Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 27 March 2014

Bahaman, Muhammad Kilau dan Khatib Rasu Abdussalam- Penjajaran dari Pemberontakan Pahang.




Mengenai The Pahang Rebellion, akhbar Inggeris melapurkan.

LONDON, Sunday. 9 May 1892.
The rebellious Malays ia the British protectorate of Pahang are growing bolder, and are now assuming a men- acing attitude. They have killed several Chinese, and attacked an escort of Sikhs and police, and the coolies are deserting the- mines through fear of them. Public opinion in Singapore condemns the Governor of the Straits settlements for having refused to em- ploy -thermilitary and naval forces in subduing the rebellion.
Dan dari kaca rasmi Inggeris:-
The Pahang Rising of 1891-1895

In 1887, Pahang’s ruler, Sultan Ahmad, received a British agent, Hugh Clifford. However, the arrangement was not satisfactory to the Malays due to British pressure to relinquish hereditary rights. The Pahang chiefs resented the interference of Clifford and their resulting loss of power and income. In 1891, a local tribal chief, Dato’ Bahaman, openly revolted against the British. This rebellion became known as the Pahang War, and was fought as a guerrilla war. It culminated in 1892, when a general amnesty was issued. Most of the rebels surrendered while others fled to Terengganu. In 1895, a force led by Clifford finally rounded up the remnants.


3 tokoh yang disebut diatas adalah tokoh utama dalam pemberontakan Pahang.  Ianya berlaku antara tahun 1891 hinga 1895 ketika pemerintahan Bendahara Wan Ahmad yang menjadi Sultan Pahang yang pertama. Pemberontakan mereka kepada siapa? Ianya diarahkan pada penjajah British yang mahu menakluk negeri Pahang. Ia juga disasarkan kepada golongan parasite istana yang menyokong agenda British.
Keganasan dan perang yang diperlakukan keatas 3 tokoh ini dan pengikut mereka adalah episode hitam dalam sejarah Pahang. Bangsa Melayu yang mahu kuasa dengan cara mudah membelot bangsa sendiri untuk hidup senang. Penentang agenda penjajahan diburu, dibunuh dan dizalimi.
Pihak apologist  Inggeris akan senentiasa menulis bahawa negeri2 Maleyu dalam keadaan huru hara, sentiasa berperang dan tidak aman. Penceritaan keadaan yang demikian, memberi British justifikasi untuk menakluk negeri2 Melayu atas alasan mahu melindungi kepentingan bisness mereka. Kebenaran nya ialah British menakluk dan meng-impose system pentadbiran ialah untuk menjadikan tanah Melayu jajahan mutak.
Dan British tidak bodoh; dengan pengalaman buruk penjajahan di India dan Burma, mereka mengadaptasi penjajahan mereka dengan memasukkan elemen penting dalam budaya orang Melayu iaitu taat dan setia kepada raja mereka. Maka jika raja2 Melayu menjadi sebahagian dari struktur penaklukan mereka, mudahlah British menakluk kesemua orang Melayu. Dengan menjadikan raja2 Melyu sebahagian dari struktur kuasa British, maka apa pun tentangan yang diarahkan keada British sebetulnya, akan dilabel sebagai durhaka kepada raja2 Melayu. Dan raja2 Melayu berada dalam keadaan terlalu lemah atau pun sudah dibentuk untuk seiringan dengan penjajah.
Walau pun pengkisahan 3 tokoh diatas bersangkut secara lansung dengan Pahang, tapi apa yang terjadi kepada mereka harap2nya dapat memberi pengajaran kepada bangsa Melayu seluruhnya.
·        Hendaklah sebahagian orang Melayu senentiasa mengingatkan raja2 Melayu jangan jadi sebagahian dari golongan yang menindas.
·        Hendaklah sebahagian orang Melayu melawan sebahagian orang Melayu dan kawan2 mereka yang memperkudakan sesuatu insitusi yang boleh ditaati oleh orang Melayu.
·        Hendaklah orang Melayu keseluruhan nya jangan mempercayai sebahagian melayu yang tidak ada keperibadian yang dibentuk oleh perjuangan.
·        Pemimpin Melayu yang terbaik ialah mereka yang melalui proses penderitaan.
Berapa ramai kah anak Pahang yang menyedari bahawa sampai ke hari ini, Mat Kilau, Khatib Rasu dan Bahaman masih mempunyai status penderhaka?  Mereka tidak menerima pengampunan umum yang ditawarkan oleh British kerana meyakini bahawa mereka tidak melakukan apa2 kesalahan melainkan mempertahankan bumi mereka dijajah oleh Inggeris. Menerima interpretasi British bahawa mereka ini memberontak kerana tidak dapat kutip cukai adalah pengkisahan yang mempersenda intelligence orang Melayu. Ketika itu kesetiaan mereka adalah kepada system pemeritahan zaman itu –yakni kepada system pemerintahan orang Melayu.
Bahaman, mat kilau dan tok gajah tidak memberontak terhadap raja Melayu dan system raja Melayu. Jadi apa yang mereka durhakakan? Mereka menentang agenda British yang mahu menggantikan system pemerintahan Melayu ketika itu dengan system British. Kenapa jika British melaksanakan system pentadbiran dan kaut kekayaan negeri  ianya adalah suatu yang bagus, tapi system yang serupa dibawah pemerintaan Melayu tidak bagus? Penindasan oleh bangsa lain baik, tapi penindasan oleh bangsa sendiri tidak baik? Oleh yang demikian, baik kita hidup bawah penindasan bangsa lain?
Nasionalisme dan jiwa kebangsaan ertinya mempertahankan system tempatan ketika itu. Sistem yang ada tidak semesti beku dan tidak siapa yang tahu, tanpa imposisi  system penjajah British, bagaimana sistem tempatan akan evolve. Mana kita tahu system tempatan tidak boleh berkembang dan diperbaiki. Berfikiran demikian hanya membuat andaian bahawa pemikiran penjajah mengenai pentadbiran adalah sentiasa superior dari pemikiran anak watan.
Sayang sekali yang menzalimi dan menganiayai mereka ialah system yang mereka pertahankan apabila system dan pendukung2 nya merasakan bersubahat dengan British lebih menguntungkan. System itu dan para pendukung system itulah yang belot kepada Bahaman, mat kilau dan Tok Gajah Imam Rasu.
Hukum zaman dahulu iaitu hukum zaman kuasa feudal ialah apabila seorang anggota keluarga diistihar sebagai durhaka, semua keluarga- adik beradik, saudara terdekat habis dimusnah sekali.
Lihat sahaja apa yang terjadi kepada keluarga Tok Gajah atau Khatib Rasu Abdussalam- adik beradiknya semua musnah. Ranting Mas dan suami di tembak mati oleh orang suruhan puak istana, (tidak semesti raja tapi tokoh2 belakang tabir yang konon nya mengukuhkan kepentingan feudal); Khatib Haji Muhamad Amin( ayah kepada moyang saya sendiri) mati dalam pelarian di Lebir Kelantan; Hajjah Maimunah dan Khatib Muhamad Arif( kakak dan adik Tok Gajah) pun mati dalam buangan dan sentiasa dirundung kecemasan mental. Oleh kerana seoang anggota keluarga dicap sebagai durhaka, semua yang lain diburu dan dizalimi. Itu undang2 feudal.
Mana dia anak cucu Bahaman? Bahaman yang membesar dan menjaga Bendahara Wan Ahmad? Ketika Bendahara Ali mahu meninggal dunia, Wan Ahmad dan Bahaman dipanggil bertemu dan diberi wasiat oleh Bendahara Ali sebagai penganti nya dan Bahaman disuruh berjanji menjaga Ahmad?  Anak cucu Bahaman hilang dalam ingatan dan jauh dari penghargaan.
Soalannya. Mengapa harus anak cucu Bahaman, Imam Rasu dan Mat Kilau mahu mendukung system yang didukung oleh anak cucu kumpulan yang menganiayai tok moyang mereka?

21 comments:

Hansley Arnaz Hawana 27 March 2014 at 08:32  

Memang benar pemerintah yang terdiri dari kuncu-kuncu Inggeris menggunakan institusi Raja-Raja Melayu untuk melindungi segala tindak-tanduk haram mereka. Segala corak pentadbiran mereka yang cocok dengan Inggeris tidak boleh ditentang kerana diertikan seperti menentang dan menderhaka kepada Raja. Undang-undang dan mahkamah di Malaysia menjadi alat kepada tipu muslihat mereka. Dengan memperalatkan Raja-Raja Melayu pemerintah yang ada ini sering pula bertindak melebihi kuasa raja.

Sampai bila rakyat mahu dibodohkan dengan corak pentadbiran negara seperti ini?

Sampai bila pula pihak pentadbir negara akan terus-menerus memperalatkan Raja-Raja Melayu untuk memenuhkan tembolok dan mengenyangkan perut mereka?

Unknown 27 March 2014 at 08:37  

Kalau saudara buat silap Adakah anak cicit saudara juga perlu menangung dosa yang saudara lakukan?

Anonymous,  27 March 2014 at 09:12  

Saya kira legasi "pemerintah" negeri2 melayu masih membawa sifat2 dan sikap2 British.

Anonymous,  27 March 2014 at 10:35  

Itu kerja Allah swt jawab sendiri tanggung jawab bersama kena diteruskan.

Anonymous,  27 March 2014 at 10:50  

Apa yang YB terangkan amat dipersetujui. Media daripada dahulu lagi telah digunakan oleh mereka yang berkepentingan dan berkuasa. Daripada media tradisional hingga kepada media moden.
Salah satu dari premis media ialah masjid dan surau. Sepatutnya di sini ilmu dan makumat disebarkan tetapi ia tidak berkembang pun dengan fungsi sebenar. Oleh sebab itu perkembangan intelektual Melayu lambat bekembang.
Apakah yang boleh kita harapkan maklumat dan fakta yang disampaikanmelainkan orang-orang sentiasa mencari ilu dan berjuang. Teruskan perjuangan YB saya amat terkesan dengan penulisan ini.

Anonymous,  27 March 2014 at 11:40  

apa nak buat semasa itu Bendahara Wan Ahmad yang jadi barua British

Anonymous,  27 March 2014 at 13:53  

Dato

Reading between the lines of your write-up, I could only lament that history has come full circle. What is happening now seems to be a re-run of Pahang but at national level.

Anonymous,  28 March 2014 at 10:45  

Dato,

Sesuatu yang salah tetap salah dan perlu ditentang tidak peduli ia perbuatan penjajah, bangsa asing atau bangsa sendiri tidak kira pangkat atau darjah. Jika kesalahan atau kemungkaran itu dilakukan oleh pembesar Melayu sendiri pun, hukum salah tetap salah dan ini tidak berubah, pembesar berkenaan harus ditentang.

Cuma undang undang Melayu UMNO hari ni, yang terang terang lakukan kesalahan dilindungi terutamanya VVIP UMNO. Yang tudak bersalah tetapi menentang dan membenci kemungkaran pembesar, undang undang dimanipulasi untuk membuktikan yang tidak bersalah itu bersalah. Tidak ada bezanya Melayu UMNO hari ni dengan pembesar istana pro penjajah dan penjajah itu sendiri. Dengan kata lain..Melayu UMNO adalah legasi penjajah dan kumpulan pembesar pro penjajah. Dengan ini Melayu UMNO yang mendewakan bahasa penjajah untuk nama pertubuhan mereka patut diperangi habis2an. Nampaknya Dato...Melayu spesis gelap akan terus kuasai melayu sawo matang dalam UMNO. Makin layu lah Melayu tulin...lepas dari mulut naga...jatuh pula ke mulut buaya. Tak sudah sudah melayu kena tipu walau pub hanya dengan sehelai kain batik dan pelikat ( skrg besar sikit umpan..pakai BR1M plak )

Anonymous,  28 March 2014 at 17:12  

Tumpang lalu Dato,

Pendedahan terbaru Musa Hitam tentang Mahathir berkait tragedi memali membuktikan lagi betapa pariahnya bekas PM spesis mandeliar ni. Sejak Malaysia ber PM pariah ni, dah berapa ramai pemimpin melayu berpotensi diterajang keluar dan dihina semaunya. Anwar yang paling teruk dianiaya walhal pariah inilah yang menghalalkan darah orang alim ditumpahkan di memali. Selama ini nelayu ditipu pariah ini, melayu spt Musa Hitam menanggung akibat. Pariah ini terbabit dalam tragedi memali tapi melayu betnama Anwar dizalimi oleh puak puak bertuankan mandeliar ini. Tak ada bezanya PM Mandeliar ni dengan penjajah dan pembesar pembesar istana yang terbabit membunuh Mat Kilau, Dato Bahaman dan pejuang melayu yang lain. Apakah kita orang melayu nak simpan saja bekas PM Mandeliar ni yang telah terbukti menghuru harakan pertubuhan melayu serta undang undang dan sistem kehakiman negara?. Kita selaku melayu pribumi wajib lakukan sesuatu.

Anonymous,  28 March 2014 at 19:29  

Sebagai nak jati Pulau Tawar..terima kasih atas tulisan tuan.

1. Kenapa pihak istana tidak memberi anugerah pada Mat Kilau dan setahu saya tidak pernah mereka melawat makam mat kilau.
2. Ada bekas tapak istana di Pulau Tawar..kenapa dipindahkan ke Pekan.
3 Kenapa golongan istana suka ke Ulu Tembeling?
4. Siapa pertualang yang laporkan pada istana dan british yg mat kilau dan lain-lain pahlawan pahang berada di Kuala Tembeling.....cuba tanya geng Perba Jelai dan keturunan "ONE"

Keturunan Aki Kilau akan mula bangkit...pertama dengan menguasai kepimpinan politik Jerantut.

Ketua bahagian UMNO...suku sakat Mat Kilau.
Yang di Pertua PAS dari susur galur Mat Mat Kliau

Anonymous,  29 March 2014 at 18:46  

BN/UMNO sudah terbukti telah kehilangan akhlak,moral & intergriti. Mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja & akan menjahanamkan negara kita jika dibiar berterusan.

Sumpitan Emas,  29 March 2014 at 23:54  

1/2
...Kebenaran nya ialah British menakluk dan meng-impose system pentadbiran ialah untuk menjadikan tanah Melayu jajahan mutlak...British tidak bodoh…

Ya, memang British tidak bodoh sekalipun ada pihak yang menafikan kita tidak pernah jadi tanah jajahan British, hanya sebagai negeri naungannya. Pelajar-pelajar sekolah menengah pun dapat membezakan ciri-ciri negeri naungan dengan negeri taklukan. Secara kasar, negeri naungan seperti satu masa dahulu Brunei Darussalam, mempunyai lagu kebangsaan, panji dan bendera kebangsaan, mata-wang kertas,dll, yang tersendiri. Hanya pertahanan dari diserang oleh anasir luar dan urusan hal-ehwal luar negara dikelolakan oleh British.

Bahagian 1 – Pahang – cerita tanah jajahan mutlak pertama:
Petikan daripada ‘from Inderaputra to darul makmur A DECONSTRUCTIVE HISTORY OF PAHANG’ by Farish A Noor (2010 Silverfish Books)

“Clifford’s task was to enter Pahang on foot, find the means to travel across the land with the support of his Malay guides from Perak, and a way into the Bendahara Ahmad’s court (Sultan Ahmad). After that, the British hope he would be able to find justifiable reasons to press Bendahara Ahmad the necessity of establishing formal diplomatic relations with Britain and to accept permanent colonial Resident to the court. The young Clifford – aided by the rebellious Malay chief, Engku Muda Wan Mansur, who opposed the rule of Bendahara Ahmad – managed his tasks exceedingly well…Coming just a year after the British installed Sultan Idris Shah as the new British-backed ruler of Perak (after defeating Sultan Abdullah and sending him to exile), the events in Pahang in 1888 signalled that Sultan Ahmad Shah’s days as the ruler were effectively over…The Sultan of Pahang was not allowed to establish diplomatic relations with any other state without approval of the British…The British sought to eradicate slavery and bonded labour. This move deeply angered many Malay chiefs for both these were sources of power and income, but they powerless to resist. To make the point clearer, the British introduced a Pahang Police Force, consisting of fifty Sikhs and a hundred and fifty Malays, many recruited from Kelantan and Trengganu…By 1888, the Sultan, who had allowed the British into his kingdom to save himself from his chiefs, was on their payroll…To compound matters for the Sultan, his decision to appoint his son as the Regent of Pahang turned out to be ill-advised, for Tengku Mahmud was inclined to work with the British against his father, and the relations between the two became strained. The British were happy to work with the Regent, favouring Tengku Mahmud Mahmud over Engku Muda Wan Mansur, who had helped Clifford’s entry into Pahang in 1887…In 1891, he (Dato Bahaman) declared open revolt after Sultan Ahmad stripped him of his title [Orang Kaya Setia Perkasa Pahwalan(sic) of Semantan] under pressure from the British…In 1895, some chiefs including Dato Bahaman and Mat Kilau fled north to Kelantan, to Siam, to live among the Malays of Patani. In Kelantan, Dato Bahaman surrendered himself to Siamese Commissioners who detained him and his family, while Mat Kilau was said to have died. The rebellion in Pahang ended with all the rebels fleeing the kingdom, in captivity or dead…” (pg 51-96)

“…On the legal system in Kelantan, Clifford wrote: ‘The law (in Kelantan) is administered along the same lines as those in Trengganu, but the barbarous punishment of the cutting of the hands for theft, and many other cruel punishments under the Hukum Shara (sic) are still enforced in Kelantan. The gob , or cage cells, in which the criminals are confined are exactly the same as those in Trengganu, but the cages are more numerous and the criminals are greater in number. The raayat here, as elsewhere in the Malay states, have no rights of person or property, and he is only regarded by his ruler as a source of revenue. The people are miserably poor, and the debt-slavery system is here carried to a greater length than in Trengganu…’” (pg 94).

Sumpitan Emas,  29 March 2014 at 23:54  

2/2
Bahagian 2 – Kelantan – cerita tanah jajahan mutlak kedua:
Petikan daripada ‘KELANTAN: POLITIK DAN DILEMMA PEMBANGUNAN’ oleh Alias Muhammad [1975 – Utusan Melayu (M) Bhd]

“’Duff Syndicate’ sebenarnya adalah ciptaan R.W.Duff yang pada ketika itu bertugas sebagai Superintenden Polis Penjara di Pahang. Duff dalam, saat-saat Pemberontakan Pahang itu, mempunyai tanggung-jawab untuk menangkap pemberontak-pemberontak yang lari ke Kelantan. Adalah dipercayai, semasa ia bertugas mencari pemberontak-pemberontak inilah persahabatan dengan Raja Kelantan itu terjalin dan ketika itu jugalah ia sedar tentang tanda-tanda bahawa negeri Kelantan mempunyai kekayaan bijeh. Duff yang telah bersara dalam bulan Mac 1900 dari Perkhidmatan FMS…telah Berjaya membentuk sebuah ‘syndicate’ perusahaan yang mempunyai modal awalnya sebanyak 10,000 paun…hasilnya ialah perjanjian PERKONGSIAN DUFF-RAJA KELANTAN yang ditandatangani pada 10 Oktober 1900. Perkongsian ini memberi hak kepada Duff Syndicate mengerjakan tanah di antara Galas dan Sungei Lebir untuk selama 40 tahun. Syndicate dikehendaki membayar $20,000 kepada Sultan bila kerja-kerja itu dimulakan, juga 4% dari pendapatan dan 5% dari cukai ekspot…Syndicate itu telah memperoleh kuasa yang sangat besar dalam lingkungan kawasan konsesi(concession) itu, iaitu termasuk hak Syndicate itu untuk mengenakan cukai dan hak pentadbiran. Didapati bahawa jumlah kawasan yang termasuk dalam konsesi ini ialah 3,000 batu persegi…Dalam tahun 1909 Perjanjian Anglo-Siamese telah meletakkan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Great Britain. Di bawah perjanjian ini juga Negeri Siam menerima 4 juta paun sterling dari Great Britain sebagai pinjaman dan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membina jalan keretapi Singapura-Bangkok…Atas sebab-sebab ilmu alam dan kerana besarnyakawasan Duff Concession, Kerajaan FMS tidak dapat membina jalan keretapi menerusi Kelantan melalui Konsesi Duff…hak-hak di bawah Perjanjian 1905 dipindahkan kepada Kerajaan Negeri dan £300,000 dibayar kepada Syariikat Duff oleh Kerajaan Kelantan…pada bulan November, 1925 mahkamah perantaraan Kerajaan Kelantan dikehendaki membayar kepada syarikat sejumlah £378,000 kerana melanggar perjanjian dan bayaran perbicaraan mahkamah yang ditanggung oleh syarikat juga diarahkan supaya dibayar oleh kerajaan. Jelas dari kes itu bahawa Kelantan telah terlibat dalam pendakwaan yang besar yang ia sebenarnya tidak dapat menjelaskan bayaran gantirugi yang sebegitu besar; malah telah diletakkan dalan keadaan yang sangat malu dan sulit…Kesiriusan tanggungan kewangan Kerajaan Kelantan ketika itu boleh juga dilihat dari kesanggupan Kerajaan Inggeris untuk menolongnya terlepas dari belenggu kewangan yang dasyat itu. Adalah dianggarkan Kerajaan Kelantan dikehendaki membayar gantirugi dan perbelanjaan perbicaraan berjumlah £440,000 iaitu lebih kurang $3,770,000. Kerajaan Inggeris bersedia untuk memberi pinjaman $4½ juta tanpa faedah. Tetapi yang lebih menakutkan lagi ialah hampir 50 persen dari Negeri Kelantan diserahkan kepada Syarikat Duff.” (m/s 12 -21)

Kita tak pernah dijajah oleh British?

Sumpitan Emas,  30 March 2014 at 08:34  

Apa yang saya tuliskan semalam saya sedekahkan kepada tokoh-tokoh sejarah 'nirkolonial' kita khususnya Prof. Zainal Kling dan Prof Khoo Kay Kim. Mereka berdualah dengan hujah-hujah yang lantang dan sealiran dengan fahaman politik BN semasa telah sedikit-sebanyak mendorong persepsi di kalangan warga biasa yang tak pernah menjejaki kakinya di menara gading bahwa,'even the past is unpredictable.'

Sekian.

SamYap,  30 March 2014 at 09:11  

Dear Sak, this is not on topic but nevertheless still in line generally.
The just concluded Balingian by election just shows how much work still needs to be done to win over East M. Truly, without East M we will never get to Putrajaya.
Peninsula has revolted against BN, now please get the East to rise.

Anonymous,  30 March 2014 at 10:00  

Pada pendapat saya rakyat biasa..nmpaknya raja2 melayu drpd dulu sampai sekarang lebih banyak membawa musibah drpd menjalankn tanggung jawab sbg pemimpin org melayu islam..seumur hidup saya yg 34 thn ni pun saya tak pasti apa impak raja2 melayu kpd hidup saya...adakah mrk ini melindungi agama dan adat org melayu? Saya tak pasti jugak sbb rata2 kerabat tak pergi sekolah tempatan dan gaya hidup pun lebih kpd ala barat..atau dlm erti lain..kehidupan mereka disconnected dgn org mcm saya ni....adakah di akhirat allah akan menyoal kesetiaan saya kepada raja raja yg zaman berzaman membiarkan sahaja tanah org islam tergadai dan negara org islam ditadbir dgn begitu corrupted sekali?..harap alim ulama dpt jelaskan kpd org org biasa mcm saya ni.

-kecewa dgn sikap raja2 drpd dulu smpai sekarang

Sumpitan Emas,  31 March 2014 at 00:14  

1/2
Bahagian 1: Siapa dia Musa Hitam dan siapa dia Dr. Mahathir?

Tragedi Memali bukan kali pertama dimana rakyat dipertontonkan dengan sebegitu ketara dan waleh antara wira dan pengecut, antara man-of-the hour and man without honour, antara the doer and the shirker. Kita teruskan ke m/s 48 -51, ‘The Unmaking of Malaysia – Insider’s Reminiscences of UMNO, Razak and Mahathir’ (SIRD 2007) oleh tak lain dan tak bukan Ahmad Mustapha Hassan, anak Puan Rafeah Mohd Iskandar dan anak saudara Dr Mahathir bin Mohd Iskandar, yang pernah menjawat Press Secretary kepada Tun Abdul Razak, dan satu-satunya pegawai kanan Kerajaan Malaysia yang pernah berkhidmat di Singapura di bawah mendiang S Rajaratnam Menteri Luar Negeri Singapore:

“One day in 1975, Tun Razak asked me to call Dr. Mahathir, who was then the Minister of Education, and to tell him that he had to take further firm action to quell the student unrest in the University of Malaya campus in Kuala Lumpur. In his conversation, it became abundantly clear to me that the Prime Minister was unhappy the way his Minister of Education was tackling the problems associated with the student unrests.

Hence, I passed on the Prime Minister’s message to Dr.Mahathir and requested him to take appropriate action, in his capacity as Minister of Education. However, he adopted the “no action” policy, hoping that the problem would either go away or become less serious.

When the student problems and demonstrations became worse, Tun Razak asked me to go with Musa Hitam to Baling and Sik in Kedah to settle the troubles there. The students led by Anwar Ibrahim, who was then a very powerful and influential student leader, were inciting the local population to creat havoc and restlessness in these areas.

These demonstrations of dissatisfaction were allegedly due to people in some areas suffering from food shortage. The students capitalised on this issue to stir up unrest among the rural population in Baling. Simultaneously, there were student demonstrations around the university campus in Kuala Lumpur that often became unruly and ugly. In a number of instances they were so serious that the Federal Reserve Unit had to be called in to control the situation.

Fortunately, I had known Musa since the days he was very active in student politics at the University of Malaya in Singapore, and had maintained a close relationship with him…I approached Musa and asked him to accompany me to Baling and Sik, and he readily agreed…arrived at Butterworth without incidents. From the airbase, we travelled by car to Sik and Baling, a distance of over 70 kilometers.

While we were in one of the schools in Sik, we were surrounded by an angry crowd of peasants and university students, who began throwing stones at the school. Musa then showed his mettle as a very able and tactful negotiator. He managed to reason with them and got them to change their hostile attitude towards us. He also demonstrated his negotiation skills in handling a similar situation in Baling.

This episode reveals that Tun Razak was dissatisfied with Dr. Mahathir’s handling of the student demonstrations. He seemed to have more confidence in Musa, who is from Johore, although Dr. Mahathir is from Kedah, the home of his problems.

My own assessment is that after this incident, Tun Razak did not feel that Dr. Mahathir should be entrusted with any major task involving students without any adequate supervision. Dr. Mahathir seemed to be wary of students and their power. In fact, student rights in Malaysia have been increasingly curtailed after the demise of Tun Razak and particularly after Dr. Mahathir became Prime Minister in 1981.” (pg 48 – 50)

Sumpitan Emas,  31 March 2014 at 00:15  

2/2
(pg 109-110)
“It only reflected that the new Malays were a mixed breed, between traditional Malay and the immigrant Indian Muslims. These new Malays were often in a very confused state of mind as regards their ethnic identity. To be known as Malays would connote backwardness and being uncultured. To be identified as Indian would entail a loss of of certain privileges that accrued to the Malays…Many tried to shake off that Indian heritage. My maternal great-grand-father was an Indian migrant from Kerala. Possibly I was told, he might also have had some Jewish blood as a lot of Jews in Kerala intermarried with the locals…Some of the descendants had Indian features while others looked like the locals. Those who would want to be identified with the Malay nationalist movement did not want to be identified with his name which was Iskandar…There was a controversy in Singapore in the early 1920s, when the Singapore Malay Association refused to admit Malays with Arab or Indian Muslim blood as members of their association…Now in UMNO, there are so many who are actually Indians, but then the term “Malay” has not been identified scientifically, but rather culturally, constitutionally and liberally. Almost anybody can become a Malay, today. Some time back, in one UMNO branch, in Penang, they even conducted meetings in Tamil… Dr. Mahathir had no time or was too preoccupied with his overseas traveling to be able to have time to trace his roots. Tunku however noted that Dr. Mahathir still inherited a few spoonfuls of Indian blood.”

Bahagian 2: Siapa dia Datuk Maharaja Lela dan siapa dia J.W.W. Birch?
(m/s 86, buku oleh Farish A Noor):

“Sultan Idris Shah was installed on the throne of Perak in 1887. A few years before that, the British colonial forces had deposed the previous monarch, Sultan Abdullah. Before the reign of Sultan Idris, Perak was in a state of turmoil with three different contenders being in conflict against each other: Sultan Abdullah, Sultan Ismail and Raja Yusuf. The British who attempted to use him as a pliable Malay ruler initially supported Sultan Abdullah. But he chose to renege the Pangkor Treaty of 1874 after signing it. It was this treaty that introduced the Residential system of indirect British rule to the Federated Malay States. Sultan Abdullah’s chieftans revolted against the terms of the treaty and one of them, Datuk Maharaja Lela, was held responsible for the killing of the first British resident, JWW Birch. Datuk Maharaja Lela and a few of his followers were hanged by the British, and Sultan Abdullah was forced to abdicate. While Sultan Abdullah was in exile in Seychelles, Raja Yusof was made the Regent, and eventualy Sultan despite his unpopularity with the people. In 1887, Raja Dris became the new ruler, as Sultan Idris Shah. He was very indebted to the British and was much better disposed towards their ‘reforms’.”

Bahagian 3: “ ...even the past is unpredictable”: Malaysia dan Brazil, 2 x 5

Ungkapan di atas sepenuhnya ialah dari “In Brazil, even the past is unpredictable”, diucapkan oleh seorang bekas menteri kewangan Brazil berkenaan dengan suatu keputusan mahkamah tinggi di sana yang ditunggu-tunggukan. Suatu rayuan oleh sekumpulan pendeposit wang dengan tiga buah bank menuntut bayaran pampasan keatas ‘penipuan’ yang dilakukan oleh bank-bank tersebut 25 tahun dahulu. Dianggap, sekiranya mahkamah memihak kepada pendeposit, jumlah pampasan adalah $62 billion, dan menurut Menteri Kewangan Guido Mantega bank-bank akan kehabisan wang dan bantuan besar-besaran kerajaan akan jadi satu kepastian. Seperti di Malaysia, bantuan kewangan ini di Brazil memanfaatkan the ‘big boys’, orang kaya, institusi kaya, bukan kaum marhaen.

Anonymous,  31 March 2014 at 22:19  

What foolery the Msian Ambassador to China is Iskandar ? and who is Suwaibah ... to remark, " We want to tell the world that Malaysians are peace - loving citizens " Yet again the event is skewed to race and religion, syiok - sendiri, kaki ampu the fatty..., how does she claim to represent Malaysians ? Padahal duit zakat lenyap, khutbah خطبة berbauran rasis, tak menentang korupsi, tanah rizab "lenyap" entah ke mana ?

All this bull - shitting and flagging off the publicity seeking marathon only aggrevates the loss of the nation's dignity due to the huge inaptness, unworthiness, incompetency of the BN government in handling the onslaught of the international press and the families in regards to the missing MH 370 for the longest time.

They lambasted all Malaysians are liars when in actual fact, it is the BS leadership that should take the sole blame and spare the ordinary Rakyat !!!

Anonymous,  1 April 2014 at 12:11  

Anonymous, 28 March 2014 19:29

KOI NAK BG PENDPT SEDIKIT LA YEK

pihak istana nk bg pengiktirafan mcm mn wei,pihak istana sekrg dr keturunan wan ahmad yg menyokong kuat British
bukan setakat istana di pulau tawar,istana di tmpt lain pun ada...tp dimusnahkan sbb nk tutup sejarah sebenar
golongan istana suka ke Ulu Tembeling sbb nk ambil hati supaya keturunan wan mutahir supaya jgn tuntut semula takhta kesultanan Pahang...perjanjian 100 tahun dah tamat
yang melapur pd British ni puak2 Wan Ahmad le...tapi dia org lempar batu sembunyi tgn...menyebabkan keturunan perba jelai,org kayi hj lipis.wan mutahir ada yg bersengketa smpi hr ini

Anonymous,  1 December 2014 at 23:41  

Assalam....
Cerita menarik tentang perjanjian 100 thun..tp ape kah kesudahannya..sedangkn tampuk pemerintahan patut ditukar..kongsikan bersama...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP