Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 28 August 2015

Kita Yang Ramai Lawan Mereka Yang Sedikit.



Sekali lagi, artikel ini saya tulis dalam Bahasa Melayu. Semoga ianya difahami. 
Apa yang PM Najib sebut dalam beberapa ucapan dan tweet nya? Saya harap PM Najib, our Dear Leader paling tidak, sedar bahawa apa pun yang disebutnya, rakyat sudah tidak percaya. Malah rakyat sudah pandai mematahkan pandangan nya.

1.   Dia di pilih oleh rakyat. Maka jangan ada sesiapa yang cuba menyekat nya daripada menjalankan tanggung jawab. Wow!

2.   Dia kata dia boleh terangkan mengenai RM2.6 biliion – tapi secara tertutup dan kepada ahli UMNO sahaja.

3.   Prinsip dia ialah setia kepada pemimpin. Ini prinsip Hang Tuah. Hang Tuah mesti Bugis

4.   Dia tidak akan dedah cerita lama.



Kita akan ulas satu satu. Macam komrad Kassim Ahmad kata: perlu sesuatu di perhitungkan kembali; hari ini kita dewasa


Rakyat pilih seorang PM? 
Kita beritahu budak2 umno2 ni – sampai ke presiden nya, orang melayu bukan budak2. Mereka baca Utsuan Malaysia tapi berdebat  di kedai2 kopi. Mereka juga membaca yang tersirat.

Sikap kritikal inilah agaknya yang menyebabkan perwakilan umno langkawi menggesa Najib pergi jumpa doctor. Wakil dari Pasir Gudang hantar memo kepada Najib suruh dia berehat- cakap sopan suruh Najib berhenti. Di Merbiok, wakil suruh dia letak jawatan. Sepandok dan kain lentang banyak yang desak Najib berenti.

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia, seorang PM di persenda dengan isterinya bersekali. Memang benar, inilah PM yang paling dibenci oleh rakyat.

Penjilat dan pengampu suka kepada Najib.
Yang menyukai Najib terdiri dari mereka yang mengelilingi nya yang berantung rezeki keada nya. Yanb bergantung bisnes dan projek. Rent seekers yang paling terkemuka. Termasuk agaknya, si Kitol yang disebut oleh bekas timbalan KSK PDRM, Hamid Bahador. 
Kepada mereka, Najib adalah Tuhan. Turut sama menyukai Najb ialah menteri2 dan ahli parlimen yang bermusuh dengan rakyat. Jika mereka menyebelahi Najib, maka secara lojik nya, mereka musuh rakyat. Tidak begitu?

Mereka ini semua, bila kita jadi kerajaan , kita akan cari mereka dan selidik sama ada mereka melakukan rasuah, curi duit rakyat, dapat bisnes melalui jalan kotor dan seumpamanya. Jika bersalah dari segi undang2 dan patut kena jel, kita jel.

Malas saya nak cakap berbunga bunga. Atau malas saya ‘memaafkan' mereka hanya kerana sebangsa.


masaalah pendengaran dan penglihatan.
Mengenai Najib pula- dia ini ada penyakit pendengaran dan penglihatan dan pemafaham. Dia pekak kepada pekikan rakyat. Dia buta kepada petisyen rakyat yang menyuruh dia berhenti daripada terus memusibahkan negara. Dia tidak faham mesej2 yang disampaikan oleh rakyat.

Najib sakit gila kuasa bila dia kencin 3 juta ahli UMNO. Orang Kedah kata kencin—‘g’ takde.


siapa kita pilih? ABC pilihan Raya.
Dalam pilihanraya apa kita lakukan? Kita pilih seorang wakil rakyat. Dia wakil kita. Dia berkhidmat untuk kita. Jurucakap dan jurubicara penyampai maksud kepada pihak berkuasa.

Ahli parlimen memilih seorang dari mereka untuk jadi ketua. Nama ketua ini ialah PM. PM ialah wakil ahli parlimen. Dia bertanggung jawab kepada ahli parlimen dan parlimen. Sebab itu dia kena jawab semua soalan dalam parlimen didepan ahli parlimen.

Bila sudah setuju, nama dipersembahkan kepada YDP Agong. Agong perkenan, maka jadilah dia PM.Semua ikut Perlembagaan.

Dia jadi ketua setelah mendapat kepercayaan dari majoriti ahli parlimen. Selalu nya, oleh kerana jumlah MP dari parti yang diketuainya lebih ramai dan merupakan majoriti, maka dia jadilah PM. Dan dia jadi PM selagi ada kepercayaan dari kalangan majoriti MP.

Bla dia hilang kepercayaan dari majority MP da turun takhta. Parlimen dan kehidupan berjalan terus.

Maka bila kita pertandakan dalam petak kertas undi, kita pilih seorang ahli parlimen. Kita tidak pilih seorang PM, atau menteri dalam negeri atau menteri kesihatan. Kita tidak ada pemilihan seorang PM secara lansung.

Maka jangalanlah Dato Najib bohong kata rakyat pilih dia sebagai PM. Rakyat pilih dia sebagai MP.

Biar saya blunt sikit. Bilangan MP bukan BN ialah 88 orang. Jika ada 30 MP UMNO keluar BN dan menyertai bilangan 88 orang untuk buat undi tidak percaya, atau mengalahkan bill bajet atau seumpamanya, MP Najib sudah tiada kepercayaan majority. Dia kena letak jawatan.

Najib dan Zahid Bimbang.
Apa yang paling ditakuti oleh Najib dan timbaan nya sekarang, Zahid Hamidi. Zahid Hamidi yang percaya dia jadi PM dalam masa 6 bulan yang paling takut;  yang paling dia takut, walaupun setelah  merepek mengenai usaha menjatuhkan kerajaan secara sahih, ialah istiqamah golongan yang berdegil terus mengusahakan perkara diatas.

Sebab itu, Zahid terutamanya, yang ada sikit ilmu seorang political operative yang lihai, berbanding dengan Najib yang ber-intrigue secara seorang bangsawan, ‘mengurung’ MP2 di Putrajaya untuk beberapa hari. Agaknya, MP2 ini ditarbiyahkan untuk menerima bathil jadi benar, hitam jadi putih. Atau mereka berdiskusi berapa duit boleh menyelesaikan masaalah. RM3 juta? RM5 juta?

Musuh Rakyat akan dihukum.
Kepada rakyat , layanan masa depan keatas mereka ini amat mudah. Mereka yang bersekongkol memuliakan perjuangan mengakalkn Najib lebih dari menobatkan kepentingan rakyat adalah musuh rakyat. Musuh rakyat jika thabit kesalahan akan dihukum dimasa hadapan.

JIka mereka tidak bersama rakyat, mereka adalah musuh rakyat.

12 comments:

Anonymous,  28 August 2015 at 07:14  

Dato Sak,Selamat pagi.Saya GEORGE CHOO

Agak baiknya jika kebanyakan polis di malaysia macam Hamid Bador dari SB.

Seperti yang saya komen dulu,Najib tidak akan letak jawatan kerana jika dia letak

jawatan dia akan masuk holiday di penjara Kajang kecuali dia buat "deal" dengan

PM yang baru dimana dia dan keluarganya dia lepaskan.

Penculi Najib dan Umno akan TAHAN SAMPAI TAK BOLEH TAHAN untuk mengekalkan kedudukan

mereka PUTRAJAYA.

Hanya ada satu pilihan saja untuk RAKYAT MENGYINKIRKAN NAJIB DAN UMNO IAITU MELALUI

PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG.

DIsini orang Melayu MESTI mengambil keputusan untuk MENGUNDI PAKATAN RAKYAT kerana

HANYA ORANG MELAYU YANG BERUPAYA MENGHANTARKAN KEKALAHAN KEPADA UMNO.

Kepada SAUDARA yang akan pergi ke BERSIH ESOK,SAYA INGIN MENYERU supaya SAUDARA

DATANG SENDIRI dan JANGAN BAWA BERSAMA ISTERI DAN ANAK ANAK kerana ADA SATU GANG

MELAYU(BAJU MERAH YANG DI SPONSOR OLEH UMNO) AKAN MENCETUSKAN PERGADUHAN.

Saya risau perempuan dan kanak kanak kecil akan DIPUKUL oleh kumpulan ini

yang terdiri dari BUDAK MELAYU YANG TAK ADA KERJA BIASA.

SAYA GEORGE CHOO TETAP LAWAN UMNO dan JUMPA ESOK KAT BERSIH.

Anonymous,  28 August 2015 at 07:33  

http://www.123rf.com/photo_6766031_fish-group-chasing-big-fish-which-chasing-little-fish.html


Phua Kai Lit

noor mohamad,  28 August 2015 at 07:46  

assalamualaikum

macam amerika bunyinya, if you are not with me, you are against me. masalahnya tuan, kami rakyat yg lebih memahami sedikit tentang permainan yg sedikit dari pelbagai parti ni....tidak percaya langsung dgn semua ahli politik. tuan2 semua telah mencerminkan banyak yg bertentangan dgn prinsip sebenar

semutapi,  28 August 2015 at 09:17  

Setuju selamanya saya tak pernah pilih semua PM Malaysia, itulah masaalah negaraku sepatutnya bakal PM ada 2 calon dari blok masing2 tapi blok sebelah sana ada Hadi ha..ha.. kelam lagi

5sal,  28 August 2015 at 11:36  

Marah betoi Dato' kali ni...? Macam kata pak samad satu ketika dulu ada 1 telinga dan 2 lidah,rakyat marhaem dijadikan haiwan ternakan yg boleh disembelih bila2 masa ja.Malah ada yg sanggup mati demi najib drpd mati kemalangan,dan ada hulubalang yg masih duduk bawah tempurung yg hidup didunia khayalan.Ada gak ulama muda dan tua mengeluarkan 'fatwa' tegur pemimpin kena ikut alquran bla,bla...bagai lagi.Tak leh buat itu ini 'Haram'.DR dr UKM pun kuar 'fatwa' gak.Masing2 nk tunjuk tahap 'jilat' kemaksima mungkin.Pening.........

Labu8455 28 August 2015 at 11:40  

Sedih dengan PM yang jahil seperti Najib. Dia samada tak tahu kerana terus di bohongi oleh penbodek dan penjilat yang berada dikeliling pinggang siang dan malam atau sememang nya bodoh kerana masih mempercayai yang majoriti raksat suka dan tetap mahukan dia terus memimpin.
Saya sendiri termasuklah keseluruhan ahli keluarga (lebih dari 50 orang yang berdaftar sebagai pengundi) yang sebelum ini selalu mengundi UMNO dan BN tapi kali ini sudah bertekad mengubah untuk mengundi PR jika PRU diadakan nanti kerana kami sudah sama sekali hilang keyakinan terhadap kerajaan pimpinan Najib dan para penjilatnya dan yang gila kuasa. Najib yang saya yakin juga telah hilang kepercayaan dari jutaan pengundi yang lain yang sebelum ini memilih dan memberi BN kuasa untuk memerintah.

Unknown 28 August 2015 at 14:15  

Saya setuju dengan pendapat dan pendirian Dato'. Musuh2 rakyat adalah musuh2 Negara secara automatik. Mereka secara jelas telah meraih harta rakyat yang dibelakangkan dengan sengaja, sambil melaungkan "rakyat didahulukan"!
Mencuri dan membohong sudah jadi kebiasaan bagi mereka, dan sudah menjadi darah daging mereka anak beranak. Dan rakyat (terutamanya, orang2 Melayu) mesti memahami ini dan cuba mengelak mengundi keturunan yang dibesarkan dengan duit haram yang sememangnya telah menghasilkan "haram2jadah"!
Saya berharap rakyat celik mata dan menaruh harapan dan kepercayaan kepada pihak Pembangkang sekarang pada GE14. Saya juga berharap supaya pencuri2, lanun2, pembunuh2, perogol2, dan banyak lagi istilah2 yang boleh diguna dengan berpatutan, dihadapkan untuk diadili oleh pihak Pengadilan yang telus.
Selamat berjuang untuk rakyat, Dato'.

Anonymous,  29 August 2015 at 09:27  


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/29/shahbudin-bns-future-hinges-on-non-umno-mps/

A shift in mindset:

BN dies, BR (Barisan Rakyat) replaces it.

UMNO (Team B)-DAP-PKR-GHB-PBB & smaller parties reorganised.

If people can see this bigger picture, it makes so much more sense.


Anonymous,  29 August 2015 at 11:52  

Bagi saya cukup mudah.....
KESALAHAN pemimpin atasan dlm menangani isu negara TIDAK dapat d maafkan lagi oleh rakyat. Dgn jawaban2 yg mencerminkan tahap pemikiran yg amat rendah mereka2 ini sebenarnya memperbodohkan rakyat. Kebijaksanaan rakyat d jadikan benteng utk bermusuh dan menyerang rakyat. Ada ke patut? Tanpa rakyat mereka tidak ke mana pun! Kenapa perkara ini tidak mereka sedari? Kerana lena dlm buaian ringgit dan harta keselesaan dunia. Rakyat sengsara dgn perbuatan mereka.
PERDANA MENTERI DAN KABINET NYA AMAT LEMAH. MASA TIDAK LAGI BERSAMA KALIAN. TUNGGU BALASAN YG SETIMPAL DGN PERBUATAN KALIAN.
#HAKIM MAIN MATA DGN MALING.

Navi 30 August 2015 at 09:36  

Dato' I wish to stray a bit from the topic of your comments. Bersih is being portrayed as a predominantly Chinese affair which might be true for yesterday. I expect a major shift in this with the Malays making their appearance noon onwards. Or am I assuming too much.
Way back in 1989, before D-day, the Malays were all rooting for Semangat 46. On the eve, a photo of Ku Li in the Kadazan headgear made them change their mind. They had just been diverted from throwing Mahathir out. It was too late when they realised that they had been cheated by an UMNO spin.
The same Happened when the Chinese educationist group was made the scapegoat to draw the malay votes in later elections. These too were spins of Malay losing thier ketuanan. Yhe country failed to have a change of government.
The Chinese are again at the receiving end as the spinmasters have deviously planned. Are the Malays going to fall for this again? Certainly not the majority.
For once I am optimistic that the Malays will not be cheated out of doing the right thing. As for me, I don,t see Malays, Chinese and Indian participants, I only see Malaysians calling for justice.

Anonymous,  8 September 2015 at 12:44  


http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/09/07/Pandikar-dewan-motion-no-confidence/

No surprise, you knew already this guy would be a stumbling block.

Look like the SD route is the way to go. But timing is important.

I think the whole "donation" story is going to collapse under the weight of evidence quite soon. That kills PM, DPM & Cabinet credibility immediately.

I think Zaid is right, only Dr M can be the uniting factor here.

Work with him, not against him.

Good luck.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP