Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 12 September 2013

Mencari Pemimpin Negara



Kita kembali kepada tawaran Anwar Ibrahim mencadangkan rundingan meja bulat. Para juak UMNO memekik dan melolong jangan layan Anwar Ibrahim. Kebencian mereka menjadikan mereka beku fikiran dan tidak rasional. Kebencian itu pula bersandarkan kepada tanggapan2 peribadi yang tidak disokong oleh fakta nya.Yang ni denggar cerita dari A, A dengar cerita dari B, C, D dan Z.
Cadangan itu untuk rakyat Malaysia berdepan dengan masaalah bersama. Apakah butiran cadangan tersebut?
Antaranya, bagaimana mengatasi rasuah yang menjadi barah negara ini. Ianya berlaku disetiap lapisan pembuat keputusan dan. (2) membincangkan bagaimana meredakan ketegangan kaum (3) mencari jalan bagaimana meningkatkan keselamatan dalam negeri (4) mencari jalan membaiki ekonomi yang kian teruk kerana pemimpin asyik berbelanja tanpa mendisiplinkan diri kepada kemampuan. (5) mencari jalan mengelak pertelagahan agama.
Ini adalah cadangan perbincangan yang munasabah. Tapi pemimpin UMNO menolaknya. 
Cadangan ini ditolak mentah2 oleh kebanyakan pemimpin UMNO. Reaksi bodoh mereka menampakkkan ramai pemimpin UMNO tidak ada kualiti. Bagaimana pemimpin macam ini mahu mengurus negara dan menjadi pemimpin bangsa Melayu?
Maka nya, rakyat dan orang Melayu khususnya mesti bersedia menolak dan bukan menyokong UMNO. Kenapa? Kerana prinsip perjuangan UMNO sudah rosak. Ianya dirosakkan oleh mereka yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan negara dan bangsa Melayu.
Apa alasan kita? Bila pimpinan UMNO menolak tawaran Anwar, ini membuktikan bahawa :-
UMNO tidak mahu membasmi rasuah. Ramai pemimpin UMNO kaya raya dan kekayaan mereka tidak dapat diterangkan oleh gaji yang mereka dapat. Ketua Bahagian yang tidak ada pendidikan tinggi dan bisnes kosong kaya raya tidak terbayang oleh kita. Mereka guna kedudukan untuk mengayakan dan menghimpun harta benda.
Najib pula hanya cakap besar dan kosong apabila mengistiharkan bahawa dia mahu jadikan rasuah a thing of the past. Cakap – semua orang pun boleh. Village idiot macam Mat Tompel di Pekan Pahang pun boleh bercakap demikian. Kalau semua kita bingung bolehlah Najib kelentong kita. Adakah dia mempunyai ketegasan dan keberanian melaksanakan program basmi rasuah? Pemimpin yang tidak ada ketegasan dan keberanian, tidak berguna untuk negara kita.
Walhal inilah jenis pemimpin yang negara perlukan. Sebab selama ini terutama semenjak zaman Mahathir, para pemimpin mendekatkan diri dengan rakyat melalui merasuah mereka dan memberi mereka wang. Mereka jadi lembik dalam mind and body. Kita memerlukan pimpinan yang akan melakukan dasar yang berlawanan yakni berhenti merasuah rakyat dan mula memperkasakan rakyat melalui usaha kuat dan rajin berkerja. Dasar2 yang melembikkan minda rakyat mesti diganti dengan the rule of law.
Kekuatan UMNO pun didirikan diatas sumber2 rasuah dan penyalah gunaan kuasa. Dengan kuasa yang ada, UMNO memberi monopoli perniagaan, lesen dan sebagainya kepada syarikat proksi nya. ini juga merupakan amalan parti sekutu dengan UMNO- MCA dan MIC. Ini parti2 yang berniaga dan perniagaan mereka itu diperolehi melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Jadi bagaimana Najib mahu membasmi rasuah yang selama ini mengayakan UMNO? Ada ahli UMNO bertanya, kemana pergi nya RM2 bilion wang tunai yang ditinggalkan oleh Tengku Razaleigh dan harta2 UMNO yang diperolehi oleh Tengku Razaleigh?Setengah nya diberi secara percuma oleh Tengku Razaleigh. Inilah pemimpin yang orang Melayu cari.
Orang Melayu tidak boleh bergantung kepada parti yang ujud atas rasuah dan salahguna kuasa. Ini alasan pertama orang Melayu mesti sedia tolak UMNO.
Pemimpin yang boleh faham dan menggerti aspirasi rakyat ialah yang memilih bergaul dengan cara bersahaja dan seadanya. Yang suka bergaul dengan rakyat melalui pesta dan keraian, jamuan dan hiburan adalah pemimpin yang akan meneruskan tradisi rasuah dan menyamun harta rakyat.Dunia bukan pesta dan parti dan nyanyi dengan Shahrukh Khan.
Apatah lagi pemimpin jenis ini mempunyai isteri yang lupa daratan dan suka menghimpun kekayaan. Tentulah kepentingan dan aspirasi rakyat biasa akan dilupakan.
Dunia kita bukan dunia jamuan dan hiburan dan nyanyian. Rakyat berada dalam kesusahan. Kos hidup kian naik dan membebankan. para pendakyah melata mengaburkan fikiran rakyat dengan tulisan di media2 utama. Yang mereka perlukan ialah kemakmuran melalui usaha mereka dan pemilikan sumber mengayakan. UMNO melembikkan orang Melayu dari segi jasad dan roh.Sementara itu UMNO mengudakan nama bangsa Melayu untuk menyamun dan merompak.
Hari ini, matlamat utama orang Melayu ialah mencari pemimpin untuk bangsa Melayu. Matlamat kita bukan mencari pemimpin untuk UMNO. Bagaimana UMNO mencari pemimpin mereka dan jenis apa kita tidak peduli.
Kita peduli apabila jenis pemimpin ynag mereka pilih itu meletakkan diri mereka sebagai pemimpin bangsa Melayu. Bila ini berlaku, ia menjemput semua orang Melayu- tidak kira dari parti apa pun, kecenderungan politik apa pun untuk ke hadapan memberi pandangan mereka. Wajib kita sedar bahawa Melayu itu lebih besar dari UMNO.
Bagaimana kita pilih pemimpin untuk bangsa Melayu dan negara ini?
Seorang pemimpin yang pandir atau fatuous akan hanya mengumpulkan para pembodek dan pengampu yang tidak ada talent dikeliling diri nya. pemimpin yang bodoh sangat menjijikan. Pegawai yang korap sangat menjijikan. Tapi yang paling menjijikkan ialah kesetiaan membuta. Bila negara kita ada 3 ramuan ini dalam kepimpinan yang ada, maka masa depan negara akan musnah. 
Hari ini ramai ahli UMNO yang mewakili bangsa Melayu setia membabi buta kepada Najib. Walhal pencapaian nya mewajibkan Najib diganti dengan orang lain. dia gagal mendapat undi popular melebihi pencapaian Pak Lah. sedangkan Pak Lah tidur pun lebih baik pencapaian nya. Najib janji mendapatpkan Selangor - dia gagal. dia gagal mendapat 2/3 parlimen. kelebihan kerusi UMNO hanya dicapai kerana persempadanan kawasan pilihanraya memberikan kepada nya kawasan2 yang kepadatan pengundi kecil. jadi mengapa Najib mahu disokong membabi buta tanpa menilai apa yang dia capai? Najib berjanji tidak akan menurunkan harga minyak DAN tidak menaikkan harga nya. disel dan RON95 naik 20 sen dan Utusan Malaysia mahu tipu rakyat dengan berkata bukan harga minyak naik tapi sabsidi ditarik. Rakyat kesusahan Utusan Malaysia mahu berjimnastik dengan kata dan ungakapan. 
Lihat dikeliling kita. Para pemimpin kita yang mendakwa mereka pemimpin bangsa Melayu suka berpesta dan beraian. Dalam perjumpaan dengan rakyat, persiapan dan makanan dan hiburan tersangat berlebihan. Tujuan nya ialah menunjuk nunjuk kepada rakyat yang dalam kesusahan, negara dan pemimpin kita kaya. Rakyat susah diajar memuja dan setia kepada pemimpin yang nampak kaya dan berkuasa. Bagaimana pemimpin ini menjadi kaya? Mereka jadi kaya kebanyakan nya melalui rasuah dan mengguna kedudukan dalam kerajaan untuk menghimpun kekyaan.
Dari sini kita boleh lihat dua jenis pemimpin. Berlawanan dengan mereka yang suka dengan pesta pestaan dan bertemasya, ialah pemimpin yang suka bersahaja dan bergaul dengan rakyat dalam keadaan yang seadanya.
Semasa Tun Razak jadi TPM dan kemudian PM, dia tidak suka jemputan yang bersifat temasya dan bergaya. dia tidak suka orang bergonggong mengiringi nya dalam lawatan2. Malah dia sangat marah bila pegawai kerajaan berkerumun meninggalkan tugasan mereka menjemput dia dalam siri lawatan dia. Ramai pegawai kerajaan ditegur oleh TUn Razak mengapa lari dari tugasan untuk mengiringi nya. Dia lebih selesa dalam keadaan yang bersahaja dan berurusan dengan rakyat dalam keadaan mereka yang seadanya. Jamuan yang membazir dan terlampau sangat tidak disukai nya. sayang nya orang macam Tun Razak tidak ada lagi dalam UMNO.
Dengan cara itu, dia dapat faham keadaan sebenar rakyat. Dia sedar bahawa rakyat ramai yang susah, tidak bependidikan dan tidak mempunyai sumber mengayakan dan membaiki diri. Sebab itu dia lebih suka membangunkan rakyat luar Bandar kerana dia dapat faham keadaan rakyat yang sebenar.
Pemimpin hari ini, lain tabiat nya. mereka suka berseronok, menjemput penyanyi untuk berhibur, bergaul dnegan golongan atasan dan bangsawan. Oleh kerana itu, mereka mengadakan kemajuan untuk orang yang sudah kaya.  Menyelesakan kehidupan golongan yang sudah senang dan kaya merupakan priority pemimpin hari ini.

11 comments:

Ari 12 September 2013 at 10:25  

ni ler masaalah bila melayu xnk bersatu.agaknya bila bersatu masing2 takut hilang kepentingan yg mereka kecapi.kepentingan duniawi

Emer 12 September 2013 at 13:37  

Thanks Dato. The stories of down to earth & sympathetic life of late Abd Razak should be shared often so the Junior & his heart-blinded advisors & followers could realise how tiny contribution they've made for them to claim all dignities & privileges

Wan Zamzuri Wan Hasenan 12 September 2013 at 13:53  

Ini posting yang sangat baik, the best speech writing yang Dato' Sak pernah tulis. Orang UMNO dan pengkritik UMNO perlu baca. Apa yang ditulis oleh Dato' Sak ini boleh diambil pendapatnya untuk dibahas dalam Mesyuarat UMNO Bahagian dan dinilai oleh lebih 150,000 Perwakilan UMNO. Teruskan mengkritik membina Dato' Sak.

Anonymous,  13 September 2013 at 00:53  

Our late Tun Razak must be crying in his grave seeing his son in this pathetic situation.

Anonymous,  13 September 2013 at 00:54  

I have been following your writings since the Opposition was murdered in broad daylight by the ruling party witnessed by all Malaysians across the country on May 5th GE13. And yet injustice continues in our daily lives. Najib and his gang continues to lie, bully, corrupt the minds of the poor and the rich. Increased crime rates, petrol price gone up, inflationary pressures on the economy looming, BN stays silent. Najib does not know what to do with many eyeing his hot seat. Our country internal security gone haywire. I hope your writings can make those who voted for BN at least think, reflect on their own lives and well being, think of their future generations, ask themselves if their chosen government has done any rights for them instead of instilling racism, divide our multi races and rule each race differently using different strategies by BN, it's police force, instill fear that their only protector is BN, although everyone is aware corruption is their practice, and we must all make that change. Ubah! Since winning GE13 through fraud and lies and cheating, 4 months have passed. Have we all witnessed any improvement to the country's important aspects such as security, economic growth, eradication of poverty, closer ties among different races, better education system, less corrupt practices in all aspects of our daily lives, whole Nation working harder, better judiciary system, better living standards at affordable levels, and all that the Rakyat dream of, the Promises made before the election results was announced on May 5th 2013? The answer is ZERO. I hope all Malaysians do not easily forget what you all fought for but always remember, the country desperately need a better Government for sure.

Born and have lived in Malaysia for 39 years now.

Rakyat

Anonymous,  13 September 2013 at 12:48  

Agreed totally. This corrupted and useless government must be eliminated soon or else our country and future generation will suffer the consequences.

pak yeh 13 September 2013 at 21:12  

Apa daa Tok Sak,???
Nak runding meja dengan parti Setan.??? Anwar dah gila daa.!!!
Parti Setan tak akan bertukar. Korupsi sudah jadi darah daging mereka.!!!

Kenapa PKR,DAP dan PAS berhenti demonstrasi.??? Dah "runding meja bulat' dengan parti Setan.??? Dah akui BN tidak tipu undi.??? Dah akui BN sebagai kerajaan.???
Jawab Tok Sak,jangan tak jawab.

سومڤيتن امس,  14 September 2013 at 01:06  

1/2
"....kemana pergi nya RM2 bilion wang tunai yang ditinggalkan oleh Tengku Razaleigh dan harta2 UMNO yang diperolehi oleh Tengku Razaleigh? Setengah nya diberi secara percuma oleh Tengku Razaleigh. Inilah pemimpin yang orang Melayu cari."

Untuk memberikan apa yang tertulis di atas dalam perspektiv yang lebih tepat dan bermanfaat khusus bagi mengenal Ku Li sebagai ahli politik dan ahli ekonomi par excellence dari dekat, ingin saya berikan satu dua petikan dari ucapan beliau, "Pragmatism in the face of Present Economic Outlook" - Keynote Address di MIER National Economic Outlook Conference 2013-2014 yang telah berlangsung di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, pada 4 Dis 2012:
"5. First of all, let me talk about the rural sector, a segment of the economy which I hold dear as I am myself a Member of Parliament for a rural constituency. At 8 million people or so, Malaysia's rural population makes up about 30% of the country's overall population. Yet it has not received as much focus as it should.;(my emphasis). The rural sector can become a strong power force in driving the nation's economy. Think of it as a potential hedge against the vagaries of globally-linked growth. Look at India today - rural consumption has remained resilient even though the country's traditional sources of growth have moderated. This mixed-cycle attribute is a virtue. Our government's Rural Transformation Programme is a constructive step towards achieving this effective hedge. We should go even further because as it stand, our rural secto is exposed to the gyrations of globalisation thanks to the commodity cycle. What the rural sector needs is a carefully-planned programme to deliver credit to the smallest of businesses. Our financial system needs to be more involved in supporting the rural businessman when experience in other countries shows that it works for borrower and lender. Indonesia is at the forefront of microfinance for the unbankable population. Bank Rakyat Indonesia (BRI), which once had President Obama's mother as its consultant, has existed as a microfinance specialist for more than a hundred years. With a policy and process refresh from the Harvard Institute for International Development in the 1980s, it is now a global microfinance benchmark and one of the most profitable banks in Indonesia with a return on equity of nearly 30%. No Malaysian bank ROE comes close to that! There is another Indonesian microfinance specialist, Perum Pegadaian. This SOE is perhaps Indonesia's largest bak in terms of branches, and it is only a pawnshop, but a very profitable one with ROE of more than 30%. Its reach is so broad that it has done business with nearly one in ten Indonesians. Best of all, financial inclusion is accomplished without sacrificing market pricing of loan assets. We in Malaysia cannot speak if such prowess in financing the small businessman. My microfinance example can also be extended to cover urban financing as well. I think micro lending can be an effective tool to encourage small, uneducated borrowers to switch from unorganised, illegal forms of lending to institutionalised, regulated forms. This will help subdue one of part of our black economy."
S.E.

سومڤيتن امس,  14 September 2013 at 01:08  

2/2
Sekarang kita beraleh ke m/s 64, "The Unmaking of Malaysia" oleh anak saudara Dr Mahathir, Ahmad Mustapha Hassan, Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdul Razak, yang pernah menziarahi pusara allahyarham, tiga tahun berturut-turut sebelum solat Jumaat "to pray for him and his family"(m/s22):

"Dr Mahathir made sure that his leadership was unchallenged.....I was told once by a Minister that he had never been asked by the Prime Minister as to what his Ministry had been doing. This was Datuk Manan Osman, who was then the Minister of Agriculture. Manan believed that the indifferent attitude of the Prime Minister can attributed to his belief that the future development of Malaysia rested not on agriculture but with industry and ICT. Manan also believed that although Dr Mahathir might have what appeared to be brilliant plans for the Malays and for the coumtry. In reality he was a very poor manager of people and did not really know what was happening in the country.....His focus was not on rural poverty but on high tech innovations ......"

Balik kepada Ku Li:"12. As I had mentioned earlier, our loss in manufacturing competiveness must somehow imply a potential gain in services jobs but there is one caveat. This caveat is education. Education is perhaps the single-most important factor to rehabilitate Malaysia's competitiveness in the longer run. Education is a key building block to making a favourable investment destination. Do you know that Malaysia has 21 public and 61 private tertiary institutions that confer degrees today? Are they producing the right graduates for our future? Perhaps an answer can be found in the motives of a US private equity fund's recent acquisition of a local tertiary institution. Buying into a fragmented market says a lot about the fund's view of tertiary education in our country. Raising education standards must be an immediate priority for us - education as a business opportunity is secondary. I am also fascinated by what the consultants of McKinsey term "global employability" to describe the effectiveness of tertiary education in various countries. Mckinsey says only 10%of each year's engineering graduates in China are "globally employable". That figure is 25% for India. Vis-a-vis these Asian giants, we know we are losing the quantity war but I have a suspicion that we may also be facing challenges on the quality front despite China's and India's low globally employability scores."...

Nah, masih masuk akalkah nasihat Awang Selamat kepada Ku Li agar beliau menyerah diri? Apa yang mendorong Adnan Mansor syiok sendiri mengisytiharkan sedemikian?

Pilihan antara gergasi atau kerdilan di tangan orang yang bijak dan waras.

Esok, tentang gergasi dari 60an-70an.

S.E.

سومڤيتن امس,  14 September 2013 at 17:16  

RALAT:
1. The rural sector can become a strong power force in driving the nation's economy, should read: The rural sector can become a powerful force in driving the nation's economy.

2. We should go even further because as it stand, our rural secto is.., read as: We should go even further because as it stands, our rural sector is....

S.E.

Anonymous,  17 September 2013 at 00:21  

Pok Yeh ni tak paham rupanya. Rundingan meja bulat adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya mengiktiraf penipuan GE13. PR sanggup duduk semeja dgn BN bagi mencari penyelesaian kpd masalah rakyat marhaen. Sila pahamkan betul2.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP