Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 4 October 2020

Najib al Munafiqun. Bahagian 1

 


1. Setelah mencuri berbiliun dia masih berseronok manakala rakyat biasa sengsara. Alangkah sedih hidup ini.

2. Kalau rakyat tidak mahu rompakan dan samun berulang nyahkan UMNO.

3. Mari kita hantar kaki busuk dalam UMNO ke penjara.

4. Seorang bahlul telah menggelar Najib sebagai amirulmukminin . Saya akan berhujjah dia lebih sesuai digelar amirulmunafik atau amirulmusyrik.

5. Tidak syak lagi Najib memperlihatkan ciri2 orang munafik. Tentulah ini mengejukan ustaz2 tv yang suka ditontoni. Yang pandai berceloteh tapi sendiri tidak mengamalkan apa yang dimimbarkan. Yang juga tidak sabar menjilat bontot sigendut bukit tunku tu.

6. Dalam Islam orang munafik bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia ingkar dan bila diberi amanat dia khianat. Ke3 tiga ada pada Najib dan banyak lagi.

7. Masih kah kita ingat Najib mengatakan dia tidaklah bodoh hendak memasukkan wang kedalam akaun nya . Bahkan ahli parlimen Pontian mengatakan mustahil Najib begitu bodoh. Kemudian sah wang 1MDB ada dalam akaun sibedebah itu.

8. Apabila bersemuka dan ditanya Najib berkata wang tersebut untuk membiayai ISIS. Sedangkan ketika itu ISIS belum lagi ujud.

9. Kemudian dia kata wang itu derma dari putera Arab sedangkan pak Arab itu tidak pun ujud.

10. Dengan kerangka-minda penipu Najib berdepan dengan kes SRC. Tidak ada hadiah untuk meneka apa Najib akan lakukan.

11. Sebaik saja loceng berbunyi kerja Najib ialah berdusta. Yang pertama dia kata tidak tahu menahu perihal wang SRC masuk ke akaun nya melalui Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.

12. Dia tidak melaporkan pada polis atau SPRM atau mana2 pihak.sedangkan wanita di Penang yang tidak melapurkan kena denda dan dijel. Najib bukan saja tidak lapur tapi juga belanja sakan di Hawaii dan Italy.

13. Najib ni mengingatkan saya pada satu perpatah Turki. Hutan pokok makin mengecil. Tapi pokok2 terus mengundi dan menyokong kapak. Si kapak lihai. Dia terus meyakinkan pokok2 semua. Oleh kerana hulu kapak dari kayu si kapak meyakinkan dia sebahagian dari pohon2. Dia sebagian dari rakyat.

14. Najib kapak yang membinasakan pokok. (rakyat). Sekarang dia pura2 merakyat. Dia Nero yang terus bermain biola sementara kota kita terbakar.

15. Bukan saja dia tahu pasal akaun2 peribadi nya dia lantik dirinya sebagai penasihat emeritus. Makna nya dia tahu asal usul duit yang masuk kedalam akaun nya.

16. Dia melantik Nik Faisal sebagai algojo/executioner akaun peribadi nya tapi dengan arahan nya. Makna nya akaun tersebut tidak diperlakukan sesuka hati kecuali atas arahan si gendut tu.

17. Najib khianat pada SRC. SRC bukan yayasan ya. Bukan pertubuhan anak yatim atau pertubuhan ibu tunggal atau kebajikan UMNO. SRC ialah anak syarikat 1MDB yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965.

18. SRC pinjam RM4 biliun dari wang pencen KWAP, untuk melabur dalam industri2 sumber alam lombong,alumina dsb nya.

19. Tujuan2 ini dinyatakan dengan jelas dalam MOA SRC bukan dibelanjakan untuk ibu tunggal, anak yatim atau umno. Bukan untuk belanja beli baju atau jam atau tas tangan.

20. Bila diberitahu duit RM42 juta itu dari SRC, Najib berpura pura tak tahu tapi belanja joli katak dia tahu.

21. Tak ada siapa nak jadi saksi untuk mengiakan kata2 Najib. Semua lari, mati atau tak nak sokong. Itu balasan orang munafik dan musyrik.

22. Jadi mengatakan sebagian kecil wang digunakan untuk anak yatim dan ibu tunggal tidak mensucikan perbelanjaan. Ia tetap pecah amanah dan tidak selari dengan MOA.

23. Jangan kata sebab bukan curi duit kita, tak apa. Kita tidak sengsara. Fikir baik2. SRC pinjam RM4 biliun dari KWAP. Tak mampu bayar balik sebab pelaburan satu pun takde. Hutang tu diletak dibawah kerajaan. Jadi tanggungan atau beban hutang menjadi tanggungan kerajaan. Kerajaan tu kita jadi kita yang bayar. Kita sengsara.

24. Orang munafik suka bersumpah. Sumpah untuk menutupi kesalahan yang dilakukan. Berapa kali kita lihat Najib munafik ni bersumpah?

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP