Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 18 September 2013

PemerKOsaan Ekonomi Melayu(bah 2)



Dalam artikel pertama atas tajuk ini dahulu, saya sudah menyatakan bahawa program pemerkasaan ekonomi Bumiputera adalah DEB dengan Dendaman. (NEP with a vengeance). Ianya akan memberi peluang kepada Putera-firsters untuk mengaut kekayaan sementara memberi khidmat-bibiran(lip service) kepada bangsa Melayu keseluruhan nya. Maka itu sebab saya katakan-pemerkasaan akan jadi pemerKOsaan.
Pada tahun 1970, pegangan kekayaan Melayu ialah 2%. Hari ini mengikut sebutan Dato Najib ianya 23%. Ertinya untuk mencapai pertambahan 21%, kita perlukan 43 tahun diperintah oleh UMNO. Adakah Najib kata untuk membaiki keadaan bangsa kita, kita mesti dinaungi oleh pimpinan UMNO? Adakah syarat kemajuan bangsa Melayu ialah mesti memilih UMNO? 
Kalau begitu baik orang Melayu/Islam gantikan ungkapan-sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk UMNO.
Jika demikian, mari kita lihat apa yang UMNO telah lakukan dan dengan rekod tersebut boleh atau tidak kita harapkan pimpinan UMNO?
Dalam tempoh itu, 90% pembuat keputusan dan dalam setengah tempat 100% adalah Melayu, tapi Melayu tetap miskin dan ketinggalan. Hampir semua pegawai daerah dari bangsa Melayu; hampir semua pengarah jabatan2 kerajaan ialah Melayu, TKSU dan KSU hampir semua Melayu, polis dan tentera- Melayu, Raja2 semua Melayu; gabenor semua Melayu, guru2 ramai Melayu. Bagaimana kita menerangkan atau explain sementara pembuat keputusan dan pembuat penentuan terdiri dari orang Melayu, tapi keadaan orang Melayu bawahan tidak berubah? Dan mereka yang diberi kuasa penentuan dan keputusan ini hampir semua diperakui dan disaringi oleh UMNO untuk menentukan mereka penyokong UMNO.
Jawapan nya mudah- mereka mendahulukan kepentingan peribadi dan kelompok daripada missi mengangkat martabat bangsa Melayu.
10juta Melayu dengan pendapatan bulanan RM1500 kebawah. Pemilikan asset bukan wang- kedai, bangunan dalam bandar oleh Melayu tidak lebih dari 5%. Ekwiti hanya 23%. Soalan cepu mas- apa yang pembuat keputusan ini lakukan selama 43 tahun? Ekwiti sebanyak RM54billion hampir habis dijual oleh bumiPUTERA- dari RM54billion tinggal RM2 billion.
Adakah kumpulan ini diberi peluang kedua untuk mengayakan diri?
Boleh atau tidak Najib membendung nafsu BumiPUTERA2 setakat menguasai 30%? Adakah bangsa Melayu yang berketuakan bumiPUTERA UMNO yang akan merupakan 70% penduduk puas dengan hanya 30% kekayaan? Kenapa tidak 50% untuk menjadikan negara ini adil dan saksama? Jika pertambahan 21% memakan masa 43 tahun, pertambahan dari 2% kepada 50% akan masa berapa lama?100 tahu pada kadar 1/2% setahun.
Kedua, jika tidak ada DEB, mustahilkah ekonomi Melayu berkembang mengikut kadar progress yang natural? Melayu bukan bodoh dan bukan tidak resourceful. Mereka bukan tidak mahu berkerja kuat. Yang malas tetaplah malas. Tapi yang rajin dan melayakkan diri mereka untuk mendapat justifiable economic rewards pun ada.  
Pemimipin UMNO menghasut orang Melayu berlawan dan bergaduh dengan orang Cina. Mereka tidak sebut dan cerita bahawa rakan kongsi mereka adalah bangsa Cina. Pemimpin UMNO tidak sebut bahawa majority project delivery partner (PDP)  dalam usaha Penghulu Decepticon Najib, melaksanakan langkah2 ETP nya  terdiri dari bukan Melayu. Project Wellness Village oleh Country Heights yang menelan belanja 3.2 billion adalah bansga Cina. Projek MRT dipenghulukan oleh syarikat milik Cina GAMUDA dengan dibantu oleh proxy UMNO-syed MOkhtar Bukhari. Orang atasan dan bangsawan boleh pula bermuafakat dengan bansga Cina tapi Melayu bawahan dianggap sebagai tidak ada keupayaan berkerjasama dengan bangsa cina?
Cina2 di daerah Raub yang berurusan dengan Melayu di Raub tidak menunjukkan mereka akan bangkit membunuh dan merampas hak orang melayu jika ada peluang. Mustahil Cina dapat teroka tanah ratusan dan ribuan ekar di Raub jika tidak dengan subahat bangsa Melayu khususnya pemimpin UMNO. 
Benarlah Cina ini berbeza dengan Melayu- tapi perbezaan antara mereka dengan kita dijadikan alasan dan justifikasi berkelahi dan bergaduh? Bahkan saya lihat ramai orang Cina diRaub dijadikan sumber meminjam wang dan mencari perkerjaan oleh orang Melayu. Kerajaan yang dipimpin oleh Melayu UMNO buat apa?
Saya akan beritahu pembaca apa pemimpin UMNO Raub buat dalam artikel yang akan datang.

21 comments:

Anonymous,  18 September 2013 at 10:05  

Well, the NEP2 policy is for poor Bumiputera or cronies?

Most of my Bumi colleagues don’t get a single sen benefit from his new agenda.

If they are sincere to tolong the most poor Bumi, they should:

1) Reduce the car price
2) Reduce the petrol price.
3) Reduce the IPP/TNB subsidy.
4) Reduce the toll.
5) Reduce the sugar and rice price due to the cronies.
6) Fight corruption/open tender and save billions and help the poor bumi.

This guy only know how to increase the nation debt with his buying vote and dont know how to get more revenue for the nation.

maae 18 September 2013 at 10:37  

Saya nak tanya Datuk, jawab ikhlas : -

1. Ikan tenggiri rm 30 sekilo. Kembung kesukaan melayu dulu-dulu sehingga di kelaskan ikan tak lakh kini harga RM 18 sekilo. Semua jenis ikan yang tidak laku waktu dulu lingkungan RM 10 ke atas. Sayuran juga agak mahal. Ada kah ini salah kerajaan Umno atau yang mengawal ? Saya tahu harga barangan ini ikut musim. Bekalan melebihi permintaan.

2. Datuk bercerita pasal Umno sentiasa rasis terhadap bukan melayu terutama cina. Kenapa tidak nyatakan yang benar bahawa realiti nya cina amat memusuhi melayu dan berlagak lebih dalam setiap perbuatan. Contoh mudah per 1. Kita tahu mereka menguasai pasaran dan bekalan. Apa sumbangan mereka kepada majoriti rakyat melayu yang berpendapan RM 1,500.00 ke bawah ? Tiada masaalah harga kepada bangsa nya yang boleh membeli dengan harga jauh lebib rendah ? Bukan kah ini juga lip service dan counter-NEP vangeance?

3. Siapa yang lebih menonjol menghina Melayu, Islam Tokoh-Tokoh Melayu, Raja-Raja Melayu ? Pernah kah Melayu menyentuh perkara sama terhadap bukan melayu ? Ingat lagi seorang wakil politik cina masuk ke rumah melayu tanpa buka kasut ? Memijak-mijak gambar Pemimpin ? Mengangkat chin peng dan komunis sesuci-suci nya ? Menghina dan merendahkan pasukan unifom kerajaan serendah-rendah martabat ? (beberapa contoh dan terlalu banyak)

4. Pasal peruntukan berbilion. Siapa yang mendapat untung besar dan bertambah-tambah kaya ? Yang menjalankan amanah dari peringkat tertinggi juga kaya raya. Angkara siapa ? Jika perasuah mampu menjanjikan bulan bintang, tanya lah mana individu pun, tidak ingin tidur atas wang ? Kerana itu lah, mencari dan melawan punca masaalah, hanya Islam Benar yang boleh menghentikan. Bukan Islam PAS. Sesungguh nya manusia bernafsu besar, sahabat akrab nya syaitan. Syaitan itu kalangan manusia dan jin. Perlu nya Melayu itu bersatu dan memegang kembali Islam yang Lurus (Al Fatihah ! )

5. Jauh di sudut hati, mungkin Dato faham. Seorang Melayu Islam mesti faham. Cuma saya tidak faham apa yang Dato tuliskan. Terlalu hebat sangat kah bangsa kafirun ini ? Sehingga mereka begitu hebat, salah nya di sebabkan melayu juga ? Sehingga KONON nya bukan Islam melukut di tepi gantang di Bumi Bertuah ini ?

Dua hari sudah, bangsa melayu Selatan Thailand di bunuh kejam ketika bersolat di surau. Sebelum itu beberapa tahun sudah mereka di hina dan di bunuh macam binatang. Di bawa secara bertepek dalam trak tentera. Banyak lagi. Salah siapa ? Adakah salah melayu Islam ?

Orang Melayu tidak menafikan hak sesiapa kerana ia milik Allah SWT. Maka itu siapa yang begitu tamak dan bersikap melampau di Negara ini ?

( mohon maaf kerana bertanya sedemikian. Jika Dato boleh jawab ikhlas secara ilmiah... bagaimana untuk berikan sumbangan, bukan pemerkosaan kepada bangsa Melayu...)

Anonymous,  18 September 2013 at 12:32  

maae,sejak bila kaum kaum Cina memusuhi orang melayu?tidak sama sekali mungkin maae ni dah terlalu lama baca Utusan Melayu dan tonton TV3 saja,patutlah apa realiti di luar sudah dikaburi.Harga ikan tinggi ni tidak susah untuk di fahami,tengok nilai wang Singapura 2.6 kali tinggi riggit malaysia,tentu sekali ikan yang didarati di Malaysia jual ke s'pura,kalau susah paham pi balik sekolah.
Tiada siapa yang menghina Melayu and Raja2 Melayu melainkan UMno saja.Dah lebih 50 tahun Umno menjaga Melayu pencapaian nya apa?Melayu merempat di negara sendiri,buat apa nak salahkan kaum lain pulak,pelikkan?Asal Umno memecah belah Melayu dengan kaum lain,ini lah untuk menghamba abdikan pikiran Melayu supaya tidak pandai ,asyik nak tongkat dan candu saja.Tidak ad negara lain yang sebodoh BN.Sepatut nya kita bermuafakat dengan semua kaum2 lain dan berkerjasama untuk memajukan negara,tetapi UMNo asyik cakaap tolong Melayu,sebenarnya tolong kroni2 UMNO saja,orang Melayu lain dapat apa? BR1m?cebisan2 saja.

Emer 18 September 2013 at 14:54  

Assalam YB

Tulisan maae 10.37 & Anon 12.32 dua2 ada asas & kebenarannya. Saya tak layak ulas atau bahas panjang. Cumanya saya jyga ada soalan harap Maae dapat jawab dengan iqlas hati.

1. Telah dinyatakan & dibuktikan pembuat dasar & keputusan di banyak2 jabatan kerajaan negeri & pusat adalah orang Melayu, kenapa (memetik kenyataan saudara) kaum Cina masih boleh & terus memonopoli?

2. Persepsi negatif Maae kepada kaum cina sehebat 'kebencian' kaum itu pada bangsa Melayu. Bagaimana kebencian kaum yg kurang 20% dari populasi Msia boleh mempengaruhi, mengugat & melemahkan bukan sahaja ekonomi, malah politik & budaya bangsa Melayu? Mengapa terus berlaku?

3. Mengapa bangsa Melayu perlu bergantung kepada kaum lain sedang kaum2 lain berdikari & berjaya tanpa faedah Bumiputera?

4. Mengapa kelemahan & kegagalan bangsa Nelayu perlu diletakkan ke atas kaum lain?

Saya percaya jika saudara Maae dapat mengkaji secara ilmiah dari sumber yg betul, saudara sebenarnya dengan sendiri telah menjawab soalan2 saudara kepada YB Dato Ariff. Mohon maaf jika tersinggung. Terima kasih

Emer

Anonymous,  18 September 2013 at 20:24  

Kalo benar2 mau tolong kawan bumiputra, saya lebih rather government setup satu foundation yg lapor kpd parliament. Foundation ni kena transparent. Misalnya,

1) Funding utk foundation - semua tanah, project, AP, dan source duit lain2 hendaklah dlm bentuk open tender. Certain degree of project could be forced into joint venture antara bumiputra dan bangsa/warganegara lain.

2) Biar bumiputra yg layak register dgn foundation ni. Bentuk pertolongan mcm scholarship, low/no interest loan, social welfare, no cost/low cost training, dll boleh diberikan.

I know the idea is brief but if really the government need to reach out to the bumiputra, something like this need to be done.

Anonymous,  18 September 2013 at 23:08  

maae,

1. apasal dah keluar topik? sejak bila dato sabri berdebat pasal ikan?

2. apa maksud cina menguasai pasaran dan bekalan? bulat-bulat sindiran ini tidak mengakui bahawa semua barangan import dan *essential* seperti gula, garam, beras, kereta import kena pakai AP dan siapa lagi yang memegang AP kalau bukan pihaek UMNO yang berbangga pasal kemelayuannya?

3. apakah sumbangan mereka terhadap rakyat yang berpendapatan rendah? soalan bagus tu, siapa tu yang biayai cukai taksiran and cukai pendapatan dan kina patut tanya kerajaan erti tanggungjawab untuk mencegah ketirisan dan pembaziran dan juga penyelewengan wang awam untuk kebajikan rakyat?

4. siapa siapa yang menonjol ini pasal nak menunjukkan kebodohannya ataupun kekurangan sopan santun itu ke ataupun kerana bangsanya itu aku tak boleh jawab tapi yang pasti ialah UMNO sendiri kena tepuk dada tanya selera mereka pasal puak Idris Jusoh jugak panggil siapa natang/binatang bila tidak diberi balik jawatan Menteri Besar Terengganu?

5. siapa lagi yang dapat billion billion tersebut kalau buka kroni pak menteri belaka?

6. apasal lagi nak heboh heboh pasal pembunuhan kat Selatan Thailand? salah Cina dari Malaysia ke?

kalau tak payah tengok jauh; tanyalah pasal mengapa pak menteri kita suka suka sekarang nak pakai servis and konsultansi dari syarikat komunikasi Israel/Amerika untuk kempen kempan 1Malaysia dan Endless Possibilities tu; wang itu serba sikit pun akan menyebabkan rakyat Palestin ditindas oleh puak Zionis Israeli kan?

passerby

Hamid,  19 September 2013 at 00:02  

maae
@10:37

Fikir lah sikit. Jangan baca Utusan dan menonton TV3 saja.Baca lah Harakah, Malaysiakini Bahasa Melayu versi dll.

Komen anda ni macam meludah ke langit.

Anonymous,  19 September 2013 at 15:06  

Dato Sak, you have said it well. It takes an inteligient and farthinking malay to accept what you have said, as the truth is always painful. I have always said it, it is the purpose of UMNO to keep the Malays from thinking and remain in the group who always are asking for assistance, for only then UMNO could have their votes and hold on control of the government.

Anonymous,  19 September 2013 at 15:32  

maae, siapa lagi kalau bukan pemimpin tertinggi UMNO (melayu) yang menghina Raja-Raja Melayu dan ugut tarik kuasa mereka.
Perlu apa kamu cerita pasal pembunuhan orang islam di Thailand, apa hubungan kejadian itu dengan satu kaum di Malaysia yang kamu menuduh macam-macam tanpa usul periksa.Lebih baik kamu pelajari perkara-perkara yang terlibat dalam menentukan harga barangan.Kamu lihatlah saiz sebutir kuih yang dahulunya sebesar bola hoki hanya berharga 10 sen, pada hari ini saiznya sebesar bola golf tapi harganya 40 sen. Apakah kamu hendak salahkan macik penjual kuih.Memang benarlah kamu ini pembaca UM & menonton TV3 yang tegar.

maae 19 September 2013 at 17:57  

Lamaa fikir daaah... takan nak baca fitnah hari-hari.... berdosa besar. Malah saya ramai kawan yang sokong pkr, pas. Tak nafikan ada yang benar dan ada yang salah. Sedih nya, ahli professional tetapi tidak pandai menjaga bangsa, agama dan tanah tumpah darah.

Anda pun mesti baca Utusan. Tengok dan nilai, ada kah sendi Umno dan melayu ini memperlekeh bangsa nya ?

Kes budak melayu yang di diskriminasi kerja. Pergi bantu anak ini. Apa boleh anda bantu? Perkara ini dah berlaku seawal merdeka. Sampai satu ketika kerajaan wajibkan kuota kerja 30% pengambilan bumiputera di pihak swasta. Jika tidak jangan ucap melayu di terima. Tanya Datuk anda. Dia tahu. Pasal jawatan kerajaan, kaum bukan melayu langsung tidak minat. Banyak jawatan kerajaan masa itu. SEBAB ? Mereka tidak ingin jadi kuli melayu bergaji rendah. Jawatan hendak yang top post ! Sekarang meleleh air liur... itu pun memilih yang top post juga. Jawatan rendah, tak main.

Kalimah Allah. Apa kata anda ? Isu pendidikan satu sekolah, apa kata anda ? Jika anda bandingkan Singapura, LKY amat faham nafsu cina. Itu kenapa tiada ruang melampau.di beri. Melayu di sana ? Begini akan jadi di sini jika kuasa beralih tangan. Sebijak-bijak anda kelak, fikir lah masa depan. Raja Melayu sudah berpesan. PM Najib sudah ulangi ucapan perkataan.

Selagi bangsa saya di cop bangsat, saya akan pertahankan !

maae 19 September 2013 at 18:06  

Kata pepatah Melayu, dengarkan guruh di langit air tempayan di curahkan. Melihatkan burung di awan, lada di tangan di pipiskan....

Bila berjalan lihat kiri, lihat kanan. Tengok hadapan apa halangan. Tengok belakang demi keselamatan. (Tafsir ini)

Saya tidak perlu huraikan. Beza umur saya dengan Datuk, berpangkat abang kepada nya. Jadi waktu yang di lalui sama kerana perubahan pembangunan tiada beza ketara kerana pembangunan tidak banyak mana...

maae 19 September 2013 at 18:07  

Hah...macam lah saya ini bodoh macam anda...

Anonymous,  19 September 2013 at 20:08  

Tanyalah saya kenapa tidak minat mengajikan budak2 Melayu,bukan saya tidak nak tolong bangsa sendiri,massaalah budak Melayu termasuk perempuan ni kerja tidak serious,suka2 MIA tampa notis,aysik aja saudara mati lah,saudara sakit lah paling teruk lepas dapat gaji cuti 2-3 hari tampa notis,tak habis2 alassan yang tidak masuk akal.Tentu lah terjejas perniagaan saja dan kerugian kerana kena cari perkerja sementara yang gaji pun bukan murah.Baik saja cari perkerja India atau Cina dan Bangla yang jauh lebih bertangung jawab,tidak langsung memberi problem.Saya amat faham kenapa syarikat swasta tidak minat dapatkan perkerja bumiputera,biasa nya mereka ini tidak perdulikan bangsa sangat,kalau tidak buat apa cari perkerja Bangla,Nepal atau Myanmar.Sebab itu semua orang nak "kerja kerajaan" Kepada maae, kenapa nak salahkan orang lain keatas kelemahan sendiri,

Anonymous,  20 September 2013 at 15:40  

maae,

'Kes budak melayu yang di diskriminasi kerja.'

Let me give u a pointer - go to Jalan Pahang, there is a Naza Kia showroom Just opposite the old Hospital Tawakal. Right in front of the parking lot, there is a BIG sign, written in Mandarin, asking for Chinese sale applicants.

Go figure;

1st why only in Mandarin & Chinese M'sian

2nd Who own this Naza Kia outlet

In fact, anon@19 September 2013 20:08 has pointed out the CHIEF reason. Now even Melayu employer has 2nd thought about hiring his/her own kindred.

It's just that u DONT want to know - it's painful. So in denial u look for an easy solution that BTN has propagated ALL this while - blame the Chinese.

Now, siapa lah yg bodoh???

maae 20 September 2013 at 18:45  

Ni lagi satu otak udang. Langsung tidak boleh berfikir cara berhikmah. Penyakit DENIAL - lempar batu sembunyi tangan.

maae 20 September 2013 at 18:51  

Ini lah kelemahan anda. Kenapa tidak berlaku adil pada diri sendiri. Adakah anda menganggap mereka itu seperti anda. Jika mereka bijak dan pandai berusaha, mereka pun tidak ingin bekerja dengan anda. Ini pun salah Umno ?

Kadang-kadang kelemahan itu wujud kerana pendidikan dan tiada pendedahan. Juga jurang budaya dan agama. Tetapi masing-masing punya kekuatan. Ini yang mesti di cari. Dari siapa ye ?

maae 20 September 2013 at 19:00  

Anda ni bodoh ke lembam ?

1. Mungkin kuota jurujual melayu dah cukup. Jurujual cina untuk pembeli kaum cina pula. Penyakit Rasis cina, seboleh-boleh tidak akan beli pada melayu. Cina dulu ! Anda faham atau pura-pura tidak faham.

2. Berapa banyak kebelakangan ini sy. Cina buat iklan kerja bersyarat - boleh cakap/tulis mandarin ? Suruh buka tudung ? Macam-macam lagi lag sentimen rasis. Baru dapat kuasa sikit, layanan jauh berbeza. Nafikan terus pada bangsa lain dan keutamaan penuh bebas kepada bangsa cina.

Now, you're pointing at malays again ! Sondol terus !

Anonymous,  20 September 2013 at 19:30  

That's what I called bodoh sombong,you just can't argue with a fool and it makes you feel like an idiot.That is why BN ministers always make a fool of themselves(and proud of that too) dan telah berjangkit to all their supporters.

stk



Anonymous,  21 September 2013 at 11:16  

Anon@20 September 2013 19:30

U r right! But let give him some more rope to hand himself.

'1. Mungkin kuota jurujual melayu dah cukup. Jurujual cina untuk pembeli kaum cina pula.'

So same logic - how do u know that mungkin kuota jurujual melayu dah cukup in those Chinese firms, too? Knowing most of the SME, especially those that have working/business link with govt need to fulfill the unwritten Melayu kuota?

Forget about the Ma&Pa operations where almost everything is done by self labour &/or within a closely-link community, where language/culture dictates employee deployment.

So what about this – ‘Berapa banyak kebelakangan ini sy. Cina buat iklan kerja bersyarat - boleh cakap/tulis mandarin ? Suruh buka tudung ? ‘ Come again!!!

Isnt this going again yr own logic of argument?

Then this gem find – ‘Macam-macam lagi lag sentimen rasis. Baru dapat kuasa sikit, layanan jauh berbeza. Nafikan terus pada bangsa lain dan keutamaan penuh bebas kepada bangsa cina.’

U had confused the race quoted. Shouldnt it be umno elite instead of bangsa cina???

Now let’s backtrack to this – ‘Ini lah kelemahan anda. Kenapa tidak berlaku adil pada diri sendiri. Adakah anda menganggap mereka itu seperti anda. Jika mereka bijak dan pandai berusaha, mereka pun tidak ingin bekerja dengan anda. Ini pun salah Umno ?’

It MUST be due to this – ‘Tanyalah saya kenapa tidak minat mengajikan budak2 Melayu,bukan saya tidak nak tolong bangsa sendiri,massaalah budak Melayu termasuk perempuan ni kerja tidak serious,suka2 MIA tampa notis,aysik aja saudara mati lah,saudara sakit lah paling teruk lepas dapat gaji cuti 2-3 hari tampa notis,tak habis2 alassan yang tidak masuk akal.’

So this otak kosong is saying by playing absentee these workers were bijak dan pandai berusaha for gaji buta????

Then why CANT umno be blamed? Who allow such an attitude to be cultivated among the budak Melayu if not umno’s BTN indoctrination via ketuanan chants?

‘Now, you're pointing at malays again ! Sondol terus !’

No – it’s a reflection of one’s maturity in thought & upbringing. If u cant criticize yr own people then u have not reach anywhere. Heard of Za’aba?

Obviously, judging from yr writings so far, u have stopped climbing up from the well covered by the tempurung. The well bottom is too cosy for u to loiter till kingdom comes.

Suci Dalam Debu 21 September 2013 at 23:07  

sdr maae,

"Hah...macam lah saya ini bodoh macam anda..."

Saya cuma nak bagitahu bahawa tulisan banyak yang tak betul. Di kelaskan, di curahkan, realiti nya dan banyak lagi.

Kalau nak jadi jaguh Melayu, perkara asas pun tak betul, macam mananya?

Sebelum cari kesalahan orang lain, carilah kesalahan sendiri dahulu.

Anonymous,  22 September 2013 at 00:10  

Salam, Dato.

The more blog threads I read in modern Malaysia, the more themes tend to recur (in varying degrees of viciousness; civility has begun to dry up.)

I'll skim briefly over some of the "recurrers" that are exemplified here.

First:

"Siapa yang lebih menonjol menghina Melayu, Islam Tokoh-Tokoh Melayu, Raja-Raja Melayu ? Pernah kah Melayu menyentuh perkara sama terhadap bukan melayu ? Ingat lagi seorang wakil politik cina masuk ke rumah melayu tanpa buka kasut ? Memijak-mijak gambar Pemimpin ? Mengangkat chin peng dan komunis sesuci-suci nya ? Menghina dan merendahkan pasukan unifom kerajaan serendah-rendah martabat ? (beberapa contoh dan terlalu banyak)".

This is a really common one. It's actually a synopsis-in-advance of the UMNO speeches to be made in October at PAU. Tempting to write this off as just Utusan & other media giving lop-sided reporting. However if looked at logically, it merely culminates Umno's deliberate post GE13 strategy of making every racial molehill into a massive mountain and then positioning themselves as "saviours".

Race hate is always stirred by taking the isolated and blowing it out of proportion. Hence, Islam will be said at PAU to be "under severe attack", never mind what Umno has done to trample on Hindu, Chinese and other sensitivities. It only works one way, it seems.

To counter this takes patience and stamina. But the concept of double standards offends many right-thinking Malays, too. Remove the spin and we can win.

Second:

"Kenapa tidak nyatakan yang benar bahawa realiti nya cina amat memusuhi melayu dan berlagak lebih dalam setiap perbuatan. Contoh mudah per 1. Kita tahu mereka menguasai pasaran dan bekalan. Apa sumbangan mereka kepada majoriti rakyat melayu yang berpendapan RM 1,500.00 ke bawah ?"

Evey Malaysian taxpayer puts their money in the hands of the govt to finance the govt's plans. That means that currently 51% of the population is sending cash to LHDN and to the Najib administration - a govt they didn't vote for - to uplift all of Malaysia (we hope!) I for one have no issues with my money being used to help those who earn RM 1,500 or less.

I have a problem with my money being used to:

a) buy votes
b) swing by-elections
c) print or create racist govt propaganda
d) enrich those who don't need aid.

That seems unfair, to me.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP