Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 23 June 2015

FGV menyusuli 1MDB: Lagi Bencana Ekonomi - Bahagian 2.



Nasib Peneroka.
Kesian peneroka felda. Harapkan durian runtuh, rupanya bencana ekonomi yang turun. Harga sawit jatuh. Barang naik harga. Kos hidup meningkat. Jenerasi kedua tidak berumah. Tanah 360,000 hektar yang sepatutnya dibuka untuk peneroka, dirembat oleh FELDA dan di jalankan oleh Felda Plantations. 360,000 hektar boleh mengujudkan 90,000 peneroka.

Wang Berkurangan.
Wang dan dana dari felda kian berkurang. Dengan dana yang terhad, banyak kemudahan awam seperti jalan2 dalam rancangan, dewan orang ramai, kemudahan asas terjejas. Peneroka mendapati sukar untuk meminjam dari koperasi sebab koperasi sudah tidak banyak wang. Dividend 14-15% setahun yang mereka nikmati selama 30 tahun, tidak ada lagi. 
peneroka bingung, pemimpin hairan.
Ramai peneroka bertanya ahli parlimen mereka, dan ahli parlimen yang tidak tahu hal ehwal peneroka dan kehidupan mereka tidak dapat memberi jawapan. Malah ada antara ahi parlimen tidak pun tahu peneroka dapat dividend, atau dapat bonus dihujung tahun untuk hari raya, untuk persekolahan anak dan sebagainya. Semua ini akan berkurangan dan mungkn tiada.


membela Melayu.
Apalah yang susah sangat kalau benar2 mahu bantu orang Melayu? Peneroka hampir semua nya Melayu. Ertinya, kesan negative keatas felda dan pelaburan nya, bererti yang menerima padah nya ialah Melayu juga.


dari impian indah ke mimpi seram. 
Suatu ketika, Felda adalah suatu cerita kejayaan. Tun Razak memindahkan Melayu yang tidak bertanah, membuka kawasan baru untuk mengusahakan tanaman getah dan kemudian nya sawit. Pergilah ke mana2 tanah rancangan sekarang, transformasi fisikal keatas orang Melayu benar2 berlaku. Dari rumah asal felda, ramai yang tinggal dalam bungalow batu. Kemudahan seperti klinik, sekolah, masjid, surau, kompleks sukan, bandar kecil malahan sekolah asrama penuh pun ada. 


Puaka FGV.
Semua itu tinggal kenangan. Segala bisness , ladang dan bukan ladang, pengangkutan, pengilangan, pemerosesan, di borong oleh FGV.

Tanah milik felda dipajak kepada FGV selama 99 tahun. Dapatlah Felda RM250 juta setahun dan seperatusan dari bisnes perladangan FGV. Dengan duit itulah dan dividen dari saham yang ada dalam FGV, Felda hari ini mengurus tanah rancangan dan menjaga kebajikan peneroka. 112,635 peneroka atau 1 juta lebih keluarga peneroka dan kakitangan felda. Yang diterjemahkan kepada 54 kerusi parlimen untuk UMNO. Semua nya hiudp dalam 1 Malaysia Dalam Bahaya( 1MDB).


tindaslah lagi kerana kami Melayu.
Kalau demikian- tidak mengapa UMNO, terus rompak dan lanun lah felda ini. Peneroka tetap akan menyokong UMNO. Peneroka akan memaafkan apa sahaja yang UMNO lakukan, kerana UMNO itu Melayu.


3 tahun dalam kerugian.
Market capitalisation syarikat kebanggaan mereka- FGV hilang RM10 billion diatas kertas. Jumlah saham yang diperbesarkan ketika apungan 2012 dahulu ialah 3.6482 billion. Pada harga RM4.55, market capitalisation nya ketika itu ialah RM16.6 billion.

Ini syarikat yang akan mengharumkan nama Felda di pesada dunia. Syarikat ladang integrated yang terbesar didunia. Macam2 ada dalam nya. Sebuah syurga loka yang menjanjikan durian runtuh bersiri. Siapa beri durian runtuh? UMNO. Kerana UMNO pemberi rezeki, penjaga kebajikan dari buaian hingga ke tiang lahad, tidak mengapa jika UMNO memperkosai rakyat. Mereka kan Melayu?

Peneroka berada dalam keadaan yang lebih teruk dari sebelum FGV ambil alih. Jika peneroka berada dalam keadaan worse off than they previously were, maka keputusan mengapungkan FGV bukan suatu keputusan ekonomi yang baik. Tapi, kalau kita fikir balik, apa yang Najib tahu tentang economics?

Sekarang apa jadi? Harga seunit saham nya ialah RM1.65? menurun ke RM1.60. jika RM1.60, market capitalisation nya ialah RM 5.84 billion. Wow!

Nilai syarikat FGV hanya 35% dari nilai asal. Apa yang sudah dilakukan oleh lembaga pengarah FGV? Di Felda apa Isa Samad buat? Apa yang Najib al Bugis buat sebagai menteri yang jaga Felda?

Mereka tak buat apa2 kecuali ambil dan belanja wang felda. Peneroka ternganga mulut hanya mampu menyertai sanjungan dan sorakan ketas ‘kebijaksanaan’ Najib dan isa anak Pak Samad.
tanah mu diambil orang.

Bayangkan scenario ini: pak peter sondakh bisa jadi pemilik majority FGV. Dengan berbiliun kita yang beri dia, dia boleh beli semua saham outstanding FGV iaitu sebanyak 2.1889 billion units. Pada harga RM1.50 sebagai contoh, harga 60% outstanding shares ini ialah hanya RM3.28 billion.peter Sondakh bisa membeli kesemua outsanding shares dan jadi pemilik 60% saham FGV. Dia akan jadi majority owner.

Siapakah yang menyebabkan ini berlaku jika ia benar2 berlaku? Najib Razak. Isa Samad. Dan mungkin Khazanah Nasional- satu lagi actor dalam rantaian penyamun tarbus.

Saya tidak fikir keputusan yang besar seperti membeli asset dari kumpulan Rajawali milik Peter Sondakh dibuat sendirian oleh Isa anak Samad. Ia mesti mendapat persetujuan dari Najib al Bugisi wa al Pekani.

Jadi Najib balun kita dengan 1MDB. Kemudian dengan FGV. Nantilah- akan muncul lagi lubang2 yang digali lebih besar dari 1MDB. Lookout for pendedahan apa yang dibuat keatas Khazanah, dan Amanah Raya. Kita nak tahu apa jadi kepada berbilion Ringgit duit tidak dituntut dalam Amanah Raya? Entah2 sudah hilang.

Saya dapat merasakan, kita ahli politik sebetulnya tahu hanya sedikit sahaja dari malapetaka dan bencana Najib dan kerajaan nya lakukan. Itu sebab mengapa Dr Mahathir kata, yang menakutkan Najib ialah tindakan undang2 keatas nya jika tidak berkuasa.

Semua berlaku semasa pengawasan Najib. Najib sudah menjadi malapetaka untuk negara kita. 
simpatilah nasib peneroka.

Saya tak sampai hati nak kata padan muka peneroka. Inikah balasan kepada peneroka kerana setia menyokong UMNO? Parti yang dikatakan menjaga kepentingan Melayu? Saya tidak anti Melayu sebab saya bangsa Melayu dan beragama Islam. Saya hanya anti UMNO yang menipu bangsa Melayu.

Harga saham syarikat yang mengandung pelaburan mereka jatuh. Harga saham masa apungan : RM4.55. Harga sekarang : RM1.65. dan ia mengalami free fall.

Peter Sondakh ada duit banyak. Yang beri dia duit itu ialah Felda Isa Samad yang mungkin diarah oleh Najib keturunan lanun Bugis itu. Kita yang beri dia senjata, maka dia akan menikam kita kembali. Dengan dana berbilion Ringgit, dia boleh beli saham2 FGV yang kian murah. Akhirya, Peter Sondakh akan menjadi pemilik terbesar FGV.

Ini yang sepatutnya dikhuatiri oleh peneroka felda. Dari hak kita, menjadi hak orang lain. Jutaan Melayu yang diperdengarkan lagu anak kecil main api, inilah bencana kalau mereka duduk diam membiarkan kerajaan Najib melakukan segala perkara fasad.

Felda sendiri akan menjadi pemilik minority, yang lain nya disapu oleh Peter sondakh. Kita  buka pintu, orang Majapahit masuk kedalam kota. Hang Tuah tidak ada. Jebat entah dimana. Yang ada ialah Hang ManaLari.

langit mendung diatas rancangan Felda.
Kepada peneroka felda, apa ertinya ini?  Ertinya, dividend keatas ekwiti mereka dalam FGV akan menurun. Untung dari FGV akan  berkurangan. Bila berkurang, mereka tidak dapat membiayai kemudahan masyarakat dalam felda.

Dan peneroka jangan ingat kerajaan mesti dan wajib memanjakan mereka. Peneroka sudah pun mendapat tanah dan kemudahan2 yang tidak diperolehi oleh kampong2 tradisional.

Mereka tidak boleh mengharapkan bahawa kerajaan akan menampung dan menanggung mereka. Peneroka ada felda dan sekarang syarikat pelaburan mereka- FAHC dan KPF untuk melabur dan mendapat untung bagi pihak peneroka. Felda sendiri sebagai pemegang saham dalam FGV  pun bertanggung jawab keatas peneroka.

Itu sebabnya, peneroka mesti waspada dan memerhati dengan teliti apa FGV dan Felda buat. Kalau mereka belanja sesuka hati dan menghabiskan duit felda untuk menolong kerajaan Najib yang kian lama kian terserlah menipu dan membohongi rakyat, ini akan membebankan peneroka. Peneroka mesti bangkit dan menolak projek2 yang mengayakan rakan2 Najib.

Dan Peter Sondakh ialah kawan baik Najib yang sudah banyak membeli hartanah di Malaysia. Hotel di Langkawi, hotel di Kuala Lumpur dan mungkin beli tanah Tabung haji untuk membuktikan TH dapat untung RM5 juta.

Kemasukan Peter sondakh dalam ekonomi Malaysia adalah rentetan dari rantaian bisnes yang terjalin lama yang dilakukan oleh Khazanah Malaysia. Apa peranan yang dimainkan oleh khazanah dalam kes ini?

Mungkin mereka lah yang menasihati FGV dan mengesyorkan rakan Pak Peter sebagai calun terbaik kepada Pak Najib. Dan Ibu Rosmah.

Dalam semua kes2 dimana Peter Sondakh memetik buah2 yang tergantung rendah, yang membantu dan jadi bidan ialah Khazanah. Apakah Khazanah telah menasihati Isa Samad, bahawa belian RM2.8 billion ladang sawit dan gula milik Sondakh adalah pelaburan yang baik? Ianya boleh dijustifikasikan sebagai langkah mengujudkan ekonomi skala dan integrasi ekonomi asean.


pemimpin UMNO membisu seribu bahasa.
Tidak ada pun pemipin UMNO yang mempertikaikan pembelian ini. Mereka semua tidor dengan elaun yang besar kerana jadi chairman badan2 berkanun milik negara.Najib terlebih dahulu menyumbat mulut mereka.

Isa Samad, spend baby spend.
Ketika harga saham FGV jatuh, dan hasil kurang, FGV gatal hendak beli asset. Ianya terbukti langkah yang kurang bijak apabila Felda membeli saham yang tidak menguasai. Ianya seperti masukkan duit hanya untuk bantu kawan Najib.

Apa yang hendak dibeli oleh FGV? Ia hendak beli ekwiti atau saham dalam suatu kumpulan bisnes ladang yang bernama PT Eagle High Plantations dan 95% ekwiti dalam suatu projek menanam gula terletak di Pulau Papua –kedua dua nya milik Peter Sondakh melalui syarikat Rajawali Group.

Dalam urusniaga tersebut, , Felda akan membayar US$679juta untuk memilik 37% pegangan dalam syarikat  Eagle High dan membayar US$66.5juta untuk ladang bisnes gula Peter Sondakh.

FGV yang saham nya sudah jatuh dan pendapatan nya berkurang memikirkan ianya suatu langkah yang baik, untuk keluar duit beli estet sawit dan gula? Kenapa tidak conserve duit itu?

3 tahun pun FGV tidak mampu menunjukkan kejayaan. Yang kita dengar FGV bina bangunan baru, hendak bangunkan bandar baru, beli hotel, beli syarikat2, - ertinya, belanja lebih dari pendapatan. Isa samad mengurus FGV macam mengurus negara dan negeri. Tidak mengapa kalau bajet deficit.

Beza nya, setiap perbelanjaan membawa risiko ianya akan rugi. Bila rugi akan mendedahkan para peneroka yang bergantung harap kepada ejen2 pelaburan nya dalam FGV bertindak sebagai pengurus pelaburan yang bijak.

Syarikat yang melabur bagi pihak peneroka, ternyata tidak cekap malah incompetent. Mereka sepatutnya unload shares mereka ketika harga masih baik. Bila FGV mengalami kerugian , dividen rendah. Bila rugi, mereka kurang pendapatan. Bila kurang pendapatan tidak dapat belanja keatas perkara yang penting untuk peneroka- sebagai peminjam pilihan akhir, sebagai sumber meminta bantuan, melaksanakan kemudahan masyarakat, dan lain lain lagi.

Jika FGV dalam kesusahan, bagaimana ia menjaga kebajkan peneroka?

Peneroka kuasailah masa depan kamu.
Bayangkan ini, peneroka felda sendiri, jika ada modal wang boleh membeli semua saham yang ia tidak miliki pada harga ini dan menguasai bisness. Ertinya, kesemua Felda dan FGV boleh dibeli oleh peneroka.

Semua peneroka melalui KPF pergilah mengadap maharaja Najib dan merayu pada nya supaya memberi jaminan kerajaan. Dengan jaminan kerajaan, KPF isiu bond RM5 billion- beli semua saham outstanding dan letakkan sumber pengkayaan dalam tangan peneroka sendiri.

Jika Najib boleh beri surat jaminan kerajaan kepada 1MDB, mengapa tidak beri keistimewaan yang sama kepada peneroka felda?

FGV ialah suatu kesilapan.
Saya harap 112, 635 peneroka seluruh negara sedar bahawa pelaburan mereka dalam FGV, adalah suatu kesilapan yang besar. Harga saham yang dahulunya RM4.55 menjunam jatuh kepada RM1.65. Nilai satu unit saham hanya satu pertiga harga asal. Macam harga saham amanah negeri2. Yang menyekat jatuh lagi ialah pembelian oleh GLC2 kerajaan. Tapi berapa lama dapat mereka bertahan?

isa samad instrumen bencana.
Kepada peneroka ini petanda2 pasaran yang tidak baik. Bukan sahaja ia menggambarkan industry minyak sawit muram, ia juga petanda orang perniagaan tidak yakin dengan cara FGV diurus. Terutama dengan pengerusi nya Isa Samad.

Isa Samad dikenali sebagai seorang yang lebih suka berbelanja dari berjimat dan mengembangkan kapasiti FGV. Semenjak jadi pengerusi FGV Isa Samad telah melakukan perbelanjaan yang mencurigakan. Antara nya ialah membeli hotel di England dengan harga lebih tnggi daripada harga penilaian. Harga nya RM100 juta melebihi harga penilaian. Ini sudah cukup menimbulkan keraguan dalam transaksi. Ianya tidak menyekat sangkaan bahawa FGV sengaja membayar nilai yang lebih untuk mengagihkan lebihan RM100 juta tersebut.

14 comments:

bruno 23 June 2015 at 08:56  

Sometimes,we have to wonder what GLC's are for.Are these GLC's set up for profits or just to place the shelf life expired politicians,to milk the cows tilts till they drop like dead dried papayas.As we all know,FGV has a chairman,an ex MB who was found guilty by his party for money politics.This guy was chased out of office by Badawi,but was later rewarded by Najib.It was rumored that he had pictures or saw Najib half naked in a hotel room in PD.And this crook already half bankrupt the FGV,sending the IPO price of RM4.55 to under RM1.80.

Then we have another disgraced politician,an ex CM who raped an underage schoolgirl.He was also a producer of xxx videos of a man resembling you know who.As his reward for being a poodle he was appointed chairman of Risda,instead of doing fifteen years in Sungei Buloh plus fifteen strokes of the rotan.

Then we have a sixty something year old man of bad habits,who love to hump camels in the belakangs.For humping camels,he was charged with sodomy and had to spent five years in Sungei Buloh.

Now which case is more serious.Humping camels or raping underage schoolgirls?
In the land of the bolehs,it all depends on which side of the divide one belongs.In this case the humpster of the camel got five years,and the raper of the underage schoolgirl got a chairmanship in one of the GLC's.Only in Malaysia,the land of the bolehs.

Anonymous,  23 June 2015 at 09:04  

Sakeping gambar di Port Dickson sangat menggerunkan pahlawan Bugis.

Anonymous,  23 June 2015 at 09:11  

Membuang masa shaja berleter. Rampokan demi rompakan akan terus dilakukan. Samailah masanya nya mujahid2 tulin bertindak.

bruno 23 June 2015 at 09:25  

Dato,FGV is being run by a man found guilty of money politics by his own political party.For a man to be a big player in money politics,of course he has to be very corrupted.Or else where he got to get all this dirty money to fund his campaign?

One need not be a rocket scientist or genius to figure it out,that when a fox is put in charge of henhouses,of course the chickens are going to get raped.Just ask Thambi Chik,he will know.

For a start,the IPO of FGV was too high.The price was considered high because the majority of the trees were aging,old lembak ones soon to be send to chipboard plants.Buying overpriced properties in the UK,aging processing plants in the US and Canada.Orang putihs just love these dunggus belakangs,because of their tidak apas attitudes of orang putihs take three dollars dunggus take one dollar.No wonder all the henhouses are totally empty.

Anonymous,  23 June 2015 at 12:27  

NOW PAS IS DREAMING OF UNITY GOVT WITH UMNO TO HAVE A PIECE OF THE ACTION BEFORE NAJIBS GRAVY TRAIN CRASHED

Anonymous,  23 June 2015 at 13:15  

Tidak apa BN, tidak apa UMNO, balun jangan tak balun. Wang rakyat banyak lagi, wang rakyat tidak akan kering , tidak akan habis selamanya. Hasil cukai (GST) setahun hampir RM30b tahun, 5 tahun RM150b, 10 tahun RM300b. Belum termasuk hasil cukai lain yg berjumlah ratusan biliion RM setahun. Balun jangan tak balun!

Firestone 23 June 2015 at 15:46  


Dato masih berbincang hal Felda? Trend dah lepas lah Dato.... sekarang trend ialah berbincang hal MARA pulak.... Dato mesto cepat sebab pasti banyak lagi hal2 GLC lain jadi jangan ketinggalan zaman nanti...

peneroka bilut,  23 June 2015 at 15:48  


Najib ambil aleh felda mulai April 2004. Dia buat brainstorm dengan org2 kanan yg dibawa masuk ke syarikat felda, konon nak transform felda jadi global. Ideanya blue ocean strategy konon lah. Lalu disuruh felda holdings beli Twin Rivers US & buka kilang canola di Canada. Ini Yahudi US sudah lama merengek nak jual Twin Rivers ketika Raja Alias lagi...tetapi Najib bangga dapat membeli syarikat US & mendabik dada konon felda sudah dapat terokai business di US. Maka disini lah bermula ujud FGV.
Tahun 2009, felda beli gula Kok Bros dengan pinjaman KWSP rm6.5 bilion. Jumlah ini juga digunakan menampung replanting lot2 peneroka, projek Gedung dll. Sesudah beli sykt gula, MSM dilisting di Bursa. Di sini lah bermulanya keseronokan Najib mahukan listing yg lebih besar yg bole melonjakkan pasaran di Bursa. Lalu dikumpulkan hulu balang bala tentera utk menyenaraikan FGV. Isa Samad diberi tugasan. By hook or by crook, listing mesti on ikut jadual. Sebab, PRU 13 sudah dekat!!! Poket sudah kosong, duit mau cari... Tanpa lengah2, Isa ambil tindakan satu persatu. Disingkirnya Ceo Felda & dihantar ke Rome. Yg kanan2 bawah Ceo dipoolkan dan peti sejuk. Diupahnya NGO2 Perkasa, Belia, Seranta menjadi tukang arak dan sesiapa membantah, NGO2 ini lah tampil di depan dengan sepanduk2 & jurucakap di TV surat kabar dll. Diupahnya bekas2 org PKR spt Ezam, Zul, Ruslan, Zaharin dll utk menghentam pengurusan felda yg membantah FGV dan sesiapa yg tak sokong FGV. Media diberikan layanan khas utk promote FGV. Bloger dibayar lumayan utk menfitnah pengurusan kanan felda ie bigdog dll. Berbagai lah janji ditabur utk kaburkan penroka. 8 Mei 2012, ketika umum durian runtuh di Jengka, Najib sanggup menggelarkan penroka yg menentang FGV sebagai haram jadah....belum ada seorg pemimpin di dunia yg sanggup menghina rakyat dengan sedemikian perkataan!
FGV mulanya 100% owned by felda. Sebelum dilisting, FGV merengek supaya felda lepaskan pegangan 49% ekuiti dlm felda holdings (51% dipegang oleh KPF). Bila sudah dpat segalanya dan semua berjalan lancar, maka FGV disenaraikan Jun 2012. Berbunyi lah gong dgn harga buka rm4.55.
Business di US Canada mula lingkup. Lalu FGV merengek supaya KPF lepaskan pegangan 51% dlm felda holdings. Disini lah mulanya sejarah hitam penroka bila menyerahkan sesuatu yg amat berharga kpd FGV.
Org2 baru dibawa masuk ke FGV dan ditawarkan pakej gaji yg mahal tinggi. CEO baru no track record jaga bursa co. Planters digantikan profesional. Maka plantation jadilah cara merba. Yield jatuh merosot sekitar 17ton per hec. Cost cpo sama dgn harga cpo. Macam mana mau untung?!!
Fgv hanya loncatan utk hadapi PRu 13. Genting pegang 405 juta unit saham FGV selama 19 hari. Org2 bahagian si polan si anu jugak pegang saham FGV dan menjualnya sekelip mata. Yg untung dan pelahap ialah puak2 yg dibelakang tabir. Yg rugi ialah peneroka bilamana KPF tergadai di tangan FGV. Kepada peneroka, FGV ibarat lebai malang. Ke mudik pun terlepas, ke hulu pun melepas...!

peneroka bilut,  23 June 2015 at 18:07  

Menyambung sikit pasal fgv... Tan Sri Raja Alias adalah tokoh yg berjaya membangunkn felda dan mengubah nasib org miskin yg tidak bertanah. Seorg yg low profile, tidak dabik dada, jujur dan penuh integriti memajukan felda. Tetapi pada tahun 2000, umno tanpa segan silu mengasak bertubi2 supaya Raja Alias digantikan dgn org umno. Umno dakwa kejayaan felda adalah titik peluhnya dan felda sepatutnya diterajui umno sendiri. Sebelum sempat undur dari felda, Raja Alias melangsaikan hutang felda sekali gus dgn World Bank rm2.2 bilion. Sepatutnya hutang ini habis 2014. Bayangkan bagaimana keadaan felda skrg dibwah tadbiran Isa Samd sekiranya hutang ini tak dilangsaikan?????
Raja Alias tinggalkan felda dlm keadaan baik, cantik dan kukuh. Felda Holdings memiliki lebih 40 sykt subsidiri, bersekutu & usahasama & saban tahun mengaut untung berbilion. Untung ini pula dipulangkan kepada peneroka melalui koperasi KPF yg memegang 51% dlm felda holdings. Felda Holdings dianggap konglemerat terbesar yg kukuh di negara ini sehingga amat sukar digugat walau apa situasi pun. Bukan mcm KUB!! Syangnya Najib telah mengkhianati peneroka mengujudkn fgv dan menjadikannya public co. Ertinya penroka dulu makan kek sesama sendiri, skrg trpaksa mencubit secebis kek dan yg selebihnya disapu oleh org lain....

bruno 23 June 2015 at 20:34  

During the time of the Alliance,under Tunku,people from all walks of lives and faiths can walk into mosques,temples and churches.Nobody said anything or complaint this and complaint that.Muslims,Chinese,Indians,Sikhs,Christians and orang putihs can all sit down together at the same table and have a nice sumptuous meal.Even drink beers and liquor too,with no religious orang utans to be seen.And most importantly,no police reports need to be made.

Nowadays,every single small minor things,people with nothing to do,except playing with their own marbles are the ones making police reports.Even cats humping dogs in the back alleys needed a police report.To these dunggus,please do yourselves a favor and go get a life.

During Mahathir's time things practically changed.It was the revolution of widespread corruption and cronyism.It is not to say that there was no corruption during the times of Tunku or Razak.There is and will always be corruption anywhere on this planet,only that it was on a minor scale.Public officials on the take were as quite as a tikus.Not thumping their noses at the rakyat with their mansions,mistresses younger than their grand daughters in tow and million ringgit cars (pronounced as toys) for their spoiled offsprings.

Things got worse when Mahathir took in Anwar.Race relations and religious tolerance,including our standards of education went to the dogs.Anwar's brand of politics is no better than Mahathir's.That is the reason why Umno Malays will never except Anwar as the PM.Now that Anwar is under the hospitality of the Umno,it is better to not mention his name where politics is concern.

The PR needs to have at least a few very good Malay leaders.Good Malay leaders that will have Umno members flocking to vote for the opposition.I could hear some people mumbling Rafizi's name in the background.Forget about this guy.He is a political dunggu.Someone more like the Dyana Sofya types.Leaders that can appeal to both sides of the divide.

Unknown 23 June 2015 at 21:02  

Mengapa tidak d dedahkan utk tatapan umum ?

Unknown 23 June 2015 at 21:07  

Dlm MARA pun ada banyak cerita tu.......

Anonymous,  24 June 2015 at 09:27  

Bangun peneroka bangun pilh yang terbaik
Tidak kira kaum. Cari yang baik. Jangan tengok seban da terpesona. Bugis ka mamak ka Banjarka boleh berubah bila dapat kuasa.
Rakyat kawal ahli politik bukan ahli politik kawal rakyat. Pilih ahli yang lebih amanah dan berbakti
Pendekkan tennureship mereka. Perkemaskan undang untuk rakyat dan ahli politik supaya sentiasa cek dan balance.

Unknown 26 June 2015 at 00:58  

Actually there is nothing wrong with our country Malaysia the land of boleh but everything is wrong with UMNO BN. The government of 5 decade. Malaysia really can tahan for 5 decade of rompak n samun in broad daylight. Malaysia boleh. Betul betul boleh tahan. Tapi tidak lama unless we change government.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP