Saya
hairan mengapa timbalan menteri dalam negeri memberi amaran bahawa perbincangan
mengenai 20 dan 18 perkara adalah treasonous. Orang yang bercakap mengenai
penilaian semula mengenai butiran perjanjian Malaysia hanya mahukan semakan
keatas butiran2 tersebut-tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai secession
dari Malaysia. penilaian dan semakan ini perlu kerana butiran dalam perjanjian
tersebut tidak terlaksana. Mustahil Wan Junaidi tidak boleh distinguish perkara
ini.
Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail yang
dijadualkan mengetuai jawatankuasa penilaian perlaksanaan perjanjian tersebut,
mungkin banyak perkara sudah diselesaikan. Kita semua tahu Tun Dr Ismail adalah
seorang yang berprinsip dan tidak akan berkompromi mengenai janji. Apatah lagi
menggunakan butiran Sabah dan Sarawak sebagai bahan poilitik dan political
bargaining chip.
Jika
bercakap hendak buat apa? Tangkap dibawah PCA? Jika demikian tangkap lah ahli
parlimen yang bercakap mengenai hal demikian. YBM ahli parlimen Gua Musang
memberi suatu syarahan mengenai ketidaklaksanaan perkara 20 keatas Sabah dan 18
perkara untuk Sarawak. Bahkan Tengku Razaleigh memberitahu bahawa suatu
jawatankuasa tertinggi yang diketuai oleh Tun Dr Ismail suatu masa sudah
bersiap untuk menilai perlaksanaan 20 point dan 18 point.
Apa
Wan Junaidi hendak buat keatas Tengku Razaleigh? Timbalan Menteri ini telah
menunjukkan bahawa dia seorang yang paling intolerant dalam parliament dan
bersangkaan hanya pandangan nya sahaja yang betul. Sukalah saya nyatakan kepada Wan
Junaidi, lawyer macam dia, is a dime a dozen. Lawyer pun banyak gred2 nya.
Sayang
Tun Dr Ismail meninggal dunia sebelum sempat melihat perjanjian Malaysia dengan
Sabah dan Sarawak diimplementasi sepenuhnya. Pemimpin2 semenanjung berikutnya,
hanya berminat untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak bawah kawalan mereka.
Sarawak bernasib baik sebab tidak membenarkan UMNO masuk kesana.
Di
Parlimen saya suduk bersebelahan YB Dorrel Leiking. Dia seorang bumiputera
Sabah yang sungguh passionate mengenai Sabah dan Malaysia. ketika ramai ahli
PKR Sabah keluar untuk menyertai BN, saya yakin, Dorrel Leiking tidak akan
berganjak. He is a leadership material dan saya tidak akan terkejut suatu hari
nanti dia boleh jadi ketua menteri Sabah. Dorrel Leiking adalah Bumiputera
bukan? Takkan UMNO mahu menentang seorang Bumiputera jadi KM Sabah?
Musa
Aman would love to get his hands on a quality material like Dorrel Leiking.
Pagi
tadi kami bercakap mengenai pablisiti dan ribut yang Najib bikin terhadap
kemasukan beberapa orang ketua cabang PKR. Najib sendiri meluangkan masa dan
waktu menerima dan meraikan 11 orang ketua bahagian PKR yang keluar. What does
that tell you? It tells us that Najib attaches great importance on the PKR
turncoats. Kita mesti membaca kesediaan PM meraikan riffraff 11 orang ini
sebagai tindakan desperate Najib. Dia tahu kedudukan PM nya bergantung kepada
sokongan 22 MP Sabah dan 25 MP Sarawak. Dia akan melakukan apa sahaja untuk
menunjukkan bahawa dia mengawal keadaan.
Tapi
ada MP yang keluar? Kedudukan sebagai kerajaan federal bergantung kepada kerusi
MP. Apa yang berlaku dalam negeri Sabah tidak ada bearing kepada kedudukan
kerajaan Federal. Tapi apa jadi jika 8 MP Sabah yang bukan UMNO yang terdiri
dari kaum KDM bergabung dengan 11 MP
Sarawak yang bukan PBB? Ertinya Najib kehilangan 19 kerusi dan tinggal 114
kerusi. Kerajaan nya akan goyang. Jika ada
MP UMNO dari Sabah pula keluar bagaimana? Katalah 5 dari 14 MP UMNO Sabah? Itu tanda
hari kiamat untuk Najib dan UMNO.
Jadi
tidak payah cakap mengenai keluar dari Malaysia. yang Sabah dan Sarawak perlu
lakukan ialah keluar dari BN. jika 8 MP Sabah yang bukan UMNO dan 5 MP UMNO
keluar, sudah mencukupi.
Bila
ini berlaku, ahli PKR yang keluar sekarang akan menangis air mata darah. Mereka akan
mencari Dorrel Leiking 24 jam.
Kenapa
mahu keluar BN? supaya rakyat Sabah boleh merundingi semua terma2 faedah berada
dalam Malaysia. kenapa keluar BN? simply because you cant do business anymore with BN
leadership.
saya
tidak pernah dengar barang sekali pun, ada percakapan mahu keluar dari Malaysia
lahir dari Dorrel Leiking. kita mesti jelas mengenai perkara ini. Tapi dia
sungguh passionate mengenai hak2 pribumi Sabah terutama hak2 yang di peruntukkan
dalam 20 perkara apabila Borneo Utara menandatangani ketika menjadi sebuah
negeri dalam Malaysia.
saya
pernah menyatakan kepada beliau, ketika Malaysia diujudkan, bukankah perjanjian
dibuat antara SemenanjungTanah Melayu ketika itu sebagai suatu entity dengan
Singapura, Sabah dan Sarawak sebagai suatu entity dipihak lain? Ertinya,
bukankah ini menandakan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura sama taraf dengan
keseluruhan Semenanjung? Sabah and Sarawak are equal to Malaya as a whole dan
oleh kerana itu, berhak diiktiraf sebagai entity yang berdaulat. Penghormatan kepada
Sabah dan Sarawak mesti dalam bentuk penghormatan kepada sebuah negara lain. Dan
bila dengan memasuki Malaysia, mereka mengorbankan status kedaulatan sebagai
sebuah negara, dari segi spirit perjanjian Malaysia, penghormatan seumpama
demikian mesti dikekalkan.
Maka
apabila satu dari anggota perjanjian tersebut yakni Singapura keluar Malaysia,
apakah satus perjanjian Malaysia? tidakkah maknanya, perjanjian tersebut batal
dan Sabah dan Sarawak mesti memasuki satu perjanjian baru? oleh kerana saya
bukan peguam dan malas pula melakukan research mengenai point ini- saya tidak
mahu menghuraikan nya lebih lanjut.
Tapi
mengenai point berikut saya mahu huraikan. Perkara 20 antara Sabah dan Malaya
memperuntukkan beberapa hak yang mesti dilaksanakan dan dibenarkan. Sehingga hari
ini, banyak dari perkara tersebut masih tidak dilaksanakan. Ini menimbulkan keresahan
dan kemarahan rakyat Sabah terutama golongan Bumiputera majority.
Saya
bekali kali menyatakan kepada MP Dorrel Leiking, bahawa saya tidak faham UMNO. Kalau
disini, UMNO memperjuangkan Bumiputeraism nya, maka secara lojik apa yang
diperjuangkan oleh pribumi Sabah sepatutnya difahami dan disimpati oleh puak2
UMNO. Sepatunya mereka menyokong tuntutan Bumpitera Sabah. UMNO sepatutnya
menjadi golongan pertama dan terdepan sekali menyokong aspirasi rakyat pibumi
Sabah.
Kecuali
ini: kecualilah Bumiputeraism itu sebetulnya hanya relevan dan sahih kalau
ianya Bumiputeraism Melayu sahaja. Bukan bumiputera Melayu, tidak diterima.
Saya
hairan dengan rakyat Sabah dan Sarawak- sekian lama diperlakukan sebagai budak
suruhan, peon dan tambi- tertunduk tunduk meminta sedekah dari tuan UMNO dari
Semenanjung masih mahu berdakapan dengan UMNO? Dimanakah self respect dan self
worth bumiputera Sabah? Masuk Malaysia sejak 1963 masih terkapai kapai meminta
sedekah kerajaan melaksanakan 20 perkara? Borneonization? Royalty minyak? Sarawak
dengan 18 perkara nya. keadaan diSarawak nampaknya lebih baik sebab UMNO dan
penyakit political VD nya tidak masuk Sarawak. Kalau tidak hancur Sarawak.
Sudah
sampai masa untuk ambil tindakan sendiri- tinggalkan UMNO dan BN dan berunding
terma baru sebagai negeri berdaulat dalam Malaysia. jangan tinggalkan Malaysia,
tinggalkan UMNO dan BN.