UMNO Parenting Skills- Alihbahasa oleh Zaidi
Pandainya UMNO menjaga anak UMNO Parenting
Skills- alihbahasa oleh Zaidi.
Pada tahun 1927, kira-kira 85 tahun yang lalu
seorang cendekiawan Melayu bernama Zainal Abidin Ahmad menulis :-
mereka telah di perabdikan dan kena picit dan
perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu
pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri…
Ini perkara sebenar. Penindas yang paling
besar adalah orang-orang berkuasa di dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Di
bawah penguasaan UMNO orang Melayu hilang ciri kemanusiaan. Cuba bayangkan jika
anda memberitahu anak-anak anda yang mereka tidak boleh menjadi sebaik
anak-anak India dan Cina kerana mereka dilahirkan Melayu? Bahawa mereka tidak
boleh bersaing kerana factor keturunan yang lemah yang mempunyai ciri dalaman
yang serba kekurangan di dalam segala hal? Jenis Melayu apa yang akan mereka
jadi bila besar kelak?
Jika
demikianlah, apa yang akan menyelamatkan orang Melayu? Pemerintahan totok UMNO
yang menyerupai pemerintahan raja berkuasa mutlak seperti di zaman dahulu kala
– sistem pemerintahan yang dirujuk oleh Zaaba di dalam nukilannya seperti di
atas.
Jadi “anak-anak”
Melayu ini membesar menjadi apa? Mereka membesar menjadi manusia yang bantut –
dikekang dengan cirri-ciri palsu yang ditanam di dalam kepala mereka, kerdil
dan pendek kerana setiap hari ibubapa UMNO memberitahu mereka bahawa mereka
semua tidak cukup bagus. Ibubapa UMNO ini akan memberitahu bahawa engkau menjadi
begini pada hari ini adalah kerana kuasa bukan-Melayu sedang berpakat untuk
menghancurkan kesemua yang berkaitan dengan Melayu.
Apa penyelesaian
UMNO? Kebergantungan sepenuhnya kepada UMNO.
Jadi untuk
membolehkan persaingan yang adil, berikan kami UMNO kuasa yang mutlak dan tidak
terbatas. Kuasa untuk apa? Untuk merompak dan melanun Negara ini dan menjadikan
orang Melayu hamba untuk selama-lamanyakah?
Inilah pembohongan terbesar dan kepalsuan yang
UMNO serapkan di dalam akal fikir orang Melayu yang mudah dipengaruhi itu.
Melayu itu umpama adunan tepung yang mudah untuk dibentuk dan dilenyek kepada
apajua bentuk yang dikehendaki oleh UMNO pada ketika itu.
Sewaktu UMNO mengidam diberikan cek kosong
untuk merompak dan melanun, orang Melayu dimomokkan dan ditakut-takutkan dengan
idea bahawa mereka akan ditenggelami oleh orang bukan Melayu. Segala-galanya
yang berkatian dengan Melayu – bangsa, agama dan institusi yang melambangkan
keMelayuan itu akan dilenyapkan apabila bukan Melayu mengambil alih kuasa.
Orang bukan Melayu jika digabungkan semuanya tidak akan menjadi kelompok
majoriti. Hal ini sahaja sudah memadai untuk menghancurkan jaringan tipu daya
dan pembohongan UMNO itu.
Lagipun untuk
makluman ahli-ahli bahasa yang nasionalis, Zainal Abidin yang lebih dikenali
sebagai Pendita Zaaba menulis rangkap di atas itu di dalam Bahasa Inggeris. Dia
menulis mengenai orang Melayu dan perenggan di atas itu bolehlah diterjemahkan
kepada secara mudah seperti berikut;
they( the Malays) have been enslaved,
suppressed, oppressed and abused at the hands of their own rulers who were
then, the ruling classes from within their own kind…………
Zaaba ketika itu
berusia 32 tahun. Dia Melayu pertama yang menduduki peperiksaan senior
Cambridge dan menjadi seorang guru dan kemudiannya pensyarah di Maktab
Perguruan Sultan Idris. Apa sebenarnya yang saya maksudkan di sini? Yang
sebenarnya ialah jika orang Melayu ingin mencari orang yang menghalang kemajuan
mereka, mereka tidak perlu melihat jauh. Menjadi pengetahuan umum lumrah alam
bahawa penindas yang paling teruk di dalam sesuatu bangsa adalah daripada
bangsa itu sendiri. Jeleknya pandangan daripada sistem feudal yang lama yang
melihat orang Melayu itu sendiri diabadikan menerusi kacamata mereka yang
mewakili kelas feudal itu yang mengatakan;
“….saya tidak suka dengan fikiran bahawa
anak-anak raja dan ketua duduk bersama-sama dengan anak-anak orang yang dahulunya
adalah hamba sahaya kita”
Mazhab fikiran
feudal lama kini digantikan dengan mazhab fikiran feudal yang baru. Tiada yang
mengamalkan hal ini dengan lebih pakar selain UMNO. UMNO tidak membuang
kepercayaan kepada pemimpin yang diwariskan. Maksudnya pemimpin yang dipilih di
atas dasar siapa mereka asalnya.
Bagi UMNO dan inilah apa yang saban hari Cuma
diterapkan di dalam fikiran watan UMNO – pemimpin UMNO dilahirkan dan hanya
sebahagian kecil, dengan gelaran-gelaran tertentu dan hidup di dalam kelas
tertentu boleh memimpin UMNO dan Melayu.
Mazhab baru
feudalisma mungkin tidak mempunyai tembok pemisah Berlin tetapi ciri-ciri
feudalisma yang lama masih jelas terpampang. Maksud ciri-ciri feudalisma lama
ialah terus-menerus menghambakan akal fikiran Melayu oleh kerajaan Melayu-UMNO
hari ini.
UMNO bukan sahaja menghina rakyat malah
menghina masyarakat kita. Ia menggalakkan samseng dan kaki pukul abad ke 21
sedangkan masyarakat lain sedang giat berusaha untuk menjadi lebih beradab dan
kritikal didalam pemikiran , lebih rasional dan sederhana di dalam perlakuan
dan lebih adil dan jujur di dalam keputusan mereka.
Cuba tanya diri
kita dengan jujur. Jika keadaan sebegini berterusan apakah hasil akhirnya
nanti? Kleptokrasi (kerajaan haloba dan perasuah) disatu sudut dan hipokrasi
(kemunafikan) di sudut yang lain disusuli dengan Negara kepolisan yang membul
di satu sudut yang lain dan akhirnya jurang pendapatan yang semakin melebar di
dalam mitos ekonomi berpendapatan tinggi. Kita akan di kepung di ke empat-empat
penjuru oleh pencapaian yang lebih kurang dan kegilaan.
Inikah apa yang
kita mahukan untuk Malaysia? Tipu daya, ancaman dan tumbukan, penghinaan dan
ketidakadilan, mutu yang rendah dan lapuk, hutang yang semakin membesar.
Disokong oleh tipu daya dengan lakonan-gah oleh pembuat-pembuat berita.
Ini bukannya
penghujung sejarah untuk UMNO Baru. Ianya akan berakhir dengan sejarah-ringkas
Negara kita.
Bangkitlah bangsa Malaysia!
1 comments:
the man who can walk on water is so quiet lately, is he planning his strategy after Bersih 3.0?
his crony AK has been actively selling his equity lately to the tune of over 20 billions.
i believed the man also has a stake in it under nominee. are they cashing out to move somewhere or increase the war chest for GE?
Post a Comment