Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 8 May 2012

Dibawah Lindungan Hipokrasi(2)


bersambung dari bahagian 1...

Macam mana pegawai kerajaan seperti ini, yang ada pelajaran, boleh berkelakuan begini? Jawapan nya ialah kerana otak pemberian Tuhan yang ada pada nya tidak di guna. Sebaliknya, emosi yang tidak rasional di guna. 
Seperti yang kita tahu, bahagian emosional otak kita lebih developed daripada bahagian rasional. Berzaman pegawai kerajaan UMNO berkuasa, bahagian rasional otak kurang di gunakan. Kerana selama ini, meyakinkan orang ramai secara berotak tidak perlu; hanya perlu perintah dan perintah di ikut. 

Bahagian tidak rasional- kerakusan kuasa dan tamakkan kekayaan menjadikan pegawai kerajaan UMNO little Napoleons. Apabila rakyat bangkit, Napoleon bantut ini tidak faham bagaimana menangani kebangkitan kesedaran kecuali dengan ratapan emosi. Sayang sekali zaman, rakyat ikut babi buta dan bersikap saya yang menurut perintah sudah berakhir. Ia berakhir sejak 2008. 
Dengan jumlah penduduk 65% Bumiputera dan Melayu, bolehkan rakyat Malaysia menerima PM bukan Bumi pada waktu ini? Sebetulnya, ini bukanlah isiu yang besar sangat kecuali ketika puak UMNO merasa perlu bersikap agresif keatas bangsa lain. Walhal bangsa lain tidak ambil pot pun. Bahkan memperakui bahawa ini negara Melayu dan politik akan sentiasa di dominasi oleh orang Melayu di terima sebagai realiti. 

kepada kebanyakan orang Melayu yang rasional, syarat Melayu tidaklah begitu penting mahu jadi PM di negara ini. menjadi seorang Muslim itu merupakan syarat yang lebih tepat. Tidak percaya? Bukankah kita ada seorang yang bukan Melayu tulin menjadi PM selama 22 tahun? Takde pun orang Melayu kecoh. Sekarang baru kita tahu, rupa2 nya Malay Dilemma di tulis oleh Mahathir untuk mendapat legitimacy sebagai Melayu tulin. Itu rupa nya muslihat Dr Mahathir- to produce something to earn the right to be a constitutional Malay. 
Persamaam yang dia ada dengan orang Melayu tulin ialah dia seorang Muslim. Jadi tak usahlah kita berpecah kepala dan naik sasau dengan isiu- jika UMNO tiada , orang melayu mati.
Jika Melayu UMNO di ganti, ianya di ganti oleh Melayu dari parti lain. Bukan Melayu UMNO sahaja yang Melayu. Parti PKR ada Melayu dan PAS yang lebih tulin Melayu pun boleh ganti. Tidak ada masaalah. Masaalah nya hanya ada jika kita boleh di bohongi dengan dakwaan bahawa hanya Melayu UMNO sahaja yang Melayu. 
Kelakuan sang pegawai dalam contoh kita hanya memerlukan dua ramuan- emosi dan memuji diri. Memuji diri maksudnya, mengaitkan segala kebaikan dalam masyarakat sebagai hasil dari UMNO. Jadi kalau rakyat mahukan kebaikan yang berterusan, sokong lah UMNO. 
Memuji diri sangat mudah di lakukan. Orang yang paling pandai memuji diri ialah Najib Razak, presiden UMNO. Tidak berapa lama dahulu, Najib masuk mewakili parti pembangkang ke negeri Selangor. dia di iringi dengan ribuan pasukan bermotor nya. Lalu dia melaungkan dia akan menawan Selangor. Adili lah saya atas rekod dan fikiran dan wawasan saya, laung Najib sambil menyapu lelehan air liur di tepi mulut nya. 
Maka kita jawab- apa rekod yang dia ada? Pada umur 28 tahun menjadi MB Pahang, apa yang dia dapat tunjukkan sebagai mercu tanda kemajuan negeri Pahang? Apa mercu tanda Pahang kaya dari hasil industri pembalakan nya? GLC negeri yang menjalankan perniagaan pembalakan pun hidup segan, mati tak mau. Hari ini, apa mercu tanda kekayaan Pahang dari sumber ladang sawit nya? Apa mercu tanda kekayaan dari hasil perlombongan nya? Yilek. Dan Pahang hanya boleh bangga dengan bajet RM 700 juta setahun? Sebagai MB yang termuda, Najib has left no landmarks and legacy in Pahang tapi meninggalkan negeri tersebut devastated economically. 
Rekod nya sebagai menteri pertahanan di cemari dengan skendel pembelian scorpene, pembelian pesawat udara dan APC. Kadar tambahan kolej swasta yang hidup atas bayaran PTPTN jadi maksima semasa Najib jadi menteri Pendidikan. 
Pendarahan dalaman Felda terjadi apabila Najib ambil alih sebagai menteri yang bertangung jawab keatas Felda. Dari reseb tunai RM 4 billion, bawah Najib reseb jadi RM 1 billion. Kos tanaman semula Felda jadi RM 10 ribu seekar berbanding RM 1 ribu lebih oleh IOI dan RM 3 ribu lebih oleh Sime Darby. Najib beri RM 250 juta ke pada usaha basmi kemiskinan di Sabah dengan duit Felda sedangkan Sabah ada hasil minyak dan kawasan Felda yang  jauh lebih kecil dari kawasan Felda Pahang, Terengganu atau Johor. Felda yang banyak wang- semua syarikat perladangan sawit buat untung, terpaksa meminjam daripada EPF sebanyak RM 6 billion. 

Jadi rekod apa yang Najib mahu kita mengadili nya?
Janganlah kita taksub sangat mengenai Najib menjadi PM ini. kelebihan yang dia ada hanya berbinkan nama yang baik. Pengajaran nya ke semua rakyat Malaysia- jika Najib boleh jadi PM Malaysia, sesiapa sahaja boleh. 
Kita jangan lupa bahawa semua idea besar nya- 1Malaysia, Model Ekonomi Baru- semua nya di tolak oleh perwakilan UMNO sendiri. Yang tinggal, untuk mendapatkan legitimacy sebagai presiden UMNO ialah perakuan dia anak Tun Razak!. Apabila Presiden UMNO hanya ada ini saja untuk meyakinkan perwakilan UMNO, ia nya bermakna, dia tidak ada perkara lain yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia. Najib tidak faham- hari ini orang tidak lagi mementingkan asal usul dan darjat- rakyat lebih mementingkan apa yang boleh di capai melalui bakat pimpinan. 
Emosi dan pemujian diri amat mudah di lakukan. Yang sukar ialah menerangkan bagaimana orang Melayu yang beroperasi atas wadah politik selain UMNO yang bermuafakat antara satu sama lain boleh juga mendatangkan dan menghasilkan kebaikan serta faedah. Kerana ini memerlukan proses menganalisa yang menundukkan emosi. Ini sukar di lakukan oleh robot2 UMNO seperti sang pegawai diatas. Ia memerlukan penghujjahan yang sofistikated berbanding dengan menyemarakkan emosi. Dan bahagian emosional puak UMNO lebih besar dari bahagian rasional mereka walaupun dalam kepala orang yang berpelajaran seperti sang pegawai kerajaan. 
Jadi untuk menjawab siapa yang akan sengsara jika UMNO tumpas ialah: Yang habis ialah golongan seperti yang menangis tadi yang menunggang diatas belakang orang Melayu yang di perkudakan. Keadaan orang Melayu masih gagal di baiki. Yang habis ialah dedalu dan lintah yang menghisap kehidupan orang Melayu. 
3.7 juta pengundi Melayu dari 5.7 juta pengundi Melayu dalam tahun 2008, telah menolak kepimpinan UMNO. Sebab mereka tahu UMNO penipu. UMNO hanya berjuang untuk segelintir Melayu yang istimewa dan terpilih. Golongan istimewa ini terdiri dari putera orang bangsawan, putera pimpinan politik, putera pemimpin atasan, putera pegawai2 tinggi Melayu. UMNO memperjuangkan PUTERA dalam bumiPUTERA. Sang PUTERA berada di hadapan, mendahului mengaut dan mengapur semua faedah sementara sang bumi terpinggir dan tercicir di belakang. Si bumi menadah tangan meminta minta macam peminta sedekah mengharapkan ehsan sang PUTERA. 
Jangan orang Melayu memperpanjangkan keadaan demikian rupa lagi. Parti yang menyokong keadaan ini ialah UMNO. Jadi apa pasal kita mahu terus menyokong UMNO? UMNO adalah parti yang beyond redemption. Ianya tidak boleh di transformasi lagi biarpun berbuih mulut Pak Najib melaungkan slogan. Fakta nya, ialah mana mungkin Najib yang di tempa dari acuan Mahathir boleh melakukan trasnformasi. 
Mana ada dalam dunia ini, sesuatu bangsa itu menyandarkan masa depan dengan parti politik? Kita tidak memerlukan UMNO dalam kehidupan kita. Kita memerlukan kerajaan yang baik, di pimpin oleh orang yang berkualiti, sebuah kerajaan yang melaksanakan keadilan undang2. Kita memerlukan sebuah kerajaan yang di sokong oleh institusi2 sokongan demokrasi- institusi kehakiman, perkhhidmatan awam yang baik dan ahli parlimen bermutu yang komited kepada dasar2 awam yang benar2 meningkatkan kebajikan rakyat. 
UMNO ingat orang Melayu ni bingung ke? Parti Congress India jatuh, tidak pula kita lihat orang India hancur. Parti LDP Jepun jatuh, negara Jepun terus membangun. Parti Golkar yang boleh di kira UMNO Indonesia, jatuh, tidak pula kita lihat orang Indon mati. Jadi yang orang Melayu hendak taksub sangat dengan UMNO, apa hal? Biarkan lah orang Melayu yang berjumlah 2 juta dalam tahun 2008 terus menundi UMNO. Yang 3.7 orang Melayu tetaplah dengan keputusan tidak mahukan UMNO lagi. UMNO hanya mampu mendapat 35% sahaja undi orang Melayu.
Seperti kata orang Asli yang berceramah di Temerloh beberapa bulan yang lalu- biarkanlah lembu terus menjadi lembu, jangan kita pula jadi lembu. 
Dalam PRU yang akan datang, jumlah pengundi ialah sekitar 11.58 juta dan dari jumlah tersebut pengundi Melayu sekitar 6.37 juta. Jika prestasi UMNO kekal seperti tahun 2008, UMNO akan hanya dapat sekitar 2.3 juta sahaja. Mungkin yang 300,000 ini datang dari pengundi segera yang di berikan mykad segera. 
80% pengundi bukan Melayu telah pun menetapkan fikiran sejak tahun 2008 tidak mahu menyokong BN. banyak mana pun bunga malai yang di kalungkan oleh orang India pada leher PM Najib, majority orang India telah meninggalkan UMNO. 
Orang India yang terus mentyokong UMNO mungkin Keneth Eswaran dan Nalakaruppan sahaja. Eswaran supaya dia boleh terus membiayai beli belah kak Mah dan Nala supaya terus kekal dengan senator dan berniaga. 
Jadi kenapa orang Melayu nak gelisah dan resah? Majoriti penduduk negara ini masih orang Melayu. Jika UMNO di gantikan, pemimpin negara ini tetap orang Melayu juga.  Kalau di takdirkan Anwar Ibrahim jadi PM, yang kita hendak bermoral tinggi sangat apa hal? The UMNO leaders are just nasty fuckers as Anwar is. Kalau tidak mahu Anwar, kita jemput Tengku Razaleigh jadi PM. 
Jika pihak polis tidak melakukan kekerasan keatas pakcik dan makcik di dataran merdeka, adakah rakyat akan melawan polis yang bersenjata? Bersih bukan mengenai Anwar atau Azmin tapi mengenai rakyat berbilang kaum bersatu menuntut accountability dari kerajaan yang ada. Bersihkan daftar pengundi daripada pengundi haram. Beri airtime yang adil kepada pembangkang. 

Himpunan Bersih 3.0 adalah manifestasi rakyat mahu mengatasi/prevail angkara durjana dan murka yang di lakukan oleh UMNO. 
Maka apabila si mamat yang amat suka mendapat perkerjaan dengan Media Prima menyatakan bahawa Bersih 3 di hijack oleh PKR, dia sebetulnya menyediakan bola tanggung untuk semua industry propaganda UMNO dan BN bertugas 24 jam dan overtime. Sekoyong koyong, media industrial complex yang di kuasai oleh UMNO membelasah rakyat dengan menuduh Bersih 3.0 di rampas oleh pembangkang. Lebih dasyat, Bersih 3.0 adalah rencana rampasan kuasa secara kekerasan oleh pembangkang. 
Dan kenyataan bangang ini datang dari seorang mamat yang pernah memuji dan memuja Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang terbaik yang di hasilkan oleh Malaysia. Kenapa? Hanya kerana Anwar menggunakan istilah2 eksotik yang menyukakan hati pembaca cerita cerita hikayat. 
Apa yang UMNO dah buat kepada dan untuk orang Melayu? Jika sekarang UMNO  kehulu dan kehilir, terhegeh dan terdesak mendakwa jika UMNO  tidak ada, maka kepentingan orang Melayu akan terancam, ini suatu pengakuan yang menggegarkan empat penjuru alam. Jika UMNO tiada maka orang Melayu akan teraniaya, agama Islam terancam dan Raja2 Melayu akan di keluarkan- ianya bukti nyata lagi terang, bahawa setelah memerintah sekian lama, UMNO gagal melahirkan bangsa Melayu yang gagah perkasa. 
UMNO hanya berjaya melahirkan bangsa sabsidi yang mengharapkan UMNO.

16 comments:

latifps 9 May 2012 at 08:32  

Sudahlah Lu pun pencacai umno jugak dulu,sekarang dah takdapat jadi calon MB,hilang kuasa, dah taklaku sesen pun baru dok terhegeh hegeh kutuk umno balik, tuiiii melayu macam ni lagi hampeh, lepas tu nak join parti dap nak perjuangkan melayu, eeeh pi la mabuk Lu ingat dap bodo Sangat nak ambik Lu kalau Lu dah takda kuasa....setakat nak laga lagakan sesama melayu takpayahlah buang boras je...Lu pun sama kalu dapat peluang kontrak beli jet berbilion Lu ingat lu nak tulis merapumerapu macam dalam blog Lu ni ke,,,melayu hampes

Anonymous,  9 May 2012 at 09:03  

ha ha ha coming from an oxymoron like you, that fits the bill as a DAP barua.......

Anonymous,  9 May 2012 at 09:23  

Majority of Malays see that guy who ruled for 22 years as a great hero.

Malays are happy to accept a Muslim, irrespective of his/her background, more than other bumi or non Malay who had more rights and contributed significantly to the country for generations.

dr rosz, phD,  9 May 2012 at 11:33  

"...laung Najib sambil menyapu lelehan air liur di tepi mulutnya..." hahahaha. symptoms of rabies, stage 2 - Anxiety,Confusion, Excitation, Hallucinations,
Hypersalivation

Anonymous,  9 May 2012 at 13:59  

Wow Datuk,

Adakah artikel artikel terbaru ini hasil penulisan Datuk sendiri?

Saya sedikit terperanjat kerana ianya berada di tahap yang lain.

Terima kasih.

JMD-

Kamal Sanusi 9 May 2012 at 14:05  

Salam Dato

Saya masih keliru dengan ulangtahun UMNO yg bakal disambut secara besar-besaran nanti.

Katanya ulangtahun yang ke 66 tapi setahu saya UMNO dah diharamkan suatu masa dulu dan digantikan dengan UMNO (Baru).

Memang sah otak yg mereka ada ni tidak digunakan sebaiknya kerana sambutan ke-66 ni hanyalah untuk satu pertubuhan yang HARAM.

Kesimpulannya, UMNO memang suka yang HARAM melainkan sambutan tu kali yg ke-24.

Ada tak org UMNO boleh memberi penjelasan sedikit mengenai perkara ini.

Thank you....

Anonymous,  9 May 2012 at 14:16  

Warga Malaysia yang dikasihi,

Kata orang kalau kita nak tahu kebaikan seseorang, tanyalah sahabatnya dan klau kita nak tahu keburukannya pula, tanyalah kepada musuhnya.

Kita juga tahu dalam politik UMNO BN bermusuhan dengan pembangkang PR. Memang lumrahlah UMNO BN akan bercerita buruk tentang PR dan begitu sebaliknya. Cuba kumpul berapa keburukan kedua dua pihak berkenaan dan bandingkan keburukan pihak mana yang banyak dan paling serius.

Kita juga sedar UMNO BN yang menguasai negara sekian lama. Pemimpin parti ini juga yang menguasai segala institusi negara tidak terkecuali mahkamah serta KDN. Kita juga tahu banyak kes berat dan serius dibangkitkan oleh PR berkenaan KDN dan mahkamah diperkuda UMNO BN ini. Malah kita juga dihidangkan cerita pemimpin UMNO BN tentang keburukan pemimpin PR ini. Soalnya dalam keadaan negara ini dikuasi UMNO BN, berapa kerat kah pemimpin PR yang telah ditangkap dan benar2 terbukti bersalah. Pernahkah kita membaca tentang pemimpin besar dan pengikut PR gelapkan duit rakyat, bunuh orang,jadi samseng dan pukul orang, memperkudakan hakim dan sebagainya.

Tentang keburukan pemimpin UMNO BN ini telah lama ada dalam sejarah baik kes membunuh, kes seleweng duit rakyat, rasuah, kes main perempuan, menipu, menjadi samseng menyerang orang awam dan sebagainya. Tapi banyak kes kes berprofil tinggi yang dibawa ke SPRM (dulu SPR) telah dihumban ke tong sampah bila file siasatan diserajkan ke Peguam Negara (ini terang terang telah diakui oleh Timbalan Pengarah SPRM Dato Syukti Abdul).

Mesejnya disini mudah..jika UMNO BN terus diberi kuasa dan EG puaka lantikan UMNO BN ini masih kekal ditempat sekarang, sampai kiamat segala cerita sebenar sebalik fail fail berkenaan tidak akan terbongkar dan sampai ke pengetahuan rakyat.

Untuk mengakkan keadilan dan melihat apa sebenarnya isi fail2 yang berlambak telah dibakulkan yang kebanyakan melibatkann pemimpin UMNO BN, dan bagi menjamin perbiacaraan adil dan seimbang boleh dijalankan, EG sekarang patut dihumban keluar dari tampuk kuasa. Tapi ini cuma boleh dilakukan jika UMNO BN ditumbangkan.

Sebagai rakyat negara Malaysia yang cintakan tanahair ini dan mahu keadilan ditegakkan serta mencari kebenaran ke mana sebenarnya pergi berbillion duit rakyat di era pemerintahan UMNO BN ini selain untuk membongkar banyak kes kes bunuh yang tergantung dan diragui, tidak dapat tidak kita harus bersatu hati dan tenaga tumbangkan regim UMNO BN in setidak2nya untuk 1 penggal.

Peluang kepada PR untuk membuktikan keupayaan mereka setidak2nya untuk tempoh 5 tahun perlu diberikan. Persetankan kata2 pemimpin UMNO BN kononnya Melayu akan ditindas bila PR berkuasa ( fakta dan sejarah dah pun membuktikan Melayu selama ini pun jauh ketinggalan di bawah pemerintahan 50 tahun lebih UMNO BN ). Kehilangan apa yang puak2 puaka UMNO ini laungkan melainkan takut segala cerita busuk mereka selama ini terbongkar.

Cuba tanya polis mana pun atau tanya hakim man juga..kenapa Sirul dan Azilah membunuh Altantuya..dan minta mereka2 ni buat komen secara terbuka...cuba para wartawan dan semua rakyat lakukan ini dan lihat apa jawapan mereka. Kemudian satu Malaysia boleh sama2 nilaikan.

Kerana itu menjadi satu kewajiban buat rakyat MAlaysia yang cintakan negara ini untuk tumbangkan UMNO BN agar EG dan parasit parasit perundangan negara ini di nyah dari posisi amat penting itu. Jika tidak..selamanya rakyat akan terus diperkudakan. Saya yakin jika EG dan sistem kehakiman yang lebih adil dan saksama ditegakkan..orang2 seperti Najib, Mahathir, Taib Mahmud dan beratus lagi akan langkah kaki. Yang berani tinggal nanti hanya mereka2 yang yakin diri tidak bersalah.

Bulatkan hati anda untuk sekurang2nya benarkan PR diberi kuasa setidak2nya untuk tempoh selama 5 tahun untuk kita semua kembali membuat penilaian keupayaan barisan PR ini. Jangan biar selamanya diri diperbodohkan. Cukuplah..masanya untuk kita semua berfikiran waras dan positif demi masa depan negara kita Malaysia.

Anonymous,  9 May 2012 at 20:24  

Sometime I too have doubts whether you Sak produce all these posting......

Anonymous,  9 May 2012 at 20:58  

I tak faham bagaimana orang pendatang Indonesia yang jadi warga negara dan orang India yang masuk Islam jadi mamak mempunyai lebih tinggi kedudukan sebagai bumiputera daripada orang cina dan india yang lahir di negara ini.

sila kerajaan terangkan kepada 35% penduduk bukan bumi negara

Negara ini tidak banyak beza dari aparteid afrika selatan

Anonymous,  9 May 2012 at 21:46  

Adakah QD di antara yang terpelajar tapi masih sayangkan Umno. Mana budak tu dah lama tak dengar dia membodek Umno. Agaknyanya very despair Parti junjungannya akan tumbang.

bruno,  9 May 2012 at 23:18  

Dato,the Umno/BN is not called the ruling regime for nothing.And leaders in charge of the regime will not take no for an answsr.That is the reason freedom of speech,human rights and in other words democracy is supressed.

Ruling regimes have the backing of the public institutions,including sad to say the men in uniformed.That is the reason that they can openly flaunt the law.

Corruption is so rampant.Abuse of power.Democracy,what is democracy when Myanmar's citizens rights are looking better than those in Malaysia.

These people in power will have their way one way or other.They will bulldozed their way to get what they want.Just look at Felda.The settlers have been shortchanged,but some of them are so happy,because they do not know the difference between the forest from the trees.

To beat these crooks at their own game,the opposition must gather a small group of their people,put them in a room to strategised a plan,then go out to the Felda plantations and heartlands and forced it into their heads,over and over again.

Then the opposition need to have a plan for the Indian community.And they better come up with a good one pretty soon.It seems that Najib is winning in getting the Indians back on his side.With the goodies he is throwing at them,it is very hard for them not to like him.

But whether they accept the goodies and not vote for BN remains to be seen.But at their poor presence on Bersih day,we have to give the benefit of doubt of Najib's hard work to BN.

Anonymous,  9 May 2012 at 23:20  

Dato,

U got to check this link http://pirates-of-putrajaya.blogspot.com/2012/05/fulamakfelda-ipo-document-is-amazing.html

something is cooking there ... smells like Durian Runtuh !

Anonymous,  10 May 2012 at 09:06  

Salam Dato,

Saya telah mengikuti perkembangan blog Dato dengan rasa penuh keinsafan dan hikmah disebaliknya.

Saya tidak kenal Dato. Tapi saya mula mengenal melalui blog ini sahaja.

Apa yang orang tuduh Dato itu ini saya tidak peduli. Yang penting isi blog ini, kerana saya tidak mahu sikap "buruk sangka", kerana Quran telah menyatakan sikap buruk itu.

Kalau pun Dato bekas orang kuat UMNO, mungkin saya boleh katakan dulu Dato berusaha memartabatkan bangsa Melayu. Tapi kemudian Dato rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan UMNO ni.

Yang isu benar ialah, puak UMNO baru sekarang menghadapi krisis
kemanusiaan yang teruk dari pelbagai aspek. Tak payah dicerita sini. Terang-terang di siang hari.

Saya harap dan doa agar Dato teruskan perjuangan. Dekatilah para ilmuwan dan ulamak yang sejati dan ikhlas. Maka Dato akan selamat dan lancar perjuangan.

Dato sendirilah yang mengerti segala-galanya.

Anonymous,  10 May 2012 at 12:29  

Salam Datuk,

Kita tidak sepatutnya menuding jari pada UMNO sahaja. Orang Melyu juga patut dipersalahkan kerana kurang jatidiri.

Anonymous,  24 May 2012 at 16:06  

Anak negeri terengganu juga perlu tanya kenapa sykt Golden Pharos Euro Ltd blh bangkrap, MD dia saya kenal and memang kaya, classmate ms belajar dulu and Idris Jusoh selalu lawat rmh di enfield dulu...sykt ditubuh untuk sedut duit dlm poket...pembangunan yang diajar dan dipasak ke dalam minda Melayu adalah pembangunan, KLCC, Menara Petronas, Jalanraya dll...berapa antara kita mampu masuk, shopping di tpt ini?jalanraya penuh tol...rakyat 4 negeri pengeluar minyak Malaysia adalah tuanpunya menara berkembar tu...SAK, kamu tahu aliran keyakinan big boss umno sejak penjualan PLUS 2010, pemimpin umno mula menjual ekuiti mereka...nanti rakyat Malaysia tahu juga rosmah shopping guna LPO, suatu kesombongan atau kebodohan dia..sama-samalah kita doa hak rakyat dikembalikan

Anonymous,  29 June 2012 at 19:01  

bangang. lu bangsat umno...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP