Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 18 March 2014

Doa dan Ingatan kita juga untuk Pilot dan Co-Pilot MH370



Sehinggalah kita ada fakta dan bukti yang negatif terhadap Captain dan co-pilot, doa dan ingatan kita pun untuk mereka. Kita mesti ingat Captain dan co-pilot pun adalah mangsa yang masih hilang. Perasaan sanak saudara mereka juga mesti dihormati. 
Saya harap janganlah ada orang yang menuduh golongan yang menyuarakan keresahan keatas kaedah dan cara kerajaan mengendalikan kes kehilangan MH370 ini sebagai kurang mempunyai simpati kepada mangsa yang hilang. Kita semua disatukan oleh perasaan sedih dan murung. Doa dan ingatan kita kepada yang hilang dan sanak saudara yang menanti closure episode ini.
Objektif teratas sekali ialah mencari pesawat itu. Find the plane first. Sehingga kini tidak diketahui. Atau tidak dijumpai. Tanpa ada tanda2 kemusnahan dari pesawat  kita boleh andaikan- (1) jika pesawat tenggelam dan terbenam, ianya terbenam intact. (2), mungkin pesawat dirampas dan disembunyikan pada lokasi yang kita tak tahu. Kedua dua kebarangkalian ini menyekat semua pihak dari menjumpai pesawat.
Antara dua kebarangkalian tersebut, jika ianya dirampas, ada aspek baik dan ada aspek tidak baik. Aspek tidak baik ialah kelemahan system keselamatan kita daripada screening of penumpang dan kelemahan immigration kita. Aspek yang baik, dalam keadaan ini, jika pesawat dirampas, kemungkinan besar penumpang masih hidup atau ada peluang hidup. Antara dua evils ini, kita memilih the lesser of two evils.
Dalam suatu artikel yang terdahulu, saya ada menyebut perihal jika kita lewat menjumpai pesawat ini, akan berlaku beberapa perkembangan yang hanya membuat kita mengejar isiu yang lain. Perkara yang saya maksudkan ialah kesediaaan kita entertain cubaan untuk mejatuhkan maruah pilot dan co-pilots. Memang benar pihak keselamatan mesti follow up apa leads sekali pun, tapi jangan lah melakukan nya dengan pablisiti yag negative sehingga menimbulkan sangkaan buruk kepada keluarga pilot dan co pilot serta crew technical yang lain. Jika pihak polis boleh clear secepat mungkin bahawa passenger lain semua dibersihkan, maka, mereka mesti segera bertindak menyiapkan siasatan mereka dengan mengistiharkan captain dan co pilot pun bersih. Ini wajib untuk membuang tekanan emosional terhadap sanak saudara mereka.
Kan apa yang saya sebut sudah pun terjadi? Pilot dikatakan penyokong fanatic Anwar Ibrahim. Apa kaitan sokongan politik ini dengan kehilangan pesawat? Adakah maksudnya ialah untuk mencadangkan kepada sesiapa yang mahu melanggani cerita nya- oleh kerana pilot fanatical supporter of Anwar Ibrahim maka dia mahu melarikan kapal terbang? Untuk tujuan apa? Untuk tujuan menuntut supaya semua kes anwar ditarik balik? Jika demikian obkejif nya- mengapa tidak muncul dan membuat tuntutan demikian?
Atau kerana dia penyokong fanatic dia mempunyai suicidal tendencies dan mahu melakukan suatu tindakan ala 9/11? Jadi target nya apa? Menara berkembar petronas? Kalau dia sakit hati kerana melihat apa yang berlaku kepada anwar sebagai kezaliman  yang dia tidak dapat terima, bukankah lebih baik mengarahkan sakit hati nya keatas mereka yang menzalimi anwar? Bukankah lebih baik mengarahkan pesawat itu dan menghempaskan nya atas kediaman rasmi PM atau TPM atau Ketua Hakim?
Semua ini mejatuhkan maruah captain pesawat MH370. Kerana tidak rela captain diperlakukan sedemikian, kawan2 nya mengeluarkan suatu u tube video menggambarkan latar belakang captain.
Ada orang menyeru, jangan campur adukkan politics dengan episode ini. Tapi cubaan mengaitkan sokongan captain kepada anwar Ibrahim ternata suatu agenda politik. berhentilah melakukan demikian dan kita hormat maruah dan air muka captain. Dia tidak ada disini membela diri nya.
Tiori dari badan risikan USA atau lebih malang lagi dari wartwan yang anggap diri mereka experts dalam terrorism tidak perlu dilayani jika apa yang mereka ada untuk membina tiori mereka adalah cerita2 lisan dan sangkaan buruk.
Demikian juga apa yang diperlakukan kepada co-pilot. Wanita yang dikatakan sebagai mengaku pernah diajak oleh co-pilot dan pilot ketika itu untuk berborak dalam cockpit , juga mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada perkara tidak baik berlaku dalam cockpit tapi bahagian ini dari pengakuan nya tidak dipentingkan . yang di pentingkan ialah bahagian yang dilihat sebagai menyokong tiori conspirasi.
Ajakan itu mungkin hanya ajakan yang benar2 innocent dan dilihat sebagai tidak merbahayakan. Tapi membaca nya sebagai mencerminkan co-pilot sebagai seorang yang tidak bertanggung jawab dan boleh menyebabkan pesawat kilang, adalah pebauatan yang sangat jahat.
Saya rasa kita orang Malaysia lebih memahami konstitusi emosional bangsa Malaysia. Kita tidak ada tendensi membunuh diri dan kita tidak melanggani ajakan berkonspirasi.
Dalam kita bersimpati dan mengingati penumpang yang masih hilang, kita jangan lupa captain dan co-pilot adalah juga masa kehilangan pesawat ini. Kita hormat penumpang, tapi jangan lupa, kepada captain dan co-pilot.

9 comments:

Anonymous,  18 March 2014 at 04:48  

Najib telah melakukan satu penghinaan dan merosakan image MAS dan juga credibility pilot malahan orang melayu. persoalan nya sekarang apakah pengurusan MAS akan berdiam diri dengan hancur nya image MAS bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia menjadi persoalan hilang nya keyakinan untuk menggunakan khidmat MAS. bangkit lah juruterbang semua dan bersuara lah bahawa Najib menuduh juruterbang tidak professional dan tidak bertanggung jawab dan kesan nya amat merosakan ....woi Najib cari lah pesawat tu dulu jangan tuduh orang tanpa bukti...!!!!

bumi-non-malay 18 March 2014 at 05:01  

Beginilah corak UMNO-BN dengan persetujuaan Sultan -Agong berlagak sejak 1957..... apa lagi yang perlu kita Hairankan.

Reka Fitnah, Hina Allah, Hina Maruah Melayu, reka Kecoh buat terror bila tertekan dengan sokongan dari media rtm, tv3, Utusex, Nanyang, NSTP...dll Propoganda Malaysia.

Kalau Rakyat Malaysia inginkan sesuatu....Kita harus Bangun, Bantah dan TURUN.....dengan lilin...sokong Mangsa Mh370 Kat Dataran Merdeka..... sabtu ini ..bawa makan...bawa kem...bersedia Occcupy lama-lama!!

UMNO-BN dah tertekan dengan EXPOSURE ...BerBillion dah di guna tapi wang, duit $$$$$ Radar, Jet MIG, F-16, General Melayu UMNO hanya akan diguna untuk Hentam hamba Rakyat yang tak ikut Arahan DIKTATOR dan Sembah UMNO!! Siapa yang berani berontak UMNO akan dihapuskan macam Anwar, Karpal, Teoh, Kugan, Sarbini, Altantuya!!

Episod ini sama dengan Serangan UMNO-Sulu terhadap rakyat Sabah...Nyawa perajurit dah tergadai dengan berBILLION Alasan.....terrorist Sulu yang bersalah tu tak digantung...kata mereka pengunna senjata... kalau kat malaya, siapa ada senjata ..TERUS Gantung....

Ini yang dikata Agenda Sulit UMNO yang tiada rakyat akan tahu sehingga UMNO dikuburkan!!...ditumbangkan...macam Gadaffi....Morsi....Saddam...Kim Jong Najib!!....Inshah Allah!!

Anonymous,  18 March 2014 at 08:33  

...Kita tidak ada tendensi membunuh diri dan kita tidak melanggani ajakan berkonspirasi...

Sekalipun dijajah orang dari nun di sana satu kala dulu wanita Melayu tetap kebal dari disuntik dna orang liar.

Yang nak kaitkan tabiat harakiri kepada sesiapa saja sekaligus memfitnah seluruh penduduk Malaysia.

Akui saja ramai antara petugas-petugas awam cuai dan tidak bertanggung-jawab, moga-moga satu etika dan iltizam baru dijadikan pedoman hidup semua warga Malaysia khususnya mereka yang dibiayai oleh rakyat jelata.

Anonymous,  18 March 2014 at 11:52  

Kerajaan Pak Pandir kita ini nak menyalahkan Anwar untuk menyembunyikan kebodohan & kesilapan mereka. Doakan kepada Tuhan semua penumpang selamat & beri balasan yang setimpal kepada kerajaan Pak Pandir kita ini yang suka buat fitnah, menipu & memijak rakyat.

Anonymous,  18 March 2014 at 12:29  

Dato, if a Boeing 777 can fly across Malaysia undetected, are we sure that there were no 45,000 Bangladeshis arriving in planeloads to vote in GE13?

Anonymous,  18 March 2014 at 18:59  

Mh370 belum jumpa lagi sebab kehilangan dah tahu. Pelek sungguh. Cari la kapal mh370 tu sampai jumpa dulu baru tahu penyebabnya.

Anonymous,  18 March 2014 at 19:46  

http://www.wired.com/autopia/2014/03/mh370-electrical-fire/

Excerpts:

"The left turn is the key here. Zaharie Ahmad Shaw was a very experienced senior captain with 18,000 hours of flight time. We old pilots were drilled to know what is the closest airport of safe harbor while in cruise. Airports behind us, airports abeam us, and airports ahead of us. They’re always in our head. Always. If something happens, you don’t want to be thinking about what are you going to do–you already know what you are going to do. When I saw that left turn with a direct heading, I instinctively knew he was heading for an airport. He was taking a direct route to Palau Langkawi, a 13,000-foot airstrip with an approach over water and no obstacles. The captain did not turn back to Kuala Lampur because he knew he had 8,000-foot ridges to cross. He knew the terrain was friendlier toward Langkawi, which also was closer."

A far cry from the nincompoopery that the bottom feeders in some international publications are feeding the global audience, isn't it?

Anonymous,  18 March 2014 at 22:59  

moses kata; mungkin rakyat Sultan Sulu dah HIJACK MH 370, balas dendam kerana maruah

Anonymous,  19 March 2014 at 15:57  

Sebenarnya perasaan takut kerana dosa dan salah laku pimpinan kerajaan UMNO BN sepanjang tempoh kekuasaan mereka lah yg menyebabkan betapa prejudis dan prasangka mereka terhadap Anwar. Puluhan tahun Anwar dianiayai dan jika boleh mereka mereka ini mahu riwayat Anwar berakhir. Maka apa saja yang ada kaitan dengan Anwar hatta penyokong PKR spt Kapt Zaharie itu, mereka cepat sekali spin isu tersebut utk mengaitkan sesuatu yg tidak baik itu dengan Anwar.

Percaya dan yakinlah bahawa selamanya Anwar tidak mungkin mendapat keadilan di tanahair sendiri selagi pimpinan tertinggi dan yang berkepentingan dalam UMNO terus diberi ruang berkomplot menggunakan kuasa secara salah bagi membunuh musuh politik mereka.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, waras dan tidak berkepentingan atau mewakili mana mana parti, saya melihat terlalu banyak perkara songsang dan melampau yang berlaku dalam pentadbiran negara dan ini berlaku hanya bertujuan untuk melindungi sekelompok kecil pemimpin yang telah melakukan kesalahan besar baik pada rakyat dan negara mahu pun keatas batang tubuh Anwar Ibrahim.

Apa yang sangat menyakinkan saya terhadap iindividu Anwar ialah kerana sosok ini masih kekal miskin dan tidak super kaya seperti mana ramai pimpinan UMNO lainnya walau pun Anwar pernah menjawat jawatan penting dalam negara beberapa tahun ( bandingkan dengan kekayaan ADUN ADUN UMNO yang sepenggal dua memegang jawatan sudah mampu jadi kaya raya ). Inilah punca sebenar kenapa pemimpin2 kaya raya cara mee segera ini takut dan terpaksa mengangguk dan berkompromi dengan kelompok kecil pimpinan atasan SUPER MEGA KAYA ini bagi menekan dan memerangi manusia bernama Anwar. Dan kerana Anwar tidak sekaya seperti pemimpin UMNO BN lain , senjata untuk kumpulan jahat ini menjatuhkan Anwar melalui dakwaan rasuah dan penyelewengan khazanah negara tidak boleh digunakan. Dan inilah puncanya kenapa fitnah liwat I dan II dirangka sebegitu rupa untuk membunuh karektor dan karisma Anwar dimata umum. Disebabkan ianya adalah plot fitnah yang direka cipta, maka terlalu banyak kepincangan yang rakyat dapat lihat disepanjang perjalanan kes liwat I dan II di mahkamah. Keengganan baik Mahathir atau Najib utk hadir ke mahkamah dalam kedua kes ini ( walau pun mereka sendiri mendakwa pengadu liwat membuat aduan kpd mrk ) adalah gambaran jelas kepada sesiapa yang cerdik dan waras berfikir. Kenapa Mahathir perlu takut dan seram untuk hadir ke mahkamah dlm kes liwat tetapi tidak pula keberatan hadir dalam isu pengeluaran ic kepada warga asing di Sabah.

Bagi saya TAKUT KERANA SALAH. BERANI KERANA BENAR. Perumpamaan ini mejelaskan lagi duduk perkata sebenar. Dan jika rakyat Malaysia terus izinkan pemimpin spesis seperti Mahathir dan Najib ini terus berkuasa...maka pemimpin pemimpin Melayu lain yang jujur, ikhlas dan berpotensi besar untuk melakukan reformasi terhafap segala kebobrokan akan terus ditekan dan dibunuh karir mereka. Akhirnya yang menanggung akibat buruk adalah kaum melayu sendiri. Jadi jangan biarkan diri kita berterusan diperbodohkan selamanya oleh pemimpin rakus dan haloba ini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP