Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 28 November 2013

Orang Sabah dan Orang Sarawak



Saya hairan mengapa timbalan menteri dalam negeri memberi amaran bahawa perbincangan mengenai 20 dan 18 perkara adalah treasonous. Orang yang bercakap mengenai penilaian semula mengenai butiran perjanjian Malaysia hanya mahukan semakan keatas butiran2 tersebut-tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai secession dari Malaysia. penilaian dan semakan ini perlu kerana butiran dalam perjanjian tersebut tidak terlaksana. Mustahil Wan Junaidi tidak boleh distinguish perkara ini.
Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail yang dijadualkan mengetuai jawatankuasa penilaian perlaksanaan perjanjian tersebut, mungkin banyak perkara sudah diselesaikan. Kita semua tahu Tun Dr Ismail adalah seorang yang berprinsip dan tidak akan berkompromi mengenai janji. Apatah lagi menggunakan butiran Sabah dan Sarawak sebagai bahan poilitik dan political bargaining chip.
Jika bercakap hendak buat apa? Tangkap dibawah PCA? Jika demikian tangkap lah ahli parlimen yang bercakap mengenai hal demikian. YBM ahli parlimen Gua Musang memberi suatu syarahan mengenai ketidaklaksanaan perkara 20 keatas Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak. Bahkan Tengku Razaleigh memberitahu bahawa suatu jawatankuasa tertinggi yang diketuai oleh Tun Dr Ismail suatu masa sudah bersiap untuk menilai perlaksanaan 20 point dan 18 point.
Apa Wan Junaidi hendak buat keatas Tengku Razaleigh? Timbalan Menteri ini telah menunjukkan bahawa dia seorang yang paling intolerant dalam parliament dan bersangkaan hanya pandangan nya sahaja yang betul. Sukalah saya nyatakan kepada Wan Junaidi, lawyer macam dia, is a dime a dozen. Lawyer pun banyak gred2 nya.
Sayang Tun Dr Ismail meninggal dunia sebelum sempat melihat perjanjian Malaysia dengan Sabah dan Sarawak diimplementasi sepenuhnya. Pemimpin2 semenanjung berikutnya, hanya berminat untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak bawah kawalan mereka. Sarawak bernasib baik sebab tidak membenarkan UMNO masuk kesana.
Di Parlimen saya suduk bersebelahan YB Dorrel Leiking. Dia seorang bumiputera Sabah yang sungguh passionate mengenai Sabah dan Malaysia. ketika ramai ahli PKR Sabah keluar untuk menyertai BN, saya yakin, Dorrel Leiking tidak akan berganjak. He is a leadership material dan saya tidak akan terkejut suatu hari nanti dia boleh jadi ketua menteri Sabah. Dorrel Leiking adalah Bumiputera bukan? Takkan UMNO mahu menentang seorang Bumiputera jadi KM Sabah?
Musa Aman would love to get his hands on a quality material like Dorrel Leiking.
Pagi tadi kami bercakap mengenai pablisiti dan ribut yang Najib bikin terhadap kemasukan beberapa orang ketua cabang PKR. Najib sendiri meluangkan masa dan waktu menerima dan meraikan 11 orang ketua bahagian PKR yang keluar. What does that tell you? It tells us that Najib attaches great importance on the PKR turncoats. Kita mesti membaca kesediaan PM meraikan riffraff 11 orang ini sebagai tindakan desperate Najib. Dia tahu kedudukan PM nya bergantung kepada sokongan 22 MP Sabah dan 25 MP Sarawak. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan bahawa dia mengawal keadaan.
Tapi ada MP yang keluar? Kedudukan sebagai kerajaan federal bergantung kepada kerusi MP. Apa yang berlaku dalam negeri Sabah tidak ada bearing kepada kedudukan kerajaan Federal. Tapi apa jadi jika 8 MP Sabah yang bukan UMNO yang terdiri dari kaum KDM  bergabung dengan 11 MP Sarawak yang bukan PBB? Ertinya Najib kehilangan 19 kerusi dan tinggal 114 kerusi.  Kerajaan nya akan goyang. Jika ada MP UMNO dari Sabah pula keluar bagaimana? Katalah 5 dari 14 MP UMNO Sabah? Itu tanda hari kiamat untuk Najib dan UMNO.
Jadi tidak payah cakap mengenai keluar dari Malaysia. yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan ialah keluar dari BN. jika 8 MP Sabah yang bukan UMNO dan 5 MP UMNO keluar, sudah mencukupi.
Bila ini berlaku, ahli PKR yang keluar sekarang akan menangis air mata darah. Mereka akan mencari Dorrel Leiking 24 jam.
Kenapa mahu keluar BN? supaya rakyat Sabah boleh merundingi semua terma2 faedah berada dalam Malaysia. kenapa keluar BN? simply because you cant do business anymore with BN leadership.
saya tidak pernah dengar barang sekali pun, ada percakapan mahu keluar dari Malaysia lahir dari Dorrel Leiking. kita mesti jelas mengenai perkara ini. Tapi dia sungguh passionate mengenai hak2 pribumi Sabah terutama hak2 yang di peruntukkan dalam 20 perkara apabila Borneo Utara menandatangani ketika menjadi sebuah negeri dalam Malaysia.
saya pernah menyatakan kepada beliau, ketika Malaysia diujudkan, bukankah perjanjian dibuat antara SemenanjungTanah Melayu ketika itu sebagai suatu entity dengan Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai suatu entity dipihak lain? Ertinya, bukankah ini menandakan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura sama taraf dengan keseluruhan Semenanjung? Sabah and Sarawak are equal to Malaya as a whole dan oleh kerana itu, berhak diiktiraf sebagai entity yang berdaulat. Penghormatan kepada Sabah dan Sarawak mesti dalam bentuk penghormatan kepada sebuah negara lain. Dan bila dengan memasuki Malaysia, mereka mengorbankan status kedaulatan sebagai sebuah negara, dari segi spirit perjanjian Malaysia, penghormatan seumpama demikian mesti dikekalkan.
Maka apabila satu dari anggota perjanjian tersebut yakni Singapura keluar Malaysia, apakah satus perjanjian Malaysia? tidakkah maknanya, perjanjian tersebut batal dan Sabah dan Sarawak mesti memasuki satu perjanjian baru? oleh kerana saya bukan peguam dan malas pula melakukan research mengenai point ini- saya tidak mahu menghuraikan nya lebih lanjut.
Tapi mengenai point berikut saya mahu huraikan. Perkara 20 antara Sabah dan Malaya memperuntukkan beberapa hak yang mesti dilaksanakan dan dibenarkan. Sehingga hari ini, banyak dari perkara tersebut masih tidak dilaksanakan. Ini menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat Sabah terutama golongan Bumiputera majority.
Saya bekali kali menyatakan kepada MP Dorrel Leiking, bahawa saya tidak faham UMNO. Kalau disini, UMNO memperjuangkan Bumiputeraism nya, maka secara lojik apa yang diperjuangkan oleh pribumi Sabah sepatutnya difahami dan disimpati oleh puak2 UMNO. Sepatunya mereka menyokong tuntutan Bumpitera Sabah. UMNO sepatutnya menjadi golongan pertama dan terdepan sekali menyokong aspirasi rakyat pibumi Sabah.
Kecuali ini: kecualilah Bumiputeraism itu sebetulnya hanya relevan dan sahih kalau ianya Bumiputeraism Melayu sahaja. Bukan bumiputera Melayu, tidak diterima.
Saya hairan dengan rakyat Sabah dan Sarawak- sekian lama diperlakukan sebagai budak suruhan, peon dan tambi- tertunduk tunduk meminta sedekah dari tuan UMNO dari Semenanjung masih mahu berdakapan dengan UMNO? Dimanakah self respect dan self worth bumiputera Sabah? Masuk Malaysia sejak 1963 masih terkapai kapai meminta sedekah kerajaan melaksanakan 20 perkara? Borneonization? Royalty minyak? Sarawak dengan 18 perkara nya. keadaan diSarawak nampaknya lebih baik sebab UMNO dan penyakit political VD nya tidak masuk Sarawak. Kalau tidak hancur Sarawak.
Sudah sampai masa untuk ambil tindakan sendiri- tinggalkan UMNO dan BN dan berunding terma baru sebagai negeri berdaulat dalam Malaysia. jangan tinggalkan Malaysia, tinggalkan UMNO dan BN.

Read more...

Wednesday, 27 November 2013

Hidup Putera, Musnah Bumi!



Bumi-Putera. Putera dihadapan, bumi dibelakang. yang kaya dan kuat dan gemilang lagi terbilang ialah putera2 bangsawan, putera pemimpin atasan, putera Melayu terpilih. Putera pemimpin UMNO dan yang bersekongkol dengan mereka. Golongan bumi ketinggalan dibelakang dipaksa menerima keadaan mereka sedmikian sebagai ketentuan. 
Kalau UMNO sudah hebat menjalankan dasar diskriminasii positif nya, mengapa kedudukuan ekonomi  orang Melayu masih ketinggalan? Bumiputera Sabah dan Sarawak masih yang tercorot. Sabah dan Sarawak negeri yang termiskin sedangkan negeri2 ini kaya dengan sumber pertumbuhan ekonomi dan rakyat nya sudah ramai yang cerdik?Dasar UMNO yang memiskinkan mereka.
UMNO mengaplikasi kuasa nya keatas rentak ekonomi mulai 1970. 43 tahun selepas nya, kita , terutama UMNO menjerit sana dan sini Melayu ketinggalan dibelakang? Kenapa jadi begini sedangkan pengendali dan pengemudi dasar2 nya ialah UMNO sendiri? 
95% peratus pegawai kerajaan adalah Melayu- KSU2 nya hampir semua Melayu, ketua polis daerah dan negeri hampir semua Melayu. Setiausaha2 kerajaan negeri tidak ada yang bukan Melayu. MB2 nya kecuali Pulau Pinang adalah Melayu dan Bumiputera. Raja2 nya tentulah 100% Melayu jati kecuali satu dua nanti yang akan jadi raja tidak 100% Melayu. Hampir semua lapisan pimpinan dan pembuat keputusan adalah Melayu tapi pendapatan Melayu setakat ini secara purata ialah 4457 sebulan? Cina RM6366, India RM5233 dan Bumiputera lain RM 3843.
Apa hal begini?
UMNO menerangkan jurang begini sebab Cina dan India ambil kekayaan orang Melayu. INi kerja UMNO- menyembunyikan tangan kotor mereka dengan melaga lagakan rakyat Malaysia. Cina dan India boleh ambil kekayaan Melayu hanya jika Melayu UMNO yang bersekongkol dan membenarkan nya. jika tidak, golongan ini menjadi kaya berkat usaha mereka sendiri. Melayakkan diri mereka mendapat ganjaran yang lebih melalui memiliki kepakaran, kebolehan dan rajin berkerja. Sebahagian mereka menjadi super kaya kerana UMNO membenarkan mereka jadi demikian.
Bagaimana UMNO benarkan? Melalui melaksanakan dasar2 ekonomi yang menguntungkan golongan 5% . 5% keseluruhan yang menguasai 49-50% kekayaan negara. Dan segelintir Melayu jadi superkaya kerana UMNO membenarkan mereka jadi demikian bahkan UMNO menumpang bersama mereka mengayakan diri.
Kita jemu mendengar pemimpin UMNO menjustifikasikan pemberian lesen, monopoli, kontrak jangka panjang, keistimewaan2 ekonomi kepada segelintir Melayu yang terpilih atas nama pemerkasaan ekonomi Bumiputera. UMNO melindungi pencurian, pemonopolian, ketidakcekapan atas nama mengayakan orang Melayu. Setelah mendidik orang Melayu, kenapa mesti UMNO yang menjadi orang tengah mengayakan orang Melayu bagi pihak orang Melayu? Mengapa tidak meletakkan sumber pengkayaan dan sumber penjana pendapatan tinggi dalam tangan orang Melayu yang layak secara lansung dan direct? Kenapa mesti diorang-tengahkan terutama melalui UMNO?
Yang kaya ialah orang tengah tersebut- individu maupun insitutusi yang diperkayakan bukan Melayu teramai.
Dasar yang pemimpin UMNO jalankan sejak tahun 1970 menghasilkan jurang pendapatan yang ketara. Kumpulan 20% Melayu teratas menguasai 52% pendapatan manakala 40% Melayu terbawah berkongsi 12% pendapatan. Dan dalam kumpulan 20% Melayu teratas tersebut, 80% pendapatan dikuasai oleh 5% Melayu terpilih sahaja- yakni golongan yang diberi konsesi, monopoli, lessen ekslusif, kontrak, dan seumpamanya. Ertinya, 5% Melayu tertaas menguasai 80% pendapatan 52% itu atau 5% Melayu tertaas menguasai 42% pendapatan Melayu.
Kenapa jurang ini semenjak tahun 1970 tetap demikian juga? Kalau kita salahkan system ekonomi pasaran bebas, bagaimana kita menerangkan yang 5% Melayu tetap menguasai 42% kekayaan Melayu? Mereka menguasai tahap kekayaan tersebut walaupun system ekonomi pasaran tidak baik seperti yang didakwa oleh UMNO.
Jawapan nya ialah dasar2 yang UMNO laksanakan ialah dasar golongan 5% oleh 5% dan untuk yang 5%. Itu yang menerangkan kenapa walaupun meluas kemajuan dan kebaikan dilaksnakan, yang golongan 5% ini tetap memonopoli kekayaan Melayu. Dan bila di sanggah, UMNO akan melindungi golongan 5% ini kerana, mereka mewakili orang Melayu.Hidup Melayu!

Read more...

Tuesday, 26 November 2013

On Tax Evaders and Traitors







The reason why the government lacks money is because they overspent indiscriminately like there’s no tomorrow. They have violated the cardinal rule of financial prudence- spend within your means. The government earns less than its spending so their finance is always in deficit.In the meantime, they have not address the issue of leakages and corruption.
Overall the economy is growing, only faster or slower. The economy as a whole is growing and healthy. Wealth is created in the estates, shop and factory floors, in corporate boardrooms, through commerce etc. Only government finances and the way it conducts its business is not healthy.
The issue then is- we don’t have a revenue problem, we have a government spending problem. As long as the economy is healthy, the government will earn a portion as legitimate revenue. What it does with this portion, is the issue. How it manages it. The truth is slowly emerging now- GST is another source of government revenue. It is efficient in terms of extracting the maximum from the public.
We worry how will this government handle that little extra. We can’t go by its record and we can’t go by the record of this PM who fails as a finance minister. He who simply misses the point when responding by saying don’t expect us to use candles to entertain dignitaries, when faced with criticisms about his electricity bill of RM73, 000 a day.
Public debt has increased tremendously under Najib’s stewardship of the economy. He is equally spindrift as the missus is.
 I will be happy to instruct the PM how to catch out the tax evaders. If he doesn’t have time, I will be equally happy to tell the 3.8 CGPA graduate in the person of the deputy finance minister, who are the tax evaders and therefore traitors.  Why make the big fuss and create unnecessary tension among people?
 The biggest tax evaders and therefore traitors must be the biggest tax payers since they are the groups most interested to hold back paying taxes. The answer is to identify who are the biggest taxpayers and the rich who the government has not taxed. What about the operators of the black economy- the illegal gambling and lotteries? What about the biggest operator of one armed bandits who before the GE organized one of the largest gatherings for Najib in Klang? What about the top flight bankers who earned millions in stock manipulations? What about those who do the Air Asia thing of collecting what’s due to the government upfront but refuse to hand over to the government excusing the delay to some thought out dispute?.
They have the resources to evade taxes. The common people don’t have the resources and resourcefulness, tax advisers, tax lawyers, tax accountants at their disposal.  The biggest traitors must come from the ranks of business cronies, and the rent seekers, the 5% who controls 40% of the nation’s income.
Don’t start shooting off our mouths suggesting the common people are the enemy and traitors. The ordinary income tax paper pays whatever is taxable off him because most of them pay as you earn. They can only pay out of the income they legally earn. The people who don’t pay taxes are those who earn over and above their declared income- those who earn money on the side by skimming off government purchases, companies that spend on themselves as expenses to avoid handing everything to the government, bankers who make tons of money who don’t pay taxes, rent seekers who earn a lot but don’t pay taxes. Arrest them first and strip them off citizenship. Don’t care from which race. A Malay traitor is the same as a Chinese traitor and Indian traitor.
Where does the government get its revenue? Well, they get it mainly from 4 main sources- tax revenue, non-tax revenue, non-revenue receipts and revenue from federal territories. So, if government revenue is not sufficient, the leakages must come from either one of these sources. The typical breakdown is 73% of government revenue comes from tax revenue,25% from non-tax revenue and the balance 2% from non-revenue receipts and federal revenue receipts. But still people are in the dark, what exactly are the sources of revenue.
Taxes are divided into direct and indirect taxes. Direct taxes include the taxes we pay personally on account of our income – personal income tax. Companies earn income and pay taxes- corporate or company tax. PETRONAS pays petroleum taxes. Finally there is the withholding and cooperative tax. In addition we pay stamp duties- duties paid on business transactions, agreements etc. we sell property, we pay a tax called real property gain tax. Finally we get direct taxes from the business activities in Labuan- since it’s an offshore banking centre we derive some tax revenue from there.  The indirect taxes on the other hand include export duties, import duties, sales tax, service tax and levies. So, the common man, the kampong man pays indirect taxes when they buy goods and services. Just because he doesn’t earn a taxable income level, does not mean he doesn’t pay any tax at all. He does not pay income tax but pays sales and services tax. If he owns a property within the jurisdiction of a local council he pays quit rent and if he owns land, he pays land taxes.
So if we want to catch out the tax evaders dont go after the hapless common man- go after the business cronies, rent seekers, monopolists, licence holders, the illegal bookies, the corrupt and the thieves. These are the traitors, Malays, Chinese, Indians or whichever Malaysian groups they belonged.

Read more...

Sunday, 24 November 2013

PAS sudah sedia mengambil alih tempat UMNO



 


PAS sekarang ada pasukan yang boleh menggantikan UMNO. Inilah yang sangat digeruni oleh UMNO dan sekutu2 media nya. berapa banyak akhbar arus perdana yang berkempen untuk golongan ulama? Termasuk yang saya sebut jezebel seorang pemberita dari akhbar STAR?
Utusan Malaysia apatah lagi- berkempen seolah olah mereka sukakan golongan ulama. Sejak bila UMNO yang tidak ada roh agama sukakan ulama? Mereka tidak suka tapi jika kumpulan ini menang dan mendominasi PAS mereka yakin dapat menundukkan PAS. Senanglah puak UMNO mengampungkan PAS dan menggambarkan para ustaz sebagai golongan kuno. UMNO dan sekutu mereka tidak mahukan barisan pimpinan yang streetsmart dan boleh membaca gerak geri UMNO.
Saya mengucapkan tahniah kepada jemaah pimpinan PAS yang semua nya disatukan oleh agenda politik PAS. Tidak ada belahan dalam misi perjuangan. Tidak ada ulama dan bukan ulama dan tidak syiah, sunni atau sebagainya.
Akhbar2 arus perdana milik BN semua nya menggambarkan pertandingan didalam PAS sekarang sebagai seolah2 pertandingan dan pertembungan antara golongan yang mahukan Islam dan golongan yang tidak mahukan Islam. Sepanjang masa penulis dari Star, Bernama, Utusan Malaysia. bahkan mereka yang sudah keluar dari Jemaah PAS sendiri menyokong puak ulama. Hassan Ali bukan seorang ulamak tapi menyokong golongan ulamak semata mata mahu membalas dendam keatas golongan bukan ulamak dalam PAS yang dia gagal menjadi ahli yang baik. Hassan Ali hanya seorang pakar motivasi yang boleh menangis semasa berceramah. Itu sahaja.
Pada muktamar yang baru2 ini, saya ada di stadium melawati shah alam. Ini muktamar yang bersederhana- tidak ada pertunjukan kehebatan dan kekayaan seperti persidangan agung UMNO. Kerusi dan meja untuk perwakilan adalah dari yang selalu disediakan untuk pelajar tapi dialas dengan kain. Perwakilan ada seribu lebih tapi ahli pas yang hadir sebagai permerhati dan menjadi perangsang kepada pimpinan PAS berjumalh 2-3 ribu. PAS ada lebih penyokong dari UMNO. Tenaga yang terpancar dari kesungguhan penyokong PAS membakar semangat pimpinan PAS.
Adakah saya ada kesangsian mereka yang hadir disini mempertikaikan agenda politik Islam parti PAS?  Jika saya ada kesangsian, ianya dinyahkan sama sekali bila berdepan dengan lautan warga PAS. Bahkan saya merasakan kehadiran yang begitu ramai mengukuhkan lagi iltizam menegakkan politik Islam. Tidak syak lagi, tenaga dari ribuan yang hadir berpindah kepada perwakilan yang berjumlah seribu lebih itu yakni, mereka mahukan pasukan yang kuat berkerja dan ligat mengejar agenda politik Islam. Mereka mahukan PAS mempunyai ketrampilan moden , dinamik dan inklusif. Ianya bukan pasukan yang terbahagi kepada golongan ulamak dam bukan ulamak. Ia nya satu pasukan yang disatukan oleh agenda politik Islam. Perbezaan ketrampilan dan pendekatan adalah biasa tapi tidaklah sampai untuk menghancurkan agenda politik Islam.
Ramai dari pimpinan yang dahulu dikekalkan. Ramai antara nya dari golongan professional dan bukan ulamak. Saya kenal mereka dari dekat dan saya tidak ada syak langsung mengenai komitmen mereka kepada agenda politik Islam. Saya juga kenal beberapa tokoh ulamak yang menjadi pimpinan tertinggi PAS kali ini. Ustaz Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang misalnya adalah golongan ulamak yang juga ligat dan cergas mendepankan agenda politik PAS.  Ustaz Nasrudin, Nik Abduh, Nik Zawawi, Ridhuan Mohd Nor, Dr Mahfudz adalah tokok2 ulamak yang akan mengukuhkan lagi agenda politik PAS.  Kita jangan lupa bahawa golongan ulamak PAS ramai yang jadi MP kali ini.
Barisan pimpinan PAS ini akan bergerak sebagai satu pasukan yang komited kepada agenda perjuangan PAS. Para perwakilan menghantar isyarat yang bijaksana, sementera semua mahukan agenda politik Islam didepankan, mereka mahukan pendekatan yang pragmatik dan praktikal.
Apa maknanya pemlihan PAS ini kepada UMNO? Ianya menandakan PAS mempunyai pasukan pimpinan yang boleh menggantikan UMNO. Menjelang PRU14, 75% dari pengundi adalah pengundi yang sudah dibandarkan atau separuh bandarkan. Jeneasi baru ini terdedah kepada pendekatan media dan cara berinteraksi yang baru. kita telah lihat anak2 muda enggan menerima indoktrinasi yang dilakukan melalui cara berpesta pestaan ala UMNO. Mereka tidak mahu penghinaan keatas intelijens mereka. Jika PAS berkerja sama dengan parti PR yang lain, PRU14 ialah kita yang punya.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP