Cerita Tahyul sabsidi disel dan RON95
Walaupun
isiu penarikan sabsidi disel , RON95 dan kenaikan harga sudah berlalu , izinkan
saya memberi sedikit pandangan. Tak tahan saya mendengar muntahan propaganda
dari media kerajaan.
Saban
hari tindakan menarik balik sabsidi keatas RON95 dan Disel dianggap sebagai
tindakan yang bijak. Ketua penerangan UMNO menyebut tindakan tersebut sebagai
mengembalikan keyakinan pelabur asing keatas kemampuan PM mengurus ekonomi
negara. Mana bukti nya Wak Maslan?
Saban
hari radio menyebut Najib sebagai bapa transformasi sebaris dengan bapa pembangunan,
bapa kemerdekaan, bapa indusrialisasi dan sebagainya. Pak Lah bapa apa kita tak
tahu. Mungkin bapa Islam hadhari. Pujian ini berhenti sebelum menyebut Najib
sebagai genius sahaja. Lama kelamaan kalau sudah tidak ada gelaran, mahu Najib
disebut sebagai nabi. Pujian bodoh macam ini bukan sesuatu yang pelik kalau
pemuji itu orang UMNO.
Penarikan
sabsidi ini hanya menjimatkan negara RM3.3. billion sahaja. Semasa pak lah
menaikkan RON97 pada tahun 2008 dahulu- savings yang distiharkan ialah 13.7
billion. Apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah ketas jimatan sebanyak RM13.7
billion ini?
Jadi
saya heran bagaimana Najib yang menjimatkan RM3.3 billion setahun dengan Pak
Lah yang menjimatkan RM13.7 billion, Najib dikatakan pengurus ekonomi Malaysia
yang lebih baik? Itupun, Pak Lah mengurus ketika sedang tertidur tidur. Najib
pun tak tidur.
Ini
kerja bingung sebetulnya. Penarikan sabsidi 20 sen keatas minyak petrol dan
disel itu disifatkan dan digambarkan sebagai ubat penawar kepada keadaan
ekonomi Malaysia yang buruk. Jangan kita terpeganruh dengan pembohingan pihak
pentadbiran.
Jangan
kita hiraukan sangat PhD Kangkung yang menyatakan analisa yang dibuat oleh
Fitch Rating sebagai analisa budak hingusan. Pegawai tinggi kerajaan yang
sombong yang berkata demikian, kita tak
tahu dalam displin apa latihan nya. kalau keadaan ekonomi kita buruk, mengaku
sahajalah dan sebut kita sekarang perlu berjimat.
Berjimat
sebetulnya penawar masaalah ekonomi kita. Hanya –janganlah cuba
mempropagandakan pengurangan sabsidi sebagai ubat penawa nya. Kita hanya jimat
RM3.3 billion setahun. Bayar BR1M 1500 seorang kepada 3 juta orang akan menyebabkan
kita berbelanja RM4.5 billion. Jadi hanya dengan memBR1Mkan negara ini, kita
sudah belanja lebih dari penjimatan yang diperolehi daripada penarikan sabsidi
disel dan petrol.
Sayang
sekali takde pun pemimpin kerajaan apatah lagi UMNO menyebut tentang
perbelajaan keatas projek2 mega. Pejabat Perdana Menteri sendiri menggunakan
RM14billion setahun. Kita potong setengah, sudah menjimatkan RM7 billion.
Mansuhkan program Permata, kita jimat RM1 billion lagi. Kalau kita mahu
berjimat, mulakan dengan pejabat perdana menteri.
Tamatkan
khidmat semua consultants. Tidak adakah graduan yang menjadi MCS officers yang
boleh membuat kajian seperti para consultants? Penamatan khidmat consultants
akan menjimatkan wang negara.
EPP13
dibawah kementerian Perdagangan Dalam Negeri iaitu wellness projek yang dijalankan
oleh PDP Country Heights akan berbelanja RM3.2 billon. Ini projek PFI atau apa?
kalau PFI pun kerajaan juga yang akan memberi pinjaman pada kadar faedah yang
rendah.
Adakah
projek ini meningkatkan kesejahteraan orang kampong? Adakah kita akan menyaksikan
oang kampong berduyun duyun pergi ke Wellness Village Country Height seluas 80
hektar lebih itu, untuk menjalani rawatan massage, botox dan pembedahan plastic
dan sebagainya? Jika RM3.2 billion ini
dibelanjakan keatas memberi mikro kredit kepada pemuda dan pemudi kampong membangunkan
tanah, macam mana?
Maka
janganlah menyifatkan penarikan sabsidi 20 sen itu sebagai penyelamat atau
panacea daripada incompetence kerajaan
Najib mengurus ekonomi negara. Najib
tidak sedar, terdapat disillusionment dikalangan pegawai kerajaan dengan cara
Najib mengontrakkan pengurusan dan pencetusan idea mebangunkan negara ini kepada
pasukan consultants. Saya berarap pada PRU yang akan datang, pegawai kerajaan
yang ramai ini akan mengundi masuk sebuah kerajaan yang baru.
Sekarang
ini, akibat dari kenaikan disel dan petrol sebanyak 20 sen, rakyat berdepan dengan
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang menyeluruh. Bahkan roti canai pun
naik 20sen.
Mengapa
pihak kementerian berwajib tidak memantau perkara ini? Harga tepung naik 20sen
ke? Satu kilo tepung AP( all-purpose atau General purpose boleh menghasilkan
30-35 keping roti canai. Jadi bagaimana sekeping roti canai naik 20sen? Walaupun dissel naik 20sen, berapa tan tepung yang boleh diangkut? unit Kos pengangkutan hanya minimal.
Gula pun naik. Harga ikan pun naik lagi. Harga beras pun naik.
Gula pun naik. Harga ikan pun naik lagi. Harga beras pun naik.
BN-Barang
Naik.
7 comments:
Tuan perlu prbanyakkan posting berkenaan isu 2 kupang ini.
Ramai lagi x faham, sabsidi tu benda apa?
What foreign investors are looking for are similar to what Rakyat hope to see one day. Amongst others, internal security of a country in terms crime rates, the number of snatch theft, break ins, murder rates, assassination cases, rape cases, and tie this to what our police force or law enforcers are doing about it, the efficiency of getting cases solved or merely shoot suspects first and find evidence later or create evidence, and what kind of trial are these suspects going to go through, legal representation, which famous lawyer and judges to be employed to ensure justice is served (if any). Foreign investors are also looking for competitive labor cost among Asian nations and skilled labor, technical know how, management knowledge, qualifications of our nations younger generation, and with amount of brain drain where our neighbouring countries gladly accept our own young students going overseas to further their studies because our own government is ignoring neglecting politicise their talents, and our government is too busy to focus on such fundamentals. Foreign investors also look at smart governments, to ensure their own investment can achieve win win outcomes. They do not wish to see corruption but they would love that our government implement competitive tax incentives for these investors, they want our government to have transparency at higher levels, a steady solid confident policies and guidelines, consistent, confident and not everyday take take and take and let investors wait for outcomes, the government must be proactive, and not today like this, tomorrow like that, because this is very embarrassing. Look at our neighbours they attract foreign investors far better than our own country. They want infrastructure proper, public transport which are commendable, they basically want a country which is well governed, foreign investors are like eyes of the world nation focusing on our own countrys development. If the present government cannot get its act together and do well for the nation it is governing, this is embarrassing, again. Foreign investors want to see fairness and a fair government. As for price increase on Rons and Diesel. Beats me. Few months back, price reduced. Now increase again. This shows inconsistency. It will affect Rakyat. Transport cost increase. Logically product prices increase, basic necessities. Not good for commercial businesses. Not good for consumer spending. Worse for the rural poor and the lower income group. Middle income manageable. Those politicians, cronies, best friends of the government won't feel a pinch. Probably a little mosquito bite. That's all. Pls wait for coming Budget and next year GST implementation. Surprise surprise ? I don't think so. You got to help yourselves.
Frustrated (like many others who are helpless and speechless).
Saya setuju dengan Dato 100%. Semua pelawak-pelawak ini akan memusnahkan & bangkrapkan negara kita jika mereka diberi berterusan macam ini.
salam dato,
aside from the criticisms on the subsidy and whatsnot - let me draw you to another pertinent problem of BN's folly of janji tak ditepati.
the BN government has this penchant of not keeping to their promise. before GE13, PM says no hike to RON95 and now? voila.
this serious disease of affliction is also affecting Malaysia's integrity as a country as a whole.
DPM Muhyddin and PM Najib says no compromise - no! Chin Peng's remains shall not return because he was a worst terrorist.
I can finally understand and attest why it is so sickening for UMNO's mouthpiece and cybertroopers to defend the indefensible (i.e. stupids).
If so :-
1. Why did the Government of Malaysia signed a peace accord in 1989 with CPM? You mean that is perfectly alright to negotiate with the terrorists?
2. If the GOM has no intention of keeping to the promise; then don't sign the peace accord; it's not that CPM pointed a gun to their heads to sign?
3. If you deemed their crimes serious enough; then bring them back to Malaysia and charge them for terrorism.
One way or the other; not only it makes the government look stupid to heed to such emotional sentiment. If you do not intend to make peace and forgive the so-called terrorists; then GOM should not have signed the peace treaty/accord back then.
passerby.
Ya betul kata libang libu tu,tuan mmg arif,ya bukan sj nama arif...,tapi cukup faham dgn kerenah pemerintah dari dulu sampai kini hanya menjadikan rakyat sebagai mangsa...teruskan usaha yg terbaik untuk betul2 membela rakyat bukan me
mbela dan membelai yg lain2...???bangla?..and...lagi3...
Salam Dato, Izinkan saya tumpang tanya, Adakan langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan Najib sekarang bermakna UMNO sudah pun hancur semua janji-janji untuk bertindak adil dan saksama kepada semua rakyat yang dibuat oleh Tunku dahulu? Ramai orang India, Kadazan, Dayak, Asli dan juga China yang miskin dan susah.
Rakyat bukan Melayu kian lama kian menjadi rakyat kelas berasingan.
Di mana keadilan Islam? Adakan orang Melayu sanggup menjadi manusia yang rela tepikan hak rakyat bukan Melayu? Saya sedar Dato tidak serupa ini. Tetapi soal ini harus di tuju kepada semua orang Melayu..ataupun masih adakah orang Melayu lagi?
Dato, Mlsia telah cukup syarat dan penuhi segala kriteria utk menjadi sebuah negara bankrap spt Greece. Negara dipimpin oleh pemimpin yg lembik tak cerdik. Negara sarat dgn hutang, gejala rasuah yg semakin parah, urutadbir ekonomi yg lemah, birokrasi, kroni dsb. Najib tak bole mengawal Mentri2 dibwahnya. Bajet pak Mentri di bwah Kementrian lambat diagih yg akhirnya rakyat yg rugi. Najib terlalu bergantng pd punasihat sehingga teks ucapan byak dipersoalkn. Mana dia dpat angka org Melayu sudah kaya dgn income rm4,457? Byak lagi pemerkasaan utk org Melayu..kononnya la.. Cantik atas kertas saja lah yg sarat dgn slogan2 yg membosankan
Post a Comment