Sunday, 11 May 2014

Ampun Tuanku- Jalan Membahagiakan Rakyat.



DYMM Tuanku Sultan Pahang menyebut bahawa keutamaan tuanku ialah melihat rakyat bahagia. Patik sebagai ahli parlimen negeri Pahang yang setianya sama juga kepada Tuanku seperti setianya wakil rakyat UMNO dan BN, amat bersetuju. Semua kita tidak kira daripada apa parti pun memberi khidmat kepada rakyat untuk meningkatkan kebahagian mereka.
Tinggal lagi, pendekatan kita berbeza. Matlamat nya sama.
Sukalah patik menyebutkan disini, kelompok rakyat yang memerlukan bantuan dan pertolongan ialah kumpulan 40% terbawah. These are the people who need our help most.
Jika dikalangan Melayu, kelompok ini hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM1686.  Yang paling kurang memerlukan pertolongan dan bantuan ialah golongan 20% teratas. Jika kelompok Melayu nya- mereka mempunyai pendapatan purata bulanan sebanyak RM10,666 atau 6 kali ganda dari seorang dari kumpulan terbuang.
Yang berada dalam kelompok 40% terbawah , tidak kira bangsa semua nya merana. Kaum India dari kumpulan terbawah ini, mempunyai pendapatan purata bulanan sebanyak RM1917. 20% India teratas mempunyai pendapatan RM13, 127. Orang Cina pun demikian. Yang terbawah pendapatan nya RM2455 manakala 20% Cina teratas- RM15,254.
Maka mohon disembah kepada Tuanku, bahawa golongan yang memerlukan bantuan untuk membahagiakan mereka ialah yang 40% terbawah.
Maka nya, kita bertanya- bagaimana ekonomi kita di struktur? Maka jawab nya ianya distruktur supaya membantu dan mengukuhkan golongan 20% teratas. Quota dan lesen dan monopoli terus diberi kepada ahli dari 20% teratas- tidak kira bangsa. Kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk semua- maka jika tidak boleh, maka 40% terbawah ini mesti diberi pendidikan percuma.
Yang 40% terbawah inilah yang memerlukan perumahan mampu milik. Bolehkah seorang yang mempunyai pendapatan RM1686 membeli sebuah rumah RM400 ribu yang dibuat oleh PR1MA? Tentulah mereka ini tidak akan bahagia.
Penduduk India di kawasan belakang Tong Fatt market di Raub memerlukan perumahan yang bermaruah. Kini mereka tingal dalam keadaan yang dhaif. Maka elok sangatlah Tuanku menitahkan agar kerajaan yang menguasai negeri hari ini menempatkan golongan ini dalam kemudahan perumahan yang baik dengan kadar yang segera.
Golongan 40% terbawah inilah juga yang memerlukan tanah untuk membuat rumah dan mengerjakan tanah supaya mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Tapi golongan inilah yang paling sukar untuk mendapat tanah.
Siapakah yang mendapat tanah? Golongan yang datang dari kelompok 20% teratas termasuklah yang menggunakan nama Tuanku juga yang mencuri tanah ribuan ekar. Orang Melayu yang tinggal dalam kampong puluhan tahun menanti mendapat hak milik keatas tanah seluas sekangkang kera.
Jawapan kepada keadaan buruk ini terletak dalam bagaimana ekonomi kita distrukturkan. Ianya di struktur supaya mendatangkan faedah maksima kepada yang berkuasa dan yang berada dalam kelompok 20% teratas.
Rakyat bahagia jika penjawat awam berprinsip.
Kerajaan yang tetap ialah kerajaan yang dianggotai oleh penjawat awam. Mereka ini tetap ada jawatan manakala tuan politik boleh bertukar. Jika penjawat awam menjalankan kerja mereka mengikut prinsip , etika dan peraturan, maka banyak masaalah dapat diselesaikan. Dalam jawatankuasa penyelesaian tanah misalnya, yang berkuasa lebih ialah pengerusi jawatankuasa yakni pegawai daerah. Wakil rakyat hanya memberi pandangan yang boleh diimbangi dengan pandangan dan pengalaman tuan DO.
Penjawat awam mesti setia kepada kerajaan yang memerintah seketika ini. Tapi kesetiaan ini mesti bersandarkan peraturan dan undang undang, dan prinsip impartiality dan neutrality. Ali Hamsa, KSN hari ini, pada hari ke2 menjawat jawatan tertinggi dalam negara telah membuat kenyataan yang paling bias dan bersifat politik. dia mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam jangan mendengar pandangan ahli politik pembangkang. Tidak gunalah latihan yang di terima di INTAN. Prinsip neutrality and impartiality janganlah dikorbankan untuk expediency politik. mana mungkin seorang KSN menyatakan supaya jangan dengar cakap politik pembangkang? Ali Hamsa terang2 menunjukkan sikap tidak neutral dan tidak impartial. Benarlah, semua penjawat awam mesti setia kepada kerajaan seketika, tapi kesetiaan  mesti berdiri atas prinsip, peraturan dan etika penjawat awam.
Saya berjumpa dengan seorang bekas timbalan menteri BN dari MCA dan seorang rakan bersama saya mengenalkan saya kepada nya. apabila mengetahui bahwa saya ahli parlimen Raub dari DAP- dia mengatakan, tidak mengapa kita semua berkhidmat kepada rakyat. prinsip semudah ini yang sepatut nya difahami oleh semua ahli yang berhormat amat sukar diterima oleh BN.
Seolah olah nya, hanya wakil rakyat BN sahaja yang meletakkan kebahagian rakyat pada tempat utama.  Sikap ini menghasilkan kesombongan dan bongkak dalam perwatakan yang berhormat BN terutama dari UMNO.
Sebagai contoh, ambil kes melakukan kemajuan dan pembangunan. Amat bodoh sekali bila wakil rakyat kerajaan yang berkuasa- menyatakan apa pembangkang boleh buat? Pembangunan semua kita yang bawa.
Memang benar BN yang bawa kemajuan dan pembangunan kerana itu tanggung jawab mereka. Kerajaan BN bukan guna wang sendiri-bahkan kerajaan tidak ada wang melainkan mengurus hasil dari segala bentuk cukai dan hasil pelaburan. 
Setelah wang rakyat diambil, dan setelah mereka menguasai kerajaan, tentulah membawa pembangunan dan kemajuan merupakan tanggung jawab mereka. Duit kita kamu ambil, maka uruslah dengan baik dan kembalikan kepada rakyat dalam bentuk dasar2 yang membahagiakan rakat. Baharulah bertepatan dengan harapan DYMM Sultan Pahang.

3 comments:

  1. semoga Tuanku dimaklumkan atas luahan tuan & rintihan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Saya berdoa agar Allah swt memberikan keberanian kpd sultan agar melaksanakan saranan dato sak

    ReplyDelete
  3. Saya berdoa agar semua rakyat mendapat hak yang sama rata..dan masyarakat kita baik melayu atau bukan, tidak dibeza bezakan drpd segi status atau derajat seperti yg disarankan dlm agama islam..dan tiada pula duli atau zarah yg disembah dan sangat dipohon keampunannya melainkan Allah yg Maha Mulia.

    ReplyDelete