Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 20 March 2014

Beri UMNO Kuasa, Orang Melayu tidak juga Terbela



Semenjak 1959 bila PRU pertama dilakukan sehingga parlimen ke-13, negara di perintah oleh Perikatan dan sekarang BN. ketua perikatan dan BN ialah UMNO. UMNO itu parti sebahagian besar orang Melayu.
Semenjak 1959 lagi secara design samaada oleh British dan kemudian ianya disambung oleh Perikatan dan BN- kuasa politik dikuasai oleh UMNO. golongan elit menguasai pentadbiran. Anak bangswan Melayu dihantar kesekolah elit seperti MCKK supaya mereka dilatih untuk mentadbir negara ini.
UMNO itu erti nya Melayu lah. orang Melayu pun diletakkan dalam semua kedudukan penting.
Semenjak 1970 setelah perkelahian kaum tercetus pada 13 May 1969, dasar affirmative dipertingkatkan lagi. Iaitu dasar meMelayukan setiap cabang kehidupan sosial. Setiap tahap pentadbiran diMelayukan dan dasar2 yang dilaksanakan sepatutnya mencerminkan agenda Melayu yang sepatutnya ada dalam dada setiap Melayu yang diberi kedudukan kuasa.
Tapi perkara tersebut tidak terjadi. Kenapa?
Maka jawapan rengkas dan awal ialah kita boleh buat konklusi bahawa Melayu yang diberikan kuasa tidak melaksanakan agenda tersebut. Melayu yang pro orang lemah dan miskin tidak ada dalam sruktur kuasa.
Dalam bahasa mudah, Melayu yang berkuasa tidak menolong Melayu yang tercicir. Ini fakta. Kita boleh lihat kesan nya dari statistiks yang di tunjukkan. Golongan Melayu yang 20% teratas- golongan Melayu istimewa, elit, bangsawan dan sejenis mereka, menguasai 65% kekayaan orang Melayu. Bandingkan pula dengan golongan bawahan yang merupakan 40% terbawah hanya berkongsian 10% kekayaan dan pendapatan orang Melayu.
Pendapatan purata bulanan Melayu dalam 20% tertas ialah RM10,666 manakala pendapatan glongan 40% terbawah ialah RM1686 sahaja. 
20% Melayu tertas                                       10,666
40% Melayu tengah                                     4,123
40% Melayu terbawah                                1,686
Jumlah pendapatan                                  16,475.

Maka jika kita lihat, Melayu yang 20% teratas, menguasai 65% dari pendapatan purata bulanan isirumah Melayu. Yang terbawah yakni 40% golongan terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata kaum Melayu.

Jika UMNO yang memonopoli kuasa politik sejak 1959 lagi tidak melaksanakan laungan agenda perjuangan mereka, ini hanya bermakna Melayu yang diatas sana tidak membantu Melayu yang dibawah.
Lihat sahaja mana2 tahap kuasa politik. PM, TPM, Menteri2 penting, KSU, KSN, TKSU, Pengarah, setiausaha Negeri, pengarah jabatan peringkat negeri, pegawai daerah, pegawai jabatan, Ketua Polis, Panglima Tentera, CPO, OCPD- semua nya Melayu. Kenapa dengan ada kedudukan berkuasa, kuasa tersebut tidak digunakan untuk membantu Melayu yang dibawah?
Maka kita muncul depan khalayak ramai dan berkata serta meratapi, ekonomi orang Melayu lemah berbanding dengan orang lain. Kita pun menjerit! Ini tidak adil. orang bukan Melayu mengaut segala kekayaan negara ini. Kerajaan mesti melaksanakan dasar diskriminasi positif dengan mencipta lebih banyak hartawan, jutawan dan laksawan Melayu.
Jika ini pendekatan UMNO, maka hasil yang seperti tertera dalam jadual diatas akan terjadi.
Walaupun ada kuasa politik yang dominen, dominasi Melayu tidak kelihatan dalam bidang perekonomian. Orang Melayu ada political control atau penguasaan politik tapi tidak ada penguasaan keatas ekonomi. Kelemahan penguasaan ekonomi ditunjukkan oleh kemajuan ekonomi yang lemah. 
Pendapatan orang Melayu kurang dari pendapatan kaum lain. Orang Melayu merupakan yang termiskin. Perniagaan besar dikuasai oleh bukan Melayu dan bangsa asing. Kelemahan juga diperlihat dalam bidang sosial yang lain- sector perkerjaan misalnya, tahap eksekutif dalam perjawatan, kekurangan melayu dalam kerja2 profesional. Ia juga diperlihatkan dalam kekurangan Melayu dalam pemilikan premis perniagaan, perumahan dan seterusnya.
Apa punca kejadian seperti ini?

9 comments:

Anonymous,  20 March 2014 at 10:21  

Dato,

U have rightly put the context of the Gini factor into the distribution of the wealth among the different classes of the Malay.

The open minded Malays will take that to heart, while the die-hards & blur-sotong remain tidak-apa!

I like to share an observation during this MH370 crisis. This is a glaring touch-point that I hope I’m not the ONLY one that have observed, despite the prevailing gloom of the pain shares by the nation.

During many of the PC, one could see & judge the quality of the elites, mentioned by u, in handling the crisis. There r many tales/articles/write-ups, all over the medias, print &/or electronic, so no need to repeat them here.

My observation is r these people chosen really based on their experiences/capabilities in the fields that they r heading?

There r two engineers there – so far nothing they said proved anything about their engineering trainings, besides their linguistic handicap. Engineers r trained to be precise & observant. & if it’s their field of training then, so much better - figures & facts should flow like 2nd nature.

Similarly with the top crime buster – no clue about how to initiate investigation until it was mentioned by outsiders.

Least talking about that politikus should be give peace of mind; after all he is a politician by connection!

Zilch, nought was what had been observed. Instead, evasive answers & bulldozing tactics were used to carry the day.

Now back to yr theme – these elites couldn’t do anything in the current situation exactly reflecting WHY they were unable to do anything for the lowest 40% of the Malay populace in the country for the past 50+ yrs.

They couldn’t & cant SIMPLY bcoz they have none of ‘that something’ within them that should identified the positions they r holding.

‘That something’ is learned, trained, experienced & out of it grows the self-confident that one could do anything due to these acquired skills. They r acquired through hard-works & job dedications of many mid-night oils.

When u know that u don’t have that ‘something’ then u feel threaten, unsecured that u could lose what u have NOW. Then, u become kaki angkat, I-follow-the-orders, easily manipulated, & simply just join the cartel of the squandering elites.

Their religious up-bringing doesn’t seem to work here, too!

The under-provided, the down&outs lowest 40% – too bad. Next life, perhaps.

So, AGAIN, their failure in uplifting their lowest 40% kindred lies with EDUCATION of the true discipline. Not the express settings that many of them had been pushed through.

Remember, slow & easy, makes good meals. Same thing - to educate a good & caliber technocrats that have the fate of the people at their heart.

Right now, there is none that COULD be seen, as broadcasted in these daily MH370 PC.

the mean machine,  20 March 2014 at 10:56  

Talking about being smart.Oxford educated KJ was supposedly to be among the smartest of the Umno ministers.But when this oxen opens his mouth we know what his calibre is.Like the animal toiling the padi fields.

He is telling that Wan Azizah cannot be elected because she is a mother and grandmother.Also that Wan Azizah have to look after Anwar,maybe from keeping him going astray.

Now I understand why the VIP Bomoh wanted to slap him like a crocodile.This big mouth boy needs to be slapped around to keep him awake and on his toes.And also to be reminded to use his brains instead of his heels when opening his mouth.

the gaffe guy who know's,  20 March 2014 at 11:18  

With our ministers and officials in a limbo,lost and directionless in damage control over missing jetliner MH370.

Then Khairy being slapped around by the bomoh for acting like a stupid fool.Being slapped around too hard have masde him lost his senses in Kajang and babbling like a clueless parrot.

What next,Umno/BN?Chew Mei Fun losing her deposit in Kajang?

Unknown 20 March 2014 at 12:16  

"Apa punca kejadian saperti ini?".
Dari pengamatan saya mudah. Mereka semua (orang me-LAYU)seolah olah berada di "ZON SELESA". Mereka tak suka mengunakan their "GREY MATTERS", enggan "BERHIJRAH", walau pun banyak ayat ayat Al-Qur'an yang mengajukan perkara ini, apa tah lagi dengan peranggai para pemimpin(UMNO-BARU)yang ternyata suka melalui jalan yang bengkang bengkok dan selesa dengan kaedaan mereka yang telah lama di perbodohkan oleh UMNO-PUAKA sehingga menjadi "LEMAH, LALAI DAN LEKA". Kebanyakaan mereka membaca Al-Qur'an tetapi satu habuk pun yang mereka baca tidak di ketahui makna nya.

Sudah ramai mereka yang "PEKA" menunjuk kan jalan yang lurus agar mereka berhijrah, malang nya pendapat mereka yang "PEKA" ini di cemuh dan di cerca dengan begitu teruk sekali.

Saya pernah melihat se seorang yang bertitle "HAJI" di sebuah kedai gunting di tempat saya, kehidupan seharian nya bukan senang pun, tetapi apa bila "TERPEGANG" akhbar Harakah, terus di campak nya hingga bertaburan, seolah olah kertas akhbar itu di perbuat dari kulit babi. Malang nya si "HAJI" ini lupa bahawa isi kandungan akhbar milik umno-baru sama haram nya dengan akhbar Harakah yang di campak yang tak haram itu.

Menyentuh sedikit berkaitan dengan kehilangan pesawat MH 370, statement yang di keluarkan bercanggah di antara satu sama lain. Kalau tak percaya tontoni lah Astro Awani 501. Dari situ kita boleh "JUDGE" tahap pemikiran mereka - hampas. Kerana sudah biasa maka dalam mengeluarkan kenyataan pun masih suka menipu. Mereka ini kelihatan akan terkedu serta berpandangan di antara satu sama lain sekiran nya ada para pemberita luar mengajukan soalan. Sebab itu lah mengapa semasa PC Najib dulu,para pemberita yang beratika ini tidak di benar mengajukan apa apa soalan.

Conclusion nya, selagi para pemimpin UMNO-BARU dan yang ta'at setia dengan nya tidak mau berubah selagi itu lah kaedaan orang me-LAYU akan berterusan sebagaimana sekarang ini.

Handak nya di stu hari nanti akan muncul dari kalangan orang Melayu yang berdarah "SATRIA" mengepalai untuk menumpas kan puak puak yang masih berlenggang di anjung kuasa.
Kalau tidak, percaya lah bahawa kehidupan orang orang Melayu tidak akan berubah sehingga kiamat.

ALLAH tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang melakukan nya.

Anonymous,  20 March 2014 at 13:42  

Setuju Dato. Kawan-kawan Melayu sekarang perlu sedar sebelum terlalu lambat.

Anonymous,  20 March 2014 at 17:12  

Asam tok
Um no ni mcm byk org Melayu
Lebih kuat iman nya takut makan babi dr takutkan
Allah swt .....

Anonymous,  20 March 2014 at 23:20  

50 tahun lebih Melayu UMNO pegang kuasa tapi Melayu makin tersiksa, jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Ribuan program dan slogan dilancar tapi Melayu tetap miskin terlantar. Salah Kaum Cina kah? Salah kaum India kah? Atau salah DAP? Salah PAS? Salah PKR?,

Atau ini semua angkara Anwar???

Realitinya bila sebiji labu diberi kepada tikus untuk perbaikinya...inilah jadinya.

Kecenderungan UMNO sebagai perosak negara dan kaum Melayu sudah dapat ditelah oleh 2 PM sebelum Mahathir. Itu antara sebab kenapa Tengku Abd Rahman dan Tun Hussain Onn meninggal di luar UMNO. Mereka sangat yakin Mahathir akan menghuru harakan segalanya.

UMNO selepas Hussain Onn sehinggalah hari ini hanya seekur tikus yang cuba membaiki labu. UMNO adalah serangga perosak bangsa sendiri. UMNO adalah dedalu yang membunuh bangsa sendiri untuk kepentingan sekelompok kecil Melayu berdarah Mandeliar.

Malaysia akan lebih baik jika tanpa Mahathir dan sekutunya. Kebusukan dalam UMNO hanya boleh diubati tanpa mereka ini. Selagi UMNO dihuni Mahathir dan sekutunya, selama lamanya UMNO akan menjadi kaldai tunggangan untuk kepentingan peribadi kumpulan penyangak ekonomi ini.

Anwar sering dituduh menjadikan PKR sebagai kuda tunggangan. Tapi hskikatnya UMNO lah yang telah lama dijadikan babi tunggangan oleh Mahathir dan para kroninya.

Sayangnya..ramai Melayu UMNO buta sejarah. Kerajaan Melayu lama dulu runtuh dan ranap gara gara Melayu Mandeliar. Selagi melayu mandeliar dan legasinya menguasai UMNO, Melayu akan terus layu. 100 tahun lagi pun nasib Melayu akan kekal layu selagi spesis mandeliar ini dibiar menguasai UMNO.

NO WONDER MELAYU MANDELIAR DALAM KIMMA LEBIH MELAYU DARI MELAYU.

Anonymous,  21 March 2014 at 00:13  

Saya tak pergi jauh lah.. cukup sekadar ambil contoh keluarga saya. Bapak saya dulu hanya askar biasa.. masa kecik saya duduk dengan arwah nenek yg buta huruf tapi tak buta hati dan fikiran mcm org sekarang. Saya jual nasi lemak dan kerepek untuk tampung belanja sekolah. Alhamdulilah otak saya tak beku. Lepas ujian tahun 6 saya layak masuk ke sekolah asrama penuh. SPM saya cemerlang dan dpt meneruskan pengajian ke asasi sains dan seterusnya ke medic faculty UM. Masa zaman tu lecturer2 berbangsa cina sangat2 tak suka dengan budak2 melayu yg masuk melalui asasi sains. Saya ingat lagi bagaimana semasa ward round lecturer2 ini bercakap mandarin atau kantonis dengan pelajar2 cina. Kami budak2 melayu hanya nganga sebab tak faham..lepas tu kami di marah dengan kata2 spt 'stupid', 'moron' etc.. tuhan saja yg tau apa perasaan kami.. apa pun saya sekarang adalah pakar perunding kanan di sebuah state hospital. Saya pakai duit saya sendiri untuk ambil specialist exam dan meneruskan sub kepakaran.. adik2 saya pun semua berjaya mendpt phd flm bidang masing2... jadi kata2 spt melayu tak terbela dan sebagainya adalah sangat tidak bertanggungjawap. Adik saya telah membuka syarikat sendiri dan mempunyai lebih 50 org pekerja melayu. Janganlah kerana politik sempit kamu (gelaran Dato tak layak sebenarnya) mengadaikan segala yg ada sekarang. Insyallah saya dan keluarga dpt berdiri sendiri.. tapi bagaimana dgn mereka di luar sana yg playing ground masih belum di level kan? Are they going to be dismissed in the name of meritocracy?

Anonymous,  21 March 2014 at 05:12  

Pakar dah buat kajian. Melayu/islam mundur sebab hadis yg bermacam songeh dan kitab fekah yg meraban.

aku bukan nak promo kassim ahmad.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP