Jangan Nasi Jadi Bubur
Mengenai
sebab2 langkah kajang diambil saya sudah beri alasan tiori disebaliknya. Itu penghuraian
rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan. Tapi kepada saya, jika
sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan tiori , ianya tidak bagus. Tidak ada
tiori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa2 yang
akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).
Tapi
kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan
disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk menguasai Selangor dan
menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala
perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya. Itu alasan yang paling
mudah. Kerana itu kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar
menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi PM, apa salah nya.
sesiapa pun boleh memasang cita2 menjadi PM.
Anwar
kan tidak bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality
limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu
lebih banyak morality.
Munasabahkah
kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip
memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM? Kenapa seorang yang boleh jadi PM
mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan
para pembaca mengadili tiori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang
mendepankan tiori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib.
Ada
orang berfikiran bahawa langkah kajang ini suatu tindakan yang salah. Ianya diambil
kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masaalah, apa
salah nya kita get rid of Khalid? Jika Azmin
suatu masaalah, Azmin pun kena replaced.
We
are not in the game on UMNO’s terms.
Tiba2
Khalid jadi UMNO’s angel.
Kita
patut hairan dan risau bila tiba2 kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini
apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek2. Bermukah
dengan Faekah dan Elizabeth Lim.
Fakta
bahawa UMNO tiba2 mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak
kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula?
Khalid
dah mencapai banyak yang positif untuk Selangor, seperti reseb tunai yang
banyak dan lain2. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba2 jadi
sumber penghargaan. Jika ia sudah bagus, ini sudah mencukupi untuk menjadikan
Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan PR terutama PKR bukan?
Pandangan
yang demikian ada betul tapi tidak functional untuk politik. jika bagus in vacuo tapi tidak functional tidak
berguna. Bagus atas nama bagus tapi tidak memfaedahkan reality tidak guna juga.
Kita hendakkan pemimpin yang bagus dalam functional sense. Seperti Najib. Dia bagus
atas kertas rancangan pakar runding. Dia bagus kepada rakat Pekan yang sudah
disintuk-limau. Tapi untuk Malaysia, Najib hampas. Dia tidak functional
lansung.
Berpolitik
bukan untuk dapat markah bagus tapi untuk serve a purpose. Objek politik ialah
mendapat dan mengukuhkan kuasa. Kuasa untuk melakukan kebaikan boleh juga
dilakukan untuk melakukan kejahatan. Bila sudah kalah dan hilang kuasa,
pencapaian yang bagus si Khalid Ibrahim hanya jadi bualan nostalgic. Itu jam
baru padan muka kita.
Jangan
kita hilang punca dari sentiasa menganggap bahawa overriding objective kita
ialah menjatuhkan serigala BN dan UMNO dari semua punca kewangan. Semua punca
kewangan, wang terkumpul, dana, projek, harta benda dalam bahaya juka orang
UMNO ada berhampiran. Jauhkan mereka dengan mengenyahkan mereka dari kuasa
politik.
Dalam
hubungan ini, saya sudah jawab Dr Mahathir punya dakwaan bahawa semua orang
dalam bahaya dengan Awwar Ibrahim ada berhampiran. Yang dalam bahaya ialah
semua yang merompak dan menyamun dan menggadai harta benda rakyat.
Kita
jangka UMNO akan guna segala tipu helah dan tektik yang paling kotor untuk
mengalahkan Anwar. Anwar masih diangap sebagai musuh nombor satu negara. Darjat
musuhnya lebih tinggi dari penceroboh Sulu yang mendedahkan kelembapan dan
kelemahan system pertahanan negara. Tapi itu cerita lain. Biarlah UMNO buat pantomime
dan drama untuk melembutkan hati balu2 perwira yang gugur. Ianya tidak akan
menyembunyikan kelemahan pertahanan negara kita. Sehinga kini tidak ada closure
mengenai episode tersebut dan tidak ada white paper mengenai nya. rasuah
berleluasa. Para actor utama dalam eisod serangan beberapa orang yang
kekuarangan makanan dan hanya pakai kain dan selipar jepun. menghalalkan
pembelian barangan dan asset tentera tanpa tender. Pembekal dipilih ikut selera
mereka yang berkuasa.
Orang2
seperti ini yang akan takut bila Anwar naik. Sebab itu Dr Mahathir kata tidak
ada orang selamat jika Anwar naik. Perompak dan penyamun, perasuah, yang
membantai perbendaharaan negara , mereka semua idak akan selamat.
Yang
rasa kurang senang dengan langkah kajang, bayangkan ini: apa jadi jika kesemua ADUN
PAS yang seramai 15 orang bergabung dengan BN kerana dijanjikan jawatan MB? BN-PAS
Selangor akan ada 27 kerusi DUN. PR tinggal 29.
Atau
7 dari PKR dan 7 PAS keluar parti masing2. Yang bukan PR akan ada 14 campur
dengan12(BN) terdapat 26 yang bukan PR. Dalam kedua kes, BN hanya perlu membeli
beberapa orang sahaja dari sama ada PAS atau PKR untuk mencukupkan bilangan
untuk menunjukkan bahawa PR Selangor tidak ada majority dalam DUN Selangor.
That’s
all it takes to singkirkan kerajaan PR Selangor.
Kenapa
kita tidak menyekat perkara ini berlaku? Oh sebab kalau kita melakukan seperti
Langkah Kajang, kita menodai amanah rakyat. kerana membazirkan wang rakyat.
kerana Khalid kan bagus? Kita lupa ini semua standard arguments dari BN.
mengenai yang akhir itu- kita sudah jawab diatas.
Kenapa
kita tidak melihat kenyataan didepan mata. Khalid mengalienasi ADUN2 PKR dan PAS.
Nak jumpa pun susah. Kami dalam kesesakan nak servis kawasan takde peluru.
BN
hanya perlu mengenal pasti adun2 PKR dan PAS yang sesak dan beli mereka. Kalau 5
lagi berhijrah kerana dapat RM25juta
seorang, kerajaan PR Selangor akan jatuh.
Katalah
yang keluar dari PKR itu faksi yang diketuai sama ada oleh Khalid atau Azmin. Mereka
tidak perlu masuk BN , hanya perlu tidak berada dalam PR. Dari PAS demikian
juga. Sebab kalau keluar dan masuk BN, mungkin tuduhan sebagai pengkhianat
terlalu berat. Hanya perlu tidak ada berada dalam PR.
Jika
PR hanya tinggal 25 kerusi dan yang bukan PR sudah ada 31, ketika sidang dewan
Undangan mahu bermula, Tuanku Selangor akan bertitah- Tan Sri, kerajaan Tan Sri
nampak nya tidak ada jumlah majoity. Silalah turun. Nyah kamu dari kerusi kamu.
Ketika
itu, kerajaan PR akan merusuh dan berkeras mengatakan mereka tetap ada majority.
Speaker Hannah Yeoh yang enggan turun akan diperlakukan sebagaimana Sivakumar
di DUN Perak diperlakukan. Semua mereka memprotes akan bersidang dibawah pohon
angsana diluar dewan. Dalam dewan, yang tinggal sudah memertabatkan MB baru.
Ketika
itu mereka yang mengecam dan marah kepada Anwar kerana melakukan langkah Kajang
akan menyesal. Mereka akan kata. Bodoh si Anwar dan lain2. Dah tahu perkara ini
mungkin berlaku tidak mahu melakukan sesuatu.
Tatkala
itu, nasi sudah jadi bubur. PR sudah terkubur di Selangor. Kerana apa? Kerana sensitivity
dan sensibilities kita terguris. Kerana Anwar tidak mahu bertindak. Kerana kita
yang marah kepada Anwar, menerima hasutan BN bahawa mengadakan PRK adalah
membazirkan wang rakyat.
Perkara
yang hendak diperjuangkan di Selangor ini bukan nya, idealisme politik seperti
demokrasi dan sebagainya. Semua ini boleh dilaksanakan dan dijadikan kenyataan,
jika kamu ada kuasa. Dan kuasa bergantung kepada kepandaian bermain politk. Kena
kita faham, permainan politik melibatkan semua usaha untuk kekal berkuasa. Jadi,
kalau kita mahu kekalkan kuasa di Selangor, mari kita bermain politik.
Jika
kita mahu memelihara academic sensitivities kita, baik kita tinggal dalam alam academia.
Al akadamiyah al ‘alamiyah.
Orang2
yang sekarang ini cukup anti Anwar bertanding di Kajang akan merasa musibah
jika mana2 antara Azmin atau Khalid Ibrahim belot dan join BN. Atau orang PAS
tiba2 join BN. masa itu baru putih mata dan menyesal tidak habis2 mengatakan,
kenapa Anwar tidak bertindak.
Kepada
yang menyokong Khalid dan membenci Azmin, apa kamu hendak buat jika Khalid
belot dan menyertai BN? apa kamu hendak kata jika Azmin belot dan menyertai BN?
pada hari tersebut, tentu kamu akan kata- jikalah Anwar berbuat sesuatu,
perkara ini tidak akan berlaku dan tentu Selangor masih ada dalam tangan PR.
Inilah
yang Anwar lakukan. Dia mesti ada dalam gelanggang, mengemudi kapal supaya
Selangor jangan jatuh ketangan perompak2 BN. kalau tak buat apa2, nasi akan
jadi bubur.
16 comments:
Thank you for the fine explanation Datuk Sak.
God bless.
Yang lain takpe asalkan bukan Anwar
It is a timely reminder......
Khalid berkerja keras utk selangor; bagi air percuma, selamat Selangor dari rasuah, kumpul simpanan berbilion utk Selangor, bagi berbagai bantuan kpd rakyat Selangor dan akhir tp bukan terakhir sekali berjaya menguasai air Selangor yg diperjuangkannya selama lebih kurang 6tahun. Tak bagus lagi dan mesti ditukar pula??? Berbagai tuduhan akhir-akhir ini ditujukan kpd beliau oleh perosak2 parti. Orang ni lah yg mesti ditolak bukan Tan Sri Khalid. Ahli2 parti tahu siapa mereka, hidup PKR, hidup PR.
TS Khalid memang paling layak menjadi MB Selangor - the report card shows his diligence, integrity, high competence of management of finance, and his keprihatian utk rakyat Selangor. Yet still plotting to displace him ? How could the democratic rights of the voters who went through such sacrifices and struggles to vote for PK be betrayed, nak apa lagi?
Disillusioned by the latest manipulations to justify the Kajang Satay by - election !!!
Come next election, no more voting for PK because of BN's camouflaged provocateurs within. Selangor voters know who they are by their plots and unbelievable justifications.
The obvious goons within, nothing to do with Anwar, definitely not Khalid or Rafizi ( the latter better shut up to maintain his integrity, not to be played out )
hai, tak kan takut kot arif? anwar kan anugerah tuhan dan lim family is your tokong!!! so chill lah!!!!
16:52
Yang lain takpe asalkan bukan Anwar kerana dialah yang akan terus menghantui lapisan kerabat UMNO atasan atas segala pembelotannya kumpulan munafik dan rasuah ini sekian lama,moga-moga masa mendatang akan lebih cerah, adil dan saksama bagi seluruh rakyat Malaysia.
Dato,the Selangor MB Khalid Ibrahim has been under attack from the man who was supposed to or wanted to be the MB in 2008,since the day he took office.His administration has also been made looking helpless from Umno/BN hired goons and NGO's.The talking bibles,cow heads,the 7/11 beer robbery and many many more,not forgetting the passenger in Khalid's car who was arrested on the way home from a funtion.
All this happening while he went on with his daily usual business as an MB,serving the people of Selangor and not playing politics.Yet being not such a good politician,the people of Selangor was happy and gave him a bigger mandate of leading Selangor by a bigger PR win in 2013.
Warthamoorthy,a man who swan the shark infested seas all the way to the UK to escape the ISA,while his comrades including his own brother did a several years of hard labour in Hotel Kamunting.
Has anyone ask or question why he can walzed all the way across the causeway without the SB boys escorting him to do double time in Hotel Kamunting?How he fooled the so called master politicians in PKR with his so call hunger strikes and negotiations with them?How he helped Umno/BN retained at least half a dozen parliamentary seats?If not for his help will Liow Tiong Lai,Chuah Jr and Palanivel be be MP's today?
But now many are questioning whether Khalid has turn because of the water deal or is a trojan planted by Umno.Why?Because he refused to use the state's excesses of over two billion ringgit for PKR's warchest or to kowtow to Azmin or Anwar?
Now even Lim Kit Siang is worried about the Kajang by election.Worried about Anwar losing?No,Kit Siang is very worried about the winning margin of Anwar.Because Kit Siang knows that internal fighting and sabotaging will have an effect on the party's candidate,be it about winning or the majority.And Kit Siang knows that winning by not such a convincing margin by a man of Anwar's stature is a lose face win,in fact can be considered as a moral lost.Very very malu.
I have said many times that Umno/BN can only retake Selangor if it is handed over to them on a silver platter.Or else they will have to wait for the cows to come home and have great great grand babies.Or maybe with a little help from Khalid's enemies?
Tsk! Tsk!
Asalkan bukan Anwar. The prodigal who will sell out PR by attempting to rejoin BN. I think BN has other plans for him.
Now I am getting very disappointed with DAP.
Mahathir & UMNO sesuai dianggap sebagai sampah masyarakat. Hipokrit & langsung tak ada guna.
Anwar, Datuk semua boleh kembali ke UMNO buat perubahan...tpi ada time limit....Jangan Sampai macam Ku Li.....itu Perubahan Songsan dan tak masuk akal dan harap Semua rakyat Malaysia Lupakan saja Agenda ku Li..... 1 Tahun kita nak Kuburkan UMNO-BN...bukan 10 Tahun....itu sebab
.....Lebih baik kita Hijrah ke Sabah/Sarawak....pecat UMNO-BN kemudian pahatkan ERA Baru......macam Singapura....kita tak payah Nostalgik kepada Kekejaman, kegilaan, racis dan Islam Cult UMNO..... Ubah pun ada banyak corak dan bentuk....tapi jangan terlalu lama....12 bulan adalah masa yang cukup......Jangan harap lagi Ku Li.....lupakan Ku li.... sekarang masa remaja...era 2014.....bukan 1960.....kena cepat, laju dan jangan jadi ROMANTIK kepada alasan2!!
mahater .. azmin..hebat betoii egoistik betoii terpampang papan tanda raksaksa azmin & mama dia zuraidah di pinggiran jln sibuk sedangkan Khalid, MB Selangor sampaikan ucapan Raya melalui banner kecil. Siapa yg pembazir, siapa yg tulus, tak demand pembiayaan utk mempromosi diri ?
petanda2 korupsi, egoistik, ejen2 perosak, membelakangkan kepentingan rakyat Selangor..
Setakat tak berhenti- henti mencari pasal !
Buat apa nak pilih org2 yg hanya pandai berpolitik, berlakun, tanpa kemahiran, tanpa ketulusan, keikhlasan.. dlm pentadbiran.. fast solutions provider.
Azmin pandai sombong ke sampai tak nak stand in dlm teamwork dgn TS Khalid to back up kerana kepentingan dirinya.
Kalaulah Khalid jadi MB Kelantan, CM & YDP Sarawak, Menteri Kewangan atau PM, Malaysia dah lama terselamat dari kebangkrapan dan pelbagai masalah !!
Nak salahkan DAP pulak ?! BShit !Create massive trouble, send out agents to shift blame others - the recalcitrant DNA of UMNO. instead of administering the State collectively, efficiently and create massive jobs and sustainable wellness in Selangor fast.
DAP minta kajang surrender kpd BN ?!! DAP & PAS tak bertungkus-lumus semata - mata menjamin kemenangan PK asalkan bukan UMNO -BN di Selangor ?
Salahkan sekumpulan ajen perosak gang siapa.. create troubles, massive confusion, weaken & destroy rakyat Selangor yg telah mengundi PK ( PAS, DAP ) last2 Azmin join balik penyanggak UMNO.
Ye.setuju dgn pendapat sedara ni.
Saya harap tan sri khalid terus berkhidmat dgn ikhlas dan telus..kalau disingkir jugak, ambil positif..mungkin Allah nk selamatkan tan sri khalid drpd musibah..
Org lain bincang pakai kepala..jgn kita pakai kepala lutut boleh tak?
Tengs
Jelas memperlihatkan‘comradeship’ YB Lim Kit Siang yang betul-betul mahu melihat DS Anwar Ibrahim menang dengan bergaya pada PRK Kajang ini. Akan menghantar satu isyarat juga kepada rakan-rakan yang belum faham tentang erti perjuangan sebenar, erti setiakawan dalam parti yang memperjuangkan sesuatu matlamat dan agenda yang besar. Quote Abuhassanadam.blogspot.com
Bila org tua2 menasihati secara terbaik ... ok, TS Khalid tetap jadi MB Selangor, DSAI jadi PM. Still highly sceptical and unconvinced how the savvy voters having been betrayed by this power struggle spurned by azmin and goons will vote for PK again.
It is totally out of sanity and integrity, it is absolutely dishonorable when the voters and the democratic rights are held as ransom or gambling chips to become dressing for the kajang satay by election in choosing between a very capable MB of Selangor and Anwar because of biawak 2 !!!!
Post a Comment