Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 2 October 2020

UMNO keluar PN. Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari.

1 . Zahid mesti sedia membawa UMNO keluar dari PN,atau berdepan dengan pemberontakan terbuka. Ini bermakna UMNO mesti bersedia untuk keluar dari kerajaan.

2 . UMNO akan rasa akibat tunduk kepada tekanan dari orang yang tidak ada pengalaman menang.

3. Ia juga bererti golongan yang menyokong Anwar tidak akan berbuat demikian. Golongan itu overestimate kekuatan mereka. Satu atau 2 orang mungkin akan membelot janji mereka tapi sebagian besar akan meneruskan sokongan.

4. Reichsfurer UMNO, Lokman Himmler Adam bukan bolih buka tutup sokongan individu2 yang menyokong Anwar.

5. UMNO lah yang bodoh kerana by default, melantik Lokman sebagai reichsfuhrer. Pemimpin2 nya ramai ada masaalah perundangan . Ini memberi peluang hampas2 seperti Lokman timbul.

6. Disebalik drama yang dimainkan oleh Lokman, ianya mencerminkan perpecahan yang teruk berlaku dalam UMNO.

7. Ianya antara kumpulan yang melihat amirulmunafik sebagai punca malapetaka UMNO dan golongan yang mengidola Najib.

8. Adalah perkara yang baik UMNO tunduk kepada golongan pro keluar PN kerana itu menandakan keruntuhan parti itu. Hooray!

9. Golongan ini overestimate penerimaan rakyat terhadap UMNO. Sebetulnya rakyat diam2 meluat kepada UMNO. Salah pembacaan tersebut akan membawa padah pada UMNO. Bukankah di sabah mereka hanya menang 14 kerusi dan kalah 15 kerusi?

10. Jadi biarlah UMNO menyendiri supaya tahu langit tinggi rendah. Ianya retak menanti belah.

11. Ini peluang Wak Muhyi mengenyahkan semua menteri2 dan penjawat2 GLC dari elemen2 UMNO. Dan ambil tindakan2 undang2 yang keras keatas penjenayah UMNO.

12. Jika Anwar yang berkuasa jangan beri talian hayat kedua untuk UMNO. Biar ia mati dari luka2 dan pendarahan dalaman.

13. Apa yang wak jahid cakap? Di PRU yang akan datang MCA dan MIC sudah pupus. Dan dia tidak bolih gerenti PAS terus bersubahat dengan parti munafik.

14. Fasa pertama keruntuhan UMNO ialah kalah dalam PRU 2018. Fasa kedua terjadi bila ia keluar dari PN. Biar kita ucapkan adieu!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP