Ampun Tuanku- Jalan Membahagiakan Rakyat.
DYMM
Tuanku Sultan Pahang menyebut bahawa keutamaan tuanku ialah melihat rakyat
bahagia. Patik sebagai ahli parlimen negeri Pahang yang setianya sama juga
kepada Tuanku seperti setianya wakil rakyat UMNO dan BN, amat bersetuju. Semua kita
tidak kira daripada apa parti pun memberi khidmat kepada rakyat untuk
meningkatkan kebahagian mereka.
Tinggal
lagi, pendekatan kita berbeza. Matlamat nya sama.
Sukalah
patik menyebutkan disini, kelompok rakyat yang memerlukan bantuan dan pertolongan
ialah kumpulan 40% terbawah. These are the people who need our help most.
Jika
dikalangan Melayu, kelompok ini hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak
RM1686. Yang paling kurang memerlukan
pertolongan dan bantuan ialah golongan 20% teratas. Jika kelompok Melayu nya-
mereka mempunyai pendapatan purata bulanan sebanyak RM10,666 atau 6 kali ganda
dari seorang dari kumpulan terbuang.
Yang
berada dalam kelompok 40% terbawah , tidak kira bangsa semua nya merana. Kaum India
dari kumpulan terbawah ini, mempunyai pendapatan purata bulanan sebanyak
RM1917. 20% India teratas mempunyai pendapatan RM13, 127. Orang Cina pun demikian.
Yang terbawah pendapatan nya RM2455 manakala 20% Cina teratas- RM15,254.
Maka
mohon disembah kepada Tuanku, bahawa golongan yang memerlukan bantuan untuk
membahagiakan mereka ialah yang 40% terbawah.
Maka
nya, kita bertanya- bagaimana ekonomi kita di struktur? Maka jawab nya ianya
distruktur supaya membantu dan mengukuhkan golongan 20% teratas. Quota dan lesen
dan monopoli terus diberi kepada ahli dari 20% teratas- tidak kira bangsa. Kita memperjuangkan
pendidikan percuma untuk semua- maka jika tidak boleh, maka 40% terbawah ini
mesti diberi pendidikan percuma.
Yang
40% terbawah inilah yang memerlukan perumahan mampu milik. Bolehkah seorang
yang mempunyai pendapatan RM1686 membeli sebuah rumah RM400 ribu yang dibuat
oleh PR1MA? Tentulah mereka ini tidak akan bahagia.
Penduduk
India di kawasan belakang Tong Fatt market di Raub memerlukan perumahan yang
bermaruah. Kini mereka tingal dalam keadaan yang dhaif. Maka elok sangatlah
Tuanku menitahkan agar kerajaan yang menguasai negeri hari ini menempatkan
golongan ini dalam kemudahan perumahan yang baik dengan kadar yang segera.
Golongan
40% terbawah inilah juga yang memerlukan tanah untuk membuat rumah dan
mengerjakan tanah supaya mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Tapi golongan
inilah yang paling sukar untuk mendapat tanah.
Siapakah
yang mendapat tanah? Golongan yang datang dari kelompok 20% teratas termasuklah yang
menggunakan nama Tuanku juga yang mencuri tanah ribuan ekar. Orang Melayu yang
tinggal dalam kampong puluhan tahun menanti mendapat hak milik keatas tanah
seluas sekangkang kera.
Jawapan
kepada keadaan buruk ini terletak dalam bagaimana ekonomi kita distrukturkan. Ianya
di struktur supaya mendatangkan faedah maksima kepada yang berkuasa dan yang
berada dalam kelompok 20% teratas.
Rakyat
bahagia jika penjawat awam berprinsip.
Kerajaan
yang tetap ialah kerajaan yang dianggotai oleh penjawat awam. Mereka ini tetap
ada jawatan manakala tuan politik boleh bertukar. Jika penjawat awam
menjalankan kerja mereka mengikut prinsip , etika dan peraturan, maka banyak
masaalah dapat diselesaikan. Dalam jawatankuasa penyelesaian tanah misalnya,
yang berkuasa lebih ialah pengerusi jawatankuasa yakni pegawai daerah. Wakil rakyat
hanya memberi pandangan yang boleh diimbangi dengan pandangan dan pengalaman
tuan DO.
Penjawat
awam mesti setia kepada kerajaan yang memerintah seketika ini. Tapi kesetiaan
ini mesti bersandarkan peraturan dan undang undang, dan prinsip impartiality
dan neutrality. Ali Hamsa, KSN hari ini, pada hari ke2 menjawat jawatan
tertinggi dalam negara telah membuat kenyataan yang paling bias dan bersifat
politik. dia mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam jangan mendengar
pandangan ahli politik pembangkang. Tidak gunalah latihan yang di terima di
INTAN. Prinsip neutrality and impartiality janganlah dikorbankan untuk expediency
politik. mana mungkin seorang KSN menyatakan supaya jangan dengar cakap politik
pembangkang? Ali Hamsa terang2 menunjukkan sikap tidak neutral dan tidak impartial.
Benarlah, semua penjawat awam mesti setia kepada kerajaan seketika, tapi
kesetiaan mesti berdiri atas prinsip, peraturan dan etika penjawat awam.
Saya
berjumpa dengan seorang bekas timbalan menteri BN dari MCA dan seorang rakan
bersama saya mengenalkan saya kepada nya. apabila mengetahui bahwa saya ahli
parlimen Raub dari DAP- dia mengatakan, tidak mengapa kita semua berkhidmat kepada
rakyat. prinsip semudah ini yang sepatut nya difahami oleh semua ahli yang berhormat
amat sukar diterima oleh BN.
Seolah
olah nya, hanya wakil rakyat BN sahaja yang meletakkan kebahagian rakyat pada
tempat utama. Sikap ini menghasilkan
kesombongan dan bongkak dalam perwatakan yang berhormat BN terutama dari UMNO.
Sebagai
contoh, ambil kes melakukan kemajuan dan pembangunan. Amat bodoh sekali bila
wakil rakyat kerajaan yang berkuasa- menyatakan apa pembangkang boleh buat? Pembangunan
semua kita yang bawa.
Memang
benar BN yang bawa kemajuan dan pembangunan kerana itu tanggung jawab mereka. Kerajaan BN bukan guna wang sendiri-bahkan kerajaan tidak ada wang melainkan mengurus hasil dari segala bentuk cukai dan hasil pelaburan.
Setelah wang rakyat diambil, dan setelah mereka menguasai kerajaan, tentulah membawa pembangunan dan kemajuan merupakan tanggung jawab mereka. Duit kita kamu ambil, maka uruslah dengan baik dan kembalikan kepada rakyat dalam bentuk dasar2 yang membahagiakan rakat. Baharulah bertepatan dengan harapan DYMM Sultan Pahang.
Setelah wang rakyat diambil, dan setelah mereka menguasai kerajaan, tentulah membawa pembangunan dan kemajuan merupakan tanggung jawab mereka. Duit kita kamu ambil, maka uruslah dengan baik dan kembalikan kepada rakyat dalam bentuk dasar2 yang membahagiakan rakat. Baharulah bertepatan dengan harapan DYMM Sultan Pahang.
3 comments:
semoga Tuanku dimaklumkan atas luahan tuan & rintihan rakyat.
Saya berdoa agar Allah swt memberikan keberanian kpd sultan agar melaksanakan saranan dato sak
Saya berdoa agar semua rakyat mendapat hak yang sama rata..dan masyarakat kita baik melayu atau bukan, tidak dibeza bezakan drpd segi status atau derajat seperti yg disarankan dlm agama islam..dan tiada pula duli atau zarah yg disembah dan sangat dipohon keampunannya melainkan Allah yg Maha Mulia.
Post a Comment