Sekitar Ribut Isu pandangan Setpol Encik LIm Kit Siang.
Setpol
Encik Lim Kit Siang dan UITM.
Apa
sudah jadi kepada pemimpin UMNO? Respons mereka terhadap isiu2 yang
dibangkitkan sejak akhir2 ini dibuat dalam keadaan hysteria. 2 minggu lalu, bila
Anwar Ibrahim mencadangkan perbincangan meja bulat, cadangan tersebut dibaca
sebagai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.
Anwar Ibrahim mengajak pemimpin UMNO yang bengap untuk berbincang mengenai polarisasi kaum, mengenai rasuah, mengenai pengurusan ekonomi negara, mengenai jinayah dalam negara dan perkara2 umpanya. Perkara yang mudah ini pun pemimpin UMNO tidak faham sebab diserang penyakit sawan babi dan hysteria.Pemimpin2 PAS pun saya harap fahamlah dahulu cadangan Anwar itu. ini bukang kerajaang perpaduang.
Anwar Ibrahim mengajak pemimpin UMNO yang bengap untuk berbincang mengenai polarisasi kaum, mengenai rasuah, mengenai pengurusan ekonomi negara, mengenai jinayah dalam negara dan perkara2 umpanya. Perkara yang mudah ini pun pemimpin UMNO tidak faham sebab diserang penyakit sawan babi dan hysteria.Pemimpin2 PAS pun saya harap fahamlah dahulu cadangan Anwar itu. ini bukang kerajaang perpaduang.
Bukan
untuk bergabung dengan UMNO. Takde orang hendak bergabung dengan UMNO. UMNO parti fiudal, rasuah dan rasis dan zalim kepada orang Melayu. Kita bukan
ingin bergabung, kita hendak lawan UMNO sampai UMNO kalah. Kita hendak memerdekakan
orang Melayu dari perhambaan UMNO yang feudal ini. Fakta nya, UMNO itu lanjutan dari orang2 yang
tuan hamba sini dan tuan hamba sana iaitu pemilik hamba abdi zaman dahulu. Rakyat
Melayu jangan lupa, bahawa ciri utama fiudalisme Melayu ialah memiliki hamba. Sebab itu kalau kita baca sejarah, tokoh2
membahasakan diri mereka tuan hamba. Rakyat biasa membahasakan diri mereka
hamba. Zaman dahulu, orang Melayu terbahagi kepada 2 kategori sahaja- pemilik
hamba dan hamba abdi atau hamba sahaya.
Orang
Melayu yang revolusioner dan yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi tidak
akan mahu bergabung dengan UMNO. Memperjuangkan kepentingan orang Melayu tidak
semestinya melalui UMNO. Dimana pun kita berada, jika kita Melayu kita boleh
memperjuangkan orang Melayu.
Ada
orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pemimpin mereka? Ada orang
UMNO yang berani mendedahkan keadaan sebenar orang Melayu yang rata2 nya masih
miskin? Yang masih tidak dapat bekalan air, yang tak mampu memiliki rumah, yang
tidak berumah, yang hidup kais pagi makan pagi? Mustahil orang UMNO berani
bercakap mengenai perkara2 ini.
Cakap2
langkah mayat dia dahulu, baru boleh
buat apa2 adalah cakap besar orang
yang sebenarnya tidak ada kekuatan. Masaalah orang Melayu UMNO ialah dia ingat
dia seorang sahaja yang kuat. Kalau dia tumbuk orang lain, orang lain duduk
diam sahaja. Sikap dan mentality seperti ini lah yang menyebabkan orang melayu
kalah. Tidak syak lagi, semasa Portugis
melanggar Melaka dahulu, tidak sedikit yang berkata langkah mayat mereka
dahulu. Orang Melayu pakai lembing dan keris, parang dan pisau, kapak dan
beliung, mereka lupa Benggali Putih ada meriam dan senapang. Kita kuat, tapi
jangan lupa orang lain pun ada kekuatan. Jadi, janganlah cakap besar , langkah
mayat aku dahulu. Ini cakap remaja yang muka nya masih berjerawat dan basuh
kencing pun tak sempurna lagi.
Saya
berada dalam parti DAP. Saya berani bercakap mengenai perkara2 yang segan atau
tidak berani dicakapkan oleh pemimpin UMNO. Ada orang UMNO berani kata UMNO itu
parti rasuah dan mengunakan kuasa kerajaan untuk mengayakan diri pemimpin dan
syarikat2 kaitan dengan UMNO?Dan di hadapan rakan2 Cina dalam DAP saya berani kata, keadaan orang Melayu masih teruk.
Saya
cadangkan pemimpin UMNO hari ini kembali kepada prinsip asas- back to basics. Jangan nak suruh orang lain belajar sejarah. Belajar
apa parti politik boleh buat dan tidak boleh buat dalam sebuah demokrasi. Belajar
umpamanya sejarah pembinaan PWTC itu. Tahukah pemimpin UMNO tanah yang 10 ekar
itu siapa punya dan mengapa tuan tanah sanggup beri pada UMNO semata mata
kerana berpegang pada prinsip berkerajaan bahawa parti politik yang memerintah
tidak boleh mencabul kuasa? Orang Melayu sebetulnya kena cari pemimpin
berprinsip seperti ini bukan memilih pencuri dan pembunuh.
Tanah
itu dahulu milik Tengku Razaleigh Hamzah yang diberi percuma kepada UMNO. Kenapa
beri percuma? Kerana Tengku Razaleigh Hamzah memikirkan bahawa parti politk
tidak boleh memohon tanah dari kerajaan bila memegang kuasa. Melakukan demikian,
melanggar prinsip berkerajaan. Menjadi kerajaan bukan lesen melakukan sesuka
hati. Prinsip ini pemimpin UMNO seperti mamak padukang Mahathir tidak
faham . pemimpin UMNO yang rasuah dan tidak berotak sahaja yang berfikiran
seperti ini.
Parti
politik tidak boleh memohon tanah dari kerajaan. Maka oleh kerana UMNO ketika
itu yang memikirkan bahawa mereka menguasai kerajaan maka boleh memohon tanah,
UMNO bercadang memohon tanah untuk membina ibu pejabat UMNO. Pemimpin yang berprinsip seperti Tengku Razaleigh tidak bersetuju. Untuk mengelak daripada
mencabul kuasa kerajaan, Tengku Razaleigh yang mempunyai tanah ditapak PWTC
sekarang( yang dia beli dari pemilik Punjabi atau Chettiar) memberi tanah seluas 10 ekar itu
kepada UMNO.
Pemimpin
UMNO yang menjerit sana sini hari ini tahu tidak perkara ini? Tak tahu. Sebab dalam
kepala mereka, menguasai kerajaan itu lesen untuk melakukan rasuah, kezaliman,
ambil kesempatan, balun tanah, balun syer syarikat, buli orang dan memurtadkan
Melayu yang tidak sealiran pemikiran mereka.
Jadi
sebelum pemimpin UMNO hari ini yang tak seberapa cerdik menasihatkan orang lain
membaca sejarah, eloklah pemimpimn UMNO itu sendiri membaca sejarah perjuangan
orang Melayu terlebih dahulu.
Kembali
kepada pembacaan ajakan Anwar berunding meja bulat. Pembacaan itu tidak betul. Demikianlah
masa dulu emak dan bapa suruh pergi belajar, kamu ponteng dan bersidai dikedai
mamak hisap rokok. Bila besar, masuk parti UMNO dan terbawa2 kebodohan remaja
bersama sama.
Sudahkah
pendita2 dari UMNO ini membaca dan faham apa yang Dyana Sofiah Mohd Daud
setpol Lim Kit Siang nyatakan? Dia hanya menceritakan perasaan sedih dia
melihat kawan2 bukan Melayu yang miskin dan tidak kemampuan tidak dapat
melanjutkan pelajaran. Pemimpin UMNO tdak sukakah kita ada perasaan sedih
melihat orang miskin? Mungkin kerana tidak ada perasaan sedih inilah, maka hari
ini kita lihat ada 10 juta orang Melayu mempunyai pendapatan bulanan RM1500
kebawah.
Oleh
kerana dia ada perasaan sedih melihat bukan Melayu yang tidak mampu melanjutkan
pelajaran, dia beranggapan adalah baik jika sebuah institusi seperti UITM diujudkan
untuk bukan Melayu. Yakni suatu tempat yang memberi peluang kepada bukan Melayu
yang tidak mampu mendapat peluang melanjutkan pelajaran.
Orang
Melayu mesti terima kenyataan bahawa bukan semua orang Cina dan bukan Melayu
itu kaya dan mampu. Dalam kawasan saya, kalau kita rajin masuk kekampung2 baru
CIna di tempat2 seperti Kg Baru Sempalit, Sungai Ruan, Sungai Lui, Cheroh, Sang
Lee, Teras dan Sungai Chetang, kita akan dapat lihat bahawa ramai orang Cina
yang miskin. Anak2 mereka tidak menyambung pelajaran pun. Kepada mereka yang
seperti ini, apa harapan yang boleh kita sebagai sebuah kerajaan berikan?
Ini kerajaan untuk rakyat Malaysia bukan? Kecualilah ketika saya tidur malam tadi, pagi ini, kerajaan Malaysia sudah bertukar menjadi kerajaan untuk orang Melayu sahaja. Bahkan bukan itu! Menjadi kerajaan untuk orang Melayu UMNO sahaja!
Ini kerajaan untuk rakyat Malaysia bukan? Kecualilah ketika saya tidur malam tadi, pagi ini, kerajaan Malaysia sudah bertukar menjadi kerajaan untuk orang Melayu sahaja. Bahkan bukan itu! Menjadi kerajaan untuk orang Melayu UMNO sahaja!
7 comments:
Satu ulasan yang cukup keras utk puak2 UMNO. Tapi boleh kah puak2 ini paham maksud nya?? Rata-rata UMNO leaders or supporters otak seperti seekor udang!
Dato,
Dyana Sofya is not a racist. She is only breaking the truth, that many genX/Y M'sians r very well acknowledged within the M'sia sopo context.
The current crops of umno cartel are still in denial - singing the same old same old within the choir to a dying, feudalistic crowd, whom r been constantly been reminded on the threat to their AlfBaTa. Siege mentality reinforce, so that the cartel could continuously collect spurious brownie points for been champion of the race.
Dyana Sofya is wrong on one count.
Not another race-based tertiary institute to cater for the educational needs of the poor Nons. This is counter productive & playing the same divide-&-rule game of the umno baboons.
Instead we should consolidate ALL the existing public universities into 10 prime universities, with full meritorious intake policies.
No more quotas. No more race-based excuses. No more free lunches. No more zero-sum game!
Such action would for an instant upgrade the standard of our tertiary education to her past glory. Better quality students, more qualified lecturers, better equipped facilities all round - all due to the better allocation of limited available funds, in the current economic trying time.
Every qualified M’sians competes on equal ground. Not more marker buta to jack up the quantity of the graduates. A scheme THAT is a dis-service & disgrace to the hidden ability of the Malay M’sians. Moreover, it breeds free-loading leeches, who r the one that ultimate suck into their own people. Everyone of u, who has conscience & truth to yr religious upbringing, should denounce it.
Remember this;
"If UiTM accepts non-Bumiputera students, our country will deteriorate as there would not be an understanding between races in Malaysia. - UiTM former vice-chancellor Tan Sri Ibrahim Abu Shah
This is the shallow minded nincompoop that is been tasked to lead UiTM!
"Leave UiTM be. This university needs to play a role in helping Bumiputera youths. We don't see a need to open UiTM to other races. - Umno Supreme Council member Datuk Saifuddin Abdullah
A so called open-minded cartel member, who still cannot see the wrongs in having the current UiTM setup!
Hello, how many yrs do u need for the Malays to be spoon fed? Until the country stands equal to current Greece or until there is a realization that it only moulds tongkat-supported Malays, whichever comes first?
As for Umno Selangor state liaison chief Datuk Seri Noh Omar, let him be! He is terminal in ketuanan outlook. Let him survive his remaining umno days in the continuous chant of the mis-interpretation of the Article 153 of the Constitution.
Salam Dato,
Sy suka dgn penulisan Dato ni.Ringkas dan mudah di fahami.Tepat serta kena pada maknanya.Bersetuju dgn pimpinan sekarang biarlah bersikap terbuka berbincang untuk keharmonian rakyat.Sebelah BN terlalu ramai pimpinan yg korup dan tidak salah di kategori bodoh sombong (@sememangnya bodoh).Pemimpin PR harus tonjolkn diri sebagai pemimpin rakyat dgn brsikap terbuka utk brdiplomasi mengenai permasalahan rakyat.Kita trpaksa akur mereka masih memegang kuasa tetapi pihak PR juga menpunyai sebahagian kuasa juga.Jadi jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.Gunakan sudut yg dimana2 pun utk membantu rakyat.Mengenai pimpinan Pas pula terutamanya Pemuda Pas "tolonglah jadi cerdik".Zaman sekarang bukan zaman hipokrit,org sudah jadi cerdik jadi pemimpin haruslah lebih cerdik.Jadi sebelum keluarkan statement baiklah fikir dahulu.
askm tok
umno n bn memang dah namapak kalau rakyat dah pandai akan jadi melawan...itu sebab KPM buat dasar pelajaran baru supaya rakyat pandai tapi x melawan
Salam Sdr Wakil Rakyat SAK;
Orang Melayu yang tamak kuasa itu adalah dari gulungan totok UMNO. Mereka berfikiran demikian kerana merasa masih tidak cukup laba negara di cabuli. Takut akan bayang2 sendiri kerana perlakuan yang buruk. Takut anak cucu mereka keputusan laba dan tak dapat hidup berpoya2.Takut bangsa lain menggunakan kercerdikan bagi membetulkan kebodohan mereka, sebab itulah mereka lebih rela diketuai oleh seorang President yang tidak cerdik tapi pandai joli.
Harap2 para pemikir dari Pakatan Pembangkang dapat memikirkan satu kaedah bagi memastikan semua rakyat dapat hak untuk cerdik dan dapat melepaskan diri dari belengu BR1M yang diketuai olih seorang yang tidak cerdik......Myi
Spot on Dato!. Saya setuju 100% apa yang Dato tuliskan. BN/UMNO akan memusnahkan negara kesayangan kita jika mereka dibagi teruskan begini.
Saya sgt setuju dengan pendapat Dyana Sofiah Mohd Daud ! She is true and just to her convictions, adil saksama - itu saja - melaksanakan tuntutan agama untuk kebaikan yang berkenaan. There is no short cut to learning for ones to be working or doing things with confidence and skills.
Set the uitm doors open to deserving non Malays and Malays from financially constraint background - whose homes are scrutinized and verified by officials with integrity. How is active particpation in co- curricular activities measured, whereby horseback riding, driving a new car for a late teen - aren't they on the upscale hobbies - yet one is offered a govt scholarship ? Does the particular pursuit benefit others max or is it more of the opposite ?
2. How can ones ( one / two children ) from a financial well- off family ( to be indulging in expensive hobbies ) be offered a govt scholarship ? Yet one who is from a humble background, deserving, brilliant, all rounder, contributing to consistent community works, or from a single parent family or a low income family is denied scholarship ?
How is meritocracy measured - to be offered a govt scholarship; and / or without, even Malay students from less privilege background be held accountable, failing which, their scholarship is automatically converted into study loan or study loan is automatically converted into scholarship with first class honors ? Tak membuang masa clubbing dll.
Only deserving students, demonstrating persistent original innovations, great team work, critical thinking, analytical skills, content of responsibility and diligence, whereby their projects are of high benchmark, with no assistance from their teachers, parents or " paid professionals " to create innovations or assignments should be offered govt scholarship.
Then only the rakyat's investment will bring benefits to the respective department or org which they will serve the rakyat when they graduate.
Post a Comment