Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 31 March 2014

Pemberontakan Pahang 1891-1895; Pengajaran dari Sejarah






Gambar diatas ialah mesyuarat raja Melayu yang pertama. Ia diadakan pada bulan Julai 1897. Bertempat di Kuala Kangsar.  Tanda2 A= Tok Gajah, B= Bahaman, C= Mat Kilau, D= Mat Lela. Duduk dalam barisan kedua, dari kiri: Hugh Clifford(Resident Pahang); sebelah Clifford seorang resident dan sebelah resident ini seorang lagi resident). Frank Swettenham duduk di tengah dan dia mempengerusi persidangan pertama ini


‘A’ menunjukkan gambar pendekar Pahang yang terkenal- Khatib Rasu bin Tok Shahrum. Dia dikenali juga sebagai Tok Gajah. ‘B’ ialah gambar Bahaman bin Imam Noh  Orang Kaya Semantan. Setelah dia di istihar durhaka, gelaran Orang Kaya di buang, maka kembali lah dia kepada nama pusat nya- Si Bahaman. ‘C’ adalah gambar Mat Kilau, anak kepada Khatib Rasu. ‘D’ ialah gambar Mat lela.  
Apa yang tak kena dengan gambar ini? Yang tidak kena ialah gambar ini bukan wajah2 yang diberitahu kepada kita. Kenapa?
Gambar diatas menjadi kebanggan waris dan anak cucu tokoh2 tadi. Sayang nya, perasaan bangga mereka tidak kena pada tempat nya. kerana tokoh2 sebenarnya, tidak ada dalam gambar tersebut.
Tokoh2 yang saya sebut tadi adalah pimpinan pemberontakan Pahang. Tempoh pemberontakan tersebut ialah 1891-1895. Pada penghujung tahun 1895, Hugh Clifford mengistiharkan Pahang rebellion tamat. Para pemimpin nya ramai sudah dibunuh. Tok Gajah , Bahaman, Mat Kilau dan yang hidup dan tidak ditangkap semua nya melarikan diri. Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Siam. Tok Gajah dengan adik nya, khatib haji Muhammad Amin melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan. Tok Gajah kemudian mati di Kuala Berang Terengganu. Adiknya, Muhamad Amin mati di Lebir, Kelantan.
Masa gambar diatas diambil 1897, semua yang kita sebut tadi dalam buruan. Maka soalan nya, bagaimana mereka ada dalam gambar? Jika ada tentulah Hugh Clifford sudah pun menangkap mereka dan pasti mereka dihukum mati. Oleh kerana semua tokoh tadi berada  dalam pelarian, maka gambar2 diatas yang dikatakan gambar mereka tidak benar.
Tujuan saya ialah memberitahu waris kesemua tokoh diatas, jangan mempercayai gambar diatas. Bahaman, Mat KIlau dan Tok Gajah tidak ada dalam gambar tersebut. Tidak mungkin berada kerana sudah tentu ditangkap.
Jenerasi berjenerasi, waris2 Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah hidup dalam naratif palsu oleh penjajah Inggeris dan para juak penjajah. Setelah saya menjadi ahli parlimen Raub, saya semakin menyedari peranan yang dimainkan oleh tokoh2 yang disebut. Ia membuat saya ingin membaca semula naratif sejarah dari buku2 yang ditulis oleh W LInehan A History of Pahang yang diberikan oleh arwah bapa saya kepada saya dalam tahun 1970an. Buku tersebut ditulis oleh Dr Linehan pada tahun 1936. Banyak fakta2 Linehan pula diambil dari sumber sejarah Pahang iaitu HIkayat Pahang.  Sumber2 lain mengenai Pahang pun ada 2 atau 3 yang jika kita baca keseluruhan nya dan mengaplikasi sedikit penghalusan fikiran, pasti gambaran yang lebih jelas akan muncul.
Menilai kembali perananan pemberontakan.
Nilai peranan pahlawan Melayu seperti Bahaman, mat Kilau dan Tok Gajah, Mat lela, Mat Kelubi(Khalbi), dan lain2 nya bukan terletak pada kehandalan peribadi dan ketangkasan kependekaran mereka. Waris Mat Kilau, Bahaman dan Tok Gajah tentulah bangga jika orang lain kata- hebat kepahlawanan moyang kamu semua- boleh terbang, boleh menghilangkan diri, boleh menyebabkan musuh melekat pada tempat duduk, boleh menangkap peluru dan peluru akan membunuh jika penangkap nya tidak terdaya memegang peluru tersebut dari menepati sasaran yang diniatkan- semua ini adalah sumber kebanggaan. Tidak syak lagi menjadi sumber kebanggaan dan patut pula. Tapi kemana kehebatan ini semua berakhir? Ia berakhir dengan kematian kerana teknoloji yang superior akhir nya mengatasi kehandalan dan keperwiraan.
Nilai sebenar pemberontak dan pemberontakan kepada kita jenerasi pewaris ialah dalam pengajaran nya.
Dan apa pengajaran nya?
Tanpa mereka sendiri menyedari nya, pemberontakan Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah melambangkan pertembungan antara golongan yang mendapat hak kerana kedudukan yang diwarisi, kerana kekuatan kedudukan dengan golongan yang mendapat hak kerana memperjuangkan nya, menggunakan  kudrat dan menggunakan akal. Itu sebabnya, golongan feudal dan inggeris senang berkerjasama- kerana kedua golongan mendapat hak, seperti kita lihat setelah British menempatkan diri mereka dalam tanah air kita, bersandarkan kuasa dan kedudukan. Mat Kilau, Bahaman dan Tok Gajah mewakili golongan yang tahu bahawa hak adalah suatu yang dperjuangkan dan dipertahankan.
Ini pengajaran yang patut diambil perhati oleh bangsa Melayu kita. Bahawa hak kita datang kepada kita bukan kerana status kita sebagai Melayu dan kedudukan yang kita warisi, tapi hasil dari kesediaan memperjuangkan hak tersebut dan mempertahankan hak tersebut.

6 comments:

Anonymous,  31 March 2014 at 22:49  

Bolehkah tuan memberikan nama lengkap kesemua mereka yang berada dalam gambar tersebut?

Anonymous,  31 March 2014 at 23:42  

Pencerahan yang sangat berguna. Mereka membela hak tetapi pihak lain merasainya. Tanpa berterima kasih pihak itu mendodoikan pula cerita2 sumbang si pembela. Itulah wajah Melayu - si pembela dan si pembolot. Sehingga sekarang wajah itu terpampang.

bumi-non-malay 1 April 2014 at 05:56  

Ini pengajaran yang patut diambil perhati oleh bangsa Melayu kita....

maaf....Bukan saja bangsa melayu...tapi bangsa lain juga.... Berontak MENEGAKKAN Keadilan, Moral, Kebenaran,....berontak menghapuskan Kezaliman, pembodohan, menghapuskan Korrupsi, pembunuhan, PENIPUAN, Kos HISUP TINGGI dan BARANG NAIK...UMNO-BN!!

teknologi UMNO adalah RTM, TV3, ISA, akta hasutan lawan Internet Media Bebas yang rakyat ada..... Harap UMNO-BN tak akan buat macam Turkey...halang youtube...twitter...Internet....
Walaupun halang Kita teruskan Bangun Bantah...Bangkit ..BERONTAK!!! BBBB.... hebat lagi sat "B"

Fahar 1 April 2014 at 09:27  

Salam,

Mungkinkah, mereka berada di dalam gambar "under truce"? Kalau ada gambar-gambar lain tokoh-tokoh tersebut, mungkin lebih senang untuk mengenal pasti sama ada mereka atau pun bukan yang berada di dalam gambar asal.
Adakah propaganda bermula dengan gambar asal atau pun dimulakan oleh pihak-pihak yang meletakkan nama pada wajah-wajah di dalam gambar asal.

Faharuddin Ibrahim

Anonymous,  1 April 2014 at 16:59  




Since your master Tokong Lim request to form RCI for memali, then we should revisit the case of 1969 to prove that racist Dinosour Tokong Lim was one of the main instigator of the riots. No?

Anonymous,  1 April 2014 at 20:21  

Just reading the reference 'tokong lim' has given me insight to the depth (or rather the lack of) of your intelligence...

-muslim malay

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP