Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 9 May 2014

Perjuangan Kita- dipihak mana kita berdiri?



Negara kita berbilang bangsa. Antara satu kesan negative ialah ianya membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab melagakan satu kaum dengan satu kaum yang lain. Tentangan DAP misalnya terhdap BN yang didominasi oleh parti Melayu UMNO , segera dilihat sebagai penentangan suatu kumpulan cina terhadap sebuah kerajaan Melayu. For all intents and purposes, dan kita tidak perlu menipu diri sendiri, kerajaan hari ini dilihat sebagai sebuah kerajaan Melayu. Maka apa sahaja tentangan terhadap nya, disamakan sebagai penentangan terhadap bangsa Melayu. 
Ianya tidak betul, tapi itulah hakikat nya.
Tapi apa jadi, jika semua penduduk negara ini Melayu? Bagaimana kita kategorikan tentangan terhadap kerajaan nya? durhaka? Murtad bangsa? Pembelot?
Adakah atas nama bangsa , kita akan lupakan sahaja salahguna kuasa, penindasan, incompetence, rompakan khazanah negara, pemiskinan rakyat majority? Ynag menindas ialah Melayu, yang kena tindas, baki yang majoriti semua nya Melayu. 
Dalam keadaan ini, soalan yang releven ialah kita berdiri dipihak mana? Dipihak penindas atau yang kena tindas?
Saya keluar UMNO dan masuk DAP- itu penghijrahan yang tidak begitu penting- yang penting ialah pilihan untuk menjadi jurucakap pihak siapa? saya tetap juga bercakap mengenai perkara2 yang saya cakap hari ini. Antara nya, bagaimana kerajaan UMNO yang neo feudal hari ini di ketuai oleh barisan pemimpin yang mengayakan diri diatas nama bangsa Melayu.
Jual tanah melayu, jual harta benda, songlap duit  rakyat, buat projek dengan agenda mengayakan diri dan kawan2 cina dan india, rompak harta rakyat, ujudkan monopoli, lari dari bayar cukai. Ini semua dilakukan oleh kerajaan Melayu. Jika dalam keadaan demikian, saya mahu dicap apa? Barua siapa? Yang saya tentang ialah kezaliman.  Jika sekarang saya disebut sebagai barua cina, maka dalam keadaan dimana perkara yang saya sebut belaku dalam negara kita yang semua nya Melayu- maka saya mestilah barua Melayu.
Jka semua penduduk negara ini Melayu, yang menentang status quo akan dicap sebagai pendurhaka. Bahkan golongan agama akan diheret untuk memberi fatwa bahawa golongan yang menentang ulil amri ialah golongan yang menentang Tuhan.
Kerajaan yang demikian digelar apa? Ianya digelar sebagai kleptocracy.
Orang UMNO dan penyokong UMNO boleh terus menyokong parti mereka dan agenda lanun mereka. Tapi jangan harap sebahagian Melayu macam saya akan menyokong mereka. Objektif kita terang dan nyata. Gulingkan UMNO dengan cara yang dibenarkan oleh undang2. Apatah lagi negara kita dipimpin oleh seorang yang tidak bertulang belakang dan bertelur macam Najib.
Jika kerajaan sebuah negara nya semua Melayu- terdapat rasuah, pencurian wang perbendaharaan negara, penipuan projek yang diujudkan sebagai alasan mengayakan pembuat dasar, projek dan kekayaan diagihkan sesama golongan terpilih, yang kaya menguasai 65% kekayaan manakala majoriti menguasai hanya 35% dan yang paling miskin berkongsian 10% kekayaan. Jika saya menantang semua ini, waluapun kerajaan nya Melayu, saya Melayu dan semua lain nya Melayu- saya mahu dicap apa? Sekali lagi tentulah kali ini saya barua Melayu yang tertindas.
Janganlah kita membodohkan diri apabila tidak terjawab kesalahan yang dilakukan kerajaan dan pemerintah, memutar belit isiu dengan menuduh kita barua cina. Kita boleh carut mencarut jika mahu –tapi itu hanya perangkap penyokong UMNO yang rata2 nya bodoh dan kurang siuman.
Keadaan orang Melayu hari ini baik atau tidak disebabkan oleh pemerintah. Yang memerintah negara ini sejak tahun 1957 ialah UMNO. UMNO menyambung cara pemerintah zaman feudal. Tidak ada yang disukai oleh UMNO seperti pemerintah zaman feudal dahulu selain dari suatu kumpulan kecil kaya atas belakang majoti rakyat yang tertunduk tunduk dan bertuan tuan akan mereka. Tidak ada yang menyukakan pemimpin UMNO daripada hamba abdi berkerja membanting tulang mengayakan mereka supaya mereka boleh bersenang senang dan berpoya poya.  Ini sikap klasik golongan feudal lama yang diamal pula oleh golongan neo-fuedals dalam UMNO.
Keadaan orang Melayu ketinggalan dalam ekonomi disebabkan UMNO. Kerana dasar2 UMNO yang merugikan Melayu. Tanah reseb Melayu hari ini tinggal sedikit disebabkan kerajaan UMNO membiarkan penjualan nya tanpa diganti. Tanah negara ini banyak dibeli oleh orang asing secara freehold. Ini bermakan secebis tanah negara ini menjadi milik warga asing untuk selama lama nya. orang Melayu yang dapat tanah, mereka jual dan bila terpaksa pindah ke pedalaman, meratapi keadaan mereka dan menyalahkan orang lain kerana tanah mereka telah terjual dan tergadai untuk selamanya. Tapi yang memilih untuk jual ialah orang Melayu sendiri.
Orang Melayu boleh lihat apa yang pemimpin UMNO telah lakukan. Asset orang Melayu yang paling penting ialah tanah. Tanpa pemilikan tanah, orang Melayu hilang status sebagai stakeholders dalam negara sendiri. Pada tahun 1957, bila kita merdeka, kerajaan kolonial mewartakan seluas 3 juta hektar sebagai resev Melayu. Hari ini mungkin tinggal 1 juta hektar. Sebanyak 2 juta dibiarkan oleh kerajaan melayu UMNO hilang tanpa ganti. Macam ini pun orang Melayu masih taksub kepada menyokong UMNO.
Di Perak, 200 ekar tanah rezab Melayu diberi untuk kilang simen Yeoh Tiong Lay. (YTL.). Sewaktu Umno berkuasa 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.  Seluas 26,000 hektar  tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brothers dan  UEM. UEM ini Melayu punya tau. Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu dijual kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang. Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. Ini sebagai cerita bagaimana kerajaan Melayu UMNO menggadai masa depan bangsa Melayu.


6 comments:

Tinta Hitam,  9 May 2014 at 10:15  

Datuk Ariff,
Saya sendiri dah hampir berbuih mulut menerangkan fakta yg sama pd org org kampung.Tapi spt biasa mereka buat tak tahu shj..Malahan saya pernah berhenti di Padang Rengas dan menunjukkan kepada mereka Kilang Simen YTL yg diambil dari tanah melayu Pdg Rengas tetapi apa yg saya dgr mereka cuma ketawa kecil dan tidak memperdulikan isu ini.Mereka masih beranggapan DS Mohd Nizar lah punca kehilangan tanahntanah melayu..

Anonymous,  9 May 2014 at 11:41  

Samada melayu , cina atau india tidak penting.Kita kena pilih yang terbaik.
Adakah?.
Lihat saja di selangor dan p pinang. Masih ada ketirisan. Cakap lain dan buat lain.
Rasuah dikalangan orang politik juga taj kurang hebat.
Jika dilihat kebelakangan ini sentiasa ada ahli yang melompat parti. Apabila apa yang diminta tak dapat maka dia akan masuk parti lain dan memburukkan parti lamanya. Hanya kerana wang.
Kita patut pilih orang yang betul betul memperjuangkan rakyat. Bukannya kekayaan ahli tersebut.

Greenbug 9 May 2014 at 15:34  

Dato Sak... 31 projek mini Hydroelectric Power Stations at Janakuasa Letrik Mini di Perak bernilai RM2.92 billion di anugerahkan kepada ketua bahagian UMNO Kuala Kangsar yang serahkan pula kepad ketua bahagian UMNO Batu Gantang... macam pass bola saja...

But the crux of the matter is - the total value of the contract is RM2.92 billion and that works out to be approximately RM100 million per project or USD30 million... its easily 40% too expensive for mini hydropower, Dato! At USD3 million per MW is way way too expensive...

It only cost me USD850,000 to build one MW! in places like Bengkulu and Lahat in Sumatera...

Sumpitan Emas,  9 May 2014 at 17:31  

Greenbug, your thread in ‘ Tan Poh Lai- Tan Chee Khoon's political heiress’:
“Nepotism is whereby one is 23 year old and not completed your degree yet in Political Economics in University of Nottingham when your father passed away and brought back to stand in his constituency without any education, experience, knowledge or wisdom - that is nepotism.... and we know who is that man, don't we?”

Read my thread in Din Merican, “NYTimes Sunday Book Review: ‘John Quincy Adams,’ by Fred Kaplan MAY 3, 2014 BY DINOBEANO’ : http://dinmerican.wordpress.com/2014/05/03/nytimes-sunday-book-review-john-quincy-adams-by-fred-kaplan/#comments. Part of it is reproduced here:

The first indication that John Quincy Adams “must have sulfuric acid in his tea” came from John F Kennedy’s best seller from the 50s, “Profiles in Courage”; at US 0.35¢ or Rm1.50 it was certainly a worthwhile buy in 1969. First published in 1956, and by May 1963, it had gone through 22 printings…

“Walter Lippmann, after nearly half a century of careful observation, rendered in his recent book a harsh judgement both on the politician and the electorate:
‘With exceptions so rare that they are regarded as miracles of nature, successful democratic politicians are insecure and intimidated men. They advance politically only as they placate, appease, bribe, seduce, bamboozle, or otherwise manage to manipulate the demanding threatening elements in their constituencies. The decisive consideration is not whether the proposition is good but whether it is popular – not whether it will work well and prove itself, but whether the active-talking constituents like it immediately.’”

“For the party which, in its drive for unity, discipline and success, ever decides to exclude new ideas, independent conduct or insurgent members, is in danger. In the words of Senator Albert Beveridge:
‘A party can live only by growing, intolerance of ideas brings its death… An organisation that depends upon reproduction only for its vote, son taking the place of the father, is not a political party, but a Chinese tong; not citizens brought together by thought and conscience, but an Indian tribe held, together by blood and prejudice.’”

“He denied the duty of elected representatives ‘to be palsied by the will of their constituents’; and he refused to achieve success by becoming what he termed a ‘patriot by profession,’ by pretending ‘extraordinary solicitude for the people by flattering their prejudices, by ministering to their passions, and by humouring their transient and changeable opinions. ‘His guiding star was the principle of Puritan statesmanship his father had laid down many years before: ‘The magistrate is the servant not of his own desires, not even of the people, but of his God.’”

…And I pray hard our magistrates and judges too are servants of their own God…

Anonymous,  9 May 2014 at 23:29  

Inilah kerja juak UMNO di persada kuasa. Orang-orang UMNO di bawah juga diperbodohkan. Ini disebabkan oleh ilmu dan maklumat tidak dapat disampaikan ke peringkat akar umbi. Manakala pegawai-pegawai kerajaan pun banyak tidak dapat maklumat dan kurang bermaklumat disebabkan kurang daya fikir dan enviro yang mencekam.
Sekiranya ada yang kritikal akan terpinggir atau dipingggirkan. Sememangnya politik menguasai pentadbiran tetapi politik hampas menjadikan hasilnya hampas. Kalau politik bijaksana meguasai pentadbiran pasti pentadbiran mejadi lebih mapan.

Anonymous,  10 May 2014 at 01:06  

Yang menjahanamkan orang-orang Melayu adalah orang Melayu sendiri.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP