Untuk Sabah dan Sarawak: Dengarkan lah Keluhan hati seorang Doktor
Ini suatu
pendedahan oleh seorang doctor dari Semenanjung mengenai kemiskinan di Sabah.
Penulis yang
melakukan pendedahan itu memulakan:-
*******
Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.
Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.
Pengenalan
saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya
di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu
telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.(
deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota
Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning nya setelah selang satu bulan.
Wanita ini
tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa salama 1
bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya dia dapat cukup
RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh
2 batu untuk sampai ke bahu jalan mendapatkan teksi.
Sebagai
seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut. Bila
wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic dan mempunyai
batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile duct). Batu karang
tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati wanita ini mempunyai
masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker. Kami telah mengusahakan
supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia telah enggan menerima pacemaker
tersebut.
Apabila
saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia tidak
mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah dijual. Sebaik
sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada pacemaker boleh bertahan
untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju memasang pacemaker tersebut.
Bandar
Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir dengan
lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah membangun kerana
ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi kita mesti sedar, apabila
saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan dua hala yang selalu mengalami
tanah runtuh dan penuh dengan lobang lobang besar. Perjalanan dari Ranau
melalui jalan seperti ini mengambil masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.
Keluar
sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah besar
kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2 lori balak.
Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita yang sama yakni
mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem pengangkutan dan hubungan jalan
yang amat buruk.
Selama 2 tahun
saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit dengan celebral
malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di Semenanjung. Pesakit
penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari tempat2 seperti Kaingaran and Karagasan, dimana saudara mara
mereka terpaksa menolak taxi sapu atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50
kalau ianya musim hujan. RM50 sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika
itu harga petroliam pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.
Keadaan
pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan nyawa
kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan caesarian ,
appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical
Officer yang hanya mempunyai pengalaman 4 bulan housemanship.
Rawatan
perubatan kecemasan seperti serangan
jantung atau myocardial infarctions, yang
kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian Coronary Care Unit terpaksa dilakukan oleh hospital daerah. Akan
tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital
tersebut adalah pasukan yang terbaik
yang saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja
yang penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2
mereka.
sistem pengangkutan
jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan tapi juga menyusahkan
rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke pasaran. System pengangkutan menyebabkan
rakyat sabah terperangkap dalam kitaran kemiskinan.
Suka atau
tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang tengah .
hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka pulangan RM 20-RM 50. Orang2
kampung juga dieksploitasi oleh penjual2 kain jalanan yang kebanyakan nya
terdiri dari warga asing. Penjual kain jalanan ini akan menawarkan skim bayaran
ansuran dan apabila tidak boleh bayar dan faedah kepada pembelian itu
meningkat, ramailah orang kampong membenarkan anak gadis mereka berkahwin
dengan penjual2 kain yang kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.
Satu
daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga yang
datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir kebulur yang
terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan fatality. Keluaga ini tidak
ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan mereka tidak dapat membeli makanan.
Oleh kerana terlalu lapar, sibapa telah memberikan kepada anak anak nya telur
katak puru. Bila mereka sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal
dunia dan 2 lagi meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan
telur katak puru tadi.
Pendidikan merupakan
suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar Kota KInabalu. Ramai anak2
Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai dari pesakit saya tinggal di luar
Ranau dan bernasib baiklah jika mereka mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan
mereka berkahwin dalam umur belasan tahun.
Saya bertemu
dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan mereka tidak pernah
menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat rendah menyebabkan mereka
memberi bayi2 mereka meminum susu kondens kerana menyangkakan susu tersebut
lebih baik dari susu ibu.
Tapi matlamat asas ialah semua ibu2 ini mahukan
yang terbaik untuk bayi2 dan anak2 mereka. Tahap pendidikan yang rendah
menyekat mereka dari melakukan nya. Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan
letrik dari Perbadanan Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya
mengunakan generator disel, lilin atau pelita bila waktu malam.
Bagaimana anak2
Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?
Saya sendiri
terpaksa belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak
tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu kehidupan
yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut dan Rungus dalam
daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana pemimpin politik kita berbohong
telah membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian
besar rakyat Sabah masih memakai t- shirt yang murah dan topi yang di beri
percuma oleh BN beberapa tahun yang lampau?
Mana mungkin
saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya yang indah dengan
jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga dengan menara kembar
Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita dan terbiar?
Kitaran dan
kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan menghancurleburkan
perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani isiu2 besar seperi tahap
pembelajaran dan pendidikan dan system perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan
penyampaian bantuan kepada rakyat.
Istiharlah 16
September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam konteks nyata,
kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kita akan melayani
mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. berikan mereka kemajuan
dan pembangunan yang telah lama kita nafikan.
Berhentilah
berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan asas
dilupakan.Tepailah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards.
Tamat Keluhan sang doktor. *******
Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi? kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?
Tamat Keluhan sang doktor. *******
Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi? kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?
47 comments:
Masih mahukah kamu mengundi parti babi itu lagi. Ketua Menteri kamu adalah diantara manusia terkaya di Malaysia. Menteri kamu yang juga Naib Presiden Parti UMNOHPENYANGAK mampu beri berjuta-juta kepada peremouan simpanan beliau.
Aku marah kerana terlalu kasihan sama kamu. Kerana kemiskinan dan buta huruf, rakyat di pendalaman mudah ditipu UMNOH/BN. Setiap kali menjelang pilihanraya mereka dihulurkan gula-gula agar pemimpin korup ini terus berkuasa.
Dato
Ke mana agaknya hati kecil politikus-politikus ni.
Tergamak betul mereka melihat keadaan rakyat yang semiskin ni.
Kota Marudu kalau tak salah saya kampung seorang Menteri BN. Macamana orang sana tak mengadu pada pak menteri tersebut. Kelantan pun sama juga, Melayu juga yang rugi. Bilamana pilihanraya, ada saja janji2 manis yang ditaburkan. Inikan pula di Sabah dan Sarawak yang masih memerlukan perkara2 asas seperti jalanraya, sekolah, klinik dll. Sedih betul nasib rakyat dibawah BN. Pemimpin kenyang tapi rakyat melarat.
Sedih bin Kesian.
tak tau la macamana sebetul2nya keadaan hidup harian di kampung2 sabah sebab tak pernah saksi dgn mata sendiri, tapi berdasarkan penceritaan ramai, memang sedih dan jauh ketinggalan la.
yg betul2 pasti: bandar kk tu memang amatsangat pesat membangun dan penuh dgn kemudahan2 dan gayahidup moden, rasa2nya kerana kencang dgn arus pelancungan, didokong oleh gunung kinabalu yg sabanmasa dikunjung org malaysia sendiri mahupun mat2saleh dan lain2.
jika begini, jelas punca kekalutan ialah jurang ekonomi yg tidak diberi perhatian serius dan tidak ditangani dgn ikhlas dan penuh iltizam - oleh siapa lagi jika bukan individu2 dan organisasi2 yg memiliki kuasa, sumber atau pengaruh.
maknanya yg mampu merubah itu tidak bersungguh atau langsung tidak mahu membantu keadaan, kalau ada pun program yg dicanangkan dalam media hanyalah melepaskan batuk di tepi tangga, sedangkan org2 kampung yg tidak terbela ini, jika berdasarkan penceritaan si-doktor di atas, hanya melepaskan batuk di tepi jalan tanah berdebu tika musimpanas, atau lebih teruk hanya melepaskan batukberdarah di rumah memasing selama 2-3bulan sehingga cukup wang dikumpul bagi membiayai tambang pengangkutan ke hospital.
maknanya tiada political willpower.
maknanya yg di atas itu bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, tetapi juga melepaskan pucuk memasing bagai enau dalam belukar ranau.
mungkin mereka2 ini berpegang songsang pada kalimah: sesuatu kaum itu takkan berubah kecuali mereka sendiri mengubahnya. a skewed interpretation.
kalau dah begitu, two can play the game - jelaslah kaum itu sendiri yg kena mengubah suasana kehidupan mereka, dengan mengubah org2 dan kumpulan yg sepatutnya diamanah dan bertanggungjawab membantu mereka berubah ke arah yg lebih baik elok sempurna dan sejahtera!
kaum ini kena sedar dan disedarkan, sesungguhnya Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah Serta Maha Berkuasa ada mewujudkan org2 dan kumpulan lain atas bumi mereka yg sanggup dan mampu membantu dan melakukan perubahan murni tersebut.
reformasi!
abu!
-average joe-
klakka-la.blogspot
Very pitiful to read this. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Agen-agen BN seperti Joseph Pairin Kittingan dan adeknya Dr Jeffrey (entah berapa kali melompat)dan pemimpin-pemimpin yang lain di BN Sabah, bukan tidak sedar akan realiti hidup yang membebani segala orang miskin, baik Islam mahu pun bukan Islam di Sabah. Mereka ini sudah biasa dengan tabiat memadamkan perasan belas kasihan kepada yang miskin dan papa kedana.
Malaysia dewasa ini memaparkan satu realiti baharu: kemiskinan itu hak orang bodoh,sebaliknya
kemewahan dan kesenangan itu hak asasi segerombolot UMNO yang dah lupa daratan.
Usah menunggu seorang Khalid al Walid baharu dalam apa jua jelmaan,hanya balek selangkah ke belakang dan praktikkan segala yang bersih, jernih dan suci daripada, siapa lagi, ia itu, Tun Abdul Razak, dan Malaysia pasti akan menemukan satu era baharu penuh dengan pembaharuan dan kemajuan di mana pemimpin akan disanjung bukan dikutuk.
Mungkin sudah terlambat bagi UMNO mengubah haluan sekarang kerana sekian lama terjurumus dalam mainan politik kotor dan tidak berperi kemanusiaan.
Sedih betul,dan kita akan menyambut Merdeka ke-57!!
Ogos1957
Yang kaya, semakin kaya. Yang miskin, masih miskin.
Tengoklah saham saham yang diperuntukan untuk Bumiputera, dalam jutaaan. Baru baca semalam,
saham Astro diperuntukan untuk golongon pribumi dan bumiputera, lebih 500 juta saham @ RM3.60. Jumlah duit lebih kurang RM1.5 billion. Wah kayanya golongan elite bumi ini.
Yang miskin, maaf zahir batin. minta duit dari kerajaan BN
This is only the tip of the iceberg.
Nobody cares or wants to talk about our failures to ORDINARY PEOPLE....they only talk about " achievements ", few benefited and few grand building here and there.
Budok QD patut baca ni. Bukok mata Aok lueh-lueh. Atau Aok mata cemer.
Pergi Sabah atau mana-mana tempat kecik.
Jangenlah asyik jalan berkepit dengan bini baru kat Bangsar Village je, QD.
Itu bukan tempat untuk kenai oghang susoh. Itu tempat oghang yang buat kita susoh. Tau tak?
Sarawak juga menghadapi nasib yang sama.UMNO/BN perlu dihancrkan.Mereka ini berpolitik bukan tolong rayaat tetapi untuk wang saku mereka.
Selepas sekian lama kita merdeka kenapa issu-isu kemiskinan ini tak boleh dihapuskan sedangkan kita mempunyai wang yang begitu banyak untuk menghapuskan kemiskinan? Inilah dosa-dosa orangg-orang luar kota yang masih menyokong UMNO/BN, mereka juga kerugian.
Very sad read, SM.
"Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah".
So where's QD? Please comment, we all waiting for you to say something.
Dato' and fellow bloggers
It is heart wrenching to read such a story coming from a medical doctor. The rakyat have to stand up and be counted. It's time to change for the better. ABU tetap ABU.
Salam.
Observer
Kepada Saudara Saudari pembaca blog ini..Sila buat banyak-banyak copy artikel ini disebarkan kepada semua saudara-mara anda semasa balik ke kampung pada Hari Raya nanti...Biarkan mereka di pendalaman dan kampung-kampung supaya tidak lagi DITIPU oleh kerajaan BN/UMNO...
PLease help to spread this new to your loveds ones when you're back to your respective hometown for this festive occassion...ABU!
Woi Najib...inikah 'Janji ditepati' ??? Rakyat hidup merana !!
So sad to read such first hand accounts in Malaysia. Dont have to look so far, some FELDA estates in Peninsula Malaysia dont even have telephone connection. Sad, but true....
Apakah cerita tentang kontrek membekal ubat-ubat kepada Kementerian Kesihatan diberikan kepada hanya satu syarikat? Apa pula jadi tentang cerita kereta mewah Alphard yang dimiliki isteri Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai? Senario pembekalan ubat-ubatan tanpa tender terbuka bermaksud sekali lagi syarikat kroni akan terus ka raya raya. Beban ini ditanggung oleh siapa - seluruh rakyat yang membayar cukai.
Semua no problem,kan? Semua beres, semua selesa, semua kenyang, dan yang miskin terus merana.
Selagi hal-hal kemiskinan di desa bukan satu perkara yang perlu diatasi secara menyeluruh oleh kerajaan pusat dan hanya mengharapkan tenaga kerja 'front line' yakni, doktor-doktor, jururawat-jururawat, pegawai kebajikan, dsb, untuk menyelesaikannya, selagi itu mesej yang akan sampai kepada rakyat adalah kerajaan ini pandai melaungkan slogan-slogan manis dan omongan kosong.
Janji ditepati: janji apa, oleh siapa, kepada siapa.
Sampai bilakah BN benar-benar akan didorongi oleh nilai-nilai hidup dan etika yang dibawa oleh ketiga-tiga Perdana Menteri yang pertama.
I was staying in Semporna for 2 years and what I observed :
1.Illegals overwhelmed the area mainly from southern Philippines who comes over for economic reasons living off from the sea. Most of the corals near sipadan were destroyed by them using bombs.
2.Pakistanis were all over the town selling furniture and electrical goods mainly on instalments with high interests rates and at the same time they were loan sharking to the poor communities.
Here you have a government who can't even take care of its own citizens, provide citizenship to economic migrants and at the same time losing talented people to neighbouring country. Why??
Jangan lupa ya TV3 siri Bersama mu negeri mana yang penduduknya makan SIPUT BABI, Sabahkan? mengapa perkara ini berlaku eh? come on Sabahan wake up U people can make the different piss off this UMNO BN from your land before its too late. ABU
Saudara2, Saudari2 dan sahabat ku,
(ma'af kerana penulisan dalam Bahasa saya belom lancar lagi)
Please allow me to continue in English and may i seek any one of you to kindly translate this into Bahasa.
Can we take stock of our situation. Everytime, we read and write a comment in this Datuk Sakmongkol's blog and others we are only preaching to the converted. The BN voting types, the "atas pagar" types do not read this blog or similar ones. It is them we have to target in order that their "mata hati" and "akal" gets opened to the truths that is all around us - the truth about "penindasan ekonomi", "penyelewengan dana" and "penyalahgunaan Trust" by BN and its kuncu2.
We have to get down to the kampung2, new village, long houses and estates/plantations to explain to the masses. Even in the cities and suburbs we have to explain and show to the non-believers of BN's misdeed and miscarriage of governance.
I want to ask (let say pray) to you - each and everyone of you to talk to at least 3 persons a day on this topic; and then get them to pass this along to another 3 more persons or more everyday. Am sure our numbers would grow. Sure, the opposition is also filled with bad types, but we must give them the fear that we, the rakyat are watching and would take action to throw them out of pwoer if they do not behave and rule well. A lesson for all.
Count with me, how many perosn can you talk and convince in a day. Count with me starting form today.
Wasallam
Najib, Hishamuddin and those politicians who hail from rich families will never understand the meaning of this article, even after reading it a hundred times.
Dato,we have to remind the people not to forget that Umno let its CM's and their warlords in East Malaysia,raped the states and people's wealth,natural resources and their tribal lands.They also let loggers raped their children too.And the police and gomen closed their eyes and looked the other way.
To top it all,Sarawak even has a suppossedly modern day hospital.Equipped with up to date modern state of the art medical equipments.And all these modern state of the art equiments were purchased and delivered years before the completion date of the hospital.And finally when this hospital was completed after years of delay and costs over-runs,the modern state of the art medical equipments became out dated medical equipments.So the people of Sarawak ended up with a cost over-runned white elephant outdated modern day hospital.With the compliments of Taib and Umno.
Dato' Sak, QD you are beyond redemption. Confucius says:- He who knows not and knows not that he knows not is a FOOL,avoid him. He who knows not and knows that he knows not, can be taught,teach him. He who knows and knows that he knows,is a WISE man,learn from him. We all know which category QD belongs to,pity him,he still in a stupor and in denial mode.
Dato'! Anticipating your thoughts on Pahang !
Saya terkedu dan sedih membaca posting pengalaman doktor berkenaan. Sabah adalah sebahagian dari Malaysia. Pengurbanan Sabah menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia kelihatan tidak dihargai.
Kekayaan Sabah dirompak oleh manusia manusia rakus berkhiblat UMNO BN sedangkan sisa sisa tidak seberapa terpaksa dikongsi oleh rakyat kebanyakan. Agihan kek ekonomi amat tidak adil.
Kita di Semenajung harus insaf dan wajib lakukan sesuatu agar keadilan dan agihan merata dapat dilakukan. Tiada cara lain melainkan tumbangkan kerajaan sedia ada iaitu pemimpin pemimpin UMNO BN. Hak rakyat Sabah dan negeri negeri yang dianka tirikan seperti juga KElantan harus ditegakkan. Dan ini cuma dapat dilakukan tanpa UMNO BN dipersada Putrajaya.
Rakyat Sabah sendiri harus insaf dan sedar bahawa UMNO BN setelah puluhan tahun dipuncak kuasa, mereka terbukti gagal untuk mentadbir secara lebih adil dan saksama.
Ayuh sama sama kita tumbangkan UMNO BN pada GE 13 nanti. Ini suatu yang WAJIB kita lakukan untuk Malaysia yang lebih cemerlang dan seluruh rakyat bahagia serta lebih selesa.
Dato', what can I say? Is there any better alternative? You may say PR is the alternative, but the big question an alternative to what? Are PR going to be better? Or will they also be the same as the present?
Nothing that PR is saying today touches the Sabahans. Even the Buku Jingga for Sabah is not saying anything significant for Sabah, so what is it that PR is offering us in Sabah?
Actually what we want for Sabah is very simple it comes with one sentence "Reinstatement of the Malaysia Agreement 1963" is this difficult for PR to say it out loud in Sabah? But as caveat you in PR must understand what Reinstatement of the Malaysia Agreement 1963 means. To understand this I urge you to read the Cobbold Commission Report, the Inter-Government Report and the Malaysia Agreement 1963. Thank you.
anak serta menantu saya adalah doktor dihosp.q. eli.k.kinabalu.perubatan dan kemiskinan disabah berpisah tiada,yang kaya dan mampu akan mendapat keistimewaan perubatan diluar sabah.pegawai perubatan hospital akan cuba sebaik mungkin memberi khidmat kepada pesakit dengan apa kemudahan yang ada.pernah suatu hari anak saya telah menyedekahkan setiap hari makanannya kepada seorang insan yang menjaga ibunya yang sakit setelah melihat insan itu berkongsi makanan hospital ibunya.insan ini tidak punyai wang untok membeli makanan,bila ia terasa lapar,dia akan meneguk air paip sebanyak mungkin untok menghilangkan rasa laparnya.anak saya berkata bagaimana mungkin dia hendak menjaga ibunya sedangkan dia sendiri berkeadaan lapar.setelah tiga minggu ibunya dibenarkan pulang.anak saya melihat sipenjaga ibu amat kerunsingan sambil mengemas milik ibunya terpancar diwajahnya segala bebanan yang harus dia fikirkan penyelesaianya.anak saya memberi penerangan tentang ubtatan yang ibunya perlu ambil untok masa tiga bulan sebelum beredar anak saya telah menghulurkan bantuan bilamana mereka bersalaman.dia memelok anak saya berbisik dalam tangisan mengatakan yang dia tidak punyai walaupun satu sen didalam tanganya.mereka adalah petani dikampong pendalaman sabah.
Sy sabahan...rasanya taraf hidup seeseorg tu bkn berpunca dr ketua kerajaan..
Ianya dr diri sendiri yg inginkan perubahan hidup...org lain xkan blh mgubah hidup seseorg kecuali dirinya sndri...
Dulu kluarga sy mmg ssh... tp krn kami anak 2 ada kesedaran utk blajar dan mndptkan kerja yg baik... kini hdup kami lbh baik.. sy sndr kerja sektor kerajaan...
so dr pgalaman sy sndiri ia xda kaitan pun dgn politik..jd jgn la d politikkan taraf hidup seseorg...
Semua cerita doktor pasal pesakit dan keluarga yg mati sebab memakan telur katak puru itu memang benar2 berlaku dan saya masih ingat semua tu sebab emak sy dulu bekerja d hospital.. Cerita di atas bukan di buat2 atas dasar politik.
Siapa masih sokong BN di sabah memang samada dah kaya nak kaya lagi, atau tak sebegitu susah, atau sangat susah tapi terpaksa sokong utk beberapa ringgit upah hanya pada ketika PRU itu saja.
Anonymous, 17 August 2012 05:35:
.... dan kereta mewah anak Mahathir menelan puluhan ribu sebagai cukai-jalanraya setahun, dan anak Nazri membakar cigar Havana dalam mulutnya bagaikan orang kampung makan sireh. Janji untuk menjadikan Melayu hidup senang lenang ditepati bukan kepada orang kampung biasa tetapi kepada orang-orang kuat dan angkuh UMNO.
Kisah benar oleh penulis yang mulia ini mengesahkan sekali lagi bahawa di Malaysia ramai hero dan heroine 'frontline' berkorban tanpa diiringi semboyan egois,"janji ditepati". Persoalannya setakat mana mereka ini boleh meneruskan kerja amal tanpa menjejaskan kesejahteraan keluarga sendiri sambil terpaksa membaca berita sipolan UMNO ini dah dapat girl friend baru dan memiliki beberapa buah rumah mewah yang tiap satu kosnya berjuta-juta ringgit.
Sudah lama perajurit benteng-pertama ini menghulurkan bantuan tanpa diiktiraf oleh pegawai kanan dalam jabatannya -jangankan diiktiraf oleh pegawai dari kerajaan negeri atau pun kerajaan pusat. Yang dipentingkan oleh pihak kanan mana-mana jabatan kerajaan adalah biar menteri-menteri disambut dengan meriah dan hormat apabila mereka membuat lawatan 'rasmi' - jamuan ringan yang bukan ringan dihidangkan, lawatan rasmi bukan rasmi (setiap kali seorang KSU melawat Kuching, diminta diaturkan lawatan ke Borneo Heights dan acara bermain Golf antara pegawai-pegawai kanan). Kalau pegawai-pegawai dari Kuala Lumpur fikir mereka boleh berlagak seperti malaikat baru turun ke bumi dan boleh bertindak dengan sesuka hati, mereka mesti ingat semua pegawai bawahan mempunyai mata yang dapat membezakan siapa itu ikhlas dan jujur dan siapa itu pengkhianat. Gelaran yang mendahului nama seseorang seperti Tan Sri, Dato Seri, dsb, tidak memberi sebarang erti kepada rakyat biasa jika jurang antara kaum miskin dan kaum kaya semakin meluas.
Rakyat di Malaysia, khasnya di Sabah dan Sarawak telah lama ditipu dan diperkosa oleh penjahat-penjahat Barisan.
Dalam PRU yang akan datang kita mesti memangkah kertas undi dengan bijak. Kenalah masa satu kerajaan baru yang lebih adil, saksama dan berjiwa roh Malaysia didirikan.
Time for change, real change, real change for a compassionate Malaysia, a Malaysia with a human heart.
Dato'
Dalam masa sama di semenanjung, orang melayu ghairah dengan konon-kononnya kesedaran islam, sibuk menggunakan istilah-istilah arab dalam kehidupan harian, tapi malangnya semakin islam semakin lupa yang islam bukannya terhad kepada ibadat tungang terbalik.
Penceramah agama pulak tak habih-habih menjawab soalan-soalan asas ibadat yang patutnya boleh dapat dari buku supaya lebih jelas. Tidak pulak golongang ni nak sentuh hal kemiskinan ummah, masalah ibu-bapa yang tak pentingkan pendidikan anak-anak..dan lain-lain masalah praktikal.
Itulah sebabnya, masalah di Sabah ini berlarutan. Pendakwah yang menolong bukannya atas sebab kemanusiaan, tetapi nak mengambil kesempatan atas kemiskinan mereka jadikan mereka islam untuk undi UMNO/BN kemudiannya!
Manusia melayu macam ni memang hipokrit
Dato'
All this in a country, Najib wants to make into a high income economy. A country which has a fantastic education system, said our DPM/Minister for Education; a country which will be declared 'developed' in 2020.
Dato' this lack of education and poverty seems extreme in Sabah, also still persists in Peninsula noticeably so amongst the Indians, even though the numbers may be smaller.
Bukan kerana para pemimpin dari Sabah tidak kometed membangun negeri Sabah.Permasalahan di sini ialah kerajaan persekutuan terutama semasa Tun DR.Mahadir menjadi Perdana Menteri Malaysia.Semasa PBS menarajui kerajaan negeri Sabah,banyak permasalahan yang di kemukakan oleh kerajaan Negeri Sabah tetapi semunya tidak di ambil peduli oleh Kerajaan Pusat.Mahatir bermegah dengan projek FI Sepang,Menara berkambar Petronas,Putra Jaya tapi lupa dengan rakyat Sabah dan Sarawak.Apa bila ada pemimpin dari Sabah menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat Sabah maka di lebel anti Persekutuan.Ada pemimpin Sabah di ISAkan hanya kerana menyuarahaka masalah Sabah.Siapa pun peneraju Putra Jaya jika mewarisi sifat Tun DR.Mahatir rakyat Sabah tetap mengalami masalah yang sama.HANYA OUTONOMI KEPADA KERAJAAN SABAH YANG DAPAT MENGUBAH NASIB RAKYAT SABAH.
aku pernah bertugas di sabah...sekitar tahun 90an., aku dapati kehidupan mereka jauh 20 tahun terkebelakang berbanding semenanjung.
Anda salah kerana kami di Kelantan tidak miskin malah kami bahagia. Ini adalah satu anugerah dari Allah kerana pemerintahnya taat dan tidak rasuah walaupun negeri ini dianak tirikan oleh pusat. Orang miskin di sini amat senang untuk mendapat bantuan baitulmal. Di sabah mana pergi duit minyak mereka? Projek semua di kuasai oleh pemimpin untuk mengisi kantung mereka sendiri sedangkan rakyat papa kedana. Tukar pemerintah pasti berubah menjadi baik.
.Tepailah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards.
Kesian btul.... Sampai hati membiarkan rakyat hidup dlm kemiskinan...sdangkan mereka berhabisan shopping d sana sini..
What a sad story to read. This is the fact in Sabah. If you go to the interior parts in this state you'll see the whole picture of the people who live there. The problem is, there is no reaching-out program from the relevant agency/party to 'assist' them. If the government could improve their basic facilities that would be enough to ease their life. Giving "cash money" is not the practical way to help the poor. It is even sad to know the fact that the elected rep make better living while the people who elect him/she are struggling to survive. But, what we can expect from a naive(but not fool, ok)people?
Anda percaya pada nasib? Ya mungkin kita yang mencorakkan hidup tapi adakalanya apa yg ingin corakkan x menjadi,spt kes mak cik ni...kita x tau sama ada dia ada ank atau saudara mara utk membantu...tapi kalau GOVERNMENT memang seorg yg BERTANGGUNGJAWAB dia akn menyediakan kemudahan utk KESELESAAN rakyat...cthnya menyediakan klinik utk penduduk pedalaman...kalau benda ni x d Politikan sapa nak ambil peduli....x mungkin u nak SPONSORED bena Hospital....kita mesti memahami kehidupan org yang susah,dia mungkin sudah berusaha semampu yg boleh utk hidup,kesenangan etc tapi takdir agak liat utk menyebelahi....kalau pemimpin x sudi mendengar or membantu keluhan rakyat kita,apa guna nya dia menjadi ketua kita?Ingatlah selagi kita bernafas hidup umpama RODA
I have no doubt that incidences like this do happen. Unfortunately, it is way too easy to zoom in on a problem and conveniently forget the big picture. To summarily say that Sabah has not progressed at all is also very unfair to the government. Sabah as we know today is so far ahead of the Sabah we know in the 60 and 70s. Even 80s. Our social safety net for the poor is unrivaled in the world. Even international community acknowledged that Sabah has progressed.
The problem with poverty is that it is always pull the heart strings. ANd the cold fact is no county in the world can eradicate poverty completely. Even the mighty USA has poverty rate at 15%. Sabah poverty rate? 19% in 2009 and I am very sure we are close to 15% this year. Maybe even lower. The amount of subsidies in education, health, education and essentials items in our lives are unrivalled by any standards of the world. YEs, we do have poverty but I can assure those who earn poverty line income in rural Sabah have more liveable lives compared to those who earn RM3,000 with 3 kids in metropolitan Kuala Lumpur.
I am not giving excuses and I am not saying that poverty in Sabah is something we should take lightly. We have to fight it rigourously and we should never waver. It is life time effort. It is work in progress. Forever and never ends.
Even in Europe, America and even some Arab countries they still talk about poverty until today despite the progress and money. I have personally seen how the poor have to scavenge the garbage bins to look for foods in the streets of San Francisco, Los Angeles and even Washington.
My problem with this kind of posting is this > they take an unfortunate slice of Sabah life and generalized it. That is not fair at all. And even more upsetting is the fact that the opposition will not be able to do better. You see, the problem in poverty eradication in Sabah or anywhere in the world is not because of lack of will from the government. It is about allocation of resources which I guarantee Pakatan will also face should they become government themselves.
Pick a family whose life is ravaged by poverty in Sabah, and we can show them a family in Kelantan which is equivalently suffering from acute poverty. But that is being petty isn’t?
By the way, have you heard what Pakatan policy of poverty eradiation in Sabah is? You don’t know? Dont worry if you don’t know because there isn’t any. They talk generally like "If we win, we will eradicate poverty in Sabah"! But when press for specific policies, none of them including Anwar could provide specifics as an answer.
You see, Sabahans have a right to know what are the specifics in the poverty eradication programs of Pakatan. If they talk about subsidies, BN has done that. If they talk about training and teaching skills, we have done those too. If they talk about providing micro credit to the poor, we have done that ages ago. If they talk about empowering the poor, we too have done that by giving them free education, free medical, free that and free this.. in tens of billions of ringgit every year.
So, you see, yes my heart goes to that women mentioned by the good doctor. But that is not what Sabah is all about as a whole. We are taking care of the poor, the unfortunate and the under privileged. But no one has a right, including the good doctor, to take the credit away from BN for developing Sabah to what it is today.
wanita Kudat said...
====
After 48 years, why is there such abject poverty in Sabah ?. Look at the amount of Oil money the Federal govt have taken from Sabah.
Look at the palatial houses of the BN ministers and its supporters.
What a lame excuse must we bear ?.
setuju, orang2 kelantan ramai yang berjaya. di kalangan orang melayu, orang2 kelantan yang paling rajin berniaga. kerajinan mereka dan juga kerajaan negeri yang telus menjadikan orang kelantan lebih makmur walaupun di anak tirikan kerajaan pusat.
saya merupakan orang kota marudu(KM) dan kemarahan saya semakin meluap-luap terhadap wakil rakyat di KM. sejak dari dahulu lagi semasa saya kecil, sehingga sekarang keadaan kota marudu tidak banyak berubah. jalan raya menghubungkan KM-KK, sentiasa runtuh dan berlobang. tidak ada satu inisiatif pun untuk wakil rakyat di sana membetulkan keadaan. perojek pembaikan tidak lebih daripada menutup lubang dengan tar atau pemulihan jalan yang kemudian akan rosak dengan lebih teruk. saya dengar, tanah2 orang kampung juga dirampas oleh syarikat2 luar, semuanya didalangi oleh orang yang paling diharapkan untuk mewakili penduduk KM.
Sweet, your reply is very sweet. I know, the Doctor's post is just a slice of what really happen in Sabah. Have you heard stories of the oppression by the people's rep that help big companies to take people's land? Have you ever hear that roads in Sabah are almost all in bad condition? Have you ever heard that Kota Marudu, Ranau or maybe Kudat even don't have 3g line, I believe many of the districts in Sabah don't have the very basic ICT infrastructures? Have you ever heard that illegal immigrants problem in Sabah? Have you ever heard that natural resources that supposed to be left for future generation reaped by those evil politician. Do you know what really happen in Sabah? Corruption, unfair economic distribution, political imbalance and many other problems that too long to explain. Don't tell me that you thought is like this "oh never mind, its part of the natural order to have such problems. Never mind, imbalance, injustice, oppression is part of life, just let it be, let die, don't change and whatever". You said you are Wanita Kudat. I doubted that.
You said "If they talk about empowering the poor, we too have done that by giving them free education, free medical, free that and free this. in tens of billions of ringgit every year". So I am asking you, where are the developments that supposed to grow from that amount of money? Where is highway from Kudat to KK? Why there are so many poor people in KM and Pitas? Why there are so many left out from development and education? I am asking you, because I have seen it with my own eyes. Oh, you are so rich, cruising on luxurious car, never been to rural ares to see for yourselves of what really happening!! You are just merely sycophants!! Don't you ever talk about Sabah like you know all about it, hypocrite!!
SEMOGA RAKYAT SABAH SENTIASA DIBERKATI OLEH TUHAN ALLAH YANG MAHAKUASA!!!!! KEPADA PEMIMPIN2 YANG BERKAITAN TUNAIKAN LA JANJI ANDA... MUNGKIN ANDA SEBAGAI PEMIMPIN TIDAK PERNAH MERASAI KEPERITAN YG DIRASAI OLEH RAKYAT SABAH TETAPI SAYA PERCAYA TUHAN ALLAH ITU MAHA ADIL... HIDUP SENANG LENANG DAN KEMEWAHAN ANDA DI DUNIA AKAN DIADILI DI AKHIRAT NANTI...
Post a Comment