Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 30 October 2020

Tong Sam Pah, Poh Kee Mak dan Sheikh Albuntoti.Politik Malaysia Yang Gila.

1. Kita dah dengar pasal surat Wak Jahid ke YDP. Sigendut dan albino Najib pun sain surat tersebut. Dah keluar pun nak klentong jugak. Binawe pembantu Wak Jahid kata surat itu palsu.

2. Walhal sebelum itu Java penerogo tu pergi rumah Abah Jawa di Damansara berikrar menyokong Wak Muhyi.

3. Malah Wak Bagan Datoh tu tanya samada Wak Pagoh nak jadi gabungan ke3 PN. Dia nyanyi Cek Mek Molek lagi.

4. Tapi 48 jam kemudian dia dan lanun Bugis Lipis tu buat surat sokong Anwar al Buntoti sebagai PM ganti Wak Pagoh. Dan menggesa buang 4 menteri UMNO.

5. Suatu masa dahulu Pak Sako menamakan 2 tokoh dalam novel nya Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak. Rupa2 nya dua tokoh tersebut dijelmakan oleh Zahid dan Najib. Zahid ialah Encik Tong dan Najib ialah Encik Poh.

6. Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak telah mengutus surat menyokong rakan Mat Sabu,Anwar al Buntoti sebagai PM. 

7 . Dalam gelap Poh dan Tong buat deal dengan Sheikh albuntoti. Agaknya kita dianggap tongong menyangka sokongan Poh dan Tong diberi secara percuma.

8. Belum dapat jawatan- sheikh albuntoti, mak dia pun dia jual . Dah dapat dia boleh ubah cerita. Kita bukan tak tahu ahli PKR,ramai political yahoos. Jumpa mesin karaoke dia kepala dang nya.

9. Dalam UMNO ramai tokoh2 seperti Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak. Ada Liew See Yal, Wong Chee Bai, Lee Boo Toh, Goh Lan Chow dll.

10. Ada 2 perkara mesti dibahas disini. Pertama, surat Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak ke YDP . Kedua, pertemuan antara Wak2 jawa Bagan Datoh dan Pagoh. Encik Tong dan alsembab.

11. Surat dari Encik Tong dan Encik Poh menyokong Sheikh albuntoti jadi PM.

12. Itu maksud surat tersebut. Sukar untuk kita terima sokongan tersebut diberi percuma oleh Tong dan Poh tanpa perniagaan kuda- horse trading yang dasyat .

13. Ke dua2 Tong dan Poh mempunyai puluhan kes mahkamah yang mungkin dipersetujui digugurkan oleh orang yang ketar kepala nak jadi PM. Cakaplah bergegar gegar yang al buntoti tidak akan kompromi mengenai rasuah blah blah, itu semua temberang al taik al kucing.

14. Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak mahu menggunakan cara diluar undang2 untuk melepaskan tegkok mereka dan albuntoti mahu kita menyetankan nilai2 yang menyelamatkan negara kita. Sedangkan kita tahu rasuah pecah, amanah dan cabul kuasa adalah malapetaka yang menjahanamkan negara kita.

15. Kepada saya ke3 tiga tokoh sial ini bukan sosok2 yang boleh dipercayai untuk memimpin negara. Memilih mereka bererti kita memilih sosok2 untuk menjahanamkan kita. Kita menjerat leher kita sendiri.

16. Biar kita bikin geger kata orang Indonesia-bikin satu revolusi. Tolak semua tokoh2 musibat ini dari berkuasa. Jangan dengar cakap sesiapa-termasuk saya. Buatlah perkara yang betul dan benar!

17. Yang menjahanamkan kita ialah Melayu jenis ini. Bertahun tahun kita diajar bahawa musuh kita ialah Cina. Sedangkan musuh kita yang asli ialah Melayu2 yang main politik-Tong Sam Pah Poh Kee Mak dan Sheikh Albuntoti.

18. Ada perpatah Arab yang berkata:- bertahun tahun kibas takutkan serigala tapi akhirnya dimakan sigembala. Saya ingat pada suatu artikel yang ditulis Chandra Muzaffar-pemimpin Melayu-pelindung atau pemusnah. Tanya soalan sama sekarang.

19 . Bagaimana bangsa Melayu boleh berketuakan 2 penjenayah?. Nilai apa yang dipegang bangsa Melayu yang lemah lembut dan beragama Islam?

20. Sebenarnya Tong Sam Pah dan Poh Kee Mak adalah jelmaan semua yang jelek untuk UMNO-rasuah, pecah amanah, cabul kuasa dan pembohongan bersiri.

21. Kalau lahabau2 ni jujur serta ikhlas dan tidak mahu memperkudakan UMNO mereka patut meninggalkan UMNO sehingga kes2 mereka selesai. Demikian juga matlaon2 lain.

22. Dalam bahagian 2 kita akan bincang mengenai pertemuan antara Wak Pagoh dan Wak Bagan Datoh aka Tong Sam Pah.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP