Semalam
kita membaca kenyataan Mah Siew Keong bahawa PRK Teluk Intan adalah PRK yang
paling kotor sekali. Tidak ada misteri siapa yang melakukan kotor itu Mah. Ianya kotor kerana BN menggunakan cara2 yang ganas, jijik
lagi kotor. Daripada penyokong upahan yang kerja mereka mengacau dan
menakutkan; kepada budak2 upahan yang mengoyak dan mengotori poster sendiri. Jika
ada poster BN yang disimbah cat dan lain2 lagi, ianya kerja budak2 suruhan BN.Budaya samseng UMNO ialah membaling batu dan menyimbah cat.
Biarlah
pengundi Teluk Intan sedar bahawa penyokong dan perkerja Pakatan Rakyat tidak
buat kerja2 begini.
Sebagai
bandingan- lihat kenyataan ketua polis Pulau Pinang yang mengatakan bahawa PRK
Bukit Gelugor adalah yang paling baik
dan aman. Ianya baik dan aman kerana BN tidak ada calun- terutama UMNO yang
baru mahu berlajar perasaan hilang kuasa. Hilang kuasa membawa kepada hilang
akal mereka.Ia jadi huru hara hanya jika UMNO bertanding.
Kerana
hilang akal maka pemimpin UMNO berkempen menyerang peribadi seorang anak muda
berumur 27 tahun. Kerana Dyana Daud bakal mencipta sejarah sebagai MP yang
termuda dari DAP mewakili Pakatan Rakyat. Melayu bangsa nya, dan Islam Agama nya. UMNO tidak terfikir lansung bahawa Pakatan
Rakyat terutama DAP mempunyai pandangan
jauh dan stratejik meletakkan calun Melayu.
Ianya
menyebabkan orang UMNO khususnya menjadi sasau fikiran kerana selama ini mereka
berhempas pulas menggambarkan DAP sebagai parti rasis Cina , cauvinistik cina,
komunis, yang mesti dibenci oleh semua orang Melayu. Kemasukan dan pemilihan
Dyana Daud sebagai calun Melayu atas tiket DAP memmecahkan prejudis dan mental blockage
yang selama ini mahu diterap UMNO.
Jika
parti itu rasis, cauvinis dan komunis, bagaimana ia menarik minat orang Melayu
menyertainya? Ini membuktikan bahawa selama ini, gambaran yang diterapkan oleh
UMNO hanyalah pembohongan besar. DAP parti cauvinis selagi kita membiarkan
ianya demikian- ia sudah bukan cauvinis dan rasis apabila ramai bukan Cina
sedar bahawa ia sebuah parti yang menyatupadukan semua yang sepemikiran-
menentang ketidak adilan, peninidasan, pemiskinan rakyat, salah tata urus negara,
penyalah gunaan kuasa, rasuah, pencurian wang perbendaharaan, tektik membuli
dan menakutkan rakyat- keangkuhan pihak berkuasa. DAP sebuah parti yang strike
terror at hidden vested interests dalam penguasaan pentadbiran negara. ini
perkara yang menyatu padukan orang untuk berminat kepada DAP dan perjuangan
mereka- bukan kerana sebab kepentingan lain.
Jka
gila kuasa- orang tidak masuk DAP. sehingga pulau Pinang, DAP tidak pernah
memerintah negeri dan mustahil memerintah negara. jika mahu wang, jangan masuk
DAP kerana tidak ada wang dalam DAP. sesiapa bertanding atas tiket DAP tahu
bahawa DAP tdiak memberi sesen pun untuk pilihan raya Umum. Sekali lagi- satu sen pun. Semua kena pakai duit
sendiri, meminjam dari kawan, memohon derma dan berhutang. Ianya memerlukan
jenis manusia yang kental semangat untuk meyertai parti seperti DAP, PAS atau PKR.
Siapa
yang tidak mahu ketawa pada kenyataan dari Ahmad Maslan yang selalu mendabik
dada mempunyai CGPA 3.8 mengenai jika isiteri nya atau isteri Tajudin Rahman
memasuki peraduan kecantikan dengan Dyana Daud- pasti isteri mereka akan
menang. Dangkal benar kenyataan dari seorang timbalan menteri yang mengakui ada
kelayakan akademik yang tinggi.
Atau
kenyataan Zahid Hamidi yang mengulangi obsesi nya mengenai kecantikan Dyana
Daud. Zahid mengeluarkan kenyataan apabila bercakap dihadapan himpunan polis
bahawa Dyana Daud tidaklah secantik , bahkan isteri seorang pegawai tigggi
polis lagi cantik. Kerja menteri dalam negeri kita ialah mengintai ngintai perempuan
cantik kah? Atau kenyataan Zahid Hamidi yang dilapurkan mahu menampar Dyana
Daud tapi itu hanya akan mengotori tangan nya.
Yang
kotor Dato Zahid dan huduh dato Maslan ialah ketegangan kaum yang sengaja
dihidupkan oleh UMNO dan penyokong mereka. Huduh dan kotor ialah rasuah yang
meyelinap masuk kesetiap rongga pentadbiran negara. yang kotor dan huduh ialah
rompakan disiang hari projek2 kerajaan yang menelan belanja yang besar. Semua orang
tahu, projek ini sumber pendanaan peribadi sesetengah ahli politik UMNO dan
parti politik BN.
Isiu
di Teluk Intan bukanlah tafsiran kecantikan, atau muda nya calun DAP atau hal2
peribadi yang lain. Bahkan dalam kegilaan kempen BN, ibu Dyana Daud pun turut
jadi mangsa.
Isiu
nya ialah kos kehidupan yang makin meningkat sebab UMNO tidak tahu mengurus
negara. Isiu nya hutang negara yang kian meningkat memecah siling 55% dari KDNK
kerana belanja berhemah bukan dalam kamus BN dan UMNO. Pemimpin UMNO dan BN
belanja macam duit rakyat itu duit bapak mereka. Isiu nya ialah rasuah yang
berlaku tapi tidak ada atau dujumpai pelaku nya. kos PKFZ yang lebih dari 12
billion, kos kehalimunan wang dan dana 1MBD. Isiu lesap nya RM250 juta untuk
projek lembu; Isiu nya ialah ketidakpertanggung-jawaban pihak kerajaan
membiarkan ketegangan kaum dan agama berlaku.
Issu
nya ialah kekacauan yang tercetus kerana tidak ada patuh kepada undang dan
peraturan. Belum pernah terjadi symbol demokrasi iaitu dewan undangan negeri
dicerobohi dan pelaku nya tidak dikenakan tindakan tegas. Keruntuhan law and
order kelihatan apabila ada kumpulan yang secara terbuka melakukan intimidasi
jinayah dan ugut mahu bakar bangunan. Sehingga sekarang, tidak ada tindakan.
Ini
isu2 yang lebih besar dari isu kecantikan calun DAP. jika ini pertandingan
kecantikan, isteri menteri dan timbalan menteri tidak petrlu masuk PRK. Hanya perlu
mereka hari hari memperagakan pakaian, handbag yang mahal, kasut dan aksesori
kecantikan yang mahal2. Hanya perlu isteri para menteri dan timbalan menteri
menggayakan hasil suntikan botox dan
pembedahan plastic yang mutakhir. Pasti mereka akan menang kerana rakyat rupa2
nya kurang cerdik dan berfkir macam UMNO dan BN berfikir.
Maka
sesiapa walaupun hanya mimpi mereka berfikir macam UMNO dan BN, segralah
bangkit dan mohon maaf dan keampunan.
Read more...