Negara
kita berbilang bangsa. Antara satu kesan negative ialah ianya membolehkan pihak
yang tidak bertanggung jawab melagakan satu kaum dengan satu kaum yang lain. Tentangan
DAP misalnya terhdap BN yang didominasi oleh parti Melayu UMNO , segera dilihat
sebagai penentangan suatu kumpulan cina terhadap sebuah kerajaan Melayu. For all
intents and purposes, dan kita tidak perlu menipu diri sendiri, kerajaan hari
ini dilihat sebagai sebuah kerajaan Melayu. Maka apa sahaja tentangan terhadap
nya, disamakan sebagai penentangan terhadap bangsa Melayu.
Ianya tidak betul, tapi itulah hakikat nya.
Ianya tidak betul, tapi itulah hakikat nya.
Tapi
apa jadi, jika semua penduduk negara ini Melayu? Bagaimana kita kategorikan
tentangan terhadap kerajaan nya? durhaka? Murtad bangsa? Pembelot?
Adakah
atas nama bangsa , kita akan lupakan sahaja salahguna kuasa, penindasan,
incompetence, rompakan khazanah negara, pemiskinan rakyat majority? Ynag menindas
ialah Melayu, yang kena tindas, baki yang majoriti semua nya Melayu.
Dalam
keadaan ini, soalan yang releven ialah kita berdiri dipihak mana? Dipihak penindas
atau yang kena tindas?
Saya
keluar UMNO dan masuk DAP- itu penghijrahan yang tidak begitu penting- yang
penting ialah pilihan untuk menjadi jurucakap pihak siapa? saya tetap juga
bercakap mengenai perkara2 yang saya cakap hari ini. Antara nya, bagaimana
kerajaan UMNO yang neo feudal hari ini di ketuai oleh barisan pemimpin yang mengayakan
diri diatas nama bangsa Melayu.
Jual
tanah melayu, jual harta benda, songlap duit
rakyat, buat projek dengan agenda mengayakan diri dan kawan2 cina dan
india, rompak harta rakyat, ujudkan monopoli, lari dari bayar cukai. Ini semua
dilakukan oleh kerajaan Melayu. Jika dalam keadaan demikian, saya mahu dicap
apa? Barua siapa? Yang saya tentang ialah kezaliman. Jika sekarang saya disebut sebagai barua cina,
maka dalam keadaan dimana perkara yang saya sebut belaku dalam negara kita yang
semua nya Melayu- maka saya mestilah barua Melayu.
Jka
semua penduduk negara ini Melayu, yang menentang status quo akan dicap sebagai
pendurhaka. Bahkan golongan agama akan diheret untuk memberi fatwa bahawa
golongan yang menentang ulil amri ialah golongan yang menentang Tuhan.
Kerajaan
yang demikian digelar apa? Ianya digelar sebagai kleptocracy.
Orang
UMNO dan penyokong UMNO boleh terus menyokong parti mereka dan agenda lanun
mereka. Tapi jangan harap sebahagian Melayu macam saya akan menyokong mereka.
Objektif kita terang dan nyata. Gulingkan UMNO dengan cara yang dibenarkan oleh
undang2. Apatah lagi negara kita dipimpin oleh seorang yang tidak bertulang
belakang dan bertelur macam Najib.
Jika
kerajaan sebuah negara nya semua Melayu- terdapat rasuah, pencurian wang
perbendaharaan negara, penipuan projek yang diujudkan sebagai alasan mengayakan
pembuat dasar, projek dan kekayaan diagihkan sesama golongan terpilih, yang
kaya menguasai 65% kekayaan manakala majoriti menguasai hanya 35% dan yang
paling miskin berkongsian 10% kekayaan. Jika saya menantang semua ini, waluapun
kerajaan nya Melayu, saya Melayu dan semua lain nya Melayu- saya mahu dicap
apa? Sekali lagi tentulah kali ini saya barua Melayu yang tertindas.
Janganlah
kita membodohkan diri apabila tidak terjawab kesalahan yang dilakukan kerajaan
dan pemerintah, memutar belit isiu dengan menuduh kita barua cina. Kita boleh
carut mencarut jika mahu –tapi itu hanya perangkap penyokong UMNO yang rata2
nya bodoh dan kurang siuman.
Keadaan
orang Melayu hari ini baik atau tidak disebabkan oleh pemerintah. Yang
memerintah negara ini sejak tahun 1957 ialah UMNO. UMNO menyambung cara pemerintah
zaman feudal. Tidak ada yang disukai oleh UMNO seperti pemerintah zaman feudal
dahulu selain dari suatu kumpulan kecil kaya atas belakang majoti rakyat yang
tertunduk tunduk dan bertuan tuan akan mereka. Tidak ada yang menyukakan
pemimpin UMNO daripada hamba abdi berkerja membanting tulang mengayakan mereka
supaya mereka boleh bersenang senang dan berpoya poya. Ini sikap klasik golongan feudal lama yang
diamal pula oleh golongan neo-fuedals dalam UMNO.
Keadaan
orang Melayu ketinggalan dalam ekonomi disebabkan UMNO. Kerana dasar2 UMNO yang
merugikan Melayu. Tanah reseb Melayu hari ini tinggal sedikit disebabkan
kerajaan UMNO membiarkan penjualan nya tanpa diganti. Tanah negara ini banyak
dibeli oleh orang asing secara freehold. Ini bermakan secebis tanah negara ini
menjadi milik warga asing untuk selama lama nya. orang Melayu yang dapat tanah,
mereka jual dan bila terpaksa pindah ke pedalaman, meratapi keadaan mereka dan
menyalahkan orang lain kerana tanah mereka telah terjual dan tergadai untuk
selamanya. Tapi yang memilih untuk jual ialah orang Melayu sendiri.
Orang
Melayu boleh lihat apa yang pemimpin UMNO telah lakukan. Asset orang Melayu
yang paling penting ialah tanah. Tanpa pemilikan tanah, orang Melayu hilang
status sebagai stakeholders dalam negara sendiri. Pada tahun 1957, bila kita
merdeka, kerajaan kolonial mewartakan seluas 3 juta hektar sebagai resev Melayu.
Hari ini mungkin tinggal 1 juta hektar. Sebanyak 2 juta dibiarkan oleh kerajaan
melayu UMNO hilang tanpa ganti. Macam ini pun orang Melayu masih taksub kepada
menyokong UMNO.
Di
Perak, 200 ekar tanah rezab Melayu diberi untuk kilang simen Yeoh Tiong Lay.
(YTL.). Sewaktu Umno berkuasa 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor
telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu
hektar. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi
yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach
Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau
Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Seluas 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung
Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok
Brothers dan UEM. UEM ini Melayu punya
tau. Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu dijual kepada
Vicent Tan untuk projek perlancungan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab
Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang. Seluas 273 ekar tanah Melayu
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega. Tanah rezab
Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala
Lumpur. Ini sebagai cerita bagaimana kerajaan Melayu UMNO menggadai masa depan
bangsa Melayu.
Datuk Ariff,
ReplyDeleteSaya sendiri dah hampir berbuih mulut menerangkan fakta yg sama pd org org kampung.Tapi spt biasa mereka buat tak tahu shj..Malahan saya pernah berhenti di Padang Rengas dan menunjukkan kepada mereka Kilang Simen YTL yg diambil dari tanah melayu Pdg Rengas tetapi apa yg saya dgr mereka cuma ketawa kecil dan tidak memperdulikan isu ini.Mereka masih beranggapan DS Mohd Nizar lah punca kehilangan tanahntanah melayu..
Samada melayu , cina atau india tidak penting.Kita kena pilih yang terbaik.
ReplyDeleteAdakah?.
Lihat saja di selangor dan p pinang. Masih ada ketirisan. Cakap lain dan buat lain.
Rasuah dikalangan orang politik juga taj kurang hebat.
Jika dilihat kebelakangan ini sentiasa ada ahli yang melompat parti. Apabila apa yang diminta tak dapat maka dia akan masuk parti lain dan memburukkan parti lamanya. Hanya kerana wang.
Kita patut pilih orang yang betul betul memperjuangkan rakyat. Bukannya kekayaan ahli tersebut.
Dato Sak... 31 projek mini Hydroelectric Power Stations at Janakuasa Letrik Mini di Perak bernilai RM2.92 billion di anugerahkan kepada ketua bahagian UMNO Kuala Kangsar yang serahkan pula kepad ketua bahagian UMNO Batu Gantang... macam pass bola saja...
ReplyDeleteBut the crux of the matter is - the total value of the contract is RM2.92 billion and that works out to be approximately RM100 million per project or USD30 million... its easily 40% too expensive for mini hydropower, Dato! At USD3 million per MW is way way too expensive...
It only cost me USD850,000 to build one MW! in places like Bengkulu and Lahat in Sumatera...
Greenbug, your thread in ‘ Tan Poh Lai- Tan Chee Khoon's political heiress’:
ReplyDelete“Nepotism is whereby one is 23 year old and not completed your degree yet in Political Economics in University of Nottingham when your father passed away and brought back to stand in his constituency without any education, experience, knowledge or wisdom - that is nepotism.... and we know who is that man, don't we?”
Read my thread in Din Merican, “NYTimes Sunday Book Review: ‘John Quincy Adams,’ by Fred Kaplan MAY 3, 2014 BY DINOBEANO’ : http://dinmerican.wordpress.com/2014/05/03/nytimes-sunday-book-review-john-quincy-adams-by-fred-kaplan/#comments. Part of it is reproduced here:
The first indication that John Quincy Adams “must have sulfuric acid in his tea” came from John F Kennedy’s best seller from the 50s, “Profiles in Courage”; at US 0.35¢ or Rm1.50 it was certainly a worthwhile buy in 1969. First published in 1956, and by May 1963, it had gone through 22 printings…
“Walter Lippmann, after nearly half a century of careful observation, rendered in his recent book a harsh judgement both on the politician and the electorate:
‘With exceptions so rare that they are regarded as miracles of nature, successful democratic politicians are insecure and intimidated men. They advance politically only as they placate, appease, bribe, seduce, bamboozle, or otherwise manage to manipulate the demanding threatening elements in their constituencies. The decisive consideration is not whether the proposition is good but whether it is popular – not whether it will work well and prove itself, but whether the active-talking constituents like it immediately.’”
“For the party which, in its drive for unity, discipline and success, ever decides to exclude new ideas, independent conduct or insurgent members, is in danger. In the words of Senator Albert Beveridge:
‘A party can live only by growing, intolerance of ideas brings its death… An organisation that depends upon reproduction only for its vote, son taking the place of the father, is not a political party, but a Chinese tong; not citizens brought together by thought and conscience, but an Indian tribe held, together by blood and prejudice.’”
“He denied the duty of elected representatives ‘to be palsied by the will of their constituents’; and he refused to achieve success by becoming what he termed a ‘patriot by profession,’ by pretending ‘extraordinary solicitude for the people by flattering their prejudices, by ministering to their passions, and by humouring their transient and changeable opinions. ‘His guiding star was the principle of Puritan statesmanship his father had laid down many years before: ‘The magistrate is the servant not of his own desires, not even of the people, but of his God.’”
…And I pray hard our magistrates and judges too are servants of their own God…
Inilah kerja juak UMNO di persada kuasa. Orang-orang UMNO di bawah juga diperbodohkan. Ini disebabkan oleh ilmu dan maklumat tidak dapat disampaikan ke peringkat akar umbi. Manakala pegawai-pegawai kerajaan pun banyak tidak dapat maklumat dan kurang bermaklumat disebabkan kurang daya fikir dan enviro yang mencekam.
ReplyDeleteSekiranya ada yang kritikal akan terpinggir atau dipingggirkan. Sememangnya politik menguasai pentadbiran tetapi politik hampas menjadikan hasilnya hampas. Kalau politik bijaksana meguasai pentadbiran pasti pentadbiran mejadi lebih mapan.
Yang menjahanamkan orang-orang Melayu adalah orang Melayu sendiri.
ReplyDelete