?
Mulai hari ini kita guna duit Singapura atau Australia atau Amerika untuk beli barang....tengok berapa RINGGIT CUKAI GST Kerajaan UMNO-BN boleh kutip....
Ini yang di maksukkan B B B B
Bangun...Bangkit...Bantah... Berontak...
Tak Ada SALAH langsung disisi Allah Menentang Kezaliman UMNO...mereka guna cukai untuk MISKINKAN lagi awak semua dengan Harapan Awak semua Boleh diKontrol dengan Duit Ampun...Kalau tidak Dengan Senapang..... Bila Dah Miskin ingat Senjata runtuh dari Langit menentang Terrorist UMNO-BN Zalim ???? Bila dah miskin ingat makanan jatuh dari pokok?? Bila dah miskin UMNO-BN harap awak semua dengar Ajaran Islam Cult Zalim mereka!! Ibarat UMNO adalah untuk terus miskinkan dan bodohkan semua orang Malaysia...dengan kezaliman dan Senjata.....
Post a Comment