Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 20 October 2020

Masaalah Ekonomi Malaysia.

1. Penggunaan pendapatan negara kasar(kdnk) untuk menilai ekonomi kita menyampaikan kita pada konklusi-konklusi yang tidak betul. Dalam bahasa Inggeris dipanggil GDP.

2. Penggunaan GDP menyembunyikan konsentrasi kekayaan negara dalam tangan 20% teratas. 20% teratas mengusai 64% kekayaan negara. Golongan tengah menguasai mungkin 30% kekayaan. Manakala golongan terbawah 20% menguasai 5.% kekayaan.

3. Di kalangan 20% teratas kita tidak nampak penguasaan olih keluarga-keluarga. Goh Tong, Kwek, Arumugam Syed Mokhtar, Liew Kee Sin dll.

4. Kita tidaklah menyarankan perampasan kekayaan mereka tapi kita bolih mempengaruhi dimana mereka berbelanja dan melabur.

5. Ertinya sebagai dasar yang sengaja, kita mesti mengadakan premis-premis perbelanjaan dan pusat-pusat pelaburan di pedesaan.

6. Kita tidak iri hati mereka kaya dari kita tapi kita marah jika kekayaan tersebut diperolehi melalui penindasan dan pemusnahan alam.

7. Kerana konsentrasi kekayaan semestinya dicapai melalui penindasan dalam pelbagai bentuk. Perbedaan pendapan, pembungunan antara desa dan bandar, perniagaan dan pertanian dll.

8. Sebab itu kita mesti mengenyahkan segala bentuk penindasan. Ini untuk mengurangkan konsentrasi kekeyaan.

9. Perniagaan milik keluarga juga tidak diurus secara profesyional. Kesan nya ialah ekonomi kita tidak mencapai potensi yang lebih tinggi. Ia memberi kesan pula pada pengagihan kekayaan.

10. Keterbelakangan kemajuan luar bandar yang mengakibatkan perbedaan kekayaan, menghakis kemajuan Malaysia. Pemimpin kita bercakap mengenai kelembapan kemajuan luar bandar tapi kurang melakukan sesuatu.

11. Kegiatan mencari sewa atau rent seeking menghakis kemajuan kita. Kegiatan ini tidak mencipta kekayaan baru. Ia berlaku terutama dalam hartanah dan lesen-lesen yang diberi kerajaan.

12. Berkait rapat dengan kegiatan rent seeking ialah kegiatan mendapat monopoli. Yakni seorang penjual saja. Ramai peniaga menjadi kaya raya sebab mendapat lesen atau monopoli dari kerajaan.

13. Leraikan segala pemonopolian. Petronas, LLN Astro LPN dll. Nama boleh kekal tapi entiti nya mesti dipecah pecahkan. Setiap merekw mesti berfungsi sebagai profit centre yang berbeda.

14. Rasuah atau korapsi adalah masaalah besar dalam negara kita. Kita tahu apa itu korapsi. Yakni suatu bentuk jinayah kriminal oleh mereka yang berkuasa atau pertubuhan atau mencabul kuasa untuk mendapat imbuhan atau faedah peribadi.

15. Rasuah menyebabkan orang-orang yang tidak berbakat jadi pemimpin. Rasuah menyekat sumber-sumber disalurkan pada tempatnya.

16. Terlalu bergantung kepada pemberian kerajaan. Ini menghalang kemunculan peniaga tahan lasak.

17. Terlalu bergantung kepada sumber ekonomi yang boleh berkurangan - logam-logam dan minyak serta pertanian yang tertaklok kepada manipulasi pasaran.

18. Prodakviti pertanian yang rendah, kurang kepelbagaian pertanian dan kurang perhatian pada sekuriti pemakanan.

19. Pelaburan yang terlalu cost conscious. Ini menghalang pelaburan yang berani.

20. Kurang R&D dalam negara. Ini menyekat perjumpaan produk dan kaedah-kaedah baru.

21. Pemusatan kuasa yang mencengkam dalam tangan PM dan terlalu banyak pemerintahan melalui dikri.

22. Perdangan yang terlalu caucasian centric. Kurang perdagangan dengan negara Islam, Indonesia dan China.

23. Demikian kita melihat beberapa masaalan terencatnya ekonomi Malaysia. Kita tidak menghuraikan masaalah-masaalah tersebut.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP