Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 25 May 2014

Kuasa Rakyat lawan Keangkuhan UMNO/BN



Ada jawapan senang, mengapa parti pembangkang tidak boleh memberi pembangunan. Sebab nya ialah siapa yang menguasai kerajaan menguasai kewangan yang mendanai pembangunan. Kerajaan pemegang amanah kepada pengurusan duit rakyat. kerajaan tidak ada wang- wang yang mereka ada, yang di simpan dalam kumpulan wang yang disatukan adalah hasil dari cukai dari rakyat.
Siapa kerajaan- dialah yang bertanggung jawab pada pembangunan. Di Pulau Pinang, kerajaan Pakatan Rakyat bertanggung jawab untuk kemajuan. Orang boleh bertanya, di Pulau Pinang, apa MCA, Gerakan dan UMNO boleh buat? Mereka tidak boleh bawak pembangunan peringkat negeri. Demikian juga di Selangor. Demikian juga di Kelantan.
Di negeri yang dikuasai BN- kemajuan dan pembangunan tanggung jawab mereka. Untuk negara, kerajaan federal yang dikuasai oleh BN – mereka lah yang bertanggung jawab keatas pembangunan.
Kerajaan yang sedar diri dan tahu ianya tanggung jawab tidak membuli rakyat dengan mengata- jika kamu tidak sokong, maka kami akan sekat pembangunan, kami sekat bantuan, kami tarik balik pemberian. Kerajaan yang berkepala jenayah sahaja yang memeras ugut rakyat seperti ini.
Di Teluk Intan- isiu nya bukan kemajuan dan pembangunan. Sesiapa yang berada di Teluk Intan seperti juga dimana kawasan dalam negara ini- akan sedar bahawa sebahagian besar kemajuan dan pembangunan dalam kawasan Teluk Intan adalah hasil inisiatif pihak swasta dan golongan peniaga. Kerajaan bertanggung jawab menyediakan prasarana dan kemudahan masyarakat sebab itu memang tanggung jawab mereka.
Kita tengok apa yang kerajaan BN sedang lakukan. Habis semua jentera kerajaan digunakan untuk PRK. Kemas, rela, sekolah, ketua jabatan, dikudakan oleh UMNO untuk memenangkan Mah dari Gerakan.
Simamat yang menjerit jangan bawak kafir masuk kampung ini, lupa bahawa yang dia sokong dan mahu jadikan MP dari Gerakan itu yang sebenarnya orang kafir. Atau mungkin ada kafir Islam dan kafir bukan Islam?
Rata2 di Teluk Intan, pengundi Cina akan mengundi symbol roket. Orang Cina MCA dan Gerakan sahaja yang membutakan mata terhadap aggression dan taktik kotor puak UMNO. Orang Cina lain semua nya menyampah melihat keangkuhan yang di tunjukkan oleh puak2 UMNO seolah2 mereka boleh bertindak diluar batasan undang2.
Daripada Hishamudin memanglah kita tidak boleh harapkan apa2 yang bernas dari menteri yang suka mengernying bila bercakap.  Adakah seorang menteri boleh menyatakan bahawa ada agenda tersembunyi DAP melakukan provokasi. Ini seolah olah membayangkan bahawa DAP mahu mencetuskan hura hara dan ketegangan kaum. Hishamudin kalau dia ada sedikit pun kercedikan, patut melihat isiu pengucapan celaka dalam konteks nya secara sendirian- bukan mengaitkan nya kepada suatu perkara yang lebih besar. Nampak sangat Hishamudin seorang menteri yang tidak bertanggung jawab.
Yang mencipta suasana untuk dijadikan alasan perbalahan kaum ialah puak UMNO. Sejak bila UMNO yang pekak telinga sangat sensitive kepada istilah celaka? Najib mengharamjadahkan peneroka Felda itu bagaimana? Perkataan jijik yang digunakan oleh UMNO keatas parti lawan dan tokoh pembangkang bagaimana?
Apa pun pencerobohan keatas dewan undangan negeri Pulau pinang, menyedarkan rakyat bahawa kuasa tidak boleh lagi diberi kepada UMNO. Sudah tiba masa nya kita ambil kuasa ini daripada UMNO dan mengaplikasi undang2 keatas mereka yang melanggar undang.
Jika kita biarkan, maka kita tidak layak jadi menteri, tidak layak lagi jadi perdana menteri. Jika kita biarkan aksi ganas dan ancaman berleluasa, maka negara ini akan runtuh. Struktur yang menyatupadukan masyarakat ialah kedaulatan undang2 dan peraturan, hancur ini atau kita biarkan struktur ini dicerobohi, maka negara kita menuju kepada kehancuran.
Aksi ganas puak UMNO keatas dewan undangan negeri, diikuti pula oleh ancaman keatas ibu pejabat DAP dan pejabat DAP di Kuantan, membuktikan betapa terdesak nya UMNO. Mereka sedar hayat politik mereka sudah sampai. Mailaikat maut sudah mari untuk menjemput mereka. Tidak lama lagi kita akan talqinkan UMNO dan BN.
Orang yang terdesak, mencari apa sahaja alasan untuk memulakan keganasan dan pertempuran. Kerajaan yang membiarkan perkara ini berlaku, tidak layak lagi dan hilang mandate untuk memerintah kita.
Rakyat Teluk Intan mesti menghantar mesej dan isyarat kepada UMNO yang bongkak dan angkuh, bahawa kuasa sebenar berada dalam tangan rakyat. rakyat tidak gentar dan mudah ditakutkan. Gunakan peti undi untuk menegeluarkan sibongkak yang melindungi dan memelihara pengganas, perasuah dan penyamun.
Kepada UMNO kita akan sebut innalillah.

15 comments:

Anonymous,  25 May 2014 at 12:03  

UMNO sudah langsung tidak ada moral,akhlak & integrity. Mereka akan jahanamkam negara kita jika dibiarkan begitu saja. Memang memalukan. Pooi kepada menteri-menteri yang menyokong perbuatan mereka.

Anonymous,  25 May 2014 at 14:07  

Kalau dilihat secara kasar Malaysia dan bangsa Melayu dimusnahkan oleh Umno. Walaupun Umno mengaku memperjuangkan kemerdekaan tetapi tidak ada satupun bukti yang menjelaskan ianya berbuat demikian. Para pejuang kemerdekaan terdahulu yang berjuang kemerdekaan, Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, pak Sako, Ahmad Boestamam dll adalah bukan nya ahli Umno. Ini kerana British tidak pernah memburu, menangkap dan memenjarakan ahli Umno. Umno hanya menikmati hidangan yang telah disediakan oleh pejuang tulin. Mereka tak pernah rasa kesengsaraan hidup berjuang, mereka mendapat secara percuma diatas usaha orang lain. Oleh kerana mendapat percuma perasaan sayang dan bersyukur udah pasti tidak ada.
Sebab itulah sekarang tindakan yang dilakukan oleh generasi baru dalam Umno Baru amat merbahayakan anak bangsa. Tindakan yang disaran oleh kepimpinan. Najib telah mengarahkan pengikutnya untuk mempertahankan Putrajaya walau dengan apa sekalipun. Inilah yang dilakukan oleh pengikutnya.
Keluhuran undang undang sudah tidak ada lagi di Malaysia. Penguat kuasa undang-undang amat takut dengan kelompok Umno ini. Membuatkan mereka boleh bertindak sewenang-wenang. Apakah kita akan kembali kearah hukum rimba?????

Unknown 25 May 2014 at 15:20  

Dato, you wrote very good articles, both in English and Bahasa Malaysia.

We need more Malays like you to join PR.

Anonymous,  25 May 2014 at 15:55  

I am a life memeber of UMNO. Not UMNO Baru. UMNO Was buried by Mamak Kutty. UMNO Baru is UNited Mamak National Organisation - whose leadership are dominated by DKK -Mamak Kutty, Sharizd, Noor Yaacup, Zambri...etc and strongly supported by Malay morons sush as Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin There were formerly a member of MIC.These are the leaders who have doomed the Malays to the inteclletual retardation.

Anonymous,  25 May 2014 at 20:03  

UMNO Baru ptui. Panda di dahulukan.

Tinta Hitam,  25 May 2014 at 20:26  

Datuk,
Org org melayu sendiri yg membiarkan UMNO berleluasa spt itu..Datuk sendiri pun beberapa kali menulis jika UMNO dtg dan tidur dgn anak gadis mereka pun mereka akan biarkan asalkan yg buat kerja tu ialah UMNO.Malahan mereka menganggap itu demi bangsa dan negara..Org org melayu ni ada otak tapi tak mau guna,Ada akal tapi tak terpakai..Mereka ini masih lagi majoriti didlm masyarakat melayu.

DiTeluk Intan dulu 75% pengundi melayu mengundi BN..skg pun saya rasa tak berubah byk.Pd mereka mengundi kafir Gerakan tu lbh afdhal dari mengundi calon melayu dan Islam DAP..Islam atau melayu ni bkn punca utama mereka menyokong BN.Mereka menyokong BN sbb jiwa mereka sudah dibiulkan oleh UMNO..Mereka ibarat zombie hidup..

Cahaya Qalbu,  26 May 2014 at 00:28  

1/2

Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah suatu perbuatan jahiliyyah yang sebenarnya diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama di negara pelbagai bangsa seperti Malaysia. Ia juga akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar, mengakibatkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman.

Antara perkara yang amat ditentang keras oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap ektremis/fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan hanya berdasarkan bangsa bukannya atas prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama yang merentasi kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar, menjangkau perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sendiri sebelum dia lahir samada menjadi Arab, Melayu, Cina, India atau yang lain. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita harus menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.

Kesalahan seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, setiap perjuangan yang ingin ditegakkan,hendaklah dinilai berdasarkan akhlaknya, bukannya keturunan atau bangsanya. Keadilan dalam Islam tidak mengenal warna, bangsa dan agama. Ianya adalah keadilan untuk semua.

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau “racism” akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun ianya tidak bersalah.

Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal “I have a dream” menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character.”

Cahaya Qalbu,  26 May 2014 at 00:28  

2/2

Tujuan Allah mencipta pelbagai puak dan bangsa; agar mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Jika dihalusi ayat diatas, Allah memanggil “Wahai manusia”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggilan perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan.

Tiada dalam timbangan Allah; warna kulit, bangsa, bahasa dan negara. Sebaliknya, hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Maka, di larang bagi seorang Muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Sebaliknya wajib pula kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam (the universality of Islam) kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

###

CQ….

Anonymous,  26 May 2014 at 07:18  

Dato would the opposition so the same when they come to power then
There is one school of thought .they the politician are all the same especially in this country. .damn the politicians.
Let the army rule...I wanna try it outl..
what say you Dato....ARMY RULE OK

Anonymous,  26 May 2014 at 11:10  

Harap2 janganlah sejarah berulang. Kejatuhan kerajaan Melaka pun disebabkan olih mamak mandaliar.

Anonymous,  26 May 2014 at 11:14  

Problem is: the Chief of Armed Forces is also umno licker

Tiger 26 May 2014 at 11:34  

Tak kira sesiapa yang dipilih rakyat, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan prasarana kepada rakyat.
Sampai sekarang, BN masih tak faham atau enggan faham realiti.

Anonymous,  26 May 2014 at 19:14  

Whichever political party is in power, its their responsibility to oversee the development of the country irrespective of the local state government, race and religion. A government remains but political parties come and go according to the wishes of the people. Political parties in power are supposed to formulate policies which will then be implemented by the government machinery.
But BN, in particular UMNO, has confused the people and propagated the idea that the people owe their education, health, etc to BN. That is bullshit. If a political party named Anjing Kucing Negara comes into power, they are supposed to oversee the betterment of education and health of the people too.
The trouble with many Malaysians is that most of them are not well informed of their rights and as well as how politics will shape their future.

bruno 26 May 2014 at 22:45  

My eagle friends flying over Teluk Intan overheard Gerakan supporters saying that their president Mah do not need anymore enemies with Muhyiddin and Zahid in his corner.But some smart diehard supporters suggested why not bring in Ridzuan Tee to counter this pair.Why not? When going for broke everything goes,including the kitchen sink.

Anonymous,  27 May 2014 at 23:35  

Cahaya Qalbu 1/2: "Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sendiri sebelum dia lahir samada menjadi Arab, Melayu, Cina, India atau yang lain. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang."

Begitu juga jika seorang anak yang dilahirkan dan kemudian dikenalpasti sebagai LGBT oleh pihak tertentu. Sudah pun garis-panduan dikeluarkan untuk mengecam siapa itu LGBT supaya langkah-langkah diambil untuk 'memulehkan' yang dianggap telah serong.

Serong dengan sengaja?

Bolehkah sepasang suami-isteri menentukan jantina kandungan isterinya? Bayangkan betapa sedih ibubapa kepada seorang anak yang dianggap tidak normal walhal sebelum krisis politik tempatan menjadi tegang, tak ada sesiapa pun yang mentafsir LGBT sebagai satu masalah nasional yang akan mengancam ketenteraman sosial kita. Sebenarnya istilah ini dipopularkan di negara Barat awal 90an - tempat kelahiran LGBT bukan di bumi Malaysia.

Ibubapa tak mampu menyerongkan kandungannya - ini satu kenyataan.

"Keadilan untuk semua"

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP